sukan gemaputera ke-xv perlis 2018 28 - 31 mac · pdf file5.2 pendaftaran nama-nama pemain...
TRANSCRIPT
KEJOHANAN
SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018
28 - 31 MAC 2018
Pertandingan
Futsal
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)
2 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
PERATURAN/UNDANG – UNDANG DAN FORMAT
PERTANDINGAN BAGI ACARA FUTSAL
1. NAMA
1.1 Pertandingan ini dinamakan “KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERBUKA
DAN LELAKI VETERAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018”.
2. PERATURAN AM
2.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan akan
dijalankan mengikut Undang-Undang Pertandingan Futsal Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA).
2.2 Semua peraturan-peraturan akan diputuskan berdasarkan Undang-
Undang dan peraturan AM kejohanan ini.
2.3 Mana-mana peraturan dan syarat –syarat yang tidak tercatat
Jawatankuasa Penganjur Sukan Futsal berhak/berkuasa mengubahsuai
akan syarat-syarat tersebut jika perlu.
3. TARIKH / MASA PERTANDINGAN
3.1 Pada 28 hingga 31hb Mac 2018 (Rabu - Sabtu)
4. TEMPAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan Futsal akan diadakan di gelangang ARENA FUTSAL,
STADIUM TUANKU SYED PUTRA, KANGAR.
KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA XV PERLIS 2018
ANJURAN PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS (PKENPs)
3 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
5. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang
berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah
diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
5.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan
menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur,
dan hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk
mengambil bahagian.
5.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan
kemudiannya bermain untuk pasukan lain (terbuka/veteran) maka
penyertaan yang kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.
5.4 Sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum bermulanya
perlawanan, setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama dua belas
(12) pemain melalui ‘start list’ yang disediakan oleh pihak Urusetia.
5.5 Untuk memulakan permainan, bilangan minimum pemain untuk satu
pasukan ialah lima orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di
perintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga
pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan.
5.6 Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan ialah 7 orang.
5.7 Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad. Seorang
pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai
pengganti kepada pemain lain.
5.8 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa
bola dalam permainan :
i) Pemain yang meninggalkan padang hendaklah keluar melintasi
garisan tepi di kawasan zon penggantian.
ii) Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat
demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah
menunggu sehingga pemain yang hendak keluar telah melintasi
garisan tepi.
4 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
iii) Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan
kebijaksanaan pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk
bermain.
iv) Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke
gelanggang di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang
diganti tidak lagi di anggap pemain.
5.9 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain
dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta
terlebih dahulu.
5.10 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan untuk bermain Nama mereka
hendaklah didaftar juga dalam senarai pemain sebagai pemain.
5.11 Ketua pasukan hendaklah (wajib) memakai lilitan lengan (armband) yang
nyata di tangan kiri jersi.
5.12 Pemakaian ‘shin pad’ dengan stoking panjang adalah diwajibkan untuk
semua pemain.
6. PENDAFTARAN/KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan Dua Belas (12) orang pemain
dan termasuk Dua (2) orang pegawai iaitu seorang Pengurus pasukan
dan seorang Jurulatih.
6.2 Senarai dan pendaftaraan ini hendaklah disertakan dengan butiran dan
maklumat seperti berikut:-
i) Nama penuh pemain/pegawai dan no. kad pengenalan (No. IC)
ii) Nombor jersi pemain iaitu dari 1 hingga 50 (jersi pertama dan kedua,
tidak boleh ditukar sehingga pertandingan selesai).
iii) Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai.
5 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
6.3 Borang ini hendaklah disahkan oleh Ketua Eksekutif/Pengurus Besar
agensi masing-masing dengan disertakan dengan surat lantikan jawatan,
pemain yang terlibat.
6.4 Sebarang pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa
mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari
sebelum pertandingan.
