tugasan 1 komuniti pdk
DESCRIPTION
ppg/upsiTRANSCRIPT
KBK 3063: SOKONGAN DALAM KOMUNITI
TAJUK TUGASAN 1
KUMPULAN
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NAMA TUTOR E-LEARNING: KAMALIAH BT MUHAMMAD
TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012
TUGASAN 2 : PDK adalah pusat jagaan untuk pelbagai kategori berkeperluan khas. Anda dikehendaki membuat pemerhatian dan mendapatkan maklumat biodata bagi dua kategori orang kurang upaya (OKU) atau murid berkeperluan khas yang mendapat jagaan di PDK berhampiran tempat tinggal anda. Bincangkan apakah sumbangan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PDK kepada dua OKU yang anda pilih.
ISI KANDUNGAN
Perkara Halaman
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Maklumat Kajian 4
2.1 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Terpilih 4
2.2 Subjek Kajian A 6
2.3 Subjek Kajian B 7
3.0 Sumbangan dan Perkhidmatan di PDK 8
3.1 Pusat Intervensi Awal OKU 8
3.2 Pusat Advokasi OKU 10
3.3 Pusat Pemulihan OKU 11
3.4 Pusat Sumber Maklumat OKU 12
3.5 Sumbangan/penglibatan pihak luar 12
4.0 Rumusan 13
Rujukan 13
2
1.0 Pendahuluan
Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu program yang menekankan penglibatan aktif
ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha pemulihan orang kurang upaya.
Ia telah dimulakan di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1983 dan merupakan satu
alternatif kepada pemulihan dalam institusi. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti
harian, kemahiran motor kasar dan halus, pra-sekolah dan kemahiran sosial. Semenjak
tahun 1983 hingga Disember 2004 terdapat 293 pusat Pemulihan Dalam Komuniti di seluruh
negara. Berdasarkan rujukan Wikipedia Ensiklopedia Bebas, Program Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) merupakan salah satu
program latihan bagi orang orang kurang upaya yang ditawarkan oleh kerajaan melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program ini pada mulanya telah dipelopori oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung
dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai
pelaksanaan program ini.
Antara objektif Pemulihan Dalam Komuniti diwujudkan ialah untuk mendekatkan
perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk orang kurang upaya di peringkat
komuniti tempatan, memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya
dalam keluarga dan komuniti tempatan., menyediakan peluang jangka panjang di Institusi
Pemulihan yang menyebabkan orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti,
menyediakan peluang untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran
mengikut potensi yang ada dalam diri mereka dan membantu dalam mewujudkan
masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan orang kurang upaya.
PDK merupakan satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di
setiap daerah dan negeri. Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan
disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat
mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang
bersesuaian. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PDK ialah Pusat
Pendaftaran OKU, Pusat Rujukan OKU, Pusat Intervensi Awal OKU (EIP), Pusat Sumber
maklumat OKU dan Pusat Advokasi OKU.
Sejajar dengan itu, satu pemerhatian telah dijalankan di sebuah pusat Pemulihan
Dalam Komuniti di daerah Batu Pahat bagi mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan yang
telah diberikan oleh PDK tersebut. Dua orang penghuni telah dikenalpasti sebagai subjek
kajian dalam pemerhatian ini.
3
2.0 Maklumat Kajian
Pemerhatian yang telah dilaksanakan adalah merupakan satu kajian kes mengenalpasti
perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di PDK berhampiran. Menurut Stake (2000),
kajian kes boleh membuktikan secara tidak terhad dalam menambah untuk memahami,
memperluaskan pengalaman dan meningkatkan keyakinan tentang sesuatu subjek.
2.1 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Terpilih
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang telah dipilih ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Rengit yang beralamat Lot 187, Jalan Muhibbah, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor. Telah
dibuka secara rasminya pada 25 Julai 1998 oleh Yang Di Pertua Juita Negeri Johor, Y.A.D.
Datin Proffesor Jamilah Binti Ariffin S.M.J.
