tugasan kkbi
DESCRIPTION
eduTRANSCRIPT
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
1.0 PENGENALAN
REKA BENTUK PENGAJARAN
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip
umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan
penyampaian pembelajaran. Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik,
seseorang guru tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat tiga
kategori reka bentuk pengajaran iaitu reka bentuk pengajaran sebagai satu proses,
sebagai satu disiplin dan sebagai satu sains.
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran
yang berkesan bagi membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan
sikap yang diharapkan oelh guru. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid kepada guru,
sekaligus membina disiplin yang positif. Hal ini membolehkan guru melaksanakan
pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan
menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya,
semua reka bentuk pengajaran merangkumi ciri-ciri asas yang sama iaitu:
a) menentukan keperluan pelajar
(b) menentukan matlamat dan objektif
(c) membina prosedur penilaian
(d) mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
1
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
(e) mencuba sistem pengajaran
(f) menilai keseluruhan sistem
Model ADDIE merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat
digunakan. Setiap langkah dalam model ini mengandungi satu set soalan yang
jawapannya menjadi asas kepada langkah seterusnya. Model ASSURE pula
merupakan model reka bentuk pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Model ini
dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dengan
baik dan berkesan. Kedua-dua model ini merupakan model reka bentuk pengajaran
yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.
Kedua-dua model ini mempunyai perbezaan dari segi langkah-langkah.
Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu:
A–Analyse learner (Analisis pelajar)
S–State objective (Nyatakan objektif)
S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R–Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
E–Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
A nalyse Laerner (Analisis pelajar)
Pada peringkat ini, masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu
dijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan
analisis seperti berikut:
Siapa kumpulan sasar?
Apakah ciri-ciri mereka?
Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
Berapa tempuh perlaksanaannya?
2
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
State Objective (Nyatakan objektif)
Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap
kumpulan sasaran. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur
dan dicapai.
Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan sumber)
Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran.
Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan murid yang memberikan penekanan kepada penglibatan murid secara
aktif. Contoh strategi yang berpusatkan murid melibatkan kaedah perbincangan,
simulasi, kajian kes, kajian makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan
sebagainya.
Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)
Penggunaan bahan merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media seperti
media cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Guru juga boleh menggunakan
bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambah baik
sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menentukan objektif
pengajaran yang seharusnya dicapai oleh murid pada akhir pengajaran dan
pembelajaran. Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning,
online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. Penggunaan
bahan-bahan seperti ini bukan sahaja dapat menarik minat murid untuk belajar tetapi
3
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi berkesan dan
efektif kepada murid.
Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
Pada fasa ini, penglibatan murid adalah penting. Guru perlu merancang aktiviti yang
memerlukan murid-murid melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru boleh menyediakan aktiviti yang melibatkan penglibatan murid
seperti kerja kumpulan, perbincangan dan perkongsian idea, membuat simulasi dan
juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes, kajian lapangan dan
sebagainya.
Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)
Penilaian formatif merupakan salah satu cara bagi guru mengetahui samada objektif
pengajaran dicapai ataupun tidak. Maklum balas ini penting bagi guru membetulkan
serta menambahbaik proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang
perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal
apabila dilaksanakan. Justeru adalah penting bagi guru untuk mencuba perancangan
pengajaran ke atas sekumpulan kecil murid untuk mendapakan maklum balas
keberkesanan perancangan tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat pembelajaran
yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
secara menyeluruh Data yang didapati memberikan maklumat tentang pencapaian
objektif yang ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian formatif
dan juga penilaian sumatif.
Model ADDIE mengandungi 5 langkah iaitu:
4
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
A – Analyse (Analisis)
D – Design (Reka bentuk)
D – Development (Perkembangan)
I – Implementation (Pelaksanaan)
E – Evaluation (Penilaian)
A – Analyse (Analisis)
Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran
ditetapkan. Soalan-soalan yang boelh digunakan sebagai panduan analisis adalah
seperti:
- Siapakah kumpulan sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?
- Apakah hasil pembelajaran?
- Apakah pilihan strategi penyampaian?
- Berapakah tempoh pelaksanaan?
D – Design (Reka bentuk)
Pada peringkat reka bentuk, tumpuan diberikan kepada objektif pembelajaran, alat
taksiran, latihan, isi kandungan, perancangan pengajaran dan pembelajaran serta
pemilihan media.
D – Development (Perkembangan)
Peringkat perkembangan melibatkan pemilihan dan penyatuan isi kandungan serta
teknologi. Projek akan melalui proses ujian serta percubaan dan hasil maklum balas
daripada ujian tersebut akan digunakan untuk menambahbaik sesuatu projek.
5
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
I – Implementation (Pelaksanaan)
Pada peringkat pelaksanaan, prosedur latihan dibentuk. Latihan merangkumi hasil
pembelajaran, penggunaan media, cara penyampaian serta proses penilaian bagi guru.
Penggunaan media yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran diambil kira
pada peringkat ini. Bahan bantu belajar yang hendak digunakan perlu dipastikan boleh
digunakan dan sesuai dengan topik yang diajarkan kepada murid.
E – Evaluation (Penilaian)
Seperti model ASSURE, model ADDIE juga mempunyai peringkat penilaian. Peringkat
ini melibatkan dua penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian
formatif dijalankan sepanjang proses ADDIE, manakala penilaian sumatif diadakan
dalam bentuk ujian untuk domain khusus. Penilaian merupakan maklum balas murid
tentang pengajaran guru. Berdasarkan maklumat tersebut, guru boleh menambahbaik
strategi serta kaedah pengajaran. Hal ini bagi memastikan semua murid dapat
mencapai objektif pengajaran pada akhir pengajaran dan pembelajaran.
MEDIA PENGAJARAN
Secara umumnya, media dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu
saluran komunikasi yang membawa maklumat. Media dalam pengajaran juga dapat
didefinisikan sebagai Terdapat pelbagai jenis media seperti:
(i) radio
(ii) televisyen
(iii) rakaman audio
(iv) gambar foto
(v) slaid
(vi) bahan-bahan bercetak
6
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
(vii) komputer
Selain itu, media berperanan untuk mendorong minat murid untuk mengikuti
proses pengajaran dengan baik serta meningkatkan pemahaman murid terhadap isi
pelajaran.
Oleh itu, teknologi memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung tanpa kehadiran seorang guru. Media pengajaran yang mendorong
pembelajaran kendiri boleh berbentuk bahan-bahan media yang disediakan oleh guru
sendiri atau oleh pihak lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru
berperanan dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran,
pemilihan strategi , teknik dan kaedah pengajaran serta bentuk penilaian.
Media terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Media berbentuk saluran komunikasi (radio, televisyen, surat khabar)
(ii) Media berbentuk alatan fizikal teknologi (filem, slaid, gambar, pita rakaman,
lain-lain)
Media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya menyalurkan
mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang
pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, media menjadi alat yang digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk
menyampaikan mesej dengan berkesan kepada penerima (murid).
Media dalam pengajaran turut membabitkan pemilihan teknik sehingga murid
melalui pelbagai pengalaman yang bermakna semasa menempuh proses
pembelajaran. Selain itu, media dalam pengajaran perlu menjadi penghubung antara
guru dengan murid dan antara murid-murid. Di samping itu, kepelbagaian media
melibatkan pelbagai pancaindera murid daripada pendengaran kepada penglihatan dan
juga deria yang lain memberi murid pengalaman belajar yang sebenar dan mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
7
JENIS DAN KLASIFIKASI
MEDIAAUDIO- Suara
- Bunyi-bunyian- Muzik-Lagu
ORANG- Guru- Murid
- Orang ramai
VISUAL- Diagram- Poster
- Lukisan- Foto/gambar
-Slaid-Grafik
- Transparensi
Objek/model yang boleh
disentuh dan dipegang oleh
murid
TEKS- Poster- Buku
- Surat khabar- Majalah- Modul
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Oleh yang demikian, guru-guru perlu merancang dan memilih jenis media yang
bersesuaian dengan tajuk pembelajaran dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
8
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
ASAS GRAFIK
Grafik digunakan oleh hampir semua orang yang membuat rekaan, terutamanya untuk
memberikan satu persepsi supaya nampak cantik dan menarik selain
menggunakannnya sebagai penyampai maklumat kepada seseorang. Perkataan grafik
berasal dari perkataan greek iaitu Graphikos yang bermaksud lukisan. Grafik ialah
bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik ialah kombinasi ilustrasi, kapsyen,
simbol, angka dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea
oleh pereka terhadap hasil karyanya. Hamzah Hurmin (1992) menyatakan grafik
didefinisikan sebagai sebuah lukisan, percetakan, gambar dan huruf yang dihasilkan
dengan menggunakan media tertentu seperti pensil, pen , warna atau komputer.
Dalam menghasilkan sesuatu media pengajaran yang menarik, penggunaan
grafik amat digalakkan. Grafik adalah berupa angka, gambar rajah, carta dan
sebagainya. Oleh itu, kita haruslah menggunakan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip
grafik yang betul supaya media pengajaran kita terbitkan itu bermuta. Prinsip visual
berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual
yang dihasilkan menarik dan berkesan.
Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual iaitu C.A.S.P.E.R.
1. C - Contrast (kontras)
9
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu
hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea
utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat
kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh:
kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk
dengan warna hangat.
