technicalmofgames2015.files.wordpress.com · web viewarief amron ariffin company sc

10
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan BOLA SEPAK 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 30 Nov 2015 - 4 Dis 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi, 4.00 petang & 8.30 malam (akhir) 2.3 Tempat : (i) Stadium INSPEN, Presint 14, Putrajaya (ii) Stadium BSN, Bangi (iii) Stadium UNITEN, Bangi (iv) Stadium UKM, Bangi 3.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN 3.1 Selain daripada peraturan yang terkandung di dalam peraturan ini, pertandingan ini adalah mengikut Peraturan Am PSKK2015 dan undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) / Bolasepak oleh Federation Internationale de Football Association (FIFA). | -PSKK2015/Peraturan Pertandingan 27

Upload: doanxuyen

Post on 27-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

BOLA SEPAK1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 30 Nov 2015 - 4 Dis 20152.2 Masa : 8.30 pagi, 4.00 petang & 8.30 malam (akhir)2.3 Tempat : (i) Stadium INSPEN, Presint 14, Putrajaya

(ii) Stadium BSN, Bangi(iii) Stadium UNITEN, Bangi (iv) Stadium UKM, Bangi

3.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Selain daripada peraturan yang terkandung di dalam peraturan ini, pertandingan ini adalah mengikut Peraturan Am PSKK2015 dan undang-undang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) / Bolasepak oleh Federation Internationale de Football Association (FIFA).

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n27

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.2 Pendaftaran pemain adalah 20 orang untuk setiap pasukan. Jika didapati pemain yang mengambil bahagian adalah pemain yang tidak berdaftar atau tidak mematuhi peraturan kelayakan pemain sepertimana yang ditetapkan, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan TERBATAL secara automatik dan semua perlawanan sebelumnya yang telah disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4.3 Senarai pendaftaran awal sehingga 25 orang pemain hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 26 Oktober 2015. Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan, sekiranya perlu). Senarai akhir 20 orang pemain perlu di hantar kepada pegawai pertandingan sebelum atau pada 25 November 2015. Senarai akhir ini adalah muktamad dan tidak boleh dipinda sehingga selesai Pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015.

5.0 CARA PERTANDINGAN

5.1 Pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Semua pertandingan di pusingan awal akan dijalankan secara liga peringkat kumpulan di mana Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding secara silang balik (criss-cross) dalam peringkat separuh akhir. Bagi perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Bagi pasukan yang tewas pada perlawanan separuh akhir, pasukan tersebut akan menduduki tempat ke-3 bersama.

5.2 Dua (2) pasukan akan bertanding sebagai pasukan pilihan (‘seeded’). Kedua pasukan ini akan diasingkan semasa peringkat liga kumpulan. Kedua-dua pasukan pilihan (‘seeded’) adalah

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n28

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Bolasepak Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015.

5.3 Apabila lebih dari satu pasukan dalam sesuatu kumpulan mendapat jumlah mata yang sama dalam pusingan awal, pemenang akan ditentukan mengikut susunan berikut:5.3.1 Perbezaan terbanyak di antara jumlah jaringan dan jumlah

kena jaring (bolos);5.3.2 Jumlah jaringan terbanyak;5.3.3 Jumlah jaringan kena jaring terendah (bolos);5.3.4 Pasukan yang menang dalam pertemuan terdahulu;5.3.5 Lima sepakan penalti bagi setiap pasukan;5.3.6 Sepakan penalti serta merta; dan5.3.7 Jika keadaan yang tidak mengizinkan dan sepakan penalti

tidak dapat dibuat, maka keputusan akan dibuat dengan lambungan duit syiling.

6.0 JERSI DAN PERALATAN

6.1 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

6.2 Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

6.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam Jadual Pertandingan hendaklah menukar jersi kepada warna yang berlainan.

6.4 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa peralatan yang membahayakan pemain lain.

6.5 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shin-pad dan kasut boot. Pemakaian shin-pad adalah DIWAJIBKAN.

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n29

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut:-

Menang - 3 mataSeri - 1 mataKalah - 0 mata

7.2 Masa perlawanan di pusingan awal adalah 35 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama 10 minit (35 x 10 x 35). Di peringkat separuh akhir, masa perlawanan adalah 40 minit setiap separuh masa dengan masa rehat 15 minit (40 x 15 x 40). Manakala peringkat akhir adalah 45 minit setiap separuh masa dengan rehat 15 minit (45 x 15 x 45).

7.3 Untuk peringkat separuh akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, masa tambahan akan dijalankan selama 10 minit (separuh akhir) dan 15 minit (akhir) setiap separuh masa. Jika tamat masa tambahan keputusan masih lagi seri, maka lima (5) sepakan penalti setiap pasukan akan diadakan. Jika keputusan tidak berubah selepas lima (5) sepakan penalti, “Sudden Death” akan diadakan sehingga ada pemenang.

