tamadun islam pada zaman khulafa ar-rasyidin : perluasan pengaruh
TRANSCRIPT
Tamadun Islam pada Zaman Khulafa’ar-Rasyidin
: Perluasan Pengaruh
Dipersembahkan oleh :Nuraqilah Yusra
NurhidayahNurizzah Husna
Nursyakirah
Faktor-faktorPeribadi • Khulafa’ ar-rasyidin
mempunyai akhlak terpuji kerana hasil didikan Rasullullah S.A.W. seperti amanah, tegas, toleransi تسامح dan berani.
• Keperibadian mereka terserlah dalam ketelusan pengurusan pentadbiran yang melibatkan kepentingan rakyat yang terdiri daripada kalangan orang Islam dan orang bukan Islam.
• Khulafa’ ar-rasyidin menjalankan tugas tanpa mementingkan diri sendiri melainkan hanya untuk mencari keredhaan Allah
Dakwah • Khulafa’ ar-rasyidin meneruskan usaha dakwah dengan pembukaan wilayah.
• Sebelum menyerang sesuatu kawasan, khulafa’ ar-rasyidin menyeru penduduk wilayah tersebut supaya memeluk agama Islam.
• Seruan dakwah dilakukan sama ada melalui surat atau utusan khas menemui ketua mereka.
• Sekiranya seruan tersebut diterima dan penduduk wilayah tersebut memeluk agama Islam, mereka akan dianggap setaraf dengan orang Islam yang lain.
• Sekiranya enggan memeluk agama Islam, mereka diminta menyerahkan negeri mereka untuk diperintah oleh orang Islam dan penduduk wilayah berkenaan masih dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan syarat mereka membayar jizyah.
• Sekiranya mereka masih enggan, barulah peperangan diisytiharkan terhadap mereka.
Kafir Zimmi : • Orang kafir yang tinggal di
dalam negara yang diperintah oleh orang Islam dengan syarat jizyah.
• Mendapat perlindungan daripada kerajaan Islam sama ada nyawa atau harta benda mereka.
Peperangan Apabila peperangan berlaku, tentera Islam yang memasuki kawasan musuh perlu mematuhi beberapa golongan berikut :• Orang perempuan, kanak-
kanak, orang tua dan orang cacat.
• Golongan rahib atau paderi yang terdapat di dalam tempat ibadat atau biara.
• Orang awam yang berlindung di rumah-rumah ibadat mereka.
• Tawanan perang atau musuh-musuh yang cedera.
Tentera Islam juga dilarang :• Memusnahkan harta benda
awam, tanaman dan ternakan.• Menyiksa mayat musuh kerana
perbuatan tersebut adalah amalan orang jahiliah.
Panglima perang :• Diberikan kekuasaan untuk
memberikan keampunan atau membebaskan tawanan atau mengambil tebusan daripada mereka dalam bentuk harta atau bertukar-tukar tawanan
Sebahagian penduduk wilayah-wilayah yang dikuasai oleh orang kafir memeluk agama Islam secara sukarela seperti :• Pengikut-pengikut Rostam
dalam peperangan al-Qodisiyyah dan sebahagian lain memilih untuk membayar jizyah.
Perjanjian • Perdamaian menjadi dasar utama hubungan antara negara Islam dan negara-negara lain sekiranya berlaku peperangan.
• Pada ketika itu, pihak musuh akan meminta diadakan genjatan senjata (هدنة), maka hendaklah dipersetujui dengan syarat panglima perang menyetujuinya.
• Prinsip ini selaras dengan firman Allah (surah al-Anfal, 8:61)
• Sekiranya perdamaian tidak dicapai sedangkan pada masa genjatan senjata, tentera Islam hampir menang, maka secara automatiknya negeri tersebut menjadi takluk kerajaan Islam.
Ukhwah Islamiah • Apabila agama Islam diterima oleh orang bukan Islam, maka terjalinlah hubungan ukhwah Islamiah dan dianggap setaraf dengan orang Islam yang lain.
• Persaudaraan Islam tidak dibatasi oleh sempadan geografi atau bangsa sebaliknya ia diasaskan dengan iman.
Penyerapan Budaya Asing • Islam bersikap terbuka, boleh memberi dan menerima sesuatu yang asing selagi budaya itu tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
• Pembukaan wilayah-wilayah baru oleh tentera Islam banyak membawa perubahan dalam cara hidup dan budaya rakyat setempat dengan masyarakat Arab itu sendiri.
Hal ini adalah kerana mereka bercampur-gaul di tempat kediaman dan dalam kegiatan harian seperti ekonomi, sosial atau kebudayaan.
Cerna Minda• Di bandar Kufah, kebanyakkannya
terdiri daripada kalangan hamba yang telah dimerdekakan selepas memeluk agama Islam.
• Mereka mendominasi bidang pertukangan tangan, perusahaan dan perniagaan.
• Orang Kufah sebahagiannya berbangsa Parsi dan mereka bercampur-gaul dengan orang Arab.
• Pertembungan dua budaya itu saling mempengaruhi kehidupan kedua-dua bangsa yang beragama Islam.
Perluasan Wilayah• Dasar penting antara negara Islam
dengan negara bukan Islam adalah berasaskan keamanan dan perdamaian.
• Peperangan bukan satu-satunya cara untuk meluaskan wilayah.
• Umat Islam dilarang memulakan peperangan kecuali sekiranya kehormatan negara dan rakyatnya dicabuli.
• Pada zaman Khalifah ar-rasyidin, wilayah-wilayah telah berkembang luas kerana usaha gigih pemerintah Islam untuk membebaskan rakyat Arab daripada penindasan pemerintah Rom dan Parsi.
Peperangan yang melibatkan perluasan wilayah boleh dilakukan dan beberapa sebab berikut :
• Dakwah Islamiah dimusuhi secara kekerasan atau dihalang dengan beberapa rintangan seperti penyeksaan terhadap orang yang menerima Islam.
• Peperangan bersenjata terhadap negara Islam atau wilayah Islam.
• Melanggar perjanjian yang telah dimeterai atau dipastikan dengan jelas terdapat perancangan untuk mengkhianati Islam.
Faktor Kejayaan Perluasan Wilayah
• Dasar Islam yang menetapkan bahawa mati di medan perang ialah mati syahid bagi meningkatkan semangat para pejuang.
• Khalifah Islam sendiri mempunyai semangat jihad yang kuat kerana mereka juga turut serta dalam peperangan menentang musuh.
• Lahirnya panglima-panglima perang yang handal dan bijaksana untuk menyusun strategi peperangan.
• Pemerintahan yang zalim dalam negeri yang diperintah oleh Rom dan Parsi menyebabkan rakyat memohon bantuan tentera Islam untuk membebaskan mereka daripada pemerintahan Rom dan Parsi.
Kesan Perluasan Wilayah
• Dakwah Islamiah tersebar luas dengan bertambahnya wilayah yang dibuka oleh tentera Islam.
• Sebahagian rakyat di wilayah yang dibuka oleh Islam memeluk agama Islam secara sukarela kerana melihat keadilan yang diamalkan oleh pemerintah Islam.
• Umat Islam mengamalkan pelbagai budaya daripada bangsa yang berbeza-beza selagi amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat Islam.
• Rakyat di wilayah yang dibuka oleh tentera Islam mendapat keadilan dan kebebasan untuk mengamalkan agama dan kegiatan ekonomi tanpa sebarang penindasan.