tatacara pengurusan jawatankuasa kemajuan dan file5 syarat -syarat umum pelantikan 3 6 tempoh...
TRANSCRIPT
TATACARA PENGURUSAN
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
&
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN
(JKKKP)
2017
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR
DAN WILAYAH
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA
SURAT
1 TUJUAN 1
2 TAFSIRAN 1
3 TARAF PERKHIDMATAN 2
4 KUASA MELANTIK 2
5 SYARAT-SYARAT UMUM PELANTIKAN 3
6 TEMPOH PERKHIDMATAN 3
7 PROSEDUR PELANTIKAN 4
8 SURAT AKU JANJI 6
9 PENAMATAN PERKHIDMATAN 7
10 PROSEDUR PENAMATAN PERKHIDMATAN 7
11 PEMANGKUAN JAWATAN 8
12 KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN 8
13 PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN 9
14 MESYUARAT BULANAN 10
15 PENUBUHAN BAHARU 11
16 STRUKTUR ORGANISASI 11
17 FUNGSI UTAMA 12
18 PENUTUP 22
LAMPIRAN
NO
PERKARA
MUKA
SURAT
A BORANG PERMOHONAN JAWATAN PENGERUSI JKKK / JKKKP 24
B SENARAI PENGISIAN PENGERUSI / SETIAUSAHA BAHARU 28
C SENARAI PENGISIAN AHLI BAHARU 29
LAPORAN PRESTASI PEMBAYARAN ELAUN JKKK / JKKKP
D1 : PENGERUSI 30
D D2 : SETIAUSAHA 31
D3 : PENGENDALIAN MESYUARAT 32
D4 : KEHADIRAN MESYUARAT 33
E KRITERIA PENUBUHAN JKKK / JKKKP BAHARU 34
1. TUJUAN
Penyediaan tatacara ini adalah bagi membolehkan Kerajaan Negeri, Pejabat /
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN / JPP) dan Agensi Pembayar
KKLW melaksanakan urus tadbir Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Persekutuan (JKKKP) secara cekap, telus dan seragam.
2. TAFSIRAN
2.1 “Anggota JKKK / JKKKP” terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan
maksimum tiga belas (13) Ahli Jawatankuasa.
2.2 “Ahli JKKK / JKKKP” adalah individu yang dilantik selain Pengerusi dan
Setiausaha.
2.3 “Pihak Berkuasa Melantik” merujuk kepada penyandang sesuatu
jawatan yang diberi kuasa untuk melantik anggota JKKK dan JKKKP.
Pihak Berkuasa Melantik boleh menurunkan kuasa kepada pegawai
bawahannya dengan kebenaran secara bertulis.
2.4 JKKK adalah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan
JKKKP oleh Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa ini tidak termasuk
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) di bawah
kawal selia FELDA dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung Orang Asli (JKKKOA) di bawah JAKOA.
2.5 “Agensi Pembayar” merujuk kepada pihak yang diputuskan oleh
Pegawai Pengawal Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) untuk melaksanakan pembayaran elaun JKKK dan JKKKP.
1
3. TARAF PERKHIDMATAN
3.1 Anggota JKKK / JKKKP adalah individu yang dilantik untuk berkhidmat
secara sukarela sebagai pemudahcara dan penghubung antara Kerajaan
dengan masyarakat. Penyandang bukan berstatus penjawat awam.
3.2 Penjawat awam boleh dilantik sebagai Anggota JKKK / JKKKP tertakluk
dengan kebenaran Ketua Jabatan masing-masing. Surat kebenaran
tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik untuk
tujuan pelantikan.
4. KUASA MELANTIK
4.1 Kuasa melantik Anggota JKKK adalah seperti berikut :
PIHAK BERKUASA MELANTIK
NEGERI
PENGERUSI
SETIAUSAHA AHLI
JAWATANKUASA
Johor, YAB Menteri Besar
Pengerusi
Perak
JKKK
Pahang
YAB Menteri Besar
Pegawai
Daerah
Negeri YAB Menteri Besar
Pegawai
Sembilan Daerah
Kedah
YAB Menteri Besar
YB Setiausaha
Kerajaan Negeri
Perlis,
Melaka, YAB Ketua Menteri / Menteri Besar
Terengganu
Sabah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Sarawak
YB Setiausaha Residen Pegawai
Kerajaan Negeri
Bahagian
Daerah
4.2 Kuasa melantik Anggota JKKKP adalah YB Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah.
2
5. SYARAT-SYARAT UMUM PELANTIKAN
5.1 Warganegara Malaysia.
5.2 Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi :
a) 69 tahun mengikut tarikh lahir bagi jawatan Pengerusi; dan
b) 65 tahun mengikut tarikh lahir bagi jawatan Setiausaha dan Ahli.
