surandran a/l chelladury - fp.utm.my · perbuatan tidak datang ke sekolah tanpa pengetahuan atau...
TRANSCRIPT
PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH DI SJK ( T ) JALAN HJ. MANAN, KLUANG, JOHOR
SURANDRAN A/L CHELLADURY
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ ]9: 16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS,
JUDUL: PUNCA BERLAKUNYA PONTENG SEKOLAH D! SJK ( T) JALAN HAJ! MANAN,86000 KLUANG,JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2006/2009
Saya SURANDRAN AIL CHELLADlJRY (IIlJRUF BESAR)
mengaku mernbenarkan tcsis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)" 1111 disirnpan di Perpustakaan Univcrsiti Tcknologi Malaysia dcngan syarat-syarat kegunaan seperti bcrikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan lJniversiti Teknologi Malaysia dibcnarkan mcrnbuat salinan untuk tujuan pcngajian sahaja, 3. Perpustakaan dibenarkan mcmbuat salinan tcsis ini scbagai bahan pertukaran antara institusi pcngajian tinggi. 4. Si la tandakan ( I )
[J SULIT (Mcngandungi mak lumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang terrnaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
[J TERHAD (Mcngandungi maklurnat TERHAD yang telah ditentukan Olch organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
[J TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULlS) (TAN I
Alamat Tetap: 42,JALAN 5, TAMAN BERSATU, 86000 KLUANG, JOHOR. PROF. MADYA DR. OTHMAN R
MD..JOHAN
Nama Penyelia Tarikh : 30 NOV 2008 Tarikh : 30 NOV 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lampirkan surat daripada pihak Berkuasa I organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
* Tesis dirnaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan sayakarya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. (Pengurusan dan Pendidikan)".
\
Tandatangan ~~~~~ .
Nama Penyelia : Prof.Madya Dr. Othman B Md. .Iohan
Tarikh : 17 Nov 2008
Tandatangan
Nama Penuh
Tarikh
"Saya akui karya ini adalah hasil kcrja saya
scndiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya" .
~'.·.h .•....... hUUU ....
Surandran a/ I Chelladury
...I.! ~~Y: ?:P.t?~ .
iii
DEDIKASI
Istimewa
Untuk ibu,
Yang di kasihi sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku Terima Kasih atas segala restu dan sokongan. Memberi pendidikan yang
sempurna Untuk menjadi seorang manusia yang menyintai ilmu.
Untuk isteriku,
G. Shobalatha yang menjadi sumber inspirasi dengan sentiasa memberi sokongan, Motivasi dan keyakinan kepada saya meniti kejayaan.
Kepada anak-anakku,
S. Suthan, S. Sugandan, S. Ashvini dan S. Ahbilasha anakku yang sentiasa di hati. Terima kasih atas keizinan,
kasih sayang, perhatian dan sokongan yang diberikan.
iv
Untuk rakan-rakan,
Terima kasih di atas segala bantuan, tunjuk ajar dan sokongan.
PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang
infiniti kepada Prof. Madya Dr. Othman bin Md. Johan, penyelia Projek Sarjana ini akan
segala tunjuk ajar, nasihat, bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
saya menyempurnakan projek ini. Semoga beliau akan terus cemerlang dan mendapat
ganjaran pahala dan kenikmatan hidup di dunia dan akhirat.
Penghargaan dan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Dr. Yusof bin Boon
Penyelia Program Khas Pensiswazahan Guru Besar ( PKPGB ) diatas perkongsian ilmu
dan bimbingan yang diberikan. Seterusnya pengkaji juga ingin mengucapkan setinggi-
tinggi terima kasih kepada En. K Selvarajah selaku Guru Besar SJK ( T ) Jalan Haji
Manan, Kluang, Johor, dan guru Penolong Kanan Hal-Ehwal murid dan guru-guru lain
yang telah banyak memberikan kerjasama, panduan dan tunjuk ajar sepanjang soal
selidik projek ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua yang menyumbangkan khidmat bakti dan memberikan sokongan moral kepada
v
pengkaji, juga kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk saya
merealisasikan kajian ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang diterima sepanjang
pengajian saya bersama Univeriti Teknologi Malaysia adalah untuk membina masa
depan yang cerah dalam bidang yang diceburi.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng di
kalangan murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil), Jalan Haji Manan
Kluang. Seramai 30 orang murid daripada tahun Empat dan Lima yang kerap ponteng
terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai
kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi soal selidik yang digunakan dalam kajian ini
ialah 0.783. Data dianalisis menggunakan perisisan Statistical Package for Social
Science versi 14.0. Analisis statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif iaitu
frequensi, peratusan dan min bagi menjawab persoalan kajian. Keputusan kajian
menunjukkan seramai 41.46% murid yang ponteng sekolah adalah disebabkan oleh
sikap mereka sendiri dan 41.32% ponteng disebabkan sikap ibu bapa mereka. Ia diikuti
oleh faktor latar belakang keluarga (31.96%) , pengajaran guru pula (37.98%), dan
pengaruh rakan sebaya (31.30%).
vi
ABSTRACT
The purpose of the study is to identify the factors which influence pupils of
National Type Primary School (Tamil), Jalan Haji Manan, Kluang to be absent from
school. A total of 30 standard four and standard five pupils who were frequently absent
were identified. A questionnaire was used as an instrument for this study. This
instrument has a Cronbach alpha reliability index of 0.783. Statistical Package for Social
Science version 14.0 was used to calculate the frequency, percentage and the mean. It
was found that 41.46% of the pupils stated that they were absent because of their own
attitudes and 41.32% stated that it was due to their parental attitudes. Other causes that
influenced their truancy were family background (31.96%), teachers teaching methods
(37.98%) and peer groups (31.30%).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Utama 12
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Rasional Kajian 13
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.8 Batasan Kajian 15
1.9 Definisi Istilah 15
1.9.1 Murid 16
1.9.2 Ibu Bapa 16
1.9.3 Latar Belakang Keluarga Murid 16
1.9.4 Pengajaran Guru 16
1.9.5 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 17
1.10 Kesimpulan 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Punca-punca berlakunya masalah ponteng sekolah 19
2.2.1 Sikap Murid 19
2.2.2 Faktor keluarga 19
2.2.3 Rakan Sebaya 21
2.2.4 Faktor Persekitaran 21
2.2.4.1 Faktor Sekolah 21
2.2.4.2 Faktor Guru 23
2.3 Cara-cara Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah 24
2.3.1 Faktor Sikap Murid 24
2.3.2 Faktor Keluarga Murid 25
ix
2.3.3 Faktor Sekolah 25
2.3.4 Guru 26
2.4 Kesimpulan 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Borang Soal Selidik 30
3.5 Kesahan Instrumen 30
3.6 Prosedur Kajian 31
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Pentadbiran Instrumen Kajian 32
3.8.1 Penganalisisan Data 32
3.9 Kesimpulan 33
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Dapatan Kajian 33
4.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Yang
Dikemukakan 35
4.3.1 Sikap Murid 35
4.3.2 Sikap Ibu Bapa 37
4.3.3 Latar Belakang Keluarga Murid 39
4.3.4 Pengajaran Guru 42
4.3.5 Pengaruh Rakan Sebaya 44
4.4 Kesimpulan 46
x
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Sikap Murid Mempengaruhi Masalah Ponteng
Sekolah 49
5.3 Sikap Ibu Bapa Mempengaruhi Masalah Tingkah
Laku Ponteng Sekolah 50
5.4 Pengaruh Latar Belakang Keluarga Murid
Terhadap Berlakunya Masalah Ponteng Sekolah 52
5.5 Pengaruh Pengajaran Guru Terhadap
Tingkah Laku Ponteng Sekolah 54
5.6 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Gejala
Ponteng Sekolah 56
5.7 Cadangan 57
5.7.1 Pendedahan Guru Terhadap Masalah 58
5.7.2 Guru Dan Strategi Pengajaran Terhadap
Masalah 59
5.7.3 Pihak Sekolah, Ibu Bapa Dan Penulis
Buku Terhadap Masalah 60
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.8.1 Tempat Kajian 61
5.8.2 Soal Selidik 62
5.8.3 Tumpuan Menyeluruh 62
5.8.4 Mempelbagaikan Kaedah 62
5.8.5 Faktor Ponteng Seolah 64
5.8.6 Suasana Sekolah 64
5.8.7 Aktiviti Terancang Dan Menarik 64
5.8.8 Kerjasama Semua Pihak 65
