tahap pelaksanaan sistem pentauliahan pelajar … · malaysia memfokuskan matlamat untuk mencapai...
TRANSCRIPT
PELAKSANAAN SISTEM PENTAULIAHAN PELAJAR-PELAJAR SKM DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR DALAM BIDANG
KEJURUTERAAN JENTERA.
SALLEHUDDIN BIN IDRIS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : PELAKSANAAN SISTEM PENTAULIAHAN PELAJAR-PELAJAR
SKM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR DALAM BIDANG KEJURUTERAAN JENTERA.
SESI PENGAJIAN : 2002-2003
Saya SALLEHUDDIN BIN IDRIS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Kejuruteraan T.J , EN. ADNAN BIN AHMAD Lot 7464, Jln. Srinavasan, Nama penyelia 86000 Kluang, Johor
Tarikh:____________________ Tarikh: _____________________
CATATAN:* Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)”
Tandatangan : ………………………………….. Nama Penyelia : ENCIK ADNAN BIN AHMAD Tarikh : ……………………………………
i
PELAKSANAAN SISTEM PENTAULIAHAN PELAJAR-PELAJAR SKM DI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI JOHOR DALAM BIDANG
KEJURUTERAAN JENTERA.
SALLEHUDDIN BIN IDRIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Oktober 2003
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………… Nama Penulis : SALLEHUDDIN BIN IDRIS Tarikh : ………………………………………
iii
DEDIKASI
Istimewa buat,
Allahyarham Ayahanda Dan Bonda tersayang
Yang sering mendoakan kejayaan anakmu ini
Buat seluruh ahli keluarga yang memberikan dorongan dan bantuan
kuucapkan terima kasih untuk segalanya.
Kepada semua rakan dan sahabat,
Setiap pertolongan yang kalian hulurkan
Terima kasih daun keladi.
Semua pengorbanan kalian akan kuabadikan
hingga ke akhir hayat
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirrahim.
Buat permulaannya, dipanjatkan rasa kasyukuran kepada Yang Maha Esa kerana
dengan keizinannya jua dapat menyiapkan PSM ini seadanya.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya. Beliau telah
banyak memberikan bimbingan, tunjukajar, pendapat serta dorongan dengan penuh rasa
ikhlas dan tanggungjawab.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Majlis Latihan
Vokasional Kebangsaan (MLVK) terutama Penolong Pengarah Persijilan Pn. Zuleah Bt.
Darsong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pengetua-pengetua Sekolah Menengah
Teknik Negeri Johor serta guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak.
Akhirnya, ucapan terimakasih kepada seluruh keluarga dan rakan-rakan serta
individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang penyediaan PSM ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau pelaksanaan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (
SKM ) yang dijalankan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Skop kajian hanya
meliputi penilaian yang dijalankan ke atas pelajar, kemudahan fizikal yang merangkumi
bengkel, kelengkapan peralatan dan bahan latihan serta modul yang disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Teknik. Responden kajian melibatkan 72 orang guru yang mengajar
kursus SKM di lima buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor. Maklumat kajian
ini telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik. Data-data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan program “Statistical Package For Social Science for
Window Release 10.0 ( SPSS )” untuk mendapatkan nilai peratusan. Dapatan kajian
menunjukkan sistem yang diamalkan adalah mengikut Sistem Pentauliahan yang
dikelolakan oleh MLVK Manakala kemudahan fizikal seperti bengkel dan kelengkapan
peralatan kurang mencukupi untuk pelaksanaan kemahiran tahap 1. Sukatan dalam
modul latihan yang dikemukakan oleh JPT bersesuaian dan diterima oleh pihak industri.
vi
ABSTRACT
This study sets out to examine the implementation of the Malaysian Skills
Certificate ( Sijil Kemahiran Malaysia – SKM ) in Technical and Vocational schools. It
looked at examines the evaluation system imposed on the students in the technical
schools the both in terms of the physical facilities as well as the resources provided in the
school. Besides that, the module from JPT are agreed to the Industrial section. The study
looked at 72 teachers in five technical schools in Johor The data of the study was
collected questionnaire. The data collected were analyzed using the “Statistical Package
for Social Science for Window Release 10.0 (SPSS)” to address the three research
questions of this study. The findings showed that the evaluation system was found that
the evaluation systems conducted are corresponding to the Accreditation System.