2. A - Alignment (Seimbang)
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual
ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang
dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.
Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
i. Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian
visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-
jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
ii. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item
kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang
masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma
beratnya sahaja yang sama.
Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan
keseimbangan.
10
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
3. S - Simplicity (Simplisiti)
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat
dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu
masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah
dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah
perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.
11
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan
garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil
yang terlalu banyak akan mengelirukan.
4. P - Proximity (Penyatuan)
Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila
elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata
lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling
melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang
hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah,
kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
5. E - Emphasis (Dominan)
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual,
objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca
maksudnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
12
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu
visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri
daripada tempat-tempat lain.
b) Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
6. R - Repetition
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat
tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet
yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan
sebagainya.
CIRI-CIRI GRAFIK
Grafik mempunyai empat ciri-ciri yang baik. Salah satu ciri-ciri grafik ialah mudah dan
jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah juga
13
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
merupakan ciri-ciri grafik. Selain itu, grafik juga mendorong interaksi yang aktif antara
pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu memfokuskan
perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual merupakan salah satu ciri-ciri
grafik.
Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk
sesuatu komposisi visual. Antara elemen asas reka bentuk Grafik terdiri daripada
Ruang (Space), Garis ( Line ), Permukaan (Surface), Bentuk dua dimensi (Shape),
Bentuk tiga dimensi (Form) dan Warna.
Ruang (Space)
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas
A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis,
iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan,
manakala ruang negatif merupakan ruang yang kosong.
Selain itu, di antara perkataan dan elemen – elemen visual yang lain haruslah
mempunyai ruang – ruang kosong yang ditinggalkan untuk mengelakkan perasaan
sesak. Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam
rajah yang di bawah.
14
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Garisan mempunyai banyak fungsi seperti menunjukkan pergerakan dan arah atau
aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain, menunjukkan
suasana aman atau ganas seperti letupan, menunjukkan kemegahan dan kekuatan
seperti bangunan, menunjukkan kekusutan, melukis objek atau benda,contoh: cawan,
pasu dan lain-lain serta menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.
Permukaan ( Surface )
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Sekiranya kita
mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau
mendatar, kita akan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh, lakaran
dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolah bagi menggambarkan
permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding), dan permukaan
di bawah (lantai dan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akan memberi
kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
Bentuk Dua Dimensi (Shape)
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping
kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak
dan bentuk gambaran.
Lukisan di bawah merupakan bentuk tiga dimensi tiruan yang menunjukkan dimensi
ketebalan, ketinggian dan kepanjangan.
15
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Bentuk Tiga Dimensi (Form)
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh
didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi
tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi
panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah
mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal.
Warna
Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan
visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual
( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik.
Salah satu fungsi warna dalam seni grafik ialah melahirkan kesan atau pengaruh
tertentu. Banyak mitos mengenai warna cuba dibuktikan pada masa kini dengan kajian
saintifik. Semuanya menjurus kepada kesan dan pengaruh warna kepada benda-benda
hidup. Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana
dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan
mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan,
16
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka, warna-warna ini biasanya digunakan bagi
karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.
Manakala warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu
dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-
tumbuhan. Nyata warna-warna dingin ini memberikan kesan pasif dan melahirkan
ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi
lambang kebersihan, keaslian, dan kesucian. Warna dikatakan dapat memberikan
berbagai-bagai pengertian estetik dan psikologi. Warna dapat menimbulkan suasana
yang dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa
keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram.
17
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
KELAS : TAHUN 4 CEMPAKA
BILANGAN MURID : 40 ORANG
TARIKH : 3 SEPTEMBER 2012
MASA : 9.00 – 10.00 PAGI
TOPIK : BENTUK DAN RUANG
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid berupaya :-
(i) Mengenal pasti sisi bagi:
a) segi empat sama
b) segi empat tepat
c) segi tiga
18
2.1 TOPIK : BENTUK DAN RUANG
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
(ii) Mengukur dan merekod perimeter bagi:
a) segi empat sama
b) segi empat tepat
c) segi tiga.
Objektif pengajaran : Memahami perimeter bentuk dua dimensi dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pengalaman sedia ada : Murid telah mengetahui jenis-jenis bentuk 2-dimensi dan ciri- cirinya
Penerapan nilai : Kerjasama, keseronokan, kejujuran
19
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Murid mengenali bentuk-
bentuk 3-dimensi serta ciri-
cirinya yang ditunjukkan
oleh guru.
Guru membuat persembahan boneka dengan
menggunakan bentuk-bentuk 3 dimensi
Contoh :
Hai, selamat pagi. Nama saya kubus. Saya mempunyai 4 sisi.
Saya terdiri daripada gabungan enam segi empat sama. Ini
sisi saya.
Kubus
Kuboid
STRATEGI :
Berpusatkan guru
Berpusatkan
bahan
BBB:
Kubus
Kuboid
Piramid
RASIONAL :
Murid jelas
tentang bentuk
asas yang
membina bentuk
3 dimensi
Murid jelas
tentang bilangan
sisi bentuk 2
dimensi
20
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Piramid
NILAI :
Keseronokan
Langkah 1
(20 minit)
Murid diajar untuk mencari
perimeter bentuk
2-dimensi.
Guru menayangkan video klip bagaimana untuk
mengukur perimeter bentuk-bentuk 2 dimensi dengan
menggunakan tali dan pembaris.
Murid perlu menumpukan perhatian semasa tayangan
video bagi menjawab soalan yang disediakan
Guru mengajar tentang ciri-ciri bentuk 2-dimensi seperti
bilangan sisi, bucu dan lengkung
Guru menerangkan bagaimana untuk mengukur
perimeter bagi setiap bentuk
STRATEGI :
Berpusatkan
guru
Berpusatkan
bahan
Berpusatkan
murid
BBB:
Kad berbentuk
segi empat
sama
Kad berbentuk
segi empat
tepat
21
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Aktiviti:
Guru menampal kad-kad bentuk 2 dimensi (segi empat
sama, segi empat tepat, segi tegi) pada papan putih.
Beberapa orang murid diminta untuk ke hadapan kelas
bagi mengukur bentuk-bentuk 2 dimensi yang telah
ditampal dengan menggunakan pembaris meter
Guru membimbing semua murid untuk menambah
semua panjang sisi bentuk-bentuk 2-D .
Contoh :
5 cm + 5 cm + 5 cm + 5 cm = 20 cm
Guru menjelaskan bahawa jumlah semua panjang sisi
dinamakan perimeter.
Kad berbentuk
segi tiga
Pembaris
meter
Video
Slaid
RASIONAL :
Murid
mengetahui
bagaimana untuk
mengukur
perimeter
NILAI :
Keseronokan
22
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Langkah 2
(15 minit)
Murid melakukan aktiviti
secara berkumpulan untuk
meneroka bentuk-bentuk 2-
Dimensi bagi mencari nilai
perimeter.
AKTIVITI :-
Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan.
Guru memberikan sampul surat dan “mounting board”
kepada setiap kumpulan.
Sampul surat tersebut mengandungi kad-kad bentuk
2- dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat,
segi tiga manakala “mounting board” mengandungi
jadual seperti di bawah.
Murid menampal bentuk-bentuk 2 dimensi pada kotak
yang disediakan
STRATEGI :
Berpusatkan
bahan
Berpusatkan
murid
BBB:
Jadual pada
“mounting
board”
Kad-kad
bentuk 2
dimensi (segi
empat sama,
segi empat
tepat, segi
tiga)
Pembaris
Tali
23
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Bentuk Ukuran setiap sisi
(cm)
Jumlah
setiap
sisi (cm)
Perimeter
(cm)
A B C D
Segi
empat
sama
Segi
empat
tepat
Segi tiga
RASIONAL :
Murid dapat
mengaplikasikan
pengetahuan
untuk mengukur
perimeter
NILAI :
Kerjasama
Keseronokan
24
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Setiap kumpulan melengkapkan jadual yang diberikan
Guru membimbing murid semasa murid melakukan
aktiviti kumpulan
Setiap kumpulan menampal “mounting board” pada
papan putih
Guru membandingkan nilai perimeter yang diperoleh
setiap kumpulan
Guru mengukur bentuk-bentuk 2 dimensi di hadapan
kelas bagi mendapatkan perimeter yang betul.
Langkah 3
(13 minit)
Murid melaksanakan
aktiviti yang berbentuk
permainan sebagai
aktiviti pengukuhan
AKTIVITI :
Murid membentuk kumpulan bagi melaksanakan aktiviti.
Murid diminta untuk mengukur dan mencari perimeter bagi
objek-objek berikut mengikut stesen yang telah disediakan
oleh guru.
Stesen 1: Meja guru
Stesen 2 : Buku latihan
Stesen 3: Meja murid
Stesen 4 : Model rumah
STRATEGI:
Berpusatkan
bahan
Berpusatkan
murid
BBB:
Tali
Pembaris
Meja guru
Buku latihan
25
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Guru menyediakan tali dan pembaris di setiap stesen
Murid diberikan jadual untuk merekod nilai perimeter bagi
setiap objek yang diukur.
