sultan muhammad al fateh
DESCRIPTION
Kerajaan Turki Uthmaniyyah-Sultan Muhammad Al-FatehTRANSCRIPT
1
1.0 PENGENALAN
Dengan lafaz bismillah kami membuka bicara. Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t.
Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat
baginda. Alhamdulillah, kerana dengan izinNya dapatlah kita mengkaji serba sedikit tentang
pahlawan islam yang unggul yang telah membuka Kota Konstantinopel dan sekaligus
merealisasikan hadis Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w.
لتفتحن القسطنطينية فلنعم األمير أميرها و لنعم الجيش ذلك
الجيش
Maksudnya: “..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah
sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. barulah menjadi
kenyataan(Abdul Latip Talib 2008 : 11). Umat Islam berlumba-lumba membebaskan
Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dalam hadis
tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di
antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan
Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas kajian tentang strategi Sultan Muhammad Al-
Fateh dalam penaklukannya terhadap Kota Kostantinopel. Kita sedia maklum bahawa ramai
pejuang-pejuang islam yang telah berusaha untuk membuka Kostantinopel tapi tidak berjaya.
Oleh itu, kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai strategi Sultan Muhammad Al-Fateh
dalam kertas kerja ini. Dan kami berharap kajian ini akan member manfaat kepada yang
membaca, menyemak sekaligus kepada yang menulisnya. Kami juga berharap segala kekurangan
dalam kertas kerja ini dimaafkan sebagai makhluk yang tidak lepas daripada kesalahan dan
kelalaian.
2
2.0 BIOGRAFI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
Nama baginda ialah Muhammad bin Murad. Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835
Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki dan Bulgaria). Walau bagaimanapun,
sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana
telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan
gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda
menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 –
1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang
memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal
886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda
diracun.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Saidina
Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik
peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Dalam bidang
akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur
dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam
bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa
pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku
jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda
membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-
menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani,
sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu
berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara. Muhammad al-Fatih merupakan
seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda
seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi
(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam
3
dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan
tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis. Baginda seorang yang sentiasa
tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat
cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
3.0 LATAR BELAKANG KOTA KOSTANTINOPEL DAULAH UTHMANIYAH
Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Constantine memindahkan ibu kotanya
dari Rom ke Konstantinopel pada tahun 330 Masihi. Ekoran dari itu pada tahun 1054 kerajaan
Rom berpecah dua, satu di Rom yang dikenali bermazhab Kristian Roman Katolik dan satu lagi
di Konstantinopel bermazhab Ortodoks(Abdul Latip Talib 2008 : 3).
Kota Kostantinopel yang menyimpan banyak sejarah. Kerajaan Rom Timur meliputi
Negara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau di Mediterranean dan pulau-pulau
di Corsica dan Sicily. Sejak dikuasai oleh Rom Bandar ini dinamakan Kostantinopel. Kota in
terletak diantara laut Marmara dan selat Bosporus(laut hitam). Ketika itu Konstantinopel menjadi
tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Mereka juga membina Gereja Aya Sophia satu
bentuk bangunan yang paling luar biasa cantiknya kerana belum pernah dilihat oleh manusia.
Bumbungnya seperti tergantung. Bangunan itu dihiasai dengan batu-batu berwarna, emas, perak
dan permata. Lukisan pada dinding dan syilingnya begitu indah sekali.
Kota ini juga dijadikan ibukota Byzantin suatu masa dahulu. Kerajan Islam yang datang
dari parsi dan negeri-negeri arab mengenali Kostantinopel sebagai sebuah pusat keagamaan,
pemerintahan, perdagangan, dan kebudayaan. Sebagai sebuah kota yang memiliki potensi yang
tinggi dan kedudukan yang strategik dan tidak hairanlah kota ini menjadi sasaran penaklukan
oleh negeri-negeri di sekelilingnya termasuklah Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniyah
merupakan kerajaan baru yang memiliki kekutan dan pengaruh yang besar pada abad
pertengahan dan bercita-cita untuk menguasai Kostantinopel. Sebelum itu, kerajaan Turki
Uthmaniyah telah berjaya menguasai negeri sekelilingnya. Keadan geografi Kota Kostantinopel
yang dikelilingi bukit-bukit dan bentang pertahanan yang sangat kukuh.
