tajuk 2 kesedaran kepelbagaian budaya siti nor atiekah
DESCRIPTION
pendidikan jasmaniTRANSCRIPT
Budaya dan pembelajaran
Topik 2 : kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
EN AZIZ BIN MAHMOOD
SITI NOR ATIEKAH BINTI KAMARUDIN
5PISMP BM3 ( SJKT )
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Konsep
Bangsa Adat resam
Melayu Cina India Iban Kadazan Orang asli
Struktur masyarakat/kelas sosial
Kepercayaan Bahasa Jantina
Implikasi
Membincangkan kepentingan kesedaran kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan semua anggota masyarakat umumnya dan para pelajar khususnya.
BANGSA
sekelompok manusia yang dianggap memiliki identiti
bersama, mempunyai kesamaan bahasa, agama, ideologi dan budaya.
Setiap bangsa mempunyai identiti sendiri.
Contohnya : 1.Orang Melayu dengan
kemelayuannya2.Orang Cina dengan
kecinaannya 3.Orang India dengan
keindiaannya
ADAT RESAM
ADAT RESAM- Peraturan yang telah diamalkan
sejak turun-temurun dalam
sesebuah masyarakat.
ADAT- Peraturan yang telah diamalkan
sejak turun- temurun
RESAM - lembaga, peraturan,
hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok
masyarakat
STRUKTUR MASYARAKAT / KELAS SOSIAL
Susunan daripada unsur – unsur sosial yang asas dalam masyarakat iaitu kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial.
Dua kategori struktur masyarakat iaitu :
I. Keturunan atau kastaII. Suku bangsa, ras, kelompok,
jenis keluarga dan agama.
KEPERCAYAAN
Dalam konteks psikologi kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkait dengan sikap berkedudukan – memihak ( propositional attitude ).
Dalam konteks agama kepercayaan merupakan sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.
Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan serta nilai masing – masing.
Pendedahan tentang kepercayaan masyarakat lain kepada para pelajar dapat mengelakkan sebarang salah faham sesama mereka yang berlainan budaya.
BAHASA
Alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk saling berkomunikasi atau berhubungan baik dari segi tulisan, lisan atau gerakan bertujuan menyampaikan maksud hati atau kemahuan kepada orang lain.
Bahasa mempunyai simbol dan perlambangan untuk sesuatu kelompok.
JANTINA
Merupakan perbezaan antara lelaki dengan perempuan berdasarkan ciri – ciri sosial dan budaya yang sebenarnya dapat ditukarkan kerana diperoleh melalui proses belajar.
Misalnya perempuan bekerja di dalam rumah dan lelaki bekerja di luar rumah.
Dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
IMPLIKASI KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
RUMUSAN
Pelbagai kaum akan menyebabkan wujudnya corak sosio budaya yang berbeza.
Tidak menjadi tembok penghalang untuk wujudkan pelbagai jurang dalam sistem demokrasi.
Murid harus didedahkan tentang kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat.