teknik bacaan

11
TEKNIK BACAAN BMM 3104

Upload: siti-norlela-binti-mohamed-nor

Post on 27-Jun-2015

634 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK BACAAN

TEKNIK BACAANBMM 3104

Page 2: TEKNIK BACAAN

BACAAN INTENSIFDEFINISI:Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan

dilakukan secara saksama.Ia melibatkan telaah isi dan pandangan

terperinci sesuatu bahan bacaanDua perkara yang dilibatkan dengan bacaan ini

adalah:-membaca telaah isi (membaca teliti,

pemahaman, kritis dan idea)-membaca telaah bahasa (aspek-aspek

berkaitan bahasa)

Page 3: TEKNIK BACAAN

Konsep bacaan intensif1. Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha

melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru.

2. Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.

3. Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya

4. Memperkembangkan usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan

5. Gerak laju dan kelainan adalah dianggap penting

Page 4: TEKNIK BACAAN

Tujuan bacaan intensifa. Untuk membolehkan kanak-kanak membaca

dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik

b. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus

c. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya

d. Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan yang dibaca

Page 5: TEKNIK BACAAN

e. Mengesan, memahami dan menikmati unsur estetik dalam bahasa

f. Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai

g. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

Page 6: TEKNIK BACAAN

BACAAN EKSTENSIFDEFINISI:Kegiatan membaca secara luas.Tujuannya adalah untuk:

- memahami isi-isi penting dengan cepat- menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan.

Page 7: TEKNIK BACAAN

Membaca ekstensif melibatkan perkara-perkara berikut:a. Membaca tinjauan: dilakukan sebelum

memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya.

b. Membaca sekilas: membaca melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan

c. Membaca dangkal: untuk mendapat pemahaman yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Bacaan ini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam.

Page 8: TEKNIK BACAAN

Konsep Bacaan EkstensifDi lakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru.Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok.Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar.Bahan-bahan yang berbeza

Page 9: TEKNIK BACAAN

Tujuan Bacaan Ekstensifa. Membaca dengan cara tersendiri tanpa

bimbingan secara langsung daripada orang lain.b. Membaca dengan fasih dalam bahasa yang

dipelajaric. Mendapat pengetahuan sambil berhibur.d. Memperkaya bahasa- perbendaharaan kata,

ungkapa, struktur ayat dan sebagainyae. Memberi peluang murid-murid terutama yang

cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreativiti

f. Menambah minat membaca

Page 10: TEKNIK BACAAN

g. Membina daya berfikirdan membentuk sikap yang baik

h. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca

i. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasaj. Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaank. Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa.

Page 11: TEKNIK BACAAN

SEKIAN…