5.3 Keutamaan bagi kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
dengannya atau sekurang-kurangnya tamat Darjah Enam.
5.4 Pemastautin di kampung berkenaan.
5.5 Tidak muflis.
5.6 Tiada rekod jenayah.
5.7 Sihat mental dan fizikal.
5.8 Bebas daripada penyalahgunaan dadah.
5.9 Mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan yang dapat diterima
oleh masyarakat setempat dan pemimpin tempatan.
5.10 Mengamalkan nilai integriti dan kepimpinan yang berwibawa.
5.11 Syarat-syarat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Pihak Berkuasa Melantik.
6. TEMPOH PERKHIDMATAN
Tempoh perkhidmatan bagi Anggota JKKK / JKKKP adalah selama dua (2) tahun.
3
7. PROSEDUR PELANTIKAN
7.1 Pengerusi JKKK
(a) Pihak Berkuasa Melantik hendaklah mengumumkan kekosongan
jawatan kepada penduduk setempat bagi mendapatkan
pencalonan. Pemimpin tempatan boleh mengemukakan sekurang-
kurangnya tiga (3) pencalonan.
(b) Calon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang
lengkap serta dokumen yang diperlukan seperti di LAMPIRAN A
kepada Pihak Berkuasa Melantik.
(c) Pemilihan calon yang sesuai boleh dilaksanakan melalui kaedah
temuduga atau saringan oleh Jawatankuasa Pemilihan JKKK
Peringkat Daerah / Bahagian yang dipengerusikan oleh Pegawai
Daerah / Residen Bahagian. Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan
adalah terdiri daripada Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen, Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penyelaras Dewan Undangan
Negeri (DUN), Penghulu Tertinggi / Kanan dan / atau Pegawai
Agama / Pegawai Polis (mengikut kesesuaian).
(d) Senarai Pengerusi yang diluluskan Pihak Berkuasa Melantik seperti
di LAMPIRAN B dikemukakan kepada KKLW pada bulan
Disember (tahun sebelum) dan Jun (tahun semasa) untuk tujuan
penyaluran elaun. Satu salinan wajib dihantar kepada Agensi
Pembayar untuk tujuan persediaan awal pembayaran.
7.2 Setiausaha dan Ahli JKKK
(a) Calon dikenalpasti oleh Pejabat Daerah / Pejabat Residen untuk
diperakukan.
4
(b) Senarai calon yang telah diperakukan diangkat kepada Pihak
Berkuasa Melantik untuk kelulusan pelantikan.
(c) Senarai Setiausaha dan Ahli yang diluluskan Pihak Berkuasa
Melantik seperti di LAMPIRAN B dan LAMPIRAN C dikemukakan
kepada KKLW pada bulan Disember (tahun sebelum) dan Jun
(tahun semasa) untuk tujuan penyaluran elaun. Satu salinan wajib
dihantar kepada Agensi Pembayar untuk tujuan persediaan awal
pembayaran.
7.3 Pengerusi JKKKP
(a) Pemimpin tempatan mengemukakan sekurang-kurangnya tiga (3)
pencalonan.
(b) Calon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang
lengkap serta dokumen yang diperlukan seperti di LAMPIRAN A
kepada Pejabat / Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN
/ JPP).
(c) Pemilihan calon yang sesuai boleh dilaksanakan melalui kaedah
temuduga atau saringan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi
JKKKP yang dipengerusikan oleh Pegawai PPN / Pengarah JPP
dan ahlinya terdiri daripada Pegawai KKLW Negeri, Ahli Parlimen /
Penyelaras Parlimen dan ADUN / Penyelaras DUN serta Pentadbir
Mukim.
