syarat umum sispa cd challenge - civildefence.gov.my · borang pemeriksaan kesihatan serta...
TRANSCRIPT
SYARAT UMUM SISPA CD
CHALLENGE 1. Peserta yang bertanding mesti terdiri daripada PKS yang tidak terlibat
dengan pertauliahan.
2. Kad perlantikan dan matrik hendaklah dilampirkan bersama-sama borang
penyertaan.
3. Penyertaan peserta pertandingan adalah seramai 15 orang termasuk satu
(1) simpanan.
4. Penyertaan pertandingan adalah campuran lelaki dan wanita.
5. Pakaian pertandingan adalah pakaian seragam no 4 berlengan panjang
6. Setiap pasukan yang bertanding hendaklah menyempurnakan semua
disiplin kemahiran bagi menentukan pemenang.
7. Pertukaran peserta hendaklah dilakukan sebelum pertandingan bermula.
8. Peserta diwajibkan mengisi borang perakuan kesihatan. Borang perakuan
kesihatan hendaklah lampirkan bersama borang penyertaan dan dihantar
semasa pendaftaran.
9. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan lima (5) minit sebelum
pertandingan bermula.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Peserta mestilah anggota SISWA / SISWI Pertahanan Awam Malaysia (SISPA ).
2. Satu pasukan terdiri daripada 4 orang (termasuk ketua).
3. Penyertaan terdiri daripada gabungan wanita dan lelaki. Hanya satu
penyertaan sahaja yang berhak mewakili universiti masing-masing.
4. Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini hendaklah mendaftar
dengan menggunakan borang yang telah disediakan seperti di Lampiran
“A”. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pengarah Pertahanan Awam
Negeri atau Penyelaras kor sispa masing-masing.
5. Peserta hendaklah membawa bersama kad pelajar pada hari pertandingan
untuk pemeriksaan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan sebelum
sesuatu pertandingan di mulakan.
6. Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah melengkapkan
borang pemeriksaan kesihatan serta mempunyai tahap kecergasan yang
baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
7. Pakaian pertandingan adalah baju kalis api ( fire fighting jacket ). Setiap
peserta hendaklah memakai peralatan keselamatan diri ( PPE ) dengan
kemas seperti berikut :
- Glove
- Helmet ,visor ,neck protector
8. Ketika proses pemadaman dilakukan , setiap peserta hendaklah memastikan
jarak keselamatan dan teknik yang betul semasa memadam api, sekiranya
tidak mematuhi jarak keselamatan yang telah di tetapkan wisel AMARAN
akan ditiup maka pasukan tersebut di kira sebagai kesalahan MAJOR.
9. Aturcara dan gerak kerja adalah seperti di gambarajah yang dilampirkan
dan mengikut prosedur melawan kebakaran yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan, Bahagian Angkatan dan Latihan
PULAPAT Jengka
10.Peralatan pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal.
11.Borang penyertaan hendaklah diserahkan semasa sesi taklimat dan undian
giliran dibuat pada hari pendaftaran.
(Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan permohonan penyertaan
tidak akan dilayan / dipertimbangkankan / digugurkan.
PROSEDUR PERTANDINGAN MELAWAN KEBAKARAN
PERATURAN:
1. Hanya pengadil dan peserta sahaja dibenarkan berada di tempat
pertandingan.
2. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 5 minit sebelum
pertandingan dimulakan. Pengumuman hanya akan dibuat 3 kali sahaja.
Kegagalan berbuat demikian penyertaan pasukan tersebut tidak akan di
pertimbangkan.
3. Peserta mestilah memakai pakaian kalis api yang lengkap semasa
pertandingan.
4. Jarak di antara peserta (no.4) dengan takungan api adalah 1.5 meter
manakala jarak peserta (no.4) untuk menanggalkan pin keselamatan adalah
3 meter.Jika peserta (no.4) melepasi garisan yang ditandakan maka wisel
AMARAN akan ditiup dan di kenakan kesalahan MAJOR
Peralatan pertandingan yang digunakan:
a) 1 x Single Stand Pipe b) 1 x turn Key & Bar
c) platform hydrant d) 1 x 1 ½” x 100’ Delivery Hose
e) 1 x Fire Blanket f) 1 x Nozzle Branch Pipe
g) 1 x Tapak Api Melemaskan h) 1 x Tabung Alat Pemadam Api
Serbuk Kering
5. Masa akan dikira semasa wisel permulaan dibunyikan manakala wisel
penamat dibunyikan selepas No 4 tiba di garisan permulaan semula.
