teknik rumusan.docx

9
TEKNIK RUMUSAN i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacana vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan CONTOH PENDAHULUAN 1. Menulis frasa pendahuluan CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan... 2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah... 3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ... CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini. CONTOH ISI TERSURAT I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara 1

Upload: mogana-sundiri

Post on 20-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TEKNIK RUMUSANi. Perlu mengenal pastiisi-isi utamadalam petikanii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan buktiiii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120ppiv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah katav. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacanavi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

CONTOH PENDAHULUAN

1. Menulis frasa pendahuluanCONTOH :Petikanmembincangkan/ membicarakan/ menyatakan...

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonimCONTOH:Petikan membincangkanpunca-punca/ sebab- sebabpenderaan pembantu rumah...

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...CONTOH:Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah merekadi negara ini.

CONTOH ISI TERSURAT

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahansoalan / tugasan pertama.II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asalIV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadapunsur kedua /kata tugas keduadalam arahan soalanII. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.Contoh :Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

CONTOH PENUTUP

I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan2 unsuryang dapat menyimpul / merumus petikanII.Unsur pertama- menyatakancadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata...mestilah/ haruslah / hendaklah.III.Unsur kedua- menyatakanharapan / penyelesaianterhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ...agar / supaya

Contoh :Kesimpulannya,kerajaanhendaklahmembendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segeraagarhak-hak mereka dapat dilindungi.

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................

Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain itu, S3 serta S4 Di samping itu, .. S5. dan S6

Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalahT1................. (dan)............. T2 ................................................

Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )

CONTOH JAWAPAN RUMUSANSoalan:Puncakekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS danlangkahmengatasinya

Petikan membincangkansebab-sebab/ faktor-faktorkekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.

Antarapuncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran merekadansesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru.Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupisertaguru sastera mengajar komsas melebihi sukatan.Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membacadansesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.

Antaralangkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsasdanguru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban.

Kesimpulannya, guruperlulebih kreatif dalam pengajaran KOMSASagarpara pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut.

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentangfaktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asingdankesan-kesannya.Panjang rumusan tidak boleh lebih 120 patah perkataan._____________________________________________________________Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.

___________________________________________________________________Contoh Jawapan Rumusan 1:Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.Malaysia menjadi tumpuan ................ disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaandi sini memberi ...............yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah .................. mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan .................. pekerja asing dilaksanakan.Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin .................. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.Kesimpulannya, kerajaan perlu ............... tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.(121 patah perkataan)

6