transformasi pertanian -...
TRANSCRIPT
Bagaimana kita mencukupi
kepada penduduk dunia yang semakinbekalan makanan
meningkat?
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGMenara LPP, No. 20, Jalan Sul tan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.Tel : 03-2610 9600 | Faks : 03-2697 0987 | Emel : [email protected]
Dunia memerlukan lebih banyak makanan. Pada 2060, akan ada 10 bilion orang di planet kita. Bagaimana kita menyediakan cukup makanan berkualiti tinggi dan memelihara alam sekitar kita? Pada Lembaga Pertubuhan Peladang, kami percaya jawapannya ada dalam potensi penanaman tumbuhan. Kami membangunkan benih baru yang lebih tinggi menghasilkan dan cara yang lebih baik untuk melindungi tanaman dari serangga, rumpai dan penyakit. Jadi petani boleh mendapatkan lebih banyak daripada tanah ladang yang sedia ada dan tanah baru yang kurang ke dalam penanaman. Ia hanya satu cara di mana kita membantu pertumbuhan di seluruh dunia untuk memenuhi cabaran ini pada masa akan datang ini berkembang lebih pesat.
www.lpp.gov.my
TRANSFORMASIPERTANIAN
Edisi
APR
IL 2
015
La h i r Pe l a d a n g P r o g r e s i f
MAJLIS SAMBUTANULANG TAHUN LPP KE-421PEMUTUAN PADISEBENAR3KURSUS MANDATORIAHLI JEMAAH PENGARAHPERTUBUHAN PELADANG13
PenaungDato’ Arpan Shah bin Satu
PenasihatDato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha
Mohd Naser bin Harun
Ketua PengarangNik Mohd Shaharil bin Nik Md. Hashim
PenyuntingRosli bin Yaakub
Mohd Asyraf bin Mohd Fauzi
Edisi InternetHaninah binti Abdul Rahman
Shahzunizam bin Zulkafli
GrafikAzizan bin Othman
Kamaruzzan bin Hanif
JurufotoMuhammad Afiq bin Azman
Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang
No. 20, Menara LPP,Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.
EdaranNik Mazri bin Mat Yusof
Mohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul Rahman
Shafrin Azhar bin Abd. Ghani
Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari
http://www.lpp.gov.my
Rekabentuk dan cetakan oleh:Giga Wise Network Sdn Bhd
Tel: 03-5191 1115www.gigaprint2u.com
1 MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KALI KE-42
3 PERMUTUAN PADI SEBENAR
5 PENANAMAN DAN PASARAN CILI
10 PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) KUALA LANGAT MEMBANTU MEMERANGI ORANG TENGAH
13 KURSUS MANDATORI AHLI JEMAAH PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG MEMANTAPKAN PENGURUSAN
16 PROGRAM YB MENTERI BERSAMA PEMIMPIN PELADANG DAN NELAYAN ZON TIMUR
15 PERMUTUAN PADI SEBENAR
Editorial Kandungan
1713
3
6
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 1
Pada tanggal 14 Februari 2015 adalah ulang
tahun penubuhan Lembaga Pertubuhan
Peladang, (LPP) kali ke-42. Majlis sambutan
bagi meraikan ulang tahun penubuhan LPP kali
ke-42 ini telah dilangsungkan pada 26 Februari 2015
bertempat di Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara LPP.
Majlis sambutan ini dirasmikan oleh YB Dato’ Sri
Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani.
Sambutan ulang tahun ini dapat memberi kesedaran
kepada anggota LPP, anggota Pertubuhan
Peladang, masyarakat peladang dan orang ramai
mengenai penubuhan LPP yang merupakan tonggak
penggerak kepada pertubuhan peladang dan
sektor pertanian di dalam negara. Sambutan bukan
sahaja disambut oleh anggota LPP ibu pejabat,
malah sambutan juga turut disambut oleh semua
pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri dan
pertubuhan peladang di seluruh negara.
Pelbagai program telah direncanakan pada majlis
sambutan kali ini, terdapat program disediakan
sebelum dan semasa majlis perasmian sambutan
ulang tahun tersebut. Antara programnya adalah
Sambutan bukan sahaja disambut oleh anggota LPP ibu pejabat, malah sambutan juga turut disambut oleh semua pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri dan pertubuhan peladang di seluruh negara.
MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KALI KE – 42
temu ramah di siaran Radio Nasional pada 12
Februari 2015 yang melibatkan Encik Nasir Harun,
Pengarah Bahagian Perniagaantani di LPP. Program
temuramah di Selamat Pagi Malaysia di siaran RTM
1 yang melibatkan Tan Sri Dato Zainal bin Dahalan,
Pengerusi LPP dan Dato’ Arpan Shah bin Satu,
Ketua Pengarah LPP yang telah diadakan pada
14 Februari 2015. Kedua-dua program temuramah
ini adalah untuk memberikan maklumat kepada
orang ramai mengenai peranan LPP dalam sektor
pertanian, serta kerjayaan yang dicapai sepanjang
42 tahun penubuhan LPP .
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20152
Selain itu sambutan juga dibuat menggunakan
media cetak pada “Advertorial” yang mempaparkan
kejayaan dan sumbangan LPP dalam sektor
pertanian dan pembangunan negara. Akhbar yang
telah digunakan adalah akhbar Utusan Malaysia,
bekerjasama dengan PPN Perak, PPN Johor, PPN
Selangor, NAFAS dan PASFA. Bagi media massa
siaran “Crewler” di stesen tv bagi kenyataan
sambutan ulang tahun Lembaga Pertubuhan
Peladang ke-42 manakala menggunakan siaran
radio di slot “Hari Ini Dalam Sejarah” berkaitan ulang
tahun Lembaga Pertubuhan Peladang ke-42 yang
akan disiarkan pada 14 Februari 2014.
Beberapa pengisian program juga diadakan pada
25 dan 26 Februari 2015. Pengisian pertama adalah
pameran dan jualan di booth usahawan yang
diadakan di perkarangan concorse LPP, dimana
program ini melibatkan pelbagai usahawan dan
produk. Antara produk yang dipamerkan ialah
makanan basah, makanan kering, makanan segar,
buah-buahan dan produk-produk usahawan.
Seminar keusahawanan telah diadakan khusus
kepada usahawan muda dan ahli kortani LPP
selama dua hari iaitu bermula pada 25 dan 26
Februari 2015. Antara penceramah jemputan yang
telah mengendalikan “Bicara Usahawan” adalah Tan
Sri Muhamad Ali Hashim, Dr Azizan Osman dan Irfan
Khairi. Program ini dapat membantu peserta dalam
memperkukuhkan bidang keusahawanan dan cara
menghadapi cabaran.
Majlis sambutan ini secara langsung dapat memberi
kefahaman orang ramai tentang peranan LPP
dengan lebih jelas.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 3
PEMUTUAN PADI SEBENARTentukan pendapatan pesawah tinggiMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato` Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan pada November 2013 penyelarasan harga padi sebanyak RM1,200/tan bagi seluruh negara dan kearah pemutuan padi sebenar tahun 2016.Namun begitu, kerajaan akan melaksanakan
pemutuan padi sebenar secara berperingkat-
peringkat dalam tempoh 2 tahun bagi memastikan
peladang mendapat maklumat serta pemahaman
berkaitan perkara tersebut.
Demi memastikan pemutuan padi sebenar kualiti
hasil padi hendaklah sentiasa diambil berat dan
serius oleh peladang-peladang agar tidak mengalami
masalah peratusan pemotongan hasil padi yang
tinggi dikenakan.
Penerangan mengenai pemutuan sebenar
akan dipergiat melalui pertubuhan-pertubuhan
peladang bertujuan untuk memupuk kesedaran
tentang kepentingan amalan pertanian baik untuk
peningkatan hasil padi dan ke arah penuaian padi
berkualiti dan seterusnya akan meningkatkan hasil
serta pendapatan peladang-peladang.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20154
Tanggungjawab peladang tidak hanya tertumpu
kepada penjagaan tanaman sahaja tetapi peladang-
peladang hendaklah sentiasa memantau kerja-
kerja sebelum dan semasa penuaian agar ia dapat
dilaksanakan dengan sempurna selain hadir ke
kilang atau pusat jualan untuk mengetahui sendiri
proses pemotongan dan membuat rundingan harga
padi bersama pengilang.
