strategi dan solusi bagi kanak-kanak yang memberi...
TRANSCRIPT
1
Strategi dan Solusi bagi kanak-kanak
yang memberi masalah ketika belajar
2
1
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Pengenalan 2
Membina, Mengurus dan Memimpin Ahli Keluarga 3
Kebaikkan Stimulasi Ketika Anak Masih Kecil 6
Memahami Cara Otak Kanak-Kanak Bekerja 9
Mengetahui Gaya Belajar Mengikut VAK Model 14
Mengenali Kanak-Kanak Yang Mempunyai
Masalah Pembelajaran
ADHD/ADD 26
Autism 30
Dyslexia 34
SPD – Sensory Processing Disorder 36
Menyelami Emosi Kanak-Kanak Yang Mempunyai 39
Masalah Pembelajaran
2
Pertukaran Gelombang Otak Pada Kanak-Kanak 42
Yang Mempunyai Masalah Pembelajaran
Masalah Anak Memproses Stimuli Auditori,
Visual dan Sentuh 43
7 Perkara Yang Perlu Dilakukan 44
Jika Anak Anda Hyperaktif
Kita Sebagai Ibu dan Guru Kepada Anak Kita 48
Mengajar Anak Kerana Allah S.W.T 50
Menyentuh Emosi Anak-Anak Sebelum Mengajar 52
Motivasi dan Mendidik Melalui Ketokohan 55
Kepentingan Motivasi Melalui Cerita 58
Mengenali Perbezaan Kanak-Kanak Ketika Belajar
~ Aspek Kesihatan, Fizikal dan Stamina 59
~ Aspek Kognitif 61
~ Aspek Emosi 62
~ Aspek Tingkah Laku 63
~ Aspek Rohani 64
Meletakkan Matlamat Wawasan 67
3
Gerak Kerja Kearah Matlamat Ibubapa 69
Gerak Kerja Kearah Matlamat Anak 72
Kepentingan Mengajar Adab Belajar 75
Komunikasi Berkesan Kenali Wajah
Negatif Dan Positif Anak & Ibubapa
~Bahasa tubuh dan riak wajah anak
~Bahasa tubuh dan riak wajah ibu 78
~Bahasa lisan anak 79
~Bahasa lisan ibubapa 80
Komunikasi dua hala yang berkesan 83
Perkara Yang Menggalakkan Pengajaran Berkesan 85
Memberi Dorongan 88
~ Dorongan Luaran
~ Dorangan Dalaman
~ Teknik Ganjaran
Makanan, Istirehat dan Tidur 91
Adakah Anda Cepat Marah? 93
7 Cara Menangani Kemarahan 97
4
Kanak-Kanak Mengamuk 100
Sikap Ibubapa Dalam Meletakkan Had 104
Penjagaan Makanan Untuk Kanak-Kanak Dengan
Masalah Pembelajaran
Penutup 104
5
KENALI ANAK ANDA
PENGENALAN
Saya memang tak boleh mengajar anak saya! Saya tak sabar!
Anak saya memang kena belajar dengan orang lain baru boleh
jalan.. Biasa dengar keluhan begini? Ada juga yang mengadu,
macam manalah saya nak mengajar? Letih, sibuk dari pagi hingga
petang. Mati keletihan saya! Banyak cerita kita dengar. Banyak
masalah kita jumpa kenapa mereka tidak konsisten mengajar anak
mereka. Mereka faham akan potensi anak mereka dan percaya
ianya perlu digilap dari usianya masih muda. Tetapi masalahnya
sekarang.. hidup ini S.T.R.E.S.S! Bagaimana nak mengajar jika
mereka mula sahaja bermain, satu rumah jadi kelam kabut seperti
kapal pecah? Dengan rumah yang tunggang langgang dan
kepenatan pulang dari bekerja menyebabkan kita mahu lari
meninggalkan rumah dan duduk bersendirian seketika. Inikan pula
kita diingatkan untuk mengajar mereka.
Sebab inilah buku ini ditulis. Buku ini mengajak untuk kita berfikir
semula cara kita menguruskan diri kita sendiri dan cara kita
menguruskan kehidupan anak-anak. Selalunya kita gagal melihat
bahawa kanak-kanak adalah insan yang bijak yang mempunyai
fikiran dan perasaan mereka sendiri. Jika diajak berbincang
dengan cara yang betul, mereka akan membantu dalam apa jua
yang kita mahu mereka lakukan. Segala masalah yang kita hadapi
adalah berpunca dari kegagalan kita berkomunikasi dengan baik
dengan mereka.
6
Jika kita melakukan kerja rumah dan melihat bukan sahaja suami,
malah anak-anak pun tidak mahu menolong, salah siapakah ini?
Mereka seolah seperti pahat dan tukul. Sekali suruh, sekali buat.
Akhirnya kita malas hendak berleter, kita buat sendiri semuanya.
Yang jatuh penat dan lembik adalah kita. Kita lihat anak-anak pula
semakin bertenaga. Tidak tahu duduk diam. Asyik bergerak,
melompat dan berkejar kesana dan kemari. Kita berkemas disini,
bersepah disini. Memang patutlah kita merasa penat dan mereka
semakin bertenaga. Yang melakukan kerja adalah kita dan yang
bebas dari kerja adalah mereka. Anda dapat lihat ketidak adilan
ini? Saya cadangkan rombak balik kehidupan anda sekeluarga.
Pastikan tenaga dan masa semua digunakan dengan adil.
Tetapi masalahnya, jawapan yang saya terima adalah…
1. Saya malas nak bising-bising,
2. Tak reti nak cakap macam mana
3. Kalau mereka buat kita tak puas hati, baik kita buat sendiri!
(Mrs. Perfectionist!)
MEMBINA, MENGURUS DAN MEMIMPIN KELUARGA
Pengalaman saya ketika bekerja dahulu adalah jika mahu menjadi
seorang pengurus yang efisien, kita perlu bijak untuk ‘delegate’.
Jika kita ketua dan kita mahu buat kesemuanya, memang akan
timbul kepincangan dan kegagalan yang bertimpa-timpa. Ingat
kata pepatah - “You can do anthing but not everything”
7
Kita mahu anak kita dewasa nanti menjadi pemimpin yang hebat.
Kita perlu mengajar mereka cara untuk memimpin itu dari
sekarang. Berikan contoh kepimpinan kita yang baik dan
lakukannya bersama kerana kanak-kanak akan belajar bukan dari
apa yang kita cakapkan tetapi melalui pemerhatian mereka
melihat apa yang kita lakukan. Maka, kitalah pemulanya. Kita perlu
jadi pemimpin yang baik.
Untuk berjaya memimpin sebuah keluarga yang kecil, sama sahaja
resepinya dengan kaedah memimpin sebuah organisasi yang
besar. Bagi organisasi besar, pemimpin yang baik didefinasikan
seperti dibawah.
Leaders need to be a strong communicator. They need to have a
clear and defensible strategy. They need to work through others to
drive results and to foster creativity and innovation and they need to
mentor others.
Dari definisi itu, jelas, sebagai ibu kita perlu bekerja bersama
mereka dan bukan bekerja untuk mereka. Ada ibu yang bangun
pukul 4 pagi sebelum subuh untuk menyiapkan itu dan ini bagi
anak mereka. Ya, dia adalah ibu yang baik tetapi dia bukanlah
pemimpin yang memimpin dengan baik. Seorang pemimpin yang
baik perlu ada pelapis yang dilatih dan terlatih iaitu anaknya.
Anaknya mungkin tidak dapat mewarisi kerajinannya kerana
sudah terbiasa dibangunkan sewaktu kerja semuanya sudah
selesai dan hanya untuk bangun makan sarapan sahaja. Mungkin
mereka tidak akan menghargai pun apa yang ibu mereka lakukan
kerana semuanya dilakukan ketika mereka tidur. Mereka tidak
8
melihatnya dan tidak merasa melakukannya. Mana mungkin
mereka boleh menghargai.
Jika kita dapat selesaikan masalah kepimpinan kita dalam
pengurusan rumah dan anak-anak, InsyaAllah kita juga akan
selesai dengan masalah terlalu penat dan masalah tidak cukup
masa. Sekarang barulah kita berbincang tentang mengajar anak
pula.