xi
5.8.9 Hubungan Silaturahim 67
5.8.10 Kesedaran dalam Diri 68
5.8.11 Peranan Ibu Bapa 69
5.8.12 Sikap Disiplin Guru 71
5.9 Kesimpulan 72
RUJUKAN 75
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
1.1 Kadar Ponteng Sekolah Tahap Dua Di sekolah
SJK (T) Jalan Haji Manan Kluang Jan-April 2008 11
3.1 Jumlah Murid Mengikut Kelas 29
4.1 Sikap Murid terhadap Masalah Ponteng Sekolah 35
4.2 Peratusan respon terhadap sikap murid 36
4.3 Sikap Ibu Bapa terhadap Masalah Ponteng Sekolah. 37
4.4 Peratusan respon terhadap sikap ibu bapa 39
4.5 Latar Belakang Keluarga Terhadap Masalah Ponteng
Sekolah. 39
4.6 Peratusan respon terhadap latar belakang keluarga murid 41
4.7 Pengajaran Guru terhadap Masalah Ponteng Sekolah. 41
4.8 Peratusan respon terhadap Pengajaran Guru 43
4.9 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Masalah Ponteng 43
Sekolah.
4.10 Peratusan respon terhadap Pengarug Rakan Sebaya 46
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masalah ponteng sekolah bukanlah satu masalah baru dalam kalangan
pelajar malah satu masalah yang sentiasa terdapat di institusi persekolahan. Masalah
ponteng dari segi pelajaran boleh didefinisikan sebagai perbuatan tidak hadir ke
sekolah pada waktu persekolahan tanpa mendapat keizinan guru ataupun Guru Besar.
Ponteng merupakan satu masalah serius daripada sekian banyak masalah yang
dihadapi oleh tiap-tiap sekolah sama ada di dalam bandar ataupun di luar bandar.
Menurut Ibrahim Saad (1982), masalah ponteng bukanlah satu fenomena
yang baru malah masalah ini wujud sejak zaman awal persekolahan lagi. Salah laku
sosial yang kini menular dalam kalangan pelajar sekolah akhir-akhir ini semakin
membimbangkan seperti masalah lewat datang ke sekolah, ponteng sekolah, kes buli
dan pergaduhan. Menurut statistik pada tahun 1993, 172 615 orang pelajar telah
terlibat dalam masalah salah laku dan 42 415 daripada mereka terdiri daripada
pelajar sekolah rendah. Daripada masalah salah laku tersebut, sejumlah 46 414 orang
pelajar telah terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Kenyataan ini telah diterima
daripada bekas Menteri Pendidikan pada tahun 1994, iaitu Datuk Amar Dr. Sulaiman
Daud.
2
Kini, bilangan telah meningkat mengikut perubahan semasa dan kebanyakan
pelajar terjebak ke dalam kancah ini dan statistik baru mengatakan jumlah pelajar
yang dibuang sekolah kerana kes salah laku termasuk ponteng sekolah ialah 7 000
pelajar manakala 15 000 pelajar lagi digantung. Jika dikaji dari semua perpekstif,
semua gejala ini memerlukan perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada
pelbagai pihak untuk ditangani.
Dalam hal ini, kita terlebih dahulu perlulah dapat membezakan dengan jelas
antara masalah ponteng sekolah dengan tidak ponteng sekolah. Ponteng ialah
perbuatan tidak datang ke sekolah tanpa pengetahuan atau izin guru dan ibu bapa
atau penjaganya dengan tiada sebab-sebab yang tertentu yang sah dan munasabah
seperti tidak mengemukakan sijil cuti sakit. Ini bermakna, tidak boleh dikatakan
bahawa semua murid yang tidak hadir ke sekolah dikategorikan dalam golongan
ponteng sekolah.