6.5 Senarai dua belas (12) orang pemain hendaklah disahkan semasa
mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
6.6 Semua pasukan diminta mengisytiharkan warna jersi, seluar, stokin dan
warna jersi penjaga gol yang dipakai semasa menjadi tuan rumah didalam
pertandingan ini. Nama pasukan yang disebut dahulu adalah tuan rumah
dan yang kedua adalah pelawat.
6.7 Kelayakan pemain sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama satu (1)
tahun (12 bulan).
6.8 Bagi pemain Veteran mestilah berumur 45 tahun keatas iaitu lahir pada
tahun 1973.
6.9 Bagi pemain bertaraf pemain Negeri @ Kebangsaan @ Profesional
perlulah mengikut syarat dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Gemaputra
XV Perlis 2018 (perkara 2.7 dan 2.8).
7. CARA DAN SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Kejohanan ini adalah pertandingan di antara pasukan.
7.2 Pasukan Futsal Lelaki Terbuka akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan
Lelaki Veteran 2 kumpulan. Pasukan-pasukan akan diundi untuk
menentukan kedudukan masing-masing..
7.3 Semua perlawanan diperingkat awal akan dijalankan secara liga
kumpulan.
7.4 Pertandingan peringkat suku akhir, separuh akhir dan tempat ketiga dan
akhir akan dijalankan secara kalah mati.
7.5 Johan dan Naib Johan kumpulan diperingkat liga akan layak ke pusingan
seterusnya mengikut format seperti dibawah.
6 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR
b) Lelaki Veteran
7.6 Sekiranya pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini tidak melebihi 10
pasukan, maka pembahagian kumpulan akan dikurangkan kepada dua (2)
kumpulan. Dua pasukan yang berjaya dikedudukan teratas akan layak ke
peringkat separuh akhir dan seterusnya dengan format berikut:-
a) Lelaki Terbuka
Johan A
Naib Johan C
Johan D
Naib Johan B
Johan B
Naib Johan D
Johan C
Naib Johan A
Johan A
Naib Johan B
Johan B
Naib Johan A
AKHIR
SEPARUH AKHIR
7 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
8. KESALAHAN-KESALAHAN & KELAKUAN TIDAK BERSOPAN :
8.1 Seseorang pemain yang sengaja melakukan salah laku dari sebelas
kesalahan-kesalahan berikut :-
i) Menendang atau cuba menendang pemain lawan.
ii) Membentes pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba
menjatuhkannya dengan menggunakan kaki atau dengan
membongkok di hadapan atau di belakang.
iii) Melompat ke pemain lawan.
iv) Merempuh pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya.
v) Merempuh pemain lawan dari belakang.
vi) Memukul atau cuba memukul pemain lawan atau meludahnya.
vii) Memegang pemain lawan.
viii) Menolak pemain lawan.
ix) Merempuh pemain lawan dengan bahu.
x) Menggelongsor (sliding tackle) untuk memainkan bola yang
sedang dimainkan atau cuba dimainkan pemain lawan.
(Dibenarkan kecuali pengadil mengatakan sebaliknya.
xi) Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau
mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali
penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri).
Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak
lawan dari mana kesalahan berlaku. Sekiranya seorang pemain dari
pasukan bertahan sengaja melakukan salah laku dari sebelas kesalahan
tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya akan dihukum dengan satu
sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan bola berada di
dalam permainan.
8.2 Sesorang pemain yang melakukan salah satu dari empat kesalahan
berikut :
8 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
i) Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya,
contohnya cuba menendang bola dalam pegangan penjaga gol.
ii) Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang
pemain lawan iaitu berlari antara pemain lawan dengan bola atau
menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan.
iii) Merempuh penjaga kecuali setelah keluar dari kawasan penalti.
iv) Apabila bermain sebagai penjaga gol :-
a. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah
dengan sengajanya bola disepak oleh rakan sepasukan
kepadanya.
b. Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah
menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.
c. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di
mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat.
d. Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya
sebelum disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan.
Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus
kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali
kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan
percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hampir
dengan tempat kesalahan dilakukan.