Terdapat empat komponen utama dalam menentukan
pemotongan padi iaitu wap basah, hampa atau
kekotoran, padi hijau atau muda serta padi rosak.
Faktor yang menyebabkan peningkatan wap basah
adalah petak yang tidak dikeringkan awal sebelum
penuaian manakala pemotongan padi disebabkan
oleh padi hampa atau benda asing termasuk hampa
berat atau hampa ringan, kulit luar, sekam, tangkai
padi, batang padi dan serangga.
Bagi komponen kadar kekotoran pula disebabkan
oleh peladang tidak menjalankan kawalan rumpai
serta jentuai yang terlalu laju semasa penuaian
manakala faktor biji padi yang rosak serta hitam
tidak akan menghasilkan beras yang baik sekiranya
dikeringkan kerana dikategorikan sebagai padi rosak
selain dari serangan perosak dan penyakit padi serta
penuaian lewat yang melebihi tahap matang 100%
sehingga kondisi padi menjadi patah.
Faktor bagi komponen padi muda atau hijau yang
menyebabkan pemotongan padi adalah kerana
jika ia dituai terlalu awal akan menghasilkan beras
berkapur dan mudah patah apabila dikilangkan.
Peladang-peladang khususnya yang mengusahakan
industri padi perlulah memainkan peranan penting
melalui pengawalan faktor-faktor penyebab dengan
melakukan penjagaan tanaman yang sempurna
serta dalam memastikan peratus pemotongan hasil
padi tidak tinggi serta sentiasa memantau proses
penuaian dan jualan hasil padi.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 5
Cili merupakan salah satu bahan makanan dikalangan masyarakat Malaysia. Ia tidak dapat dinafikan apabila kebanyakkan masakan di negara ini sering menggunakan cili sebagai bahan dalam masakan khusus bagi mereka yang gemar rasa pedas. Cili atau nama saintifik “Capsium” ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga “Solanaceae”. Cili dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan dan telah ditanam secara meluas di serata dunia terutamanya di kawasan beriklim tropika. Ia terdiri daripada pelbagai spesis dan varieti. Namanya berasal dari bahasa “Nahuatl” melalui perkataan Sepanyol Chile. Di Malaysia, cili ditanam di tanah rendah dan kawasan pengeluaran utama adalah di Johor, Kelantan dan Perak. Umumnya penduduk Malaysia menggunakan 33,000 tan cili setahun berdasarkan maklumat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Cili merupakan sejenis tanaman yang tumbuh
menegak berakar tunjang, batang bercabang
berwarna hijau dan daun berwarna hijau muda ke
hijau tua. Manakala bunga yang terdapat di pokok cili
adalah berkelopak lima berwarna putih dan buahnya
berbentuk tirus memanjang. Pensenyawaan bagi
pokok cili adalah persenyawaan sendiri.
PENANAMAN DANPASARANCILI
Jenis – Jenis CiliBerikut adalah cili – cili yang terdapat di Malaysia
1. Cili Merah
2. Cili Hijau
3. Cili Benggala
4. Cili Padi
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20156
PENANAMAN DAN PENJAGAAN CILI
Penanaman cili boleh dibuat melalui dua kaedah.
Kaedah pertama adalah penanaman secara ladang.
Pemilihan tanaman menggunakan kaedah ladang
perlu dilihat melalui beberapa perkara sebagai
contoh lokasi ladang tersebut perlu berdekatan
dengan jalan raya, mudah untuk mendapatkan
bekalan air dan elektrik, tanaman tidak terdedah
dengan haiwan perosak, tidak terlindung daripada
matahari, tidak mudah ditengelami oleh air dan
tapak ladang perlulah luas dan segi empat tepat.
Apabila anak benih mencapai umur 6 minggu,
ia sudah boleh diubah terus ke batas. Sebelum
mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak
benih senang digali. Kemudian gali anak benih
dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
Jarak tanaman mesti di antara 90 cm (30inci) antara
pokok dan 150 cm antara baris (Sumber: Jabatan
Pertanian). Cara membaja tanaman adalah tabur
baja NPK blue special dengan nisbah 12:12 17:2 di
keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10
gm sepokok setiap dua minggu.