(d) Senarai calon yang telah ditemuduga dan melepasi saringan akan
diangkat untuk perakuan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan
Negeri (MTPNg).
(e) Senarai Pengerusi yang telah diperakui oleh Pengerusi MTPNg
seperti di LAMPIRAN B dikemukakan kepada Pihak Berkuasa
Melantik untuk kelulusan pelantikan dan pembayaran elaun.
5
7.4 Setiausaha dan Ahli JKKKP
(a) Calon dikenalpasti oleh Pejabat PPN / JPP dan dikemukakan
kepada Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg)
untuk diperakukan.
(b) Senarai Setiausaha dan Ahli yang telah diperakui oleh Pengerusi
MTPNg seperti di LAMPIRAN B dan LAMPIRAN C dikemukakan
kepada Pihak Berkuasa Melantik untuk kelulusan pelantikan dan
pembayaran elaun.
8. SURAT AKU JANJI
8.1Anggota JKKK / JKKKP yang dilantik perlu menandatangani Surat Aku Janji
untuk menyerahkan semula dokumen-dokumen rasmi JKKK / JKKKP
dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya tidak dilantik semula atau
ditamatkan perkhidmatan. Dokumen-dokumen tersebut adalah
sepertimana berikut :
(a) buku akaun bank;
(b) penyata kewangan;
(c) rekod inventori;
(d) aset (kekal / mudah alih);
(e) Buku Profail Kampung;
(f) fail-fail pentadbiran, kewangan dan biro-biro; dan
(g) senarai lain-lain jawatan yang disandang semasa dilantik sebagai
Pengerusi / Setiausaha JKKK / JKKKP.
8.2 Kegagalan mematuhi para 8.1 di atas membolehkan Pihak Berkuasa
Melantik membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Keselamatan untuk
mengambil tindakan selanjutnya.
6
9. PENAMATAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Anggota JKKK / JKKKP boleh ditamatkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik atas sebab-sebab berikut:
(a) melanggar mana-mana syarat pelantikan seperti di para 5;
(b) mengalami kecacatan kekal atau diperakukan oleh pengamal perubatan
Kerajaan bahawa anggota berkenaan tidak berupaya menjalankan tugas;
(c) tidak melaksanakan tugas atau menunjukkan prestasi yang tidak
memuaskan;
(d) mencemar nama baik Jabatan / Kerajaan Persekutuan;
(e) meletak jawatan; dan
(f) atas kepentingan perkhidmatan.
10. PROSEDUR PENAMATAN PERKHIDMATAN
10.1 Anggota JKKK / JKKKP yang perlu ditamatkan perkhidmatan atas sebab
sebab seperti di para 9 hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa
Melantik untuk mendapatkan keputusan.
10.2 Keputusan penamatan hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada
Anggota JKKK / JKKKP. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan
kepada Pihak Berkuasa Melantik untuk pertimbangan muktamad.
10.3 Anggota JKKK / JKKKP yang telah ditamatkan perkhidmatan, meletak
jawatan atau meninggal dunia hendaklah serta-merta dimaklumkan
kepada Pihak Berkuasa Melantik dan Agensi Pembayar bagi tujuan
pemberhentian pembayaran elaun.
10.4 Sebarang pertukaran Anggota JKKK / JKKKP untuk mengisi kekosongan
sepertimana di para 10.3 perlu mengikut prosedur sebagaimana di para 7.
7
11. PEMANGKUAN JAWATAN
11.1 Semasa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi, Setiausaha boleh
memangku tugas-tugas Pengerusi sehingga jawatan tersebut diisi.
11.2 Semasa tempoh kekosongan jawatan Setiausaha, mana-mana Ahli
Jawatankuasa boleh memangku tugas-tugas Setiausaha sehingga
jawatan tersebut diisi.
11.3 Jika berlaku kekosongan secara serentak kepada kedua-dua jawatan
Pengerusi dan Setiausaha, mana-mana Ahli Jawatankuasa boleh
memangku tugas-tugas Pengerusi dan Setiausaha sehingga jawatan
tersebut diisi.
