tugasan 2 - wacana penulisan

13
Tugasan 2 1-wacana drama Melly memiliki cita-cita untuk menjadi seorang Doktor, namun dia tidak yakin apakah dia boleh mewujdukan impian tersebut lantaran dia memiliki masalah ekonomi daripada sudut kewangan dan sebagainya. Sahabat-sahabat Melly cuba untuk memberikan semangat dan dorongan moral kepada Melly hingga akhirnya Melly berasa yakin dengan cita- citanya. Dialog drama Hindun: Mel, kalau kamu sudah dewasa nanti, kamu bercita-cita hendak menjadi apa? Melly: Belum tahu. Aku ingin jadi doktor, tapi tidak pasti sama ada cita-citaku itu bisa tercapai. Lila: Boleh saja, asalkan kamu berusaha dengan sepenuh hati untuk mengejarnya. Djohan: Ya , kalau kamu mahu menjadi doctor kamu kena belajar dengan rajin, fokus dan bersungguh-sungguh pasti kamu akan berjaya mendapatkannya. Hindun: Sudah Tentu, tidak ada yang mustahil jika kita berusaha secara maksima untuk mencapai apa yang kita mahu. Melly: Tapi aku ada banyak kekangan dalam mencapai cita-cita itu. Hindun: apa yang kamu maksudkan dengan kekangan? Lila: Mungkin yang dimaksudkan Melly kekangan untuk pembiayaan pembelajaran, kan?

Upload: rafiuddin96

Post on 14-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hkbjkjknnk

TRANSCRIPT

Tugasan 21-wacana dramaMelly memiliki cita-cita untuk menjadi seorang Doktor, namun dia tidak yakin apakah dia boleh mewujdukan impian tersebut lantaran dia memiliki masalah ekonomi daripada sudut kewangan dan sebagainya. Sahabat-sahabat Melly cuba untuk memberikan semangat dan dorongan moral kepada Melly hingga akhirnya Melly berasa yakin dengan cita-citanya.

Dialog dramaHindun: Mel, kalau kamu sudah dewasa nanti, kamu bercita-cita hendak menjadi apa?Melly: Belum tahu. Aku ingin jadi doktor, tapi tidak pasti sama ada cita-citaku itu bisa tercapai.Lila: Boleh saja, asalkan kamu berusaha dengan sepenuh hati untuk mengejarnya.Djohan: Ya , kalau kamu mahu menjadi doctor kamu kena belajar dengan rajin, fokus dan bersungguh-sungguh pasti kamu akan berjaya mendapatkannya.Hindun: Sudah Tentu, tidak ada yang mustahil jika kita berusaha secara maksima untuk mencapai apa yang kita mahu.Melly: Tapi aku ada banyak kekangan dalam mencapai cita-cita itu.Hindun: apa yang kamu maksudkan dengan kekangan?Lila: Mungkin yang dimaksudkan Melly kekangan untuk pembiayaan pembelajaran, kan?Melly: Bukan hanya kekangan dalam kewangan, tapi masih banyak kekangan yang lain, contohnya restu daripada orangtuaku.Djohan: Restu orangtua? adakah orangtua kamu tidak setuju setuju kalau kamu hendak menjadi doktor? Sebenarnya apa yang menjadi masalah kepada orangtua kamu?Melly: ,orangtuaku bukannya tidak setuju, tetapi kos perbelanjaannya kan sangat mahal.Lila: Betul juga.. tapi kamu boleh berusaha untuk mendapatkan wang perbelanjaan tanpa bantuan orangtua kamu kan?Djohan: ya, benar apa yang dikatakan Lila itu.Melly: Usaha sendiri? Apa yang kamu semua maksudkan ? aku sendiri pun masih berada dibawah tanggungan orangtua akuLila: Maksud aku, kamu boleh mencari pekerjaan. Gaji kecil tidak mengapa yang penting kamu boleh menabung. Kalau kamu mula menabung dari sekarang, automatik kamu ada waktu yang banyak untuk mengumpul wang perbelanjaan kamu nanti.Melly: Betul juga.. aku masih mempunyai waktu yang banyak. Tapi dimana nak dapatkan kerja ya??Djohan: kamu boleh mencari info daripada berbagai sumber, contohnya di laman sosial seperti Facebook, Instagram atau di pejabat-pejabat yang terdapat info mengenai kerja kosong .

