t kawalan terimaan
DESCRIPTION
T Kawalan Terimaan malaysiaTRANSCRIPT
-
65
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Dari Perspektif Jabatan Auidt Negara
Kawalan Terimaan
1. DEFINISI
Terimaan Kerajaan meliputi semua jenis pendapatan
dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan lain-lain. Dari
segi pentadbiran, hasil negara terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu Hasil Kerajaan Persekutuan, Hasil
Kerajaan Negeri dan Hasil Kerajaan Tempatan.
a. Hasil Kerajaan Persekutuan
Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di Malaysia
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
(i) Hasil-hasil Cukai
Berdasarkan ciri kutipan, hasil-hasil cukai yang
dipungut oleh Kerajaan adalah dikategorikan kepada
dua jenis kutipan iatu hasil dari cukai langsung dan
hasil dari cukai tidak langsung.
(ii) Hasil-hasil Bukan Cukai
Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip dari
perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan untuk
rakyat di mana orang ramai akan dikenakan bayaran
-
66
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
apabila menggunakan perkhidmatan tersebut. Kadar
bayaran yang dikenakan berasaskan kepada
peruntukan akta-akta mengenainya yang diluluskan
oleh Parlimen.
(iii) Terimaan Bukan Hasil
Terimaan bukan hasil merupakan kutipan-kutipan
yang bukan berasaskan mana-mana Akta atau
Perundangan.
b. Hasil Kerajaan Negeri
Hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah
seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 3, Jadual 10
Perlembagaan Persekutuan. Bagi negeri Sabah dan
Sarawak, Bahagian 5 jadual yang sama selain hasil yang
dinyatakan di bahagian 3 jadual tersebut.
c. Hasil Kerajaan Tempatan
Hasil-hasil yang dikutip oleh Kerajaan Tempatan pula
terdiri daripada:
(i) Hasil yang dikutip oleh Perbandaran yang ditubuhkan
di bawah Ordinan Perbandaran.
(ii) Hasil dari Lembaga Bandaran, Majlis Bandaran,
Lembaga Luar Bandar, Majlis Tempatan dan Pihak
-
67
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Berkuasa Tempatan yang mempunyai kuasa di bawah
undang-undang bertulis untuk memegang hasil-
hasilnya.
(iii) Cukai pintu.
2. OBJEKTIF
Kawalan terimaan adalah untuk memastikan
terimaan dikendalikan mengikut peraturan dan
diakaunkan dengan sempurna. Ia juga penting
bagi memastikan keselamatan, ketepatan,
kesempurnaan rekod perakaunan dan
pematuhan kepada prosedur dan peraturan
yang telah ditetapkan. Antara elemen kawalan
dalaman yang dinilai adalah seperti berikut:
a. Penerimaan direkod dengan betul dan
dibankkan.
b. Kawalan dalaman diwujudkan terhadap
penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran
resit serta borang hasil lain.
-
68
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
c. Kawalan dalaman bagi menentukan
keselamatan wang adalah mencukupi semasa
pungutan, penyimpanan dan pemindahan ke
bank.
d. Undang-undang dan peraturan berkaitan
terimaan dipatuhi sepenuhnya.
e. Pengolahan (treatment) transaksi
perakaunan adalah sah dan betul.
3. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Pengurusan terimaan adalah tertakluk kepada peraturan dan
pekeliling yang berkuatkuasa seperti berikut:
a. Arahan Perbendaharaan (AP 11, AP 60 69, AP 70 79,
AP 80 & AP 85, AP 126, AP 137, AP 141, AP 143 & AP 145,
AP 300 dan AP 328)
b. Pekeliling Perbendaharaan Bil.7/1986: Menyelenggara dan
Melaporkan Akaun Belum Terima Dasar dan Tatacara
c. Pekeliling Perbendaharaan Bil.5/2004: Penjenisan
kod hasil dan perbelanjaan
-
69
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
4. INDIKATOR
Untuk menentukan sama ada segala terimaan
telah dikendalikan mengikut peraturan dan
diakaunkan dengan sempurna terdapat 5 aspek
utama kawalan terimaan perlu diberikan
oerhatian iaitu:
Kawalan Borang Hasil
Penerimaan Wang
Kemasukan Terimaan/Hasil Ke Bank
Kawalan Perakaunan Terimaan/Hasil
Akaun Belum Terima
a. Kawalan Borang Hasil
3 aspek kawalan borang hasil, iaitu
kebenaran/kelulusan, kegunaan borang hasil
dan perekodan borang hasil.