PDK Rengit menjalankan operasinya di sebuah rumah banglo setingkat dan dihuni
oleh seramai 75 orang individu berkeperluan khas yang berumur antara 6 hingga 27 tahun
yang mengikuti beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian
Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan
Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok. PDK tersebut diusahakan
oleh 12 orang petugas PDK yang telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada ahli keluarga pelatih PDK tersebut. PDK
tersebut mempunyai beberapa ruang yang menempatkan bilik terapi, bilik peralatan aktiviti
fizikal, ruang makan dan dapur serta bilik komputer.
Foto 1 : Papan tanda yang menunjukkan Perasmian Pembukaan PDK Rengit.
4
Foto 2 : Sebuah rumah banglo yang berfungsi sebagai PDK bagi masyarakat Rengit.
Foto 3: Salah satu sudut yang menempatkan peralatan-peralatan aktiviti yang
dijalankan di PDK.
Foto 4: Sebahagian pelatih dan petugas PDK Rengit.
5
2.2 Subjek Kajian A
Subjek A merupakan seorang individu perempuan berkeperluan khas yang dilahirkan pada 4
Ogos 1994. Kini subjek A berusia 18 tahun. Subjek merupakan anak ke 6 dari 8 adik
beradik. Subjek A disahkan mempunyai masalah pembelajaran kategori sindrom down.
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran
sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down,
doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini
bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali
Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran
kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa
kelahiran.
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan
kognirif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana
terencat akal. Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan
terhadap pemikiran konkrit atau naïveté. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal
yang jelas atau teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau
hingga 1 setiap 1,000 kelahiran. Antara ciri-ciri fizikal yang dikenalpasti termasuk satu garis
bukannya dua pada telapak tangan, mata berbentuk badam disebabkan lipatan epikanthik
pada kelopak mata, anggota lebih pendek, otot lemah, dan lidah terjulur. Masaalah
kesihatan berkait dengan pengidap Down termasuk risiko tinggi bagi kecacatan jantung
kongenital, penyakit gastroesophageal reflux, jangkitan telinga (otitis) berulang, apnea tidur
obstructive sleep apnea, dan kegagalan thyroid.
Foto 5: Borang Pendaftaran Subjek A di PDK
6
2.3 Subjek Kajian B
Subjek B merupakan kanak-kanak lelaki berkeperluan khas yang dilahirkan pada 22 Oktober
2006 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Kini subjek menetap di Rengit, Batu
Pahat bersama neneknya berdasarkan temubual dengan pembantu di PDK tersebut. Subjek
B mempunyai masalah pembelajaran dan disahkan oleh pakar perubatan bahawa subjek B
mengalami masalah autisme. Autisme atau autistik adalah satu kategori ketidakupayaan
atau suatu gangguan perkembangan interaksi sosial dan komunikasi, gangguan deria pola
bermain dan perilaku terbatas serta berulang. Tanda-tanda ini semuanya dimulai sebelum
anak berusia dua atau tiga tahun. Dalam konteks ini, Sindrom Autisme adalah satu masalah
perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia merupakan satu fenomena yang luar
biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-
kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial
dan adaptasi.
Kebiasaannya, sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki
dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner
pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas
hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak diketahui
lagi walaupun ada bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman,
1981).
Foto 6 : Surat Beranak Subjek B
7
Foto 7 : Subjek B
3.0 Sumbangan dan Perkhidmatan di PDK
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan di PDK Rengit, dapat disimpulkan bahawa
antara beberapa perkhidmatan yang telah diberikan oleh PDK kepada kedua-dua subjek
kajian ialah perkhidmatan dari aspek intervensi awal, advokasi, dan pemulihan.
3.1 Pusat Intervensi Awal OKU
Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak
dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan
usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor,
penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas
ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Program Intervensi Awal ialah satu
program yang biasanya dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun yang
telah di diagnos sebagai mempunyai 'specific/general developmenyal delay' atau dalam lain
perkataan 'kelewatan pertumbuhan'.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, kedua-dua subjek telah mendapat
dan sedang dalam proses pembelajaran melalui program intervensi atau Kelas EIP di PDK.
Pihak PDK telah menggunakan menggunakan modul asas yang diterbitkan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat iaitu Garis Panduan Latihan Intervensi awal bagi kanak-kanak
berumur 0-6 tahun. Antara bentuk-bentuk intervensi yang telah dijalankan adalah dalam
bentuk pendidikan khas iaitu penekanan terhadap kemahiran motor halus, kemahiran motor
kasar, dan kemahiran pengurusan diri. Walaupun subjek A telah berumur 18 tahun, namun
umur mentalnya masih dalam skala bawah 6 tahun. Oleh sebab itu, modul asas yang
8
digunapakai untuk subjek B turut sama digunakan untuk program intervensi subjek B.
