teks bercerita kisah2 nabi

Upload: shuhaila-abu-bakar

Post on 03-Jun-2018

1.363 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Teks Bercerita Kisah2 Nabi

    1/6

    1

    Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi

    bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,

    Bermain pasir bersama rakan,

    Kebijaksanaan hud-hud pi l ihan cerita,

    Mari bersama kita dengarkan.

    Tersebutlah kisah suatu cerita,

    Nabi Sulaiman yang bijaksana,

    Memerintah kerajaan adil dan saksama,

    Bersama haiwan-haiwan boleh berbicara.

    Rakan-rakan sekalian,

    Hud-hud adalah sejenis burung belatuk dan merupakan binatang

    kepercayaan nabi sulaiman yang telah berjaya menemui Kerajaan Saba

    yang diperintah oleh Ratu Balqis yang mana penduduknya menyembah

    matahari .

    Nabi Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan seja k remaja

    lagi . Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampubercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin da n haiwan

    sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.

    Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Nabi Sulaiman

    semakin terserlah. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu,

    Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebag ai

    pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Setel ah kewafatan Nabi Daud,

    maka Nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Beliau juga

    dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh

    melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.

    Pengajaran yang dapat diambil ialah Pertama : Kita henda klah

    menunjukkan kasih sayang kita kepada makhluk Allah agar dapat

    menyebabkan datangnya kasih sayang Allah kepada kita.Allah memiliki

    sifat Ar-rahman dan Ar-rahim. Sifat ini paling banyak disebut kerana

    sifat ini mengatasi sifat lain. Allah sendiri menciptakan alam s emesta

    agar makhluk-Nya boleh merasakan cinta dan kasih sayang-Nya.

    Firman Allah swt : Maka tidak lama kemudian {datanglah hud-hud}

    lalu ia berkata: "Aku telah mengetahui sesuatu yang belum kamu

  • 8/12/2019 Teks Bercerita Kisah2 Nabi

    2/6

    2

    mengetahuinya dan kubawa kepadamu dari negeri Saba' suatu berita

    penting yang diyakini .( Al-Naml22 )

    Rakan-rakan yang dikasihi ,

    Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju keYaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud mencari sumber

    air.Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil . Ketiadaan burung

    hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman.

    Sebagaimana Firman Allah SWT Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman

    memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu

    berkatamengapa aku tidak melihat Hud -Hud?adakah ia dari mereka yang

    tidak hadir? an-Naml 20

    Selepas itu, burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman

    dan berkata: Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu

    yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan di Negeri Saba Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita bijaksana yang

    memerintah Saba dan mempunyai singgahsana yang besar. Aku

    mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari , selain Allah

    Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat yang

    mengandungi nasihat supaya menyembah Alla h kepada Ratu Balqis. Surat

    itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Pengajaran

    yang kedua dapat kita ambil :Kita hendaklah berfikir sejenak sebelum

    membuat sesuatu tindakan kerana kita tidak tahu bahawa kita telah

    menyakiti hati seseorang. Kadangkala kita terlalu cepat membuatkeputusan untuk melakukan sesuatu dalam keadaan marah. Tanpa

    mengetahui perkara yang sebenar atau hanya mengetahuinya daripada

    sebelah pihak.

    Rakan-rakan sekalian,

    Maksudnya:

    Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan (Balqis) yang

    memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit)

    dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula me mpunyai

    singgahsana yang besar Surah an -Naml 23.

    Demikian juga sifat yang ada pada Hud-Hud yangditerjemahkan,firmannya yang bermaksud

    Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari

    dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah dan syaitan pula

    memperelok pada pandangan mereka akan perbuatan syirik mereka lalu

    menghalangi mereka dari jalan (yang benar) Oleh itu mereka tidak

    mendapat petunjuk an -Naml 24

    (Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya tidak sujud menyembah

    Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan dibumi

  • 8/12/2019 Teks Bercerita Kisah2 Nabi

    3/6

    3

    dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu

    zahirkan. an-Naml 25

    Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan

    bersama hadiah kepada Nabi Sulaiman.Pengajaran yang ketiga: Kita

    hendaklah mematuhi arahan dan sebagai hambanNYA wajib mentaatiperintahNYA dan bertindak kerana berada di pihak yang benar.( berani

    kerana benar )

    Rakan-rakan sekalian,

    Nabi Sulaiman melayan utusan tersebut dengan baik dan

    menceritakan pengalaman yang diala mi di Yaman kepada Ratu Balqis. Ini

    membuatkan Ratu Balkis berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi

    Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebi h

    dahulu dan beliau memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada

    manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut

    kedatangan Ratu Balqis.Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa

    singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba Nabi

    Sulaiman bertanya : Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Ratu

    Balqis: Ya, memang sama seperti singgahsanaku. Kemudian Ratu Balqis

    dipersi lakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di

    istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada

    lantai istana Nabi Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.

    Penutup

    Berkatalah Sulaiman; Sesungguhnya ia istana l icin yang diperbuatdaripada kaca. Berkatala h Balqis; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah

    berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah dir i bersama Sulaiman

    dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.

    Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan

    menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesi lapannya

    selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman. Setelah

    menerima utusan Nabi Sulaiman a.s. , rombo ngan ratu Balqis berangkat

    untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan

    hidayahNya yang tiada ternilai kepada Balqis dan pengikutnya untuk

    beriman dan mentauhidkan Allah,

    '' Masa sangat mencemburui saya,

    Terpaksa berhenti disini sahaja,

    Begitulah kisah Hud-hud yang bijaksana,

    Jadikan tauladan kita semua.''

    Sekian, terima kasih.

    Assalamu`alaikumwarahmatullahiwabarakatuh.. . .