Melly: sebenarnya aku malu untuk pergi ke pejabat-pejabat untuk memohon peluang kerja.Lila: kalau kamu malu, cuba kamu membuat carian di internet, ada banyak web yang menyediakan senarai kerja kosong untuk pejebat-pejabat di luar sana.Hindun: Betul, dan kalau kamu memang nak bekerja jangan sesekali ada rasa malu. Ini semua demi masa depan kamu juga.Djohan: Ya, aku setuju dengan apa yang dikatakan Hindun.Melly: kalau begitu, aku akan mencuba untuk mencari info.Hindun: Yup.. macam tu lah sahabat kita, betul tak??Lila: Yeah..Djohan: Okay, kami semua akan mendorong kamu Mel, asalkan kamu mahu berusaha bersugguh-sungguh dan kamu pasti boleh menjadi doktor suatu hari nanti.Melly: Okay, terima kasih atas dorongan kalian.

Ketuhuan Wacana yang terdapat berdasarkan contoh wacana drama diatas ialah :1- Keutuhan FonologiKeutuhan jenis ini kebiasaannya memang ada pada mana-mana wacana drama. Berdasarkan petikan : Hindun: Mel, kalau kamu sudah dewasa nanti, kamu bercita-cita hendak menjadi apa?Hindun: apa yang kamu maksudkan dengan kekangan?Huraian : pada kedua-dua contoh ayat daripada petikan diatas, Hindun telah mewujudkan persoalan dalam dialog mereka. Contoh diatas juga secara tidak langsung mempunyai unsur-unsur para linguistik dan disebabkan contoh dialog diatas juga adalah wacana tulisan, maka terdapat alat-alat yang digunakan dalam memperjelas persembahan wacana. Alat-alat yang digunakan ialah koma dan tanda soal iaitu pada Hindun: Mel, kalau. Dan tanda sola digunakan pada hendak menjadi apa? dan maksudkan dengan kekangan?

2- Keutuhan SemantikHubungan semantik yang terdapat dalam dialog diatas ialah hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana iaitu hubungan contoh dan pendengar. Contoh berdasarkan dialog :Hindun: apa yang kamu maksudkan dengan kekangan?Lila: Mungkin yang dimaksudkan Melly kekangan untuk pembiayaan pembelajaran, kan?Melly: Bukan hanya kekangan dalam kewangan, tapi masih banyak kekangan yang lain, contohnya restu daripada orangtuaku.

Ketiga-tiga penutur telah memahami apa yang cuba disampaikan diantara satu sama lain walaupun orang lain tidak memahami maksud kekangan yang dihadapi oleh Melly sebenarnya adalah kekangan dalam mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor.

2- Wacana prosa ArtikelOleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Setelah hadir beberapa orang cahaya mata di tengah sebuah keluarga yang beriman, kehidupan mereka tiba-tiba berubah. Bagaikan malam disimbah cahaya bulan, bebintang pula menambah cantik lukisan alam yang memukau perasaan. Ayah umpama malam, ibu pula purnamanya dan bebintangnya ialah anak-anak. Anak-anak hanya tahu erti bahagia dan gembira, senyum dan tawa. Begitulah hakikat makhluk Tuhan yang dicipta dan tidak menanggung dosa ini. Anak-anak yang suci dan bersih, belum memahami makna kejamnya dunia. Mereka berada di sisi ibu bapa, menjadi punca turunnya rahmat Allah di dalam sebuah rumah, melimpahlah rezeki dan keberkatan. Sepertimana sabda baginda SAW kepada sahabat baginda yang tidak pernah mencium sepuluh anaknya yang bermaksud: Sesiapa yang tidak merahmati maka dia tidak dirahmati (Allah)..Disebabkan anak-anak, Allah Taala terus menerus mencurahkan pahala dan melipat gandakan ganjaran. Kerana mereka juga banyak dosa yang diampunkan Allah Taala. Atas nama cinta yang tulus kepada mereka ibu bapa menjadi begitu kuat melawan keperitan hidup, kerana wajah mereka ibu bapa menjadi matang dan belajar bertanggungjawab menjadi manusia dewasa.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Satu dinar yang kamu belanjakan kerana memerdekakan seorang hamba dan satu dinar yang kamu sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluarga kamu, yang paling besar pahalanya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluarga kamu. (Hadis riwayat Muslim)Barangsiapa yang sabar menjaga anak-anak mereka dalam kemiskinan sesungguhnya Rasulullah SAW berjanji akan mendekatkan kedudukan mereka di syurga bersama baginda, sesuai dengan sabdanya yang bermaksud: Seorang perempuan yang telah menjadi janda kerana kematian suaminya tetapi dia bersabar menanggung anaknya, maka aku akan bersama dia di dalam syurga dalam keadaan seperti ini. (Hadis riwayat Abu Daud)