Permulaannya biar saya katakan bahawa mengajar anak ini
seperti kita mendirikan solat. Jika dulu masa kecil kita tidak solat,
kita tidak rasa apa-apa. Bila kita dewasa, kita bersolat, sekali tidak
solat kita akan rasa resah. Begitu juga dengan mengajar anak. Bila
kita sudah rutinkan, tinggal sahaja sehari kita tidak mengajar, kita
akan rasa resah. Walaupun waktu mengajar itu cuma 5-10 minit
sahaja sehari. Kita akan terasa sudah rugi semalam tidak dapat
mengajar mereka. Itu adalah pengalaman saya dan ibubapa
yang sudah merutinkan kaedah saya didalam Seminar
DarwishDarwisya.
Baik, kita mungkin baru mahu bermula atau sedang dalam proses
mahu mengajar mereka. Tetapi banyak sangatlah masalah dan
perangai anak yang berdrama ikut sukahati mereka
menyebabkan kita yang pada mulanya bersemangat menjadi
seperti biskut lemau! Kenapalah mereka ini tidak memberikan
kerjasama yang baik? Kenapalah mereka ini tidak memahami apa
yang kita mahu untuk mereka? Berbuih mulut mengajak dan
memujuk mereka untuk belajar tetapi seperti semakin diusahakan
semakin mendidih pula darah kita. Sebelum terjadi apa-apa,
baiklah dilupakan sahaja niat itu. Biar sahaja mereka bermain.
Hilanglah semangat itu.
9
Akhirnya bila mendengar anak orang lain sudah pandai itu dan ini,
anak kita masih lagi seperti itu, kita akan rasa menyesal tidak
mengajar mereka. Padahal bukanlah susah mana pun apa yang
hendak diajar itu. Menyesal ketika anak kita masih kecil tidak
mengapa. Kita masih lagi boleh bersyukur kerana mereka masih
belum terlambat. Seorang pengusaha tadika rangkaian “Smart
Reader” pernah berkongsi dengan saya bahawa dia bukan sahaja
mempunyai kanak-kanak umur tadika. Dia juga mengajar kanak-
kanak yang sudah bersekolah untuk membaca. Ibubapa mereka
ini meminta bantuan untuk mengajar anak mereka yang telah
masuk ke Tahun 3 atau Darjah 3 tetapi masih tidak lagi boleh
membaca! Saya hampir tidak percaya! Anak saya boleh
membaca dan bertutur dalam 2 bahasa pada umur 5 tahun
merasa seperti tidak percaya. Tetapi itulah yang terjadi diluar sana.
Mereka yang telah terlambat ini pula dilabel masyarakat sebagai
“Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran”.
Sedangkan sepatutnya mereka patut digelar sebagai “Kanak-
kanak yang tidak dipedulikan oleh ibubapa mereka untuk
mengajar ketika kecil dahulu sebab sibuk”
Mereka tidak salah. Yang salah adalah kita sebagai ibubapa.
Anak-anak adalah cermin kepada ibubapa.
10
KEBAIKAN STIMULASI BELAJAR DARI KECIL
Semua kanak-kanak perlu distimulasikan untuk belajar dari kecil.
Dengan stimulasi kecil-kecilan dan berdikit-dikit ini akan
membentuk kanak-kanak yang cintakan ilmu dan kemudian
menjadikan mereka seorang yang berilmu. Contohnya, anak saya
tidak boleh duduk belajar walau hanya untuk 5 minit sahaja ketika
umurnya 1 tahun dahulu. Kita ikutkan sahaja. 5 minit pun jadilah.
Asalkan mereka belajar setiap hari. Jika 5 minit ini dikumpulkan,
ianya akan menjadi gunung! Alhamdulillah sekarang anak yang
sama ini boleh duduk selama 1 jam membaca al Quran tanpa
bergerak, berkat melatih mereka seni belajar itu. Alhamdulillah
kerana ilmu 5 minit dan meningkat kemudiannya itu, bila
dikumpulkan menjadikan mereka terkehadapan dari kanak-kanak
yang tidak belajar dan hanya menunggu waktu bersekolah di
tadika untuk mula belajar.
Ibu, bapa atau guru adalah ibarat seorang doktor yang perlu
mengetahui serba sedikit tentang pesakitnya sebelum
mendiagnos penyakit anak mereka. Sudah tentulah kita telah
mengenal nama dan siapa anak kita, tetapi tidak semestinya
ibubapa tahu cara gaya belajar mereka. Contohnya bagaimana
otak mereka berkerja
Seperkara lagi, sebelum kita mengeluh dengan anak yang
memberi masalah pembelajaran ketika mereka belajar serta
memarahi dan menyalahi mereka, tanyalah pada diri sendiri
tentang sikap kita semasa mengandungkan mereka dahulu.
Mengikut kajian masalah Autism, ADHD, ADD dan sebagainya itu,
pakar mendapati walaupun ada kecenderungan genetik
terhadap permasalahan ini, ia tidak 100% muktamad menjadi
penyebabnya. Mereka sepakat menyatakan ia adalah gabungan
genetik dan non-genetik sebelum dan semasa hamil yang akan
11
melahirkan kanak-kanak dengan pelbagai masalah pembelajaran
ini. Pemerhatian mereka faktor non genetik lebih kuat menguasai
penyebabnya.
Jika kita kaji, masalah pembelajaran ini tidak pernah wujud ketika
zaman kegemilangan Islam dahulu kerana ibu-ibu dizaman itu
sangat menjaga diri ketika hamil. Mereka menjaga diri bukan
sahaja sebelum kahwin, malah sebelum berjimak iaitu sebelum
sperma bersatu ke dalam ovum. Segala dalam Islam ada
adabnya. Ini dapat mengelakkan campur aduk syaitan dan jin
dalam memberi masalah mendidik anak yang kita lahirkan nanti
yang memungkinkan mereka tumbuh menjadi bakal khalifah yang
hebat. Sehingga kini pakar Barat tidak menyimpulkan ia adalah
100% genetik. Jika anda sedang hamil atau merancang untuk
hamil, saya cadangkan anda dapatkan ebook saya “Melahirkan
Bayi Genius Akhir Zaman” di website saya
www.bayigenius.islamicparentingnetwork.net untuk perkongsian
ketika hamil.
12
Untuk anak kita yang sudah lahir, janganlah kita putus asa. Allah itu
Maha Mengasihani. Setiap penyakit ada ubatnya dan kita cari ilmu
untuk mendapatkan ubatnya itu.
MEMAHAMI CARA OTAK KANAK-KANAK BEKERJA
Statistik menunjukkan bahawa:
5% kanak-kanak belajar membaca sendiri
20-30% akan belajar membaca dengan mudah selepas
menerima arahan dan menggunakan kaedah membaca
yang formal (mana-mana kaedah membaca yang ada
diluar sana adalah efektif)
30-50% akan mendapati belajar membaca adalah sukar
tanpa panduan berterusan, arahan-arahan sistematik dan
terperinci
Kita lihat, kanak-kanak yang mudah belajar adalah mereka dalam
golongan minoriti.
Sistem neurologi kanak-kanak berbeza-beza antara satu kanak-
kanak dengan kanak-kanak yang lain. Dari data diatas, kita dapati
kebanyakkan kanak-kanak mempunyai masalah pembelajaran!
Namun, tidak semestinya mereka yang mempunyai masalah
pembelajaran diwaktu kecil mempunyai kapasiti akal yang
rendah. Kebanyakkan mereka mengeluarkan potensi yang lebih
hebat dari golongan minoriti yang tidak mempunyai masalah
pembelajaran ini jika ibubapa mereka adalah tergolong dari
orang yang sentiasa memberi sokongan dan galakan. Contohnya,
mengikut kajian, 40% ahli perniagaan adalah mereka yang pernah
mempunyai masalah pembelajaran jenis dyslexia sewaktu kecil.
Jika dilihat dari peratus dyslexia dikalangan kanak-kanak, ia cuma
13
20% sahaja. Ini bermakna angka 40% dari ahli perniagaan adalah
dyslexia ketika kecil ini adalah satu angka yang signifikan! Dari
pemerhatian saya, seorang ibu bila mengetahui anak mereka
mempunyai masalah pembelajaran, akan lebih berusaha mencari
ilmu berbanding dengan jika mereka mempunyai anak yang tidak
mempunyai apa-apa masalah. Mereka akan lebih kerap
memanjatkan doa untuk anak mereka dengan sepenuh hati
kepada yang Maha Esa. Ini menyebabkan kejadian tersebut boleh
berlaku seperti apa yang kita lihat sekarang. Jika anak anda
mempunyai masalah pembelajaran, bersabarlah dan cuba cari
ilmu sebanyak mungkin dan seawal mungkin sebelum terlewat.