  • 8/12/2019 Teks Bercerita Kisah2 Nabi

    4/6

    4

    NABI IBRAHIM A.S DENGAN RAJA NAMRUD.

    Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan

    dan seterusnya sidang hadirin yang dirahmati Allah.

    Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh.

    Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Nabi Ibrahim a.s dengan

    Raja Namrud.

    Nasyid

    Mari bersama kita kenangkan,

    Kisah teladan di dalam Al-Quran,

    Nabi Ibrahim Nabi Pilihan,

    Menentang Namrud yang tidak beriman.

    Sidang hadirin,

    NabiIbrahim adalah putera Aaazar (Tarih) bin Tahur yang dilahirkan dalam kerajaan

    Babylon. Pada ketika itu, kerajaan Babylon diperintah oleh Raja Namrud . Dia seorang yang

    gagah, namun tidak beriman kepada Allah dan mengikhtiraf dirinya sebagai Tuhan. Disaat

    penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus Nabi Ibrahim bagi menyeru

    mereka kembali mentauhidkan Allah.Pada suatu hari berlakulah perdebatan antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud."Tuhan ku adalah satu-satu yang memberi dan mengambil semula nyawa", tegas Nabi

    Ibrahim. Namrud menjawab dengan sombong Aku boleh membunuh manusia dan

    membebaskannya juga".Bolehkah kamu menjadikan matahari terbit dari timur?" balas Nabi Ibrahim. Mendengarakan itu, raja terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa seperti itu.

    Dalam surah al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan tentang orang yang berhujah

    membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya..Begitulah Raja Namrud yang sesat dan menyesatkan orang lain.Pada masakini juga, masih terdapat ajaran sesat yang cuba memesongkan akidahorang ramai. Contohnya: Ajaran Ayah Pin.

    Ingatlah rakan-rakan,.Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.

    Sidang hadirin,Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikanHari Raya bagi Tuhan mereka.

  • 8/12/2019 Teks Bercerita Kisah2 Nabi

    5/6

    5

    Ahh..inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan,nekad Nabi Ibrahim.

    Lalu Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala dengan kapak. Tetapi padapatung yang besar, baginda hanya menggantungkan kapak itu pada leher patungtersebut.

    Hal ini diceritakan di dalam surah Al-Anbiya ayat 59 :Maksudnya: Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadaptuhan-tuhan kami...(59)

    Mereka berkata lagi: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-hala ini yang bernama Ibrahim".

    Sikap Nabi Ibrahim yang berani perlu diaplikasikan di dalam kehidupankita.Apatah lagi cabaran di era globalisasi ini, menuntut agar kitasentiasa bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang inginmenghancurkan Islam. Contohnya: Pergerakan Zionis yang dipelopori

    oleh Israel.Rakan-rakan,Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk menggunakan fikiran yang warasuntuk membezakan kebaikan dan keburukan.

    Sidang hadirin,Pantun

    Sampai masa, saat dan ketika,Nabi Ibrahim dipanggil Raja,

    Menegakkan keadilan itulah matlamatnya,

    Supaya kaum menyembah Yang Esa.

    Atas arahan Raja Namrud, Nabi Ibrahim telah ditangkap atas perbuatannya. Tetapi, Nabi

    Ibrahim mengatakan bahawa patung berhala yang besar telah melakukannya.Kamu tahu bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apakata Raja Namrud.Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?balas Nabi Ibrahim.Raja Namrud menjadi sangat marah.Lalu menjatuhkan hukuman kepada Nabi Ibrahim, dibakar hidup-hidup di kawasan lapang.

    Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 69.Maksudnya: Wahai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

    Lalu Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh

    berjalan ke sana sini dalam api tersebut.Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika tsunami melanda beberapa tahun yang lalu,

    terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah.Contohnya:

    Terdapat Masjid di Acheh tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami. Masya Allah!Ingatlah rakan-rakan,Kita hendaklah percaya bahawa setiap Nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang beriman

    seperti Nabi akan dibantu oleh Allah.

    Sidang hadirin,Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh.

  • 8/12/2019 Teks Bercerita Kisah2 Nabi

    6/6

    6

    "Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka kirimkanlah mereka supaya berperang

    denganku". Katanya kepada Nabi Ibrahim.Justeru Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah.Tentera Raja Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana

    dipenuhi dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-nyamuk

    tersebut.Allah memberinya masa 3 kepada Raja Namrud hari untuk bertaubat dengan menangguhkan

    kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja, dia tetap enggan bertaubat. Lantas, serangga

    kecil itu masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud. Beberapa ketika kemudian Raja

    Namrud menemui ajalnya.Firman Allah di dalam surah Al-Muddassir ayat 31:Maksudnya: Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan dia sendiri.Masya Allah, memang benarlah Allah itu Maha berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil

    dapat menewaskan Raja Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang ber laku pada masa

    kini , negara besar dilemahkan oleh kuasa kecil . Contohnya: Wabak denggi yang dibawa

    oleh nyamuk aedes dapat membunuh ramai nyawa di dalam sesebuah negara.Rakan-rakan, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri, oleh itu,kita tidak boleh

    sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.

    Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Raja Namrud. Ketabahan Nabi

    Ibrahim dapat mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang mengaku berkuasa.

    Sesungguhnya orang yang angkuh itu termasuk di dalam orang yang rugi. Semoga

    kisah ini memberi manfaat kepada kita semua.

    Cantik sekali si burung nuri,

    Hinggap sebentar di atas atap,

    Seikhlas hati menyusun jari,

    Memohon maaf salah dan silap.

    Wabillahi taufik wal-hidayah wassalammualaikum warahmatuhi wabarakatuh.