teks syarahan perdana kppa sempena syarahan … · keistimewaan tersendiri. 24. golongan ini lahir...
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
SEMPENA
SYARAHAN PERDANA
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
@ UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
“TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM”
11 APRIL 2016 (SABTU), 9.30 PAGI
DEWAN TUANKU SYED PUTRA, USM
2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Transformasi dan Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” dan Salam Sehati Sejiwa.
Terima kasih Pengacara Majlis
Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Farizan Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Omar Osman
Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
Yang Berusaha Tuan Syed Shaari Syed Abdullah
Pegawai Kemajuan Negeri
Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang
Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Naib Canselor
Para hadirin yang dihormati sekalian
3
Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, dapat kita bertemu
kembali dalam majlis yang sangat bermakna ini.
2. Setinggi-tinggi pujian dan rasa syukur dirafakkan ke
hadrat Allah S.W.T. yang telah melimpahkan taufik dan
kurnia-Nya sehingga diberikan kesempatan untuk kita
bersama-sama berada di dalam Majlis Ilmu sempena
Syarahan Perdana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di
USM pada hari ini.
3. Izinkan saya membuka syarahan ini dengan mutiara
hikmah dari kalam Saidina Ali bin Abu Thalib yang menyebut
bahawa: “Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga
engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan
harta terhukum. Harta itu akan berkurang jika dibelanjakan
tetapi ilmu akan bertambah jika dibelanjakan.”
4. Justeru, saya mengucapkan syabas kepada pihak USM
selaku penganjur majlis ini atas usaha untuk
menghimpunkan para cendekiawan dan pensyarah serta
warga USM lainnya dalam majlis ilmu yang penuh bermakna
ini. Sesungguhnya, majlis pada hari ini merupakan
4
manifestasi USM menyahut seruan Kerajaan mengangkat
tradisi kesarjanaan dan memartabat panji keilmuan.
USM: LAKARAN TRADISI KECEMERLANGAN
Hadirin yang dihormati sekalian,
5. Institusi Pengajian Tinggi mempunyai peranan dan
sumbangan yang sangat signifikan dalam melaksanakan
Agenda Transformasi Negara.
6. Penghasilan modal insan yang berkualiti tinggi
merupakan salah satu faktor penentu kejayaan Malaysia ke
arah status negara maju berpendapatan tinggi. Untuk itu,
Institusi Pengajian Tinggi dituntut untuk melakukan
pengislahan dengan terus menjalankan usaha-usaha
rejuvenasi dan penyuburan semula tamadun ilmu ke arah
mengangkat martabat pengajian tinggi negara.
7. Kejayaan USM diangkat sebagai universiti APEX pada
tahun 2008 telah memberi peluang untuk memposisikan
dirinya dalam satu trajektori yang tepat.
5
8. Namun kita amat menyedari, mengekalkan kelestarian
dan kebitaraan, sebuah institusi pengajian tinggi, bukan
seperti “a walk in the park”. Tanpa usaha dan komitmen
padu seluruh warganya, saya yakin, USM tidak dapat berada
di tahap yang membanggakan, sepertimana yang ada pada
hari ini.
9. Atas dasar ini, saya mengajak warga USM, agar terus
mengekalkan momentum kejayaan ini, dan mengukir
kegemilangan, sebagai salah sebuah universiti penyelidikan
tersohor bertaraf dunia.
KEMUNCULAN MEGATRENDS
Hadirin yang dihormati sekalian,
10. Kita menghuni dunia yang kini diselubungi oleh
pelbagai ketidaktentuan. Realiti baharu dalam bentuk ‘the
new normal’ yang menerjah setiap penjuru dunia,
menjadikan peranan Kerajaan dalam menentukan hala tuju
dan kelangsungan negara, semakin sukar.
6
11. Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang merupakan
salah satu daripada ‘The Big Five World Management
Consultants’ telah mengutarakan lima megatrends global
yang perlu kita hadapi dalam dunia kontemporari ini.
12. Pertama, KETIDAKTENTUAN EKONOMI GLOBAL.
Kelembapan ekonomi yang melanda sebahagian besar dunia
masa kini merupakan realiti pahit yang perlu ditelan oleh
semua pihak. Unjuran awal pertumbuhan ekonomi dunia
bagi tahun 2016 dan 2017 sebagaimana yang dikeluarkan
oleh International Monetary Fund (IMF) adalah masing-
masing pada kadar 3.4 dan 3.6 peratus.
13. Namun, pertumbuhan ekonomi global yang terus lesu
sepanjang tahun lalu telah memaksa IMF menurunkan
unjuran pertumbuhan tersebut sebanyak 0.2 peratus bagi
kedua-dua tahun berkenaan. Unjuran baharu ini telah
dinyatakan dalam laporan World Economic Outlook keluaran
IMF pada Januari 2016.
14. Bagi negara-negara maju, pertumbuhan ekonomi
adalah dijangkakan terus sederhana, melalui proses
pemulihan yang tidak sekata, dengan jurang pengeluaran
output yang lebih kecil. Gambaran masa hadapan bagi
7
negara-negara membangun pula adalah, “diverse but in
many cases challenging”.
15. Walaupun negara-negara membangun dan “emerging
markets” masih menguasai 70 peratus pertumbuhan
ekonomi global, namun kadar pertumbuhannya terus
menurun dalam tempoh lima (5) tahun berturut-turut. Di
kebanyakan ekonomi Asia, permintaan dalam negeri terus
menyokong aktiviti ekonomi, meskipun prestasi eksport
lebih lemah.
16. Sepertimana yang telah kita saksikan, harga minyak
dunia telah mengalami kejatuhan mendadak dan
berterusan, sejak bulan Jun 2014. Harga Brent mentah pada
bulan Januari 2015, menyaksikan penurunan melebihi 60
peratus, iaitu menjunam dari paras 113 US Dollar, ke 45 US
Dollar setong. Harga minyak terus merudum kepada paras
harga kurang daripada 27 US Dollar, pada pertengahan
Januari 2016, dan mula menunjukkan peningkatan pada
kadar 35 US Dollar setong, pada pertengahan Mac 2016.