6. Penilaian markah akan diberi berdasarkan kepada masa terpantas dan
kesalahan yang terkurang:
7. Kesalahan terbahagi kepada dua kategori
a Major – masa akan ditambah sabanyak 5 minit
b Minor – masa akan ditambah sebanyak 2 minit
Catatan:
Setiap kumpulan diberi masa maksima selama 10 minit.
* Oleh kerana di tempat pertandingan tidak mempunyai Pili Bomba, maka
pertandingan ini akan dijalankan secara kawad kering (Sila rujuk gerak kerja
seperti di Lampiran).
* Pihak penganjur berhak membuat sebarang pindaan tanpa sebarang
notis.
8. Satu taklimat akan diberikan kepada semua ketua kumpulan pada malam
sebelum pertandingan.
9. Keputusan Jawatankuasa Pengadil adalah muktamad.
ATURCARA GERAK KERJA PERTANDINGAN CD CHALLENGE
1. Sebelum pertandingan bermula, kesemua peserta hendaklah berbaris di
garisan permulaan.
2. Apabila pertandingan bermula, No 1 dan No 2 berlari bersama ke platform
hydrant dengan No 1 membawa hos menggunakan teknik “memikul”
3. No 1 akan melakukan teknik memberi dan No 2 menerima cupling dengan
kaedah “sandwich method”
4. No 1 akan membentang hos ( coil roll ) ke 100 kaki ke garisan permulaan dan
membuat penyambungan nozel.
5. Selepas No 1 tiba di garisan permulaan setelah selesai penyambungan nozel,
pengadil akan mengangkat bendera hijau dan No 2 membuka
penyambungan cupling di paip tegak dan melakukan teknik membuang air
( cupling jantan ke cupling betina ) dan terus menggulung hos. Selepas
selesai menggulung, No 2 akan membawa hos dengan teknik membimbit ke
garisan permulaan.
6. Selesai No 1 dan No 2 membuat tugasan, No 3 akan berlari ke takung api 1
untuk memadam api dengan teknik melemaskan menggunakan fire blanket.
Selepas api padam, No 3 akan berlari semula ke permulaan.
7. Selesai No 3 melakukan tugasan dan tiba di garisan permulaan, No 4 akan
berlari dengan membawa fire extingusher ke takung api 2 untuk memadam
kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api Kecil ( APAK ). Selepas api
padam, No 4 berlari semula ke permulaan, masa akan tamat di kira apabila
No 4 sampai di garisan permulaan semula.
1. Satu taklimat akan diberikan kepada semua ketua kontinjen pada malam
sebelum pertandingan.
2. Pemarkahan dinilai berdasarkan kepantasan masa melaksanakan
keseluruhan proses pertandingan dengan kesalahan yang paling minima.
3. Masa maksimum bagi penalti masa yang dikenakan adalah 6 minit.
4. Jika kumpulan yang bertanding tidak langsung melaksanakan semua
gerak kerja, penalti major selama 32 minit dikenakan.
5. Sebarang bantahan atau rayuan adalah tidak akan dilayan dan keputusan
pihak urusetia pertandingan adalah muktamad.
1. Elemen pertandingan terdiri daripada kemahiran : 1.1.
1.1.1. Lapor terima tugasan. Assalamualaikum / Selamat Pagi Tuan / Cik,Kami
mewakili Kor SISPA .............................., Seramai 4 Orang, Siap Sedia Untuk Diuji.
1.1.2. Bergerak ke CP 2 secara BERKAWAD.
( Masa akan dikira setelah tamat melapor terima tugasan )
1.2. Check Point 2
1.2.1. Pemakaian Personal Protection Equipment ( PPE ) dan Pemilihan peralatan.
1.2.2 Bergerak ke CP 3 secara BERKAWAD.
1.3. Check Point 3 1.3.1. Tinjauan dan “clear danger”,protokol first responder (AVPU) dan Rapid Body Survey ( RBS ).
1.3.2. Rawatan kecederaan luka terhiris
di Lengan Kanan ( Gauze Pad & Roller Bandages).