Ilmu asas yang perlu kita ketahui adalah tentang cara otak mereka
bekerja. Kawalan Gelombang otak pada kanak-kanak berbeza
dari manusia dewasa. Ibarat memegang pensel, ada kanak-kanak
boleh memegang pensel dengan baik diusia awal, ada yang tidak
boleh walaupun sudah masuk ke sekolah Tahun 1 kerana tidak
tiada latihan sebelumnya. Begitulah juga otak mereka.
Ibubapa diluar sana yang selalu mengeluh anak mereka sukar
diajak belajar, perlu tahu bahawa anak mereka bukan jenis yang
boleh menukar gelombang otak sedang bermain (gelombang
14
beta) terus kepada gelombang otak belajar (gelombang alpha)
seperti memetik suis lampu!
Contohnya selepas kanak-kanak berlari dan bermain, kemudian
kita memanggil mereka untuk duduk dan menulis. Mungkin
didalam satu kelas di sekolah, sebahagian kanak-kanak akan
mengikut arahan untuk belajar. Tetapi ada sebahagian kanak-
kanak yang lambat menukar gelombang otak mereka yang masih
di gelombang Beta, rasa seperti agak kekok untuk menurut arahan.
Rasa seperti mahu memberontak. Seperti perkara lain, mereka
memerlukan masa dan latihan yang berterusan dalam proses
menukar kesana dan ke mari gelombang otak mereka itu.
Sebagaimana mereka berlatih menggunakan tangan untuk
menyuap nasi hingga tiada suapan yang terjatuh ke lantai,
begitulah juga mereka perlu berlatih bagaimana untuk menukar
gelombang otak mereka dari bermain aktif kepada fokus duduk
belajar dengan sekelip mata sahaja seperti mana ibubapa atau
guru mereka mahukan itu. Sebab itu lebih awal kita mengetahui
dan memahami cara mereka belajar lebih bagus. Kita boleh
memulakan mengajar mereka tanpa stress dan mereka pula akan
belajar dengan lebih efektif.
15
Seperti yang kita tahu, bila kanak-kanak lepas bermain dan
bergurau sesama mereka dengan aktif, kemudian kita memanggil
mereka untuk duduk belajar. Hanya sedikit sahaja bilangan kanak-
kanak yang boleh mengambil pensel dan menurut apa yang kita
suruh lakukan. Ini bermakna, kanak-kanak ini telah berjaya
mengawal dan mengubah gelombang otak mereka dari Beta ke
gelombang Alpha dalam masa yang pendek sahaja.
Kebanyakkan kanak-kanak memerlukan masa untuk menukar
frekuensi gelombang mereka yang masih dalam keadaan beta ke
gelombang alpha.
Bagi memudahkan peralihan gelombang ini, kita perlu memulakan
sesi pembelajaran dengan sesuatu yang menarik. Sesuatu yang
mempunyai nilai ‘game’
Namun seperti perkara lain juga, dengan latihan yang konsisten,
semua kanak-kanak boleh belajar untuk melakukan pertukaran itu
dengan mudah tanpa sesi transisi/peralihan sebelum
pembelajaran serius satu hari nanti.
16
Cuba tengok kad huruf itu. Ianya kelihatan seolah seperti kad biasa
yang mengajar huruf dan perkataan yang bermula dengan huruf
tersebut. Kemudian tutup kad itu dan soal anak anda dengan
soalan yang disediakan dengan gambar tersebut. Contohnya :
17
1. Berapa ekor semut di dalam gambar tadi?
2. Yang manakah lebih banyak, semut merah
atau semut biru?
3. Buah epal dalam gambar tadi berwarna
hijau atau merah?
4. Dan lain-lain soalan.
Kita telah memasukkan elemen yang menyeronokkan pada
pembelajaran huruf kemudian setelah kita lihat mereka sudah
bersedia, bolehlah memulakan pelajar yang lebih serius seperti
belajar al Quran dan sebagainya. Mungkin memerlukan 1-3 kad
sahaja sehari. Tidak terlalu panjang kerana tujuannya adalah untuk
menunggu gelombang otak berubah dengan cara yang
menyenangkan mereka.
Dengan adanya game seperti ini, anda tidak memaksa terus untuk
mereka menukar gelombang otak mereka dengan drastik dan
akan memudahkan anak dan ibu ketika pembelajaran yang serius
berlangsung. Mereka akan mula menyesuaikan diri dengan setting
tempat belajar dan mental serta fizikal yang sesuai untuk
menerima pembelajaran dari anda.
Mengetahui Gaya Belajar Mengikut VAK Model
Kadang-kadang kita stress mengajar apabila cara kita mengajar
bertentangan dengan cara mereka belajar. Kita tidak tahu
bagaimana sebenarnya kecenderungan anak kita mudah untuk
belajar. Ibarat kita menyuruh mereka bernafas melalui mulut
sedangkan mereka lebih mudah bernafas melalui hidung yang
18
memang telah dijadikan secara fitrah untuk bernafas. Pakar
neurologi telah lama mengetahui bahawa mata adalah laluan
keluar masuk dari otak. Cara arah gerakan mata, jika kita benar-
benar perhatikan, akan memberikan kita maklumat bagaimana
gaya pembelajaran dan komunikasi pilihan seseorang itu.
Memerhati gerak mata ini adalah cara ahli neurologi mengakses
cara berfikir seseorang itu tidak kira jantina, bangsa, budaya atau
apa bahasa sekalipun.
Kita juga boleh belajar dari mereka ini dengan memerhatikan
pergerakan mata sesiapa yang kita kenali termasuk anak kita
untuk memastikan kita berkomunikasi dengan lebih efektif.
Seterusnya setiap patah perkataan kita akan memberi kesan
keatas mereka. Kita kemudian mudah untuk mengajar atau
meyakinkan mereka. memang telah dijadikan secara fitrah untuk
bernafas. Pakar neurologi telah lama mengetahui bahawa mata
adalah laluan keluar masuk dari otak. Cara arah gerakan mata,
jika kita benar-benar perhatikan, akan memberikan kita maklumat
bagaimana gaya pembelajaran dan komunikasi pilihan seseorang
itu. Memerhati gerak mata ini adalah cara ahli neurologi
mengakses cara berfikir seseorang itu tidak kira jantina, bangsa,
budaya atau apa bahasa sekalipun. Kita juga boleh belajar dari
mereka ini dengan memerhatikan pergerakan mata sesiapa yang
kita kenali termasuk anak kita untuk memastikan kita berkomunikasi
dengan lebih efektif. Seterusnya setiap patah perkataan kita akan
19
memberi kesan keatas mereka. Kita kemudian mudah untuk
mengajar atau meyakinkan mereka.
Kita boleh menggunakan carta ini untuk:
• Mengesan gaya pembelajaran VAK - Samada mereka adalah
visual, auditori atau kinestatik
• Dapat membaca bagaimana mereka menerima mesej kita;
• Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan mereka
'Carta Neurologi pergerakan mata' diatas adalah yang telah
diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sebagai kesimpulan, orang
visual cenderung untuk melihat keatas (untuk gambaran mental);
20
orang auditori cenderung untuk melihat ke sisi (ke arah telinga);
dan orang-orang kinestetik cenderung untuk melihat ke bawah.
Dalam buku (al Siyasah) yang ditulis oleh Ibnu Sina, beliau
menyatakan pendidikan yang baik adalah pendidikan yang
mementingkan ‘self education’ atau mendidik diri sebelum
mendidik orang lain. Sebelum kita mendidik anak kita, kita perlu
mendidik diri kita akan cara mengenal dan mendidik mereka
terlebih dahulu. Itulah kunci keberkesanan dalam proses mendidik.
Kita tidak boleh menyamaratakan anak-anak kita dalam cara
mendidik mereka kerana setiap dari mereka adalah berbeza-
beza.
Setiap kanak-kanak belajar dengan kecenderungan yang
berbeza. Walaupun mereka adalah kanak-kanak yang
mempunyai ibubapa yang sama, tinggal dirumah yang sama dan
didedahkan dengan persekitaran yang sama.
21
Jika kita tidak mengenal cara belajar mereka, yang akan susah
adalah diri kita sendiri kerana kita akan rasa tertekan melihat hasil
kenapa mereka tidak boleh memahami apa yang kita ajarkan.
Kenapa kanak-kanak hanya seronok bila menonton kartun
kesukaan mereka atau bermain game, berlari bermain police entry
dan sebagainya tetapi kenapa bila mereka mula sahaja belajar
mengaji mereka sudah tidak seronok? Bagaimana mahu
menjadikan mereka bersemangat belajar al Quran seperti mana
mereka bersemangat ketika bermain?