17. Namun demikian, harga minyak dijangka kekal rendah
iaitu pada kadar purata USD40 dan USD50 pada tahun 2016
dan 2017.
8
18. Kedua, KEMUNCULAN PEKERJA MILLENNIALS. Kita
boleh melihat perbezaan ketara trend populasi, mengikut
rantau dunia, menjadi fenomena yang merumitkan keadaan.
19. Di Eropah, fenomena bertambahnya penduduk yang
berusia atau ‘aging populations’ semakin meningkat,
menjadikan keperluan untuk kos rawatan kesihatan, pencen
dan penjagaan kebajikan warga tua, semakin bertambah.
20. Di benua Afrika pula, pertambahan generasi muda dan
keadaan pasaran tenaga kerja yang semakin tepu,
menyaksikan penyediaan kemudahan pendidikan dan
pekerjaan, menjadi isu besar untuk ditangani.
21. Firma-firma di seluruh dunia pula, sedang berhadapan
dengan perubahan dramatik, dalam struktur demografi
pekerja dan budaya korporat mereka. Pekerja yang lahir
antara tahun 1980 dan 2004, iaitu dikenali sebagai
kumpulan Millennials, muncul sebagai generasi yang
semakin dominan dalam dunia pekerjaan.
22. Dijangkakan pada tahun 2020 nanti, 50 peratus
daripada pasaran kerja akan terdiri daripada kohort ini.
Menganuti prinsip dan budaya kerja yang berbeza dan
9
pelbagai, sistem dan organisasi kerja konvensional, sering
kali sukar memenuhi kehendak mereka.
23. Lantas, kesulitan untuk menarik dan mengekalkan
bakat kelompok ini, terus menjadi stigma pengurus-
pengurus sumber manusia. Namun, jika dilihat dari lensa
yang berbeza, golongan ini juga dikatakan mempunyai
keistimewaan tersendiri.
24. Golongan ini lahir dan membesar dalam era digital.
Kehebatan mereka memposisikan diri dalam landskap dunia
yang serba sofistikated, menjadikan the millennials ini,
sinonim dengan sifat-sifat mencabar tradisi, bercita-cita
besar, kesungguhan menambah ilmu pengetahuan, dan
memiliki jaringan sosial yang luar biasa. As such, it is no
surprise that CEOs and industry leaders recognise them, as
a new force that will reshape the workplace.
25. Ketiganya adalah KEPANTASAN URBANISASI. Hari ini,
urbanisasi global, memperlihatkan wajah yang semakin
ketara, apabila diunjurkan jumlah penduduk bandar dunia
pada tahun 2050 akan menjangkau 72 peratus. Seumpama
dua permukaan syiling yang sentiasa bertaut, atau ‘two
sides of the same coin’, urbanisasi membawa peluang
10
kepada peningkatan taraf sosioekonomi penghuni, tetapi
pada masa yang sama, menimbulkan tekanan dari segi
penyediaan kemudahan asas dan keperluan sosial.
26. Kita percaya bahawa banyak kota, metropolitan dan
megapolitan tidak mampu untuk berkembang secara
konvensional, sekiranya ingin mengekalkan daya huninya.
Pada dekad akan datang juga, megapolitan seperti New
York, Beijing dan London, dijangka memerlukan kos
sebanyak USD8 trilion, hanya untuk pembangunan
infrastruktur masing-masing.
27. Keempat, PENYUSUTAN SUMBER ATAU RESOURCE
STRESS. Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), penduduk dunia pada tahun 2015 adalah
berjumlah 7.3 bilion. Dengan andaian pertambahan
sebanyak 80 juta penduduk setiap tahun, penduduk dunia
dijangka akan mencecah 8.5 bilion pada tahun 2030, dan
11.2 bilion, pada tahun 2100.
28. Ledakan populasi yang disertai oleh pertumbuhan
ekonomi yang perlahan, bakal menghadirkan cabaran
kepada keperluan sumber, termasuk air, makanan, tanah
dan tenaga. Memandangkan planet ini menawarkan bahan
11
asli yang semakin menyusut, perebutan sumber adalah
sesuatu yang dijangkakan. Cabaran ini menjadi semakin
sengit berikutan jangkaan pertambahan jangka hayat
populasi global pada usia 76 tahun, pada tahun 2045 nanti,
berbanding 69 tahun, pada tahun 2010.
29. Dan yang kelima, REVOLUSI TEKNOLOGI KEEMPAT.
Revolusi teknologi kini telah merubah cara kehidupan dan
bentuk pekerjaan kita, berbanding pengalaman sebelumnya.
The Davos World Economic Forum pada Januari 2016 lalu
mengistilahkannya sebagai ‘the Fourth Industrial
Revolution’ yang menyaksikan gabungan pelbagai teknologi
berhasil mencairkan sempadan fizikal, digital dan biologikal
dalam kehidupan.
30. Revolusi Keempat membawa bersamanya potensi
kemajuan teknologi yang bersifat breakthrough: “From
robotics and artificial intelligence to nano-technology; from
the Internet of Things to health analytics; from smart cities
to driverless vehicles; to name but a few”.
31. Sebagai contoh, kewujudan autonomous car, iaitu
kenderaan tanpa pemandu prototaip Google, dan
kemunculan self driving taxis Uber, telah melakar senario
12
baharu masa hadapan. Trend kemajuan ini memerlukan
tindakan menerusi penggubalan dasar dan regulasi baharu
merangkumi hak dan privasi pelanggan dan perniagaan,
keselamatan, pengurusan teknologi pintar dan sebagainya.
32. Berhadapan dengan kepelbagaian senario dan
ketidaktentuan seperti yang dihuraikan, rakyat akan
bergantung harap kepada Kerajaan bagi menangani
permasalahan dan mencari jalan penyelesaian.
33. Keperluan setiap negara berikhtiar untuk
membebaskan warganya daripada kecelaruan kehidupan
yang melewati pelbagai spektrum iaitu ekonomi, kewangan,
sosial dan pentadbiran, menjadi keutamaan pada tingkat
teratas.
