subtugasan

Upload: ramesh-nathan

Post on 07-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Subtugasan

TRANSCRIPT

Ya. Aktiviti memanaskan badan telah dijalankan oleh guru tersebut. Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan. Dimana guru tersebut melakukan aktiviti memanaskan badan secara berperingkat mengikut prosuder dalam pendidikan Jasmani. Dimana guru tersebut mulakan aktiviti memanaskan badan dengan memberi arahan kepada murid.

Arahan 1 :Guru tersebut telah menyuruh semua murid beratur dalam satu barisan dan berdiri tegak. Guru menyuruh murid mengambil jarak antara kawan. Tujuannya untuk memastikan tidak berlaku perlanggaran semasa membuat aktiviti memanaskan badan.

Arahan 2 : Guru menyuruh murid mendongakkan kepala ke atas dan jari di bawah dagu(mendibel) dan menolak ke atas dalam kiraan 8 saat.

Arahan 3 : Guru menyuruh murid menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas dalam kiraan 8 saat.

Arahan 4 : Seterusnya, pergerakan dilakukan dengan kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian pipi dalam kiraan 8 saat.

Bahagian Tangan Dan BahuArahan 5 : Murid disuruh meletakkan tangan di bahu dan memutarkan lengan 360 dalam kiraan 8 saat.Arahan 6 : Murid disuruh untuk mengerakkan lengan ke arah dada. Arahan 7 : Murid melakukan pergerakan membengkokkan lengan di belakang kepala(cranium).

Bahagian Pinggang Arahan 8 : Membengkokkan pinggang ke hadapan (pergerakan flexsion), dan kaki kiri atau kanan dibengkokkan ke belakang.

Bahagian kaki Arahan 9 : murid disuruh lari setempat dengan kadar yang perlahan, sederhana dan laju. Dalam larian ini murid perlu gerakan kaki ke kiri, kanan, hadapan dan belakang untuk pergerakan otot otot kaki.

Arahan 10 : Akhir sekali, guru menyuruh murid untuk membuat pergerakan daya tahan otot dengan merendahkan lutut sebanyak 2 kali kiraan 8 saat.

b) Ya. Guru tersebut telah memberikan penerangan berkaitan dengan keepentingan aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid. Dimana, guru tersebut hanya memberikan penerangan yang ringkas kepada murid murid. Ini adalah kerana, murid murid tersebut ialah murid tahap 1. Murid murid tahap 1 mungkin mempunyai masalah dari segi kefahaman istilah dan bahasa. Oleh yang demikian, guru tersebut telah mengambil langkah yang mudah untuk memberi penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan. Guru tersebut berinteraksi dengan muridnya,kenapa kita perlu buat aktiviti memanaskan badan? muridnya tidak menjawab soalan guru. Kemudian, guru telah memberi penerangannya, baiklah murid-murid, apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk aktiviti fizikal, faham murid-murid.Secara teorinya, memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.

Ya, boleh dikatakan semua otot-otot besar dilibatkan semasa aktiviti pemanasan badan. Aktiviti memanaskan badan bermula daripada bahagian kepala, bahagian tangan dan bahu dan juga bahagian kaki. Bahagian kepalaJenis Pergerakan dan penerangan

Otot-otot yang terlibat

Pergerakan hyperextensionI. Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandibleII. Pergerakan ini melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziusIII. Sendi yang terlibat ialah sendi IV. synovial ( sendi paksi/ putar )V. Tulang yang terlibat ialah skull/cranium

Pergerakan flexsionI. Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atasII. Pergerakan ini juga melibatkan otot sternocleidomastoid dan otot trapiziusIII. Sendi yang terlibat di bahagian ini ialah sendi synovial (sendi paksi/ putar)IV. Tulang yang terlibat ialah tulang di bahagian skull/cranium

Pergerakan rotationI. Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxillaII. Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot sternocleidomastoid dan otot masseterIII. Pergerakan ini melibatkan sendi synovial ( sendi paksi/ putar )IV. Tulang yang terlibat ialah tulang maxilla dan mandible

Bahagian Tangan Dan Bahu Jenis Pergerakan dan penerangan

Otot-otot yang terlibat

Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawahI. Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsionII. Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini adalah sendi kandiloidIII. Pergerakan ini melibatkan tulang carpus dan metacarpus

Pergerakan lengan ke arah dadaI. Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dadaII. Sendi yang terlibat ialah sendi lesungIII. Pergerakan ini melibatkan otot deltoid.