8.3 Seorang pemain diberi amaran jika :
i) Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum pemain
yang diganti sempurna keluar dari gelanggang permainan atau
pengganti masuk dari tempat yang tidak sepatutnya.
ii) Sentiasa melanggar undang-undang permainan.
iii) Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai sebarang
keputusan pengadil.
iv) Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.
9 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
Untuk sebarang kesalahan di atas, pengadil akan memberi sepakan
percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat kesalahan
dilakukan (melainkan kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penalti,
sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di garisan 6 meter,
paling hampir dengan kesalahan) sebagai tambahan kepada amaran
berkaitan dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang lebih berat
berlaku.
8.4 Seseorang pemain akan diperintah keluar gelanggang, jika pada
pendapat pengadil, ia :-
i) Bersalah kerana bermain dengan amat kasar.
ii) Bersalah kerana berkelakuan ganas.
iii) Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, perasaan
atau kata-kata kesat.
iv) Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.
Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang kepada
pemain di atas tanpa pelanggaran undang-undang lain, permainan akan
dimulakan dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain lawan dari
tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika kesalahan itu dilakukan di
dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah
diambil dari garisan 6 meter yang paling hampir dengan tempat kesalahan
berlaku.
8.5 Mana-mana pemain yang didapati menyerang Pengadil atau pemain-
pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung
bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil kehadapan
Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib sewajarnya.
8.6 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang kesalahan di luar
padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap sebagai
melakukannya di dalam padang.
10 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
9. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN :
9.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasar kepada format
berikut :-
9.2 Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan
menjadi johan kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua
terbanyak akan menjadi naib johan kumpulan.
9.3 Jika dua atau lebih pasukan terikat kedudukannya dengan memperolehi
jumlah mata yang sama, maka kaedah-kaedah ini akan digunakan untuk
memutuskan kedudukannya:-
i) Pasukan yang layak akan ditentukan dengan perbezaan gol (goal
difference);
ii) Jika masih seri, maka pasukan yang telah menjaringkan lebih banyak
gol akan melayakkan diri untuk pusingan seterusnya;
iii) Jika masih seri, maka keputusan perlawanan di mana kedua-dua
pasukan bermain antara satu sama lain akan diambil kira (head to
head);
iv) Jika selepas menggunakan semua langkah di atas dan keputusan
masih seri maka Jawatankuasa Penganjur akan memutuskan cara
untuk layak ke peringkat seterusnya dan keputusannya adalah
muktamad.
9.4 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan seri,
maka kemenangan akan ditentukan melalui (3) tendangan penalti dan jika
masih seri, tendangan penalti tambahan (1+1+1… seterusnya) yang akan
diambil pemain lain (pemain yang telah mengambil tendangan penalti
sebelumnya tidak dibenarkan mengambil tendangan ini) dilakukan dan
i) Menang - 3 Mata
ii)
iii)
Seri
Kalah
- 1 Mata
- 0 Mata
11 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
jika masih seri juga penalti secara sudden death akan berkuatkuasa
mengikut peraturan FIFA.
10. MASA PERTANDINGAN
10.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari.
10.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu
perlawanan di dalam satu hari.
10.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.4 Jangka masa permainan hendaklah di bahagi kepada dua tempoh yang
sama masa iaitu 20 minit bagi kategori Lelaki Terbuka dan 15 minit
bagi kategori Lelaki Veteran(running time) bagi setiap satu.
10.5 Pasukan-pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time out) di
tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut:
i) Jurulatih-jurulatih pasukan boleh meminta satu perhentian masa
(time out) satu minit dari penjaga masa. Permintaan boleh dibuat
pada bila-bila masa (satu di setiap separuh masa) tetapi hanya boleh
berbuat demikian apabila bola berada di bawah kawalan
pasukannya.
ii) Penjaga masa akan memberi isyarat kebenaran perhentian masa
ketika bola berada di luar permainan dengan meniup wisel atau
isyarat bunyi yang lain dan berbeza dengan yang digunakan oleh
pengadil.
iii) Bila perhentian masa (time out) di beri, pemain-pemain boleh
berkumpul di dalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima
arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan tepi
gelanggang berhadapan bangku simpanan pasukan. Pemain-pemain
tidak dibenarkan keluar gelanggang dan begitu juga pegawai yang
memberi arahan tidak dibenarkan memasuki gelanggang.
