topik 5 - konservasi
DESCRIPTION
kegunaan semuaTRANSCRIPT
TOPIK 5 : PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR
PENGENALAN
Setiap hari kita didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan kerakusan
manusia memusnahkan khazanah alam sekitar. Tahukah anda akibat dari sikap
yang tidak bertanggungjawab ini berbagi masalah berlaku yang melibatkan
kehilangan harta benda dan lebih dasyat ialah kehilangan nyawa. Setiap kali isu
besar berkaitan alam sekitar seperti keruntuhan bangunan, banjir lumpur, banjir kilat
dan lain-lain, berbagai cadangan dikemukakan namun cadangan tinggal cadangan.
Kita terpaksa menerima hakikat yang paling penting dalam kesemua isu alam sekitar
ialah menyedarkan masyarakat, kesedaran lahir daripada pendidikan yang
sempurna.
Kita selalu tersalah anggap dengan mengatakan pendidikan konservasi menghalang
penggunaan alam sekitar dan kemajuan. Sebagai manusia kita tidak boleh lari
daripada menggunakan sumber alam sekitar untuk kemajuan. Justeru itu konsep
konseverasi bukan menghalang penggunaan sumber alam sekitar sehingga
menghalang proses kemajuan. Pendidikan konservasi berkaitan dengan cara
memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan bijak.
Kita harus sedar hakikat alam semula jadi ini bukan hak milik kita sahaja, kita hanya
meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada generasi
yang akan datang. Dalam ucapan pada persidangan Ahli-Ahli Parlimen Asia
mengenai Kemusnahan Alam Sekitar dan Pengurusan Bencana anjuran Forum
Anggota Parlimen Asia mengenai Pembangunan Penduduk (AFPPD) pada 10 Ogos
2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Najib Tun Abdul Razak
menyatakan
“sebagai pemegang amanah kita perlu memberi penekanan untuk melindungi
alam sekitar kerana jika gagal, kita sebagai pemegang amankan menjaga
bumi ini mengecewakan anak-anak dan generasi akan datang,”
Jika kita sendiri tidak prihatin terhadap penjagaan alam sekitar, siapa lagi yang
harud dipertanggungjawabkan? Berbagai cara diusahakan oleh pemimpin dan
pendidik di negara kita untuk membentuk dan menyemai sikap dan tanggungjawab
di kalangan masyarakat mengenai pentingnya usaha pemeliharaan alam sekitar dan
menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Usaha yang dilihat paling berkesan
dalam membentuk dan menyemai sikap positif terhadap alam sekitar ialah melalui
pendidikan konservasi.
KONSEP PENDIDIKAN KONSERVASI
Menurut Kamus Dewan, Konservasi didefinisikan sebagai menjaga, memelihara
sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan sebagai
kaedah mendidik untuk membentuk perubahan dalam pemikiran dan cara hidup.
Kita juga perlu memahami apa yang dkenali sebagai alam semula jadi dan apa
pendidikan alam semula jadi? Alam Semula Jadi boleh diertikan sebagai alam
ciptaan yang wujud secara semula jadi di mana semua hidupan tinggal dan
berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan.
Oleh itu, pendidikan konservasi dilihat sebagi usaha bagi memberikan kesedaran
kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau di
musnahkan. Pendidikan konservasi yang disebatikan dalam pendidikan luar lebih
menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam
semula jadi. Dengan kata lain, pendidikan konservatif dalam pendidikan luar banyak
lebih tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semula jadi.
Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi
meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan
alam sekitar.
Dengan melaksanakan pendidikan konservasi di sekolah kita akan dapat
membentuk warganegara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan
mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara penghidupan yang seimbang.
Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar
Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian
bukan sahaja oleh badan bukan kerajaan, media malah oleh kerajaan.
Memandangkan keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat
perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di
dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini, pendidikan konservasi telah
menjadi elemen yang amat penting dalam pendidikan luar dewasa ini.
Pendidikan konservasi membolehkan peserta pendidikan luar menghayati
kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai
kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan
malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat
dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat di jaga
dengan sempurna. Anda mampu mengubahnya!
Objektif Pendidikan Konservasi
Objektif pendidikan konservasi dibahagikan kepada enam perkara iaitu :
i. Kesedaran
Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan
masyarakat terhadap alam semula jadi
ii. Pengetahuan
Pendidikan konservasi akan memberikan pengetahuan asas tentang
kepentingan serta masalah dan krisis alam semulajadi. Kesemua ini di harap
akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab.
iii. Sikap
Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap
sayangkan alam semulajadi serta bertindak dengan proaktif untuk
memelihara alam semula jadi.
iv. Kemahiran
Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai
kemahiran untuk memlihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam
menyelesaikan masalah alam sekitar.
v. Kebolehan menilai
Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya
dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan.
vi. Bekerjasama
Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam mengahadpi isu dan krisis yang
berkaitan dengan alam sekitar.
(UNESCO,1976)
Impak Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan
Kita terpaksa menerima hakikat keseimbangan ekosistem dewasa ini telah
terganggu akaibat degradasi alam. Menyedari hakikat pelbagai isu alam sekitar
seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan
sepsis dan lain telah dibahaskan secara hangat di mana-manai saja tidak kira sama
ada di warung kopi, media mahupun di parlimen. Keadaan ini telah mendorong pihak
yang bertanggungjawab untuk bertindak bersungguh bagi memperbaiki kualiti alam
sekitar.
Namun, perbahasan dan penguatkuasaan tanpa menekankan kepada pendidikan
kesedaran dalam masyarakat hanya tindakan yang takkan meninggalkan kesan
sementara sahaja atau dalam jangka pendek. Perancangan dan pelaksanaan yang
akan meninggalkan kesan jangka panjang dan kekal ialah mendidik masyarakat
terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar.
Melalui program ini, pelajar dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta
tanggungjawab terhadap alam semula jadi secara pro-aktif dan berperanan.
Perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang teliti akan memberi
kesan yang positif bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam mereka bentuk pendidikan
kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar perkara-perkara berikut
perlu di pertimbangkan.
a) Mencederakan individ dan masyarakat tentang kaitan malapetaka yang berlaku
dan mengancam kehidupan adalah hasil daripada proses pemusnahan alam
sekitar yang berleluasa
b) Menyedarkan manusia bahawa alam sekitar yang perlu diwarisi. Kehidupan
manusia pada masa hadapan bergantung kepada keupayaan masyarakat di
zaman ini mengekalkan alam sekitar.
c) Menyedarkan manusia bertapa pentingnya alam sekitar selain daripada usaha
mengejar kemajuan dan perubahan. Kesedaran perlu di pertingkatkan supaya
manusia mempunyai tanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar.
Di antara aktivit-aktiviti yang boleh kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada
pelajar untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar ialah :
a) Malaksanakan aktiviti pendidikan luar yang menyerap pendidikan alam sekitar
dalam perancangan tahunan untuk unit berpakaian seragam/ kelab/
persatuan.
b) Menganjurkan aktiviti pendidikan luar yang bertemakan alam sekitar seperti
Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk, Enviro-Bike, dan lain-lain.
c) Menjadikan aktiviti mengutip sampah di kawasan perkhemahan atau trek
laluan sebagai aktiviti wajib atau dendaan,
d) Program penanaman dan pemeliharaan pokok-pokok daripada sepsis yang
sesuai.
Pendekatan serta matlamat penyebatian pendidikan konservasi dalam pendidikan
luar adalah untuk membantu para pelajar supaya lebih peka dan prihatin terhadap
isu-isu alam sekitar. Secara tidak langsung dengan menyerapkan pendidikan
konservasi dalam pendidikan luar, para pelajar memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan boleh memupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab untuk berusaha
serta boleh bertindak secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan isu-isu
alam sekitar.
Terdapat dua komponen penting tentang alam semula jadi yang dikaji dalam
pendidikan luar iaitu hutan dan air.
a) Hutan
Hutan ditakrifkan sebagi satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan
seranggan yang saling bersimbiosis dengan meliputi kawasan yang sangat luas.
Hutan memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk membentuk
pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik. Hutan amat
penting dalam dunia, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah
memberikan manusia banyak faedah.
Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun di negara kita menggalakkan
pertumbuhan pelbagai jenis tumbuhan hingga membentuk kawasan hutan yang
luas. Malaysia amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli
yang agak luas. Namun, kita tidak seharusnya berpuas hati dan mengabaikan
masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan
yang konkrit bahawa sumber alam semula jadi dan warisan ini akan terus kekal
pada masa hadapan. Kita boleh lihat jelas kelihatan dewasa ini terdapat tanda-
tanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat
berdasarkan kadar penebusgunaan hutan masa kini. Sebenarnya, pemeliharaan
dan pengurusan sumber-sumber alam semula jadi memerlukan tindakan wajar
dan segera. Terutamanya sikap prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah
amat diperlukan. Kita sebagi masyarakat perlu bertindak dengan segera sebelum
terlambat, menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Kepentingan hutan
Terdapat pelbagai kepentingan hutan antaranya ialah :
i. Habitat bagi haiwan, seranggan dan tumbuhan.