34. Cabaran-cabaran yang semakin kompleks masa kini
tidak lagi dapat ditangani secara linear atau rasional
semata-mata, sebaliknya menuntut penyelesaian yang lebih
holistik, kreatif dan multi dimensional. Keperluan kepada
inisiatif transformasi perkhidmatan awam, sebagai jalan
penyelesaian menjadi semakin ketara.
13
EVOLUSI DAN DINAMIKA FALSAFAH PENGURUSAN:
PERTEMBUNGAN ALIRAN DAN PARADIGMA
Hadirin yang dihormati sekalian,
35. Awal dekad 90-an telah menyaksikan suatu gagasan
baharu telah berjaya mencabar paradigma perkhidmatan
awam ketika itu. David Osborne dan Ted Gaebler, dua orang
sarjana pengurusan tersohor Amerika Syarikat, melalui
karya besar mereka bertajuk ‘Reinventing Government -
How The Entrepreneurial Spirit Is Transforming The Public
Sector’, telah memperlihatkan anjakan paradigma
berhubung peranan Kerajaan dan Perkhidmatan Awam
sesebuah Negara.
36. Buku yang diterbitkan pada tahun 1992 di era
pentadbiran Clinton-Gore, memperkenalkan agenda
pembaharuan pentadbiran di bawah National Performance
Review. Kehebatan Osborne dan Gaebler dalam
mencetuskan satu diskusi baharu tentang peranan
perkhidmatan awam begitu dikagumi oleh khalayak,
sehingga diangkat oleh The Washington Post sebagai "A
landmark in the debate on the future of public policy."
14
37. Menampilkan hujah bahawa Kerajaan seharusnya
berganjak dari peranan tradisinya yang bersifat ‘rowing’
kepada peranan baharunya yang bersifat ‘steering’,
preskripsi yang dibawa mereka, adalah untuk membentuk
sektor awam yang bersifat entrepreneurial, iaitu
berfokuskan keberhasilan, desentralisasi, kurang birokrasi
dan galakan persaingan.
38. Nyata sekali, meskipun hampir 24 tahun berlalu,
perkhidmatan awam masih bergelut dengan isu-isu ‘rowing’
dan ‘steering’ yang dibawa Osborne dan Gaebler.
39. Pada tahun 2015, UNDP Global Centre for Public
Service Excellence (GCPSE) dalam penerbitannya, ‘From Old
Public Administration to the New Public Service’, telah
mengenal pasti tiga mod pentadbiran atau pengurusan
awam. Pertamanya ialah Pentadbiran Awam Lama atau Old
Public Administration.
40. Bercirikan statist dan birokratik, Old Public
Administration dipengaruhi model birokrasi Max Weber
berasaskan dua prinsip utama, iaitu hierarki dan
meritokrasi. Pendekatan Old Public Administration sering
dikaitkan dengan organisasi yang birokratik, bersifat
15
command and control, penggunaan kuasa secara top-down
dan tahap budi bicara atau discretion yang minimum.
41. Jika dibuat analisis, kita akan mendapati pendekatan
Old Public Administration adalah sinonim dengan peranan
organisasi bersifat ‘rowing’ seperti yang dihujahkan oleh
Osborne dan Gaebler.
42. Kedatangan gelombang baharu yang dikenali sebagai
the New Public Management (NPM) pada awal 1990-an,
telah membawa cabaran baharu kepada falsafah Old Public
Administration.
43. Bermula di United Kingdom, New Zealand, Amerika
Syarikat dan negara Scandinavia, NPM membawa
pendekatan public choice, perlumbaan mendapatkan
kelebihan persaingan, penurunan fungsi, prestasi dan
responsiveness. NPM muncul di tengah-tengah perubahan
persekitaran global, yang menekankan budaya kerja
korporat, business-like and customer-first approach iaitu
aspek yang tidak begitu diberi fokus oleh Old Public
Administration.
16
44. Kemudian, berganjak dari peranan ‘rowing’ di bawah
Old Public Administration, NPM menekankan peranan
‘steering’ oleh sektor awam dengan fokus kepada
keberhasilan, keusahawanan serta saiz dan fungsi yang
lebih optimum. Berdasarkan Dunleavy and Hood (1994) dan
McCourt (2013), pendekatan tersebut telah menyediakan
kayu ukur untuk mengawal selia amalan birokratik yang
sering dikaitkan dengan Perkhidmatan Awam, di samping
menumpukan perhatian kepada peningkatan keberhasilan.
45. Mod ketiga yang diutarakan ialah the New Public
Service. New Public Service menyarankan bahawa fokus
pengurusan awam haruslah terhadap rakyat, komuniti dan
masyarakat sivil. Berbeza dengan falsafah Old Public
Administration dan NPM, maka falsafah New Public Service
pula adalah membantu rakyat mengartikulasi keperluan
mereka ke arah memenuhi kehendak yang dihasratkan
bersama.
46. Dalam perbahasan mereka yang mendalam mengenai
fenomena ini, Robert Denhardt dan Janet Denhardt melalui
karya mereka The New Public Service (2014) telah
mengusulkan pendekatan baharu Perkhidmatan Awam yang
seharusnya bersifat ‘serving’ berbanding ‘steering’.
17
MENDEPANI REALITI HARI INI
Hadirin yang dihormati sekalian,
47. Ketidaktentuan iktisad global dan peningkatan
ekspektasi rakyat telah mendesak Perkhidmatan Awam di
seluruh dunia melakukan perubahan struktural secara
drastik. Dalam konteks Malaysia, negara kini berada pada
persimpangan yang kritikal dalam mencarta kemajuan
menuju ke arah negara berpendapatan tinggi dan
menjangkaui tahun 2020.
48. Mendepani realiti baharu yang penuh cabaran dan
tribulasi, penyelesaian kepada kemelut ini menuntut
kepantasan kerajaan bertindak secara strategik. Yang Amat
Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri telah menegaskan bahawa Malaysia tiada
pilihan lain kecuali melaksanakan transformasi struktur dan
dasar negara secara holistik.