Objek
Hasil tambah
jumlah sisi
(perimeter, cm)
Meja guru
Buku latihan
Meja murid
MODEL RUMAH
Bahagian-
bahagian rumah Bentuk (perimeter,
cm)
Atap
Segi empat tepat
Segi tiga
Dinding Segi empat tepat
Segi empat sama
Tingkap Segi tiga
Pintu Segi empat tepat
Meja murid
Model rumah
Jadual
Lembaran
kerja
Soalan
berbentuk
interaktif dalam
Microsoft
Powerpoint
RASIONAL :
Murid dapat
membina
pengetahuan
secara
konstruktivisme.
NILAI :
Kerjasama
Kejujuran
26
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
- Cara pelaksanaan
Murid perlu bergerak ke stesen-stesen mengikut
kumpulan.
Murid mengukur setiap panjang sisi objek tersebut
dan menambah kesemua panjang sisi objek
Murid perlu mencatat ukuran pada jadual yang
disediakan
Wakil bagi setiap kumpulan diminta untuk ke hadapan bagi
merekodkan perimeter bagi objek-objek yang telah diukur
Guru membandingkan nilai perimeter objek antara
kumpulan
Beberapa orang murid diminta ke hadapan untuk
menjawab soalan berbentuk interaktif dalam Microsoft
Powerpoint
Murid diberikan lembaran kerja sebagai latihan
pengukuhan.
Murid menjawab soalan berbentuk pengetahuan dan
penyelesaian masalah (lampiran 1 dan lampiran 2)
Murid berbincang jawapan bagi lembaran kerja bersama
guru.
Guru menilai hasil kerja murid.
27
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Penutup
(7 minit)
Guru membuat rumusan
pengajaran dan murid
menyanyikan lagu berkaitan
konsep perimeter.
Murid menyanyikan lagu berdasarkan lirik lagu yang
diberikan oleh guru
Murid diberikan latihan sebagai kerja rumah.
STRATEGI:
Berpusatkan
bahan
Berpusatkan
murid
BBB:
Lirik lagu
Speaker
RASIONAL :
Murid dapat
membina
pengetahuan
secara
konstruktivisme.
NILAI :
Kerjasama
Kejujuran
28
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
29
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
2.1.1 LEMBARAN KERJA
NAMA : ________________________________
KELAS________________________________
Jumlahkan setiap sisi bagi setiap bentuk di bawah.
1)
3 cm + 3 cm + 3 cm =
2)
7 7 c m + 7 cm + 7 cm + 7 cm =
3)
12 cm + 3 cm + 12 cm + 3 cm =
4)
30
3 cm3 cm
3 cm
7 cm
7 cm
7 cm
7 cm
12 cm
3 cm3 cm
12 cm
15 cm
15 cm
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
15 cm + 15 cm + 15 cm + 15 cm =
5)
18 cm + 18 cm + 18 cm =
NAMA : ________________________________
KELAS________________________________
31
15 cm
18 cm
15 cm
18 cm
18 cm
15 cm
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Selesaikan soalan berikut dan tampalkan gambar di bawah pada
kotak jawapan yang betul.
32
Panjang sisi segi empat sama ialah 15 cm. Berapakah perimeter bagi segiempat tersebut?
Perimeter segi empat sama ialah 40 cm. Berapakah nilai bagi sisi bagi segi empat sama?
Nilai bagi sisi segi tiga ialah 12 cm, 3 cm dan 9 cm. Berapakah perimeter bagi segi tiga tersebut?
Panjang segi empat tepat ialah 20 cm dan lebarnya ialah 12 cm. Berapakah perimeter bagi segi empat tepat tersebut?
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
33
10 cm
60 cm
64 cm
24 cm
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
2.2 TOPIK : JISIM
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
KELAS : TAHUN 4 MAWAR
TAJUK : JISIM
TARIKH : 13 SEPTEMBER 2012
MASA : 9.00 – 10.00 PAGI
BILANGAN MURID : 40 ORANG
Kemahiran : Membanding beza dan menghubungkait.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui bagaimana untuk
(i) Membaca skala pada senggatan yang terhampir
(ii) membuat perbandingan antara dua objek menggunakkan unit standard (kg dan g)
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid berupaya :
( i) mengukur jisim menggunakan unit kilogram dan gram.
(ii) membaca skala pengukuran jisim menggunakan unit senggatan yang menghampiri
34
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
skala kilogram dan gram.
(iii) menganggar jisim sesuatu objek menggunakan unit kilogram dan gram dengan
jawapan yang betul sekurang –kurangnya 5 daripada 7 soalan .
Penerapan Nilai : Bekerjasama, bertanggungjawab, kejujuran,memberikan tumpuan, keseronokan, keberanian
35
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN
Set induksi
(7 minit)
Murid mengimbas kembali
pengetahuan mereka dalam konsep
jisim melalui aktiviti main peranan.
Guru telah menyediakan teks dialog untuk
melakonkan situasi yang diberi.
Dua orang murid dipilih untuk melakonkan
situasi yang diberi.
Watak-watak yang terlibat ialah :-
Pak Abu (Peniaga)
Ina (Pembeli)
Murid melakonkan watak-watak yang diberi di
hadapan kelas.
Guru mengaitkan aktiviti yang dimainkan
dengan topik pengajaran dan pembelajaran.
STRATEGI :
Berpusatkan murid
Berpusatkan bahan
BBB:
Teks dialog murid
Kacang hijau
Gula
Garam
RASIONAL :
Murid mengetahui
topik pengajaran
dan pembelajaran
yang akan diajar
oleh guru.
36
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
NILAI :
Keseronokan
Keberanian
Langkah 1
(20 minit)
Murid mengenal pasti cara
untuk mengukur dan
membaca skala jisim sesuatu
objek menggunakan unit
standard (kg dan g).
Guru memperkenalkan beberapa jenis alat
penimbang dengan menayangkan gambar
alat penimbang kepada murid dengan
menggunakan bantuan slaid
Guru bertanyakan kepada murid tentang
pengalaman sedia ada murid jika pernah
melihat atau menggunakkan alat- alat
penimbang tersebut.
Guru membincangkan dengan murid-murid
bagaimana untuk mengukur dan membaca
skala jisim sesuatu bahan menggunakan
unit senggatan yang betul.
Guru menayangkan klip video mengenai
cara pengukuran dan bacaan skala jisim
bahan.
Guru meletakkan objek seperti buku, botol
air, batu besar di atas alat penimbang dan
membimbing murid untuk membaca
STRATEGI :
Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan
BBB:
Buku
Botol
Batu besar
Alat penimbang
Slaid
Video
RASIONAL :
Murid jelas tentang
bagaimana hendak
mengukur jisim
Murid jelas tentang
bagaimana hendak
37
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
ukuran.
Guru menunjukkan murid bagaimana untuk
menulis ukuran skala jisim dengan betul.
Contoh:
Berat jisim buku ini adalah lebih
kurang 500 g, jadi kita tulis berat
jisim ini 500 g
Tiga orang murid dipilih secara rawak untuk
membaca ukuran jisim timbangan.
Guru bertanyakan soalan mengenai ukuran
jisim yang telah dilaksanakan.
Contoh soalan yang akan diajukan:-
Apakah kesilapan yang dapat kamu
lihat semasa rakan kamu membuat
ukuran dan bacaan pada alat
penimbang?
menulis ukuran
skala jisim dengan
betul.
NILAI :
Kerjasama
Menumpukan
perhatian
Keberanian
38
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Langkah 2
(20 minit)
Murid meneroka dan mengganggar
objek dalam kilogram dan gram
secara berkumpulan.
Murid membentuk empat kumpulan bagi
pelaksanaan aktiviti kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan alat penimbang
dan beberapa objek dengan jisim yang
berbeza.
Murid meneroka dan menganggar objek
dalam kilogram dan gram, kemudian
merekodkan anggaran tersebut dalam
jadual.
Murid mengukur ukuran jisim objek tersebut
dengan alat penimbang berat dan
merekodkan ke dalam jadual.
Murid membandingkan nilai anggaran jisim
objek dengan ukuran sebenar jisim objek
tersebut.
Cara pelaksanaan aktiviti. Murid perlu:
Menimbang satu objek dan
membaca unit senggatan yang
sebenar pada alat penimbang untuk
dijadikan panduan bagi anggaran
objek –objek seterusnya.
Merekod ukuran jisim yang telah
STRATEGI :
Berpusatkan murid
Berpusatkan bahan
Berpusatkan guru
BBB:
Alat penimbang
Jadual
RASIONAL :
Murid dapat
mengaplikasikan
pengetahuan untuk
mengukur jisim
dengan objek di
sekeliling mereka.
Murid dapat
membuat anggaran
berat jisim dengan
betul.
NILAI :
39
Bil. Objek Ukuran jisim (kg/g)
Anggaran Ukuran
sebenar
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
diambil ke dalam jadual yang telah
disediakan.
Menganggar jisim objek-objek
seterusnya dan merekod nilai
anggarannya.
Setiap kumpulan melengkapkan
jadual yang diberikan
Guru membandingkan nilai anggaran
jisim bahan antara satu kumpulan
dengan kumpulan yang lain.
Wakil setiap kumpulan di minta untuk
mengukur jisim objek-objek tersebut
dengan menggunakan alat
penimbang di hadapan kelas.
Murid membandingkan nilai
anggaran jisim objek tersebut
dengan ukuran objek yang sebenar.