Masalah ini tidak boleh diletakkan kepada mereka 100%. Ia adalah
masalah warisan yang berpunca dari diri kita. Kegagalan
menaikkan semangat mempelajari al Quran atau ilmu lain itu
adalah satu ‘dosa’ ibubapa yang akan menyebabkan progress
yang perlahan dan usaha yang tidak sepenuh hati dari mereka
ketika belajar.
Ingat, kegagalan kita menjadikan mereka menyintai ilmu al Quran
mungkin akan menyebabkan kegagalan kita menjadikan mereka
menyintai ilmu yang lain juga. Kebolehan kita membuatkan
mereka menyintai ilmu al Quran adalah satu kelebihan untuk kita
menjadikan mereka menyintai ilmu yang lain diluar sana.
“Belajar adalah permainan yang mengasyikkan dalam kehidupan.
Anak-anak yang lahir dan meyakininya akan terus mempercayai
kenyataan ini hingga kita meyakinkan mereka bahawa belajar
merupakan sesuatu tugas yang berat dan tidak menyenangkan”
Kata-kata Glenn Doman dalam Teach Your Baby Math.
22
Apabila belajar tidak seronok maka ilmu pengetahuan tidak dapat
diserap sepenuhnya atau penyerapannya kurang efisien. Belajar
dalam keterpaksaan tetap boleh membuahkan hasil tetapi ianya
tidak secepat dengan mereka yang belajar dengan rela hati dan
semangat tinggi.
Namun samada keterpaksaan atau rela hati semuanya perlu ada
titik permulaannya. Boleh jadi, untuk mendisiplinkan anak kita,
mereka bermula dengan keterpaksaan. Tetapi keterpaksaan ini
dilakukan dengan penuh strategi yang tersusun untuk menjadikan
mereka bertukar kepada rela hati. Lama kelamaan keterpaksaan
itu, dengan usaha kita yang sedikit demi sedikit menyebabkan
mereka bertukar menjadi suka dan bersemangat. Agak jarang
untuk mendapat seorang kanak-kanak yang secara
semulajadinya suka dan minat untuk belajar tanpa dorongan
ibubapa atau sesiapa sahaja disekeliling mereka.
23
Oleh itu janganlah ibubapa tidak mengendahkan tugas mendidik.
Jika tidak diendahkan juga, akan menyesal tak sudah jadinya.
Anak-anak yang tidak dididik berkemungkinan akan merasa
kosong. Mudah untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral
yang bakal merosakkan diri mereka dan orang lain juga. Pada
ketika itu sudah tentu kos bagi memulihkan mereka kembali lebih
mahal. Mungkin juga walau berapa pun nilai yang sanggup kita
bayar, tidak mampu memulihkan mereka kembali.
Renungkanlah...
Kita cuma ada satu peluang bagi mengubah dan membentuk
anak-anak kita. Ia mudah dibentuk ketika kecil dimana mereka
benar-benar mendengar apa yang kita katakan sebagai satu kata
yang perlu dipegang. Selalu kita dengar anak-anak kecil akan
berkata … “ Mak saya kata…” . Ini adalah lebih baik berbanding
jika mereka telah dewasa dimana mereka mempunyai ‘penasihat
lain’ yang terdiri dari kawan-kawan sebaya dan juga mengikut
‘kepala mereka’ sendiri yang telah dipengaruhi anasir luar.
Sebagai pendidik atau pengajar, kita bukan sahaja perlu
mengajar anak kita ilmu al Quran itu tetapi juga menjadikan
mereka cinta akan ilmu tersebut. Cinta inilah yang menyebabkan
perbezaan seorang kanak-kanak yang ‘bersemangat’ untuk
belajar dengan kanak-kanak yang ‘terpaksa’ untuk belajar.
24
MENGAJAR ANAK DENGAN ASAS BELAJAR
Semua ibubapa tahu anak mereka perlu melalui asas-asas
dibawah untuk belajar. Dari bayi yang tidak boleh bercakap dan
Cuma mendengar sahaja, tidak lama kemudian mereka pandai
bercakap. Selepas pandai bercakap, kita mula mengajarnya huruf
dan kemudian perkataan. Selepas perkataan, kita mengajarnya
membaca ayat. Kebanyakkan ibubapa mengajar membaca
kemudian baru menulis.
Jika dalam mana-mana peringkat, anak kita mempunyai masalah,
kita akan dapati proses seterusnya akan terhenti atau terbantut.
Contohnya seorang kanak-kanak Autism mempunyai deria
pendengaran yang sensitif, apabila tiba proses belajar bercakap,
25
dia akan terbantut. Mana tidaknya, dia selalu melarikan diri dari
percakapan dan perbualan, dan suka menyendiri, maka kita akan
dapati kepetahannya bercakap tidak akan sama dengan kanak-
kanak sebaya.
Kanak-kanak Dyslexia pula, mempunyai otot mata yang lemah
disekitar mata mereka. Maka bila tiba proses untuk mereka belajar
membaca, proses tersebut seolah terhenti. Membaca memerlukan
mata yang baik. Kanak-kanak rabun juga akan mempunyai
masalah dalam membaca. Jika ada proses-proses ini yang
tersekat, bagaimanakan mereka boleh ke proses seterusnya?
Ditambah pula kita tidak memahami mereka atau tidak sedar
akan masalah mereka. Hanya memberi kata-kata motivasi
menyuruh mereka berusaha bersungguh-sungguh.
26
MENGENALI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH
PEMBELAJARAN
ADHD/ADD
ADHD/ADD bermaksud Attention Deficit Hyperactivity Disorder
adalah kanak-kanak yang sentiasa bergerak dan tidak fokus. Ini
adalah masalah pembelajaran yang paling popular. Ibubapa
menggelar mereka sebagai tak boleh duduk diam dan susah nak
memberi perhatian ketika mereka belajar. Adakah jika mana-
mana kanak yang tidak boleh duduk diam kita terus gelar mereka
ADHD? Tidak. Kanak-kanak yang aktif normal juga begitu. Jangan
terburu-buru menggelar anak yang tidak boleh duduk diam
sebagai kanak-kanak ADHD, ADD atau Hyperaktif.
“Many children are visual and kinesthetic learners. When forced
to sit in schools that rely heavily on pencil-paper tasks and rote
memorization, these types of learners become distractible,
restless, and low performing often ending up being incorrectly
diagnosed with ADHD.”
Educational Psychologist - Melanie West
Otak mereka secara semulajadinya mengeluarkan frekuensi
gelombahag beta dan ia kekurangan gelombang theta atau
alpha. Contohnya jika kita sedang mengantuk ketika memandu,
apakah yang kita lakukan untuk mengelakkan dari tertidur ketika
memandu dan seterusnya berada dalam keadaan bahaya? Kita
akan mula menguatkan radio, mungkin membetulkan tempat
27
duduk, atau menepuk-nepuk peha atau steering kereta untuk
menghilangkan rasa mengantuk itu. Samalah seperti kanak-kanak.
Mereka bergerak kerana tidak mahu ‘melukakan hati’ kita dengan
tertidur atau terus ‘hilang’ ketika kita mengajar. Mereka mahu terus
memberikan perhatian dengan ‘cara mereka bergerak itu’ tetapi
kita tidak menghargainya sebagai satu usaha yang baik.
Kebanyakkan ibubapa memandang ADHD sebagai satu
ketidakupayaan belajar pada kanak-kanak. Ibubapa sepatutnya
menukarkan tanggapan mereka ini kepada satu kelebihan
kepada kanak-kanak. Bukan mereka tidak boleh fokus. Saya
ulang.. bukan mereka tidak boleh fokus tetapi, otak mereka secara
semulajadinya memberi keupayaan untuk fokus pada banyak
perkara dalam satu masa! Ini kerana secara fitrah, manusia perlu
belajar banyak perkara dengan cepat untuk ‘survive’ dalam
kehidupan mereka pada zaman dahulu. Maka otak mereka
memberikan stimulasi kepada kesemua deria untuk menjadi sensitif
dan dan belajar dari sekitar mereka dengan kadar segera. Maka
untuk memfokuskan perhatian mereka HANYA pada satu perkara
sahaja menjadi sukar. Sebab itu dalam Seminar DarwishDarwisya
28
saya mengajar para peserta untuk mengambil peluang dalam
kejadian luar biasa mereka ini untuk memasukkan al Quran dari
kesemua deria. Muzik klasik telah dibuktikan mengeluarkan satu
bahan kimia dari otak yang dinamakan Dopamine. Ia sangat baik
untuk otak. Perdengarlah al Quran dari bacaan Qari yang
menenangkan. Kesannya akan jadi lebih hebat lagi. Ia boleh
memberi kesan kepada otak dan memudahkan mereka untuk
tidur pada waktu malam nanti. Mereka boleh dengan mudah
mengetahui perkara yang terjadi di sekitar mereka tanpa disuruh.
