teks ucapan yn dato
DESCRIPTION
ghgTRANSCRIPT
TEKS UCAPAN YB HAJI BAZLAN ABDUL RAHMAN ADUN BATU RAKIT DI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT DAERAH SETIU 2014 DI SEKOLAH KEBANGSAAN MERANG SETIU PADA 8 APRIL 2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saudaria pengerusi majlis,
Yang Berbahagia Tuan Haji Kipayatul Allah Dato; Mohd Said,PegawaiPendidikan
Daerah Setiu,
Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merang Encik Abdul
Rahman Ali
Yang Berbahagia Pengerusi Majlis Pengetua Malaysia Cawangan Setiu Hajjah Maznah
Ghazali
Pengerusi MGB Daerah Setiu Haji Sauti Omar
Encik Wan Salahudi Wan Othman Wakil Pegawai Belia dan Sukan daerah Setiu
Tuan-tuan pengetua dan guru besar,
AJK Pengelola Majlis Tadarus AL-Quran,
Guru-guru Pendidikan Islam, para perserta dan tuan-tuan sekelian
1. Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada AJK
Pengelola Majlis Tadarus al-Quran dan Festival Nasyid sekolah-sekolah daerah
Setiu kerana telah berjaya mengadakan program ini yang merupakan acara
tahunan Unit Pendidikan Islam untuk memilih wakil daerah Setiu ke MTadarus
Al-Quran peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di SMKA Rantau
Abang Dungun pada 18 dan 19 April ini.
…1/5
2. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Guru Besar SK.Merang
dan para guru dan kakitangan sekolah ini kerana sanggup menjadi tuan rumah
bagi menjayakan majlis yang mulia ini.
3. Hadirin sekelian, Majlis Tadarus al-Quran sekolah-sekolah bukan perkara baru
bagi kita kaum pendidik. Program ini telah menjadi acara rutin untuk mencungkil
barat di kalangan pelajar dalam.bidang taranum, menghafaz al-Quran,
kemahiran bercerita dan pidato serta memperdengan lagu-lagu nasyid.
4. Jesteru itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz dan ustazah
yang telah mengajar, melatih dan membimbing pelajar masing-masing untuk
bertanding sama ada di peringkat sekolah, daerah dan negeri
5. Kita semua sedia maklum, majlis seumpama ini merupakan satu aktiviti yang
besar ertinya dalam kehidupan kita umat Islam. Kita dituntut membaca al-Quran
kerana al-Quran adalah kitab suci Umat Islam yang mengandungi pelbagai
hikmah dan pengajaran. Membaca al-Quran merupakan ibadah yang diberikan
pahala, rahmat dan barakah daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda
`` Ada sekumpulan manusia berkumpul di rumah Allah sambil membaca al-
Quran dan mendalami isi kandungannya sesama mereka. Allah akan
menurunkan ketenangan buat mereka, mereka diselubungi rahmat dan para
malaikat pula membentangkan sayapnya (mengerumuni mereka) dan Allah
sentiasa memuji mereka di sini makhluk yang berada di sisi-NYA ,,”Hadis riwayat
Muslim.,
…2/5
6. Tuan-tuan hadirin sekelian, sesuai dengan tema Majlis Tadarus al-quran tahun
ini iaitu Al-Quran Menjana Tranformasi Ummah wasatiah, saya mengajak tuan-
tuan khususnya guru Pendidikan Islam,supaya merealisasikan tema tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kita semua maklum, Tilawah
al-Quran menjadi asas dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah sejak
di kelas Pra Sekolah hinggalah ke sekolah menengah. Di sinilah letaknya
tanggungjawab tuan-tuan bagi memastikan murid boleh menguasai al-Quran
serta khatam al-Quran sejak di sekolah rendah
7. Tidak kira apa kaedah dan pendekatan yang tuan-tuan gunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, sama ada kaedah Iqrak atau
Baghdadi atau lain-lain keadah, yang penting murid boleh membaca al-Quran
secara bertajwid.
8. Sehubungan itu, saya mengucapkan tahniah kepada tuan Pegawai Pendidikan
Setiu kerana saya difahamkan mereka telah membudayakan bacaan al- Quran di
pejabat setiap pagi Biarpun sekejap tapi ianya cukup bermakna kerana mereka
telah memabasahi lidah dengan ayat-ayat suci al-Quran sebelum memulakan
tugas seharian. Semoga Allah memberkati mereka. Sabda Rasulullah SAW:
``Terbaik di antara kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya” Hadis riwayat Muslim.
9. Bagi memperluaskan lagi program tadarus al-Quran di kalangan guru, saya
memohon para pengetua dan guru besar supaya menjalankan program tadarus
al-Quran khususaya di kalangan guru dan semua kakitangan sekolah mengikut
kesesuaian di sekolah masing-masing. Amalan ini amat penting untuk menarik
para pendidik berdamping dengan al-Quran yang menjadi wadah untuk umat
Islam mendapat petunjuk dan pedoman daripada Allah SWT..
Ingatlah al-Quran adalah mukjizat yang menjadi petunjuk kepada umat Islam.
…3/5
10.Hadirin sekelian, umat Islam sekarang berdepan dengan pelbagai ancaman
akidah dan pemikiran yang boleh mempengaruhi umat Islam Musuh-musuh
Islam sentiasa berusaha menanam racun pemikiran yang menguggat akidah
umat Islam. Kita berdepan dengan ancaman seperti fahaman Pluralisme agama,
anti Hadis, Syiah, fahaman Liberal dan lain-lain fahaman ciptaan manusia yang
bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhamad
SAW.
11.Untuk mengatasi masalah tersebu,t akidah umat Islam mesti diperkukuhkan
supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang terang-terang
bertentangan dengan akidah dan syariat yang dibawa Junjungan Nabi Muhamad
SAW.
12.Mereka mesti dilengkapi dengan keimanan yang kukuh supaya tidak mudah
diganggu gugat oleh pengaruh ancaman dari luar dan tuntutan hawa nafsu.
Dengan keimanan yang teguh, mereka tidak akan tunduk dengan apa saja
pengaruh yang merosakkan akidah. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa
kepada Allah, agar generasi hari ini terselamat dari pengaruh ajaran sesat yang
semakin merebak dan membahayakan umat Islam.
13.Akihir kata, sekali lagi saya merakamkan jutaaan terima kasih kepada. Pegawai
Pelajaran Daerah Setiu, Tuah Haji Kipayatul Allah Dato’ Mohd Said , Guru Besr
Sekolah Kebangsaan Merang Encik Abdul Rahman Ali dan semua pihak yang
telah menjayakan majlis ini.
14.Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang mengambil bahagian dalam
majlis ini.Dengan Lafaz Bismillahi rahmani Rahim saya dengan skacitanya
merasmikan majlis Penutup Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah-
Sekolah Daerah Setiu 2014.
15.Sekian, wasallamu alaikum sarahmatullahi wabarakatuh.
…4/5 ends.