-
70
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
(i) Kebenaran/Kelulusan
Kebenaran secara bertulis diberi kepada
pegawai yang menerima wang dan satu
rekod diselenggara mengenai kebenaran
yang diberikan itu (AP. 69);
Hasil yang dikutip adalah mengikut kadar
yang dibenarkan;
KRITERIA
Pegawai pengawal yang menurunkan
kewajipan kewangan dan perakaunan
kepada kakitangan bawahannya hendaklah
dinyatakan secara khusus dan bertulis (AP
11);
Kebenaran Ketua Setiausaha
Perbendaharaan diperolehi bagi hasil yang
dipungut dengan setem hasil {AP 64 (a)};
Ketua Jabatan dikehendaki mengeluarkan
surat kuasa yang membenarkan seseorang
pegawai menerima wang awam (AP 69);
-
71
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Urusan pengeluaran resit dilaksanakan oleh
dua orang pegawai untuk menyediakan dan
menandatangani resit (AP 70);
Dua pegawai dikehendaki bagi
mengeluarkan resit dimana seorang pegawai
akan menerima wang dan menandatangani
resit manakala seorang pegawai lagi akan
menulis resit {AP 70 (a)}.
Kebenaran diperolehi daripada Jabatan
Akauntan Negara sekiranya urusan
pengeluaran resit dan menyediakan resit
dilakukan oleh pegawai yang sama (AP 73);
Borang Hasil yang dikeluarkan daripada
stok disemak sekurang-kurangnya
setiap minggu oleh pemungut atau
wakilnya {AP 80(c)
KELEMAHAN
Tiada kuasa secara bertulis dari pegawai
pengawal bagi kutipan hasil.
Pegawai yang terlibat menerima wang turut
terlibat menulis resit dan memasukkan data
-
72
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
ke sistem Buku Tunai Penerimaan. Perkara
ini adalah bertentangan dengan peraturan
kewangan.
(ii) Penggunaan Borang Hasil
Borang hasil direkodkan dengan kemas kini
dalam Daftar Borang Hasil (AP 67);
Baki stok borang hasil didaftar bersamaan
dengan baki sebenar;
Borang hasil yang belum digunakan
disimpan dengan selamat (AP 66 dan 68);
Penyata Borang Hasil yang dikawal
merekodkan terimaan dan penggunaan buku
resit dengan sempurna (AP 65); dan
Borang hasil yang diterima hendaklah
disemak dan diperakui tentang kebetulan
nombor siri di setiap helaian pertama buku
resit [AP 66(a)] dan dikeluarkan mengikut
susunan nombor yang betul [AP 66(c)].
KELEMAHAN
-
73
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Borang hasil seperti kupon dan resit tidak
disimpan di tempat yang selamat dan tidak
berkunci;
Borang hasil diletak di rak besi yang terbuka
dan terdedah kepada kehilangan;
Borang hasil yang dikeluarkan tidak
diperakukan terlebih dahulu seperti yang
dikehendaki oleh peraturan;
Buku stok tidak dikemas kini dan tiada
tanda pemeriksaan terhadap buku stok resit
oleh pegawai bertanggungjawab.
(iii) Perekodan Borang Hasil
Semua borang/resit hasil yang dikeluarkan
direkodkan ke dalam Buku Tunai dengan
betul dan kemas kini (AP 72) sebelum
hujung hari;
Pegawai yang bertanggungjawab
menyemak setiap hari Buku Tunai dengan
resit [AP 80(b)];
-
74
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Bagi hasil yang dipungut dengan setem
hasil, setem itu dibatalkan dengan
sempurna oleh pegawai yang diberi kuasa
[AP 64(b)];
KELEMAHAN
Tiada bukti yang menunjukkan buku resit
yang berada dalam simpanan juruwang
diperiksa oleh pegawai yang memberi
kuasa.
Penerimaan Wang
Terdapat 4 aspek kawalan dalaman bagi
penerimaan wang, iaitu kebenaran/kelulusan
menerima wang, ciri-ciri keselamatan semasa
kutipan, penerimaan melalui mel dan penerimaan
wang di kaunter. Penerangan lanjut adalah seperti
berikut:
(i) Kebenaran/Kelulusan Menerima Wang
-
75
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Kebenaran secara bertulis diberi kepada
pegawai yang menerima wang dan satu
rekod diselenggara mengenai kebenaran
yang diberikan itu (AP. 69);
Hasil yang dikutip adalah mengikut kadar
yang dibenarkan;
Bagi sistem bermesin, sistem tersebut
diluluskan oleh pihak berkuasa yang
berkenaan (AP. 91); dan
Kasyer tidak terlibat dalam
penyelenggaraan rekod hasil dan sekiranya
terlibat, kebenaran diperolehi daripada
Akauntan Negara/Bendahari Negeri yang
berkenaan (AP. 73).