Bagi kaedah kedua pula adalah penanaman di
dalam pasu atau polibag. Tanaman kaedah ini
sesuai untuk pengeluaran skala kecil. Di mana
boleh ditanam di halaman rumah dan di kawasan
yang kecil. Walaubagaimanapun tanaman ini telah
digunapakai untuk pengeluaran skala besar pada
masa kini ini kerana ia lebih mudah dan jimat. Cara
penanamannya adalah dengan menggunakan
kaedah tanah campuran mengandungi tiga bahagian
tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos
dan satu bahagian pasir. Diisikan pasu tersebut
dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm
(2 inci) dari permukaan pasu. Bagi cara membaja
pada pasu bunga ia perlu ditabur sebanyak 1 sudu
teh atau 5 gm baja NPK Blue Special 12:12 : 17:2 di
sekeliling pokok setiap minggu yang berbeza. Bagi
membaja di polibag iaitu gunakan baja cecair A+B
sepanjang penanaman cili.
Manakala kaedah yang terbaru yang telah
digunapakai secara meluas ketika ini, ia dipanggil
tanaman kaedah fertigasi. Kaedah ini lebih jimat
kerana tidak menggunakan tapak yang banyak
dan mudah dijaga dan hasil pengeluaran agak
memberangsangkan. Tetapi kos menggunakan
kaedah ini lebih tinggi sedikit berbanding dengan
kos dua kaedah di atas. Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Hulu Langat menggunakan sistem
fertigasi sebagai salah satu projek mereka.
Kos Pengeluaran Am Bagi Keluaran Cili
Dalam setiap pengeluaran barangan komoditi
sudah tentu mempunyai kos pengeluaran. Seperti
juga pengeluaran cili terdapat beberapa kos yang
terlibat. Kos yang yang pertama akan dihadapi oleh
pengusaha adalah kos tetap iaitu bayaran cukai
tanah, alat–alat pertanian dan sistem pengairan
terutama bagi yang menggunakan kaedah tanaman
secara ladang. Kos kedua pula adalah kos
pengeluaran, contoh kos pengeluaran adalah seperti
kos racun kimia, pengangkutan, alat–alat ladang,
pemasaran dan bijih benih. Kos yang terakhir adalah
kos upah bagi tenaga kerja yang memungut hasil
tanaman.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 7
Penyakit Pokok Cili Dan Cara Merawat
Pokok cili merupakan pokok yang begitu sensitif
kerana ia mudah dijangkiti oleh penyakit. Antara
penyakit yang menyerang pokok cili ialah kerinting
daun, kulat, penyakit akar, bintik hitam, dan buah
reput serta ulat pengorek buah. Penyakit kerinting
daun adalah penyakit yang selalu menyerang
pokok cili. Pokok cili yang diserang akan berdaun
kecil, berkedut dan kerinting. Langkah awal yang
perlu diambil adalah mencabut, memusnahkan dan
membakar pokok cili tersebut.
Apabila pokok cili kering, mati dan daun kering
menunjukkan tanda-tanda pokok cili tersebut telah
dijangkiti oleh kulat. Pokok boleh dirawat dengan
menggunakan racun yang bersesuaian. Manakala
bagi penyakit akar berpunca daripada bakteria,
pokok akan kelihatan segar pada waktu pagi dan
layu pada waktu tengahari dan akan kembali segar
pada waktu malam.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2014 7
Pasaran Cili Dan Produk Cili
Sektor pertanian negara semakin berkembang
dengan ditambah lagi galakkan dan sokongan
daripada pihak kerajaan masa kini, seterusnya akan
memberi perkembangan positif dalam pengeluaran
sektor pertanian negara. Malaysia masih
mengimport cili dalam bentuk kering mahupun
segar dari luar negara, ini disebabkan hasil keluaran
cili di Malaysia masih belum mencukupi untuk
menampung keperluan masyarakat di Malaysia.
Keadaan ini menunjukkan pasaran cili di Malaysia
terbuka dengan luas dan akan memberi pulangan
positif kepada pengusaha cili.
Kebanyakkan cili di Malaysia dieksport ke negara
Singapura, ini kerana pasaran di sana lebih tinggi
berbanding harga pasaran di pasaran Malaysia.