Bukan sahaja pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14
hingga 15 tahun dikatakan sebagai kumpulan majoriti yang terlibat dengan gejala
ponteng malah pelajar sekolah rendah juga turut terlibat. Bekas Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Mahazir Mohd. Khir, berkata masalah
disiplin ini memang dikesan lebih ketara berlaku dalam kalangan pelajar peringkat
menengah dan rendah lebih-lebih lagi mereka yang bersekolah di kawasan bandar
dan juga di pinggir bandar. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit
dalam masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan kaum lelaki dan
hanya 3 peratus perempuan. Statistik ini diperoleh daripada akhbar Berita Harian
(2001). Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Noh Omar telah memberi
kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan 7 000 Pelajar telah
dibuang sekolah kerana terlibat dalam salah laku termasuk masalah ponteng dan 15
000 pelajar telah digantung sekolah pada tahun 2005. Kenyataan ini telah
dikeluarkan oleh beliau pada 17 Ogos 2006.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia merupakan satu sistem yang
terbaik di rantau ini dan dikatakan sangat cemerlang dan berkesan. Sistem
pendidikan negara ini juga dikatakan mesra pelajar dan ibu bapa. Walau apa
sekalipun, terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada
kecemerlangan dan keberkesanan sistem pendidikan Malaysia. Antara masalah yang
ingin diutarakan ialah masalah disiplin pelajar. Meskipun, terdapat pelbagai contoh
masalah disiplin, salah satu masalah yang kian meruncing dan menjadi masalah
utama ialah masalah ponteng.
Unit Disiplin Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) melaporkan
salah laku pelajar bagi tahun 1985 hinnga 1992 menunjukkan bahawa ponteng
sekolah merupakan satu salah laku utama dalam kalangan pelajar sekolah. Analisis
data salah laku ponteng juga membuktikan bahawa salah laku ponteng kian
meningkat. Memandangkan salah laku ponteng berkemungkinan mengakibatkan
pelajar-pelajar terdedah kepada salah laku negatif yang lain maka masalah ini perlu
diatasi dengan segera.
Pada dasarnya masalah ponteng dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu
ponteng sekolah dan ponteng kelas. Ponteng sekolah merupakan perbuatan para
pelajar tidak menghadiri sekolah tanpa sebab munasabah dan kebenaran manakala
ponteng kelas didefinisikan sebagai perbuatan tidak menghadiri beberapa kelas
tertentu sahaja. Masalah yang ingin diketengahkan dan akan dibincangkan ialah
masalah ponteng sekolah. Masalah ini dikatakan mendominasi peratus yang besar
daripada keseluruhan masalah disiplin pelajar sekolah. Lebih-lebih lagi, masalah
ponteng sekolah menjadi ketara pada musim selepas peperiksaan.
Menurut seorang aktivis sosial, Jejari Azhad, dalam rujukannya di
http://blog.azhad.com/2008/ponteng menjadi serius apabila terdapat juga sebilangan
ibu bapa yang ‘menghalalkan’ tabiat ini dengan tidak mengendahkan perbuatan
anak-anak mereka yang tidak pergi ke sekolah terutamanya untuk kelas-kelas
4
tambahan. Beliau dalam nukilannya di laman web menyatakan bahawa hal ini
terbukti apabila beberapa kelas tambahan di sekolah terpaksa digabungkan kerana
kurang pelajar yang menghadirinya.
Seperkara lagi, perangkaan terkini pada akhir 2007 menunjukkan seramai 34
628 orang pelajar terlibat dalam ponteng sekolah. Laman web
www.mypendidikan.net/portal/modus memaparkan artikel yang dikarang oleh
saudara Sharunizam Abdul Talib yang menegaskan bahawa masalah ponteng tidak
perlu lagi dipandang remeh malah perlu dipandang serius khususnya oleh pihak-
pihak yang terlibat secara langsung dengan persekolahan pelajar, iaitu guru, ibu bapa
dan PIBG. Beliau juga menggariskan beberapa tanggungjawab ibu bapa, yakni
memastikan anak-anak selamat pergi dan pulang dari sekolah, menghubungi guru-
guru, pemandu bas, rakan-rakan anak untuk mengikuti perkembangan kedatangan
anak dan memeriksa beg anak-anak.
Menurut beliau lagi, sarang ponteng yang menjadi kebiasaan kepada para
pelajar kaki ponteng ialah kompleks-kompleks beli belah, pusat-pusat hiburan, dan
rumah kosong ataupun pondok usang di luar Bandar. Sikap segelintir ibu bapa yang
beri untuk sebab-sebab remeh seperti sakit perut, kasut kotor, ada peperiksaan
mengejut yang membolehkan anak-anak mereka mengambil cuti juga ditegur.