Pergerakan membengkokkan lengan di belakang craniumI. Melibatkan tulang humerus, radius dan ulnaII. Otot yang terlibat dalam pergerakan ini ialah otot triceps.III. Pergerakan ini akan menyebabkan otot triceps mengendurIV. Sendi yang terlibat dalam pergerakan ini ialah sendi di bahagian bahu iaitu sendi lesung

Bahagian pinggang Jenis Pergerakan dan penerangan

Otot-otot yang terlibat

Pergerakan flexionI. Membengkokkan pinggang ke hadapan ( pergerakan flexsion )II. Melibatkan otot rektus ebdominisIII. Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang vertebra

Pergerakan ke kiri dan ke kananIV. Melibatkan otot latisimus dorsi dan serratus enteriorV. Tulang yang terlibat dalam pergerakan ini ialah tulang rib,scapula.

Bahagian kaki Jenis Pergerakan dan peneranganOtot-otot yang terlibat

Pergerakan larian setempatI. lari setempat dengan kadar yang perlahan, sederhana dan laju. II. Dalam larian ini murid perlu gerakan kaki ke kiri, kanan, hadapan dan belakang untuk pergerakan otot otot kaki.

Pergerakan bengkokkan lutut kedua dua kakiI. pergerakan daya tahan otot dengan merendahkan lutut.II. Otot otot yang terlibat adalah a) Otot kuadrisep (bahagian depan paha)b) Otot betisc) Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut)

d)Tidak. Berdasarkan kepada pemerhatian saya aktiviti yang dilakukan lansung tidak membahayakan anggota pelajar. Walaupun otot otot besar dilibatkan dalam aktiviti memanaskan badan tetapi pergerakan dibuat secara perlahan dan berperingkat, maka ia tidak akan membahayakan anggota pelajar. Tambahan lagi, guru tersebut tidak memaksa muridnya untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang. Ini bermakna, guru tersebut sangat prihatin dengan keselamatan pelajar. Merujuk kepada bahagian 1.1, boleh dilihat bahawa, aktiviti yang dilakukan adalah bersesuaian dengan tahap umur pelajar dan juga mengikut kebolehan pelajar. Misalnya,

2. Keperluan Gerak Kendur Ya. Guru tersebut telah menjalankan aktiviti gerak kendur (cooling down). Aktiviti keperluan gerak kendur biasanya dilakukan pada akhir sesi pendidikan Jasmani. Aktiviti keperluan gerak kendur dilakukan dengan perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

3. Melalui pemerhatian saya semasa kelas pendidikan jasmani di sekolah didapati peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti adalah sesuai dan tidak merbahayakan murid murid. Dimana, guru tersebut mengajar murid murid tahap 1 iaitu darjah 2. Topik yang yang diajar oleh guru tersebut ialah melambung, melantun dan menyambut bola. Topik ini merupakan topik atau unit ke 14 dalam kurikulum KSSR tahun 2. Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Bagi menjalankan aktiviti ini alat alat yang telah digunakan oleh guru tersebut ialah gelong plastik, skital dan bola getah. Didapati bahawa, peralatan yang digunakan langsung tidak merbahaya dan sesuai dengan tahap umur murid murid tersebut. Tambahan lagi, peralatan yang digunakan adalah plastik dan bukannya besi atau alat alat yang boleh merbahayakan murid murid.

Rajah guru mengagihkan peralatan

Rajah Alatan yang digunakan gelung palstik dan bola Rajah Guru memberikan arahan kepada muridSeterusnya, saiz peralatan yang digunakan adalah bersesuain dengan tahap umur murid murid. Misalnya, bola dan juga gelung plastik yang digunakan sepanjang aktiviti tersebut adalah bersaiz kecil berbanding dengan saiz bola dan juga saiz gelung yang biasa digunakan dalam Pendidikan Jasmani. Perkara ini memudahkan murid untuk memegang bola untuk melambung dan meyambut dengan lebih pantas.