Program dijalankan 5 hari seminggu iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8:30
pagi hingga 1:00 tengahari.
Foto 7 : Garis Panduan Latihan Intervensi Awal bagi Kanak-kanak 0-6 tahun
Foto 8: Contoh Borang Penilaian Individu Aspek kemahiran Pengurusan Diri.
9
Foto 9: Contoh Borang Penilaian Individu Aspek kemahiran Pengurusan Diri.
3.2 Pusat Advokasi OKU
Makna Advokasi yang jelas ialah "Bercakap (Berusaha) Untuk Diri Sendiri", tetapi mungkin
ramai yang mempunyai tanggapan dan terjemahan tersendiri, walau apapun yang
diungkapkan itulah maknanya, tetapi yang paling penting ialah jawatankuasa, penyelia dan
petugas-petugas PDK serta lain-lain kakitangan PDK harus dan mesti memberi peluang
kepada pelatih OKU untuk menyuarakan sendiri pandangan, kehendak dan keperluan OKU.
Disamping itu, PDK perlu mewujudkan keadaan atau sistem pemulihan, pembelajaran dan
latihan kearah advokasi. Antara program yang boleh disediakan ialah menyediakan
ceramah, kursus dan latihan untuk advokasi kepada pelatih OKU di PDK dan termasuklah
kedua-dua subjek kajian.
Bagi subjek A yang sudah setahun berada di PDK Rengit, kemahiran kraftangan
asas dapat dihasilkan contohnya anyaman tikar menggunakan kertas, mewarna lukisan dan
menguruskan tanaman dengan membersihkan tanaman berpasu. Bagi subjek B yang baru
mendapat pendedahan pembelajaran di PDK, tidak banyak hasil yang dapat dilihat, namun
subjek B terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak PDK.
Di Pemulihan Dalam Komuniti Rengit, secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di PDK tersebut mengamalkan kemahiran advokasi contohnya dalam aktiviti-
aktiviti permainan, aktiviti kraftangan dan aktiviti yang membentuk kemahiran sosial.
10
Foto 10 : Antara hasil kraftangan penghuni PDK Rengit.
3.3 Pusat Pemulihan OKU
Terapi ini merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan
tanpa penggunaan ubat atau pembedahan atau pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yang
dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal,
emosi atau sosial yg dihadapi oleh seseorang. Terapi yang banyak digunakan di PDK ialah
fisioterapi, terapi cara kerja, terapi permainan dan juga terapi muzik. Di PDK Rengit, petugas
PDK akan mengatur aktiviti-aktiviti pemulihan dan aktiviti luar PDK yang berbentuk terapi
bagi keperluan pelatih di PDK tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah terapi
muzik, terapi air, terapi kuda dan terapi bowling.
Setiap terapi yang dijalankan mempunyai matlamat tertentu. Contohnya terapi kuda
memberikan peluang kepada pelatih PDK untuk lebih berkeyakinan dalam apa jua perkara
yang dilakukan. Terapi muzik merupakan satu n satu kaedah terapi yg menggunakan muzik
sebagai perantaraan bagi mengembalikan, memelihara dan pemulihan kaedah emosi,
fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih normal. Terapi bowling pula
memberi pendekatan kepada pelatih PDK untuk memperkembangkan ciri kognitif dan fizikal.
Terapi air pula memberi pendedahan kepada pelatih agar lebih berkeyakinan dalam
menjalankan aktiviti air.
11
Foto 11: Aktiviti terapi air yang dijalankan oleh pelatih PDK.
3.4 Pusat Sumber Maklumat OKU
PDK haruslah menyediakan bahan-bahan rujukan yang boleh memberi maklumat kepada
OKU, ibubapa/penjaga dan keluarga OKU, Jawatankuasa dan Petugas-Petugas PDK serta
lain-lain, seperti buku-buku mengenai Kategori dan Jenis-Jenis Kurang Upaya, buku-buku
mengenai pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan untuk OKU. Perkhidmatan
internet amat perlu untuk memudahkan usaha mendapatkan maklumat secara 'online'.
