taklimat 1_sukatan pelajaran p1_p3

Upload: cikgunorsuhaida

Post on 20-Jul-2015

1.095 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

taklimat bahasa melayu t6

TRANSCRIPT

Sukatan ini menggantikan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 2000.

Sukatan baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012.

Penggubalan semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh MPM terhadap sistem peperiksaan STPM yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal.Penggubalan semula sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini merupakan proses pengemaskinian tajuk, kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan bahasa. Tujuan utama MPM memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi P&P di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi P&P di kolej dan universiti.

Melahirkan pelajar yang dapat berbahasa Melayu dengan cekap dan berupaya untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

Menghasilkan lulusan bahasa Melayu yang berdaya saing dan dapat memenuhi keperluan pasaran kerja

Mengukuhkan rasa sayang akan bahasa Melayu dan berbangga menggunakannya

Membolehkan pelajar:

(a) memahami sejarah, kekeluargaan, dan perkembangan bahasa Melayu;

(b) menguasai dan menggunakan sistem bahasa Melayu dengan betul;

(c) memahami, menginterpretasi, dan mengulas kandungan bahan bacaan tentang pelbagai bidang;

Membolehkan pelajar:

(d) memahami (e) memahami, (f) mengungkapkan wacana, retorik, memilih, dan fikiran dengan variasi, dan laras menggunakan menggunakan bahasa dengan kosa kata bahasa yang betul, betul, dan dapat mengikut konteks, baik, dan berkesan, menggunakannya dan dengan gaya sama ada secara dengan berkesan; yang sesuai; lisan atau tulisan;

Membolehkan pelajar:(i) menguasai kemahiran insaniah, (g) Mengembang (seperti kerja secara (h) mengenal pasti -kan sesuatu berkumpulan, kesalahan bahasa, idea secara kepimpinan, keupayaan tersusun, padat, menjelaskan menyelesaikan dan meyakinkan, sebab kesalahan, masalah, keterampilan dan sama ada secara berkomunikasi, dan lisan membetulkannya; lain-lain) dalam atau tulisan; konteks penggunaan bahasa.

Perbezaan antara sukatan STPM Baharu dengan STPM Sedia Ada

Butiran 1. Bilangan tajuk

Sukatan Pelajaran Sedia Ada 13 tajuk

Sukatan Pelajaran Baharu 15 tajuk

Rasional perubahan Tiga tajuk baharu dikemukakan dalam sukatan pelajaran yang baharu, iaitu tajuk pembacaan kritis dan analitis, pragmatik, dan penulisan ilmiah kerana ketigatiga tajuk ini ada diajarkan di peringkat universiti. Pendedahan asas dan awal perlu diberikan bagi ketiga-tiga tajuk ini demi memudahkan calon belajar di universiti.

Sukatan Pelajaran Butiran Sedia Ada 2. Perubahan Tidak diperuntukkan waktu waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk

Sukatan Pelajaran Baharu

Rasional perubahan

Sejarah Waktu pengajaran perkembangan bahasa telah disesuaikan Melayu dengan jumlah jam (25 waktu) waktu pengajaran bagi setiap penggal Fonetik dan fonologi dan hasil (35 waktu) pembelajaran yang diharapkan daripada Bacaan kritis dan tajuk berkenaan. analitis (24 waktu) Penulisan esei tidak berformat (36 waktu)

Butiran

Sukatan Pelajaran Sedia Ada Tidak diperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk

Sukatan Pelajaran Baharu Morfologi (24 waktu)

Rasional perubahan

Waktu pengajaran telah disesuaikan dengan jumlah jam Sintaksis waktu pengajaran (38 waktu) bagi setiap penggal dan hasil Analisis kesalahan bahasa pembelajaran yang diharapkan daripada (18 waktu) tajuk berkenaan. Penulisan esei berformat (40 waktu)

Sukatan Pelajaran Butiran Sedia Ada Tidak diperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk

Sukatan Pelajaran BaharuWacana (12 waktu) Retorik (12 waktu) Variasi bahasa (16 waktu)

Rasional perubahan Waktu pengajaran telah disesuaikan dengan jumlah jam waktu pengajaran bagi setiap penggal dan hasil pembelajaran yang diharapkan daripada tajuk berkenaan.

