surat akujanji spbt 2011

3
Tarikh : Pelajar SMK LKTP Tersang. PERATURAN PINJAMAN BUKU SPBT Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Biro SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dipertimbangkan bagi pemberian buku teks. 2. Walau bagaimanapun, pemberian buku teks ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i) Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku. ii ) Membalut buku dengan pembalut plastik ii i) Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan. iv ) Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan . v) Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain. vi ) Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat. vi i) Mengganti balik buku-buku yang hilang. vi ii ) Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan. ix ) Lain-lain yang ditetapkan kemudian. 3. Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/ laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut. (i) Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 ( Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks yang dirampas.

Upload: haslinda-linda

Post on 03-Sep-2015

365 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Tarikh :

Pelajar SMK LKTP Tersang.

PERATURAN PINJAMAN BUKU SPBT

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Biro SPBT Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dipertimbangkan bagi pemberian buku teks.

2. Walau bagaimanapun, pemberian buku teks ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i)

Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.

ii)

Membalut buku dengan pembalut plastik

iii)

Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.

iv)

Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan .

v)

Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.

vi)

Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.

vii)

Mengganti balik buku-buku yang hilang.

viii)

Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.

ix)

Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

3. Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku teks dan meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/ laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut.

(i)Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 ( Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks yang dirampas.

(ii)Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.

4.. Peraturan ini berkuatkuasa pada 05 Januari 2015

.

Sekian, terima kasih.

BERSAMA MEMARTABATKAN BUKU

Saya yang menurut perintah,

( b/p Pengetua )

Penyelaras SPBT

SMK LKTP Tersang,

27610 Raub,

Pahang.

PENGAKUAN IBUBAPA/ PENJAGA

Tuan Pengetua,

SMK LKTP Tersang

Tuan,

AKU JANJI UNTUK MENJAGA BUKU SPBT SEKOLAH DENGAN BAIK

Saya ....

No. KP: .

Alamat

Ibubapa/ penjaga kepada dari tingkatan

dengan ini mengaku jika anak/anak jagaan saya melanggar peraturan di atas maka saya bersedia menerima sebarang tindakan yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap anak/ jagaan saya termasuk tidak lagi memberi kemudahan pinjaman buku teks kepada anak/ anak jagaan saya tanpa sebarang bantahan atau tindakan . Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan buku-buku tersebut, saya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengganti/ membayar mengikut harga buku tersebut.

( Tandatangan Ibubapa/Penjaga ) ( Tandatangan Saksi )

Nama :.. Nama :..

No.KP:.No.KP:.