7.4 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam pertandingan ini secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.5 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dan diikuti dengan kad merah dalam satu perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

7.6 Pemain yang menerima kad merah dalam satu perlawanan iaitu yang dikenakan perintah buang padang, secara automatik akan digantung dua (2) perlawanan berikutnya. Di samping itu,

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n30

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.

7.7 Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan.

7.8 Mana-mana pengurus atau pemain yang melakukan kesalahan diluar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai melakukan di dalam pdang dan akan dikenakan hukuman mengikut para 7.7.

7.9 Hukuman kad kuning bermula dari pusingan awal hingga akhir (carry forward).

8.0 WAKTU PERLAWANAN

8.1 Semua perlawanan bermula pada waktu yang ditetapkan oleh Konvenor. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan. Pasukan yang tidak turun bermain selepas tempoh menunggu tamat akan dikira kalah, kecuali untuk kes tertentu yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan.

9.0 KEKURANGAN PEMAIN

9.1 Jika sesebuah pasukan menurunkan kurang daripada 9 orang pemain apabila separuh masa pertama dimulakan atau ketika perlawanan sedang berlangsung, pasukan tersebut dianggap telah memberi kemenangan. Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar mengikut mana yang terbanyak.

9.2 Sekiranya kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 9 orang pemain pada separuh masa pertama dimulakan, pengadil akan melaporkan kepada Jawatankuasa

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n31

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Pertandingan & Teknikal yang akan bersidang dan keputusan persidangan adalah muktamad.

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

10.1 Sebelum perlawanan dimulakan, Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan senarai 20 orang nama pemain yang berdaftar kepada pengadil pertandingan dan menandakan sebelas (11) orang pemain yang akan memulakan permainan.

10.2 Sebanyak lima (5) pertukaran pemain (tidak termasuk penjaga gol) boleh dibuat oleh mana-mana pasukan pada bila-bila masa sewaktu perlawanan berlangsung. Pemain yang telah dikeluarkan tidak boleh masuk semula bermain di dalam perlawanan tersebut.

10.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian, mestilah memberitahu penjaga garisan atau pengadil simpanan terlebih dahulu dengan menggunakan borang pertukaran yang disediakan.

11.0 PENGADILAN

11.1 Pengadil yang bertauliah akan mengadili semua perlawanan. Pengurus dan Jurulatih yang melatih sesuatu pasukan tidak dibenarkan mengadili perlawanan tersebut. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Konvenor selepas tamat perlawanan.

12.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

12.1 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan sehingga masa yang ditentukan akan dikira kalah dalam perlawanan tersebut dan terkeluar dari kejohanan. Pasukan lawannya akan diberi mata

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n32

Page 7: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

dengan jumlah jaringan 3-0 atau jumlah jaringan sebenar mengikut mana yang terbanyak.

12.2 Pasukan yang tidak menghabiskan perlawanan akan TERSINGKIR terus daripada pertandingan ini.

13.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH / KEMENANGAN PERCUMA

13.1 Pasukan yang memberikan kemenangan percuma (walk-over) kepada pasukan lawan akan diberikan kepada pasukan lawan kemenangan dengan jumlah jaringan 3-0. Pasukan yang memberi kemenangan percuma ini akan TERSINGKIR terus dari pertandingan ini.

14.0 PENANGGUHAN

14.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Penangguhan perlawanan hanya boleh dibuat sekiranya berlaku keadaan yang tidak mengizinkan seperti masalah cuaca serta perkara-perkara luar jangka atau keputusan di atas budi bicara Pengadil dengan persetujuan Konvenor.

15.0 KIRAAN MATA

15.1 Kiraan mata adalah berdasarkan perenggan 7.1 di atas. Dalam kes-kes tertentu di mana pasukan yang menarik diri atau tersingkir daripada pertandingan, segala mata yang diperolehi dan kiraan jaringan gol pasukan yang terbabit daripada perlawanan sebelumnya tidak akan diambil kira.

16.0 PERKARA LAIN | - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n33

Page 8: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company SC

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

16.1 Jika terdapat perkara yang berbangkit, tidak jelas atau tidak terdapat dalam peraturan ini, ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal.

16.2 Jika terdapat Penjaga Garisan yang dilantik tidak menghadirkan diri, seorang penjaga garisan dari tiap-tiap pasukan yang bermain akan diminta menjadi Penjaga Garisan pada setiap separuh masa.

17.0 BANTAHAN

17.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am PSKK2015.

18.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

18.1 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

18.2 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

18.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal untuk membuat keputusan.

18.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah MUKTAMAD.

| - P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n34