Guru membimbing murid semasa murid
melakukan aktiviti kumpulan
Keseronokan
Kerjasama
Kejujuran
40
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Langkah 3
(10 minit )
Murid menjawab soalan latihan
mengenai tajuk jisim dalam lembaran
kerja.
Murid akan diberikan lembaran kerja 1
untuk menyatakan ukuran jisim dengan
menggunakan skala unit standard yang
betul.
Murid menjawab lembaran kerja 2 yang
berbentuk aplikasi pengetahuan.
Contoh soalan penyelesaian masalah:-
Aminah membeli 2.7 kg sabun
pencuci di kedai. Lukiskan jarum
pada alat penimbang yang diberi.
STRATEGI :
Berpusatkan bahan
BBB:
Lembaran kerja
RASIONAL :
Murid dapat
mengukuhkan
pengetahuan
mereka mengenai
bagaimana hendak
membaca dan
mengukur jisim.
NILAI :
Kejujuran
41
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Penutup
(3 minit)
Kognitif : Guru membuat refleksi
mengenai topik jisim.
Sosial :
Terima Kasih
Tahniah.
Guru memaparkan lirik lagu dalam
powerpoint
Guru menyanyikan lagu bersama-sama
murid.
Guru membuat ulasan mengenai
pengajaran yang diajar dan memberi kerja
rumah kepada murid.
Guru memberi pujian kepada murid.
Guru memberi motivasi kepada murid
STRATEGI :
Berpusatkan murid
BBB:
Lirik lagu
Muzik
RASIONAL :
Murid dapat
mengukuhkan
pemahaman
tentang topik
jisim melalui
nyanyian
NILAI :
Keseronokan
42
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
LAMPIRAN 1
Situasi: Ibu kamu meminta kamu membeli 50 gram kacang hijau, 100 gram gula dan
300 gram garam di kedai Pak Abu. Kamu dikehendaki melakonkan kembali
situasi ini di hadapan kelas.
Pak Abu : Assalamualaikum Ina. Lama tidak nampak kamu. Kamu apa khabar?
Ina : Walaikumsalam Pak Abu. Saya baru balik dari Kuala Lumpur semalam Pak
Abu. Saya sihat, Pak Abu pula apa khabar?
Pak Abu : Alhamdulillah, Pak Abu masih sihat lagi. Ada apa-apa Pak Abu boleh tolong
kamu
Ina : Pak Abu sila berikan 50 gram kacang hijau, 100 gram gula dan
300 gram garam
Pak Abu : Baiklah Ina, sila tunggu sebentar.
(murid yang berlakon sebagai Pak Abu dikehendaki membuat ukuran jisim
50 gram kacang hijau, 100 gram gula dan 300 gram garam di hadapan kelas)
Pak Abu : Baiklah Ina, ini barang-barang yang kamu hendak beli.
Ina : Terima kasih. Berapakah harga barang-barang ini semua Pak Abu.
Pak Abu : Semuanya RM 12.30.
(Ina memberikan RM 12.30 kepada Pak Abu)
43
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Pak Abu : Terima kasih Ina, sila datang lagi.
2.3 TOPIK :UKURAN PANJANG
TARIKH/ HARI : 13.09.2012 ( ISNIN)
MASA : 1 JAM
KELAS : 4 BIJAK
BIL. PELAJAR : 40 ORANG
M/ PEL : MATEMATIK
TAJUK : PANJANG
Objektif : Mengukur panjang menggunakan unit standard
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid berupaya
( i) Membaca ukuran panjang menggunakan sentimeter (cm).
(ii) Mengukur dan merekod panjang objek menggunakan unit sentimeter (cm).
iii) Menganggar panjang sesuatu objek menggunakan sentimeter (cm).
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah tahu untuk membezakan kepanjangan antara
dua atau lebih objek.
Bahan : (1) Pembaris plastik (cm)
(2) Tali
Nilai : Bekerjasama, bertanggungjawab, keyakinan diri, keseronok
44
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Murid mengenal pasti
dan menyatakan
perbezaan antara
panjang beberapa
objek.
- Guru menunjukkan objek-objek yang dibawa
kepada murid-murid di dalam kelas.
- Guru menyoal murid dan murid membuat
perbandingan antara panjang satu objek
dengan objek yang lain menggunakan
perkataan seperti “lebih panjang” atau “kurang
panjang”.
Contoh: Pen marker adalah
lebih
Strategi Pengajaran:
- Berpusatkan murid
BBM:
Pembaris kayu
Pen marker
Pengokot
Botol air
Bahan-bahan lain
Rasional:
- Murid akan dapat
menganggar kepanjangan
sesuatu objek sebelum
pengukuran sebenar dibuat.
Nilai:
-Keseronokan
45
pengokot
pembaris
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
panjang daripada pengokot.
Langkah
1
(25 minit)
Murid mengukur dan
membaca panjang
sesuatu objek
menggunakan unit
standard (cm).
- Guru memperkenalkan beberapa jenis alat
pengukuran seperti pembaris meter, pembaris
sentimeter, tali dan pita pengukur.
- Guru menunjukkan kepada murid-murid
bagaimana untuk mengukur dan membaca
panjang sesuatu bahan menggunakan unit
pengukuran yang betul.
-Pengukuran sesuatu objek dimulakan
dengan tanda “0” pada pembaris bagi
mengelakkan ralat semasa pengukuran
dibuat.
Strategi Pengajaran :
- Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
-Berpusatkan murid
Media pengajaran:
- Persembahan powerpoint
-Video
BBM:
Pembaris sentimeter (cm)
Tali
Rasional:
- Murid akan tahu untuk
membuat bacaan dan
pengukuran sesuatu objek
46
Pen marker
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
- Guru menayangkan klip video mengenai cara
pengukuran dan bacaan ukuran panjang
sesuatu bahan.
- Guru membimbing murid untuk melakukan
pengukuran sesuatu objek dengan
menggunakan cara yang betul di mana
pengukuran sesuatu objek harus bermula
daripada tanda “0” di atas pembaris.
-Guru menunjukkan cara pengukuran bagi
sesuatu objek yang panjangnya melebihi 30cm
dengan menggunakan tali melalui tayangan
slaid.
-Murid dibimbing untuk menulis panjang
pengukuran yang dibuat berdasarkan unit
pengukuran yang betul.
Contoh:
dengan menggunakan
cara dan teknik yang betul.
Nilai:
-Keyakinan diri
-Keseronokan
47
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Panjang sebatang pen ialah 14
sentimer. Maka 14 sentimeter juga
boleh ditulis sebagai 14cm dalam unit
standard.
14 sentimeter = 14cm
Langkah 2
(20 minit)
Murid membuat
pengukuran dan
anggaran bagi panjang
sesuatu objek secara
berkumpulan.
- Murid membentuk empat kumpulan bagi
pelaksanaan aktiviti kumpulan.
-Setiap kumpulan diberikan sekeping sampul
surat, tali dan pembaris.
- Sampul surat yang diberikan mengandungi
kad-kad gambar serta nama-nama objek yang
perlu diukur dan direkodkan bacaan
pengukurannya.
- Murid meneroka dan menganggar panjang
objek dalam sentimeter dan kemudiannya
merekodkan anggaran tersebut ke dalam
jadual yang telah disediakan oleh guru.
Strategi Pengajaran
-Berpusatkan bahan
-Berpusatkan murid
-Pembelajaran secara kolaboratif.
BBM:
Tali
Pembaris sentimeter (cm)
Bahan/Objek yang perlu
diukur:
Meja murid
Papan putih
48
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
- Murid mengukur panjang objek tersebut
dengan menggunakan tali dan pembaris serta
kemudiannya merekodkan ke dalam jadual.
- Murid membandingkan nilai anggaran
panjang objek dengan ukuran sebenar panjang
objek tersebut.
CONTOH JADUAL UKURAN PANJANG:
OBJEK ANGGAR
(cm)
SEBENAR
(cm)
BEZA
(cm)
Meja
murid
Kotak pensel
Bahan-bahan lain
Rasional:
- Murid akan faham dan
jelas mengenai konsep
ukuran panjang serta
mahir dalam menganggar
panjang sesuatu objek
secara visual.
Nilai:
-Bekerjasama
-Keyakinan diri
-Kejujuran
-Bertanggungjawab
-Keseronokan
49
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Papan
putih
Kotak
pensel
Contoh cara pelaksanaan aktiviti:
Murid perlu:
Mengukur satu objek dan membaca
ukuran panjang yang sebenar pada
pembaris untuk dijadikan panduan bagi
anggaran panjang objek –objek
seterusnya.
Merekod ukuran panjang yang telah
diambil ke dalam jadual yang telah
disediakan.
Menganggar panjang objek-objek yang
lain dan merekodkan nilai anggarannya.
Mencatat perbezaan nilai anggaran dan
ukuran sebenar yang dibuat.
Wakil setiap kumpulan diminta ke
50
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
hadapan untuk mengisikan nilai ukuran
panjang yang diperoleh semasa
perbincangan kumpulan pada papan
putih.
Guru membandingkan perbezaan nilai
anggaran panjang objek antara
kumpulan dan memperbaiki kesilapan
murid.
Langkah 3
(7 minit )
Murid menjawab
soalan latihan
mengenai topik ukuran
panjang dalam
lembaran kerja yang
diberikan.
