takiding-teknologi melayu
TRANSCRIPT
![Page 1: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/1.jpg)
Takiding
Teknologi Tradisi Melayu
Ermalia Daud (10B1258)
Norhayati binti Mohd Sufri
(10B1260)
![Page 2: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/2.jpg)
Pengenalan
• Takiding ialah salah satu alatteknologi Melayu yang
digunakan untukmembawa/mengangkat barang-barang bagi masyarakat Kedayan
dahulu.
• Selalunya takiding ini digunakanuntuk membawa barangan darirumah ke rumah dan ke pahalu
(tamu).
![Page 3: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/3.jpg)
Penggunaan
• Penggunaan takiding ini meluas.
• Penggunaan utamanya ialah untuk mengangkat barang-barang.
• Contohnya, takiding ini sering digunakan oleh para penanam padi. Inimemudahkan mereka mengangkat padi yang sudah dikatam dan akandisimpan dalam durung.
• Selain itu, ia digunakan untuk membawa buah-buahan atau bekalan-bekalan ke sawah.
• Dan juga, ia dijadikan barang-barang perhiasan untuk tujuankomersil/jualan. Ini selalunya takiding-takiding yang bersaiz kecil.
![Page 4: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/4.jpg)
Proses Pembuatan
• Kemahiran/skil dan pengalaman adalah diperlukanuntuk membuat takiding.
• Setelah itu, mendapatkan bahan-bahan yang utamadiperlukan sebelum menghasilkan takiding.
• Bahan-bahan utama takiding selalunya bahan-bahantempatan yang hanya didapati di dalam hutan sepertibamban atau buluh, rotan dan daun kayu.
• Bamban/buluh akan digunakan untuk menjadi badantakiding tersebut, manakala rotan dan daun kayu itudijadikan bingkai dan turus takiding.
![Page 5: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/5.jpg)
• Proses pembuatan takiding ini tidak mengambil masa yangpanjang untuk menyiapinya.
• Ini tergantung kepada si pembuat, tidak ditetapkan berapa lamauntuk menyiapi takiding.
• Kemungkinan si pembuat akan menyiapinya dengan jangkamasa yang pendek jika ada si pembeli telah menempah untukmembeli.
• Takiding besar mengambil masa 5 hari untuk disiapi, manakalatakiding kecil hanya mengambil masa 3 hari.
• Demikian juga, tenaga si pembuat adalah tenaga utama didalamproses pembuatan takiding ini. Ataupun si pembuatmemerlukan tenaga bantuan dari ahli keluarganya atau jiranatau sesiapa sahaja.
![Page 6: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/6.jpg)
Bamban diraut dan dikoyakkan
Setelah itu, dianyam seperti ini.
Hasilnya akan menjadi begini.
![Page 7: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/7.jpg)
Proses Pembelajaran
• Pembuat takiding ini boleh mempelajari caramenganyamnya sama ada secara formal atautidak formal.
• Ada yang mewarisi kemahiran ini melalui dariorang tua atau nenek moyang mereka.
• Ada pula yang hanya mempelajarinya secaralisan iaitu dengan melihat sendiri carapembuatannya.
• Sekarang, terdapat pusat kesenian danpertukangan tangan di Brunei jika berminatdan ingin belajar menganyam takidingmahupun kraftangan-kraftangan yang lainnya.
![Page 8: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/8.jpg)
Fungsi Ekspresif dan Simbolik
• Takiding mempunyai keunikan tersendiridari segi kecantikan, keindahan dankehalusannya.
• Pembuat perlu teliti dalam menganyamtakiding ini kerana warna dan coraknyaperlulah bersesuaian dengan masyarakatdan budaya Melayu.
• Dalam kata lain, kesenian dilihat sebagaipengucapan ekspresif yang menceritakanlatar permasalahan bangsa.
• Fungsi simbolik takiding inimelambangkan idea atau konsepkehidupan sepertirukun, kerjasama, kesucian dansebagainya.
![Page 9: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/9.jpg)
Nilai-nilai Sosial dalam
Teknologi Melayu• Teknologi Melayu sentiasa menimbangkan nilai-nilai sosial yang
dianggap selaras dengan kehendak agama Islam.
• Teknologi juga tidak dapat dipisahkan daripada alam sekitar.
• Oleh itu, nilai-nilai ini amat penting bagi kesejahteraan dankeharmonian hidup yang dipengaruhi oleh hubungan manusiadengan alam sekitar.
• Seperti takiding, teknologi ini haruslah menghasilkan kebaikankepada penggunanya dan tidak memusnahkan alam sekitar.
• Selain itu, takiding mahupun hasilan kraftangan yang lain adalahaspek material budaya yang cukup signifikan bagi mengangkatnilai-nilai luhur sesebuah bangsa.
![Page 10: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/10.jpg)
Kepentingan
• Beberapa aspek perlu diambil berat dalam menghasilkanteknologi tradisi Melayu iaitu:
1) Hubungan teknologi dengan Kehidupan2) Hubungan teknologi dengan Islam3) Hubungan teknologi dengan Budaya4) Kaitan teknologi dengan Persekitaran
• Dengan aspek-aspek ini dapatlah kita mentafsirkankepentingan sesuatu teknologi itu terhadap masyarakatseperti berikut:
![Page 11: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/11.jpg)
• 1) Hubungan Takiding dengan KehidupanMemudahkan kehidupan masyarakat Melayu dan
menjalinkan hubungan antara puak jati Brunei yang lainnya.
• 2) Hubungan Takiding dengan Islam Corak, warna dan jalurnya itu penting supaya tidak
bercanggah dengan pandangan Islam.
• 3) Hubungan Takiding dengan BudayaMaterial budaya yang akan diwarisi zaman-berzamanMelambangkan budaya orang Melayu yang kreatif dalam
anyaman/kraftangan
• 4) Kaitan Takiding dengan Persekitaran Takiding ini dibuat haruslah menepati citarasa manusia dan
alam sekelilingnya. Juga tidak memudaratkan penggunaanya.
![Page 12: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/12.jpg)
Perbezaan Takiding Dahulu & Sekarang
• Bahan pembuatannya tidak bersumberkan dari hutan, malahan terdapat
di kedai-kedai.
• Sukar untuk mendapatkan bahan tempatan, sebab itu
bahannya diganti dengan menggunakan plastik.
• Warna dan coraknya telah berubah mengikut
keinginan dan kesesuaian masyarakat.Takiding Lama
Takiding Baru
![Page 13: Takiding-teknologi Melayu](https://reader033.vdocuments.site/reader033/viewer/2022052204/55a44c1b1a28ab85028b481c/html5/thumbnails/13.jpg)
Kesimpulan
• Takiding adalah salah satu teknologi yang telahlama digunakan hingga sekarang.
• Walaupun terdapat perubahan terhadaptakiding tersebut, inilah usaha orang Melayuuntuk mengekalkan warisan mereka daripadapupus ditelan zaman.
• Kepentingannya menghubungkaitkan denganmasyarakat dan budaya orang Melayu.