However, the physical facilities and resources provided in the schools were adequate for
the implementation of the teaching of the first level skill. As regard to the module from
JPT was accepted at Industrial Section.
vii
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN M/S 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 3 1.3 Pernyataan Masalah 8 1.4 Persoalan Kajian 9 1.5 Objektif Kajian 9 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian 11 1.8 Terminologi / Istilah 1.8.1 Pelaksanaan 12 1.8.2 Sijil Kemahiran Malaysia 12 1.8.3 Sekolah Menengah Teknik 13 1.8.4 Sistem Pentauliahan 13
viii
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN M/S 2.1 Pengenalan 14 2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan
Vokasional 15
2.3 Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan 15
2.3 Perlaksanaan Sijil Kemahiran Melalui
Sistem Pentauliahan 17 2.4 Peranan Guru dalam P & P Aliran
Kemahiran 18
2.5 Penilaian 20
2.6 Kemudahan Fizikal, Peralatan dan
Bahan Pengajaran 22
2.7 Penerimaan Industri Terhadap Pelajar
Lepasan SMV 23
2.8 Penutup 24
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI M/S 3.1 Pengenalan 25 3.2 Rekabentuk Kajian 25 3.3 Persampelan 26 3.4 Instrumen Kajian 27 3.5 Prosedur Kajian 29 3.6 Kaedah Analisis Data 31
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN M/S 4.1 Pengenalan 34 4.2 Analisis Soal Selidik Bahagian A 35 - Latar Belakang Responden 35 4.3.1 Persoalan Kajian 1
(Adakah Kualiti Kemahiran Pelajar Yang
Mengikuti Sistem Pentauliahan Diterima
Oleh Pihak Industri) 41
x
4.3.2 Persoalan Kajian 2
(Kemudahan Fizikal Mencukupi dan
Menepati Kehendak MLVK) 43
4.3.3 Persoalan Kajian 3
(Adakah Modul Latihan Yang
Dikemukakan oleh JPT Bersesuaian
Dengan Pihak Industri) 47
BAHAGIAN LIMA BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN M/S 5.1 Pengenalan 49 5.2 Rumusan 50 5.2.1 Rumusan Dapatan 50 5.3 Perbincangan 51 5.3.1 Kualiti Kemahiran Pelajar Yang Mengikuti 51
SP Diterima Oleh Pihak Industri 52 5.3.2 Kemudahan-kemudahan fizikal Mencukupi 53
dan Memenuhi Kehendak MLVK
5.3.3 Modul Latihan Yang Dikemukakan oleh
JPT Bersesuaian dengan Pihak Industri 55
xi
5.4 Maklumat Tambahan 56
5.4.1 Kursus Guru-guru SKM 56
5.4.2 Penglibatan Pihak Industri dan Pelaksanaan
Kemahiran SKM melalui SP 58 5.5 Cadangan 59 5.6 Kajian Lanjutan 59 5.7 Kesimpulan 60 Rujukan 61 LAMPIRAN A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM LAMPIRAN B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian EPRD LAMPIRAN C Borang Soal Selidik
xii
Bil Jadual
Tajuk
Muka Surat
Jadual 3.1
Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Johor 27
Jadual 3.2
Item-item Persoalan Kajian 28
Jadual 3.3
Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 32
Jadual 3.4
Kriteria Menganalisis Data 32
Jadual 3.5 Kriteria Penilaian Skor 33
Graf 4.1
Taburan Responden Mengikut Sekolah 35
Grafr 4.2
Taburan Responden Mengikut Pengkhususan Kursus 36
Jadual 4.1
Taburan Responden mengikut Jantina 37
Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 37
Jadual 4.3
Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 38
Jadual 4.4
Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
SKM
39
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar Seminggu
40
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Waktu
Mengajar SKM Seminggu
41
Jadual 4.7
Maklum Balas Responden tentang Kualiti Kemahiran
Pelajar
42
Jadual 4.8
Maklum Balas Responden tentang Kemudahan Fizikal 44
Jadual 4.9
Maklum Balas Responden tentang Modul Latihan
Yang Dikemukakan oleh JPTek
47
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan penerokaan
sepenuhnya sumber manusia yang mampu dilaksanakan oleh negara tersebut.