11.4 Setiausaha / Ahli Jawatankuasa yang memangku jawatan Pengerusi /
Setiausaha tidak akan dibayar sebarang elaun.
12. KADAR ELAUN DAN KEMUDAHAN
Kadar elaun bulanan JKKK / JKKKP yang terletak di bawah tanggungjawab
KKLW adalah seperti berikut:
JENIS ELAUN KADAR ELAUN
Pengerusi RM900 sebulan
Setiausaha RM300 sebulan
Pengendalian Mesyuarat RM100 sebulan
Kehadiran Mesyuarat RM50 sekali sebulan
(Ahli sahaja)
RM25 sehari dan tidak melebihi
Kemudahan Wad Kelas Dua dan 14 hari setahun
Rawatan Pesakit (RM20 bagi bayaran caj kemasukan
(JKKKP sahaja) wad hospital kerajaan kelas dua dan
RM5 bagi caj rawatan pesakit)
8
13. PROSEDUR PEMBAYARAN ELAUN
13.1 Satu akaun khas (Akaun Amanah) di bawah Seksyen 9 Akta Acara
Kewangan 1957 perlu diwujudkan oleh Agensi Pembayar (Kerajaan
Negeri) bagi tujuan:
(a) penerimaan dan pembayaran elaun JKKK / JKKKP; dan
(b) pemantauan prestasi perbelanjaan.
13.2 Pengurusan akaun khas (Akaun Amanah) hendaklah mematuhi tatacara
kewangan semasa yang berkuatkuasa.
13.3 Naziran terhadap proses pembayaran elaun JKKK / JKKKP hendaklah
dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan
terhadap tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa dan dibayar
kepada Anggota JKKK / JKKKP yang telah diluluskan pelantikan sahaja.
13.4 Pembayaran elaun Pengerusi dan Setiausaha JKKK / JKKKP hendaklah
dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) pada setiap 24hb
bulan semasa.
13.5 Pembayaran elaun Pengendalian Mesyuarat, Kehadiran Mesyuarat serta
Kemudahan Wad Kelas Dua dan Rawatan Pesakit adalah berdasarkan
tuntutan. Segala tuntutan bayaran berserta dokumen lengkap yang telah
disahkan oleh Pihak Berkuasa Melantik hendaklah dikemukakan kepada
Agensi Pembayar bagi tujuan pembayaran dalam tempoh tujuh (7) hari
bekerja.
13.6 Laporan prestasi pembayaran elaun JKKK / JKKKP hendaklah
dikemukakan kepada KKLW secara bulanan oleh Agensi Pembayar
seperti di LAMPIRAN D1-D4.
9
14. MESYUARAT BULANAN
14.1 Semua JKKK / JKKKP hendaklah mengadakan mesyuarat bulanan secara
tetap. Laporan aktiviti JKKK / JKKKP hendaklah dibentangkan dalam
mesyuarat bulanan dan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik
dan KKLW untuk tujuan pemantauan prestasi.
14.2 Semasa ketiadaan Pengerusi JKKK / JKKKP, ahli-ahli mesyuarat boleh
melantik Setiausaha / Ahli Jawatankuasa untuk mempengerusikan
mesyuarat.
14.3 JKKK / JKKKP digalakkan menjemput pegawai-pegawai Jabatan / Agensi
Kerajaan atau individu-individu tertentu sekiranya perlu. Status mereka
adalah sebagai turut hadir.
14.4 Korum mesyuarat adalah dua pertiga (2 / 3) daripada keanggotaan JKKK /
JKKKP. Mesyuarat adalah sah sekiranya korum berkenaan mencukupi
dan layak dibayar Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran
Mesyuarat.
14.5 Minit Mesyuarat hendaklah dikemukakan kepada Penghulu Mukim / Pejabat
Daerah / Kerajaan Negeri bagi JKKK dan Pentadbir Mukim / Jajahan bagi
JKKKP untuk tujuan semakan dan pengesahan, sebelum tuntutan
pembayaran Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Hadir Mesyuarat
dibuat sepertimana para 13.5.
14.6 Ahli JKKK / JKKKP (tidak termasuk Pengerusi dan Setiausaha) yang hadir
mesyuarat sahaja layak dibayar Elaun Kehadiran Mesyuarat.