Ketika belajar, Dopamine ini memberi stimuli ke semua deria
mereka. Mereka boleh mendengar burung diluar tingkap berkicau,
bau sambal yang sedang dimasak dirumah sebelah, bunyi pintu
dibuka dan ditutup dari bilik sebelah dan sebagainya.
Adalah satu keputusan bijak jika kita menyisihkan atau
mengurangkan gangguan yang boleh menyebabkan otak
mereka mengeluarkan stimuli ke deria mereka yang lain. Ini dapat
mengelakkan mereka tersasar dari fokus kepada pelajaran yang
sepatutnya mereka belajar.
Setelah memahami cara mereka belajar, tentu kita tidak marah
lagi kenapa mereka perlu bergerak. Tetapi memang akan
tercabar juga jika mereka bergerak terlalu banyak yang
menyebabkan kita sukar pula untuk mengajar mereka. Jika begitu,
berikan mereka sebuah bola getah kecil yang boleh diramas-
ramas. Tangan mereka boleh bergerak dan mata dan telinga
mereka boleh belajar. Untuk variasikan pergerakkan, kita boleh
mengalihkan tempat mengajar dimana 15 minit didalam bilik, dan
kemudian 15 minit lagi kita bawa mereka ke meja makan di ruang
tamu dan mengajar mereka disitu. Boleh juga suruh mereka duduk
dan mengimbangkan badan diatas bola ketika mengajar.
Pergerakan mempunyai kebaikkan pada sistem neurologi mereka.
29
Pergerakkan mengimbang bola ini akan merangsangkan saraf
tunjang mereka terus ke sereblum dan tempat pemprosesan deria
mereka di otak. Jika kita sudah ada ilmunya, kita akan mudah
untuk memberikan kefahaman. Sebagai ibu yang mengajar
dirumah, kita bebas untuk mengolah cara mengajar mereka
dengan memasukkan unsur-unsur pergerakkan ini.
Ketika mengajar membaca contohnya, kanak-kanak diusia awal
akan belajar perkataan yang kerap digunakan untuk menjadikan
ayat tersebut lengkap contohnya "ini", "itu", "ialah", "yang" dan lain-
lain. Untuk Bahasa Inggeris pula kita perkata “the”, “a”, and “am”.
Ini dikenali sebagai (Dolch Words). Perkataan-perkataan ini adalah
perkataan yang diperlukan tetapi sukar untuk ditunjukkan dalam
bentuk imej atau gambar. Bagi kanak-kanak yang cenderung
kepada pembelajaran visual dan kinestatik, mengingat dan
membaca perkataan ini adalah sukar untuk mereka kerana ia
tidak memberi gambaran atau makna apa-apa.
Jangan terperanjat kanak-kanak yang sama ini bila diperkenalkan
dengan perkataan ‘dinasour’ atau ‘lorry’, mudah mengingat
ejaannya dan membaca perkataan tersebut.
Sebelum melabel anak kita dengan apa-apa label permasalahan,
kita fahami dahulu cara mereka belajar. Mungkin kecenderungan
mereka adalah visual dan kinestatik sahaja dan tidak bermaksud
mereka adalah kanak-kanak ADHD.
Sekarang saya ingin bertanya.. adakah jika anak kita seperti ini dan
kita tidak pernah mengajarnya dirumah, cuma menunggu usia
bersekolah untuk mula belajar, apakah yang terjadi kepada
mereka? Adakah guru-guru disekolah akan memberi perhatian
khas kepada mereka mengikut keperluan pembelajaran setiap
30
kanak-kanak seperti mana kita? Hanya kita yang boleh
menjadikan anak kita berjaya dan kita tidak boleh menyalahkan
pihak sekolah.
DYSLEXIA
Disleksia adalah disebabkan otot disekitar mata tidak berfungsi
seperti biasa. Saya mempunyai seorang dengan masalah dyslexia
ini didalam ahli keluarga sebelah suami saya. Dia mempunyai
masalah untuk membaca walaupun telah mencapai usia remaja
dahulunya. Suami saya mempunyai 8 orang adik beradik yang
sudah berkahwin dan mempunyai anak. Alhamdulillah tidak
seorang pun yang mengidap masalah ini. Walaupunn ada yang
berkata ianya adalah keturunan, ia tidaklah 100% benar.
Pada mulanya saya fikir anak saya, Darwish mempunyai masalah
ini. Ini disebabkan saya dia menulis semuanya terbalik. Dari
31
nombor hinggalah ke huruf semuanya terbalik. Berbanding
Darwisya yang tidak pernah melakukan begitu. Namun setelah
latihan yang agak selalu, walaupun tidak konsisten, ianya hilang.
Sekali lagi saya menyarankan untuk ibubapa memulakan
mengajar anak mereka lebih awal. Kita akan tahu masalah
mereka lebih cepat dan memperbaikinya sebelum mereka masuk
ke alam sekolah.
Tetapi jika ketika anda membaca ebook ini, anak anda telah pun
bersekolah, janganlah fikir ianya sudah terlewat. Lakukan yang
terbaik untuk perkembangan dan pembangunan diri mereka.
Saya sarankan untuk mereka ini di 'homeschool' kerana beberapa
sebab:
1. Jika anak anda disleksia dan sudah bersekolah, mereka akhirnya
akan menyedari bahawa mereka adalah berbeza daripada
kebanyakan rakan-rakan mereka. Sentiasa tercorot. Mereka
mungkin tidak boleh membaca sama sekali, atau mempunyai
kesukaran mengeja atau mempunyai masalah untuk menghafal
fakta-fakta matematik.
2. Dengan memaklumkan kepada mereka kenapa mereka begitu
dan setiap kekurangan ada kelebihannya, mereka akan berhenti
berfikir bahawa diri mereka adalah 'pelajar bodoh' kerana
dikelaskan di kelas tercorot jika disekolah. Yakin diri mereka akan
meningkat dan mereka akan rasa lebih lega.
32
Kelebihan Dyslexia
Kebanyakan kanak-kanak dengan masalah disleksia mempunyai
otak kanan yang dominan. Untuk memahami apa yang saya
maksudkan ini, anda perlu tahu sedikit tentang struktur otak.
Otak terbahagi kepada dua bahagian atau hemisfera - otak
kanan dan otak kiri. Ia disambungkan antara satu sama lain
dengan kabel tebal saraf di pangkal otak yang dipanggil ‘korpus
collosum’.
Satu analogi yang baik tentang otak kiri dan otak kanan adalah
seperti 2 buah komputer yang sangat cepat dan berkuasa yang
memproses program yang berbeza dari input yang sama.
Kemudian ia disambungkan dengan satu rangkaian kabel.
Kebanyakan ahli sains bersetuju bahawa terdapat perbezaan
yang jelas dalam cara setiap hemisfera otak tersebut berfungsi.
Pada asasnya, otak kanan berkaitan dengan emosi, perasaan,
kreativiti, dan gerak hati. Otak kiri adalah linear, logik, dan memberi
tumpuan kepada satu perkara pada satu masa.
33
Jika dikatakan dyslexia itu adalah mereka yang dominan otak
kanan, lihatlah senarai yang boleh dilakukan oleh otak kanan
diatas. Fikirkan kembali bagaimana pengajaran disekolah.
Membaca teks, menulis, memahami, menjawab soalan semuanya
hanya boleh dilakukan oleh otak kiri. Kanak-kanak dyslexia akan
ketinggalan dan akan membenci waktu persekolahan mereka.
Fungsi Otak Kiri
Fungsi Otak Kanan
Menggunakan Logik
Terperinci
Berorientasikan lisan
Teratur
Perkataan dan Bahasa
Matematik dan Sains
Aturan dan Corak
Nama objek
Berasaskan semata-mata realiti
Praktikal
Melibatkan perasaan dan
emosi
Berorientasikan 'Gambaran
keseluruhan'
Bukan lisan
Menggunakan imaginasi
Simbol-simbol dan imej
Falsafah dan agama
Fantasi
Menerima kemungkinan
Mudah mengambil Risiko
Teknik mengajar pelajar otak kanan adalah dengan memupuk
potensi otak kanan mereka dan bukan memaksa mereka menukar
cara mereka berfikir. Pengajaran perlu dilakukan dalam kumpulan
kecil dengan kawan-kawan atau adik beradik yang mereka
mereka kenali dan senangi. Pengajaran yang banyak mengajak
kepada penceritaan dan diskusi amat menarik mereka. Apa-apa
sahaja yang menggunakan emosi dan imaginasi akan
menyebabkan mereka seronok untuk belajar. Gunakan sumber
visual. Lakukan perkara bersama-sama dalam satu kumpulan
34
dengan banyak perbincangan. Sebagai ganti kertas tulis, buat
projek (poster, komik, menulis ulasan filem dan lain-lain) Gunakan
warna dan gambar pada flashcard untuk mendapatkan ejaan
atau perbendaharaan kata perkataan.
