teks perutusan kppa sempena mbk st - bil 1 2016 · lokasi di pusat bandar lain seluruh negara; 7...
TRANSCRIPT
TEKS PERUTUSAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
SEMPENA
MESYUARAT MBK BAGI PEKERJA-PEKERJA SAINS DAN
TEKNOLOGI DALAM KUMPULAN PELAKSANA
BILANGAN 1 TAHUN 2016
5 MEI 2016 (KHAMIS), 9.00 PAGI
INSTITUT SEMARAK FELDA
BANGI, SELANGOR
2
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Transformasi, Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan” dan Salam Sehati Sejiwa.
Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Pembangunan)
Yang Berbahagia Dato’ Haji Raihan Sharif
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
(Operasi)
Yang Berusaha Encik Adnan Mat
Pengerusi Pihak Pekerja MBK S&T
Yang Berbahagia Dato’ Norsham Rahin
Setiausaha Pihak Pegawai MBK S&T
Yang Berusaha Encik Ashaari bin Maarof
Setiausaha Pihak Pekerja MBK S&T
Ahli-ahli Mesyuarat Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja
Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan
dan Puan-Puan yang saya kasihi sekalian
3
Pertama sekali, marilah kita sama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan
kurnia-Nya kerana pada pagi ini, kita sekali lagi dapat
bersama-sama dalam Mesyuarat Majlis Bersama
Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Sains dan Teknologi
dalam Kumpulan Pelaksana Bilangan 1 Tahun 2016 di
Institut Semarak Felda, Bangi, Selangor.
2. Seperti yang ahli mesyuarat sedia maklum,
mesyuarat ini bertujuan untuk mencapai persetujuan
bersama berhubung perkara-perkara yang telah
dibincangkan dalam Mesyuarat Pre-Council MBK S&T
pada 4 Mei 2016. Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli
mesyuarat yang hadir dan telah memberikan komitmen
untuk berbincang dalam suasana harmoni berprinsipkan
kepada permuafakatan bagi menghasilkan keputusan
yang bermanfaat kepada kedua belah pihak.
4
SENARIO SEMASA EKONOMI MALAYSIA
Penyesuaian Bajet 2016
3. Sepertimana Tuan-tuan dan Puan-puan sedia
maklum, YAB Perdana Menteri telah membentangkan
Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015. Namun disebabkan
keadaan ekonomi semasa, maka tindakan
pengubahsuaian bajet diambil untuk memastikan kita
berada di landasan negara berpendapatan tinggi pada
tahun 2020.
4. YAB Perdana Menteri merangkap Menteri
Kewangan telah menjelaskan keadaan ekonomi semasa
adalah berbeza dengan krisis kewangan Asia pada
tahun 1997 dan 1998. Antara sebab mengapa kita
mengalami kejatuhan yang lebih serius termasuklah:
(i) pengukuhan dolar Amerika berikutan
perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat
serta jangkaan peningkatan kadar faedahnya
yang menarik keluar aliran pelaburan yang
sebelum ini telah masuk ke dalam pasaran
5
negara-negara membangun atau emerging
markets;
(ii) kejatuhan harga komoditi minyak dan gas serta
lain-lain komoditi seperti minyak sawit dan
getah. Kita juga merupakan pengeksport bersih
minyak dan gas. Apabila harga minyak Brent
jatuh daripada US$100 setong pada 2014 kepada
US$48 setong pada 10 September 2015,
seterusnya merudum kepada US$31 setong pada
27 Januari 2016, nilai tukaran ringgit juga turut
terjejas; dan
(iii) pertumbuhan ekonomi yang sederhana Republik
Rakyat China yang merupakan rakan dagangan
utama negara kita serta penurunan nilai mata
wang Renminbi turut memberi kesan yang
ketara kepada ringgit.
5. Melalui pengumuman Pengubahsuaian Bajet 2016
pada 28 Februari 2016, Kerajaan telah mengumumkan
sebelas (11) langkah pengubahsuaian dan
penstrukturan bagi memastikan ekonomi dan kewangan
6
negara kekal pada jajaran yang betul. Melalui
Pengubahsuaian Bajet 2016 tersebut, Kerajaan telah
menetapkan pengurangan perbelanjaan sebanyak RM9
bilion berikutan penurunan dalam kutipan hasil negara.