12 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
iv) Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang dibolehkan di
separuh masa pertama tidak boleh membawanya kehadapan dalam
separuh masa kedua.
10.6 Rehat pada separuh masa tidak kurang dari 5 minit.
10.7 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di
gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
10.8 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-
pemain kepada Pengadil Rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
11. KAD KUNING DAN MERAH
11.1 Seorang pemain yang menerima dua (2) amaran bertulis (kad kuning)
dengan sendirinya digantung satu (1) perlawanan selepas perlawanan
dimana dia menerima amaran bertulis kedua.
11.2 Pemain yang mendapat kad merah akan digantung dua (2) perlawanan
berikutnya.
11.3 Seorang pemain yang diperintah keluar gelanggang kerana menyerang
pengadil/pemain dan melakukan kesalahan yang serius akan digantung
semua perlawanan.
11.4 Untuk penggantian pemain yang diarah keluar kerana mendapat kad
merah, ianya boleh diganti dengan pemain simpanan selepas pasukan
lawan menjaringkan gol atau dalam tempoh dua (2) minit selepas pemain
tersebut diarah keluar gelanggang.
12. PENANGGUHAN PERLAWANAN :
Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang
ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut
adalah diambil kira.
13 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
12.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan
Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak
boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan
dengan sistem tendangan penalty, tanpa mengambil kira sebarang
jaringan yang telah diperolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh
masa pertama.
12.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan
Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh
diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga
perlawanan diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai
lebih jaringan gol akan diberi kemenangan. Walau bagaimanapun, jika
semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan
kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan
cara sistem tendangan penalti.
13. PERALATAN PEMAIN
13.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada
pemain-pemain lain.
13.2 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stoking, shinguard
dan kasut futsal. Hanya alas kaki yang di perbuat dari ‘canvas’ atau kasut
latihan dari kulit yang lembut atau kasut dengan tapak getah atau dari
bahan-bahan yang sama. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.
13.3 Sekiranya seorang pemain menggantikan penjaga gol, pemain tersebut
hendaklah melekatkan nombor bajunya di belakang baju penjaga yang di
pakainya (bip dengan nombor yang sama).
14. PENGADILAN
14.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil
yang bertauliah disepanjang pertandingan yang diadakan dengan
kerjasama Persatuan Pengadil Bolasepak Negeri Perlis (PFA).
14 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
15. BANTAHAN
15.1 Kelayakan Peserta
i) Sebarang bantahan hanya boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan
secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Acara
Futsal dalam masa lima belas (15) minit selepas pertandingan tamat
dengan disertakan wang tunai RM2,000.00 sebagai pertaruhan
sepertimana yang diperuntukan dalam Peraturan Am Kejohanan.
Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu
ditolak oleh Jawatankuasa, sepertimana yang dinyatakan dalam
Perkara 6.1, Undang-Undang dan Peraturan Am, Kejohanan Sukan
Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.
ii) Pihak yang membuat bantahan perlu mengemukan bukti kukuh
berkenaan bantahan yang dibuat.
iii) Pihak yang dibantah hendaklah memberikan bukti di dalam majlis
bantahan tersebut (bahawa peserta / pemain yang dibantah adalah
SAH bermain dan tidak mengikut syarat kelayakan bermain.
iv) Jika terdapat mana-mana pasukan/kontigen yang membawa dan
menyenaraikan pemain-pemain yang tidak layak bermain dan
bukan kakitangan serta di dapati bersalah dalam majlis
bantahan. Pemain tersebut tidak akan dibenar menyertai
kejohanan ini.
v) Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa
penganjur dan tatatertib adalah muktamad.