Oh anak, jika mereka hadir membawa seribu satu berkat, boleh jadi mereka juga membawa fitnah yang paling merbahaya ke atas diri ibu bapa. Untuk itu Al-Quran menyatakan yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. (Surah al-Tahrim ayat: 6)Ujian berkeluarga bukan hanya ditanggung oleh suami seorang diri tetapi isteri pula bersama-sama memikul beban yang sama demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Mereka saling berkongsi tanggungjawab mendidik anak supaya menjadi insan yang beriman. Di tangan ibu dan bapalah masa depan mereka terbina, jiwa mereka dicorakkan. Yahudi, Majusi ataukah Nasrani atau mungkin Islam yang menjadi pilihan. Gaya barat atau timur, kapitalis atau sosialis, sekularis atau islamis tulen. Semuanya akibat didikan kedua ibu bapa. Ramai yang beranggapan bahawa anak kita telah dirosakkan oleh persekitaran yang mempengaruhinya. Bukan kerana tangan ibu bapa, bahkan ibu bapa telah memberi didikan sempurna di rumah tetapi di luar rumah dia terpaksa berdepan dengan hawa nafsunya sendiri untuk memilih, manakah yang buruk dan baik?Persoalan ini tidak berbangkit dan memberi pembelaan kepada ibu bapa yang merasa tidak bersalah, masalahnya selagimana ibu bapa masih hidup mereka wajib mempengaruhi anak ke jalan Allah dan menjaga pergaulan anak-anak mereka. Jika iman telah kukuh dan sebati dalam jiwa raganya hasil didikan ibu bapa, terlepas ke mana saja dia pergi, Insya Allah didikan iman itu masih mempengaruhi keperibadiannya, sedikit atau banyak itu bergantung kepada pilihannya sendiri.Ramai orang tua yang hanya mengingat keburukan anak-anaknya tetapi lupa dosa-dosa mereka kepada anak. Bukankah mereka berdosa kepada anak-anak jika memberi nafkah dari sumber yang haram, walaupun kemewahan boleh diberi tetapi ia hanya untuk kehidupan yang singkat, di akhirat nanti kedua ibu bapa seolah-olah memberi makan bara api kepada anaknya.Sesungguhnya jika kejahatan yang dilakukan itu diniatkan kerana anak, ia tetap haram di sisi Allah Taala. Rupanya anak boleh menyebabkan seorang hamba bermaksiat kepada Allah. Hal ini jelas diterangkan di dalam surah Al-Taghabun ayat 14 yang bermaksud: Wahai orang-orang mukmin, Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu.Musuh bermaksud menjadi punca kamu mengikut kehendak mereka, yang mahukan kamu melakukan pekerjaan yang haram.

Musim cuti sekolah ini, anak-anak mempunyai bermacam-macam perancangan. Hendak pergi ke luar negara, umrah atau menghabiskan masa di rumah saja. Ibu bapa perlu bersedia dari segi kewangan, masa dan emosi. Jika semuanya sudah sedia dicurahkan, ada satu lagi yang tak kurang pentingnya iaitu soalan yang mesti ibu bapa jawab: Pengisian apakah yang paling baik untuk meningkatkan iman anak-anak?Selagi Allah Taala memberi masa yang panjang untuk bermesra dengan anak-anak selagi itulah iman harus ditanam. Kekadang yang diingat hanya mahu menyeronokkan hati mereka saja. Maka melimpahlah kasih sayang itu dalam bentuk hadiah yang mahal, percutian yang melalaikan dan kenikmatan berlebihan mengejar kepuasan hati. Bukan bermakna tidak boleh menyediakan fasiliti kelas terbaik kepada mereka, apa salahnya jika mampu selagimana tidak menjejaskan perhatian kepada anak yatim dan fakir miskin di sekeliling kita.Seelok-eloknya anak-anak diajar prihatin, disuruh melihat anak-anak yang kurang bernasib baik, keluarga-keluarga miskin dan para pesakit kanak-kanak yang terlantar di hospital. Supaya mereka memiliki jiwa pengasih kepada sesama dan tahu menilai erti hidup agar jangan disia-sia. Kita mahu mendengar anak-anak kita berkata: Terima kasih ayah atas segala pemberian yang tak sanggup kami membalasnya. Dan kita tidak mahu mendengar makian dan rungutan daripada mulut-mulut yang tidak pernah diajar cara beradab: Aku mahu yang terbaik, ayah mesti sediakan dan usahakan juga! Mereka meminta apa yang tidak mampu kita miliki kerana telah terbiasa hidup senang. Padahal masih ramai insan lain menderita. Marilah bukakan mata hati anak-anak kita untuk melihat kehidupan ini dengan pandangan iman bukan mata syahwat sahaja.

Keutuhan wacana yang terdapat didalam petikan diatas :1- Keutuhan Fonologi Contoh daripada petikan : Musuh bermaksud menjadi punca kamu mengikut kehendak mereka, yang mahukan kamu melakukan pekerjaan yang haram.Mereka meminta apa yang tidak mampu kita miliki kerana telah terbiasa hidup senang

Kedua-dua ayat diatas adalah tergolong di dalam ayat penyata dan bukan ayat Tanya kerana unsur-unsur para linguistik yang digunakan adalah noktah. Jika ayat tersebut menggunakan tanda soal, maka ia akan berubah daripada ayat penyata kepada ayat Tanya.

2- Keutuhan gramatikalContoh daripada petikan :Mereka meminta apa yang tidak mampu kita miliki kerana telah terbiasa hidup senang. Padahal masih ramai insan lain menderita.

Ayat diatas telah menggunakan kata hubung yang berfungsi sebagai pengembangan idea iaitu menggunakan perkataan kerana dan padahal. Berdasarkan contoh tersebut, penulis telah dapat mengembangkan idea dan maklumatnya dengan menggunakan kata hubung diatas yang termasuk di dalam salah satu daripada keutuhan gramatikal.

Wacana Puisi Sajak dibawah langit yang samaDi bawah langit yang samaKita hirupi udaraTanpa mengira BeirutmuAtaupun Kuala LumpurkuKita menghirup udara di bawah langit yang samaAku suka gerimis di Kota LondonPernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warnatiada bezanya.Siapapun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit iniKita sama.

Aku menyeberangi Laut China SelatanLayari Lautan Teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malamAnyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesama kita warga duniaDi bawah langitnyaYang sama.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan tiitk mulaKita dakapi mimpi tak berbezagapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit ini yang sama

keutuhan wacana yang terdapat pada puisi diatas ialah :

keutuhan gramatikal

contoh daripada petikan :

Aku suka gerimis di Kota London Aku menyeberangi Laut China Selatan

Keutuhan gramatikal yang terdapat pada contoh diatas adalah kata rujukan iaitu kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia. Perkataan Aku pada kedua-dua ayat tersebut telah menunjukkan bahawa wacana puisi tersebut telah mempunyai keutuhan dan kemantapan. Keutuhan leksikal

Contoh berdasarkan petikan :Rangkap 1: Di bawah langit yang sama dan Kerana di bawah langit iniRangkap 2: Di bawah langitnya Yang samaRangkap 3:. Di bawah langit ini yang sama

Seterusnya, keutuhan wacana yang terdapat di dalam puisi tersebut ialah keutuhan leksikal iaitu penggunaan kata yang sama pada perkataan Di bawah langit.

Read more: http://contohskripdrama.blogspot.com/2014/07/contoh-naskah-drama-remaja-lengkap.html#ixzz3VDT28VuMhttp://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=277:artikel-mufti-anak-menjadi-punca-turunnya-rahmat-allah&catid=38:artikel-pilihan&Itemid=96Sumber :-http://drjuanda.com/http://blogcikguazaman.blogspot.com/2011/10/sajak-di-bawah-langit-yang-sama.html