Antara pelaksanaan tersebut adalah:
(i) memberi pelepasan khas cukai sebanyak
RM2,000 kepada pembayar cukai individu
berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah,
untuk tahun taksiran 2015;
(ii) mengurangkan kos harga barang keperluan
harian dengan meliberalisasikan kawalan
kuota import atau AP bagi lapan produk
pertanian terpilih untuk tempoh sementara;
(iii) FAMA pula diarahkan untuk membuka pasar
belian terus hasil pertanian atau MyFarm
Outlet. Projek yang bermula di Presint 7
Putrajaya akan diperluaskan ke sepuluh (10)
lokasi di pusat bandar lain seluruh negara;
7
(iv) KPDNKK pula diminta untuk mengenalpasti
dan memperbanyakkan kedai jualan harga
berpatutan dari 640 buah kepada seribu kedai
pada tahun ini; dan
(v) pengenalan program MyBeras untuk
membantu golongan rakyat yang terkesan
dengan kenaikan kos sara hidup terutama
golongan miskin tegar.
6. Bagi perbelanjaan pembangunan, fokus diberikan
kepada projek yang mendahulukan kepentingan rakyat,
serta memberi impak pengganda tinggi serta
kandungan import yang rendah. Contohnya, projek
fizikal yang memberi keutamaan kepada pembinaan
rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan
pengangkutan awam serta keselamatan.
7. Selain itu, sektor pelancongan pula telah diberi
lebih tumpuan kerana melalui peningkatan kedatangan
pelancong boleh merangsang pertumbuhan ekonomi
domestic.
8
8. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini walau
bagaimanapun tidak melibatkan emolumen kakitangan
awam, pencen pesara dan tidak menjejaskan
mekanisme penyampaian Kerajaan (delivery
mechanism). Malah, Kerajaan tidak akan
memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk
penjawat awam lantikan secara kontrak.
9. Disamping itu, Kerajaan turut meningkatkan
strategic linkages di antara bandar dan luar bandar
dengan pembinaan sepuluh (10) lagi Urban
Transformation Centre (UTC) di Labuan, Sungai Petani,
Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau,
Keningau, Seremban dan Kangar.
10. Empat (4) Rural Transformation Centre (RTC)
baharu juga dijangka siap dibina di Jawi, Pulau Pinang,
Rembau, Negeri Sembilan, Sungai Rambai, Melaka dan
Betong, Sarawak pada tahun ini.
9
11. Secara ringkasnya, intipati Pengubahsuaian Bajet
2016 merangkumi perkara berikut:
a. langkah-langkah yang diambil adalah tindakan
proaktif, telus dan realistic seiring dengan
cabaran ekonomi semasa;
b. ekonomi negara masih utuh, tumbuh dan
berkembang serta berdaya tahan dipacu oleh
aktiviti ekonomi domestik;
c. kesejahteraan rakyat akan terus didahulukan
dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan
tidak terjejas;
d. Kerajaan komited melaksanakan langkah
konsolidasi fiskal; dan
e. pengubahsuaian bajet ini bertunjangkan
kepada prinsip shared responsibility oleh
segenap lapisan masyarakat.
10
SENARIO SEMASA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
12. Pada tahun 2013, Kerajaan, telah melaksanakan
penambahbaikan ke atas 81 skim perkhidmatan.
Susulan daripada itu, dalam pembentangan Bajet 2015,
Kerajaan telah mengumumkan akan menambah baik
252 skim perkhidmatan sedia ada.
13. Kerajaan telah bersetuju untuk mengiktiraf
sumbangan penjawat awam kepada negara menerusi
perkara berikut:
(i) penambahbaikan 252 skim perkhidmatan
sedia ada;
(ii) penetapan RM1,200 sebulan sebagai Gaji
Permulaan Terendah dalam Perkhidmatan
Awam; dan
(iii) pemberian faedah satu (1) Kenaikan Gaji
Tahunan (KGT).
11
14. Sesuai dengan Teras Strategik Pertama iaitu
Mendaya Upaya Bakat dan Teras Strategik Kedua iaitu
Merekayasa Organisasi di bawah Kerangka Tranformasi
Perkhidmatan Awam (KTPA), kajian rasionalisasi skim
perkhidmatan terhadap kesemua 252 skim
perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah Sistem
Saraan Malaysia (SSM) telah dilaksanakan bertujuan
supaya Perkhidmatan Awam dapat menarik dan
mengekalkan modal insan terbaik untuk berkhidmat
dengan negara seterusnya melonjakkan Malaysia
sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020.
15. Pada masa yang sama, Kerajaan turut
mengarusperdanakan pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) dengan memperluaskan pemakaian
kelayakan dalam bidang teknikal dan vokasional dalam
skim perkhidmatan. Walaupun kelayakan TVET ini
adalah untuk memenuhi keperluan industri, Kerajaan
sebagai majikan terbesar di Malaysia, perlulah
memainkan peranannya dengan menyediakan penanda
aras melalui skim perkhidmatan berkaitan. Oleh itu
pengiktirafan kelayakan TVET di dalam Perkhidmatan
12
Awam ini sebenarnya turut memberi manfaat kepada
sektor swasta.
16. Disamping itu, rasionalisasi skim perkhidmatan ini
juga telah mengambil kira peruntukan sedia ada iaitu
sebanyak RM1.4 bilion yang akan memberi kesan
kepada 1.6 juta penjawat awam. Melalui urusan ini,
pengurusan skim perkhidmatan diperkemaskan untuk
mengekalkan bakat terbaik, menambah baik mobiliti
dan kemajuan kerjaya penjawat awam serta
mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan.
17. Usaha ini telah dipermudahkan dengan sokongan
CUEPACS yang telah memberi pelbagai pandangan dan
cadangan supaya Pekeliling ini dapat memberi manfaat
kepada penjawat awam secara menyeluruh.
18. Sebanyak 88 sesi rundingan telah diadakan di
antara JPA, wakil-wakil Ketua Perkhidmatan, CUEPACS
dan Kesatuan atau Persatuan yang terlibat. Sesi
terakhir ialah penyemakan draf Pekeliling bersama
CUEPACS yang dilaksanakan pada 24 Mac 2016. Melalui
kerjasama ini, JPA telah dapat menggubal kaedah-
13
kaedah pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini
dengan sebaik mungkin, mengambil kira pendekatan
yang terbaik dan bersesuaian dengan peruntukan
kewangan semasa Kerajaan.
19. Di samping penambahbaikan ke atas skim
perkhidmatan, Kerajaan juga bersetuju menetapkan gaji
terendah dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200
sebulan. Ketetapan ini adalah sejajar dengan matlamat
Kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara
berpendapatan tinggi, inklusif dan lestari. Pelaksanaan
ini juga merupakan hasrat Kerajaan untuk membantu
penjawat awam khususnya dalam Kumpulan Pelaksana
menangani isu kos sara hidup.
20. Walaupun, penetapan gaji terendah pada RM1,200
sebulan ini mungkin tidak mencukupi bagi menangani
kos sara hidup keseluruhannya, namun saya mengajak
supaya semua penjawat awam merancang perbelanjaan
dengan bijak dan mengurus kewangan peribadi dengan
baik. Bak kata peribahasa Melayu “Sempit bertelempu,
lega berlunjur” yang bermaksud berbelanja mengikut
pendapatan.
14
21. Dalam hal yang sama, pelaksanaan satu (1)
Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada penjawat awam
seperti yang telah dijanjikan dalam Bajet 2016
dikekalkan dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2016.
22. Melalui pendekatan tersebut Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi
Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam
Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah
diumumkan pada 7 April 2016 dan telah dimuatnaik ke
portal JPA pada 14 April 2016.