Murid diberikan lembaran kerja untuk
menyatakan ukuran panjang dengan
menggunakan unit standard yang betul.
- Murid menjawab soalan berbentuk aplikasi
dan pengetahuan asas.
- Contoh soalan penyelesaian masalah
berbentuk aplikasi pengetahuan asas:
Amirah mempunyai sebatang pensel
yang berukuran 12cm. Dia membeli 2
batang pensel lagi yang masing-masing
mempunyai ukuran 14cm dan 16cm.
Berapakah jumlah ukuran panjang bagi
Strategi Pengajaran :
-Berpusatkan bahan
-Berpusatkan murid
BBM:
lembaran kerja
Rasional:
- Murid akan dapat
mengukuhkan
pengetahuan mereka
dalam konsep ukuran
panjang melalui soalan
51
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
ketiga-tiga pensel tersebut?
berbentuk latih tubi.
Nilai:
- Keyakinan diri
- Keseronokan
Penutup
(3 minit)
Murid menceritakan
pengalaman mereka
sepanjang
mempelajari topik
ukuran panjang.
- Guru membuat ulasan mengenai pengajaran
yang diajar dan memberikan maklum balas
terhadap pengalaman yang diceritakan oleh
murid-murid.
Strategi Pengajaran:
-Berpusatkan murid
Rasional:
- Murid dapat memantapkan
lagi pemahaman mereka
mengenai konsep dan
pengetahuan yang diajar
oleh guru mengenai topik
ukuran panjang.
Nilai:
-Keyakinan diri
-Keseronokan
52
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
53
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
3.0 PEMILIHAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan. Rancangan pengajaran harian mempunyai kepentingan yang tertentu.
Antaranya ialah :
Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang
hendak diajar
Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran
Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap,
kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki
Menggunakan masa pengajaran secara optimum
Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.
Kami telah menyediakan tiga rancangan pengajaran harian. Kami telah memilih
topik bentuk dan ruang, jisim serta ukuran panjang bagi murid tahun 4. Selepas
menyiapkan ketiga-tiga rancangan pengajaran harian, kami telah bersepakat untuk
memilih rancangan pengajaran harian bagi topik bentuk dan ruang. Bagi topik tersebut,
kami memilih untuk mengajar kepada murid-murid tahun 4 pengukurun perimeter bagi
bentuk-bentuk 2-dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga.
54
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Berdasarkan tajuk tersebut, kami telah menyediakan bahan-bahan 2-dimensi
dan bahan 3-dimensi. Bahan 2-dimensi yang kami hasilkan ialah kad-kad bentuk 2-
dimensi iaitu kad segi empat sama, segi empat tepat serta kad segi tiga serta satu
jadual yang diletakkan pada ‘mounting board’ . Kami juga menghasilkan jadual tersebut
bagi memudahkan murid-murid mencatat nilai perimeter pada jadual tersebut. Bahan 3-
dimensi yang kami hasilkan ialah model rumah. Berdasarkan model tersebut, kami
meminta murid mencari perimeter bagi bahagian-bahagian model rumah yang terdiri
daripada bentuk-bentuk 2-dimensi.
55
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
4.0 ANALISIS MODEL ASSURE
Model ASSURE merupakan model Reka Bentuk Pengajaran berasaskan bilik darjah.
Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik
dan berkesan. Penyediaan perancangan yang baik adalah penting kepada seorang
guru bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan dapat
56
SSelect methods, media
and materialsS
State objectives
AAnalyse learner U
Utilize media and materialsMODEL
ASSURE
RRequire learner
participation
EEvaluate and
revise
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
berjalan dengan lancar. Bahan-bahan bantu belajar memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan kefahaman murid tentang topik yang diajar kepada mereka.
Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk
meningkatkan minat dan pemahaman murid terhadap pengajaran guru, malah
penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
menguruskan pengajaran di dalam bilik darjah. Justeru, isi kandungan, strategi serta
kaedah pengajaran yang digunakan harus sesuai dengan tahap keupayaan murid.
Model ASSURE memberikan fokus kepada perancangan pengajaran dan
pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini berguna dalam membantu guru
merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Menurut Gagne (1985),
pembelajaran berlaku sebagai satu proses perkembangan secara berperingkat.
Terdapat enam langkah dalam model ASSURE iaitu :-
1. A - Analyse learners (Analisis pelajar)
2. S- State objectives (Nyatakan objektif / hasil pembelajaran)
3. S- Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan
sumber)
4. U- Utilize media and materials (Gunakan media dan bahan sumber)
5. R- Require Learner Participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)
6. E- Evaluate materials (Nilai dan semak semula)
57
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
A - Analyse learners (Analisis pelajar)
58
murid tahun 4 cempaka
Bilangan murid
Latar belakang keluarga
Persekitaran tempat tinggal
Lelaki Perempuan
15 orang 25 orang
Semua Melayu
Bangsa
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
KELAS : TAHUN 4 CEMPAKA
BILANGAN MURID : 40 ORANG
TOPIK : BENTUK DAN RUANG
SUBTOPIK : MENGUKUR PERIMETER BENTUK-BENTUK
2 -DIMENSI
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Langkah pertama dalam model ASSURE ialah analisis pelajar. Guru perlu tahu
keperluan setiap murid bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
untuk murid. Terdapat tiga perkara yang boleh dianalisis oleh guru iaitu ciri-ciri umum
pelajar, pengetahuan / pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran murid.
Antara ciri-ciri umum pelajar yang perlu diketahui oleh guru adalah seperti umur,
kelas, jantina, taraf sosioekonomi, kawasan tempat tinggal, gaya pembelajaran murid
dan sebagainya. Latar belakang murid boleh diketahui oleh guru pada hari pertama
persekolahan iaitu semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid. Guru juga boleh
tahu mengenai hal ini melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Murid-murid tahun 4 Cempaka terdiri daripada 40 orang murid iaitu 15 orang
murid lelaki dan 25 orang murid perempuan. Semua murid di dalam kelas tersebut
terdiri daripada bangsa Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Sebahagian daripada murid kelas 4 Cempaka mempunyai latar belakang
keluarga yang berpendidikan tinggi dan mereka tinggal di kawasan bandar yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ada di kalangan ibu bapa mereka yang
bekerja sebagai pensyarah, guru, doktor, jurutera dan sebagainya. Kemampuan dari
segi kewangan membolehkan sebilangan besar daripada murid-murid kelas 4 Cempaka
mengikuti tuisyen. Terdapat juga murid di dalam kelas tersebut mempunyai latar
belakang keluarga yang sederhana.
Kelas 4 Cempaka merupakan kelas yang pertama bagi tahun 4. Murid-murid di
dalam kelas tersebut terdiri daripada murid-murid bijak pandai. Justeru, guru perlu
merancang aktiviti-aktiviti yang boleh mencabar dan menarik minat murid. Jika guru
59
- Separuh ikhtisas - Penuh ikhtisas
Dilengkapi dengan
kemudahan seperti
pusat tuisyen
Kawasan bandar
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
merancang aktiviti yang mudah dan tidak mencabar, maka mereka akan cepat berasa
bosan dan mungkin mereka tidak akan menumpukan perhatian semasa aktiviti
dijalankan. Pemilihan bahan bantu belajar untuk murid-murid di dalam kelas tersebut
haruslah sesuai dengan tahap pembelajaran mereka.
Aspek kedua yang perlu dianalisis oleh guru ialah pengetahuan / pengalaman
sedia ada murid. Pengalaman serta pengetahuan sedia ada murid yang dibawa ke bilik
darjah dikenali sebagai entry point. Pengetahuan sedia ada murid boleh dikenalpasti
oleh guru melalui ujian praunit, sesi soal jawab di dalam kelas serta kajian pencapaian
pembelajaran unit yang terdahulu. Analisis ini penting bagi membantu guru
menyediakan aktiviti pengajaran yang berkesan dan bermanfaat kepada murid.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pengetahuan / pengalaman sedia
ada murid dapat membantu murid membina pengetahuan secara konstruktivis.
Menurut Teori Pelaziman Operan E.L Thorndike, sesuatu pengajaran perlu
dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi membolehkan mereka
bersedia untuk memberikan gerak balas. Hubungan di antara ransangan dan gerak
balas menjadi kukuh jika guru mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang
telah dipelajari oleh murid dalam situasi lain. Hal ini bagi mengelakkan proses lupaan
daripada berlaku dan sekaligus murid dapat menyimpan maklumat tersebut dalam
ingatan jangka panjang.
Murid-murid tahun 4 Cempaka telah mengenal bentuk-bentuk 2-dimensi serta
ciri-cirinya yang telah diajar pada pelajaran yang lepas. Pengetahuan sedia ada murid
mengenai bentuk-bentuk 2-dimensi serta ciri-cirinya memudahkan guru untuk memilih
sumber pembelajaran yang sesuai dan kaedah yang berkesan untuk topik baru yang
akan dipelajari. Guru menggunakan bahan-bahan 2-dimensi iaitu kad-kad berbentuk
segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga bagi mengajar murid topik yang baru
iaitu pengukuran perimeter. Murid-murid lebih mudah untuk memahami apa yang diajar
oleh guru kerana mereka telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang bentuk-
bentuk 2-dimensi serta ciri-cirinya.
