taklimat penulisan laporan psm i - psm i...apa itu laporan psm i? ... apabila menjalankan satu...

Download TAKLIMAT PENULISAN LAPORAN PSM I - PSM I...APA ITU LAPORAN PSM I? ... Apabila menjalankan satu projek…

Post on 18-Mar-2019

224 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TAKLIMAT PENULISAN LAPORAN PSM I

MOHD NORIHAN B IBRAHIMDR ABDUL LATIF B MOHD TOBI

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL & PEMBUATANUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KANDUNGAN TAKLIMAT1. Makluman am2. Tarikh-tarikh penting berkenaan PSM I3. Laporan PSM I

MAKLUMAN AM1. Sebarang pengumuman akan dibuat melalui sistem E-Pembelajaran @ website

FKMP atau ditampal pada papan notis2. Borang-borang yang perlu diserahkan semuanya ada di dalam buku log (Pastikan

borang yang betul digunakan)3. NEW PROCESS: Borang Tajuk PSM (Borang D) boleh dimuaturun dari sistem

e-pembelajaran AUTHOR/ Website FKMP4. Serahkan borang permohonan menulis laporan dalam Bahasa Inggeris5. Elakkan dari cuba mendapatkan tandatangan dsb di saat akhir kerana dikhuatiri

penyelia / panel seminar bercuti dan sebagainya.6. Serahkan Laporan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan7. Pastikan anda mendapat kebenaran penyelia untuk membentang hasil kerja anda

di seminar PSM (Penyelia mempunyai kuasa mutlak untuk menghalang seorang pelajar yang dirasakan tidak layak untuk membentang)

8. Semak jadual seminar PSM setiap hari kerana biasanya akan terdapat perubahan

9. Patuhi semua arahan! Arahan yang nampak remeh bagi kita mungkin besar kepentingannya pada orang lain.

Penyerahan Borang D1 & D2 Borang D perlu diserahkan kepada

PENYELIA PANEL BIDANG

PENYELIA PENYELARAS

Jangan lupa tandakan BIDANG KAJIAN!

TARIKH-TARIKH PENTING Sila rujuk JADUAL KERJA PSM untuk

tarikh-tarikh penting berkenaan PSM I. JADUAL KERJA PSM akan dimuatkan di

laman web fakulti @ e-pembelajaran AUTHOR, ditampal di papan kenyataan PSM Blok C16 dan diedarkan kepada para penyelia.

Sila patuhi tarikh-tarikh ini dan ambil inisiatif untuk mengingatkan penyelia masing-masing.

APA ITU LAPORAN PSM I? Laporan PSM I ialah satu dokumen ilmiah

yang perlu disiapkan, diserahkan dan disemak dan dinilai untuk memenuhi sebahagian syarat lulus PSM I

Apabila menjalankan satu projek kejuruteraan, pelajar harus berupaya melaporkan kerja tersebut dengan cara yang terbaik iaitu tepat, padat, teratur dan lengkap.

KANDUNGAN LAPORAN PSM I Kerja-kerja PSM I meliputi pembacaan yang

banyak untuk mendapat idea dan kaedah untuk melaksanakan projek yang dicadangkan (90% membaca 10% menyiapkan laporan)

Kandungan laporan PSM I biasanya terdiri daripada beberapa bab seperti berikut:

1. Pengenalan (Introduction)2. Kajian Ilmiah (Literature Review)3. Metodologi (Methodology)

BAB PENGENALANINTRODUCTION Merangkumi: Latarbelakang Kajian (Background of Study) Pernyataan Masalah (Problem Statement) Kepentingan dan Signifikan Kajian (Importance /

Significance of Study) Objektif dan Skop Kajian (Objective and Scope

of Study)

Latar Belakang Kajian (Background of Study) Perkenalkan kajian anda kepada pembaca Mulakan penerangan dengan sesuatu yang

umum Contoh:- Latarbelakang kajian, Sejarah,

Bidang kajian, Senario terkini, Teknologi terkini (State-of-the-art) dsb.