Laras bahasa (8 waktu)

Butiran

Sukatan Pelajaran Sedia Ada Tidak diperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk

Sukatan Pelajaran Baharu Semantik (12 waktu)

Rasional perubahan Waktu pengajaran telah disesuaikan dengan jumlah jam waktu pengajaran bagi setiap penggal dan hasil pembelajaran yang diharapkan daripada tajuk berkenaan.

Pragmatik (20 waktu)Penulisan ilmiah (40 waktu)

Butiran 3. Pentaksiran berasaskan sekolah

Sukatan Pelajaran Sedia Ada Tiada kerja kursus

Sukatan Pelajaran BaharuTerdapat dua kerja kursus kepada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu, iaitu pada penggal 2 dan penggal 3.

Rasional perubahan Kerja kursus diberikan kerana adanya elemen kemahiran insaniah yang boleh dinilai oleh guru di sekolah dan berlakunya pembelajaran dan penilaian sepanjang penggal.

Sukatan pelajaran baharu terdiri daripada: (i) Ujian bertulis (ii) Kerja kursus

Kandungan sukatan pelajaran

Penggal 1

Penggal 2

Penggal 3

PENGGAL 1

Kandungan

1.0 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

2.0 Fonologi Bahasa Melayu

3.0 Pembacaan Kritis dan Analitis

4.0 Penulisan Esei Tidak Berformat

- Filum, rumpun, keluarga

- Kawasan Asia Tengah - Kawasan Nusantara

1.2 Bahasa Melayu kuno

- Aksara, kosa kata, imbuhan - Batu-batu bersurat

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti ciri BM kuno, menyatakan bukti, dan menjelaskan konsep BM kuno.

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep BM klasik, mengenal pasti cirinya, menyatakan bukti & fungsi BM klasik, serta memerihalkan perkembangan aksara Jawi.

- Sistem tulisan dan ejaan - Kosa kata - Tatabahasa

-Batu bersurat -Batu nisan -Hukum kanun -Surat -Naskhah sastera lama

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep BM klasik, mengenal pasti cirinya, menyatakan bukti & fungsi BM klasik, serta memerihalkan perkembangan aksara Jawi.

1.4 Bahasa Melayu Moden

Konsep BM moden - Konsep dan ciri BM moden

Tahap perkembangan BM moden(a) BM moden pramerdeka (b) BM moden pascamerdeka

(a) BM moden pramerdeka Sumbangan tokoh asing Winstedt, Wilkinson, Dussek, Marsden

Sumbangan tokoh tempatan Raja Ali Haji, Abdullah Munshi, Mejar Mohd. Said, Zaba,

*Sumbangan pertubuhan dan institusi SITC, Pejabat Karang Mengarang, PBmPB, ASAS 50, dan Persatuan Sahabat Pena.

(b) BM moden pascamerdeka Akta-akta yang berkaitan Perkara 152, Akta DBP, Akta BK, Akta Pendidikan 1996.

Dewan Bahasa dan Pustaka Peranan DBP Perancangan bahasa Melayu Perancangan taraf

Perancangan korpus

Fungsi BM moden

Penubuhan UKM Sumbangan tokohAsmah Hj Omar, Nik Safiah Karim, Hassan Ahmad. Sumbangan institusi lain

UM, IB, PBMUM, BBBK, dan PPMPB

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep BM moden, mengenal pasti cirinya, menjelaskan perancangan tentangnya, menyatakan peranan institusi dan tokoh dalam perkembangan BM moden, serta menjelaskan fungsinya. Pelajar juga dapat menjelaskan perkembangan ejaan dan membandingkan ciri BM kuno, klasik, dan moden.

- Sebab peminjaman- Unsur-unsur yang dipinjam Bahasa Sanskrit, Arab, Parsi, bahasa-bahasa daerah di Indonesia, bahasa Cina, Tamil, Portugis, Belanda, dan Inggeris.

