tazkirah perhimpunan pagi

16
SYED HASSAN BIN SYED IBRAHIM Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis TAZKIRAH SABAR

Upload: erieos

Post on 18-Dec-2015

532 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

Tazkirah

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SYED HASSAN BIN SYED IBRAHIMTimbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis

TAZKIRAHSABAR Senario 1 bersarapan bersama keluargaanak telah menumpahkan kopi ke baju andaanda memarahi anak dengan kasar dan anak anda menangisanda memarahi isteri kerana meletakkan cawan itu terlalu di tepi meja..pertengkaran berlakuanda naik ke atas menukar baju, kemudian turun, dan anak tadi masih menangis, belum habis sarapan lalu ketinggalan bas sekolahisteri yang dimarahi tadi terus ke tempat kerjaanda terpaksa menghantar anak ke sekolah dengan memandu laju dan disaman oleh polis trafikanak turun dari kereta terus berlari ke kelas tanpa salam dan pelukan bye-byesampai di pejabat lewat 20 minit, baru teringat tertinggal begstaf pun terkena tempias rosak kehidupan harianbalik rumah, bermasam muka dengan isteri dan.Mengapa ini berlaku?Adakah secawan kopi penyebabnya?Adakah anak perempuan puncanya?Adakah polis yang memberi saman punca angkara?

Atau

Adakah kamu yang memulakannya?

Jawapannya ..KAMU lah puncanya.S A B A RSatu perkataan yang ringkas tetapi mempunyai impak yang besar apabila diaplikasikan.

Sifat sabar berjaya memandu tindakan manusia dalam kehidupan seharian.

Adanya sifat sabar telah membolehkan manusia hidup dalam aman dan damai.

Dengan sifat sabar, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah.

Dengan sifat sabar, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, sangat nakal dan tidak mendengar kata.Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil membesar dalam keadaan kurang kasih sayang kerana ibubapa yang kurang bersifat sabar dalam membesarkan anak-anak.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan menjadi keruh kerana tiada lagi sifat berlapang dada dan saling memaafkan.Dengan sifat sabar, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadangkala ianya sering diuji.

Dengan sifat sabar, suami dan isteri terus melayari kebahagian hasil daripada sifat bertolak ansur, berlapang dada dan saling memaafkan.Tanpa sifat sabar, alam rumahtangga tidak bertahan lama kerana sudah luntur sifat sabar dan bertolak-ansur antara satu sama lain.Firman Allah s.w.t ;

Maksudnya; Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

Surah Al-Maarij: Ayat 5

Dengan bersabar

Manusia akan merasai satu nikmat iaitu ketenangan.

Dengan ketenangan ini, manusia boleh membuat pertimbangan sewajarnya bagi setiap keputusan yang diambil dalam kehidupan sehariannya.

Untuk anda yang sedang diujianda hanyamempunyai DUA pilihan..

..kita yang perlu menilai dan memilih.Setiap pilihan punyai implikasi yang berlainan kepada kehidupan kita.

Firman Allah s.w.t ;

Maksudnya; Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika bukan kaum itu sendiri mengubahnya.

Surah Al-Radu: Ayat 11

PRINSIP 90/10 OLEH STEPHEN COVEY PAKAR MOTIVASISenario 2 bersarapan bersama keluargaanak telah menumpahkan kopi ke baju andaanda katakan dengan tenang takpe sayang, cuma lain kali hati-hatianak anda bersarapan dengan gembira sambil mengambil hikmah atas sifat sabar anda untuk diteladanianda naik ke atas menukar baju, turun dan lihat anak keluar nak ke bas dan anak anda sempat melambaikan tangan kepada andaanda ke pejabat setelah mengambil beg dan sampai 5 minit awal dan disambut dengan baik oleh semua staf.KesimpulanSabar mengandungi nilai yang tinggi dan utama di sisi agama dan budi pekerti.

Sabar bukannya sifat sampingan yang perlu dipilih tetapi suatu kemestian bagi mengangkat darjat agama dan akhlak diri sendiri.

Agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil jika tanpa sifat sabar.

Semaikanlah sifat sabar dalam sanubari, kerana sifat sabar itu juga merupakan sifat para nabi yang menerima ujian dan dugaan dalam meneruskan dakwah kepada umatnya. SEKIAN, TERIMA KASIH