KRITERIA
Kelulusan segera diberi kepada pegawai
yang membuat pungutan;
Pegawai Penyelia ada membuat
pemeriksaan berkala untuk memastikan
peraturan berkaitan dipatuhi;
-
76
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Kadar hasil yang berkuat kuasa pernah
dibuat semakan semula;
Ada inovasi/pembaharuan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja;
Kebenaran secara bertulis diberi kepada
pegawai yang menerima wang dan satu
rekod diselenggara mengenai kebenaran
yang diberikan itu (AP 69);
Hasil yang dikutip adalah mengikut kadar
yang dibenarkan;
Bagi sistem bermesin, sistem tersebut
diluluskan oleh pihak berkuasa yang
berkenaan (AP 91); dan
Kasyer tidak terlibat dalam
penyelenggaraan rekod hasil dan sekiranya
terlibat, kebenaran diperolehi daripada
Akauntan Negara yang berkenaan (AP 73).
-
77
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
KELEMAHAN
(ii) Ciri-ciri Keselamatan Semasa Kutipan
RATIONAL
Ciri-ciri keselamatan wujud di ruang tempat
kasyer membuat kutipan hasil;
Notis kepada orang awam untuk meminta
resit ada dipaparkan di tempat yang mudah
dilihat (AP.61);
Kunci mesin beresit dipegang oleh Pegawai
Penyelia [AP 70(b)].
Password pegawai penyelia dan nombor
operator (ID) dirahsiakan bagi pungutan
hasil secara berkomputer [AP 70(b)];
Buku Log diselenggara untuk mengawal
penggunaan mesin beresit [AP 63(b)];
Daftar Pembukaan/Penutupan Mesin disedia
atau disimpan oleh Pegawai
Penyelia/Operator/Kasyer [AP 63(b)]; dan
-
78
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Media storan data (floppy disk/katrij dan
sebagainya) adalah terkawal dan disimpan
dengan selamat oleh Pegawai Penyelia.
KRITERIA
Ciri-ciri keselamatan sistem berkomputer
diwujudkan di ruang tempat kasyer
membuat kutipan hasil;
Ada mekanisme untuk mengawal
pergerakan ke kawasan kutipan;
Ada inovasi/pembaharuan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
Notis kepada orang awam untuk meminta
resit ada dipaparkan di tempat yang mudah
dilihat (AP 61);
Kunci mesin beresit dipegang oleh Pegawai
Penyelia {AP 70(b) dan password pegawai
penyelia serta nombor operator (ID)
dirahsiakan bagi pungutan hasil secara
berkomputer;
Buku Log diselenggara untuk mengawal
penggunaan mesin beresit;
-
79
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Daftar Pembukaan/Penutupan Mesin disedia
atau disimpan oleh Pegawai Penyelia/
Operator/Kasyer;dan
media storan data (floppy disk/ disket/katrij
dan sebagainya) adalah terkawal dan
disimpan dengan selamat oleh pegawai
penyelia.
KELEMAHAN
Setiap kasyer membuat kutipan hasil tanpa
mengambil kira kata pengenalan yang
ditetapkan selagi terminal beroperasi. Ini
menyebabkan kata laluan tidak berfungsi
mengikut tujuan sebenar ianya ditetapkan;
Kata laluan bagi pegawai penyelia dan
kasyer hendaklah ditukar dari masa ke
semasa atau sekurang-kurangnya 3 bulan
sekali;
Pemeriksaan audit mendapati kata laluan
kasyer tidak pernah ditukar sejak sistem
diperkenalkan; dan
-
80
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Semakan audit mendapati auditi tidak
mempunyai tempat kasyer untuk membuat
kutipan bukan hasil yang melibatkan hasil.
(iii) Penerimaan Melalui Mel
Resit dikeluarkan pada hari yang sama (A.P
60);
Penyelenggaraan Daftar Mel tidak boleh
dilaksanakan oleh Juruwang/pegawai yang
menyediakan resit [AP 71(a)];
Daftar Mel diselenggarakan dengan lengkap
dan kemas kini [A.P 71(b)]; dan
Daftar Mel diperiksa dan disemak setiap hari
dengan Buku Tunai oleh Pegawai Penyelia
dengan menurunkan tandatangan ringkas
[A.P 71(e)].