Laman web ini juga berpendapat kerjasama pelbagai pihak seperti orang
ramai dan pengusaha pusat-pusat hiburan diperlukan memandangkan aduan daripada
mereka boleh menjadi bantuan untuk mengelakkan sedikit sebanyak masalah ini.
Papan tanda amaran yang menegah para pelajaar memasuki sesetengah premis
dengan berpakaian seragam sekolah tidak patut menjadi bahan hiasan semata-mat
Jelas terbukti bahawa masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang
dominant dan menghantui keberkesanan sistem persekolahan Malaysia. Ironinya,
masih terdapat golongan yang enggan memandang serius terhadap perkara ini dan
menganggap perkara ini sebagai masalah yang kecil dan mudah diatasi. Walaupun
masalah ini merupakan perkara kecil namun implikasinya adalah cukup besar untuk
5
pelajar, keluarga, bangsa mahupun negara. Hal ini terbukti apabila bekas Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin
menegaskan perkara ini dengan menyatakan kesan-kesan ponteng sekolah dalam
surat pekeliling iktisas Bil. 6/1995 kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri.
Antara kesan yang digariskan oleh beliau ialah para pelajar akan hilang
tangggungjawab, tertinggal dalam pelajaran dan terlibat dalam gejala sosial. Ini akan
membawa kepada peningkatan kadar jenayah dan kadar pengangguran. Hal ini juga
akan menggambarkan bayangan bahawa insititusi pendidikan gagal dalam
melahirkan insan yang berguna. Pada waktu itu, Kementerian Pendidikkan juga
menyediakan buku-buku panduan mengenai pembasmian ponteng sekolah di
samping melancarkan kempen-kempen anti ponteng. Penglibatan yang sejauh ini
oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah ponteng menunjukkan sejauh
mana masalah ponteng menghantui masa depan negara.
Tambahan pula, laman web rasmi Kementerian Penerangan Malaysia
mengandungi satu artikel yang akan menyedarkan kita lagi tentang pembasmian
masalah ponteng sekolah yang menjadi salah satu daripada isu semasa paling hangat .
Kerajaan telah meminta 10 kementerian untuk berganding bahu dalam menangani
masalah ponteng sekolah dengan menggariskan bidang kuasa kementerian-
kementerian tertentu. Kementerian-kementerian yang dimaksudkan ialah
Kementerian Pelajaran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan dan Kementerian Penerangan.
Jadi, jelaslah bahawa masalah ponteng sekolah merupakan masalah yang
serius dan memang dipandang serius. Berbalik pada penglibatan pelajar dalam
masalah ini, statistik menunjukkan walaupun pelajar lelaki merupakan golongan
yang banyak terlibat dalam ponteng sekolah, namun bilangan pelajar perempuan
juga setanding dengan golongan lelaki. Jika ditinjau dari perspektif umur pula,
6
pelajar sekolah menengah merupakan golongan yang banyak terlibat dalam ponteng
berbanding para pelajar sekolah rendah.
Laman web www.tutor.com/my/tutor-dunia yang bertarikh 18 Mei 2005 pula
memaparkan bahawa 5 807 orang pelajar diperiksa dalam Ops Sayang (Operasi
Ponteng Sekolah) di seluruh negara yang terdiri daripada 71 peratus pelajar lelaki
dari 2002 hingga 2004. Ops Sayang dilancarkan di seluruh negara dengan Perak
menjadi negeri yang paling banyak melancarkan Ops Sayang, iaitu 299 diikuti Johor
(92), Pahang (83), Sabah (80), Negeri Sembilan (31), Kuala Lumpur (30), Kedah
(22), Perlis (7), dan masing-masing 5 di Pulau Pinang dan di Kelantan.
Ekoran daripada pelancaran Ops Sayang ini, suatu cadangan untuk
menubuhkan Unit Polis Sekolah untuk membendung masalah disiplin pelajar juga
telah wujud. Cadangan ini dikemukakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran
di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia ACP Aisyah Mohamed dalam
forum ‘Menangani Masalah Ponteng Tanggungjawab Bersama’ yang dianjurkan
oleh pelajar Sarjana Kepengetuaan Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti
Malaya di Kuala Lumpur pada 2005. Beliau juga berkata perbuatan itu memberi
peluang kapada pihak polis untuk menunjukkan tanggungjawab terhadap unit itu
seperti yang dipraktikkan di San Diego City Schools Police di Amerika Syarikat.