49. Ternyata inisiatif transformasi bukanlah satu gerakan
yang terpencil. Semboyan transformasi telah turut bergema
menjangkaui Perkhidmatan Awam di negara-negara lain.
18
50. Antara sektor awam yang telah memalu gendang
transformasi ini dan kini berentak baharu ialah di Sweden
menerusi Sweden’s National Reform Program, di Australia
melalui Australian Government’s Reform Agenda, di
Singapura dengan pelaksanaan The Public Service for The
21st Century dan di New Zealand menerusi Public Sector
Reform.
51. Sebagai landasan ke arah memacu negara mencapai
aspirasi yang diharapkan, Kerajaan telah melakar Dasar
Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada
pentadbiran negara, dengan tujuan mentransformasi dan
melonjakkan Malaysia menjadi sebuah negara maju, high
income advanced economy.
52. Di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional
inilah, lahirnya lima prakarsa utama iaitu Program
Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi,
Program Transformasi Politik, Program Transformasi Sosial
dan Program Transformasi Perkhidmatan Awam.
53. Semua inisiatif yang digarapkan ini meletakkan
kehendak rakyat sebagai fokus utama, selaras dengan
19
prinsip mendahulukan rakyat dan mengutamakan
pencapaian.
AGENDA TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
54. Saya percaya ramai dalam kalangan hadirin telah
sedia maklum dengan program-program transformasi yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Justeru, bagi tujuan
syarahan ini, saya akan terus memberi tumpuan kepada
Transformasi Perkhidmatan Awam.
55. Fokus bicara saya mengenai agenda Transformasi
Perkhidmatan Awam ini, akan berpandukan kepada
Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) yang
telah dibangunkan pada tahun 2013, yang saya sifatkan
sebagai enjin yang menggerakkan keseluruhan inisiatif
transformasi tersebut.
56. Model baharu Perkhidmatan Awam yang dapat
memenuhi ekspektasi dan kehendak rakyat, menjadi
semakin kritikal. Justeru, KTPA dibangunkan di tengah-
tengah kenyaringan suara rakyat dari pelbagai lapisan yang
20
menuntut agar prestasi dan pencapaian Perkhidmatan
Awam ditingkatkan.
57. KTPA juga dibangunkan atas kesedaran bahawa
transformasi perkhidmatan awam bukan lagi pilihan,
sebaliknya telah menjadi satu kewajipan. KTPA dihasilkan
atas keinsafan bahawa era kerajaan mengetahui segala-
galanya sudah berlalu.
58. Hasil daripada pelbagai siri perbincangan, makmal,
dan engagement, serta dibantu oleh analisis daripada
inisiatif turun padang untuk merasai denyut nadi rakyat,
KTJPA telah dibangunkan. KTJPA menggagaskan lima (5)
teras strategik yang melakar wajah baharu Perkhidmatan
Awam iaitu Mendaya Upaya Bakat, Merekayasa Organisasi,
Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan, Merangkum dan
Sepunya, dan yang terakhir Membudaya Nilai.
59. Pembangunan KTPA adalah menggunakan pendekatan
outside-in merupakan testimoni keberaniannya memisahkan
diri dari paradigma masa lalu yang dibelenggu oleh
pendekatan inside-out.
21
60. Maka, saya meyakini bahawa penzahiran KTPA
merupakan manifestasi pelbagai teori dan falsafah
pengurusan dari Old Public Administration kepada New
Public Management hingga New Public Service seperti yang
telah saya huraikan tadi. KTPA dibangunkan dengan
mengambil kira persekitaran dan keperluan rakyat semasa,
dalam konteks Malaysia.
61. Lebih membanggakan, KTPA yang telah dibangunkan
dengan menggunakan kepakaran dalaman JPA sepenuhnya,
telah mendapat pengiktirafan Dave Ulrich, guru tersohor
dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sumber manusia
dari University of Michigan, dan pengasas bersama atau co-
founder RBL Group, sebuah firma konsultan pengurusan
sumber manusia di Amerika Syarikat.
62. Secara ringkas, Teras 1 iaitu Mendaya Upaya Bakat
bertujuan untuk melahirkan penjawat awam dengan
ketinggian ilmu pengetahuan, kompetensi, bakat dan
kemahiran dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan
prestasi, produktiviti dan daya inovasi.
63. Pendaya upayaan bakat diletakkan sebagai keutamaan
tertinggi atas kesedaran bahawa modal insan merupakan
22
‘the ultimate resource’. Here I am reminded of the classic
idea put forth by Birger Wernerfelt in his seminal work
entitled, “A Resource-based View of the Firm.” Published in
1984, RBV of the Firm has become one of the most cited
papers in the social sciences.
64. In his landmark piece, Wernerfelt argued that for a firm
to sustain a competitive advantage, it has to evaluate
whether these resources fulfill the following criteria;
Valuable; Rare; In-imitable; and Non-Substitutable (V-R-I-N).
65. Pengenalan progam laluan pantas dalam kerjaya atau
‘fast track’ yang memberi peluang kepada pegawai-pegawai
berpotensi tinggi untuk diberi pendedahan istimewa sebagai
persiapan menjadikan mereka pemimpin sektor awam
menuntut kepada pemilihan pegawai-pegawai yang memiliki
ciri-ciri V-R-I-N yang dimaksudkan.
66. Dalam konteks yang sama, pembangunan modal insan
di peringkat yang lebih awal seperti penajaan Biasiswa
Yang Dipertuan Agong turut menetapkan kriteria yang luar
biasa yang perlu dimiliki oleh calon-calon yang terbaik.
23
67. Teras 2 iaitu Merekayasa Organisasi pula
menumpukan kepada peningkatan keupayaan dan
penambahbaikan struktur organisasi, melalui proses
perekayasaan agar lebih dinamik, tangkas dan fleksibel,
mengikut kehendak dan keperluan semasa.
