teater absurd

2
1.2 ‘TEATER ABSURD’ sejauh manakah penerimaannya? Teater absurd dalam konteks perkembangan teater kontemporari Malaysia mula berkembang di negara ini pada dekad 1970-an.Antara tokoh-tokoh dramatis yang sering dikaitkan dengan perkembangan teater aliran ini ialah Dinsman, Syed Alwi, Johan Jaaffar, Hatta Azad Khan, Mana Sikana dan Anuar Nor Arai.Antara karya yang mewakili dramatis ini ialah Protes, Bukan Bunuh Diri, Angin Kering, Kerusi dan Patung- patung.Gerakan teater absurd ini seolah-olah bergerak dalam kelompok intelekeual di universiti sahaja dan beransur hilang kekuatannya walaupun terus dibicarakan.Namun demikian, kinipenggiat dan peminatnya hampir tiada. Kemuncak teater absurd negara ini adalah pada dekad 1970-an.Masalah sosioekonomi dan keadaan politik negara yang baharu selepas menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 adalah faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan teater absurd.Drama Bukan Lalang ditiup Angin karya dan arahan Nordin Hassan, yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1971, menjadi titik tolak kepada perkembangan baharu teater tanah air.Drama ini sudah tidak lagi mengikuti formula dan bentuk teater realisme kerana Nordin dengan berani memaparkan permasalahan dan pemikiran baharu dalam satu bentuk teater yang sarat dengan perlambangan yang abstrak dan surealis.Para dramatis muda ketika itu yang kebanyakannya mendapat pendidikan di institusi pengajian tinggi merasakan mereka perlu bersuara dan menyatakan kritikan terhadap persekitaran, politik dan dasar kerajaan.Mereka merasakan bahawa teater realisme yang berkembang subur pada dekad 1960-an tidak dapat menyampaikan

Upload: david-walter

Post on 18-Jun-2015

849 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teater Absurd

1.2 ‘TEATER ABSURD’ sejauh manakah penerimaannya?

Teater absurd dalam konteks perkembangan teater kontemporari Malaysia

mula berkembang di negara ini pada dekad 1970-an.Antara tokoh-tokoh dramatis

yang sering dikaitkan dengan perkembangan teater aliran ini ialah Dinsman, Syed

Alwi, Johan Jaaffar, Hatta Azad Khan, Mana Sikana dan Anuar Nor Arai.Antara

karya yang mewakili dramatis ini ialah Protes, Bukan Bunuh Diri, Angin Kering,

Kerusi dan Patung-patung.Gerakan teater absurd ini seolah-olah bergerak dalam

kelompok intelekeual di universiti sahaja dan beransur hilang kekuatannya walaupun

terus dibicarakan.Namun demikian, kinipenggiat dan peminatnya hampir tiada.

Kemuncak teater absurd negara ini adalah pada dekad 1970-an.Masalah

sosioekonomi dan keadaan politik negara yang baharu selepas menghadapi

peristiwa 13 Mei 1969 adalah faktor yang menjadi pemangkin kepada

perkembangan teater absurd.Drama Bukan Lalang ditiup Angin karya dan arahan

Nordin Hassan, yang dipentaskan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1971,

menjadi titik tolak kepada perkembangan baharu teater tanah air.Drama ini sudah

tidak lagi mengikuti formula dan bentuk teater realisme kerana Nordin dengan berani

memaparkan permasalahan dan pemikiran baharu dalam satu bentuk teater yang

sarat dengan perlambangan yang abstrak dan surealis.Para dramatis muda ketika

itu yang kebanyakannya mendapat pendidikan di institusi pengajian tinggi

merasakan mereka perlu bersuara dan menyatakan kritikan terhadap persekitaran,

politik dan dasar kerajaan.Mereka merasakan bahawa teater realisme yang

berkembang subur pada dekad 1960-an tidak dapat menyampaikan suara dan

kritikan mereka secar cukup berkesan.Oleh itu, mereka merasakan bahawa aliran

teater absurd mempunyai ruang untuk mereka mengekspresikan perasaan dan

pemikiran mereka.Walaubagaimanapun bentuk aliran teater absurd bukanlah satu

bentuk salinan lansung daripada teater absurd Barat.Teater absurd Melayu ini lebih

kepada bentuk luahan ketidakpuasan mereka terhadap kelemahan sistem

sosioekonomi dan masalah politik yang membelenggu mereka.Jika teater absurd di

Barat lebih dikaitkan dengan falsafah eksistensialisme, sebaliknya teater absyrd

Melayu ini lebih berbentuk ekspresionisme.

Teater absurd adalah antara aliran teater moden dan sejarah perkembangan

aliran ini di Barat boleh di kesan bermula pada dekad 40-an tetapi...........