Beliau juga menegaskan bahawa gejala ponteng tidak boleh dibendung dengan
hanya mengharapkan pihak berkuasa semata-mata malah perlu kerjasama antara
polis, ibu bapa, komuniti, guru dan pelajar serta PIBG.
Pada masa yang sama, bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan,
Datuk Mahadzir Mohd. Khir juga pernah mengetengahkan beberapa pandangan
mengenai masalah ponteng sekolah. Menurut beliau, tindakan buang sekolah
menjadi jalan terakhir apabila seorang pelajar yang terlibat dalam masalah ponteng
tidak dapat dibantu. Namun, beliau juga berpendapat tindakan ini tidak boleh
dianggap sebagai penyelesaian untuk masalah ponteng sekolah.
7
Beliau telah mencadangkan beberapa langkah untuk membendung masalah
ini menjelang kempen yang bertemakan ‘Menuju Ke Arah Ponteng Sifar’ yang telah
dipraktikkan di seluruh negara. Perlaksanaan sekolah satu sesi juga dianggap sebagai
langkah yang boleh membendung masalah ponteng sekolah. Walau apa sekalipun,
beliau akhirnya berbalik kepada pandangan bahawa kerjasama pelajar, ibu bapa,
guru dan PIBG merupakan ramuan yang terbaik untuk mengatasi masalah ponteng
sekolah.
Gejala ponteng sekolah bukan sahaja mendatangkan masalah kepada murid
malah memberi kerugian besar kepada pelajar itu sendiri dan juga kepada negara
dan bangsa. Oleh sebab masalah ponteng sekolah ini diberi perhatian serius maka
dikaji secara mendalam untuk mengenal pasti sebab-sebab pelajar ponteng sekolah.
Berdasarkan tinjauan daripada beberapa kajian, ponteng sekolah adalah disebabkan
oleh beberapa faktor.
Sikap murid itu sendiri juga merupakan satu punca berlakunya masalah
ponteng sekolah. Kecenderungan dan kesedaran pelajar terhadap pelajaran dan masa
depannya lebih tipis berbanding dengan kecenderungannya kepada hiburan. Peranan
dan sikap ibu bapa pula amat berkurangan. Oleh sebab sikap yang negatif dari murid
dan ibu bapa sendiri mengakibatkan keciciran dalam kalangan murid.
Selain itu, diri pelajar yang bersikap negatif terhadap pelajaran, konsep
kendiri yang rendah, tidak mempunyai dorongan dan motivasi pelajaran serta tidak
mempunyai kemahiran belajar turut mempengaruhi masalah ponteng sekolah.
Menyedari masalah ponteng sahaja tidak mencukupi dalam usaha mengatasi
masalah ini. Apa yang penting ialah sebab-sebab mengapa murid tersebut ponteng
hendakalah diketahui. Setakat ini tidak ada kajian tertentu dijadikan untuk
mengetahui puncanya. Tanpa mengetahui punca atau sebab mengapa murid ponteng,
pihak sekolah tidak dapat menjalankan apa tindakan untuk mengatasinya. Oleh itu,
kajian ini dijadikan untuk mengetahui punca berlakunya masalah ponteng sekolah.
8
Latar belakang murid merupakan satu lagi sebab berlakunya ponteng sekolah.
Lebih-lebih lagi kedudukan sosio-ekonomi keluarga yang miskin. Kemiskinan
meyebabkan ibu bapa terlalu kekurangan dalam penanaman sikap terhadap pelajaran,
disiplin yang longgar dan rumah tangga yang sentiasa diselubungi oleh pelbagai
masalah. Ibu bapa tidak dapat menyediakan segala kehendak pelajarannya anak-
anaknya dari segi makanan, pakaian dan kemampuan menghantar anak-anak untuk
pergi ke sekolah.
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah
disebabkan keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Sikap ibu bapa yang
terlalu mengejar kemewahan juga menyebabkan berlakunya masalah ponteng
sekolah.