68. Kajian literatur menunjukkan bahawa, walau pun
terdapat beberapa perbezaan fundamental yang
mentakrifkan ciri-ciri sektor awam dan sektor swasta,
namun apabila membicarakan aspek perekayasaan struktur
dan sistem organisasi, tidak wujud perbezaan yang ketara
di antara kedua-dua domain tersebut. Hakikat sebenarnya,
seperti yang dibahaskan oleh Gerald Vinten, 1992:
“... there has never been an absolute distinction
between public sector and private sector, nor has a ‘pure’
public and ‘pure’ private sector ever existed”
69. Nick Manning dan Neil Parison dari World Bank pula
berhujah bahawa, perekayasaan organisasi mencakupi dua
dimensi utama iaitu struktur dan dasar.
70. Perekayasaan struktur dikaitkan dengan usaha untuk
memantapkan kecekapan operasi sesebuah organisasi.
24
Manakala, perekayasaan dasar melihat kepada
keberkesanan dan keberhasilan setiap dasar dan program
yang dilaksanakan.
71. Here, we are talking about what organisations are best
at doing, whether to opt for a classical review of
operational efficiency, or to go for a 'pure' effectiveness
study of policies and programmes.
72. Sebagai contoh, saya yakin bahawa apabila USM diberi
pengiktirafan dengan status Universiti APEX, semestinya
pengurusan USM telah pun meneliti struktur organisasi
melalui proses perekayasaan yang membawa kepada
keberhasilan dan peningkatan produktiviti.
73. Teras 3 iaitu Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan
pula menitikberatkan sistem penyampaian Perkhidmatan
Awam yang berasaskan pelanggan dan rakyat atau ‘citizen-
centric’ agar cepat, tepat, berkualiti, proaktif dan responsif.
74. Sebab musabab atau raison d’etre kepada kewujudan
Perkhidmatan Awam itu sendiri adalah untuk memberi
khidmat kepada rakyat dengan menampilkan kelainan dan
nilai tambah. Peter F. Drucker, pakar pengurusan tersohor
25
yang juga mendapat jolokan ‘the father of modern
management’ pernah menukilkan “The customer never buys
a product. The customer buys value.”
75. Teras 4 iaitu Merangkum dan Sepunya memberi
penekanan kepada jaringan kerja dan kolaborasi strategik,
bagi memastikan setiap rakyat mendapat faedah dari
pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, secara lebih inklusif dan
terangkum.
76. Merangkum dan sepunya memberi pentakrifan semula
kepada pandangan konvensional di bawah Old Public
Administration, dengan tidak hanya melihat rakyat sebagai
sasaran semata-mata, sebaliknya menjadikan mereka
sebagai agen dan kolaborator.
77. Bersama-sama dengan konsep ini, lahir beberapa
pendekatan baharu yang lebih bersifat keinsanan seperti
engagement, co-creation dan co-production. Pengalaman
kerajaan Australia dalam melaksanakan pendekatan ini
boleh dijadikan kes rujukan, seperti yang diterangkan oleh
Brenton Holmes dalam kertas penyelidikan kepada Parlimen
Australia bertajuk “Citizens' Engagement in Policymaking
and The Design of Public Services” pada tahun 2011.
26
78. Dan yang terakhir sekali, sebagai melengkapkan
KTPA, Teras 5 iaitu Membudaya Nilai mengutamakan
pembudayaan patriotisme, nilai-nilai, etos dan integriti bagi
melahirkan penjawat awam yang cintakan negara, berbudi
pekerti dan beretika tinggi.
79. Seperti yang dinyatakan oleh David Andrew Schultz,
dalam tulisannya “Encyclopedia of Public Administration
and Public Policy,” Perkhidmatan Awam dan penjawat
awam merupakan dua entiti yang tidak dapat dipisahkan.
80. Sementara Perkhidmatan Awam merupakan penjaga
kepada kemaslahatan rakyat melalui pelbagai institusi yang
ditubuhkan, penjawat awam pula bertindak sebagai
pemegang amanah pertiwi atau ‘custodian of the public
interest’.
81. Berbicara dalam nada yang sama, Perry dan Wise,
dalam artikel mereka “The Motivational Bases of Public
Service” menyatakan bahawa “public service motivation is
most commonly associated with particular normative
orientations - a desire to serve the public interest, loyalty to
duty and to the government as a whole, and social equity.”
27
MENCARTA JPA KE PUNCAK KEGEMILANGAN:
PERKONGSIAN KISAH KEJAYAAN
Tuan-tuan dan Puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian.
82. Seterusnya, izinkan saya meneruskan wacana ini
dengan berkongsi beberapa buah kisah kejayaan inisiatif
transformasi yang telah dilaksanakan oleh JPA sejak tahun
2013. Dalam kembara saya melaksanakan misi ini, saya
sentiasa diperingatkan oleh bait-bait pantun yang mengajar
saya supaya setiap usaha yang dilaburkan itu harus diakhiri
dengan keberhasilan.
Orang berkebun kita berkebun;
Orang berbunga kita mendaun;
Orang bertekun kita bertekun;
Orang berguna kita berpulun.
BLUE OCEAN LEADERSHIP
Para hadirin sekalian,
28
83. Inisiatif pertama yang ingin saya kongsikan ialah
pelaksanaan inisiatif Blue Ocean Leadership. JPA telah
menerokai inisiatif strategik baharu yang dinamakan Blue
Ocean Leadership atau B.O.L. Diilhamkan dari konsep Blue
Ocean Strategy oleh Profesor W. Chan Kim dan Rene
Mauborgne, B.O.L. merupakan satu pendekatan sistematik
bagi memantapkan amalan kepimpinan ke arah
memaksimumkan bakat dan modal insan dalam usaha
meningkatkan prestasi organisasi.
84. Inisiatif B.O.L. menampilkan naratif baharu dalam
wacana kepimpinan global dengan memberi penegasan
kepada empat pendekatan iaitu: Memfokus kepada tindakan
dan aktiviti; Berhubung rapat dengan realiti; Kepimpinan
merentasi semua peringkat pengurusan; dan Membawa
natijah atau impak yang tinggi dengan kos yang rendah.