Jika anda mempunyai anak Dyslexia dan berpeluang untuk
mendidiknya pada usia awal, ia amatlah baik. Manfaat kita
mengajarnya dirumah lebih awal adalah kerana kita tidak mahu
mereka ketinggalan. Kanak-kanak seperti ini akan jauh tertinggal
dari segi pelajaran jika mereka mula bersekolah. Sistem
persekolahan tidak akan memahami masalah yang mereka
hadapi. Anda akan dapati anak anda merungut untuk ke sekolah.
Puas anda memujuk mereka dan menyatakan kebaikkan jika pergi
ke sekolah. Mungkin akhirnya mereka akan terpaksa juga pergi.
Anda akan dapati setiap ujian mereka akan sentiasa tercorot.
Percayalah.. mereka akan lebih banyak belajar dirumah bersama
anda. Walau bagaimanapun, untuk mengetahui gaya belajar
anak kita bukanlah suatu yang boleh di ketahui dengan sekelip
mata. Setiap anak itu berlainan dan beruntunglah mereka jika
anda membuat keputusan mengajar mereka dirumah sebelum
mereka ke sekolah. Di sekolah, janganlah mengharap guru-guru
akan memberikan perhatian mereka kepada anak kita seperti
mana kita sebagai ibubapa mereka.
35
AUTISM
Untuk kanak-kanak autism pula, mereka mempunyai masalah
dimana otak mereka merangsang kesemua deria mereka dengan
kadar yang tinggi dan selalunya maklumat tersebut tidaklah
sepatutnya setinggi seperti yang disampaikan. Statistik
menunjukkan masalah ini dihidapi 5 kali lebih tinggi kanak-kanak
lelaki dari kanak-kanak perempuan. Contohnya ketika mereka
mendengar suara. Suara yang mereka dengar kebanyakkannya
adalah dengan pic atau frekuensi yang tinggi.
Jika mereka melihat warna, warna tersebut terlampau terang, silau
atau kelam kabut. Ini menyebabkan mereka lari dari cahaya
terang.
Oleh kerana keadaan yang terlampau hiruk pikuk dengan bunyi
yang bising dan pic yang tinggi serta warna yang terang silau
menyebabkan mereka cuba lari dari semua ini dengan
menyendiri. Tidak mahu bergaul, tidak mahu bekerjasama dan
sebagainya. Mereka akan mencipta dunia mereka sendiri untuk
lari dari dunia sebenar.
Setiap individu dengan autisme adalah unik. Ramai daripada
mereka mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam kemahiran
samada visual, muzik dan kemahiran akademik. Ini bergantung
kepada deria yang sensitif yang telah dikurniakan kepada mereka
36
sejak lahir yang pada mulanya agak melemas dan merimaskan.
40% pula mempunyai kebolehan intelektual yang lebih tinggi dari
kebanyakkan orang.
Sebenarnya jika seseorang kanak-kanak itu tidak mempunyai
masalah Autism juga boleh menunjukkan masalah sensitif kepada
bunyian. Bunyian rentak muzik tertentu atau bunyian sesetengah
mesin contohnya mesin dril membingitkan telingan mereka.
Mereka akan menutup telinga mereka dengan tangan dan cuba
lari.
37
SPD – Sensory Processing Disorder
Ada kanak-kanak yang tidak tergolong dalam mana-mana
kumpulan masalah pembelajaran tetapi mempunyai masalah
pancainderanya yang sensitif. Mereka ini agak cerewet dan leceh
dengan sekitaran mereka menyebabkan selalulah terganggu
dalam sesi pembelajaran.
38
MENYELAMI EMOSI KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI MASALAH
PEMBELAJARAN
Tidak semua kanak-kanak yang mempunyai masalah
pembelajaran adalah mereka yang lemah semangat. Ia
bergantung kepada bagaimana orang persekitaran melayan
mereka.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran mempunyai kesukaran dalam
kemahiran sosial. Keyakinan yang rendah menyebabkan mereka
sukar untuk bergaul dengan rakan sebaya.
Cara mereka memproses informasi yang lambat kerana kurangnya
latihan dari ibubapa atau guru menyebabkan mereka mempunyai
masalah mencari perkataan yang betul untuk bersama dengan
perbualan dalam kumpulan. Masalah ini semakin menyerlah jika
umur mereka sudah mencapai belasan tahun.
Mereka bimbang dengan kebolehan mereka sendiri. Ketakutan
untuk gagal dan rasa malu menyebabkan mereka lebih suka
menarik diri dari apa-apa projek atau perancangan oleh rakan
atau guru.
Mereka tidak sedar kelakuan dan keputusan mereka ini akan
menambahkan lagi kritikan daripada ibu bapa dan guru yang
kurang faham kenapa mereka berkelakuan begitu. Akibatnya ia
kelihatan seperti remaja yang sedang memberontak.
Memahami punca dan cara menyelesaikan kanak-kanak yang
mempunyai masalah pembelajaran adalah penting terutamanya
39
ibubapa kanak-kanak yang terlibat. Tiada siapa yang lebih mahu
anak kita itu berjaya selain dari kita sendiri sebagai ibunya.
Ramai ibubapa yang mempunyai kanak-kanak dengan masalah
pembelajaran menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta
atau sekolah kerajaan yang dikira bagus dengan harapan anak
mereka akan jadi cemerlang dengan sistem sekolah itu sendiri.
Akhirnya mereka tetap melihat anak mereka semakin
terkebelakang ke mana pun mereka pergi. Ini kerana dengan
perbandingan guru antara kanak-kanak bijak dengan tidak di
bahagi-bahagikan mengikut kelas, menyebabkan kanak-kanak ini
semakin hilang keyakinan diri mereka. Tahun awal kanak-kanak di
sekolah adalah untuk membina kemahiran social dan keyakinan
diri tetapi jika tahun-tahun tersebut penuh dengan kekecewaan
dan kegagalan, langsung tidak memahami apa yang mereka
sendiri lakukan disekolah tersebut, mereka akan lebih rendah diri
dan timbul sikap negatif. Untuk menutup kegagalan dan yakin diri
yang rendah, kanak-kanak ini akan memberontak dan menjadi
pelajar yang menimbulkan masalah di sekolah.
40
Kajian juga menunjukkan rasa rendah diri seorang manusia terbina
dari umur seseorang itu 10 tahun. Setelah umur ini, adalah sukar
untuk membantu kanak-kanak tersebut membangunkan imej diri
yang positif.
Diharap ibubapa berusaha untuk campur tangan lebih awal
dalam pendidikan anak kita sendiri di rumah.
Kemurungan pada kanak-kanak
Tanda-tanda kemurungan pada kanak-kanak boleh berbeza
daripada orang-orang di kalangan orang dewasa.
1. Mereka sentiasa berfikiran negatif tentang diri mereka
2. Mereka cenderung untuk melihat dunia dan orang lain dengan
pandangan negatif
3. Mereka sukar untuk membayangkan harapan atau perkara-
perkara positif pada masa akan datang
4. Mereka selalu bergaduh atau membuli ahli keluarga sendiri
Namun hati-hati dengan perhatian yang ktia berikan kepada
kanak-kanak dengan masalah pembelajaran ini jika dia
mempunyai adik-beradik yang lain. Ini mungkin menimbulkan
perasaan cemburu kepada yang lain.
Tetapi selalunya, ibubapa yang tidak tahu atau tiada ilmu, cuma
akan menyuruh supaya anak mereka untuk belajar bersungguh-
sungguh atau berusaha lebih keras dalam pelajaran. Itu sahaja
tanpa menyelidik apakah kesukaran yang mereka alami.
41
Kanak-kanak ini akan hilang semangat untuk belajar. Mereka
sangat membenci sesi belajar. Membaca bagai dipaksa-paksa.
Mereka mudah putus asa.
PERTUKARAN GELOMBANG OTAK PADA KANAK-KANAK YANG
MENYEBABKAN MASALAH PEMBELAJARAN
Di bahagian pengenalan sebelum ini, kita ada menyentuh tentang
gelombang otak kanak-kanak yang ada sebahagiannya sukar
untuk bertukar dari satu gelombang kepada gelombang yang lain.