Mengikut standard kurikulum, guru perlu menggunakan 5 peralatan seperti yang disenaraikan untuk menjalankan aktiviti ini. Guru ini hanya menggunakan 3 alatan dan terdapat lagi 2 alat (tiang dan juga tali) tidak digunakan oleh guru tersebut kerana beliau telah mengubah aktiviti bagi permainan kecil bagi topik ini. Tambahan lagi, kedua dua alat tersebut mungkin tidak sesuai dengan tahap umur murid murid tahap 1. Ini menunjukkan guru tersebut sangat prihatin dan juga mementingkan kesesuaian dan juga keselamatan peralatan yang digunakan oleh semasa aktiviti pendidikan jasmani. Secara kesimpulan, semua peralatan yang digunakan adalah selamat dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang oleh gurunya.

Mengikut kurikulum Standard sekolah Rendah, masa yang diperuntukkna untuk pendidikan Jasmani tahap 1 ialah 30 minit sahaja. Oleh itu, guru perlulah celik untuk membahagikan masa mengikut aktiviti yang dirancang. Jadual dibawah menunjukkan pembahagian masa yan g dilakukan oleh guru pendidikan jasmani tersebut.

LANGKAH MASAISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Permulaan (5 minit)Aktiviti memanaskan badan berpandukan tunjuk ajar guru:I. mendongakkan kepala ke atasII. menundukkan kepala ke bawah III. kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kananIV. meletakkan tangan di bahu dan memutarkan lengan 360V. Membengkokkan pinggang ke hadapan

I. Lari setempat dengan kadar yang perlahan, sederhana laju dan laju.

a. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan mengikuti arahan yang diberikan oleh guru.b. Regangan di bahagian kepala untuk memudahkan pengaliran darah dan otak. c. Kelonggaran sendi di pergelangan bahu.d. Regangan di pergelangan tangan, pergelangan tangan dan tapak tangan. e. Kelembutan di bahagian pinggang.f. Kelonggaran di bahagian paha, betis dan kaki.

a. Pelajar lari setempat. b. Meningkatkan suhu badan dan kadar denyutan jantung.c. Memberi tumpuan pada kadiovaskular.d. Memberi persediaan pada otot otot kaki dan tangan untuk melakukan akiviti seterusnya.

Set induksi (5 minit)

Guru memninta murid untuk mencantumkan suku kata yang terdiri daripada lambung, lantun dan sambut. a. Guru membahagikan murid murid kepada 3 kumpulan supaya senang dikawal.b. Kemudian guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi ketiga tiga suku kata tadi. c. Selepas murid berjaya mencantum suku kata tersebut, guru mengaitkan perkataan tersebut dengan isi pelajaran pada hari tersebut.

Perkembangan (10 minit) i. Guru menunjukkan cara dan juga memberikan arahan untuk melambung, melantun dan juga cara untuk menyambut bola.

a. Murid dalam kumpulan kecil. b. Murid 1 melambung bola kepada murid 3, dan bergerak ke belakang murid 4.c. Murid 3 menyambut dan melantun kepada murid 2. Murid 3 bergerak ke belakang murid 2. d. Aktiviti diulang beberapa kali dengan menambah jarak.

Kemuncak (5 minit)Permainan kecil dalam bulatana. Pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.b. Salah seorang murid dalam kumpulan perlu berdiri di tengah dan mula melambung. c. Kemudian, murid yang menyambut bola perlu melantun bola dan perlu diterima oleh murid di tengah semula. d. Permainan ini akan berterusan sehingga ke murid terakhir menerima bola.e. Permainan ini boleh dijadikan sebagai pertandigan antara kumpulan kumpulan kecil.

Penutup (5minit)I. Gerak kendur. a. Lari setempat b. Lompat c. Gerakan tangan (atas, depan, sisi dan belakang).d. Duduk berlunjur dan mengoyangkan paha, betis dan kaki.e. Tarik bafas.