Apa yang anda buat?

Pernyataan Masalah(Problem Statement) Situasi atau permasalahan terkini yang

mendorong anda untuk mencadangkan kajian / projek PSM ini.

Contoh: Komposit menggunakan gentian kaca menghadapi masalah apabila digunakan dalam aplikasi automotif kerana ia didapati rapuh (tidak mulur). Oleh itu satu kajian perlu dilakukan untuk menambah kemuluran komposit ini

Kepentingan/Signifikan/Rasional Kajian (Importance/Significance/Rationale of Study) Tunjukkan bahawa kajian ini

Penting: mampu membawa manfaat dan rugi jika tidak dilaksanakan Signifikan: mampu menarik perhatian dan mempunyai nilai yang

bermakna Munasabah (Rasional): sesuatu yang masuk akal dan membawa erti

yang bermanfaat

Kalau kajian in berjaya sekalipun, apa faedahnya? Faedah dari segi penjimatan kos, penjimatan masa, keselamatan,

penjimatan tenaga, penjimatan sumber asli, penjimatan sumber manusia, memudahkan pengendalian dsb.

Objektif dan Skop Kajian (Objective and Scope of Study) Nyatakan apa yang anda mahu sumbangkan melalui

PSM untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan sebelum ini. Ini merupakan OBJEKTIFkajian anda.

Mungkin hanya sebahagian kecil dari keseluruhan masalah itu hendak diselesaikan, nyatakan apa had-had, batas-batas, sempadan, ruang lingkup kerja anda. Ini merupakan SKOP kajian. Contoh: skop parameter yang diuji, skop alat, skop analisis dan perbincangan, skop masa dsb.

Objektif dan Skop Kajian Contoh:

Objektif: meningkatkan kemuluran komposit berasaskan gentian kaca.

Skop: pemilihan gentian kaca dalam kajian ini khusus kepada jenis gentian yang digunakan dalam aplikasi otomotif sahaja. Parameter yang akan dikaji tertumpu kepada nisbah komposisi antara resin dan gentian. Hanya teknik hand lay-up akan digunakan untuk menghasilkan komposit ini. Analisis tertumpu kepada nilai modulus Young dalam satu arah sahaja.

Apa yang boleh mengukur kejayaan projek anda? - objektif Kajian anda sangat berat dan luas, bagaimana anda boleh

mencapainya? - skop

BAB KAJIAN ILMIAH (LITERATURE REVIEW) Dalam kejuruteraan, sebelum sesuatu

kajian/penyelidikan dijalankan, kita perlu mengetahui senario semasa.

Adakah terdapat kajian serupa yang telah dilakukan sebelum ini oleh orang lain.

Buktinya ada pada sumber-sumber literatur (yang telah diterbitkan) seperti buku, jurnal, persidangan, artikel, majalah dll.

Istilah Review bermaksud, menilai, mengkritik, mengupas, mengenalpasti apa saja yang boleh membantu kajian kita dan akhirnya melaporkan hasil review ini.

BAB KAJIAN ILMIAH Langkah-langkah menulis Literature Review

1. Kumpulkan sebanyak mungkin kajian terdahulu yang dirasakan ada kaitan dengan PSM anda

2. Baca setiap satu daripadanya dan kenalpasti bahagian-bahagian yang ada kena mengena dengan PSM

3. Catatkan semua isi-isi penting (dalam bentuk nota dsb.). Tips: Kenalpasti, bandingkan dan ulaskan perkara-perkara seperti berikut: kelebihan dan kelemahan kajian, teknik atau kaedah yang digunakan,

kos, tempoh, peralatan yang digunakan.4. Rangka Bab ini mengikut isi kandungan (heading) yang teratur.

Contoh: Rekabentuk, Peralatan, Bahan yg digunakan, Metod, Analisis dsb.

