teks ucapan yang berhormat tuan eddin syazlee shith ... · 1. alhamdulillah, bersyukur saya ke...
TRANSCRIPT
0
TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT TUAN EDDIN SYAZLEE SHITH
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN
“TAKLIMAT KHAS KAJIAN SEPARUH PENGGAL RMKe-11,
2016-2020 DAN BELANJAWAN 2019”
Bertempat di:
DEWAN SERBAGUNA, ARAS B1,
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA,
PUTRAJAYA
Pada
7 NOVEMBER 2018 (RABU)
1
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan
Salam Harapan Malaysia.
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor
Ketua Setiausaha
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Yang Berusaha Encik Shakib Ahmad Syakir
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Yang Berusaha Encik Tan Chuan Ou
Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
2
Yang Berbahagia Dato’ Samsuni Mohd. Nor
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Yang Berbahagia Dato’ Sri / Datuk / Dato’
Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KKMM
Pegawai-pegawai Kanan,
Para Key Communicators KKMM,
Yang Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati
sekalian.
3
PEMBUKA BICARA
1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah
dan kurnia-NYA dapat kita bersama-sama berkumpul dalam
Program Taklimat Khas Kajian Separuh Penggal RMKe-11, 2016 –
2020 (KSP RMKe-11) dan Belanjawan 2019 pada pagi ini.
2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih di atas komitmen tuan-tuan dan
puan-puan daripada Jabatan dan Agensi di bawah KKMM yang
datang dari segenap pelosok negeri bagi menghadiri program ini.
Saya amat berharap taklimat ini dapat memberi penjelasan dan
kefahaman yang jitu kepada para peserta program agar dapat
menyebar luas maklumat berkenaan Kajian Separuh Penggal
RMKe-11, 2016 – 2020 dan Belanjawan 2019 ini secara menyeluruh
serta berkesan kepada seluruh masyarakat di semua peringkat.
4
3. Seterusnya, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan
Kementerian Kewangan Malaysia yang telah memberikan
kerjasama dalam menjayakan program pada hari ini.
PENDAHULUAN
YBhg. Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan dan hadirin sekalian,
4. Program taklimat ini diadakan susulan daripada pembentangan
KSP RMKe-11 oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Oktober 2019 dan
Belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan pada
2 November 2018.
5. RMKe-11 merupakan rancangan terakhir untuk mencapai
Wawasan 2020 dan menyediakan asas kepada pembangunan masa
depan negara. YAB Perdana Menteri ada menyebut bahawa
5
reformasi itu perlu sekiranya Malaysia berhasrat untuk pulih,
membangun semula dan muncul kembali sebagai negara yang
bangga dengan pencapaian dan kemampuan untuk bersaing pada
peringkat lebih tinggi.
6. Manakala Belanjawan 2019 merupakan belanjawan negara yang
pertama kali digarap oleh tampuk kepimpinan Kerajaan baharu.
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2019 pada
2 November 2018, Kerajaan memperuntukkan RM314.5 bilion
untuk Belanjawan 2019 berbanding RM290.4 bilion pada
Bajet 2018. Daripada jumlah terbabit, RM259.8 bilion adalah bagi
perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan
pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar
jangka berjumlah RM2 bilion.
7. Pelbagai pihak memberikan perhatian kepada intipati
KSP RMKe-11 dan belanjawan tersebut selaras dengan aspirasi
Kerajaan baharu, cabaran ekonomi dan trend global semasa.
Oleh demikian, mesej-mesej intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan
6
2019 harus disampaikan dengan berkesan kepada segenap lapisan
rakyat agar dapat difahami dan dihayati dengan baik.
PERANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Hadirin yang dihormati,
8. Selain Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian
Kewangan, Kementerian Komunikasi bersama Jabatan dan Agensi
di bawahnya mempunyai peranan yang penting dan besar dalam
menguruskan mesej-mesej komunikasi KSP RMKe-11 dan
Belanjawan 2019 ini.
9. Kerjasama yang padu di antara Jabatan dan Agensi ini amat
diperlukan bagi memastikan rakyat dapat memahami dan
menghayati intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan 2019 ini.