Memandangkan negara sedang menjurus kepada pembangunan ekonomi yang
berteraskan teknologi dan perindustrian, maka sudah tentunya harapan yang tinggi di
sandarkan kepada bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Ini selari dengan
pendapat Siti Maspah dan Nor Azizah (1995), yang menyatakan pendidikan
vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Ini
kerana negara yang sedang pesat membangun memerlukan tenaga profesional dan
separa profesional bagi menentukan kesinambungan pembangunan sesebuah negara
tersebut. Mereka merupakan aset utama yang merencanakan teras pembangunan
sesebuah negara.
Malaysia memfokuskan matlamat untuk mencapai taraf sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, iaitu dengan mengalihkan tumpuan ekonomi negara daripada
berasaskan bidang pertanian kepada bidang perindustrian (Mahathir, 1991). Dalam
merealisasikan wawasan 2020 secara umumnya, para majikan bersetuju bahawa
pendidikan teknik dan vokasional dapat membantu menyediakan pekerja mahir dan
separa mahir (Ramlee Mustapha, 2000).
2
Perkembangan yang semakin membangun dalam sektor perindustrian juga
telah mengakibatkan peningkatan tenaga kerja dalam bidang teknikal. Ini juga bagi
menyahut cabaran globalisasi dunia yang semakin mencabar. Justeru itu, keperluan
tenaga kerja dalam aliran teknikal amat perlu diperluaskan.Konsep pendidikan
sepanjang hayat yang digariskan dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang Ketiga
tahun 2001 hingga 2010, menyatakan bahawa latihan kemahiran juga menyediakan
peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi setaraf dengan ijazah
pertama pendidikan akademik (Berita Harian, 23 April 2001).
Selaras dengan hasrat itu, kerajaan dan sektor swasta telah memperkenalkan
pendidikan teknik dan vokasional di negara kita. Kerajaan telah memainkan
peranannya dengan melaksanakan program formal, pendidikan teknik dan vokasional
melalui agensi-agensinya iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian
Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Amanah Rakyat
(MARA) (Shahril Marzuki, 1993). Perkembangan ekonomi dan sosial negara juga
bergantung kepada pendidikan yang berteraskan teknikal serta berkemahiran tinggi.
Ini kerana pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi merupakan nadi kepada
pengoperasian sesebuah syarikat (Berita Harian, 23 April 2001). Selain itu, mereka
juga merupakan aset penting yang merencanakan teras pembangunan sesebuah
negara (Siti Maspah dan Nor Azizah, 1995).
Di samping itu Kerajaan Negeri juga tidak ketinggalan untuk membantu
pihak kerajaan dalam merealisasikan pendidikan teknik dan vokasional dengan
menubuhkan institusi yang bercorak kemahiran teknikal seperti yang dijalankan oleh
Kerajaan Negeri Terengganu dengan menubuhkan Institut Lanjutan Teknikal
Terengganu (TATI) pada tahun 1996. Kesemua agensi-agensi tersebut masing-
masing mempunyai corak pendidikan dan latihan yang menjurus kepada melahirkan
tenaga mahir dan separa mahir di bidang teknikal dan vokasional disamping
pengetahuan teknologi.