Hutan menyediakan habitat yang semula jadi bagi beribu-ribu haiwan,
serangga dan tumbuhan kesemua ini mempunyai peranan tersendiri dan
hidup saling bergantung dalam mengekalkan ekosistem. Mengikut kajian
yang dijalankan, Hutan Hujan Tropika Mlaysia mengandungi 1200 spesies
burung, 100 spesies rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesies ambifia, 2599
spesies ikan air tawar dan 675 spesies mamalia. Lebih daripada 800 spesies
tumbuhan berbunga di mana antaranya ada 2500 spesies adalah spesies
pokok.
Berdasarkan rantai makanan kesemua haiwan dan tumbuhan dalam hutan ini
saling perlu memerlukan untuk hidup,begitu juga keadaan serangga dan
tumbuhan, diman tumbuhan menyediakan makanak untuk serangga
sementara serangga pula memainkan peranan dalam proses pendebungaan.
Hutan penting sebagai habitat haiwan, serangga dan tumbuhan tetapi dengan
masalah pemusnahan yang semakin serius ini terdapat haiwan yang semakin
pupus atau sudah pupus dari hutan Malaysia. Dekat ini sebilangan besar
haiwan sedang mengalami masalah kepupusan saam ada di sebabkan oleh
kemusnahan alam sekitar atau aktiviti memburu secara haram.
ii. Mengawal alir air dan kualiti air
Apabila hujan turun, air hujan akan menitis ke bawah menuju ke lantai tanah
hutan dengan pantas. Pergerakan titisan air hujan dapat diperlahankan
dengan adanya kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur
Hutan Hujan Tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan sampai ke
tanah.
Dengan kata lain, sebahagian saja hutan yang turun dapat sampai ke lantai
tanah hutan sebahagiannya lagi di pintas oleh kanopi lapisan tumbuhan.
Kuantiti hujan yang sampai ke lantai tanah hutan bergantung kepada bentuk,
susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Selain daripada itu, kuantiti air
dapat sampai ke lantai tanah hutan jugan bergantung kepada jenis hujan
(Hutan hutan dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi) dan tempoh hujan
turun. Sebahagian besar air hujan yang di pintas tidak sampai ke tanah, air ini
akan tersejat ke atmosphere.
Dari keterangan di atas ini, boleh kita lihat liputan hutan dapat mengurangkan
kejadina banjir pada musim hujan lemabt dengan memerangkap kebanyakan
air hujan dan mengembalikan kepada atmosphere. Sistem saliran yang ada
sekarang initidak dapat menampung kesemua air hujan yang turun pada
musim hujan dan ini mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir berlaku amibat
daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai.
Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai tetapi juga
boleh menimbulkna perubahankeadaan kimia air sungai. Apabila pokok-
pokok ditebang, bekalan nutrient yang tersimpan dalam tumbuhan akan
hilang. Sebahagian daripada nutrient digunakan oleh tumbuhan yang ditanam
oleh petani pindah tetapi kebanyakkannya akan terlarut resap dan mengalir
ke sungai. Perubahan nutrient yang banyak menimbulkan kesan yang tidak
diingini sperti pencemaran tasik dan kolam dengan ini, kemerosotan kualiti air
berlaku.
iii. Mengawal hakisan tahan
Apabila hujan turun, percikan titisan hujan akan mempercepatkan proses
hakisan. Hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang
akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Daun dan ranting melindungi
permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan sementara akar
tumbuhan akan mencengkam pada tanah, proses ini akan menghalang
hentaman titisan air dan seterusnya menghalang hakisan. Pokok-pokok
menjalar berfungsi sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya
mencengkam tanah dengan ini pokok ini dapat mengelakkan butir-butir tanah
daripada dipecahakan dan dihakis oleh air. Dari fakta ini bolehlah kita katakan
tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai agen [enghalang hakisan secara semula
jadi yang amat penting.
Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada
aktiviti manusia sendiri. Disebabkan jumlah penduduk meningkat, permintaan
untuk tanah juga meningkat. Penebangan kawasan hutan untuk dijadikan
penempatan, perindustrian dan lebuh raya berlaku bagi memenuhi keperluan
pembangunan. Namun harus kita ingat penebangan hutan yang melampau
akan menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendek. Proses
hakisan tanah yang berlaku boleh mengakibatkan kita kehilangan nyawa dan
harta.
iv. Kestabilan cuaca
Pengurangan kawasan hutan hujan tropika sejak kebelakangan ini telah
memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi
pada tumbuhan, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan
mengeluarkan oksigen. Keadaan ini telah menjadikan suhu udara di sekitar
kawasan hutan lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuak
tanpa tumbuhan.
Akibat penebangan hutan yang berleluasa pemekatan karbon dioksida di
udara telah bertambah. Keadaan ini telah menjadi semkin serius sejah 10
tahun kebelakangan ini sehingga suhu dunia menjadi semakin panas.
Kehadiran gas-gas sperti kerbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), nitric
oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinara daripada
permukaan bumi. Situasi ininjuga menggalakkan penembusan tenaga haba
dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan suhu meningkat,
fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.
v. Rekreasi
Hutan merupakan sesuatu tempat yang yang cantik dan selesa untuk
merehatkan minda dan jiwa kita dari kekalutan di Bandar. Hutan telah
digunakan untuk berehat dan bersukan, penggunaan hutan untuk rekreasi
kian berkembang sejak kebelakangan ini. Hutan merupaka kawasan terbaik
untuk mendapat udara yang segar dan bersih. Menyedari hakikat pentingnya
hutan sebagai rekreasi bermula dari awal tahun 70 an Jabatan Hutan telah
membina hutan lipur dan kemudianyan dikenali sebagai hutan rekreasi
dengan tujuan menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri
hutan alam semulajadi bagi aktiviti-aktiviti istirehat kepada masyarakat.
Dengan ini masyarakat berkesempatan menghayati suasana persekitaran
hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora dan fauna.
Aktiviti rekreasi yang baik membolehkan masyarakat menjadi lebih prihatin
dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya
untuk kesejahteraan kehidupan. Justeru, aktiviti ini diharap dapat merangsang
masyarakat untuk lebih mencintai alam semula jadi sejajar dengan kehendak
negara bagi memlihara dan mengekalkan kualitidan keindahan alam sekitar.
Kini, pengurusan dala industry berorientasikan pelancongan alam semula jadi
berpotensi meningkatkan hasil ekonomi negara. Hutan Hujan Tropika didapati
menepati keperluan berekreasi, di samping menghirup udara segar di bawah
teduhan tumbuhan dan aliran sungai, kita juga turut disediakan pelbagai
kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran denai alam,
kolam mandi dan pelbagai kemudahan rekreasi lain.
b) Air
Bila kita merujuk Kamus Dewan,air boleh didefinisikan sebagai cecair yang
terbentuk daripada dua unsure higrogen dan satu unsure oksigen. Kawasan
tadahan air di definisikan satu kawasan tanah tinggi yang merupakan punca
aliran sungai kesemua kawsan lembah. Aliran air di bumi kita ini sebenarnya
berasal daripada air hujan, ketika air hujan turun air hujan akan bertakung dan
memenuhi kawasan puncak tanah tinggi di mana tempat ini berfungsi sebagai
kawasan tadahan air. Daripada kawasan tadahan air, air mengalir memenuhi
kawasan muka bumi sehingga wujudnya air terjun, sungai, tasik, laut dan
sebagainya. Tiga perempat daripada muka bumi diliputi air.
Air adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di muka
bumi ini. Air merupakan satu sumber keperluan asas yang sangat penting
kepada kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa air pincanglah kehidupan kita dan
kehidupan lain. Di dalam aktiviti seharian, air menjadi sumber minuman yang
uatama bagi membekalkan tenaga. Air yang bersih perlu bagi meningkatkan
sistempertahanan badan. Selain itu, air penting untuk kehidupan seharian sperti
membasuh, mandi, menyiram tumbuhan dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu
mendapat bekalan air yang bersih dan secukupnya.
Namun demikian, di dalam usaha kita untuk mendapatkan belakan air yang
bersih, terdapat banyak faktor yang mengekangnya. Menurut kajian, hanya 25%
sahaja daripada sungai-sungai di Malysia yang boleh dikategorikan sebagai
sungai yang benar-benar bersih. Ancaman utama bekalan air kita ialah bahan
buangan dari kawasan perumah dan perindustrian. Bahan buanagn perumah
terdiri daripada smapah sarap, kumbahan manusia, dan bahan pencuci.