85. Inisiatif B.O.L di JPA bermula pada Mac 2015 dengan
menggunakan kepakaran Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN) dan JPA. Pelaksanaan inisiatif ini menyaksikan
pewujudan 32 orang profiling experts selaku penggerak
B.O.L.; 125 orang responden dari pelbagai peringkat
pengurusan di JPA dan INTAN; proses engagement dan
temubual selama lebih tiga (3) bulan termasuk
29
melaksanakan analisis kualitatif ke atas transkrip yang
dihasilkan; dan penghasilan 16 kanvas kepimpinan
merentasi empat (4) tahap pengurusan di JPA.
86. Empat (4) tahap pengurusan tersebut adalah
Kepimpinan Transformatif dan Humanistik bagi Gred JUSA
C dan ke atas, Kesiapsiagaan Pelapis Kepimpinan bagi gred
48 hingga 54, Kepimpinan Proaktif dan Analitikal bagi gred
41-44, dan Berpengetahuan dan Memimpin Dengan Ceria
bagi gred 22 – 36.
87. Cadangan B.O.L.@JPA telah dibentangkan sebanyak 2
kali di National Blue Ocean Summit yang dipengerusikan
oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
88. Kini, pelaksanaan B.O.L sedang berada di peringkat
penginstitusian dengan pengisian pelbagai program dan
aktiviti bagi mencapai aktiviti kepimpinan utama yang
dihasratkan oleh warga JPA. Pencapaian gemilang ini telah
meletakkan INTAN dan JPA di persada global sebagai
organisasi perkhidmatan awam pertama berjaya
menerapkan amalan kepemimpinan lautan biru terbaik di
JPA.
30
89. Hasil kejayaan inisiatif B.O.L di INTAN dan JPA, Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri dalam NBOS Summit pada
24 Mac 2016 telah bersetuju agar pelaksanaannya
diperluaskan kepada lima kementerian terpilih dalam tahun
2016. Lima kementerian tersebut adalah Kementerian
Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Kementerian Dalam
Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani.
1MALAYSIA CUSTOMER SERVICE OF CIVIL SERVANTS
(1SERVE)
Hadirin sekalian,
90. Seterusnya adalah 1Malaysia Customer of Civil
Servants atau 1Serve. JPA telah diberi mandat untuk
menerajui inisiatif 1Serve dengan kerjasama Unit
Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia atau MAMPU, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
31
91. 1Serve merupakan satu inisiatif transformasi yang
digagaskan Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan
Biru Kebangsaan (NBOS) dan telah dilancarkan pada 2
November 2015 yang lalu. Ia merupakan penambahbaikan
kepada perkhidmatan kaunter Kerajaan, yang mana
sebelum ini mengamalkan konsep satu kaunter satu
perkhidmatan kepada konsep satu kaunter pelbagai
perkhidmatan. Ini adalah selaras dengan prinsip “Doing
More With Less For More”.
92. Melalui pendekatan ini, Tuan-tuan dan Puan-puan
boleh mendapatkan semua perkhidmatan yang ditawarkan
hanya melalui satu kaunter sahaja. Di Kaunter 1SERVE
JPA4U, Tuan-tuan dan Puan-puan bukan hanya boleh
mendapatkan perkhidmatan JPA sahaja, malah boleh juga
mendapatkan perkhidmatan merentas jabatan seperti
perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ).
93. Justeru, inisiatif ini telah melebarkan horizon
perkhidmatan kaunter melalui suntikan nilai tambah yang
signifikan dan di luar amalan biasa. Pada masa ini, Kaunter
1Serve ini telah diperluaskan ke agensi dan lokasi tertentu.
32
94. Sistem penyampaian petugas barisan hadapan (front
liners) di Sektor Awam juga diperkasakan dengan
menerapkan 8 ciri utama penyampaian perkhidmatan, iaitu:
Senyum;
Mendengar;
Menunjukkan empati;
Psikologi berbalik;
Memahami pelanggan;
Kebersihan perkhidmatan;
Kepantasan dan kecekapan penyelesaian masalah;
dan
Kesungguhan dan pengetahuan melahirkan juara
bertindak
95. Inisiatif 1Serve ternyata memudahkan urusan rakyat
dari segi penjimatan perbelanjaan dan masa. Bagi kita
penjawat awam, 1Serve dapat memastikan kualiti
perkhidmatan dan layanan yang diberikan kepada orang
ramai adalah standard di seluruh negara.
96. Secara keseluruhannya, 1Serve menyediakan 14
perkhidmatan oleh JPA, empat (4) perkhidmatan oleh
33
Jabatan Imigresen Malaysia, lima (5) perkhidmatan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara dan dua (2) perkhidmatan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan. Oleh itu, daripada kaedah
konvensional satu kaunter satu perkhidmatan, 1Serve telah
membawa paradigma baharu penyampaian perkhidmatan
menerusi pendekatan satu kaunter pelbagai perkhidmatan.
97. Alhamdullillah, pada Jumaat lepas, saya telah
melancarkan 1Serve Transit Lounge @JPA4U sebagai nilai
tambah kepada inisiatif 1Serve JPA4U. Melalui inisiatif ini,
JPA menyediakan ruang menunggu kepada pelanggan yang
ingin mendapatkan perkhidmatan shuttle buggy.
1MALAYSIA CIVIL SERVICE RETIREMENT SUPPORT
(1PESARA)
98. Seterusnya adalah 1PESARA. Kita sering
memperkatakan tentang kebajikan penjawat awam, namun
jangan sekali-kali dilupakan pesara yang telah banyak
menyumbang dan berkorban ketika dalam perkhidmatan
Kerajaan.
99. Sehingga kini, jumlah pesara penjawat awam adalah
melebihi 739,000 orang termasuk 109,000 pesara tentera.
34
Sehubungan itu, untuk menjaga kebajikan mereka, JPA
telah memperkenalkan 1Pesara.
100. Inisiatif 1Pesara memberi fokus perkhidmatan kepada
golongan pesara Kerajaan dalam empat aspek utama iaitu
Kesihatan, Keusahawanan, Bekerja Semula dan Pengurusan
Kewangan.