KELEMAHAN
Daftar mel yang disediakan tidak lengkap.
Antara butiran yang perlu dicatatkan adalah
nama penerima, nama pengirim, tarikh
terima cek, nombor cek, amaun dan
-
81
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
nombor resit kutipan yang diterima melalui
mel tersebut;
Banyak cek yang diterima melalui mel tidak
dicatatkan dalam dalam nombor resit dalam
daftar mel; dan
Semakan daftar mel tidak dilakukan setiap
hari tetapi bergantung kepada kelapangan
pegawai yang bertanggungjawab.
(iv) Penerimaan Wang Di Kaunter
KRITERIA
Melaksanakan sistem nombor giliran;
Persekitaran ruang menunggu yang selesa
dan bilangan kaunter memadai dengan
jumlah pelanggan;
Resit dikeluarkan dengan segera bagi
semua kutipan yang dibuat di kaunter (AP
60);
-
82
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Meminda sesuatu resit adalah dilarang dan
semua resit yang dibatalkan ada disimpan
bersama salinan asalnya (AP 62);
Semua cek/kiriman wang/wang pos dan
sebagai dipalang "Tak Boleh Niaga" dengan
segera (AP 76); dan
Ada inovasi/pembaharuan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.
KELEMAHAN
Auditi tidak mempunyai kaunter bagi
menerima kutipan.
c. Kemasukan Terimaan/Hasil ke Bank
(i) Kemasukan Pungutan Ke Bank
Pungutan dimasukkan ke bank dengan
segera [AP 78(a)];
Peraturan kawalan keselamatan
penghantaran wang ke bank dipatuhi (AP
137);
-
83
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Setiap kemasukan pungutan ke bank
dicatatkan ke dalam Buku Tunai [AP 79(b)];
Semakan ke atas slip bank/penyata
pemungut yang mengandungi catatan
berkomputer mengenai kemasukan wang
ke dalam bank;
Seorang pegawai bertanggungjawab
menyemak dan menandatangani slip bayar
masuk selepas kemasukan ke bank bagi
menentukan jumlah sebenar telah
didepositkan [AP 80(e)]; dan
Pungutan yang tidak sempat dimasukkan
dalam bank, disimpan dengan selamat [AP
126(b)].
KRITERIA
Memilih bank terdekat bagi meminimumkan
risiko;
ada inovasi/pembaharuan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja;
Pungutan wang tunai melebihi RM500 atau
cek, wang pos dan kiriman wang yang
-
84
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
melebihi RM2,000 hendaklah dibankkan
pada hari itu juga atau selewat-lewatnya
pada hari bekerja berikutnya {AP 78(a)};
peraturan kawalan keselamatan
penghantaran wang ke bank dipatuhi (AP
137);
setiap kemasukan pungutan ke bank
dicatatkan ke dalam buku tunai {AP
79(b)};
semakan ke atas slip bank yang
mengandungi catatan berkomputer
mengenai kemasukan wang ke dalam
bank;
seorang pegawai bertanggungjawab
menyemak dan menandatangani slip bayar
masuk selepas kemasukan ke bank bagi
menentukan jumlah sebenar telah di
bankkan {AP 80(e)}; dan
pungutan yang tidak sempat dibankkan
disimpan dengan selamat {AP 126(b)}.
KELEMAHAN
-
85
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Wang pungutan dibankkan seminggu sekali
dan jumlah pungutan adalah antara
RM3,000 RM11,000;
Penghantaran wang kutipan ke bank hanaya
dilakukan oleh Pembantu Tadbir Kewangan
dengan menggunakan kenderaan Jabatan
tanpa sebarang pengiring keselamatan; dan
Mengikut AP 80(e), setiap kemasukan wang
kutipan hasil ke bank hendaklah disokong
dengan penyata pemungut dan slip bank.