7
10. Antaranya keperluan penyampaian maklumat yang berterusan
mengenai intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan 2019 kepada
pelbagai kumpulan sasaran bersandarkan kepada teras utama
KKMM untuk “Menghubung Rakyat” serta “Membina Masyarakat
Bermaklumat”.
11. KKMM melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya berupaya
memberikan sokongan dalam memasarkan dan menyebar luas
maklumat-maklumat berkenaan intipati KSP RMKe-11 dan
Belanjawan 2019 kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh
negara. Penggunaan pelbagai platform komunikasi yang telah
tersedia di Jabatan dan Agensi masing-masing dapat memastikan
penyampaian secara komunikasi bersepadu yang efektif dan
berkesan.
12. Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan BERNAMA sebagai contoh
boleh mencapai jangkauan penyampaian maklumat yang meluas
dan pantas melalui pelbagai kaedah seperti program bual bicara,
8
laporan berita dan hebahan infografik yang disiarkan melalui
televisyen, radio dan laman berita atas talian.
13. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) melalui pendekatan
“advocacy”, “outreach” dan “engagement” pula memainkan
peranan yang penting untuk mendekati dan memberi penjelasan
kepada masyarakat secara bersemuka melalui program-program
penerangan di lapangan. Usaha ini amat penting bagi membina
persepsi yang positif dalam kalangan masyarakat berhubung KSP
RMKe-11 dan Belanjawan 2019 ini. Seterusnya membolehkan ianya
difahami dan diterima oleh masyarakat.
14. Umum mengetahui bahawa platform media baharu mempunyai
pengguna yang lebih meluas dan menjadi salah satu sumber
rujukan utama bagi mendapatkan sebarang informasi terkini.
Selain itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan juga boleh
ditularkan dengan lebih pantas dan meluas melalui penggunaan
media ini.
9
15. Justeru itu, semua Jabatan dan Agensi KKMM juga boleh
mempergiatkan usaha-usaha penyampaian mesej-mesej
komunikasi dan penjelasan kepada masyarakat khususnya kepada
golongan muda melalui saluran media sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram, Youtube dan lain-lain lagi yang dikendalikan
oleh pihak masing-masing bagi meningkatkan keberkesanan
penyampaian tersebut.
OBJEKTIF TAKLIMAT KHAS KSP RMKe-11 DAN BELANJAWAN 2019
YBhg. Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan Hadirin sekalian.
16. Key communicators adalah merupakan elemen penting dalam
memastikan proses penyampaian maklumat yang dinyatakan
sebentar tadi dapat dilaksanakan dengan jayanya.
10
17. Sehubungan itu, bagi memastikan peranan KKMM dan
tanggungjawab key communicators dapat dilaksanakan dengan
berkesan, taklimat pada hari ini diadakan khas untuk memberi
pendedahan kepada semua key communicators bagi mendapatkan
penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan dasar ini sebagai
persediaan sebelum mengerakkan usaha-usaha penyebaran
maklumat ini di pelbagai peringkat.
18. Dalam masa yang sama, key communicators juga boleh berkongsi
idea dan bertukar-tukar pandangan bagi tujuan pemahaman yang
lebih mendalam bersama dengan wakil dari Kementerian Hal Ehwal
Ekonomi dan Kementerian Kewangan Malaysia yang terlibat dalam
sesi taklimat ini.
11
PENUTUP
Hadirin yang dihormati sekalian.
19. Saya amat berharap semua peserta dapat memanfaatkan peluang
menerusi taklimat ini untuk memperoleh sebanyak mana ilmu
pengetahuan dan perkongsian maklumat yang berkaitan dengan
intipati KSP RMKe-11 dan Belanjawan 2019 untuk disampaikan
kepada rakyat dengan tepat dan berkesan.
20. Semoga dengan usaha penyampaian maklumat ini oleh semua key
communicators daripada Jabatan dan Agensi KKMM kepada
pelbagai lapisan masyarakat dapat meningkatkan pemahaman
mereka dan seterusnya membina persepsi positif terhadap usaha-
usaha Kerajaan semasa.
12
21. Akhir kata, dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, saya
dengan penuh sukacitanya merasmikan program Taklimat Khas KSP
RMKe-11 dan Belanjawan 2019.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum warrahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.