Menyedari hakikat ini, perkara yang paling ibubapa tidak patut
lakukan adalah menyuruh kanak-kanak supaya jangan bergerak
sejurus sahaja mereka mula duduk untuk belajar. Di otak manusia
ada komponen neurotransmiter yang mengeluarkan sejenis bahan
kimia yang dinamakan Dopamine. Dopamine ini lah yang
mengarahkan pada tubuh deria mana yang patut digunakan dan
deria mana yang patut berada di bawah pengawasan.
Dopamine pada kanak-kanak yang aktif akan mengarahkan
semua deria untuk bersiap sedia menerima stimuli.
Pada mulanya sesi pembelajaran kita akan sentiasa ada
gangguan kerana dopamine ini yang menyuruh deria itu dan ini
untuk bekerja. Tetapi jika kita mengajar dengan tenang dan
konsisten beserta dengan ‘do n reward’ sistem yang baik serta
pelbagai strategi yang akan dibincangkan didalam ebook ini,
dopamine ini akan di latih untuk menyuruh deria anak kita fokus
pada pancaindera yang membantu mereka mendapatkan
‘reward’ yang mereka mahukan itu. Dalam Islam juga ada
amalan memberi hadiah. Ia adalah Sunnah Rasulullah s.a.w
terutamanya pada kanak-kanak.
42
MASALAH ANAK MEMPROSES STIMULI AUDITORI, VISUAL DAN
SENTUH
Jika kita bercakap atau bertutur seperti biasa, ketahuilah dari
dunia anak kita, mereka merasakan bahawa kita bertutur laju
seperti lajunya keretapi lalu.
Kita perlu memahami bahawa kanak-kanak sukar menerima
arahan yang panjang dan berkait antara satu sama lain. Otak
mereka masih belajar lagi.
Jangan kita memberi arahan seperti dibawah ini :
Pergi letak cawan di sinki, kemudian ambil tuala basah, bersihkan
meja dan akhir sekali tutup lampu.
Cerebral Cortex mereka masih baru dan perlu masa untuk
memproses arahan panjang. Jangan kerana mereka tidak
melakukannya, kita fikir mereka tidak mahu mengikut arahan kita.
Sedangkan mereka mahu lakukannya tetapi arahan itu terputus
ditengah jalan terutama arahan akhir. Jika ibubapa yang tidak
tahu mungkin mereka berfikir anak mereka degil atau tidak
mengikut kata.
Ibarat kita menggunakan sambungan internet digital untuk
memberi arahan dan mereka masih menggunakan ‘dial up
connection’di otak mereka. Gunakanlah arahan yang pendek-
pendek dan ulang arahan tersebut.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan selalunya
mempunyai masalah untuk mendengar dengan jelas perkataan
yang berfrekuensi tinggi seperti P, T, B, D, M, N, dimana bukaan
mulut adalah tersembunyi.
43
7 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK ANDA HYPERAKTIF
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda seperti ini?
Bagi saya, kebanyakkan kanak-kanak adalah seperti ini. Anak saya
juga begitu. Mereka tidak boleh duduk diam sehingga ibu-ibu
ditaman membandingkan anak saya dengan anak mereka.
Mereka menggelar anak saya sebagai kanak-kanak yang terlebih
vitamin.
Pertama
Anda perlu biasakan diri dengan kebisingan kanak-kanak. Cuba
hantar mereka ke rumah nenek mereka sebentar. Mula-mula anda
rasa seronok kerana rasa tenang dan seronok dirumah. Bila lama
sedikit, anda akan mula rasa sunyi dan tidak gembira duduk
kesunyian seperti itu. Ambil anak anda semula dan katakan pada
diri anda, bahawa anda akan lebih gembira mendengar
kebisingan mereka asalkan mereka ada disamping anda dari
44
mendengar kesunyian. Kesunyian hingga terdengar tapak kaki
anda berjalan tanpa anak anda berada dirumah.
Kedua
Bangunkan mereka sepagi yang boleh. Ajar anak anda bangun
pagi sebelum seluruh dunia bangun! Ajak mereka ke luar dari bilik
dan disini anda akan lihat, waktu bangun pagi mereka akan tidak
berapa aktif. Jika anda mahu mula mengajar mereka, inilah masa
yang terbaik. Pada waktu inilah pelajar bijak dan para huffaz
bangun untuk belajar.
Ketiga
Setelah Subuh, pagi semakin terang, dan setelah diberi sarapan,
mereka akan sangat bertenaga. Disini bermula aktiviti mereka
bergerak. Mereka perlukan satu ‘outlet’ untuk mengeluarkan
tenaga mereka yang ibarat keretapi stim. Bawa mereka keluar ke
taman dan biar mereka menjejakkan kaki mereka pada embun
pagi dan rumput segar. Biar mereka berlari sepuas hati.
45
Gambar diatas adalah stopover anak-anak saya selepas
berjogging. Saya dan suami akan berjogging bersama anak kami,
Darwish dan Darwisya. Tempat berjogging kami adalah di
belakang tasik Perpustakaan Shah Alam sambil menikmati
pemandangan yang indah. Biar mereka memegang rumput dan
baring berguling diatasnya. Ia baik untuk mereka meneutralkan
lebihan cas positif elektrik dari badan. Ia ibarat pembumian jika
kita belajar tentang tenaga elektrik.
Bumi membawa cas negatif yang bertimbun-timbun. Ia kaya
dengan elektron dan sangat bagus untuk membekalkannya
kepada tubuh bagi meneutralkan radikal bebas didalam tubuh
kita. Tubuh kita yang asal dari tanah jika dibenarkan untuk
‘bersatu’kembali dengan tempat tanah (iaitu bumi) akan
menyebabkan aliran elektron antara tubuh dan bumi terutama jika
menggunakan tapak kaki untuk menyentuhnya.
46
Keempat
Bila pulang mereka akan rasa letih dan mengantuk. Pertama
kerana mereka bangun terlalu awal kedua kerana mereka telah
melakukan aktiviti berlari. Perhatikan bahawa seorang kanak-
kanak kelihatan hyperaktif seperti boleh berlari tanpa henti, tetapi
cuba suruh mereka berlari di jogging track! Mereka tidak boleh
berlari sehingga 2km pun!. Jadikan alasan untuk membina stamina
mereka dengan kita juga berjogging. (Untuk orang dewasa, kita
boleh berlari 3-5km tetapi untuk kanak-kanak larian sejauh 2 km
boleh mengurangkan hyperaktif mereka.
Kelima
Periksa samada keluarga kita atau sebelah suami mempunyai
masalah tyroid. Jika ada, bawa berjumpa doktor untuk
pemeriksaan.
Keenam
Jaga makan. Pakar telah menyatakan bahawa kanak-kanak yang
diberi makanan dengan kanji terproses dan kandungan gula yang
tinggi akan menyebabkan mereka hyperaktif. Ini adalah kerana
kandungan cortisal dalam darah akan menaik. Tukarkan roti putih
yang anda selalu beli itu ke roti wholemeal. Beras biasa kepada
beras perang.
Ketujuh
Elakkan makanan yang mempunyai perisa, perasa, pewarna
tambahan kerana ini akan menyebabkan tubuh mereka merasa
tidak selesa tanpa mereka mengetahuinya. Sebagai tindakbalas,
mereka menjadi tidak tenang dan bergerak untuk melupakan
ketidakselesaan itu.
47
KITA SEBAGAI IBU DAN GURU KEPADA ANAK KITA
“Guru yang cuba mengajar tanpa menimbulkan dan
menyemarakkan keinginan dan semangat belajar murid-
muridnya, sama sahaja dengan orang yang menempa besi
dingin”
(Horace Mann)
Mana mungkin besi boleh ditempa dan dibentuk jika dalam
keadaan dingin. Ia perlu dipanaskan dan kemudian barulah boleh
dibentuk menjadi pedang, parang, pisau atau apa sahaja yang
kita mahukan.
Perlu diingat, menjadi guru adalah suatu pekerjaan yang mulia
dan merupakan kedudukan pertama dalam hieraki ilmu.
Sebagaimana
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
“Yang terbaik dikalangan kamu adalah yang mengajar, kemudian
yang belajar, kemudian yang mendengar dan akhir sekali orang
yang mengasihi orang yang mengajar dan belajar.”
Bukankah kita sekarang ini menjadi guru kepada anak kita sendiri?
Itulah saham akhirat kita nanti.