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti unsur-unsur asing dalam BM dan sumbernya, mengelaskan unsur pinjaman serta menjelaskan sebab peminjaman.

2.1 Konsep-konsep penting

2.1.1 Konsep bunyi 2.1.2 Konsep fonem 2.1.3 Konsep alofon 2.1.4 Konsep huruf 2.1.5 Konsep suku kata

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep fonetik-fonemik, membezakan konsep bunyi, fonem, huruf, suku kata, dan menentukan fonem dan alofon.

2.2 Penggolongan dan penghasilan bunyi bahasa 2.2.1 Vokal 2.2.2 Konsonan asli dan konsonan pinjaman 2.2.3 DiftongHasil pembelajaran: Pelajar dapat membezakan jenis-jenis bunyi bahasa, mendefinisikannya dan mengklasifikasikannya mengikut cara penghasilan, menjelaskan cara penghasilannya, membezakan fonem asli dengan fonem pinjaman, melukis/melabelkan rajah alat pertuturan, melakar/melukis cara penghasilan sesuatu bunyi bahasa, mengenal pasti lambang-lambang fonetik dan menilai ketepatan penggunaannya, di samping dapat membuat transkripsi fonetik dengan tepat.

2.3 Struktur suku kata bahasa Melayu

2.3.1 Struktur suku kata bahasa Melayu 2.3.2 Struktur suku kata pinjaman

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti struktur suku kata BM, serta membezakan suku kata asli dan pinjaman.

2.4 Sistem ejaan bahasa Melayu 2.4.1 Pola keselarasan vokal bahasa Melayu- Konsep keselarasan vokal dan polanya - Kekecualiannya

2.4.2 Pengejaan- Kata pinjaman - Kata berimbuhan - Kata majmuk - Kata ganda - Klitik - di dan ke sebagai kata sendi nama - di- dan ke- sebagai imbuhan

Pelajar dapat menjelaskan konsep keselarasan vokal, mengenal pasti pola dan kekecualiannya, serta menggunakan sistem ejaan bahasa Melayu dengan betul.

2.5 Tanda baca

2.5.1 Semua jenis tanda bacaan

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menggunakan tanda bacaan dengan betul dalam penulisan.

Pembacaan kritis dan analitis-Pemberian maksud perkataan, frasa, atau ayat dalam teks -Pembezaan fakta dan pendapat -Penyusunan dan pengolahan idea -Inferens, ramalan, parafrasa, dan kesimpulan -Pemberian pandangan, ulasan, dan kritikan -Penggunaan bahasa yang baik dan berkesan * Teks prosa: antara 300-350 patah perkataan

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan maksud perkataan, frasa, klausa, atau ayat dalam teks, mengesan idea/mesej/fakta, membuat olahan semula idea/fakta, membuat inferens, prafrasa, kesimpulan, dan mengulas isi teks dengan bahasa yang berkesan.

Bidang tajuk esei: Sukan dan rekreasi

Ekonomi

Pendidikan

Sains dan teknologi

Bahasa/seni/ budaya/sastera

Kemanusiaan dan kemasyarakatan

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menyampaikan isi/idea dan memperkembangkannya secara tersusun, padat, dan lancar, dapat mengulas tajuk dengan bernas, serta mampu menghasilkan esei yang menepati tajuk dalam bentuk wacana yang utuh.

Kertas soalan contoh

(Rujuk sukatan pelajaran)

1.0 Morfologi

4.0 Penulisan Esei Berformat

Kandungan

2.0 Sintaksis

3.0 Analisis Kesalahan Bahasa

1.1 Konsep-konsep penting

1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 1.1.5

Konsep morfem Jenis morfem Konsep alomorf Konsep morfofonem Konsep kata

Hasil pembelajaran Pelajar dapat menjelaskan konsep morfologi dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya.

