tajuk7 pelan tindakan mewujudkan persekitaran yang mesra budaya
DESCRIPTION
eduTRANSCRIPT
EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Tajuk 7:Pelan tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya
Hasil Pembelajaran
• Menghuraikan cara untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya• Merancang pelan tindakan yang mesra budaya untuk orang asli, indigenous dan pedalaman
Pengenalan• Masyarakat orang Asli, indegenous dan pedalaman dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara• Untuk masa depan mereka juga harus diberikan peluang untuk mendapat pendidikan• Pelajaran ini menerangkan pelan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengangkat maruah mereka
Pengenalan• Sekolah di bandar lengkap dengan kemudahan bangunan, peralatan dan guru terlatih• Di luar bandar khususnya terdapat pelbagai kekurangan seperti infrastruktur, peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibubapa dan masyarakat• Jurang pendidikan ini wujud sebab keutamaan kini ialah untuk memberi tumpuan supaya lebih ramai murid mendapat pendidikan berbanding kualiti pendidikan yang disediakan
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli
• Chang Lee Hoon (2004): Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat dan kebolehan adalah realiti Masyarakat Malaysia. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warganegaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan harmoni dan sejahtera
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli
• Kepelbagaian tidak menghalang warganegara untuk mempunyai persamaan hak• Persamaan hak sebagai warnanegara adalah identiti utama warganegara Malaysia• Persamaan dapat dicapai sekiranya terdapat persamaan dalam peluang pendidikan
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli
• Orang Asli adalah kumpulan minoriti- seramai 141230 orang• Tidak tercicir atau dinafikan dalam arus pembangunan perdana• Persamaan hak sebagai warnanegara adalah identiti utama warganegara Malaysia• Persamaan dapat dicapai sekiranya terdapat persamaan dalam peluang pendidikan• Pengajaran dan pembelajaran perlu mewujudkan persefahaman dan aspirasi kepelbagaian murid sebagai anggota masyarakat dan boleh mengembangkan identiti warganegara yang unik
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli
• Orang Asli telah diberikan tumpuan sejak RMK-7. • Telah diberikan hak dan keistimewaan sesuai dengan kemajuan negara
• Pelan tindakan pembangunan pendidikan orang Asli dibuat bersama JHEOA dan Bahagaian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
• Objektifnya untuk menyediakan program dan aktiviti khusus bagi keperluan peruntukan di kawasan orang Asli • Kumpulan sasaran ialah peringkat prasekolah, peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat tertiari
Peringkat Prasekolah(5 – 6 tahun)
• Bertujuan untuk memberi asas kukuh sebelum pendidikan formal
• Diberikan persedian dari segi emosi dan kemahiran sosial
• Membolehkan anak-anak orang Asli mendapat pendidikan awalan yang kukuh
Peringkat Rendah(7 – 12 tahun)
• Menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M
• Diberikan kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi, penerapan nilai-nilai murni
• Merupakan asas kepada pembangunan dan pengembangan domain kognitif, afektif dan selari dengan hasrat FPK
Peringkat Menengah(13 – 18 tahun)
• Menyediakan pendidikan komprehensif dan berkualiti
• Memberi penekanan kepada kemahiran kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum
• Mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu • Menerima peluang yang sama seperti murid-murid lain yang tinggal di kawasan bandar
Peringkat Tertiari( >19 tahun)
• Pendidikan tertiari ialah pendidikan peringkat tinggi
• Berupaya membangunkan minda supaya lebih kritis, kreatif dan inovatif
• Dapat memajukan negara dalam persaingan global • Latihan kemahiran kepada golongan yang tercicir
• Orang dewasa diberi peluang mengikuti program kemasyarakatan seperti yang dianjurkan oleh Penggerak Wanita Orang Asli iaitu program dan latihan keusahawanan, kesejahteraan diri, pembangunan minda, celik huruf, keagamaan dan kerohanian dan lain-lain
Agensi yang terlibat
• Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya merancang program dan projek untuknperubahan minda orang Asli
• Juruperunding swasta khusus dalam kajian semula penilaian semula pelan dan kajian program • Kerajaan khususnya menyediakan prasarana pendidikan
• Ahli akademik khususnya memberi input terhadap program
Program dan Projek yang telah dilaksanakan
• Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA Skim ini untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi meliputi yuran, kokurikulum, kertas ujian, sukan tahunan, MSSM, kegiatan pendidikan Islam dan Moral,bantuan persekolahan, buku tulis, buku kerja, pakaian dll
• Mengubah sistem pendidikan 3M kepada 6M dengan menambah Main, Makanan Tambahan dan Muzik- tarian dan kegiatan kebudayaan
Kejayaan Program
• Ramai murid orang Asli berjaya dalam bidang Akademik. Contohnya ialah Lulus PMR 8A ( Nurul Atikah bt Kamaruddin) • Celik huruf dikalngan orang Asli pada tahun 2001 ialah 51%• Kadar keciciran masih tinggi. Hanya 20% - 40% kanak-kanak orang Asli melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah rendah
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Indigenous
Siapakah Indigenous People?
•Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak•Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal, ekonomi, sosial dan budaya•Di Sabah terdapat 23 suku kaum tetapi yang
terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei•Di Sarawak pula kaum terbesar ialah Melayu,
Melanau, Ibah, Bidayuh, Penan dan Kelabit
Siapakah Indigenous People?
•Masyarakat ingigenous ialah kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar•Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan
yang diwarisi sejak nenek moyang mereka•Sebilangan kecil masyarakat ini tinggal jauh di
pedalaman dan tidak menerima sebarang perubahan kerana kedudukan geografi yang tidak memungkinkan prasarana dapat dibina untuk menghubung mereka dengan dunia luar
Peluang pendidikan kepada Indigenous People• Sistem pendidikan belum dapat menyentuh sistem belajar asli
(Indigenous learning system)• Sistem belajar asli dapat mempertahankan nilai-nilai budaya mereka• Mereka belum bersedia merima perubahan dan berpegang kepada
amalan hidup tradisional
Pelan Tindakan
•Kementerian Pelajaran memberikan penekanan dan fokus kepada mendefinisikan semula persekolahan mereka•Pendifinisian semula bertujuan untuk membantu
supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan•Mereka belum bersedia menerima perubahan dan
berpegang kepada amalan hidup tradisional
Pelan Tindakan
Pendemokrasian pendidikan: •penyediaan kemudahan prasarana meliputi
kemudahan sekolah yang mempunyai asrama•Peralatan lengkap dalam dan luar bilik darjah•Penggunaan abm yang baik oleh guru•Program ‘Outreach’ pendidikan khas• Lawatan JK Bertindak Bagi Menangani Isu-isu
Pendidikan
Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan:Pedalaman
•Masyarakat pedalaman merujuk kepada kawasan luar bandar yang jauh di pedalaman•Persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang
merangsang pendidikan•Murid-murid kawasan pedalaman menggunakan
pertuturan kaum sendiri• Ibubapa tidak mementingkan pelajaran anak-anak•Kurang guru pakar atau berpengalaman• Jurang digital yang sangat ketara
Pelan Tindakan:Pedalaman
•Pengagihan peruntukan kewangan yang adil•Kerajaan sedia dana dan sokongan teknikal untuk
menilai impak dan keberkesanan program Pembacaan Tambahan•Menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan•Meningkatkan program Pendidikan Berasaskan
Kemahiran Hidup (LSBE) •Memperkenalkan KIA2M untuk murid tahun 1•Kelas pemulihan untuk murid bermasalah pelajaran
Pelan Tindakan:Pedalaman•Memperluaskan pendidikan prasekolah di sekolah pedalaman•Menaikkan kadar peruntukan per kapita dan memantapkan
kurikulum prasekolah•Mengurangkan masalah tidak menguasai 3M•Memperluaskan program pemulihan khas dengan
menyediakan kelas dan guru berkelayakan • Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar melalui
infrastruktur yang sempurna, kemudahan ICT, insentif guru, bekalan air bersih dan elektrik• Rancangan makanan tambahan
Pelan Tindakan:PedalamanMelalui PIPP KPM akan membangunkan infrastruktur dan
kemudahan pendidikan di luar bandar. PIPP dijangka memberi impak besar kepada pembangunan pendidikan luar bandar dari segi:• Penguasaan 3M• Pemulihan• Skim Baucar Tuisyen• Jurang pencapaian pelajar• Kadar keciciran• Taraf kesihatan• Guru berkualiti di pedalaman
Kesimpulan
• Jurang perbezaan peluang pendidikan agak ketara antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar khususnya di kawasan perkampungan orang Asli, indigenous serta di pedalaman•Pendemokrasian pendidikan memerlukan setiap
murid mendapat peluang pendidikan yang sama•Berbagai program dilaksanakan oleh kerajaan melalui
KPM supaya tahap pendidikan di luar bandar dapat dipertingkatkan setaraf dengan sekolah di bandar