3
Agensi latihan swasta seperti Proton, Matsushita Electronic, Telekom, Cycle
& Carriage Bintang, Mimos dan banyak lagi yang menjalankan kursus dalam
pelbagai peringkat untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Ini kerana pekerja
yang mempunyai kemahiran yang tinggi adalah nadi kepada operasi sesebuah
syarikat (Berita Harian, 23 April ). Agensi-agensi ini menyediakan pekerja mereka
untuk menduduki peperiksaan yang bercorak kemahiran atau ujian tempatan seperti
yang dikelolakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah
Kementerian Sumber Manusia dan agensi luar negeri yang berkaitan dengan bidang
mereka seperti British Technical Education Council (BTEC), City And Guilds,
London (Siti Maspah Hassan dan Nor Azizah Mohd. Salleh, 1995).
Secara umumnya, dapatlah dinyatakan bahawa setiap perancangan yang perlu
dilaksanakan sewajarnya menepati sasaran yang diingini. Pihak-pihak yang
dipertanggungjawabkan memainkan peranan utama bagi merealisasikan hasrat
kerajaan untuk menjadi sebuah negara perindustrian sepenuhnya setanding dengan
negara-negara perindustrian lain di dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian
Sebagaimana yang kita ketahui, ekonomi negara Malaysia telah berganjak
dari sektor pertanian galian kepada sektor industri. Di dalam sektor perindustrian
pula, kita telah berganjak dari insentif buruh kepada insentif modal dan insentif
teknologi. Ini bertepatan dengan matlamat negara yang mensasarkan Malaysia
sebagai dunia ketiga kepada sebuah negara maju menjelang 2020 melalui wawasan
2020 bagi menyahut cabaran globalisasi dunia (Mahathir, 1991)
Kementerian Pendidikan Malaysia dipertanggungjawabkan dalam
mengendalikan pendidikan formal, aliran teknik dan vokasional melalui Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional di seluruh negara. Pilihan aliran antara mata
pelajaran akademik dan pendidikan teknik dan vokasional bermula di tingkatan 4. Di
Sekolah Menengah Teknik terdapat dua jenis aliran pendidikan iaitu :-
4
a. Aliran Pendidikan Teknik
b. Aliran Pendidikan Vokasional
Di dalam aliran vokasional ini terdapat dua pilihan kursus yang ditawarkan
iaitu :-
a. Aliran Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV)
b. Aliran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Kebiasaanya pelajar aliran kemahiran adalah pelajar yang kurang cemerlang
dalam bidang akademik (Berita Harian, 23 April 2001). Ini bermakna pelajar tersebut
adalah kurang cemerlang semasa Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
atau keciciran semasa di tingkatan 3. Pelajar ini akan mengikuti latihan bercorak
kemahiran yang dijalankan di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, seterusnya
pelajar menduduki Peperiksaan Kemahiran Malaysia bagi mendapatkan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal
(JPT) atau Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Memandangkan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dijalankan di
Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, maka penyelidik ingin mengambil
inisiatif untuk memfokuskan kajian terhadap perlaksanaan kursus Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Satu tinjauan yang berkaitan penilaian yang dilaksanakan di
sekolah, kemudahan fizikal seperti bengkel, kelengkapan peralatan dan bahan latihan
yang disediakan di sekolah serta modul sistem pentauliahan yang dilaksanakan
bersesuaian dengan kehendak industri tempatan .
Organisasi yang ingin menjalankan Sistem Pentauliahan ini perlu memohon
untuk menjadi pusat pentauliahan. Manakala, tenaga pengajarnya wajib mengikuti
kursus untuk menjadi Pegawai Penilai serta sekurang-kurangnya seorang Pegawai
Pengesah Dalaman.
5
Pengesahan ketrampilan seseorang pelajar dapat dijalankan melalui ujian-ujian yang
disediakan oleh guru mengikut duti dan task berdasarkan Standard Kemahiran
Kebangsaan (SKK) yang disediakan oleh MLVK. Ujian ini amat berbeza dengan
ujian SKM kerana pelajar yang gagal dalam teori masih boleh mengulangi ujian
tersebut tetapi sekiranya mereka gagal di dalam ujian amali, ini bermakna mereka
telah gagal secara keseluruhannya. Ini menunjukkan bahawa ujian SKM
menitikberatkan kemahiran pelajar berbanding Sijil Pentauliahan lebih kepada bukti
penulisan.