Manakala dari kawasan perindustrian pula terdiri daripada bahan kimia
berbahaya seperti fosfst, sianida dan asid sulpurik. Pengaliran air yang
bercampur dnegan tanah, baja, racun serangga serta minyak ini menyumbang
kepada pemcemaran air.
Walaubagaimanapun kita haurd sentiasa bersyukur kerana kita masih dapat
minum air yang bersih, namun apa akan jadi pada anak-anak cucu kita?justeru
itu, kita sebagai penghuni bumi perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan
masalah percemaran air. Di antaranya ialah mewujudkan kesedaran terhadap
masyarakat. Satu sikap yang perlu kita tanamkan di dalam jiwa kita dan pelajar-
pelajar kita ialah dengan tidak membuang sampah di kawasan sungai, laut dan
sebagainya. Sebaliknya tanamkan sikap memungut sampah agar pencemaran
tidak menjadi serius. Malaui cara ini, air bukan sahaja tidak tercemar malahan
hidupan di dasar laut juga tidak terancam.
PRINSIP KONSERVASI DALAM PENDIDIKAN LUAR
Prinsip konservasi dalam pendidikan luar adalah untuk memberi kesedaran
pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai berikut :
1. Prinsip rendah diri
Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di
dalam jiwa.
Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasan bersyukur atas kurnia
Nya.
Menyedari kelemahan diri kita sebagi manusia, kita tidak mampu mencipta
alam semula jadi. Oleh itu, sebagi khalifah kita perlu memelihara alam
sekitar.
2. Prinsip bekerjasama
Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam
kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semula jadi
dan alam sekitar dengan jayanya.
Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar
mereka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan
memulihkan alam sekitar. Contohnya aktiviti gotong royong di kawasan di
akhir program.
3. Prinsip menghormati alam sekitar
Menghaormati alam semula jadi yang terdapat di bumi kita sebagi benda
hidup dengan memelihara alam sekitar
4. Prinsip kehidupan seimbang
Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar
Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam
sekitar
5. Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem
Mementingkan kemampanan ekosistem dengan tidak mengganggu sistem
ekosistem semula jadi
Sensitif terdapat kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan
ekosistem daripada pelbagai pihak.
6. Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup
Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya
tanpa mengalih ke tempat lain.
Kita mesti memegang teguh prinsip “melihat tanpa mengganggu” dalam
aktiviti yang dijalankan dan kehidupan seharian
7. Prinsip kerosakan minima
Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan
menggunakan ketika perlu sahaja
Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup alternative lain sebelum
menggunakan atau mengganggu alam sekitar.
8. Prinsip perubahan berterusan
Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang
kearah menjaga alam sekitar
Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan kearah
memulihkan alam sekitar
9. Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya
Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita
memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah
kerugian besar pada hari esok
Kita seharusnya ingat bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau di
beli dengan wang ringgit
10.Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan
datang
Kita patut menyedari alam semula jadi adalah pusaka yang amat berharga
tinggalan nenek moyang kita
Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar
Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak
merasakan nikmat alam semula jadi
11.Prinsip tanggungjawab setiap individu
Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan
alam semula jadi
Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab
di dalam pengurusan hutan dan menjaga alam sekitar dengan baik
Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan,
taman dan sebagainya.
12.Prinsip kesederhanaan
Kita perlu bersederhana dalam menggunkan hasil alam semula jadi tanpa
membazir
Kita bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang
membabitkan alam sekitar
13.Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem
Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada
penjenayah alam sekitar
Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulihkan ekosistem daripada
kemusnahan alam sekitar
14.Prinsip etika melebihi hukum
Sebagai pendidik kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara
etika dan berdisiplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding
dengan hukuman)
Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika
dan berdisiplin
15.Prinsip mengalami dan menghayati
Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti
berlandaskan alam sekitar
Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulihkan dan
menjaga alam sekitar
16.Prinsip mencintai persekitaran
Kita perlu mencintai hutan dengan tidak memusnahkannya dengan
sewenang-wenangnya
Kita amat perlu melindungi alam semula jadi
Menyayangi binatang dan tumbuhan
Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup
17.Sikap menghargai
Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan menganggap sebagai
khazanah yang paling berharga
Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan
kepantingan alam semula jadi
Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati
keindahan hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit
Menghargai kihidupan di persekitaran kita
18.Berani
Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk
melakukan sebarang aktiviti pencegahan
Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap
pemeliharaan alam sekitar