Ibu bapa menghabiskan masa dalam mencari harta pencarian, lupa akan
tanggungjawab mereka untuk mengasuh anak-anak mereka. Terdapat juga ibu bapa
yang langsung tidak menghiraukan prestasi atau tindak-tanduk anak-anak kerana
kesibukan kerja. Keadaan ini memberi kelebihan untuk anak-anak mereka yang
terdiri daripada golongan pelajar melakukan aktiviti ponteng sekolah. Timbulnya
pertelingkahan antara ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak dihiraukan.
Anak-anak akan berasa bosan untuk tinggal di rumah. Mereka akan mencari tempat
untuk berhibur sehingga masa persekolahan turut menjadi mangsa hiburan mereka.
Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan sekolah tidak diambil
berat.
Ketandusan kasih sayang dan tekanan pada diri seseorang pelajar datang
daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini
menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin dalam
kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Ada kajian menunjukkan
bahawa murid-murid yang tinggal di kawasan bandar lebih terdedah kepada
pengaruh keluarga dan persekitaran yang menarik dan memberikan peluang untuk
mereka ponteng sekolah.
9
Selain itu, pertelingkahan antara ibu bapa turut menyebabkan kebajikan
anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak di luar rumah dan di ledakan
tekanan pada diri seseorang murid yang datang dari keluarga bermasalah akan
menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi
keluarga mempengaruhi masalah disiplin dalam kalangan murid.
Seterusnya, suasana murid yang menghadapi krisis seperti perpisahan,
penceraian atau kematian ibu bapa, desakan untuk menolong dan membantu
keluarga, sikap ibu bapa yang tidak mementingkan pelajaran serta desakan dan
tekanan untuk memenuhi harapan aspirasi ibu bapa yang terlalu tinggai di luar
keupayaan anak-anak juga mempengaruhi ponteng sekolah.
Keadaan iklim sekolah yang tidak menggalakkan juga menyebabkan
berlakunya masalah ponteng sekolah. Pentadbiran dan pengurusan sekolah yang
kurang cekap dan tidak berkesan dan keadaan fizikal dan persekitaran sekolah yang
tidak selesa dan tidak menarik juga menjadi satu masalah kepada ponteng sekolah.
Kesukaran pihak sekolah mengatur jadual guru yang tidak hadir dan yang
menjalankan urusan rasmi di luar sekolah dan penyeliaan dan pengawalan yang
kurang berkesan juga menjadi satu sebab murid ponteng sekolah.
Guru dalam sesebuah sekolah perlu juga diberi perhatian. Kekurangan guru
dan guru-guru sementara juga menyebabkan berlakunya gejala ponteng sekolah.
Guru-guru yang tiada pengalaman langsung tidak dapat menyampaikan pelajarannya
dengan berkesan. Mereka juga kurang kemampuan untuk mengawal disiplin murid.
Sikap guru yang tidak memberikan perhatian terhadap pelajar yang
ketinggalan dalam pelajaran serta pengajaran dan pembelajaran yang menjemukan
dan tidak menarik juga menjadi satu faktor murid ponteng sekolah. Selain itu,
perasaan takut yang diakibatkan oleh guru yang bersifat kasar dan bengis serta
hukuman yang tidak setimpal dan tidak adil juga serta sikap guru yang tidak prihatin
dan kurang penyayang terhadap murid juga mendorong murid ponteng sekolah.
10
Berdasarkan pernyataan di atas masalah yang dilihat, pengkaji ingin
mengkaji sejauh manakah sebab-sebab yang mempengaruhi pelajar-pelajar
melakukan ponteng sekolah.
Selain itu, ramai pula yang ponteng sekolah kerana pengaruh kawan-kawan
yang nakal. Memang boleh dikatakan bahawa masalah ponteng sekolah ini wujud
disebabkan pengaruh rakan sebaya. Mereka dilihat merayau-rayau di kompleks beli-
belah, di kolam renang, di tempat perjudian dan sebagainya. Di tempat-tempat ini,
bukan sahaja mereka terlepas peluang berseronok termasuk menghisap rokok dengan
bebas dan enak.