II. Pengukuhan pelajaran a. Menurunkan kadar denyutan jantung.b. Mempercepatkan pemulihan asid laktik.a) Murid dipilh secara rawak untuk menerangkan teknik melambung, melantun dan menyambut bola.b) Soal jawabi. Apakah syarat untuk menyambut bola?

Cadangan

Setiap proses pengajaran harus ada objektif pengajaran yang ditentukan dengan merujuk kepada pengetahuan yang telah diperoleh oleh murid dan kaedah mengajar yang dirancang dengan tujuan mencapai objektif pengajaran. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani terletak kepada ilmu pengetahuan, sikap dan kreativiti guru tentang cara yang sesuai untuk meningkatkan kecergasan jasmani pelajar. Antara saranan saya untuk menambahbaikan lagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Perkara atau keperluan utama yang harus diambil kira sebagai prasyarat sebelum membuat sesuatu perkara lain iaitu arahan yang jelas dan juga murid memahami arahan tersebut. Arahan seseorang guru mestilah jelas dan pastikan pelajar memahami apa yang perlu dilakukan bagi sesuatu kemahiran tersebut.

Masalah pembelajaran timbul dalam pembelajaran kemahiran adalah kerana pelajar mendapat maklumat yang salah atau tidak lengkap daripada gurunya. Jika maklumat yang diterima oleh murid adalah salah atau kurang tetap maka ia akan menyebabkan sistem sistem dalam seperti sistem pernafasan, rangka, sendi otot dan sebagainya menerima kesannya. Oleh yang demikian, bahasa yang digunakan oleh guru mestilah bahasa yang mudah dan senang untuk difahami terutamanya, semasa membuat aktiviti yang lasak. Misalnya, sebelum membuat aktiviti aktiviti merbahaya seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lembing dan sebagainya, guru perlu memainkan peranan penting dalam memberi arahan yang betul dan jelas supaya murid murid tidak mengalami kecederaan pada anatomi mereka. Sebegai contoh, jika murid tidak biasa dengan lontar peluru, boleh menyebabkan uratnya terseliuh, ototnya terkoyak dan sebagainya. Ini bermakna, arahan yang jelas dan tepat dapat menjamin keselamatan diri murid dan juga dapat mewujudkan keseronoikan dalam sesuatu aktiviti tersebut.

Selain daripada arahan yang jelas, kemahiran memberi maklum balas oleh guru juga merupakan cabang strategi yang perlu diambil kira oleh seseorang guru. Tidak dapat dinafikan bahawa, pembelajaran pendidikan Jasmani menekankan kepentingan maklum balas. Maklum balas ialah maklumat yang diterima oleh murid semasa perlakuan dan tentang prestasinya. Guru seharusnya bijak memberi maklum balas kepada pelajar kerana maklum balas ini juga boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Maklum balas yang positif adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dan pelajar juga sentiasa bermotivasi untuk melakukan sesuatu aktiviti yang telah dirancang oleh gurunya.

Seterusnya ialah keselataman peralatan perlu diberi perhatian untuk menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Guru perlu memastikan mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti di padang. Alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti. Ini adalah kerana, bagi setiap aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran pakaian juga berbeza. Misalnya, bagi aktiviti olarahga, pakaian mestilah pakaian yang dapat menghalang rintangan udara. Pada hari biasa pendidikan jasmani pula, murid perlu memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih. Tambahan lagi, pakain yang dipakai perlulah lebih selamat dan mengelakkan daripada kecederaan dalaman. Misalnya, untuk permainan Rugbi terdapat pelindung badan yang perlu dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi. Pemakaian pelindung ini dapat megelakkan diri kita daripada tercedera dan juga dapat menjaga semua sistem anatomi yang terdapat dalam badan kita.