60
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Menurut Kenneth & Dunn (1984), setiap murid mempunyai gaya pembelajaran
dan kekuatan yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu boleh ditakrifkan sebagai
cara yang paling sesuai dan berkesan untuk seseorang individu menguasai
pembelajaran. Terdapat beberapa model gaya pembelajaran iaitu model Dunn dan
Dunn, model Kolb, model Honey dan Mumford, model Multiple Intelligence Gardner
serta model Hermaan. Tiga bentuk gaya pembelajaran yang utama ialah visual, auditori
serta kinestetik. Rasional guru perlu mengetahui gaya pembelajaran murid ialah supaya
guru dapat merancang aktiviti pengajaran yang lebih efektif mengikut gaya
pembelajaran murid.
Hampir semua murid tahun 4 Cempaka mempunyai gaya pembelajaran visual.
Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini mudah belajar sesuatu melalui
penglihatan. Mereka gemar menatap wajah dan riak guru semasa guru memberikan
penerangan tentang sesuatu perkara. Mereka juga akan seronok dan melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila guru menggunakan
gambar-gambar, video, carta, model-model 3-dimensi dan lain-lain lagi sebagai media
pengajaran. Apabila guru menunjukkan bahan-bahan visual, murid yang mempunyai
gaya pembelajaran visual akan memastikan bahan-bahan tersebut dapat dilihat dengan
jelas. Oleh itu, bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dengan
gaya pembelajaran murid.
Dalam pengajaran bentuk dan ruang, guru menggunakan media teknologi
maklumat (ICT) dalam pengajaran. Murid-murid tahun 4 Cempaka berminat dan
menumpukan perhatian semasa guru menayangkan video cara-cara mengukur
perimeter. Jenis media yang digunakan untuk mengajar bentuk dan ruang bagi kelas 4
Cempaka adalah pelbagai seperti media bergerak, orang, visual serta model yang
boleh disentuh dan dipegang oleh murid. Penggunaan media-media ini membantu
murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah dan
berkesan. Kekuatan yang dapat dikenalpasti di sini ialah media pengajaran yang
digunakan adalah selari dengan gaya pembelajaran murid. Justeru, murid-murid lebih
mudah memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.
61
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
S- State objectives (Nyatakan objektif / hasil pembelajaran)
Langkah kedua dalam model ASSURE ialah nyatakan objektif atau hasil pembelajaran.
Dalam menyediakan rancangan pengajaran, pernyataan objektif pembelajaran adalah
penting sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Objektif pembelajaran penting
62
Siapa yang akan
mencapai objektif?
- murid-murid tahun 4 Cempaka
Bentuk tingkah laku
baharu- murid dapat
mengukur perimeter
bahan-bahan 2-dimensi
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
bagi membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Daripada
objektif pembelajaran juga, guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran.
Guru perlu merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran untuk menentukan objektif yang
ingin dicapai berdasarkan tajuk-tajuk tertentu.
Terdapat empat kriteria pernyataan objektif yang baik. Antaranya ialah siapakah
yang akan mencapai objektif, bentuk tingkah laku baharu, situasi atau syarat perlakuan
serta darjah tahap pencapaian minimum perlakuan.
Murid-murid tahun 4 Cempaka merupakan kumpulan sasaran bagi pengajaran
topik bentuk dan ruang. Sebelum memilih objektif pembelajaran, guru membuat
beberapa penilaian supaya objektif tersebut dapat dicapai oleh murid-murid tahun 4
Cempaka. Penilaian tersebut perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid,
sukatan pelajaran, masa yang diperuntukkan serta bahan-bahan bantu belajar yang
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian penting supaya
pengajaran dapat dilaksanakan dengan lancar.
Bentuk tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran perlulah dapat diukur dan dilihat pencapaiannya. Bagi topik bentuk dan
ruang ini, bentuk tingkah laku baharu yang hendak dibentuk dalam diri murid ialah
selepas sesi pengajaran, murid-murid tahun 4 Cempaka akan dapat mengukur
perimeter bahan-bahan 2-dimensi seperti mengukur perimeter segi empat sama, segi
empat tepat dan segi tiga.
Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran termasuk syarat bagaimana
tingkah laku baharu dapat diperhatikan. Murid-murid tahun 4 Cempaka dapat mengukur
perimeter bahan-bahan 2-dimensi selepas guru menayangkan video cara-cara
mengukur perimeter. Pernyataan objektif yang baik juga perlu mengandungi kriteria
darjah tahap pencapaian minimum perlakuan. Tahap pencapaian minimum merujuk
kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang
ditetapkan dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini penting bagi
63
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
membolehkan guru menyediakan aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang belum
menguasai dan aktiviti penggayaan bagi murid-murid yang sudah menguasai
pembelajaran. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dibuat, pada akhir
pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengukur dan merekod perimeter
sekurang-kurangnya tiga daripada empat objek dengan tepat.
S- Select method, media and materials (pemilihan kaedah, media dan bahan
sumber)
Langkah yang ketiga dalam model ASSURE ialah pemilihan kaedah, media dan bahan
sumber. Proses pemilihan ini melibatkan tiga langkah iaitu membuat keputusan tentang
kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format media
yang sesuai dengan kaedah yang dipilih serta memilih dan mengubah suai atau mereka
bentuk bahan sumber pembelajaran.
Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah boleh diaplikasikan mengikut
kesesuaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Gabungan beberapa kaedah dalam
64
MediaKaedah
Persembahan bonekaDemonstrasi Penerangan Perbincangan secara kolaboratifBermain sambil belajarPerbincangan Latih tubiNyanyian
Guru Murid Tayangan videoBoneka berbentuk kubus, piramid, kuboidModel 3-dimensi rumahKad-kad bentuk 2-dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat dan segi tigaJadual Lirik laguSlaidLembaran kerja
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah adalah berdasarkan
kepada ciri-ciri murid, pengalaman sedia ada murid, gaya pembelajaran serta objektif
pembelajaran yang hendak dicapai. Bagi pemilihan format media pula, guru perlu
mengambil kira beberapa aspek seperti audiens samada kumpulan murid : kelas/
kumpulan / individu, keupayaan murid, domain objektif serta bentuk maklum balas yang
akan dihasilkan. Contoh media adalah seperti gambar, slaid, audio, tayangan komputer
multimedia dan sebagainya. Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bagi memilih bahan sumber,
terdapat tiga langkah yang perlu diikuti. Tiga langkah tersebut ialah memilih bahan
sumber sedia ada, mengubah suai bahan sumber sedia ada dan mereka bentuk bahan
sumber baharu.
Murid-murid tahun 4 Cempaka mempunyai gaya pembelajaran visual. Oleh hal
yang demikian, media pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar topik
mengukur perimeter mengambil kira gaya pembelajaran murid. Pada fasa set induksi,
guru menggunakan kaedah persembahan boneka dengan menggunakan bentuk-bentuk
3-dimensi seperti kubus, kuboid dan juga piramid. Berdasarkan boneka tersebut, guru
mengajar kepada murid nama bagi bentuk-bentuk 3-dimensi, bilangan sisi serta bentuk
asas yang membina model 3-dimensi tersebut. Media pengajaran yang digunakan pada
set induksi ialah boneka bentuk-bentuk 3-dimensi dan juga orang. Guru bertindak
sebagai media pengajaran semasa membuat persembahan boneka.
Pada langkah pertama, kaedah yang digunakan oleh guru ialah kaedah
demonstrasi dengan menayangkan klip video yang berfungsi sebagai media
pengajaran. Melalui tayangan video tersebut, murid-murid didedahkan dengan cara-
cara untuk mengukur perimeter bentuk-bentuk 2 dimensi dengan menggunakan tali dan
pembaris.Kemudian guru memberikan penerangan kepada murid tentang ciri-ciri bentuk
2-dimensi seperti bilangan sisi, bucu dan lengkung melalui slaid komputer. Guru juga
menerangkan melalui slaid bagaimana untuk mengukur perimeter bagi setiap bentuk 2-
dimensi. Murid-murid tahun 4 Cempaka seronok dan memberikan tumpuan sepenuhnya
semasa guru memberikan penerangan. Guru berjaya menarik perhatian murid melalui
penggunaan media pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran mereka.
65
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Dalam langkah pertama juga, guru juga menggunakan kad-kad berbentuk
2-dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga untuk aktiviti
pengukuhan. Kaedah yang digunapakai oleh guru dalam langkah ini ialah penerangan.
Melalui kad-kad tersebut, beberapa orang murid diminta untuk ke hadapan kelas bagi
mengukur sisi bagi bentuk-bentuk 2 dimensi murid dan menambah semua panjang sisi
bentuk 2-dimensi tersebut.
Selepas selesai, guru memberikan penerangan kepada murid tahun 4 Cempaka
bahawa jumlah semua panjang sisi dinamakan perimeter. Di sini dapat dilihat bahawa
guru bertindak sebagai media dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid.
Bagi langkah kedua, kaedah yang digunakan ialah perbincangan secara
kolaboratif. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan
dibekalkan dengan satu sampul surat yang mengandungi kad-kad bentuk 2 dimensi
seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga manakala “mounting board”
mengandungi jadual. Setiap kumpulan perlu berbincang bersama-sama ahli kumpulan
yang lain bagi melengkapkan jadual yang disediakan. Di sini, guru hanya memberikan
bahan kepada murid untuk diteroka sendiri oleh mereka untuk mendapatkan jawapan.
