tamadun islam pada zaman khulafa ar-rasyidin : pentadbiran
TRANSCRIPT
Tamadun Islam Pada Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin :
Pentadbiran
Nuraqilah Yusra
Nur Syakirah
Nurhidayah
Nur Izzah Husna
Istilah lain bagi Tamadun
• Menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya Al
Muqaddimah, عمران bermaksud kawasan,
tanah yang didiami, tinggal menetap,
berkembang subur dan maju.
• حضارة bermaksud tinggal menetap di wilayah,
bandar atau tanah yang diusahakan.
• مدنية digunakan oleh pengkaji seperti Abu
Nasir Al-Farabi dan Muhammad Farid Wajdi.
• تمدن digunakan dalam penggunaan bahasa
Arab moden yang bermaksud memiliki ciri-
ciri kehidupan bandar atau berkebudayaan
bandar yang akan melahirkan tamadun.
• Menurut Ibn Khaldun, Masyarakat
Bertamadun ialah masyarakat yang telah
mencapai tahap melebihi keperluan asas
sehingga dapat mencapai pemikiran dan
hasil daya tinggi, halus dan mempunyai
nilai seni.
• Menurut Profesor Naquib Al Attas, Tamadun
bermaksud keadaan kehidupan insan yang
bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan luhur.
Pentadbiran : Struktur Organisasi
• Pentadbiran Pusat :
• Madinah : Pusat pemerintahan Khulafa’Ar-
Rasyidin sehingga awal pemerintahan
Khalifah Saidina Ali bin Abi Tholib.
• Semua jabatan kerajaan pusat ditadbir oleh
pegawai yang dilantik oleh khalifah.
• Majlis syura : Pusat merancang dan
mentadbir negara.
• Ahli majlis syura : Bertanggungjawab
membuat keputusan yang melibatkan
pentadbiran negara dan urusan umat Islam.
• Pentadbiran Wilayah :
• Gabenor : Bertanggungjawab mengetuai
aktiviti keagamaan seperti mengimami
solat, menjadi hakim dan tempat rujukan
masalah dan hukum.
• Khalifah Abu Bakar : Membahagikan wilayah
kepada Makkah, Thoif, Hadral Maut, Najran,
Bahrain, Julan dan Zabid.
• Khalifah Umar :
– Bahagikan wilayah kepada huwaza,
Bahrain, wilayah Sajastan, Makran dan
Karman, wilayah Thubarsitan dan
Kharasan.
– Bahagikan negeri bekas jajahan Parsi
kepada 3 wilayah iaitu Iraq (Basrah dan
Kufah), Syam (Damsyik dan dan (حمص
Palestin.
– Bahagikan Afrika kepada 3 wilayah iaitu
Mesir Utara, Selatan dan Padang Pasir.
• Jabatan :
– Kehakiman, Setiausaha, Baitul Mal,
Persuratan, Cukai (Diwanul Khoroj),
Juruaudit Negara, Ketenteraan
(Diwanul Jundi) dan Pengurusan
Tanah.
• Jawatan Baru :
– Gabenor (Wali), Setiausaha (Sohibul
Katib), Ketua Setiausaha bagi pejabat
setiausaha tentera, Pegawai Pemungut
Cukai, Polis, Pengurus Perbendaharaan
Negara (Sohibul Baitul Mal) dan Ketua
Hakim.
Cerna Minda
• Ahli Majlis Syura :
– Umar bin Al Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Tholib, Abdurrahman bin Auf, Tholhah bin Abdullah, Az Zubair bin Al Au’wam dan Saad bin Abi Waqas.
• Jawatan yang diwujudkan oleh Khalifah Abu Bakar :
– Hakim = Saidina Umar bin Al Khattab
– Pengurus Baitul Mal : Abu Ubaidah Al Jarrah
– Penyelia Tawanan Perang : Saidina Ali bin Abi Tholib
Tahap Kemajuan Pentadbiran
• Bidang Tugas :
– Mengasingkan tugas kehakiman dan tugas-tugas eksekutif.
– Mengasingkan tugas memungut cukaidaripada tugas-tugas eksekutif dan gabenordengan tujuan mengelakkan penyelewengankewangan yang berpunca daripada pengaruhketua daerah.
– Hakim dilantik khas bagi menjalankan tugaskehakiman dan diasingkan daripada gabenorwilayah.
– Pengurusan kehakiman diletakkan di bawahperhatian khalifah.
• Perlantikan Pegawai
1. Perlantikan Khusus :
- Pegawai dilantik melalui temuduga
kecuali kes yang dipilih berdasarkan arahan
kerana kepakaran dan kelayakan khusus
seseorang.
- Dalam kes ini hak memilih pegawai
diberikan kepada sahabat setelah
dijelaskan ciri-ciri diperlukan.
- Khalifah akan merestui perlantikan itu.
2. Perlantikan Biasa : Menjalani
temuduga, proses lantikan dalam
percubaan, pengesahan jawatan dan
penetapan gaji.
3. Perlantikan Gabenor, Qodhi dan Pegawai:
- Khalifah Umar menyerahkan dokumen
kedudukan, perjawatan, bidang dan
tanggungjawab yang harus dilaksanakan.
- Perlantikan ini dicop mohor serta
ditandatangani oleh khalifah dengan
disaksikan oleh beberapa orang daripada
kalangan Muhajirin dan Ansar.
- Sebelum pegawai yang dilantik
menjalankan tugas, perlantikan mereka
akan diisytiharkan secara rasmi di masjid
• Penubuhan Dewan
- Dewanul Khoroj : Memungut dan
mengagih hasil dalam negeri.
- Dewanul Jundi :
= Menguruskan rekod dan elaun setiap
anggota tentera.
= Tentera diberikan elaun tetap yang
membolehkan menumpukan perhatian
kepada pertahanan negara.
Kesan Kemajuan Pentadbiran
• Perlantikan Ketua Negara – Perlantikan ketua
negara yang lebih layak dan berkualiti akan
dapat dijalankan dengan wujudnnya sistem
syura yang memilih pemimpin negara.
• Penubuhan Kementerian – sistem pentadbiran
berjalan lancar dan tersusun kerana wujudnya
kementerian yang dikhususkan bagi
melaksanakan sesuatu tugas.
• Pemilihan Pegawai – Pemilihan pegawai secara
berperingkat membolehkan pegawai yang benar-
benar layak dipilih menjadi pegawai agar setiap
tugas yang diberikan kepadanya dapat
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.