14.7 Segala tuntutan Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran
Mesyuarat pada tahun semasa hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya
pada 31 Mac tahun hadapan.
10
15. PENUBUHAN BAHARU
15.1 Pihak Berkuasa Melantik yang bercadang menubuhkan JKKK / JKKKP
baharu perlu mengemukakan perkara-perkara berikut untuk pertimbangan
KKLW, iaitu:
(a) asas justifikasi cadangan penubuhan baharu;
(b) Buku Profil Kampung mengikut format Sistem Profil Kampung
Peringkat Nasional (SPKPN);
(c) Pelan Persempadanan Kampung; dan
(d) Perakuan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPnG)
(bagi JKKKP sahaja).
15.2 Pihak Berkuasa Melantik perlu memastikan cadangan penubuhan
kampung yang akan ditadbir JKKK / JKKKP memenuhi kriteria-kriteria
yang ditetapkan sebagaimana di LAMPIRAN E.
15.3 KKLW akan menimbangkan permohonan yang lengkap berdasarkan asas-
asas justifikasi, kriteria-kriteria yang ditetapkan dan kelulusan peruntukan
tambahan oleh Kementerian Kewangan.
16. STRUKTUR ORGANISASI
16.1 Keanggotaan JKKK / JKKKP adalah terdiri daripada seorang (1) Pengerusi,
seorang (1) Setiausaha dan 13 Ahli Jawatankuasa.
16.2 Keanggotaan JKKK / JKKKP hendaklah diwakili oleh golongan belia dan
wanita sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan anggota.
16.3 Setiap ahli JKKK / JKKKP hendaklah mengetuai biro-biro seperti berikut:
11
(a) Pembangunan / Timbalan Pengerusi;
(b) Keselamatan;
(c) Kewangan / Bendahari;
(d) Ekonomi dan Pelaburan;
(e) Sosial dan Kebudayaan;
(f) Pendidikan dan Inovasi;
(g) Agama dan Sivik;
(h) Kebajikan dan Kesejahteraan;
(i) Belia, Sukan dan Rekreasi;
(j) Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
(k) Hal Ehwal Wanita;
(l) Kesihatan; dan
(m) Kebersihan, Alam Sekitar dan Keceriaan.
* Perbezaan nama biro dibenarkan mengikut kesesuaian lokaliti dan populasi
kaum.
17. FUNGSI UTAMA
17.1 Merancang dan melaksanakan pelan pembangunan kampung dengan
penglibatan komuniti setempat menggunakan pendekatan bottom up
approach ke arah mewujudkan kampung yang maju makmur dan
sejahtera.
17.2 Fungsi utama Pengerusi, Setiausaha dan Ahli / Ketua Biro adalah
sepertimana berikut :
(a) Fungsi Pengerusi
Sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat
kampung yang bertanggungjawab dalam merancang,
menggunakan sumber-sumber yang ada, menyatupadukan
12
penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang
sejahtera. Secara khusus tugasnya adalah seperti berikut:
(i) bertanggungjawab kepada Pejabat Pembangunan Jajahan /
Zon / Penghulu / Pentadbiran Daerah / Residen;
(ii) mempengerusikan mesyuarat JKKK / JKKKP sekurang-
kurangnya sekali sebulan;
(iii) membentuk biro-biro dan menentukan pengagihan tugas-
tugas JKKK mengikut biro-biro;
(iv) memantau perkembangan biro-biro dan memastikan
kesempurnaan pelaksanaannya;
(v) menghadiri mesyuarat yang berkaitan di peringkat mukim,
daerah dan negeri;
(vi) menjadi penasihat kepada pertubuhan sukarela, pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sosial yang ada di
kampung;
(vii) mendukung hasrat dan dasar-dasar Kerajaan serta
menyampaikannya kepada penduduk;
(viii) menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan
mengambil tindakan mengenai arahan-arahan Kerajaan;
(ix) menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan
Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan;
(x) membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan tanah dan melaporkan kepada
13
Pejabat Tanah jika terdapat tanah-tanah Kerajaan di dalam
kampung yang telah diceroboh;
(xi) menyedia dan mengemukakan laporan tahunan keseluruhan
pelaksanaan aktiviti JKKK / JKKKP selewat-lewatnya pada
31 Disember setiap tahun kepada pihak Setiausaha
Kerajaan Negeri / Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan
Pembangunan Persekutuan; dan
(xii) menerima dan melaksanakan tugas yang diserahkan dari
semasa ke semasa.
