tgm pemidang

Upload: idayu-shafinaz-ismail

Post on 17-Jul-2015

208 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TANGGAM PEMIDANG Tanggam ini digunakan dalam pembinaan rangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujungnya dari tepi ke tepi. Contohnya ialah pada pintu berpanel,pemidang gambar,meja,kerusi dan lain lain lagi.

TANGAM LEKAP Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua hujung bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap ini boleh dibuat dalam 5 cara iaitu 1 tanggam lekap siku atau pepenjuru 2 tanggam lekap penjuru rencong 3 tanggam lekap T 4 tanggam lekap bajang T 5 tanggam lekap palang

TANGGAM LEKAP TANGAM LEKAP SIKU ATAU PEPENJURU Ia digunakan pada sudut pemidang yang kecil .

TANGGAM LEKAP TANGAM LEKAP SIKU ATAU PEPENJURU

daripada tebal kayu

TANGGAM LEKAP-TANGGAM LEKAP PENJURU RENCONG Ia digunakan untuk membuat kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana pelitupannya dapat melindungi ira hujung kayu.

TANGGAM LEKAP-TANGGAM LEKAP PENJURU RENCONG

TANGGAM LEKAP TANGGAM LEKAP T Ia digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak secara melintang dihujungnya hujungnya.

TANGGAM LEKAP TANGGAM LEKAP T

TANGGAM LEKAP TANGGAM LEKAP T (buntu)

TANGGAM LEKAP TANGGAM LEKAP BAJANG T Ia adalah serupa dengan lekap T tetapi ia lebih kuat menahan tarikan dari sebelah luar.

TANGGAM LEKAP TANGGAM LEKAP BAJANG T

pin soket

TANGGAM LEKAP TANGGAM LEKAP BAJANG T

TANGGAM LEKAP - TANGGAM LEKAP PALANG Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang.

TANGGAM KEKANG Tanggam ini kadangkala digunakan sebagai ganti bagi tanggam lubang dan puting. Tanggam ini terdiri daripada dua bahagian,pin dan soket (cabang). Pin dan soket ini dibuat 1/3 daripada tebal kayu. Ada 3 bentuk tanggam kekang yang digunakan.

TANGGAM KEKANG TANGGAM KEKANG T Ia digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya.

TANGGAM KEKANG TANGGAM KEKANG PENJURU Nama yang lain bagi tanggam ini ialah tangam lubang dan puting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang.

TANGGAM KEKANG TANGGAM KEKANG PENJURU RENCONG Cabang tanggam ini direncongkan pada kedua-dua belah ataupun sebelah sahaja. Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong dikhendaki seperti pada pemidang kaca dan sebagainya.

TANGGAM PENETAP Ia adalah sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukkan kedalam tepi kayu sedalam 3 kali diameternya. Tanggam ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini juga banyak digunakan pada perabut yang dihasilkan secara pasangkan sendiri ( knock down furniture )

TANGGAM LUBANG DAN PUTING Tanggam ini adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan tiap-tiap bentuk ini pula mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan ialah :

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA Kedua-dua keping kayu yang akan disambungkan hendaklah sama tebal. Bahagian hujung pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Bahagian puting dikerat pada hujung pemidang lintang dan tebalnya ialah 1/3 daripada tebal kayu yang berkenaan. Lebar puting tidak sepatutnya melebihi 6 kali tebalnya. Jika pemidang lintang tersebut terlalu lebar,maka eloklah dibuat dua puting. Lubang dibuatkan pada pemidang tegak mengikut saiz puting.

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA Seberapa boleh,gunakan saiz pahat yang hampir dengan saiz lubang apabila menebuk lubang. Tanggam ini boleh dipasakkan dengan menembuskan muka pemidang tegak dan puting untuk menguatkannya. Akan tetapi,kayu yang dipasakkan itu akan mencacatkan rupa permukaan pemidang tegak terutamanya jika tanggam ini digunakan untuk membuat perabut.

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASAlubang 1/3 tebal kayu

puting

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA

penetap

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA

BAJI

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BIASA

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERJANJANG Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pada hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal puting. Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERJANJANGjanjang

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERBAHU TINGGI RENDAH Sebelah bahu puting dikerat panjang sedikit untuk menerima tetingkat

Gambar TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERBAHU TINGGI RENDAH

TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTING BERBAHU SEBELAH Tanggam ini digunakan apabila lintang pemidang lebih nipis daripada kayu pemidang tegak seperti dalam pembinaan kaki meja biasa.puting ini cuma mempunyai sebelah bahu sahaja dan tebalnya ialah tebal kayu pemidang lintang.

Gambar TANGGAM LUBANG DAN PUTING TANGGAM LUBANG DAN PUTTING BERBAHU SEBELAH

Lain-lain tanggam lubang dan puting Tanggam lubang dan puting sanding

Lain-lain tanggam lubang dan puting tanggam lubang dan puting kembar