Adakah penilaian yang dijalankan di sekolah benar-benar menguji
ketrampilan pelajar mengikut kehendak Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK). Menurut pihak MLVK (1996), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah
satu kelayakan yang dianugerahkaan kepaada seseorang calon yang telah
membuktikan ketrampilan mereka dalam setiap duti yang disenaraikan dalam
Standard Kemahiran Kebangsaan bagi sesuatu bidang dan tahap-tahap yang tertentu.
Ini bersesuaian dengan kenyataan MLVK (1996) lagi, yang menyatakan
bahawa penilaian adalah suatu proses mendapat dan menimbang bukti kemahiran.
Seseorang pegawai penilai dan calon boleh memperolehi piawaian yang telah
ditentukan oleh SKM. Menurutnya lagi, penilaian prestasi perlu dilengkapi dengan
penilaian dari segi pengetahuan dan kefahaman. Ini perlu dilaksanakan oleh pegawai
penilai semasa membuat kesimpulan tentang ketrampilan pelatih ataupun pelajar.
Menurut MLVK lagi, pemilihan kaedah penilaian boleh memberikan implikasi
mendapatkan sesuatu kelayakan.
Penukaran Ujian SKM kepada Sistem Pentauliahan telah dijalankan secara
berperingkat-peringkat bermula dari tahun 1993 sehingga 1996. Menurut kajian
yang telah dijalankan oleh Mohd. Mulyadi (2001), sistem pentauliahan ini tidak
sesuai dijalankan di peringkat sekolah.
6
Dalam Proses pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan guru yang mengajar
aliran SKM juga terlibat dalam pengurusan bengkel untuk memastikan sesebuah
bengkel diuruskan dengan baik dan sistematik (Sariman Shariff, 1999) serta tugas-
tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dan penolong kanan dari masa ke semasa.
Dalam aspek kemudahan fizikal, kemampuan kemudahan yang sedia ada di
sekolah dari segi infranstruktur bengkel, kelengkapan peralatan dan bahan latihan
untuk menjalankan kursus SKM dengan peruntukkan wang bagi mata pelajaran
kemahiran bagi membiayai kos operasi iaitu RM 300.00 seorang pelajar (Sariman
Shariff, 1999). Aspek-aspek ini penting berdasarkan kenyataan oleh MLVK (1994)
iaitu :-
“MLVK akan meluluskan permohonan pentauliahan
sekiranya organisasi yang memohon memberikan maklumat yang
lengkap dan benar serta memiliki kemampuan dari segi kemudahan
fizikal dan sumber tenaga kerja untuk menjalankan latihan
dan penilaian terhadap pelatih”
Kemudahan peralatan memainkan peranan yang penting dalam proses latihan
kemahiran. Peralatan yang mencukupi membolehkan pelajar menjalankan
pembelajaran dan latihan dengan lebih berkesan terutama dari segi kepenggunaan
masa dan bahan (Ishak Baba, 1997). Sebagaimana menurut (Economic Planning
Unit of Prime Minister’s Department and Asian Development Bank, 1990) yang
menyatakan kemudahan fizikal dan bengkel serta peralatan adalah faktor penting
dalam menentukan kualiti satu-satu latihan yang dilaksanakan.
Penukaran Ujian SKM kepada Sistem Pentauliahan telah dijalankan secara
berperingkat-peringkat bermula dari tahun 1993 sehingga 1996. Menurut kajian
yang telah dijalankan oleh Mohd. Mulyadi (2001), sistem pentauliahan ini tidak
sesuai dijalankan di peringkat sekolah.
7
Ini kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan bengkel dan kelengkapan
infranstruktur yang disediakan di sekolah. Kenyataan ini juga disokong melalui
kajian yang telah dijalankan oleh Azlee (2001) di Sekolah Menengah Teknik di
negeri Perak yang memberikan hasil dapatan sebanyak 52.8% sahaja guru bersetuju
dengan kemudahan bengkel yang disediakan di sekolah dalam melaksanakan Sistem
Pentauliahan.