Berdasarkan pemerhatian di PDK Rengit, pengkaji mendapati Pemulihan Dalam
Komuniti tersebut sememangnya menyediakan info-info yang berkaitan sebagai bahan
rujukan kepada pelatih dan keluarga peltih yang hadir ke PDK tersebut. Pengkaji
merasakan, keluarga kedua-dua subjek juga mendapat inisiatif yang dilakukan oleh pihak
PDK dalam mengembangkan penyebaran maklumat yang berkaitan dengan program-
program yang berkepentingan dengan individu berkeperluan khas.
3.5 Sumbangan/penglibatan pihak luar
Pemulihan Dalam Komuniti Rengit mempunyai hubungan gabung jalinan yang baik dengan
pihak NGO. Berdasarkan temubual bersama petugas PDK, subjek A yang merupakan
seorang pelatih yang dikategorikan sindrom down turut bergiat aktif dengan program-
program yang dianjurkan oleh pihak KIWANIS yang merupakan sebuah persatuan untuk
individu sindrom down. Ia hasil kerjasama yang diwujudkan antara PDK Rengit dengan
pihak KIWANIS.
12
PIhak Rotary Club juga selalu mengadakan lawatan ke pusat Pemulihan Dalam
Komuniti Rengit dari semasa ke semasa. Antara bantuan yang diberikan oleh pihak Rotary
Club adalah dalam bentuk sumbangan kewangan dan bentuk tenaga contohnya
mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan. Pihak perseorangan juga tidak
berkecuali dalam menghulurkan bantuan kepada pihak PDK yang sentiasa memerlukan
bantuan kewangan dan tenaga kerja dalam bentuk sukarelawan.
4.0 Rumusan
Secara umumnya, Pemulihan Dalam Komuniti merupakan satu bentuk program yang
berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan
golongan kurang upaya. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang
kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya
membantu dalam proses pemulihan golongan ini.
Pusat PDK menyediakan tempat latihan dan kelas bimbingan bagi keluarga yang
mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit sindrom down,
autisme ringan atau kecacatan anggota dan mengalami masalah pembelajaran spesifik
yang tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya malah ia
terbukti antara program pemulihan yang berkesan dari segi kos dan merupakan kaedah
yang berkesan dipilih oleh institusi pemulihan OKU.
Program pemulihan yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada
keluarga dan masyarakat. Ia mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat
kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah
komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak
berkeperluan khas Objektif tertubuhnya PDK adalah untuk memastikan seorang individu
agar berkemahiran menguruskan diri seadanya mengikut tahap kelainan upaya yang
dimiliki. Kerjasama dan sokongan dari semua lapisan masyarakat adalah amat penting
dalam memastikan program PDK yang dirancang agar tercapai matlamatnya.
Rujukan
Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran.
Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala
Lumpur. Quantum Books.
13
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamila K.A Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor :
PTS.
Kauffman J.M. Dan Hallahan D.P. 2005. Special Education . New Jersey : Pearson
Education Inc.
Lewis, A. & Norwich, B. 2005. Special Teaching For Special Children. New York:
Open University Press.
Marylyn Friend. 2006.Special Education: IDEA 2004:Update Edition. New York: Pearson.
Mohd Sharani Ahmad. 2004. Special Children. Universiti Putra Malaysia: Press Aremes
(M) Sdn .Bhd.
Nancy Hunt & Kathleen Marshall, 2005. Exceptional Children And Youth. United states:
Patricia A. Coryell.
Norshidah Salleh, Aliza Alias dan Zalizan Mohd Jelas. 2009. Sejarah Pendidikan Khas Di
Malaysia : Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas : Konsep dan Amalan .
Bangi. Fakulti Pendidikan UKM
Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha. 2006. Pengenalan Kepada Pendidikan
Khas. Kuala Lumpur: OUM
Laman Web
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5643-
kurikulum-alternatif-untuk-murid-istimewa.html
http://www.ceritarasahati2.com
www.gwgf.org.my/
www.jkmwpkl.gov.my/...pdk/pemulihan-dalam-komuniti-pdk
14