MODEL BAHARU PENAJAAN JPA
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
23. Selaras dengan pengumuman Pengubahsuaian
Bajet tersebut, JPA telah melaksanakan langkah
pengubahsuaian yang lebih strategik dengan
mengoptimumkan peruntukan sedia ada serta
mengambil kira kepentingan program pembangunan
modal insan secara menyeluruh. Sebagai langkah
memastikan negara mendapat pulangan yang optimum
15
daripada pelaburan besar yang diperuntukkan bagi
program penajaan, Kerajaan memperkenalkan model
baharu penajaan JPA mulai tahun 2016.
24. Model baharu ini membolehkan penajaan
dilaksanakan secara komprehensif merangkumi aspek
merit dan kecemerlangan serta keperluan membantu
golongan berpendapatan rendah dalam kategori B40
terutama dalam bidang Teknikal dan Vokasional.
Tumpuan diberikan kepada penajaan pelajar ke IPT
dalam negara bagi menyokong usaha kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau.
Usaha ini dapat memartabatkan IPT tempatan dan
memastikan kemampanan fiskal jangka panjang
negara.
25. Model Baharu Penajaan JPA akan dilaksanakan
seperti berikut:
i. Program Penajaan Nasional
Penajaan 20 pelajar terbaik SPM 2015
berdasarkan senarai Lembaga Peperiksaan
Malaysia untuk mengikuti pengajian peringkat
16
ijazah pertama di universiti terkemuka dunia
terhad kepada bidang yang ditetapkan
Kerajaan.
ii. Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea,
Perancis dan Jerman
Penajaan 200 pelajar cemerlang SPM 2015
untuk mengikuti pengajian peringkat
diploma/ijazah pertama dalam bidang
kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis
dan Jerman.
iii. Program Ijazah Dalam Negara
Penajaan 7,000 pelajar yang sedang mengikuti
pengajian di universiti awam dan institusi
pengajian tinggi swasta dalam kategori
Government Linked Company (GLC) iaitu
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti
Teknologi Petronas (UTP).
17
iv. Program Dermasiswa B40
Penajaan kepada 1,000 pelajar daripada
keluarga dalam golongan B40 untuk mengikuti
pengajian peringkat diploma di politeknik,
universiti awam, UNITEN dan MMU. Ia
merupakan program baharu diperkenalkan
dalam model baharu penajaan JPA 2016.
v. Program Lepasan Bursary
Penajaan 744 pelajar Program Bursary
2013/2014 (lepasan SPM tahun 2012/2013) di
bawah Program Lepasan Bursary diteruskan
bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah
Pertama di IPT tempatan.
vi. Program Bursary
Penajaan 250 pelajar lepasan SPM 2015 yang
mendapat 9A+ dan ke atas merangkumi
program peringkat persediaan/asasi dalam
negara dan seterusnya ke peringkat ijazah
pertama di IPT tempatan yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Bidang yang ditawarkan adalah di
bawah kelompok klinikal dan kesihatan,
18
kejuruteraan dan teknologi, sains dan sains
sosial. Pemilihan berdasarkan merit.
26. Mulai tahun 2016, program penajaan akan
dilaksanakan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah
kecuali bagi Program Dermasiswa B40. Ia berteraskan
prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam
memastikan Kerajaan memperoleh bakat terbaik untuk
Perkhidmatan Awam. Di samping itu, prinsip ini
berupaya mewujudkan sifat kebertanggungjawaban
kepada negara.
PEKELILING PERKHIDMATAN SEPANJANG TAHUN 2015
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
27. Pada tahun 2015, JPA telah mengeluarkan
beberapa Pekeliling Perkhidmatan iaitu:
i. Penambahbaikan Kaedah Pemberian
Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan
Jadual Gaji Minimum - Maksimum;
19
ii. Bantuan Khas Kewangan Tahun 2015;
iii. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan
Kematian Ahli Keluarga Terdekat;
iv. Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan
Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang
Berada Di Luar Negara Atas Urusan
Persendirian;
v. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi
Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam
Perkhidmatan Awam;
vi. Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan
Awam Persekutuan;
vii. Pemberian Khas Tahun 2015; dan
viii. Kadar Kelayakan Kemudahan Cuti Rehat
Tahunan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan
20
PENGHARAPAN KERAJAAN KEPADA PENJAWAT AWAM
Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Integriti Penjawat Awam
28. Isu integriti dalam perkhidmatan awam sering
dibangkitkan dalam media sama ada media cetak atau
pun elektronik. Di kesempatan ini, saya ingin
mengingatkan Tuan-tuan dan Puan-puan sekali lagi
akan kepentingan menjaga integriti Perkhidmatan
Awam.