5. Karang semula ulasan yang telah anda buat di bahagian (3) mengikut rangka yang telah disusun.

6. Buat satu ringkasan di akhir bab tentang perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan untuk PSM anda hasil daripada kajian literatur ini.

Penulisan Kajian Ilmiah

Baca

Rangka

Catat

Kumpul

Ulas

Simpulkan

BAB METODOLOGI(METHODOLOGY) Bab ini melaporkan setiap aktiviti kerja yang diperlukan untuk mencapai

objektif kajian. Ia antara lain merangkumi:

Bahan mentah yang digunakan dan kaedah penyediaannya Perihal peralatan yang digunakan (prinsip kerja, spesifikasi, kejituan dan

ketepatan alat, had operasi dsb.) Kaedah pengujian/pengukuran (ketepatan dan kejituan ujian/pengukuran) Parameter yang hendak diukur dan unitnya (panjang, tekanan, tegasan,

tenaga, arus, kadaralir, kekuatan dll) Teknik pengujian (mengikut piawaian? SIRIM, ASME, ASHRAE, BS, DIN) Konfigurasi-konfigurasi pengujian/pengukuran Kaedah menyampaikan bacaan/data (jadual, graf, carta dsb.) Kaedah menilai data Kaedah menentusahkan data (Sahih dan Sah) (validation & verification) Kaedah pengiraan dan analisis data

Kaedah Menulis Bab Metodologi Salah satu cara yang mudah ialah dengan

menyediakan flow chart yang menggambarkan apa yang hendak dilakukan

Kelebihan cara ini penerangan anda dapat dilihat mengikut tertib kerja, justeru mudah difahami.

Kaedah Menulis Bab Metodologi Contoh:

Mematuhi standard

Ujian Kekerasan Ujian Kemuluran

Penyediaan spesimen

Banding dgn spesimen piawai

Banding dgn spesimen piawai

Mula

Tamat

Mematuhi standard

JadualkanOK OK

KOKO

Kaedah Menulis Bab Metodologi Mula

pengenalan kepada kaedah dan prinsip-prinsip pengujian Penyediaan spesimen

Bahan mentah, bentuk spesimen, treatment (pemanasan, pengeringan dsb.), bilangan spesimen yang diperlukan

Ujian Kekerasan / Kemuluran Jenis mesin, spesifikasi mesin, daya yang dikenakan,

bilangan pengujian Standard

Jenis standard yang digunapakai cth: BS, DIN, ASME, ASHRAE, MS dsb.

Kaedah Menulis Bab Metodologi Analisis

Kaedah menyampaikan data (cth: data akan diplotkan dalam bentuk Graf Stress vs Deformation, Young Modulus vs time dsb.)

Kaedah membuat analisis. (Cth: perbandingan dgn nilai pengiraan teori, perbandingan dengan nilai simulasi komputer, perbandingan dengan kajian-kajian terdahulu dsb.)

Keputusan Jangkaan Jika anda mempunyai pemahaman yang kukuh tentang

teori di sebalik kerja yang dilakukan, maka anda pasti sudah dapat menjangka keputusan yang akan diperolehi. Nyatakan keputusan jangkaan anda. Contoh: Sebelum campur susu ke dalam kopi, kita sudah tahu bahawa warna kopi akan menjadi lebih cerah

Lain-lain Isi kandungan lain yang perlu ada adalah

seperti berikut: Rujukan / Bibliografi (References / Bibliography) Perancangan Kerja untuk PSM I dan PSM II Gantt Chart Flow Chart Lampiran jika perlu: Gambar, jadual-jadual,

lukisan asal.

Lain -lain Plagiarism : Adalah dilarang sama sekali.

Pelajar hendaklah menyediakan laporan berdasarkan kefahaman, idea dan menggunakan gaya penulisan sendiri.

Perubahan Skima Penilaian Penggunaan Rubrik Penilaian Perubahan Penilaian Panel & Penyelia Buku Log --Versi Baru & Lama

Recommended

View more >