1.2.1 Kata tunggal

1.2.2 Kata terbitan1.2 Bentuk kata 1.2.3 Kata majmuk

1.2.4 Kata ganda

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti dan mengkategorikan kata mengikut bentuk, menganalisisnya, dan membezakan kata terbitan, kata ganda, dengan kata majmuk.

1.3 Golongan kata

1.3.1 Kata namaNama am, nama khas, dan kata ganti nama

1.3.2 Kata kerja Transitif dan tak transitif

1.3.3 Kata adjektif

1.3.4 Kata tugas Kata penyambung ayat, praklausa, prafrasa, serta pascaprafrasa dan pascakata

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti kata mengikut golongan, mengkategorikan kata mengikut golongan dan jenisnya, serta menggunakan pelbagai kata mengikut konteks dengan betul.

Jenis1.4.1 Pengimbuhan

Fungsi Makna

1.4.2 Pemajmukan

Jenis-jenis kata majmuk Jenis

1.4 Proses pembentukan

kata

1.4.3 Penggandaan

FungsiMakna

1.4.4 Pengakroniman

Jenis akronim

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti jenis, fungsi, serta makna imbuhan dan gandaan, jenis-jenis kata majmuk, menganalisis binaan kata, membina kata dengan proses yang betul, mengenal pasti akronim dan jenisnya, serta menilai ketepatan penggunaan sesuatu unsur morfologi.

2.1.1 Konsep ayat

2.1.2 Konsep klausa

2.1 Definisi sintaksis

2.1.4 Konsep subjek dan predikat

2.1.3 Konsep frasa

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mendefinisikan sintaksis, dan menjelaskan konsep-konsep yang berkaitan dengan kajian sintaksis, iaitu konsep ayat, klausa, frasa, subjek, dan predikat.

2.2 Jenis dan binaan frasa

2.2.1 Frasa nama

2.2.3 Frasa adjektif

2.2.2 Frasa kerja

2.2.4 Frasa sendi nama

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti jenis frasa, rumus frasa, unsur-unsur frasa, dan membina frasa dengan rumus yang betul.

2.3 Jenis dan binaan klausa

2.3.1 Klausa bebas 2.3.2 Klausa tak bebas

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis klausa, unsur-unsurnya, dan membina klausa dengan betul.

2.4.1 FN + FN

2.4.4 FN + FS

2.4 Pola ayat dasar2.4.3 FN + FA

2.4.2 FN + FK

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti ciri ayat dasar dan rumusnya, membezakan ayat dasar dengan ayat tunggal, membina ayat dasar dengan betul, dan menganalisis binaannya.

2.5 Susunan konstituen ayat

2.5.1 Ayat susunan biasa 2.5.2 Ayat songsang - Pendepanan seluruh predikat - Pendepanan sebahagian predikat Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti susunan konstituen ayat, mengubah susunannya, dan menganalisis binaan ayat.

2.6 Ragam ayat2.6.1 Ayat aktif-

2.6.2 Ayat pasifAyat pasif dengan kata kerja berimbuhan pasif Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan orang kedua Ayat pasif dengan penanda pasif kena

-

Ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif

-

-

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti jenis-jenis ayat aktif dan ayat pasif, membezakan binaannya, membina dan mengubahnya, mengenal pasti ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif, mengkategorikan jenisjenisnya, membezakan jenis-jenis ayat pasif, serta membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul.

2.7.1 Ayat penyata

2.7.2 Ayat tanya 2.7 Jenis ayat 2.7.3 Ayat perintah

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan ayat mengikut jenis dan membina pelbagai jenis ayat dengan betul.

2.7.4 Ayat seruan

2.8 Bentuk ayat

2.8.1 Ayat tunggal

2.8.2 Ayat majmuk - Majmuk gabungan - Majmuk pancangan - Majmuk campuran

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan ayat tunggal dengan ayat majmuk, menganalisisnya, membezakan jenis ayat majmuk, dan dapat membina pelbagai jenis ayat dengan betul.