1.3.3 Rawatan Kepatahan tulang Femur
Kaki Kiri ( Lower Limb Immobilizer ) .
1.3.4. Pemeriksaan vital sign, pemeriksaan denyutan nadi dan pemeriksan kapilari refill.
1.3.5. Selesai tugasan 1.3.4 terus
bergerak ke check point 4 tanpa membawa mangsa secara BERKAWAD
1.4. Check Point 4 1.4.1. Lapor selesai tugasan. Assalamualaikum / Selamat Pagi Tuan /
Cik,Kami mewakili Kor SISPA ..............................,Seramai 4 Orang, Telah Selesai Diuji. Mohon Kebenaran Menjalankan Tugas Lain.Terima Kasih Tuan / Cik.
1.4.2. Nilai tambahan masa penalti akan dikenakan sekiranya ada. Peserta hanya akan dilepaskan ke tugasan seterusnya setelah masa penalti yang dikenakan tamat.
.
SYARAT PENYERTAAN
1. Peserta mestilah terdiri daripada Pegawai Kadet SISPA ( PKS ) yang
berdaftar. Kad Perlantikan Anggota & Kad Matrik IPT mesti dibawa sekali.
2. Penyertaan adalah terbuka kepada PKS lelaki atau perempuan.
3. Setiap pasukan terdiri daripada empat ( 4 ) orang anggota. (Anggota yang
sama dalam check point perawatan awal)
4. Patung / Dummy (40 kg) akan digunakan sebagai mangsa.
5. Pakaian pertandingan adalah pakaian seragam No. 4 .
6. Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap
kecergasan yang baik dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
( Borang Akuan Kesihatan JPAM ).
7. Setiap pasukan yang bertanding hendaklah melengkapkan borang-borang
yang telah disediakan oleh pihak urusetia dan mengembalikannya semasa
pendaftaran.
8. Borang yang lewat diserah atau tidak lengkap boleh menyebabkan
penyertaan ditolak.
9. Urusetia dan Pengadil bagi Check Point ini merupakan pegawai- pegawai
dari PULAPAU Baling.
10.Pihak urusetia pertandingan berhak untuk membatalkan penyertaan mana-
mana pasukan bertanding sekiranya peserta gagal mematuhi peraturan dan
syarat yang telah ditetapkan.
11.Pengadil dan pemerhati akan ditempatkan di sekitar kawasan pertandingan
bagi tujuan mengadili dan menentukan keselamatan peserta yang
bertanding.
12.Setiap pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki mematuhi segala
peraturan yang ditetapkan oleh pihak urusetia pertandingan tanpa gagal
khasnya yang melibatkan keselamatan.
13.Setiap pasukan yang terlibat perlu menamatkan semua proses pertandingan
yang diadili dan ditetapkan dalam tempoh masa 10 minit.
FORMAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan dijalankan mengikut undian nombor giliran yang akan dibuat
sebelum Hari Pertandingan.
2. Setiap pasukan yang bertanding dikehendaki memakai helmet penyelamat
dan mengambil peralatan, seterusnya menuju ke arah mangsa (patung /
dummy) berat 40 kg. Masa mula akan diambil semasa memakai helmet
penyelamat.
3. Melalui keadah menyelimut dan mengikat mangsa di usungan, setiap
pasukan dikehendaki melakukan keadah tersebut dengan betul. Seterusnya
membawa mangsa dengan usungan untuk melalui halangan pertama iaitu
halangan tayar. Selepas itu, mangsa dibawa untuk melalui halangan kedua
iaitu halangan comando crawl. Pastikan usungan dibawa dengan betul
dan selamat ketika melalui halangan.
4. Setiap pasukan perlu melapor selesai.
5. Segala peralatan yang diperlukan bagi memenuhi kehendak pertandingan
akan disediakan oleh pihak urusetia pertandingan. Mana-mana peralatan
lain yang bukan disediakan oleh pihak urusetia pertandingan adalah tidak
dibenarkan.