Selain pakaian, guru-guru juga hendaklah memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik. Guru perlu memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya seperti yang dinyatakan diadakan pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan lain. Ini adalah kerana, alat sukan yang merbahaya boleh menyebabkan sistem anatomi dalam badan kita mengalami kecederaan. Misalnya, apabila murid menggunakan lemping, peralatan ini sangat merbahaya dan perlu dikendalikan dengan cara yang betul. Di sini, guru perlu bertindak untuk memberikan arahan dan juga peraturan kepada muridnya supaya keselamatan sentiasa terjamin dan tidak mencederakan sistem anatominya.

Aspek seterusnya yang perlu diberi fokus ialah, guru perlu kenalpasti kecergasan anak muridnya. Setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. Guru perlu tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing. Tambahan lagi, guru juga perlu kenal pasti kemampuan diri murid dalam kelas Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang dilakukan perlulah mengikut tahap kemampuan murid - murid. Guru tidak boleh memaksa murid untuk melakukan aktiviti melebihi had keupayaan mereka. Kesihatan murid juga perlu diberi perhatian dan diambil kira. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa mengambil bahagian. Untuk makluman bagi semua aktiviti lasak, murid-murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian. Semua perkara di atas dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan juga lebih selamat. Pembahagian masa juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian dalam kelas Pendidikan Jasmani. Ini adalah kerana, bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah jumpah masa yang diperuntukan ialah 30 minit untuk tahap 1 dan 60 minit untuk tahap 2. Oleh demikian, guru perlulah celik dan kreatif dalam pembahagian masa. Ini bermakna, guru perlulah mebuat perancangan awal sebelum menjalankan aktiviti P&P. Semasa membuat perancangan dan memilih aktiviti pembelajaran, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah aktiviti tersebut boleh dilakukan oleh murid. Apabila pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut, mereka menggunakan lebih banyak input sensori seperti audotori, visual dan kenestetik. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran menjadi lebih efektif dan lebih lama.

Akhir kalam, salah satu langkah untuk membentuk pengurusan yang baik bermula dengan pembentukan rutin dan peraturan kelas yang diajar serta memegang tanggungjawab harian murid. Apabila guru PJ mempunyai rutin terhadap acara yang berulang seperti kehariran, menyusun alatan sukan, bersalin baju PJ dan sebagainya, murid akan tahu akan tingkah laku yamng harus ada dan sesuai pada dirimereka. Misalnya, guru boleh mengadakan aktiviti seperti roll call bleh mengurangkan masalah pembaziran masa untuk menganggu (contohnya mengambil kedatangan) sebelum kelas Pj dimulakan. Sebagai kesimpulan, sebagai seorang guru PJ, saranan saranan tadi boleh dijadikan sebagai panduan dalam karier kita.

REFLEKSI

Yang dikasihi, pensyarah pembimbing Subjek Anatomi Dan Fisiologi, En Muhammad Fairuz Bin Hassan. Terima kasih atas dorongan beliau. Seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya. Ini adalah kerana, tanpa mereka saya tidak dapat merasai keindahan dan keamanan Dunia ini. Terima kasih Ibu dan Ayah. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kelas atas bimbingan dan nasihat mereka. Terima kasih.

Tujuan kerja kursus pendek ini adalah untuk melahirkan seorang guru pelatih yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang pengurusan kelas dan juga persekitaran pembelajaran yang kondusif terutamanya untuk subjek Pendidikan Jasmani. Tambahan lagi, kerja kursus memberikan pendedahan kepada guru pelatih tentang perkaintan Anatomi dan fisiologi terhadap perkembangan psikomotor murid murid di sekolah. Kerja kursus ini dapat meningkatkan keprihatinan guru pelatih terhadap pembinaan persekitaran yang lebih selamat semasa aktiviti Pendidikan Jasmani.

