tajuk 2: perkembangan kanak-kanak - amaljaya.comamaljaya.com/guru/pismp/edu 3102/tajuk...
TRANSCRIPT
Tajuk 2: Perkembangan Kanak-kanak
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
• Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak).
• Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya, cara pertuturan dan kematangan.
• Paul Eggan & Don Kauchak (1997) menyatakan, "...the concept of development, the orderly, durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience and maturation".
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 2
Konsep Perkembangan
Konsep Perkembangan
• Crow & Crow : Perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
• Karl G. Garrison : Perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat sejagat.
• D.S Wright & Ann Taylor : Perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan hayat.
• Charls Darwin (pengasas teori evolusi): Jika sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk matang adalah lama.
• Atan Long : Perubahan kualitatif tidak dapat diukur secara kualitatif
tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat awal dan berlaku berterusan daripada
percambahan hingga akhir hayat.
• Beltes, Reese & Nesselroade (1977) : Dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal.
• Mohd Nazar (1990) : Perubahan dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis evolusi atau ontogenik.
Konsep Perkembangan
Perkembangan Ialah
• Proses yang berterusan dair lahir hingga kematangan dan
akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan
secara berterusan.
• Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara kuantitatif
tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat
perbandingan sebelumnya.
• Berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna
rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).
• Faktor baka dan persekitaran dianggap faktor utama
mempengaruhi perkembangan individu dari segi jasmani.
Emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
• Dianggap sebagai perubahan tingkah laku mental.
Ciri-ciri Perkembangan
• Susunan perkembangan adalah serupa, berperaturan dan dapat
diramal bagi semua ahli dalam sesuatu jenis. Kanak-kanak
berkembang secara berperingkat.
• Perkembangan berlaku mengikut kadar yang berlainan.
• Perkembangan berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada
keadaan tertentu.
• Perubahan bersifat kualiti, tidak dapat diukur secara tetap tetapi
dapat dilihat dari perubahan sifat.
• Proses perkembangan berterusan dari permulaan hingga akhir hayat
melebihi peringkat kematangan.
• Perkembangan timbul dari tindakan yang saling berkaitan antara
pertumbuhan jasmani dan pembelajaran.
• Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Adakah Budin mengalami perkembangan atau pertumbuhan? Berikan alasan anda.
• Perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat (Santrok 2008).
• Perubahan-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 8
Perkembangan Fizikal
• Merujuk kepada pertumbuhan badan dan organ-organnya, kefungsian sistem-sistem fizikal, kemunculan tanda-tanda penuaan dan kordinasi kemahiran motor kasar dan halus.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 9
• Merujuk kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam otak manusia.
• Sebagai contoh dalam persepsi, pengamatan, penanggapan, penguasaan bahasa dan lain-lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 10
Perkembangan Kognitif
• Merujuk kepada perubahan dan perkembangan dalam perhubungan peribadi dan intrapersonal seperti motif, emosi dan perasaan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 11
Perkembangan Psiko-Sosial
Prinsip Perkembangan
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan:
• Bayi boleh duduk dengan bantuan , merangkak, kebolehan berdiri dan berjalan.
• Perubahan beransur daripada keadaan umum kepada spesifik.
• Bayi boleh boleh menggenggam objek sebelum belajar menggunakan tangan.
• Pertumbuhan berlaku dengan otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot halus.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 12
• Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berterusan.
• Kanak-kanak akan menambah kemahiran yang sedia ada untuk pencapaian kemahiran yang baru kelak.
• Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan adalah berbeza. *(sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada hanya boleh berjalan pada usia 18 bulan).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 13
• Perkembangan bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran.
• Kematangan adalah kemunculan potensi sedia ada yang dipengaruhi oleh faktor genetik.
• Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
• Proses pembelajaran membantu memperkembangkan potensi yang sedia ada.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh 14