101. Matlamat inisiatif ini adalah untuk membantu golongan
pesara dan bakal pesara terus produktif dalam menyusuri
alam persaraan; Menyediakan perkhidmatan yang holistik
dan merentasi pelbagai agensi; dan Membantu Kerajaan
dalam menjelaskan dasar-dasar dan program-program
Kerajaan kepada rakyat.
102. Inisiatif ini kemudiannya dipermudahkan lagi dengan
pembangunan Portal 1Pesara yang menjadi satu pusat
sehenti perkhidmatan pesara penjawat awam dengan
pelbagai perkhidmatan yang melibatkan agensi kerajaan
dan bukan kerajaan dapat diperolehi di sini.
103. Dalam konteks ini, JPA turut memberi perhatian
terhadap mereka yang bakal bersara melalui pelaksanaan
kursus pra persaraan. Menerusi kursus ini, bakal pesara
35
diberi pendedahan secara komprehensif tentang aspek-
aspek yang bakal dihadapi oleh mereka selepas
perkhidmatan.
104. Salah satu pendekatan yang kita laksanakan bagi
mendekati dan memahami golongan pesara adalah melalui
program turun padang. Kelmarin, saya berkesempatan
untuk sama-sama menziarahi tiga orang pesara Kerajaan di
Pulau Pinang.
105. Sebagai keprihatinan Kerajaan terhadap nasib
mereka, saya telah menyampaikan pelbagai sumbangan
seperti kerusi roda, kaki palsu dan makanan keperluan
harian kepada mereka bertiga.
PELAKSANAAN DASAR PEMISAH
Para hadirin yang saya kasihi,
106. Pelaksanaan Dasar Pemisah merupakan salah satu
inisiatif di bawah RMK11 dan merupakan mekanisme
strategik Kerajaan yang terbaik dalam mewujudkan
Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, produktif dan
berintegriti.
36
107. Bagi memastikan dasar ini diterima oleh penjawat
awam, JPA telah melaksanakan kaedah libat urus
(engagement) dengan pelbagai pihak khususnya pihak
Kongres CUEPACS, Majlis Bersama Kebangsaan dan
Pengurusan Sumber Manusia.
108. Ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri supaya
Perkhidmatan Awam menekankan kepada produktiviti dan
inovasi bagi mewujudkan sebuah negara berpendapatan
tinggi.
109. Pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi dalam
persekitaran Perkhidmatan Awam yang kompetitif adalah
perkara yang sentiasa diberikan penekanan oleh YBhg. Tan
Sri KSN kepada penjawat awam.
110. Rasional pelaksanaan Dasar Pemisah adalah untuk
mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi;
meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran
persekitaran masa kini dan akan datang dan mewujudkan
Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi dan
berintegriti.
37
111. Dasar Pemisah ini menyediakan mekanisma untuk
menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi
rendah, serta mereka yang gagal mempamerkan kemajuan
kerjaya atau mengalami masalah kesihatan yang
menjejaskan keupayaan untuk menjalankan tugas.
112. Pelaksanaan dasar ini bukanlah satu bentuk
penganiayaan kepada penjawat awam, tetapi bertujuan
untuk membolehkan Perkhidmatan Awam meningkatkan
lagi daya saingnya dalam mendepani cabaran persekitaran
masa kini dan akan datang. Pegawai berprestasi tinggi
tidak perlu bimbang. Dasar ini adalah bersifat
developmental dan bukannya bersifat punitif.
FLAGSHIP JPA4U
Hadirin yang dikasihi sekalian.
113. Inisiatif flagship JPA4U merupakan program untuk
menjalin hubungan lebih dekat dengan pelanggan melalui
Khidmat Konsultasi Pengurusan Sumber Manusia, Turun
Padang dan Libat Urus, Penyebaran Maklumat dan Khidmat
Masyarakat. Antara program yang mendapat sambutan
38
ramai ialah Karnival JPA4U (Penajaan) di MAEPS Serdang,
JPA4U-Psycare Outreach Psikologi di Kangar Perlis, Misi
Bantuan Kemanusiaan JPA4U (Kempen Derma Darah) dan
Program Moh Senam JPA4U.
114. Pelaksanaan agenda transformasi Perkhidmatan
Awam adalah bertujuan untuk meningkatkan imej serta
mengubah persepsi pelanggan yang lebih positif kepada
JPA melalui pengenalan pelbagai perkhidmatan-
perkhidmatan baharu yang lebih mesra serta turun padang
mendekati rakyat.
115. Menerusi pelaksanaannya, JPA4U telah dapat
memupuk kerjasama berpasukan, persefahaman dan
kekuatan warga JPA ke arah kelestarian transformasi agar
kekal relevan. Menerusi pelbagai program unik dan aktiviti
turun padang, JPA4U kini telah menjadi brand atau jenama
yang meniti bibir setiap warga perkhidmatan awam,
stakeholders dan masyarakat keseluruhannya.
MODEL BAHARU PENAJAAN JPA 2016: MEMPERKASA
MODAL INSAN, MEMARTABATKAN INSTITUSI PENGAJIAN
TEMPATAN
39
116. Model baharu penajaan JPA adalah satu lagi usaha
strategik di bawah agenda transformasi perkhidmatan
awam. Model tersebut dirangka berdasarkan empat teras
utama iaitu merit dan inklusiviti; fokus kepada golongan
B40, M40 dan technical & vocational education and training
(TVET); pembangunan Malaysia sebagai hab pendidikan;
dan pulangan pelaburan.
117. Model baharu ini membolehkan penajaan dilaksanakan
secara komprehensif merangkumi aspek merit dan
kecemerlangan serta keperluan membantu golongan
berpendapatan rendah dalam kategori B40 terutama dalam
bidang Teknikal dan Vokasional.
118. Di bawah model baharu ini juga, tumpuan akan
diberikan kepada penajaan pelajar ke IPT dalam negara
bagi menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebagai hab pendidikan serantau.