29. Sebagai penjawat awam, kita perlu mentaati ikrar
Perkhidmatan Awam untuk menjaga rahsia Kerajaan.
Insiden kebocoran rahsia Kerajaan sebelum sesuatu
pengumuman rasmi dibuat boleh memberi implikasi
kepada keputusan Kerajaan.
30. Penggunaan teknologi dalam melaksanakan tugas
memberi kemudahan kepada penjawat awam untuk
melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan cepat.
Sebagai contoh, penggunaan telefon pintar (smart
21
phone) membolehkan penyebaran maklumat kepada
sasaran yang besar dengan cepat. Namun, perkara
negatif yang mungkin timbul ialah apabila maklumat
yang disebarkan tidak tepat atau tidak berdasarkan
sumber yang sahih. Akibatnya akan memberi kesan
negatif kepada individu atau organisasi yang
diperkatakan.
31. Kecuaian menjaga kerahsiaan Kerajaan akan
menyebabkan keselamatan negara terancam. Di
samping itu, ia akan menyebabkan orang ramai
mempertikaikan integriti penjawat awam dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan. Secara tidak
langsung menjejaskan keyakinan rakyat kepada
kelancaran sistem penyampaian Kerajaan.
32. Peraturan 19 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) telah
menjelaskan seseorang pegawai tidak boleh, secara
lisan atau bertulis dengan apa-apa cara lain:
22
i. membuat apa-apa pernyataan awam yang
boleh memudaratkan apa-apa dasar,
rancangan atau keputusan Kerajaan tentang
apa-apa isu;
ii. membuat apa-apa pernyataan awam yang
boleh memalukan atau memburukkan nama
Kerajaan;
iii. membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan
apa-apa dasar, rancangan atau keputusan
Kerajaan; atau
iv. mengedarkan apa-apa pernyataan atau
ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau
mana-mana orang lain
melainkan jika kebenaran bertulis sama ada secara am
atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada
Menteri. Pernyataan awam ini termasuklah apa-apa
pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak
akhbar atau orang ramai semasa memberikan apa-apa
23
syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa
penyiaran atau penerbitan.
33. Penjawat awam perlu mempertahankan prinsip
neutrality dan impartiality dalam Perkhidmatan Awam.
Konsep integriti bertujuan memastikan Perkhidmatan
Awam benar-benar merupakan Perkhidmatan Awam
yang stabil serta berkecuali terhadap mana-mana
pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti
politik.
KESIMPULAN
34. Penjawat awam mempunyai peranan besar dalam
pembangunan dan kesejahteraan negara. Dengan
adanya platform rasmi seperti MBK, memberi peluang
dan ruang kepada penjawat awam untuk bersama-sama
memberi buah fikiran dalam perancangan dasar Negara
terutama dari segi pelaksanaan. Ini kerana penjawat
awam adalah frontliner Kerajaan dan tunjang kejayaan
sesebuah dasar.
24
35. Saya yakin perbincangan intelektual dan
profesional dalam mesyuarat ini akan memberi hasil
yang konstruktif pada semua pihak. Saya juga pasti kita
akan dapat mengharungi cabaran semasa dengan
bersatu hati, berpadu tenaga dan yakin dengan kemam-
puan kita. Insya-Allah.
36. Akhir kata, saya berharap mesyuarat hari ini akan
berjalan dengan lancar dan penuh permuafakatan demi
memartabatkan Perkhidmatan Awam secara
keseluruhan.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufikwalhidayah Wassalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh
Seterusnya saya menjemput Yang Berusaha Encik Adnan
bin Mat, Pengerusi Pihak Pekerja MBK S&T untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.