Pengalaman berasaskan sekolah pada kali ini telah memberikan seribu satu pegetahuan kepada saya terutamanya bagi subjek Anatomi dan Fisiologi. Ini adalah kerana, kerja kursus yang kami terima bagi subjek anatomi dan fisiologi perlu dikaitkan dengan pengalaman di sekolah dan berdasarkan kepada pemerhatian telah saya buat sepanjang berada di sekolah. Pada kali ini, saya telah menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan Sekolah di Sekolah Tun Syed Ahmad Shahabudin. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi di Negeri Melaka. Selama lima hari, saya telah berada di sekolah tersebut dan telah mendapat banyak pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan Jasmani di padang. Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah menimbul ilmu ilmu yang hanya boleh ditimba daripada pengalaman sendiri dan tidak tertulis di buku. Perkara utama yang telah saya pelajari daripada pemerhatian saya ialah cara pengurusan kelas pendidikan Jasmani. Pengurusan kelas merupakan aspek utama yang perlu dalam pedagogi. Dimana, setiap guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan juga lebih selamat. Kemahiran pengurusan yang baik adalah penting untuk pengajaran yang efektif. Satu lagi langkah untuk membentuk pengurusan yang baik bermula dengan pembentukan rutin dan peraturan kelas yang diajar kepada murid. Misalnya, apabila guru PJ mempunyai rutin terhadap acara yang berulang seperti kehadiran, menyusun alatan sukan, bersalin bajuPJ dan sebagainya. Tambahan lagi, seseorang guru juga perlu mempunyai suara yang lantang dan juga perlu tegas dan tidak garang pada murid. Di sini, saya juga dapat mempelajari cara untuk memberikan arahan kepada murid murid semasa aktiviti pendidikan Jasmani.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui bagaimana caranya untuk membahagi masa bagi mengajar pendidikan Jasmani di padang. Dimana, saya telah mendapatkan RPH daripada guru PJ untuk mengetahui cara pembahagian masa. Sebenarnya, cara pembahagian masa adalah berbeza bagi tahap1 dan juga tahap 2. Daripada pemerhatian saya, pembahagian masa dibuat dengan mencerakinkan 30 minit bagi tahap 1 dan 60 minit bagi tahap 2 kepada 5 bahagian. Lima bahagian tersebut ialah, permulaan, set induksi, perkembangan, kemuncak dan juga penutup. Sebagai seorang, kita perlu mengikut langkah langkah ini untuk menjadikan P&P lebih tersusun, konsisten dan juga terancang. Keadaan seperti ini dapat mewujudkan disiplin di kalangan murid murid dan mereka akan lebih seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Ini bermakna, sebagai seorang bakal guru PJ, saya perlulah sentiasa membuat perancangan awal sebelum aktiviti aktiviti di padang. Tambahan lagi, saya juga perlu memastikan disiplin murid muridnya sentiasa terkawal dengan perancangan awal yang dibuat sebelum aktiviti.

Selain perancangan awal dan pembahagian masa, saya juga dapat mengetahui cara untuk mengendalikan peralatan merbahaya dan memastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut. Sebagai seorang guru PJ, kita perlulah sentiasa mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan tidak merbahaya kepada anak muridnya. Cara untuk mewujudkan persekitaran yang selamat adalah dengan guru perlu menyediakan peraturan rutin yang perlu dipatuhi oleh murid. misalnya, murid murid tidak boleh memasuki bilik sukan atau mengguanakan peralatan sukan tanpa kebenaran gurunya. Perkara ini dapat memastikan keadaan kelas pendidikan jasmani sentiasa sentiasa selamat dan murid akan lebih seronok dalam aktiviti. Guru juga boleh megelakkan daripada anak muridnya tercedera. Selain aspek keselamatan peralatan, saya juga perlu mengetahui tahap kecergasan dan juga kemampuan murid untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Kecergasan murid merupakan salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian kerana setiap mempunyai kecergasan dan kemampuan yang berbeza. Oleh yang demikian, guru perlulah prihatin terhadap semua aspek supaya P&P pendidikan Jasmani berjalan dengan lancar tanpa apa apa halangan luar.

Akhir kalam, bagi saya tugasan ini amat sesuai kepada guru pelatih seperti saya kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan saya laksanakan pada masa hadapan. Saya perlu memahirkan diri saya dalam aspek pengurusan aktiviti pendidkan Jasmani, keselamatan dalam pendidikan Jasmani, perancangan masa sebagai perkara utama supaya dapat dipraktikan dengan cemerlang pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira kerana berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini dapat memuaskan hati semua pihak.Sekian, terima kasih.