4
Selain itu, Kostantinopel penuh dengan simbol-simbol keagamaan didalamnya seperti
gereja Hagia Sophia, St. Theodore Tyro dan St. Mary Panachrantos. Kekuatan simbol
keagamaan dalam kota Kostantinopel memberikan gambaran bahawa pengaruh agama Kristian
sangat besar. Bagi kerajaan Turki Uthmaniyah penaklukan Kostantinopel merupakan jalan
terbaik untuk menyebarkan agama Islam di Eropah. Penaklukan ini juga membuka jalan bagi
umat islam untuk masuk ke benua Eropah dengan kekuatan yang baru. Agama dijadikan dasar
untuk melakukan suatu tindakan kewajipan unutk berdakwah, berjihad di jalan Allah s.w.t dan
merupakan penggerak bagi Turki Uthmaniyah menyebarkan agama Allah.
Selain itu juga, ramai pejuang islam yang gugur dalam mencapai hasrst untuk membuka
Kostantinopel. Antaranya ialah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Abu Ayyub Al-
Anshari r.a gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel. Namun usaha itu
tidak berakhir disitu sahaja. Penaklukan Konstantinopel telah dimulakan oleh Saidina Ali pada
tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91
hijrah, Khalifah Harun al Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397
dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.
3.1 Daulah Uthmaniyah
Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah menjadi lemah
dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan
Turki. Pemerintahan kerajaan abbasiyah berakhir pada tahun 1258 masihi apabila Baghdad
diserang oleh orang Mongol. Antara kerajaan kecil di Turki yang pernting termasuklah kerajaan
Saljuk. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di
sebelah barat Anatolia (Turki kini). Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, pemerintah Anatolia
bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu juga,
walaupun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun kerajaan ini Berjaya
menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.
Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman Bin
Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah
5
Amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia. Kawasan ini bersempatan
dengan kawasan empayar Byzantine atau dikenali dengan nama Rom Timur. Oleh itu, kawasan
pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang
lain. Pada tahun 1301 masihi, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini
menyebabkan ramai pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman
dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.
Turki Uthmaniah merupakan sebuah kerajaan yang berlandaskan agama Islam memiliki
cirri-ciri khas, nilai-nilai agama dan penghormatan yang tinggi. Peranan seorang ulama atau
Sheikh sangat besar terhadap kerajaan ini. Ulama adalah penasihat sultan yang memiliki
pengaruh besar terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh sultan. Dalam hal ini, jawatan ulama
dalam kerajaan Turki Uthmaniah di pegang oleh Syeikh Ak Semsettin atau nama sebenarnya
Sheikh Syamsuddin Al-Wali yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Sultan
Muhammad Al-Fatih menakluki Kostantinopel. Nilai-nilai keagamaan seperti meningkatkan
gerakan jihad dan penyampaian janji-janji telah menguatkan lagi semanngat umat islam untuk
menakluki kota Kostantinopel.
3.2 Sheikh Syamsuddin Al-Wali (Syeikh Ak Semsettin)
Sheikh Syamsuddin Al-wali atau lebih dikenali dengan nama Syeikh Ak Semsettin
merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin
Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-
Siddiq r.a. Beliau mengajar ilmu-ilmu asas kepada Muhammad. Antara yang di ajarkan ialah al-
Quran, Hadith, Linguistik(bahasa arab, bahasa parsi, dan bahasa turki) dan juga ilmu kemahiran
yang lain iaitu ilmu hisab, ilmu falak, sejarah dan ilmu peperangan.
Selain itu, Sheikh Syamsuddin juga berjaya meyakinkan Sultan Muhammad Al-Fatih sejak
baginda kecil lagi bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
hadith pembukaan kota Kostantinople. Apabila Sultan Muhammad Al-Fatih menaiki takhta,
beliau segera mempersiapkan tentera-tenteranya untuk persediaan penawanan Kostantinopel dan
demi untuk merealisasikan hadith Rasulullag s.a.w. Sultan Muhammad Al-Fatih sangat
6
menyayangi Syeikh Ak Semsettin dan mempunyai kedudukan yang istemewa dalam diri Sultan
Muhammad Al-Fatih.
4.0 STRATEGI PEPERANGAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
4.1 Membuka Kota Kostantinopel
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar untuk mencapai
matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira
250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara
lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan
dengan pujian Rasulullah s.a.w kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing
Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang
berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan
yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah
berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota
berkenaan tetapi gagal menghalangnya(Abdul Latip Talip 2008 : 132)
Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan
senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.
Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan
betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan
memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira
400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian
dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga
dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar
jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan
Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai
7
cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan hasratnya.
Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui
kegagalan.
Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh telah mendorong
Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa
segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu
semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi
mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di
Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar
dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya
Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah
menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada
di antara pemimpin Orthodoks berkata, sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine
ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin! situasi ini telah
mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.
Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menyusun dan membahagikan
tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal
kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan
yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu
Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-
kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Uthmaniyyah juga diletakkan di
sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak
berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang
mengawal pintu masuk.
Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang
tentera Uthmaniyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik
tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam
dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada
penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.
8
Tentera Laut Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal
Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya,
dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi
berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus
berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine
juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.
4.2 Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine
Kepungan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh masih belum sempurna disebabkan oleh
rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap
terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang
Uthmaniyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah
barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari
serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.
Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah cuba merempuh rantai besi di
Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya
menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah musnah
menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan
kemusnahan yang berterusan.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak.
Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah
menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya ”sama ada kamu tawan
kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka
jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup”.
Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fateh menunggang kudanya sehingga ke gigi laut
sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan
semangat. Kesungguhan Muhammad Al-Fateh itu menaikkan semangat tenteranya. Namun,
9
tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh-
sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan
Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan
Hamzah Pasha.
Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera
Uthmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Sultan
Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk
Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu
ditolak mentah-mentah oleh Al-Fateh. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk
tentera laut Uthmaniyah melepasi Tanjung Emas.
4.3 Meriam Urban (The Great Bombard)
Penciptaan Meriam Urban bermula pada Pemerintahan Sultan Muhamad. Meriam
tersebut dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Urban. Beliau telah ditangkap oleh Pemerintah
Kota Konstantinopel, kerana Baginda mendapat tahu bahawa Urban pandai membuat sejata.
Tetapi Urban tidak bersetuju untuk menolong Pemerintah Kota Konstantinopel yang zalim itu,
dan telah dihukum penjara sehinggalah Sultan Muhamad Al-Fateh menyelamatkan Urban.
Setelah berjumpa dengan Sultan Muhamad, Urban bersedia untuk membantu Baginda dan
berjanji untuk membuat meriam. Meriam raksasa ini menggunakan ubat bedil seberat 1,600
kilogram sebagai pelurunya. Peluru The Great Bombard seberat 300 hingga 1,600 kilogram.
Meriam Urban telah ditempatkan bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing
sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia,
Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda
membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat
jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda
mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000
10
tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah
kesunyian alam.
4.4 Keajaiban Tentera Uthmaniyah
Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa
kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera
Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari
pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu!
Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari
ini(Abdul Latip Talib 2008 : 229)
Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid
para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu
boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih
mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi
menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, tidaklah kami pernah melihat
atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great.
Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi
seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya
beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap
dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang
terakhir.
4.5 Serangan Terakhir Mujahidin
11
Dengan kedudukan tentera Uthmaniyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad
Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan
meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera
Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata.
Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan
siang dan malam tanpa henti.
Laungan takbir Allahu Akbar, Allahu Akbar yang mengisi ruang angkasa Costantinople
telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan
mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah
tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa
mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga mengkucar-kacirkan pertahanan
tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa
tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda
penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila
masa sahaja tentera Turki akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong
itu(Muhammad Syaari Abdul Rahman 2010 : 152).
4.6 Usaha Damai Terakhir
Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya
kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. mendorong beliau untuk terus
berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi
beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman.
Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para
menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang
mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan
pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan mengatakan syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta atau mati
sahaja dan dikuburkan di kota ini. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Sultan Muhammad
12
Al-Fateh mengatakan baiklah dan tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama
ada takhta atau keranda(Abdul Latip Talib 2008 : 245).
Perbincangan dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh tentang strategi seterusnya. Pelbagai
kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan
menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.
4.7 Hari Kemenangan
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras
membersihkan diri di hadapan Allah s.w.t. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan
harapan Allah s.w.t akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan
tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang
kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-
Ansari r.a. sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah,
baginda s.a.w. telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun
datang (ke Costantinople) dan berada di sini! Kata-kata ini telah membakar semangat tentera
Sultan Muhammad Al-Fateh hingga ke kemuncaknya.
Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara
bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka. Tepat jam 1 pagi hari
Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin
diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota.
Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang
sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.
Tentera Uthmaniyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu
Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyah di puncak kota. Costantine
yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian
maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang
amat mengaibkan.
13
Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk
menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar
kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang
tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan
menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta seisi
langit dan bumi. Beliau bertitah, ”Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada,
memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku sebaik-
baik Ketua Dan Tentera.
Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota.
Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik
kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya
merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w:
لتفتحن القسطنطينية فلنعم األمير أميرها و لنعم الجيش ذلك الجيش
Maksudnya: sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah
ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.
Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu’, Sultan Muhammad Al-Fateh telah sujud ke
bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. Beliau
kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofiya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan
sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing
apabila beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-
Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-
Fateh, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada dalam kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka(Abdul Latip Talip 2008 : 233)
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan supaya gereja berkenaan
ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para
pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan
berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama para muslimin telah
mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya SofiyaKhutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah
14
disampaikan oleh Syeikh Ak Semsettin(Sheikh Shamsuddin Al-Wali). Pada hari itu juga Sultan
Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofiya
kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya
Sofya itu yakni Allah s.w.t(Abdul Latip Talib 2008 : 252).
Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islambul, yang bermaksud bandar
Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa
dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan
dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Uthmaniyah ditamatkan
sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.
Aya Sofiya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar
syirik kembali bergantungan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada
pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofiya kepada kegemilangan
sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali
berkumandang di menara Aya Sofiya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan
muslimin.
5.0 KESIMPULAN
15
Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang pemerintah yang baik dan taat kepada perintah
Allah s.a.w. Bukan itu sahaja, rakyat pada masa pemerintahannya juga turut baik sehinggakan
amal ibadat yang sunat pun dikerjakan. Inilah yang dikatakan sebaik-baik pemerintah.
Selain itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih telah merealisasikan hadith Nabi s.a.w yang telah
baginda lafazkan pada 800 tahun dahulu. Maksud hadith tersebut ialah:
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya
sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
Berkat dan tunjuk ajar seorang ulama yang selalu menasihati dalam pemerintahan Sultan
Muhammad Al-Fatih akhirnya baginda telah berjaya membuka kota Kostantinopel dalam masa
54 hari setelah membuat persediaan yang begitu rapi dalam peperangan tersebut.
Tambahan lagi, strategi peperangan yang Sultan Muhammad Al-Fatih juga merupakan strategi
yang sangat unik. Contohnya kapal yang merentasi bukit, penciptaan meriam gergasi dan
sebagainya. Sultan Muhammad Al-Fatih juga sering mengingatkan kepada tentera tentang
semangat jihad yang tinggi dan perjuangan menegakkan agama Allah s.w.t. yakni Islam.
Oleh itu, sebagai generasi yang mendatang sama ada akan memegang tampuk pemerintahan
negara ataupun tidak kita hendaklah mengambil iktibar dan mengamalkan sikap yang
ditunjukkan oleh pemerintah seperti Sultan Muhammad Al-fatih agar negara dan hidup kita
diberkati oleh Allah.s.w.t.
6.0 RUJUKAN
16
Dr Eaman Mohammad Abbas. 2007. Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah.
Pustaka Salam Kuala Lumpur.
Profesor Dr. Mohd Redzuan Othman. 1997. The Conquest of Constantinople 1453 - The Visions
and Strategies of Sultan Mehmed II. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Muhammad Syaari Abdul Rahman. 2010. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. PTS Millennia Sdn
Bhd.
Abdul Latip bin Talib. 2008. Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel. PTS
Millennia Sdn Bhd.
Dr. Ali Muhammad As-Shalabi. 2004. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniah. Pustaka Al-
Kauthar.
Steven Runcimen. 1990. The Fall of Constantinople 1453. Cambridge University Press.
Syafiq A. Mughni. 1996. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Surabaya Fakulti Arab
Ain Sunan Ampel.
Muhd. Jamil Mukmin. 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Nurin Enterprise.
Felix Y. Siauw. 2011. Muhammad Al-Fatih 1453. Khilafah Press.
Abdel Aziz M. El-Shennawy. 1984. Al-Daulah al-Uthmâniyyah: Daulah Islamiyyah Muftara
A’laiha. Cairo University Press.