119. Model baharu penajaan merangkumi enam (6) program
iaitu Program Penajaan Nasional; Program Khas
Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman; Program
Ijazah Dalam Negara; Program Dermasiswa B40; Program
Lepasan Bursary; dan Program Bursary.
40
120. Sebagai langkah untuk memastikan pulangan yang
setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan oleh Kerajaan,
mulai tahun 2016 program penajaan akan dilaksanakan
dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kecuali bagi Program
Dermasiswa B40. Ia berteraskan prinsip pulangan pelaburan
kepada negara (ROI) dalam memastikan Kerajaan akan
memperoleh bakat yang terbaik untuk Perkhidmatan Awam.
121. Secara keseluruhannya, Model Baharu Penajaan JPA
2016 dirangka bagi mencapai objektif pembangunan modal
insan negara untuk memberi peluang kepada lebih ramai
pelajar melanjutkan pengajian di IPT tempatan serta
memfokuskan kepada pelajar daripada golongan
berpendapatan tinggi.
RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN
122. Inisiatif terkini yang dilaksanakan oleh JPA ialah
Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi agensi persekutuan
di bawah Sistem Saraan Malaysia. Ini merupakan satu lagi
inisiatif bersifat breakthrough di mana buat julung kalinya
kesatuan-kesatuan sekerja khususnya CUEPACS telah
41
memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan
pelaksanaan inisiatif ini.
123. Kerjasama ini jelas terpancar melalui kehadiran
Presiden dan Pegawai-Pegawai Tertinggi serta Ahli Majlis
Kongres CUEPACS sewaktu saya menandatangani
Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 pada 7 April 2016 yang lalu.
124. Pepatah Melayu ada mengatakan “Bulat Air Kerana
Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”. Hakikatnya,
untuk mencapai kata sepakat dalam menjayakan
rasionalisasi 252 skim ini, pelbagai ranjau dan onak
terpaksa dilalui.
125. Sepanjang kajian ini dijalankan bermula pada tahun
2013 sehingga 2016, kita telah mengadakan 87 rundingan
melalui sesi libat urus yang begitu menyeluruh dan intensif
melibatkan Ketua-Ketua Perkhidmatan, Ketua-Ketua
Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan termasuk
Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Agensi, Majlis Bersama
Kerajaan, Kesatuan Sekerja dan Badan Profesional yang
berkaitan.
42
126. Inisiatif ini melibatkan penambahbaikan terhadap 252
skim perkhidmatan sedia ada yang merangkumi 1.61 juta
penjawat awam.
127. Rasional di sebalik inisiatif ini adalah untuk menarik
dan mengekal modal insan terbaik, menambah baik mobiliti
dan kemajuan kerjaya, mewujudkan fleksibiliti dalam
urusan perkhidmatan penjawat awam, mengemaskini syarat
lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa,
memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan, dan
memperuntukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan
Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan.
MENERAJUI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
Hadirin yang dihormati sekalian,
128. Profesor Raymond Miles dan Profesor Charles Snow,
dua orang tokoh akademik tersohor telah memperkenalkan
empat kategori kepimpinan dalam karya groundbreaking
bertajuk “Organizational Strategy, Structure and Process”
iaitu Defenders, Analyzers, Reactors dan Prospectors. Sifat
kepimpinan Defenders lebih cenderung untuk mengekalkan
43
status quo dan selesa untuk berada dalam domain sedia
ada demi mengekalkan kestabilan organisasi.
129. Kepimpinan Analyzers agak berhati-hati untuk keluar
dari kepompong kebiasaan dan mengambil masa untuk
melakukan perubahan. Reactors pula seringkali memberi
tindak balas negatif terhadap perubahan dan
ketidaktentuan persekitaran, sekaligus menjejaskan
prestasi serta keupayaan organisasi.
130. Berbanding dengan tiga bentuk kepimpinan
sebelumnya, Prospectors lebih inovatif, dinamik dalam
menjuarai perubahan dan mengungguli persaingan. Adalah
jelas, bahawa kepimpinan Prospectors membolehkan
organisasi melebarkan sempadannya dan menjadi perintis
dalam meneroka peluang-peluang baharu.
131. Justeru, untuk memacu gelombang transformasi
perkhidmatan awam, saya telah mengambil pendekatan
Prospectors yang sentiasa berani untuk berubah,
merapatkan jeriji silo dan melebarkan sempadan tindakan.
Dalam menggalas misi ini, JPA telah memilih untuk merintis
laluan mengambil pendekatan “road less travelled” dalam
menggerakkan transformasi Perkhidmatan Awam.
44
132. Berasaskan kepada testimoni kejayaan yang saya
telah hujahkan tadi, JPA telah diberi peranan dan
tanggungjawab untuk menerajui perancangan dan
pelaksanaan inisiatif dan program ke arah
mentransformasikan Perkhidmatan Awam untuk produktiviti
sebagaimana termaktub di dalam Bab Kesembilan,
Rancangan Malaysia Kesebelas.
133. Ini merupakan satu lagi lakaran sejarah dalam
Perkhidmatan Awam Negara di mana JPA buat julung-julung
kalinya diberi tanggungjawab untuk menggalas amanah
mentransformasikan Perkhidmatan Awam ke arah
menyediakan Perkhidmatan Awam berprestasi tinggi dalam
mendokong aspirasi negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020.
AKHIR KALAM
Hadirin yang dikasihi sekalian,
134. Melunasi tanggungjawab paling besar iaitu
kesejahteraan rakyat sebagai matlamat akhir, maka saya
mengajak semua hadirin agar dapat memperhebat rentak
45
kecemerlangan, memantapkan barisan kepimpinan,
memperkukuhkan jalinan permuafakatan sebagai landasan
menuju ke destinasi kejayaan.
135. Dalam hubungan ini, saya penuh yakin dan percaya
seluruh warga USM yang berada di hadapan saya pada pagi
ini, telah bersedia untuk mendakap kemas iltizam dan cita-
cita bagi menjayakan agenda Transformasi Perkhidmatan
Awam demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju, inklusif dan lestari.
Dengan lafaz kalimah wabillahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya
akhiri sesi syarahan perdana ini.