(b) Fungsi Setiausaha
(i) Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab kesetiausahaan dalam institusi JKKK atau
JKKKP.
(ii) Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat.
(iii) Menguruskan tempat dan keperluan mesyuarat.
(iv) Menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat termasuk
mengemukakannya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri
bagi JKKK dan kepada JPP atau PPN bagi JKKKP.
(v) Memaklumkan keputusan mesyuarat kepada pihak yang
berkenaan / Jabatan dan mendapatkan maklum balas
daripada pihak berkenaan.
(vi) Menyimpan selamat minit mesyuarat, rekod dan dokumen
JKKK / JKKKP.
14
(vii) Membantu Pengerusi menyelia dan mengatur tugas-tugas
setiap biro dalam JKKK / JKKKP.
(viii) Mengemaskini maklumat dalam bilik gerakan JKKK atau
JKKKP setiap tahun.
(ix) Menyelenggara bilik gerakan supaya sentiasa dalam
keadaan selamat, bersih, ceria dan teratur.
(c) Fungsi Biro
(i) Biro Pembangunan
Merancang dan menyelaras Pelan Tindakan Kemajuan
dan Keselamatan Kampung mengikut keutamaan.
Membantu pelaksanaan projek-projek pembangunan
kampung dari semasa ke semasa.
Memantau program / aktiviti pembangunan yang
dirancang oleh Kerajaan dan JKKK / JKKKP berjalan
lancar.
Memberi maklumbalas kepada agensi terlibat mengenai
projek-projek yang dikenalpasti bermasalah untuk
tujuan penambahbaikan.
Memberi maklumbalas kepada pihak Kerajaan
berkaitan kesan (impak) projek ke atas kumpulan sasar.
Mendokumenkan segala maklumat mengenai projek
atau aktiviti yang telah dijalankan untuk tujuan rujukan.
15
(ii) Biro Keselamatan
Mengawasi dan melaporkan kepada pihak berkuasa
mengenai kegiatan individu atau kumpulan yang boleh
mengancam keselamatan dan keamanan kampung.
Mengadakan aktiviti dan taklimat bersama agensi
keselamatan bagi meningkatkan pengetahuan
masyarakat setempat.
Mengawal selia harta awam di kampung supaya
sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk
menjaga dan menghargai semua harta atau
kemudahan awam.
Mengatur program keselamatan kampung seperti Skim
Rondaan Kampung (SRS) atau Rukun Tetangga (RT).
(iii) Biro Kewangan
Menjalankan tugas sebagai Bendahari.
Menyediakan laporan kewangan JKKK / JKKKP yang
telah disemak dan disahkan oleh dua (2) orang
penyimpan kira-kira.
Menyimpan selamat akaun kewangan JKKK / JKKKP.
16
Mengagihkan elaun kehadiran mesyuarat yang
disalurkan ke akaun JKKK / JKKKP.
Menguruskan bajet JKKK / JKKKP.
(iv) Biro Ekonomi dan Pelaburan
Menggerakkan program / aktiviti ekonomi melalui
kerjasama / bantuan kerajaan / swasta kepada
penduduk kampung.
Menyelaras dan memantau aktiviti / program ekonomi
yang dilaksana secara kerjasama.
Mengenalpasti sumber-sumber yang berpotensi
mengikut keutamaan dan menyediakan kertas
cadangan.
Menyediakan laporan kewangan program / aktiviti yang
telah dilaksanakan.
Menyediakan laporan kejayaan program / aktiviti
ekonomi.
(v) Biro Sosial Dan Kebudayaan
Mengadakan aktiviti yang dapat memupuk, menggalak
serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat
dan tolong menolong di kalangan masyarakat.
Meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
masyarakat.
17
Menyelaras program berbentuk kesenian dan
kebudayaan yang disertai penduduk kampung.
Mengatur / menerima kunjungan / lawatan berbentuk
kebudayaan.