Slip bank perlu disemak dan ditandatangan
ringkas oleh pegawai penyelia sebelum dan
selepas dibankkan. Semakan audit
mendapati tiada bukti menunjukkan slip
bank telah disemak oleh pegawai.
d. Kawalan Perakaunan Terimaan/Hasil
Peraturan mengenai kawalan perakaunan
terimaan/hasil dinyatakan di dalam Arahan
Perbendaharaan. Berikut adalah perkara yang perlu
dipatuhi:
-
86
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Bagi Akaun Kerajaan Persekutuan, akaun tunai
bulanan ada diserahkan kepada Pejabat
Pembayar dengan lengkap (AP 145);
Penyerahan akaun dibuat dalam tempoh yang
ditetapkan iaitu selewat-lewatnya 10 hari bulan,
bulan berikutnya (AP 145);
Bagi Akaun Kerajaan Persekutuan, tentukan
sama ada Penyata Bulanan Pemungut Hasil yang
diterima dari Pejabat Pembayar disesuaikan
dengan buku tunai untuk menentukan segala
pungutan yang diserah ke bank telah diambil
kira oleh Pejabat Pembayar [AP 143 (b)];
Penyata Penyesuaian Hasil/bank dibuat dengan
betul dan kemas kini; dan
Jumlah pungutan (Kaunter dan Mel) disesuaikan
dengan resit dan buku tunai pada hujung hari
oleh Pegawai Penyelia [AP 80 (b)].
KRITERIA
Tindakan susulan diambil jika Penyata Bulanan
Pemungut Hasil daripada Pejabat Pembayar
tidak diterima;
-
87
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Sekiranya ada perbezaan, tindakan susulan
diambil terhadap perbezaan yang berlaku;
Ada inovasi/pembaharuan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja;
Akaun tunai bulanan diserahkan kepada Pejabat
Pembayar dengan lengkap (AP 145) dan
penyerahan akaun adalah dalam tempoh yang
ditetapkan (AP 145) iaitu tidak lewat daripada
10 hari pada bulan berikutnya;
Penyata Bulanan Pemungut Hasil yang diterima
dari Pejabat Pembayar disesuaikan dengan buku
tunai untuk menentukan segala pungutan yang
diserah ke bank telah diambilkira oleh Pejabat
Pembayar {AP 143 (b)};
Penyata Penyesuaian Hasil/bank dibuat dengan
betul dan kemaskini; dan
Jumlah pungutan (Kaunter dan Mel) disesuaikan
dengan resit dan buku tunai pada hujung hari
oleh Pegawai Penyelia {AP 80 (b)}.
KELEMAHAN
-
88
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Tidak ada bukti menunjukkan semakan harian
terhadap laporan harian, laporan log off, buku
tunai harian, penyata pemungut dan resit telah
dibuat.
e. Akaun Belum Terima
Penyata Tunggakan Hasil atau Penyata Akaun
Belum Terima disediakan dengan lengkap dan
kemas kini;
Penyata Akaun Belum Terima dikemukakan
kepada Perbendaharaan/Kementerian dalam
tempoh ditetapkan
Tindakan susulan diambil terhadap jumlah yang
tertunggak;
Bagi tunggakan yang tidak dapat dipungut
setelah usaha diambil, tindakan ada dibuat
untuk melaporkannya kepada Perbendaharaan
mengikut format ditetapkan [AP 328 (a)]; dan
-
89
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Daftar Cek Tak Laku diselenggarakan dengan
lengkap dan kemas kini.
Tindakan diambil untuk mendapatkan semula
wang yang terlibat seperti dinyatakan di (e)
KRITERIA
Kaedah pengesanan tunggakan hasil yang
sistematik;
Melaksanakan sistem pengebilan berkomputer;
Mempermudahkan/memperbagaikan kaedah
bayaran (contohnya: kad kredit, internet ,
Sistem Bayaran Bil Setempat, e-Purse);
Ada penurunan amaun Akaun
BelumTerima;
Ada inovasi/pembaharuan yang boleh
meningkatkan produktiviti dan kualiti
kerja;
Penyata Tunggakan Hasil atau Penyata
Akaun Belum Terima disediakan dengan
lengkap dan kemaskini;
-
90
Buku Panduan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Dari Perspektif Jabatan Audit Negara
Penyata Akaun Belum Terima dikemukakan
kepada Jabatan Akauntan Negara/Jabatan
Audit Negara/Kementerian dalam tempoh
ditetapkan
Tindakan susulan diambil terhadap jumlah yang
tertunggak;
Bagi tunggakan yang tidak dapat dipungut
setelah usaha diambil, tindakan ada dibuat
untuk melaporkananya kepada Perbendaharaan
mengikut format ditetapkan {AP 328 (a)}; dan
Daftar Cek Tak Laku diselenggarakan dengan
lengkap dan kemas kini dan tindakan diambil
untuk mendapatkan semula wang yang terlibat.
KELEMAHAN
Daftar cek tak laku tidak diselenggarakan.
Ketiadaan daftar ini akan menyukarkan pihak
Perbendaharaan memantau bagi memastikan
cek gantian diperolehi; dan