2.9.1 Konsep ayat terbitan 2.9 Proses penerbitan ayat 2.9.2 Proses penerbitan ayat

(a) Proses pengguguran

(b) Proses penyusun semula (c) Proses peluasan

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep ayat terbitan, mengenal pasti proses penerbitannya, menganalisis ayat terbitan, membina ayat berdasarkan rajah pohon, dan membina ayat terbitan yang betul.

Ejaan

Penanda wacanaKesalahan bahasa Sintaksis

Tanda baca

Diksi

Morfologi

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti kesalahan bahasa, menjelaskan sebab kesalahan, dan membetulkannya.

Bentuk format

Laporan Syarahan/ceramah/teks ucapan Memorandum Minit mesyuarat Kertas cadangan Surat kiriman rasmi

Hasil pembelajaran

Pelajar dapat menghasilkan penulisan berformat mengikut format yang betul, menyampaikan idea atau mesej dengan kemas, padat, jelas, tepat, dan meyakinkan, serta menggunakan bahasa yang berkesan.

Kertas soalan contoh

(Rujuk sukatan pelajaran)

PENGGAL 3

Kandungan 1.0 Wacana

2.0 Retorik3.0 Variasi bahasa 4.0 Laras bahasa 5.0 Semantik 6.0 Pragmatik 7.0 Penulisan ilmiah

1.1 Konsep wacana

1.2 Ciri-ciri wacana 1.2.1 Kohesi - Jalinan ketatabahasaan 1.2.2 Koheren - Jalinan idea

Definisi wacanaHasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep wacana.

Hasil pembelajaran:Pelajar dapat menjelaskan ciri wacana, mengenal pasti kohesi dan koheren, serta menerapkannya dalam penulisan.

1.3.1 Penanda penghubung 1.3.5 Penanda elipsis 1.3 Jenisjenis penanda wacana 1.3.2 Penanda rujukan

1.3.4 Penanda leksikal

1.3.3 Penanda penggantian

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengkategorikan penanda wacana mengikut jenis, menggunakannya, menganalisis wacana, dan menghasilkan wacana yang utuh.

2.1 Konsep retorik

2.2 Jenis-jenis retorik dan ciri-cirinya

Konsep retorik

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep retorik.

2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5

Retorik pemerian Retorik pemujukan Retorik penceritaan Retorik pendedahan Retorik penghujahan

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti jenis retorik dan ciri-cirinya, serta dapat menghasilkan pelbagai retorik dalam penulisan.

2.3 Teknik penyampaian idea

2.3.4 Teknik eklektik 2.3.1 Teknik deduksi 2.3.3 Teknik analogi

2.3.2 Teknik induksi Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengesan teknik-teknik penyampaian idea dan menggunakannya untuk menyampaikan idea atau pendapat.

3.1 Konsep variasi bahasa Definisi/maksud variasi bahasa Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep variasi bahasa. 3.2 Jenis-jenis variasi bahasa dan ciri-cirinya3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.2.7 Dialek Idiolek Pijin Kreol Slanga Bahasa formal Bahasa tak formal 3.2.8 3.2.9 3.2.10 3.2.11 3.2.12 3.2.13 3.2.14 Bahasa halus Bahasa kasar Bahasa istana/bahasa dalam Bahasa basahan Bahasa baku Bahasa mesra Bahasa pasar

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis variasi bahasa dan ciri-cirinya serta dapat memberikan contoh yang betul.

4.1 Konsep laras bahasa Definisi/maksud laras bahasa Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep laras bahasa. 4.2 Jenis dan ciri-ciri laras Jenis laras: -sains -ekonomi -undang-undang -agama -sukan -sastera -resipi -iklan (termasuk bahasa yang digunakan pada papan tanda) Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan ciri laras, mengenal pasti jenis laras sesuatu teks, mengemukakan contoh laras yang betul, menentukan jenis laras mengikut ciri dan contohnya, serta menghasilkan pelbagai laras dalam penulisan.

5.1 Konsep semantik

Definisi/maksud semantik Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep semantik.

5.2 Makna denotatif dan makna konotatif

Definisi/ maksud makna denotatif dan makna konotatif Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan dan mengenal pasti maksud makna denotatif dan makna konotatif serta memberikan contoh. Maksud konsep, perkataan, dan rujukan Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan pengertian makna/ konsep, perkataan, dan rujukan.