PENGADILAN & PEMARKAHAN
1. Pengadilan dinilai berdasarkan kemahiran peserta melakukan kaedah menyelimut
dan mengikat mangsa di usungan yang betul dan teknik merempuh halangan
dengan membawa usungan.
2. Pengadilan berdasarkan kepada penalti masa JIKA MELAKUKAN KESALAHAN DAN
KESILAPAN
• Gerak Kerja Pertama = Memakai helmet penyelamat & mengambil
peralatan (tiada penalti masa)
• Gerak Kerja Kedua = Melakukan tugasan menyelimut dan mengikat
mangsa di usungan (penalti masa sehingga 2 minit)
• Gerak Kerja Ketiga = Merempuh halangan pertama dengan membawa
usungan (penalti masa 1 minit)
• Gerak Kerja Keempat = Merempuh halangan kedua dengan membawa
usungan (penalti masa 1 minit)
• Tambahan penalti masa sebanyak 1 minit jika mangsa / penyelamat jatuh
• Tambahan penalti maksimun 30 minit jika tidak melakukan salah satu / semua
tugasan dalam check point ini.
3. Penalti masa akan diberikan terus kepada pasukan yang melakukan kesalahan dan
kesilapan semasa lapor selesai.
TUGASAN : MENYELIMUT &
MENGIKAT MANGSA DI
USUNGAN
MEMAKAI HELMET PENYELAMAT
& AMBIL PERALATAN
HALANGAN 2
(HALANGAN COMMANDO
CRAWL)
LAPOR SELESAI
(PENALTI MASA JIKA ADA)
RAJAH GERAK KERJA CP USUNGAN & HALANGAN
BIL GERAK KERJA CATATAN
1 Memakai helmet penyelamat Masa mula
diambil 2 Mengambil peralatan usungan
• Usungan kayu x 1
• Tali x 1 (20 kaki keatas)
•Kain anduh x 3
•Selimut x 1
3 Menuju ke arah mangsa (dummy 40 kg)
AMBIL PERALATAN
BIL GERAK KERJA CATATAN
1 Bahasa Hukuman
• Seorang penyelamat akan berteriak “Ujian Stretcher” , “Penyelamat
Sedia”, “Sedia”.
Persediaan
Usungan
2 Ujian Stretcher
• Tepukan pada kanvas usungan dan lurutkan tangan dari atas ke bawah.
• Penyelamat berdiri dengan kukuh menahan stretcher bila di tepuk.
3 Keselamatan
• Mengikat menggunakan kain anduh pada bahagian stretcher yang
mudah terbuka dengan kemas dan ikatan yang betul.
4 Menghamparkan selimut
• Berbentuk diamond dan lebihan sedikit pada hujung kaki.
MENYELIMUT & MENGIKAT MANGSA DI
USUNGAN
BIL GERAK KERJA CATATAN
5 Bahasa Hukuman
• Ketua akan mengarahkan tiga orang anggota melutut si sisi mangsa.
• Seorang penyelamat berteriak “up” dan “down” semasa mengangkat
dan meletak mangsa di atas stretcher.
Teknik
mengangkat
mangsa ke
usungan
6 Gerak kerja
• Tiga orang menyelamat melutut di sisi mangsa secara serentak.
• Seorang penyelamat lagi melutut setentang dengan tiga orang
penyelamat tadi dan mengiringkan badan mangsa ke arahnya.
• Tiga orang penyelamat akan menghulur tangan di bawah badan
mangsa dan mangsa di lentangkan pada kedudukan asal.
• Bila berteriak “up” mangsa di angkat dan di sokong dengan lutut oleh
tiga orang penyelamat.
• Seorang penyelamat bersama ketua membawa stretcher ke sisi
mangsa.
• Seorang penyelamat tadi berada kembali pada kedudukan asal, bila
berteriak “down” mangsa akan letak tepat pada strechter.
7 Menyelimut mangsa di usungan
• Di mulai menyelimut pada hujung kaki di akhiri di kepala mangsa.
• Menyelimut dengan kemas dan selimut berkeadaan tegang.
BIL GERAK KERJA CATATAN
5 Bahasa Hukuman
• Ketua akan mengarahkan tiga orang anggota melutut si sisi mangsa.
