teks emcess mlm ihya ramadhan

2
1. ALU – ALUAN Yang Berbahagia,En.Azmi Kamal b. Mat Lazim, guru besar SK Bukit Kemandol, merangkap pengerusi Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK 2010 Yang dihormati, En. Abd. Azis Abdullah, Pengerusi PIBG, Yang berusaha, guru-guru penolong kanan, Saf pelaksana dan ahli jawatankuasa kerja, dan staf-staf sokongan sekolah, serta semua penduduk Islam Kg Bukit Kemandol bagi meraikan Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK bagi tahun 2010. Ahlan Wahsahlam dan Selamat Datang di ucapkan kepada hadirin sekalian ke Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK 2010 . 2. UCAPAN – UCAPAN Membuka majlis kita petang ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal bagi menyampaikan sepatah dua kata. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar. Seterusnya majlis mempersilakan - En. Azis b. Abdullah untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan. - ____________________________________ _ ____________________________________ _ Terima kasih kepada ___________________ di 3. PROGRAM 1 - Bacaan Quran, Yassin, Tahlil dan doa Bagi memberkati petang yang mulia ini, selanjutnya dipersilakan Ustaz _________________________________ dari Jabatan Agama Islam Selangor bagi memimpin bacaan Al-Quran, bacaan surah Yassin, bacaan tahlil dan juga doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada Ustaz____________________________di atas pimpinan bacaan itu tadi. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat bersama-sama mengalunkan bacaan ayat- ayat suci Al-Quran dan semoga kita mendapat keberkatan darinya. Insyaallah. 4. PROGRAM 2 - Ceramah dan kuiz Selanjutnya, majlis diteruskan dengan sebuah ceramah agama yang bertajuk ______________________________________ __. Bagi menyampaikan ceramah ini, sekarang saya mempersilakan Ustaz_____________________________ dari Jabatan Agama Islam Selangor. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada Ustaz ____________________________ di atas ceramah tadi yang banyak memberi pengetahuan dan panduan berguna kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yang lebih baik. Sekali lagi saya mempersilakan ustaz untuk memberikan soalan kuiz kepada pendengar dan sebenarnya kita ada menyediakan hadiah bagi mereka yang menjawab soalan dengan betul. Dipersilakan ustaz

Upload: mohd-kamil

Post on 21-Jun-2015

4.313 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

teks emcess malam ihya ramadhan, teks pengacara majlis, majlis ihya ramadhan, ihya ramadan

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS EMCESS Mlm Ihya Ramadhan

1. ALU – ALUAN

Yang Berbahagia,En.Azmi Kamal b. Mat Lazim, guru besar SK Bukit Kemandol, merangkap pengerusi Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK 2010

Yang dihormati, En. Abd. Azis Abdullah, Pengerusi PIBG,

Yang berusaha, guru-guru penolong kanan,

Saf pelaksana dan ahli jawatankuasa kerja, dan staf-staf sokongan sekolah, serta semua penduduk Islam Kg Bukit Kemandol bagi meraikan Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK bagi tahun 2010.

Ahlan Wahsahlam dan Selamat Datang di ucapkan kepada hadirin sekalian ke Majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK 2010 .

2. UCAPAN – UCAPAN

Membuka majlis kita petang ini, dengan segala hormatnya

dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, En. Azmi

Kamal bagi menyampaikan sepatah dua kata.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru

Besar. Seterusnya majlis mempersilakan

- En. Azis b. Abdullah untuk menyampaikan ucapan

beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- _____________________________________

_____________________________________

Terima kasih kepada ___________________ di atas ucapan yang disampaikan sebentara tadi.

Seterusnya, bagi memperincikan lagi aktiviti dan program yang berlangsung sepanjang petang ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Penolong Kanan Tadbir, En. Abduk Halim bin Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Halim bin Ahmad.

3. PROGRAM 1 - Bacaan Quran, Yassin, Tahlil dan doa

Bagi memberkati petang yang mulia ini, selanjutnya dipersilakan Ustaz _________________________________ dari Jabatan Agama Islam Selangor bagi memimpin bacaan Al-Quran, bacaan surah Yassin, bacaan tahlil dan juga doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada Ustaz____________________________di atas pimpinan bacaan itu tadi. Alhamdulillah, akhirnya kita dapat bersama-sama mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan semoga kita mendapat keberkatan darinya. Insyaallah.

4. PROGRAM 2 - Ceramah dan kuiz

Selanjutnya, majlis diteruskan dengan sebuah ceramah agama yang bertajuk ________________________________________. Bagi menyampaikan ceramah ini, sekarang saya mempersilakan Ustaz_____________________________ dari Jabatan Agama Islam Selangor. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada Ustaz ____________________________ di atas ceramah tadi yang banyak memberi pengetahuan dan panduan berguna kepada kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yang lebih baik.

Sekali lagi saya mempersilakan ustaz untuk memberikan soalan kuiz kepada pendengar dan sebenarnya kita ada menyediakan hadiah bagi mereka yang menjawab soalan dengan betul. Dipersilakan ustaz

Page 2: TEKS EMCESS Mlm Ihya Ramadhan

5. UCAPAN TETAMU JEMPUTAN

Sementara menunggu waktu berbuka dalam masa setengah jam lagi,majlis di teruskan dengan ucapan daripada tetamu –tetamu kerhormat di dalam majlis ini. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

En. Aziz bin Ismail, Pengerusi Surau Al-Hidayah bagi menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz Ismail di atas ucapan itu tadi.

Berikutnya majlis mempersilakan __________________________________________________dari Jabatan Agama Islam Selangor bagi menyampaikan ucapan, dipersikan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan ____________________________ dari PPD Klang untuk menyampaikan ucapan. Dengan segalanya hormatnta dipersilakan.

Terima kasih ____________________________________di atas ucapan sebentar tadi.

6. PERSEDIAAN BERBUKA PUASA

Majlis berehat seketika bagi persediaan berbuka puasa. Bagi membacakan doa berbuka puasa, dijemput saudara ___________________________________, dipersilakan.

(selepas berbuka puasa)

Untuk makluman hadirin sekalian, program yang akan berlangsung selepas ini adalah solat maghrib berjemaah, makan malam pada jam 8, solat isyak, solat tarawaih, solat hajat dan witir. Para hadirin dijemput bersama-sama mendirikan solat berjemaah yang akan di adakan di bilik Makmal Sains.

7. MAJLIS PENUTUPAN

Sekarang, berakhir sudah majlis Sambutan Ihya Ramadhan SKBK 2010 yang telah berjalan dengan baik dan lancar. Bagi menyampaikan ucapan penutup pada malam ini, sekali lagi dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Berikutnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan sumbangan. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Guru Besar bersama dengan _______________________________________bagi menyampaikan hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________________

Berikutnya, dipersilakan pula _______________________________________________bagi menyampaikan sumbangan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian tetamu-tetamu kehormat dalam menyampaikan hadiah sebentar tadi.

7. PENUTUPAN

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan sumbangan itu tadi, maka berakhirlah Majlis Sambutan Ihya Ramadhan 2010 SK Bukit Kemandol.

Majlis dengan penuh syukur dan berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor di atas kesudian dalam memberi hadiah dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini.

Turut diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam memberi sumbangan masa, tenaga dan kewangan bagi memastikan majlis ini berjalan dengan baik dan lancar.

Akhir kata, saya memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya mengendalikan majlis ini, terdapat sebarang kesilapan perbuatan dan tutur kata. Mana yang baik itu datang dari Allah, dan mana yang kekurangan itu adalah di atas kelemahan saya sendiri.

Sekian, assalamualaikum wbt dan selamat malam!