Kebanyakkan Pengusaha akan menjual hasil
kepada pemborong dan pemborong akan menjual
kepada peruncit. Harga pasaran cili merah Malaysia
dilihat terus meningkat, ia berlaku disebabkan oleh
permintaan yang begitu tinggi.
Selain dipasarkan sebagai cili segar, hasil cili juga
boleh dipasarkan dalam bentuk cili kering, cili boh,
cili jeruk, cili kisar serbuk cili dan sos cili, kesemua
produk tersebut diproses daripada cili segar. Seperti
kita ketahui cili mengandungi bahan perasa pedas
“capsaicin” yang sangat popular digunakan sebagai
bahan pedas dalam kebanyakkan jenis makanan
terutama sambal belacan, kerepek pedas, asam
pedas dan sebagainya. Pasaran yang begitu luas
ini secara langsung akan dapat meningkatkan
pendapatan di kalangan pengusaha cili di Malaysia.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 20158
Lawatan Pameran KrafJalan Conlay
Lawatan PPIN
Majlis TilawahAl-Quran MKSR
Maulidur Rasul
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 9
Mesyuarat Exco Pertanian MOA
Mesyuarat Peladangnita
Puspanita Maulidur Rasul
Seminar Agropreneur Muda Kortani
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201510
PUSAT PENGUMPULAN HASIL LADANG PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK) KUALA LANGAT MEMBANTU MEMERANGI ORANG TENGAHPPK Kuala Langat telah membuka sebuah Pusat Pengumpulan Hasil Ladang bermula pada Februari 2015 dengan pembukaan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang tersebut, ia dapat membantu para peladang dalam memasarkan produk pertanian mereka. Antara produk pertanian yang ditempatkan pusat pengumpulan hasil ladang adalah cili, timun dan buah-buahan.
Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat
telah mula beroperasi pada 9 Februari 2015. Projek
yang diselenggara oleh Encik Sakran Samsuddin
Pengurus Besar PPK Kuala Langat dan dibantu oleh
Pengurus Projek Encik Ahmad Firdaus Abdul Halim.
Peruntukkan diperolehi dari Lembaga Pertubuhan
Peladang di Bawah Program Khas “Jihad Memerangi
Orang Tengah” berjumlah RM 100,000. Bangunan
Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala
Langat telah dibina di alamat PT 373, Jalan Kebun
Baru, Teluk Panglima Garang, 42500 Teluk Panglima
Garang, Selangor dengan saiz bangunan 75 kaki X
45 kaki, tanah tapak bangunan ini adalah hak milik
Lembaga Pertubuhan Peladang.
Objektif pertama penubuhan Pusat Pengumpulan
Hasil Ladang PPK Kuala Langat ialah untuk menjadi
ruang pasaran yang stabil kepada peladang, dengan
menghantar hasil pertanian ke Pusat Pengumpulan
Hasil Ladang pasaran akan menjadi stabil disebabkan
ruang pasaran produk petani yang telah disediakan
oleh pihak pengurusan Pusat Pengumpulan Hasil
Ladang PPK Kuala Langat. Objektif kedua adalah
salah satu kaedah dalam jihad memerangi orang
tengah, contoh Pusat Pengumpulan Hasil Ladang
dapat memerangi orang tengah dengan peladang
menghantar produk mereka terus ke pusat
pengumpulan untuk dipasarkan tanpa melalui orang
tengah atau peraih untuk memasarkan produk
mereka dipasaran. Objektif terakhir ialah untuk
memasarkan produk secara berterusan iaitu dengan
menggunakan pasaran yang telah disediakan oleh
pihak PPK Kuala Langat di mana produk dapat
dipasarkan secara berterusan. Berikut adalah
pasaran yang disediakan Pusat Pengumpulan Hasil
Ladang, PPK Kuala Langat :
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 11
Pasaran Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat
05
04
03
02
01 Jualan Borong kepada Pengguna
Jualan di Hypermarket
Jualan kepada Pemborong dan Agen Pemasar
“Contract Marketing” dengan Pengeksport dan Pemborong
Ladang Kontrak NAFAS
Pusat Pengumpulan Hasil Ladang
Matlamat utama Pusat Pengumpulan Hasil Ladang
PPK Kuala Langat adalah untuk memasarkan
produk cili, oleh yang demikian matlamat pertama
yang ditetapkan adalah memasarkan cili sebanyak
3 tan sehari ke pasaran. Antara contoh pasaran cili
yang telah dipasarkan oleh Pusat Pengumpulan
Hasil Ladang PPK Kuala Langat adalah pasaran
awam (kedai runcit dan syarikat catering),
Hypermarket (Segi Fresh dan Giant) dan Pasar
Tani (Putrajaya, Kuala Langat, Banting dan Klang).
Matlamat kedua pula adalah meningkat pendapatan
peladang sehingga mencecah RM 3500.00 sebulan,
matlamat ini akan disokong dengan pasaran yang
begitu luas untuk memasarkan produk peladang
dengan stabil. Pada masa ini pendapatan petani
RM 3500.00 kebanyakkan mereka adalah peladang
yang mengeluarkan produk cili, ia berikutan Pusat
Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat
memberi tumpuan pada produk cili buat masa ini.
Matlamat terakhir ialah menstabilkan harga produk
dengan mewujudkan kontrak dengan peladang.
Di mana harga distabilkan melalui kontrak, pada
ketika ini produk harga cili telah ditetapkan sebanyak
RM 4.00 sehingga RM 6.00 mengikut permintaan
pasaran cili.
Pembukaan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK
Kuala Langat telah dapat menyelesaikan beberapa
isu yang telah dihadapi oleh peladang dengan
orang tengah dan cara untuk memasarkan produk
mereka. Sebelum ini petani mengalami masalah
untuk memasarkan produk mereka di pasaran
kerana hasil produk petani tidak dapat memenuhi
permintaan pasaran, melalui penubuhan Pusat
Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat
peladang tidak menghadapi masalah kerana produk
peladang digabungkan dengan produk peladang
lain. Masalah kedua peladang sebelum ini adalah
harga produk yang tidak tetap ini berlaku apabila
tiada ikatan kontrak dan dipengaruhi permainan
harga oleh orang tengah. Masalah ketiga adalah
terma dan syarat yang ditetap oleh pasar raya
adalah ketat di mana para peladang tidak dapat
untuk memenuhi syarat yang ditetapkan berbanding
selepas penubuhan Pusat Pengumpulan Hasil
Ladang PPK Kuala Langat kerana keluaran dapat
dibuat dengan skala yang besar.
Setiap pengoperasian kilang atau perniagaan
perlu mempunyai strategi dan cara sendiri bagi
memastikan operasi berada di tahap yang terbaik,
bagi Pusat Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala
Langat akan melaksanakan dua fasa. Berikut adalah
strategi yang akan dilaksanakan:
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201512
Fasa Pertama: 3 bulan pertama
- produk ditawarkan Cili Gred A dan Timun Gred A dan B
PESERTAPUSAT PENGUMPULAN
HASILPASARAN
Fasa Kedua: 3 hingga 6 bulan
Ditambahkan produk :
- Terung
- Cili
- Timun
- Bendi
- Kacang Panjang
Pada permulaan projek ini hanya tertumpu pada
cili gred A sahaja yang akan diterima oleh Pusat
Pengumpulan Hasil Ladang PPK Kuala Langat
untuk dijual di pasaran, walaubagaimanapun
pada ketika ini gred B dan C telah mula diterima
berikutan diatas permintaan pasaran. Cili Gred
A selalunya akan dipasarkan di pasar raya besar
manakala kebanyakan cili gred B pembelinya terdiri
terdiri daripada kedai runcit. Gred bagi cili tersebut
ditentukan berdasarkan speksifikasi yang telah
ditetapkan oleh pihak Pusat Pengumpulan Hasil
Ladang PPK Kuala Langat. Setiap gred cili akan
diasingkan terlebih dahulu oleh peladang sebelum
dihantar ke pusat pengumpulan hasil ladang PPK
Kuala Langat.