• Seorang penyelamat berteriak “up” dan “down” semasa mengangkat
dan meletak mangsa di atas stretcher.
Teknik
mengangkat
mangsa ke
usungan
6 Gerak kerja
• Tiga orang menyelamat melutut di sisi mangsa secara serentak.
• Seorang penyelamat lagi melutut setentang dengan tiga orang
penyelamat tadi dan mengiringkan badan mangsa ke arahnya.
• Tiga orang penyelamat akan menghulur tangan di bawah badan
mangsa dan mangsa di lentangkan pada kedudukan asal.
• Bila berteriak “up” mangsa di angkat dan di sokong dengan lutut oleh
tiga orang penyelamat.
• Seorang penyelamat bersama ketua membawa stretcher ke sisi
mangsa.
• Seorang penyelamat tadi berada kembali pada kedudukan asal, bila
berteriak “down” mangsa akan letak tepat pada strechter.
7 Menyelimut mangsa di usungan
• Di mulai menyelimut pada hujung kaki di akhiri di kepala mangsa.
• Menyelimut dengan kemas dan selimut berkeadaan tegang.
BIL GERAK KERJA CATATAN
1 Membawa mangsa dengan usungan ke Halangan 1, pastikan kaki mangsa
berada bahagian dihadapan usungan (teknik menyelamat).
Halangan Tayar
2 Setibanya di Halangan 1, 4 penyelamat berpusing menghadap ke usungan
sambil memegang dengan kedua-dua tangan.
3 4 penyelamat melangkah tayar berturut-turut sehingga selesai.
4 Setelah selesai melalui Halangan 1, 4 penyelamat kembali kepada
kedudukan asal sebelum menuju ke Halangan 2.
HALANGAN 1
BIL GERAK KERJA CATATAN
1 Setibanya di Halangan 2, usungan dipusingkan dengan kepala mangsa
berada bahagian dihadapan usungan.
Commando
Crawl
2 4 penyelamat menurunkan usungan ke atas tanah sebelum membawa
usungan bersama semasa melakukan commando crawl.
3 Setelah selesai melalui Halangan 2, usungan diangkat kembali dan usungan
dipusingkan dengan kaki berada dihadapan usungan sebelum menuju ke
tempat lapor selesai
HALANGAN 2
BIL GERAK KERJA CATATAN
1 4 penyelamat membawa usungan ke tempat lapor selesai Penalti masa
akan diberikan
semasa lapor
selesai (JIKA
ADA)
2 4 penyelamat menurunkan usungan ke atas tanah dihadapan ketua pengadil
yang berada disitu.
3 Pergerakan pasukan semasa melapor (kawad statik)
Penyelamat berbaris dalam satu barisan/senang diri/sedia/lapor.
4
Bahasa Hukuman melapor
Bahasa hukuman melapor dengan betul dan jelas.
5 Pergerakan pasukan keluar selepas melapor
Berpusing ke kiri dengan serentak.
LAPOR SELESAI
Pertandingan Kor Sispa USM
1. Garisan Mula : seramai 6 perserta (lelaki & perempuan)
2. Task 1 : checkpoint 5 (Halangan Beracun)
Melalui terowong , menggolek tayar dan membawa 2 tong yang berisi air
berlari ke checkpoint 6
3. Task 2 : checkpoint 6 ( Menguji Minda)
Membaca peta (GR, Bearing , Jarak)
4. Syarat Pertandingan :
• Peserta perlu melalui halangan terowong dan mengangkat tayar serta
membawa 2 tong air Membaca peta (GR, Bearing , Jarak) dan menyiapkan
4 soalan dalam masa 5 minit
5. Penalti checkpoint 5 : Tambah masa setiap kesalahan
• Peranan Ketua Kumpulan
• Tertinggal peralatan
• Peralatan terjatuh
• Melalui terowong dengan teknik yang salah
• Menggangkat tayar tidak sampai ke garisan penanda.
6. Penalti checkpoint 6 : Tambah masa setiap kesalahan
• Peranan Ketua Kumpulan
• Tidak menjawab semua soalan
• Jawapan salah
7. Penalti :
MASA - 1 minit setiap kesalahan
8. Peralatan :
• Terowong
• Tayar
• Tong
• Kompas
• Peta
• Tali pengukur