(vi) Biro Pendidikan Dan Inovasi
Memupuk budaya ilmu dan menguruskan latihan di
kalangan penduduk kampung berasaskan keperluan
penduduk.
Meningkatkan kerjasama dengan institusi pendidikan
Kerajaan Persekutuan dan badan bukan Kerajaan
dalam usaha untuk mempertingkatkan kecemerlangan
pendidikan.
Mendapatkan maklumat daripada jabatan-jabatan
Kerajaan Persekutuan, badan bukan Kerajaan dan
swasta mengenai peluang-peluang latihan kemahiran
dan kemajuan kerjaya untuk disebarkan kepada
penduduk kampung.
Menguruskan bantuan pendidikan kepada pelajar
kampung yang cemerlang.
(vii) Biro Agama Dan Sivik
Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama
rasmi negara.
Memelihara keharmonian beragama dalam masyarakat
berbilang kaum.
Merancang penganjuran majlis / kelas agama.
18
Mengimarah rumah-rumah ibadat.
Menjaga kebersihan tanah perkuburan.
(viii) Biro Kebajikan Dan Kesejahteraan
Menjalin kerjasama dan memberi khidmat kebajikan
kepada penduduk kampung.
Mengenal pasti jenis-jenis bantuan daripada mana-
mana agensi untuk membantu penduduk kampung
yang dhaif membuat permohonan.
Mewujudkan tabung kebajikan kampung seperti khairat
kematian.
Mengenalpasti dan membela penduduk yang dhaif,
Orang Kelainan Upaya (OKU) dan uzur.
Membantu aktiviti kenduri kampung.
(ix) Biro Belia, Sukan Dan Rekreasi
Merancang dan melaksanakan program-program
kemasyarakatan dengan penglibatan tenaga belia.
Memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat
terutama golongan belia untuk bergiat dalam sukan
bagi melahirkan generasi yang sihat.
Menyediakan peralatan dan kemudahan sukan untuk
keperluan masyarakat kampung.
19
Mengenalpasti penduduk kampung yang berpotensi
untuk diketengahkan sebagai ahli sukan.
Mengatur / menerima kunjungan / lawatan berbentuk
kesukanan dengan pelbagai pihak.
(x) Biro Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat kepada
masyarakat kampung terutama golongan belia.
Mengetuai, menyelaras dan mengemaskini segala
maklumat terperinci profil kampung di dalam sistem
profail kampung.
Mempromosi kampung melalui blog atau laman
sesawang.
Membantu masyarakat kampung dalam aktiviti online e-
Kerajaan seperti pendaftaran pemilih dan sebagainya.
(xi) Biro Hal Ehwal Wanita
Mengadakan aktiviti yang dapat menggalakkan
permuafakatan di kalangan wanita di kampung.
Memastikan kepentingan golongan wanita di kampung
tidak terabai terutama golongan ibu tunggal.
Mewujudkan kerjasama dengan:
- Amanah Ikhtiar Malaysia untuk membantu ahli-ahli
mendapat modal memulakan perniagaan.
20
- Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk
membantu ahli-ahli dalam hal ekonomi rumah
tangga.
(xii) Biro Kesihatan
Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan
penduduk kampung.
Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan
kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-
undang mencegah wabak penyakit berjangkit.
Mewujudkan jaringan kerjasama dengan pihak klinik
kesihatan untuk memudahkan pelaksanaan program
kesihatan seperti kempen kebersihan dan kesihatan,
derma darah dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.
(xiii) Biro Kebersihan, Alam Sekitar Dan Keceriaan
Menggalakkan penduduk kampung menjaga
kebersihan persekitaran dan kemudahan awam.
Menganjur aktiviti gotong royong secara berkala
melibatkan semua lapisan masyarakat.
Mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan
berkaitan pemuliharaan alam sekitar.
Memastikan persekitaran kampung di dalam keadaan
ceria dan menarik.
21
18. PENUTUP
Tatacara pengurusan JKKK / JKKKP ini hendaklah digunapakai di semua negeri
bagi mewujudkan keseragaman pelaksanaannya di semua peringkat dan ianya
adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan transformasi ke
atas JKKK / JKKKP.
22