surat lawatan

Upload: amir-kupak

Post on 09-Jul-2015

1.577 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kelab Keusahawanan, PISMP Sains Semester 6, IPG Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus

Pengurus Kilang Coklat, Beryls Chocolate Wonderland, N0.2 Jalan Raya 7/1, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG PENGELUARAN COKLAT Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak pelajar PISMP Sains ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang tuan bagi memenuhi keperluan pembelajaran kami sebagai ahli kelab usahawan di IPG. 2. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan di

samping merasai pengalaman menarik yang mungkin akan dapat dikongsi bersama pelajar suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk melawat persekitaran kilang dan melihat proses pengeluaran coklat secara komersial yang telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. 3. Berikut adalah maklumat mengenai lawatan berkenaan: Tarikh

Masa Bil. peserta Bil. pensyarah

4.

Oleh itu, kami berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan

diluluskan oleh pihak tuan. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih Yang benar,

............................................................. (MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN ISMAIL) Pengerusi Kelab Keusahawanan, PISMP Sains Semester 6, IPG Kampus Raja Melewar, (013-2661014)