Oleh sebab murid-murid bagi setiap kumpulan terdiri daripada murid-murid yang pandai
dan sederhana, kaedah perbincangan secara kolaboratif di sini berkesan di mana
murid-murid yang pandai membantu ahli kumpulannya yang lemah untuk mengukur
perimeter.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan lagi dengan setiap kumpulan
perlu bergerak ke stesen-stesen yang ditetapkan untuk mengukur perimeter bagi objek-
objek yang terdapat pada setiap stesen. Kaedah yang digunakan dalam aktiviti ini ialah
kaedah bermain sambil belajar. Murid bukan sahaja seronok mengikuti aktiviti tersebut,
tetapi juga dapat belajar cara mengukur perimeter tanpa mereka sedari. Selepas
mengukur, murid-murid perlu mengisi jadual yang diberikan kepada mereka. Kaedah
yang digunakan dalam langkah ini juga ialah kaedah perbincangan bersama ahli
kumpulan. Dalam langkah ini juga, guru menggunakan perisian Microsoft Powerpoint
sebagai media pengajaran. Beberapa orang murid diminta ke hadapan untuk menjawab
66
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
soalan berbentuk interaktif dalam Microsoft Powerpoint. Murid-murid amat teruja
menjawab soalan tersebut kerana mereka berpeluang menggunakan teknologi
maklumat (ICT) dalam pembelajaran mereka.
Selepas itu, guru menggunakan kjaedah latih tubi dengan memberikan lembaran
kerja kepada setiap murid. Murid perlu menjawab soalan pada lembaran kerja yang
diberikan secara individu. Kemudian guru berbincang bersama-sama dengan murid
lembaran kerja tersebut. Melalui lembaran kerja, guru dapat mengukur tahap
kefahaman murid tentang topik perimeter yang diajar. Hal ini penting bagi
membolehkan guru menyediakan aktiviti penggayaan atau pemulihan kepada murid-
murid.
Pada langkah yang terakhir iaitu penutup, guru menggunakan kaedah nyanyian.
Media yang digunakan ialah lirik lagu serta muzik. Kaedah nyanyian berkesan untuk
murid-murid mengukuhkan kefahaman mereka mengenai tajuk perimeter.
67
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
U- utilize media and materials (Gunakan Media dan Bahan Sumber)
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa jenis media yang digunakan oleh guru dan
murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara media
yang kami gunakan ialah media bergerak seperti video, boneka sebagai bahan 3-
Dimensi yang boleh disentuh dan dipegang oleh murid, jadual sebagai bahan visual
serta lagu sebagai sumber audio. Kesemua media yang digunakan di dalam kelas
adalah lebih berpusatkan murid berbanding guru. Hal ini bertujuan untuk memastikan
68
JENIS-JENIS MEDIA
MEDIA BERGERAK
- Video
BAHAN 3 DIMENSI- Boneka
AUDIO- Lagu
BAHAN VISUAL- Jadual
-Kad bentuk 2-dimensi- Slaid
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
objektif pembelajaran murid akan tercapai dengan berkesan dan bermakna. Bagi
memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber tersebut, guru telah
menyediakan boneka yang terdiri daripada bentuk-bentuk 2-dimensi sebagai satu
langkah dalam set induksi bagi menarik perhatian murid. Set induksi yang terancang
dapat memotivasikan murid dan seterusnya dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid
untuk terus belajar. Sebagai contoh, penggunaan boneka bentuk-bentuk 3-dimensi
dapat memberikan gambaran menyeluruh berkaitan ciri-ciri bentuk serta konsep
perimeter yang hendak dipelajari oleh murid. Selain itu, penggunaan bahan sumber
tersebut juga boleh merangsang minat murid untuk belajar kerana murid dapat
memahami objektif pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru dalam topik
pengukuran perimeter bagi bentuk-bentuk 2-dimensi.
Selain itu, guru juga menyediakan teknik penyampaian menggunakan video bagi
mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermakna. Sebagai langkah pengajaran
guru kepada murid, guru telah memaparkan sebuah klip video bagi membantu
mengukuhkan kefahaman konsep terhadap murid-murid tentang cara-cara pengukuran
perimeter bagi sesebuah bentuk 2-dimensi seperti segi empat sama, segi empat tepat
dan segi tiga. Dalam hal ini, murid perlu mengetahui tentang bagaimana pengukuran
perimeter dibuat berdasarkan ukur lilit bentuk tersebut. Melalui kefahaman konsep oleh
murid terhadap cara pengukuran perimeter, maka pengetahuan tentang perimeter itu
dapat diaplikasikan dalam pelbagai masalah matematik dalam kehidupan seharian
murid.
Di samping itu, guru menggunakan bahan 2-dimensi seperti kad-kad berbentuk
2-dimensi seperti kad segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga semasa aktiviti
kelas bagi melibatkan murid secara langsung dalam proses pembelajaran. Hal ini dapat
menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan kerana murid dapat mencuba serta
mengambil peluang untuk tampil ke hadapan bagi menguatkan lagi konsep perimeter
yang dipelajari berdasarkan penggunaan bahan maujud. Selain itu, murid akan lebih
faham tentang pengukuran perimeter bagi sesuatu bentuk atau objek melalui hasil
tambah semua jumlah sisinya. Hal ini kerana pengukuran perimeter dilakukan sendiri
oleh murid di hadapan kelas dengan menggunakan pembaris serta dibimbing oleh guru.
69
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
Tambahan pula, semasa pelaksanaan aktiviti kumpulan, murid-murid dibekalkan
dengan kad-kad bentuk 2-dimensi dan satu jadual yang mengandungi maklumat
berkaitan cara-cara untuk mendapatkan nilai perimeter. Bagi aktiviti berkumpulan, guru
menyusun media dan bahan sumber dengan baik supaya dapat digunakan oleh murid-
murid secara maksimum dalam perbincangan kumpulan. Selain itu, guru juga
mengambil kira kedudukan murid-murid semasa aktiviti perbincangan dilakukan bagi
membolehkan setiap murid memperoleh hasil pembelajaran yang bermakna. Aktiviti
berkumpulan yang berpusatkan murid ini juga akan mampu mendorong semangat
ekstrinsik murid untuk terus meneroka tentang nilai perimeter bagi bahan-bahan
berbentuk 2-dimensi. Murid akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam
konsep perimeter melalui pengaplikasian pengetahuan dalam melengkapkan jadual
yang diberi menggunakan langkah-langkah yang sistematik.
Di samping itu, guru juga menyediakan beberapa objek termasuk sebuah model
rumah mengikut stesen untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Model rumah
yang disediakan oleh guru terdiri daripada gabungan bentuk-bentuk asas 2-dimensi.
Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang berkesan dan bermakna, setiap kumpulan
diberi peluang untuk mencari nilai perimeter bagi objek yang disediakan di setiap
stesen. Hal ini kerana aktiviti kumpulan ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh setiap
kumpulan supaya mereka dapat mengukur kesemua objek yang disediakan mengikut
stesen serta melengkapkan nilai perimeter dalam jadual yang diberikan. Melalui aktiviti
kumpulan secara begini, maka seseorang murid itu akan dapat meneroka dan membina
pengetahuannya secara mendalam dalam topik bentuk dan ruang. Aktiviti berkumpulan
ini juga akan mampu menjadikan fokus pembelajaran lebih menarik dan berkesan untuk
murid-murid.
Dalam aktiviti pengukuhan pula, murid-murid menjawab soalan berbentuk
interaktif melalui penggunaan media komputer iaitu slaid power point. Latihan berbentuk
interaktif ini adalah sangat penting untuk murid-murid kerana hal ini dapat menarik
minat murid dalam menguji tahap kefahaman mereka sama ada mereka faham akan isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru mengenai pengukuran perimeter bentuk 2-
dimensi ataupun sebaliknya. Selain itu, latihan interaktif ini juga mampu memotivasikan
70
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
diri murid untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan diri. Aktiviti ini mampu
merangsang minda murid untuk menggunakan teknologi maklumat dalam mempelajari
konsep perimeter.
Seterusnya, setiap murid dibekalkan dengan lembaran kerja sebagai latihan
tambahan bagi mengukuhkan pengetahuan mereka mengenai konsep perimeter yang
telah dipelajari. Isi pelajaran adalah sangat penting untuk dikuasai oleh setiap murid
agar objektif pembelajaran yang bermakna akan dapat dicapai.
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan menyanyikan
sebuah lagu mengenai perimeter bentuk-bentuk asas untuk menambahkan daya
ingatan murid terhadap konsep perimeter. Semua murid akan berdiri dan menyanyikan
lagu tersebut bersama-sama dengan iringan muzik. Murid-murid juga akan
menyanyikan lagu tersebut sambil membuat pergerakan supaya mereka berasa
seronok mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
71
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
R- require learner participation (Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran)
Setelah selesai memilih dan menyiapkan bahan media dan sumber yang hendak
digunakan, guru menggunakan bahan media tersebut di dalam kelas. Penggunaan
bahan media tersebut dilakukan secara kaedah berperingkat mengikut langkah
pengajaran. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan bahan media, guru melibatkan
murid-murid sepenuhnya dalam penggunaan dalam proses pembelajaran. Penglibatan
murid-murid dalam pelbagai aktiviti di dalam kelas akan dapat membantu mereka
meneroka pengetahuan baru berdasarkan pemahaman mereka.
