teori personaliti sosiokognitif

2
Tutorial : Pilih satu tokoh dan mengaitkan personalitinya berdasarkan Teori Personaliti Sosiokognitif. Terdapat beberapa tokoh sosiokognitif telah mengkaji pemikiran dan emosi pada tahap sedar manusia dan faktor-faktor yang mengarahkan tingkah laku mereka. Pendekatan sosiokognitif mengiktiraf kepentingan peneguhan dalam mengekalkan tingkah laku. Dalam teori personaliti sosiokognitif, Albert Bandura telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik dengan tiga faktor utama iaitu perlakuan, individu dan persekitaran saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Tokoh yang dipilih ialah Andy Lau. Dia merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang popular di Taiwan. Mengikut pandangan Albert Bandura, beliau percaya bahawa manusia mempunyai sistem kendiri yang berupaya untuk menguasai kawalan terhadap pemikiran, perasaan dan tingkah laku sendiri. Tamsilnya, Andy merupakan seorang yang berakhlak mulia dan melakukan perbuatan yang baik. Beliau tidak pernah melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Kebanyakan pelakon atau penyanyi didapati menagih dadah atau mempunyai hubungan seks dengan orang lain. Sebaliknya, Andy tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang negatif dan khabar yang buruk seperti memandu kereta semasa mabuk, ketagihan dadah, keganasan dan lain-lain. Seterusnya, walaupun beliau sibuk dalam pekerjaanya sabagai pelakon dan penyanyi, beliau tidak pernah merungut sebarang kesusahan yang dihadapi olehnya. Beliau

Upload: haydenchia

Post on 16-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

TRANSCRIPT

Tutorial : Pilih satu tokoh dan mengaitkan personalitinya berdasarkan Teori Personaliti Sosiokognitif.Terdapat beberapa tokoh sosiokognitif telah mengkaji pemikiran dan emosi pada tahap sedar manusia dan faktor-faktor yang mengarahkan tingkah laku mereka. Pendekatan sosiokognitif mengiktiraf kepentingan peneguhan dalam mengekalkan tingkah laku. Dalam teori personaliti sosiokognitif, Albert Bandura telah mengemukakan Model Determinisme Timbal Balik dengan tiga faktor utama iaitu perlakuan, individu dan persekitaran saling berinteraksi dan mempengaruhi pembelajaran. Tokoh yang dipilih ialah Andy Lau. Dia merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang popular di Taiwan. Mengikut pandangan Albert Bandura, beliau percaya bahawa manusia mempunyai sistem kendiri yang berupaya untuk menguasai kawalan terhadap pemikiran, perasaan dan tingkah laku sendiri. Tamsilnya, Andy merupakan seorang yang berakhlak mulia dan melakukan perbuatan yang baik. Beliau tidak pernah melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Kebanyakan pelakon atau penyanyi didapati menagih dadah atau mempunyai hubungan seks dengan orang lain. Sebaliknya, Andy tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang negatif dan khabar yang buruk seperti memandu kereta semasa mabuk, ketagihan dadah, keganasan dan lain-lain. Seterusnya, walaupun beliau sibuk dalam pekerjaanya sabagai pelakon dan penyanyi, beliau tidak pernah merungut sebarang kesusahan yang dihadapi olehnya. Beliau berani untuk menghadapi dengan cabaran yang berturut-turut. Sebagai contoh, dia mampu menjadi pelakon dan penyanyi yang berjaya. Dalam hal ini, Andy merupakan seorang yang berupaya mengawal nafsunya dan bukan bertindak mengikut kehendaknya. Beliau dapat mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku dengan sepenuhnya.