1.3 Pernyataan Masalah
Walaupun jelas terbukti bahawa masalah ponteng sekolah sangat ketara
dalam kalangan para pelajar sekolah menengah namun kajian ini akan menjurus
secara spesifik terhadap murid-murid sebuah sekolah rendah, iaitu Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Jalan Haji Manan, Kluang, Johor. Sekolah ini merupakan sebuah
sekolah yang terletak di pusat bandar Kluang. Lokasi sekolah ini sangat berhampiran
dengan segala kemudahan umpamanya stesen bas, stesen kereta api, pusat beli-belah
dan pusat-pusat hiburan. Seramai lebih daripada 900 orang pelajar dari Darjah Satu
hingga Darjah Enam menuntut di sekolah ini. Mereka terdiri daripada penduduk di
sekitar bandar Kluang dan ladang-ladang yang berhampiran dengan bandar ini.
Masalah ponteng sekolah kian meningkat dalam kalangan pelajar sekolah ini
sejak tahun 2005. Para pelajar yang terlibat dalam gejala ini dikenal pasti terdiri
daripada semua darjah termasuk Darjah Satu dan Dua namun majoriti pelajar yang
terlibat ialah para pelajar tahap dua, khususnya Darjah Empat dan Lima. Oleh itu,
kajian ini secara terperinci akan mengkaji status masalah ini dalam kalangan pelajar
tahap dua, iaitu Darjah Empat dan Lim
11
Jadual 1 : Kadar Ponteng Sekolah Tahap Dua Di sekolah SJK (T) Jalan Haji
Manan Kluang Jan-April 2008
Jadual 1 menunjukkan kadar ponteng sekolah tahap dua, iaitu murid-murid
Tahun Empat dan Lima di SJK (T) Jalan Haji Manan, Kluang dari Jan-April 2008.
Kadar ponteng sekolah secara keseluruhannya dari Jan-April ialah dari 7.2 % hingga
10.4 %. Secara keseluruhannya kadar ponteng sekolah di SJK (T) Jalan Haji Manan
meningkat dari Jan-April. Bilangan murid-murid yang terlibat dalam gejala ponteng
juga bertambah dari Jan-April. Memandangkan laporan di atas, jelas menunjukkan
bahawa masalah ini sentiasa dikaji.
1.4 Objektif Utama
Pengkaji menjalankan kajian di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Haji
Manan, Kluang adalah untuk meninjau dan mengenal pasti sebab-sebab murid
ponteng sekolah bagi murid-murid darjah 4 dan 5.
Bulan Tahun 4 Tahun 5 Jumlah
pelajar Bil.
Pelajar terlibat
% Jumlah pelajar
Bil. Pelajar terlibat
%
Jan 120 9 7.5 125 9 7.2 Feb 120 11 9.2 125 10 8.0 Mac 120 12 10.0 125 12 9.6 April 120 12 10.0 125 13 10.4
12
1.5 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif di atas, beberapa persoalan kajian dikemukakan
seperti di bawah :
1.5.1 Adakah latar belakang keluarga murid mempengaruhi tingkah laku
ponteng sekolah?
1.5.2 Adakah sikap murid menyebabkan berlakunya tingkah laku ponteng
sekolah?
1.5.3 Adakah sikap ibu bapa mempengaruhi tingkah laku ponteng sekolah?
1.5.4 Adakah pengajaran guru mempengaruhi tingkah laku ponteng
sekolah?
1.5.5 Adakah pengaruh rakan sebaya mendorong gejala ponteng sekolah?
1.6 Rasional Kajian
Sejak kebelakangan ini, sekolah dilihat sebagai sebuah rumah kaca. Pelajar
dirotan hingga tercedera, pelajar dicubit hingga berdarah, dijemur di tengah padang
dan sebagainya, segera mendapat liputan media massa. Segala tindak-tanduk pihak
sekolah dalam menangani masalah ponteng murid telah menjadi pengetahuan
masyarakat umum.
Di samping itu, terdapat pula insiden-insiden yang berlaku secara senyap-
senyap di dalam bilik darjah dan juga persekitaran sekolah serta terlindung daripada
penglihatan kita. Murid-murid disingkir dengan cara dipandang sepi ataupun dilontar
kata-kata kesat. Ketidakselarasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku
murid-murid telah meninggalkan impak terhadap sekolah dan institusi pendidikan.