Selepas tamatnya set induksi, guru akan menayangkan sebuah klip video untuk
murid-muridnya di dalam kelas bagi menunjukkan cara-cara pengukuran perimeter
dengan tepat menggunakan tali dan pembaris. Semasa penayangan klip video, murid-
murid perlu fokus dan peka terhadap cara pengukuran perimeter sesuatu bentuk itu.
Hal ini kerana murid perlu melibatkan diri dalam sesi soal jawab selepas itu. Guru akan
bertanyakan beberapa soalan berkaitan cara-cara pengukuran perimeter bagi bentuk-
bentuk 2-dimensi dan murid perlu mengangkat tangan untuk menjawab soalan tersebut.
Contoh soalan yang ditanyakan oleh guru kepada murid-murid adalah seperti berikut:
72
Penglibatan Murid
1. Menjawab soalan berdasarkan video. 2. Menyelesaikan masalah perimeter di hadapan
kelas.3. Perbincangan secara berkumpulan.4. Aktiviti permainan secara berkumpulan.5. Menjawab soalan berbentuk interaktif.6. Membuat latihan dalam lembaran kerja.7. Menyanyikan lagu berkaitan konsep asas
bentuk dan perimeter.
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
(a) Nyatakan bilangan sisi dan bucu bagi bentuk segi tiga, segi empat sama dan
segi empat tepat.
(b) Apakah ciri-ciri bentuk 2-dimensi bagi membolehkan nilai perimeter diukur?
Oleh sebab keterlibatan murid dalam aktiviti kelas, maka minat murid dalam aktiviti
tersebut juga akan berterusan serta dapat membentuk pengalaman pembelajaran yang
paling berkesan.
Di samping itu, dalam aktiviti kelas juga guru mengajar dengan jelas mengenai
konsep perimeter bagi bentuk-bentuk 2-dimensi. Sebagai contoh, guru menampal kad-
kad bentuk 2-dimensi seperti kad segi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat pada
papan putih di hadapan kelas supaya murid-murid boleh tampil ke hadapan untuk
menyelesaikan masalah perimeter bagi bentuk-bentuk tersebut. Dalam aktiviti ini,
murid-murid bergerak secara aktif untuk melibatkan diri mereka dalam proses
pembelajaran di dalam kelas. Melalui penglibatan murid dalam aktiviti penyelesaian
masalah, maka murid-murid akan dapat membina satu pengetahuan baru yang akan
mendorong ke arah perubahan tingkah laku secara positif. Hal ini kerana murid-murid
akan berasa seronok untuk mengikuti proses pembelajaran secara berterusan
disebabkan wujudnya bimbingan guru kepada murid-muridnya semasa mereka
melaksanakan aktiviti.
Selepas itu pula, murid-murid akan meneruskan proses pembelajaran melalui
aktiviti secara perbincangan kumpulan. Melalui perbincangan kumpulan, murid dapat
meneroka serta menjana idea-idea baru dalam mengukuhkan kefahaman mereka
mengenai topik perimeter yang telah dipelajari. Hal ini secara langsung akan
merangsang pemikiran kognitif setiap murid untuk terus berfikir secara kritis dan kreatif
bagi bersama-sama menyelesaikan masalah perimeter bentuk-bentuk 2-dimensi dalam
kumpulan masing-masing. Selain itu, murid akan dapat mengetahui cara untuk mengira
nilai perimeter secara sistematik iaitu dengan menambahkan setiap satu sisi sehingga
memperoleh jumlah nilai kesemua sisi. Maka, jumlah nilai bagi kesemua sisi akan
dinamakan sebagai perimeter objek. Aktiviti secara berkumpulan akan dapat
73
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
menimbulkan rasa minat murid untuk terus belajar serta dapat menjadikan proses
pembelajaran sebagai satu hasil atau pemerolehan ilmu yang bermakna.
Di samping itu, murid juga melaksanakan aktiviti berbentuk permainan secara
berkumpulan. Setiap kumpulan perlu mengukur nilai perimeter bagi beberapa objek
mengikut stesen-stesen yang disediakan di dalam kelas. Antara contoh-contoh objek
yang diukur adalah seperti meja guru, meja murid, buku latihan serta model rumah.
Kesemua objek terdiri daripada satu bentuk 2-dimensi sahaja kecuali model rumah
terdiri daripada gabungan beberapa bentuk 2-dimensi. Oleh itu, murid akan dapat
membina pengetahuan sendiri melalui penerokaan terhadap bahan-bahan 2-dimensi.
Sebaik sahaja semua kumpulan selesai mengisikan jadual bagi nilai perimeter objek,
maka guru akan memberikan maklum balas secara langsung kepada setiap kumpulan
bagi mengenal pasti kumpulan mana yang memperoleh kejayaan yang maksimum
melalui aktiviti permainan tersebut.
Selain itu, murid-murid juga diberikan dengan lembaran kerja sebagai satu
bentuk latih tubi atau latihan pengukuhan bagi mengukur tahap kefahaman murid
terhadap topik perimeter yang dipelajari. Apabila seseorang murid itu melibatkan diri
secara aktif dalam proses pembelajaran, maka guru tersebut dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid tersebut. Oleh sebab itu, guru haruslah sentiasa
bersedia untuk memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta maklum balas kepada murid
agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan baik dan berkesan pada akhir
pembelajaran. Selain itu juga, murid akan berasa seronok sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid menyanyikan lagu berkaitan
konsep asas perimeter bersama-sama dengan iringan muzik. Melalui aktiviti ini, kita
dapat melihat bahawa murid melibatkan diri secara aktif dan maksimum dalam aktiviti
nyanyian tersebut. Oleh itu, lagu yang dinyanyikan oleh murid bertindak sebagai satu
media yang dapat membantu murid untuk memahami konsep perimeter dengan lebih
jelas lagi serta dapat membantu untuk meningkatkan memori jangka panjang murid
dalam topik tersebut.
74
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
75
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
E- Evaluate and revise (Nilai dan Semak Semula)
Langkah terakhir dalam model ini ialah menilai dan menyemak semula aktiviti
pengajaran yang diajar. Penilaian ini dilakukan sebagai maklum balas daripada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Melalui maklum balas tersebut, maka
seseorang guru akan dapat melakukan tindakan susulan dan membuat
penambahbaikan terhadap teknik, strategi dan gaya pengajaran yang telah
dilaksanakan di dalam kelas.
Semasa proses pengajaran, guru telah melakukan beberapa penilaian informal
secara berperingkat dan sistematik. Hal ini bertujuan untuk melihat respons murid-murid
terhadap setiap aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru telah dapat mengenal pasti beberapa
kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Antara kekuatan yang telah dapat dikenal pasti oleh guru adalah murid dapat
melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh guru. Hal ini
menunjukkan bahawa proses pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan
oleh sebab keterlibatan dan minat murid dalam aktiviti secara berterusan. Selain itu,
media dan bahan sumber yang dipilih oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan
76
PENILAIAN DAN REFLEKSI
Pencapaian objektif
Kekuatan dan kelemahan
Perasaan guru
Cara atasi kelemahan
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
pembelajaran juga adalah sesuai, menarik dan menepati objektif pembelajaran yang
ingin dicapai. Punca kekuatan tersebut adalah berdasarkan perancangan guru yang
rapi dan sistematik dalam menyediakan rancangan pengajaran.
Antara kelemahan yang telah dapat dikenal pasti oleh guru adalah murid-murid
sukar memahami arahan yang diberikan oleh guru disebabkan guru memberikan
arahan yang agak panjang semasa pelaksanaan aktiviti kumpulan. Oleh yang demikian,
maka akan wujud kekeliruan dalam kalangan murid yang mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza sehingga mereka akan menyalah tafsir sesuatu arahan
yang diberikan oleh guru. Di samping itu, mereka juga tidak akan mampu untuk
menumpukan perhatian terhadap arahan guru. Punca kelemahan tersebut adalah
kerana guru telah menyediakan aktiviti yang begitu banyak pada satu sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran tamat, guru telah bertanya
kepada murid tentang perasaan mereka terhadap aktiviti yang telah mereka lakukan di
dalam kelas pada hari tersebut. Mereka telah menceritakan pengalaman-pengalaman
mereka semasa mempelajari topik perimeter dengan gembira sekali. Oleh yang
demikian, maka guru dapat melihat bahawa murid-murid berasa seronok mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
Secara keseluruhannya, sebuah pengajaran yang baik adalah bagaimana
seseorang guru mengendalikan aktiviti pembelajarannya secara berkesan supaya
murid-murid dapat memahami dan memperoleh ilmu dengan baik. Pengajaran guru
yang berkesan mampu membantu murid mencapai tahap pemikiran yang holistik. Oleh
sebab itu, seseorang guru perlu menyediakan perancangan dengan rapi dan sistematik
sebelum masuk ke dalm kelas agar objektif dan hasil pembelajaran akan dapat dicapai
oleh murid-murid dengan jayanya.
77
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
5.0 SLAID POWERPOINT
78
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
79
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
80
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
81
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
82
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
83
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
84
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
85
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
86
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
87
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
88
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
89
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
90
[TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN] [EDU 3105]
91