Justeru itu, kajian adalah untuk melihat permasalahan yang sama di peringkat
negeri Johor. Sebagaimana yang diketahui oleh semua pihak bahawa kelengkapan
bengkel dan peralatan bahan perlu diutamakan bagi melaksanakan Sistem
Pentauliahan di sekolah ataupun di peringkat pengajian yang lain.
Oleh kerana Sekolah Menengah Teknik belum memohon untuk menjalankan
Sistem Pentauliahan, maka Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT) telah mengeluarkan
satu modul yang hampir menyamai modul yang dikeluarkan oleh MLVK pada tahun
1997. Perkembangan industri tempatan amat memerlukan tenaga mahir dan separuh
mahir dalam mengisi kekosongan dalam bidang perindustrian di Malaysia. Apa yang
menjadi persoalan adakah modul yang disediakan oleh pihak JPT benar-benar
diterima oleh pihak industri. Perkembangan teknologi di sekolah adalah perlu
diselaraskan mengikut perkembangan industri tempatan.
Perindustrian di Malaysia amat memerlukan tenaga mahir dalam bidang
kejuruteraan jentera. Ini bertepatan dengan penulisan (Berita Harian, 1995) yang
menyatakan bahawa negara Malaysia telah mengimport tenaga mahir dari luar
negara bagi mengisi kekosongan jawatan di negara ini. Justeru itu pengkaji ingin
menumpukan kajian terhadap kursus Kejuruteraan Jentera di semua Sekolah Teknik
di negeri Johor bagi melihat keberkesanan tahap piawaian sistem pentauliahan yang
dijalankan. Adakah modul yang diselaraskan benar-benar menepati kehendak
industri tempatan?
8
Matlamat sistem pentauliahan tidak akan tercapai sekiranya pihak sekolah
tidak bersedia terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan tahap penilaian yang
dilaksanakan, kemudahan-kemudahan infranstruktur yang disediakan dan
keberkesanan modul terhadap permintaan industri tempatan.
1.3 Penyataan Masalah Kajian
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar
yang cemerlang dalam bidang teknologi dan kemahiran. Ia juga bertujuan
melahirkan tenaga-tenaga mahir dan separuh mahir bagi melaksanakan dasar Negara
sebagai sebuah negara perindustrian sepenuhnya tahun 2020 nanti. Justeru itu,
sebagai sebuah Institusi Pendidikan sewajarnya memainkan peranan utama bagi
merealisasikan matlamat negara menjelang 2020.
Oleh yang demikian penyelidik ingin melihat tahap pelaksanaan Sistem
Pentauliahan SKM bagi pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik di Johor.
Dengan ini penyelidik cuba melihat dan mengenalpasti tahap pelaksanaan Sistem
Pentauliahan yang dijalankan di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor
dalam bidang kejuruteraan Jentera. Antara aspek-aspek yang akan dikaji berkaitan
dengan penilaian kualiti kemahiran pelajar, kemudahan-kemudahan fizikal
(kelengkapan peralatan dan bahan latihan yang mencukupi) dan modul yang
disediakan oleh JPT diterima oleh pihak industri tempatan mahupun luar negara.
9
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang berkaitan adalah seperti berikut:- 1. Adakah kualiti kemahiran pelajar yang mengikuti Sistem
Pentauliahan diterima oleh pihak industri?
2. Adakah kemudahan fizikal bengkel, kelengkapan dan bahan latihan
mencukupi untuk menjalankan Sistem Pentauliahan.
3. Adakah modul latihan yang dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan
Teknikal (JPT) bersesuaian dengan pihak industri?
1.5 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah ditetapkan di dalam kajian ini. Antaranya ialah :- 1. Mengenalpasti kualiti kemahiran pelajar diterima oleh pihak industri.
2. Mengenalpasti sama ada kemudahan fizikal seperti bengkel, kelengkapan
peralatan dan bahan latihan adalah mencukupi untuk menjalankan Sistem
Pentauliahan.
3. Mengenalpasti sama ada modul latihan yang dikemukakan oleh Jabatan
Pendidikan Teknikal (JPT) bersesuaian dengan pihak industri.