Dengan wujudnya Pusat Pengumpulan Hasil Ladang
PPK Kuala Langat, ia dapat memerangi orang tengah
yang sering mendatangkan masalah kepada para
peladang dengan menetapkan harga dengan kadar
yang rendah dan berubah-ubah. Bagi pasaran pula,
peladang tidak perlu bimbang lagi dengan adanya
pasaran yang luas melalui projek pusat pengumpulan
hasil ladang PPK Kuala Langat dan seterusnya
dapat memenuhi kehendak pasaran yang sebelum
ini tidak dapat dimasuki oleh peladang. Dengan ini
dapat membantu meningkatkan pendapatan petani.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 13
Pengalaman dan ilmu merupakan satu kelebihan, namun pelbagai cara boleh digunakan mendapatkan ilmu. Salah satu cara adalah dengan menghadiri kursus, seminar dan bengkel yang dianjurkan. Oleh itu satu kursus mandatori telah dilaksanakan untuk ahli jemaah pengarah pertubuhan peladang. Kursus ini telah disaranankan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, di mana kursus mandatori ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan di kalangan ahli jemaah pengarah PPK yang telah dilantik melalui mesyuarat agung tahunan, lalu dapat memberi impak kepada Pertubuhan Peladang yang bermatlamat bertransformasi dalam bidang pertanian dapat dicapai
KURSUS MANDATORI AHLI JEMAAH PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG MEMANTAPKAN PENGURUSAN
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201514
Bagi kursus mandatori tahun ini seramai 1,932
orang peserta yang terpilih menghadiri kursus ini
terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah lantikan
PPK. Keutamaan yang diberikan di dalam kursus
ini ditekankan kefahaman dalam membaca dan
memahami laporan PPK serta tugas Ahli Jemaah
Pengarah, seterusnya ia dapat membantu Ahli
Jemaah Pengarah membawa kemajuan PPK pada
masa akan hadapan.
Objektif kursus mandatori dilaksanakan untuk
memberi kefahaman kepada Ahli Jemaah Pengarah
mengenai penjalanan PPK, oleh itu Ahli Jemaah
Pengarah dapat membuat perancangan yang jelas
mengenai hala tuju PPK. Kursus ini juga memberi
penerangan mengenai tanggungjawab Ahli Jemaah
Pengarah. Dengan pemahaman ini ia dapat
membantu melancarkan lagi penjalanan operasi
di PPK mereka. Seterusnya kursus mandatori ini,
memberi kefahaman yang jelas terutama cara-
cara membaca laporan akaun dan akhir sekali
memahami prosedur undang-undang berkaitan
dengan perjalanan PPK.
Pengisian kursus mandatori Ahli Jemaah
Pengarah telah dibentuk kandungannya selaras
dengan objektif kursus di atas. Antaranya adalah
penerangan tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengurusan iaitu perjalanan PPK termasuk
sejarah penubuhan PP, penerangan mengenai
pembangunan dan kecemerlangan PP, penerangan
tentang undang-undang yang digunakan
di PPK, memahami perlembagaan PP dan perkara-
perkara penting dalam kelulusan pendaftar,
penerangan mengenai kepimpinan dari sudut
Keutamaan yang diberikan didalam kursus ini ditekankan kefahaman dalam membaca dan memahami laporan PPK serta tugas Ahli Jemaah Pengarah, seterusnya ia dapat membantu Ahli Jemaah Pengarah membawa kemajuan PPK pada masa akan hadapan.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 15
tugas dan tanggungjawab Ahli Jemaah Pengarah
dan mengenai kesalahan – kesalahan yang lazim
yang berlaku dalam pengurusan PP. Seterusnya
pengisian melibatkan operasi dan kewangan PP
tentang pengenalan asas perakaunan dan kewangan
PP, asas dalam penyediaan belanjawan PP, dan
kefahaman membaca dan menganalisa kewangan
PP.
Konsep yang diterapkan dalam kursus mandatori
yang pertama menggunakan syarahan yang
dibentangkan penceramah yang dilantik terdiri dari
pegawai-pegawai yang telah berkhidmat bersama
PPK atau PP. Konsep yang kedua adalah akan
dibuat perbincangan di antara penceramah dan
peserta tentang isu-isu terkini tentang perjalanan
PPK dan PP. Penggunaan persembahan LCD juga
digunakan semasa syarahan disampaikan kepada
peserta kursus mandatori.
Perlaksanaan kursus mandatori ini secara langsung
dapat membina keyakinan, kemahiran dan
keupayaan dalam memahami tatacara pengurusan
PP dan perakaunan PP dengan baik dan lancar
seterusnya memberi kemajuan kepada PPK dan
transformasi dalam bidang pertanian dapat dicapai.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201516
PROGRAM YB MENTERI BERSAMA PEMIMPIN PELADANG DAN NELAYAN ZON TIMUR
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan kerjasama agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), MADA dan KADA, telah menganjurkan “Program YB Menteri Bersama Pemimpin Peladang Dan Nelayan Zon Timur” yang diadakan pada 1 dan 2 Mac 2015 bertempat di Bukit Gambang Resort, Pahang.
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 2015 17
Program ini telah mengumpulkan kesemua pemimpin
peladang yang berada di zon timur meliputi negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan, iaitu seramai
736 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jemaah
Pengarah dan Ketua Unit Peladang PPK seliaan LPP,
Ahli Jemaah Pengarah dan Ketua Unit Peladang
PPK seliaan MADA, Ahli Jemaah Pengarah dan
Ketua Unit PPK seliaan KADA dan Ahli Lembaga
PNK seliaan LKIM menyertai program ini.
Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman
mengenai dasar dan program transformasi baharu
yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani. Melalui anjuran ini nanti
penerangan dipanjangkan kepada Ketua Unit
Peladang dan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan
dapat disampaikan dengan lebih jelas dan
memudahkan mereka untuk lebih memahami
tentang dasar baru dan program transformasi oleh
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dalam pembentangan kertas program ini telah
dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani, mengenai pelaksanaan
dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan
oleh Kementerian Industri dan Asas Tani. Ini diikuti
dengan sesi panel bersama Ketua Jabatan dan
Agensi dibawah Kementerian Industri dan Asas Tani
dengan pemimpin peladang yang terlibat. Antara
dasar yang akan dibentangkan:
a) Sektor Tanaman
•Program Tanaman Semula Pokok Buahan
Terpilih.
•PembangunanTanahTerbiar.
•Pelancaran “Urban Farming Horticulture Atau
Hortikultur Bandar”
b) Sektor Ternakan
•Mewujudkan Pusat Persembelihan Berpusat
di Setiap Daerah
c) Sektor Ternakair
•Pengharaman Penggunaan Pukat Tunda Saiz
Mata 38MM.
•PembatalanLesenPengusahaLautDalamYang
Memajak Bot Mereka Kepada Pengusaha
Vietnam Atau Menggunakan Nelayan Asing
Sepenuhnya.
•Mewujudkan Dasar 50% Pengeluaran Ikan
Darat Dan 50% Pengeluaran Ikan Hasil Laut
BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI APRIL 201518
d) Sektor Pemasaran
•Merealisasikan Permit Import (AP) Kepada
Semua Syarikat Berminat Bagi Mengelakkan
Monopoli. AP Yang Dibuka Adalah Ayam,
Lembu, Kambing, Kopi, Kelapa, Kobis Dan
Babi
•MelaksanakanPenubuhanAgrobazaar
•JihadMemerangiOrangTengahdiSub-Sektor
Padi dan Beras, Perikanan, Sayuran dan
Buah-Buahan.
•ProgramRantaianNilai
•ProgramJimatBelanjaDapur
•UsahasamaKerajaanMalaysiaDenganAcheh
Dalam Pembangunan Pertanian
Selain itu diterangkan juga penyertaan golongan
muda dalam pertanian dengan mewujudkan unit
Agropreneur Muda, ia merupakan persedian program
bagi meremajakan bidang pertanian. Seterusnya
dasar penyediaan kertas “Agriculture Transformation
Programme” (ATP), dasar ini menyatakan peranan
dan sasaran Jabatan dan Agensi. Program
dianjurkan adalah untuk meningkatkan pengetahuan
Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang
dan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Persatuan
Nelayan mengenai dasar kerajaan.
Penganjuran program ini akan dilakukan di setiap
zon iaitu Zon Timur, Zon Selatan dan Zon Utara.
Dengan adanya program seperti ini setiap maklumat
dapat disampai secara terus kepada pihak terlibat, ia
lebih cepat dan efektif seterusnya pihak yang terlibat
lebih memahami. Oleh itu perlaksanaan setiap
program dapat diselaraskan dengan dasar yang
telah dibentuk oleh pihak Kementerian Pertanian
Industri dan Asas Tani dalam memacu transformasi
dalam sektor pertanian negara.