16. JAWATANKUASA KECIL BANTAHAN & DISPLIN
16.1 Keahlian Jawatankuasa Bantahan dan Displin adalah sepertimana yang
dinyatakan dalam Perkara 6.3, Undang-Undang dan Peraturan AM,
Kejohanan Sukan Gemaputera Ke-XV, Perlis 2018.
15 KEJOHANAN GEMAPUTERA XV - PERLIS 2018
17. HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah yang disediakan adalah seperti berikut:
EMAS PERAK GANGSA
1 Pasukan (14 medal)
1 Pasukan (14 medal)
1 Pasukan (14 medal)
18. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN YURAN PERTANDINGAN
18.1 Tarikh tutup pendaftaran ialah sebelum atau pada 31 Disember 2017.
18.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia :
Seribu Ringgit sahaja) bagi setiap pasukan.
18.3 Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek di atas nama
PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI PERLIS. Sila pastikan
resit rasmi diperolehi dari pihak Penganjur kejohanan.
SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PASUKAN DAN TERIMA KASIH
DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP
1 Pengurus
2 Jurulatih
BIL NAMA PEMAIN NO. K/P KATEGORI
PERMAINAN NO. PEKERJA/
KWSP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan
Futsal & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.
** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017
Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang
kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur
Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam
borang pendaftaran individu
Pengurus Pasukan Disahkan oleh
Nama :
No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua
No. Tel : Jabatan/Eksekutif)
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN FUTSAL GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
PERMAINAN/SUKAN : FUTSAL LELAKI TERBUKA
PASUKAN : _
Sediakan 2 Keping
gambar berukuran
passport dan 1 keping
dilekatkan di sini
BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU
KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA
GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
NAMA PENUH :
NO. K/P :
TARIKH LAHIR :
ALAMAT :
(Tempat Bertugas) :
NO. PEKERJA :
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :
NO. TEL :
Tarikh :
PENGURUS
JURULATIH
PEMAIN
Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua
maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Penyata KWSP/KWAP
Gambar dua (2) keping berukuran passport
BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN NO. PEKERJA/KWSP
1 Pengurus
2 Jurulatih
BIL NAMA PEMAIN NO. K/P KATEGORI
PERMAINAN NO. PEKERJA/
KWSP
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
* Kelayakan peserta adalah berdasarkan yang dinyatakan di dalam syarat/peraturan-peraturan pertandingan
Futsal & Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Gemaputera Perlis 2018.
** Pengurus dan jurulatih didaftarkan juga sebagai pemain jika hendak bermain.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 DISEMBER 2017
Kami telah membaca dan fahami serta akan mematuhi syarat-syarat dan undang-undang
kejohanan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur
Mengesahkan bahawa segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar seperti dalam
borang pendaftaran individu
Pengurus Pasukan Disahkan oleh
Nama :
No. KP : (Tandatangan dan Cop Ketua
No. Tel : Jabatan/Eksekutif)
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN FUTSAL GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
PERMAINAN/SUKAN : FUTSAL LELAKI VETERAN
PASUKAN : _
Sediakan 2 Keping
gambar berukuran
passport dan 1 keping
dilekatkan di sini
BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU
KEJOHANAN FUTSAL VETERAN
GEMAPUTERA XV PERLIS
2018
NAMA PENUH :
NO. K/P :
TARIKH LAHIR :
ALAMAT :
(Tempat Bertugas) :
NO. PEKERJA :
TARAF JAWATAN : TETAP / KONTRAK JAWATAN DALAM PASUKAN :
NO. TEL :
Tarikh :
PENGURUS
JURULATIH
PEMAIN
Adalah menjadi tanggungjawab pengurus pasukan untuk memastikan semua
maklumat/ dokumen yang dikemukakan adalah benar dan lengkap. Sertakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Penyata KWSP/KWAP
Gambar dua (2) keping berukuran passport