5.3 Konsep, perkataan, dan rujukan

5.4 Perkaitan makna perkataan dari aspek leksikal

Meliputi konsep : (a) sinonim (c) hiponim (e) polisemi (b) antonim (d) homonim (f) mironim Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan perkaitan makna dari segi leksikal, memberikan contoh yang betul, membina ayat berdasarkannya, dan menentukan jenis-jenis perkaitan makna dari segi leksikal.

5.5. Perubahan makna

5.5.1 Peluasan makna 5.5.2 Penyempitan makna Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan maksud perubahan makna dan memberikan contoh yang betul.

6.1 Konsep pragmatik

Definisi/maksud pragmatik

Kajian bahasa dari sudut pengguna; pilihan yang perlu dibuat oleh penutur dengan pertimbangan terhadap situasi tertentu, konteks budaya-sosial, dan kesan penggunaan bahasanya kepada peserta dalam sesuatu komunikasi.

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep pragmatik.

6.2 Bahasa dalam konteks budaya

6.2.1 Peribahasa

6.2.2 Ragam bahasa-Bahasa sindiran -Bahasa menggiat -Bahasa mengejek -Bahasa merajuk -Bahasa terbalik -Bahasa tempelak -Bahasa herdik -Pertanyaan ingkar -Bahasa ingkar -Bahasa jenaka -Bahasa naik -Bahasa turun -Bahasa berulang -Bahasa bertimbal -Bahasa bukan -Bahasa kecil/merendah -Bahasa besar/melampau -Bahasa seruan/keluhan

Perumpamaan Pepatah/bidalan Kiasan Simpulan bahasa

Perbilangan Kata-kata hikmat/

lidah pendeta

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan makna peribahasa, mengenal pasti dan membezakan jenis-jenis peribahasa dan ragam bahasa, memberikan contohcontohnya, memadankan peribahasa/ragam bahasa dengan situasi yang sesuai, serta menggunakannya dalam konteks yang betul.

6.3.1 Konsep

(a) Penggunaan ungkapan bertatasusila (b) Penggunaan kata ganti diri mengikut konteks dan situasi

6.3 Kesantunan berbahasa

6.3.2 Ciri kesantunan berbahasa dalam konteks lisan dan tulisan

(c) Penggunaan sapaan, gelaran, dan rujukan kehormat mengikut situasi (d) Penggunaan intonasi dan gaya yang sesuai

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat menjelaskan konsep kesantunan berbahasa dan cirinya, mengenal pasti dan membezakan bentuk sapaan dan gelaran serta menggunakannya mengikut kesesuaian, memberikan contoh ungkapan bertatasusila, contoh kata ganti nama diri dan kata sapaan, serta menggunakannya dengan betul. Pelajar juga dapat bertutur dengan gaya dan intonasi yang betul.

Hasil kajian yang dibuat oleh pelajar secara berkumpulan

Markah: 50 wajaran: 17%

Penulisan esei ilmiah (hasil penyelidikan)

2000-2500 patah perkataan

Pembentangan dinilai secara individu

Hasil Pembelajaran Pelajar dapat menghasilkan esei ilmiah dengan format yang betul, mampu mengembangkan isi dengan tersusun, padat, dan meyakinkan, isinya menepati tajuk, menggunakan bahasa yang lancar dan berkesan, serta mampu menampilkan penulisan yang ciri wacananya adalah utuh.

Pelajar dapat membentangkan esei secara berkumpulan dengan menggunakan bahasa dan gaya yang betul serta berkesan.

Kertas soalan contoh

(Rujuk sukatan pelajaran)

PenutupSukatan pelajaran baharu ini membawa beberapa perubahan, iaitu dari segi: Matlamat dan objektif Penentuan hasil pembelajaran

Pembahagian kandungan kurikulum Tajuk pengajaran Sistem pentaksiran/penilaian Perincian tajuk-tajuk pengajaran Kemahiran yang diberikan penekanan