48
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya Allah s.w.t, para malaikat, penghuni langit dan bumi,
termasuk semut yang berada dalam lubang, serta ikan paus,
sesungguhnya akan memberkati dan merahmati kepada orang
yang mahu mengajarkan kebaikkan kepada manusia”
(Riwayat Imam Tarmizi)
MasyaAllah, hebatnya menjadi seorang ibu yang juga seorang
guru kepada anak-anaknya!
Lebih-lebih lagi guru al Quran kepada anak-anak kita. Setiap huruf
yang kita ajar itu telah dijanjikan Allah akan ganjarannya diakhirat
nanti. Lihat juga keistimewaan kita yang diberikan oleh Allah di
dunia ini. Disebut oleh penduduk bumi dan langit. Masihkah kita
memberi alasan penat dan letih untuk mengajar anak kita?
49
IKHLASKAN MENGAJAR ANAK KERANA ALLAH S.W.T
Sebelum mula mengajar anak-anak kita, ingin saya ingatkan diri
saya dan pembaca, marilah kita lihat balik kenapa kita ingin
mengajar mereka. Ikhlaskanlah matlamat itu kerana Allah Ta’ala.
Mengikhlaskan ilmu sebagai amal ibadah kepada Allah s.w.t.
Semoga kita dipelihara dari menyimpang akan niat dan tujuan kita
mengajarkan anak dengan al Quran.
“Seorang lelaki yang mempelajari ilmu agama dan
mengajarkannya. Beliau juga membaca Al-Quran. Lelaki itupun
dibawa menghadap Allah SWT.
Allah SWT memperingatkan segala nikmat yang diberikan
kepadanya. Lelaki itu mengakui akan penerimaan semua nikmat
tersebut. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Apakah yang telah kamu
50
lakukan untuk mendapat nikmat yang ada?’ Lelaki itupun
menjawab : ‘Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya
(kepada orang lain). Aku telah membaca Al-Quran semata-mata
kerana-Mu. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Kamu berdusta. Kamu
telah mempelajari ilmu supaya kamu dipanggil sebagai seorang
‘alim dan kamu telah membaca Al-Quran supaya dipanggil seorang
qari. Sesungguhnya kamu telah pun dipanggil sedemikian.
Kemudian Allah SWT telah memerintahkan kepada malaikat agar
lelaki itu dibawa pergi dan diheret dengan mukanya ke bawah
hinggalah beliau dicampakkan ke dalam api neraka”
Maka hati-hatilah dengan niat hati.
Jika kita ingin berkongsi hal kebolehan anak di facebook atau
dimana sahaja ruangan internet, katakanlah pada hati bahawa
“Aku mahu melakukannya sebagaimana video ini memberi
inspirasi kepada ku dalam mendidik anak-anak ku. Semoga
apa yang aku lakukan ini memberi inspirasi kepada
orang lain menjalankan tugas mendidik anak mereka
dengan al Quran, ibadah kepadaMu ya Allah.”
51
Adalah normal jika anak tidak suka belajar termasuk mempelajari
al Quran itu sendiri. Bak kata Launa Ellison,
“Disebabkan otak tidak boleh menyerap semua perkara
disekelilingnya, perkara yang tidak menarik, membosankan dan
tidak menyentuh emosi, pasti tidak akan diingat.”
MENYENTUH EMOSI ANAK-ANAK SEBELUM KITA MENGAJAR MEREKA
ALQURAN
Oleh kerana saya memang mementingkan dan mengutamakan
mengajar anak al Quran dari bayi, saya akan mengambil contoh
mengajak anak sesi belajar al Quran. InsyaAllah, seperti yang saya
katakan diawal ebook ini, jika kita boleh membuat mereka jatuh
cinta dengan al Quran, apa ilmu lain pun akan mudah untuk diajar.
Belajar apa pun jua, merangsang dan mengarahkan otak untuk
melakukan ‘sistem filing’ nya itu. JIka anak sudah ada sistem filing
yang bagus, pelajaran yang baru akan diterima dan dikemaskini
52
secara sistemaatik oleh otak. Adalah sangat bermanfaat untuk ibu
memastikan jika anak mereka mempunyai masalah pembelajaran
untuk bermula awal bagi meletakkan anak mereka duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar biasa yang lain.
Saya percaya mengajar al Quran, insyaAllah adalah satu ilmu asas
yang bukan saja terapi untuk masalah pembelajaran, malah ia
juga terapi bagi rohani kanak-kanak yang terlibat.
Langkah-langkah yang perlu diambil semasa dalam proses
mengajar mereka al Quran.
Cerita yang boleh dikongsikan kepada anak supaya mereka jatuh
cinta dengan ilmu.
1. Islam meletakkan taraf yang mulia bagi orang yang belajar
apa sahaja ilmu. Apa lagi yang sedang dipelajari itu adalah
ilmu al Quran. Orang yang belajar akan dinaungi oleh sayap-
sayap Malaikat.
Siapakah Malaikat? Malaikat adalah makhluk yang mulia
ciptaan Allah yang boleh berada di langit dan dibumi. Para
malaikat akan menghamparkan sayap-sayap mereka
menaungi pelajar-pelajar kerana suka akan apa yang mereka
lakukan.
2. Nama mereka yang belajar akan disebut dan dikenali oleh
seluruh penduduk langit ketika itu dan InsyaAllah akan juga
disebut oleh penduduk bumi satu hari nanti.
53
3. Rezeki mereka yang belajar dijamin oleh Allah s.w.t. tidak akan
putus. Walaupun berada dalam serba kekurangan insyaAllah
rezeki mereka tidak akan putus dan akan sentiasa muncul dari
sumber yang tidak disangka-sangka.
Sebagaimana yang direkodkan oleh al Khatib,
“Sesiapa yang belajar, maka Allah s.w.t. menjamin
tidak akan putus sumber rezekinya”
4. Sekiranya orang yang belajar itu mati ketika dia sedang
belajar, matinya itu dikira sebagai mati syahid.
5. Antara kita dan binatang hanya ada satu sahaja perbezaan
iaitu pengetahuan akal. Akal yang menyebabkan kita maju
daripada haiwan. Haiwan tetap duduk di hutan atau di zoo
tetapi manusia telah mencipta tamadun hingga mereka
terpaksa terpinggir ketepi.
6. Pesanan Muaz, salah seorang sahabat Nabi Muhammad
s.a.w.
“Mempelajari ilmu pengetahuan itu pula dikira
ibadah, mengulangkajinya dikira tasbih, mengkajinya
dikira jihad, mengajarnya dikira sedekah
dan berkorban untuknya dikira syahid.”
7. Nabi Sulaiman diberi pilihan oleh Allah antara ilmu, harta dan
kuasa. Baginda memilih ilmu diantara ketiga-tiganya.
Kenapa? Kerana dengan ilmu beliau mempunyai kemahiran
54
bagi mencari harta dan dengan ilmu juga baginda
mempunyai kemahiran bagi menguasai orang lain.
8. Setiap individu hidup bermasyarakat dan memerlukan ilmu
untuk meletakkan diri di hadapan. Jika dengan ilmu kita boleh
jadi apa sahaja yang kita impikan.
9. Kisah Nabi Sulaiman yang boleh menundukkan Ratu Balqis
dengan hanya sepucuk surat. Surat itu bukan hanya
memerlukan kemahiran menulis malah ia memerlukan ilmu
bagaimana ia perlu ditulis.
55
MOTIVASI DAN MENDIDIK MELALUI KETOKOHAN
Pernahkah kita melihat betapa mudahnya mengajar mereka
Bahasa Inggeris hanya dengan mempertontonkan Dora? Minat
mereka pada Dora hingga menyebabkan mereka akan memilih
selipar atau kasut dora, beg dan baju tidur dora dan sebagainya.
Ketokohan kartun ini akan menyebabkan mereka teruja untuk
belajar dan sesi belajar amat menyenangkan. Kemudian keluar
pula cerita Disney Frozen dengan Puteri Elsa, mereka beralih minat
pula dari Dora.
Apa yang ingin dikongsikan disini, ketokohan watak kartun akan
sering berubah-ubah kerana mereka bukan tetap. Imaginasi yang
direka. Jika watak kartun ini cantik, nanti akan keluar watak kartun
yang lebih cantik rupanya dari sebelumnya.
Berilah anak ketokohan sebenar yang berada di alam realiti yang
sudah menjadi sejarah. Contohnya Siti Khadijah seorang wanita
peniaga yang hebat, Asiah yang cantik jelita dan isteri Firaun,
Rabiatul Adawiyah, rupawan yang jadi rebutan, dan sebagainya.
56
Untuk lelaki pula, Sultan Muhammad al Fateh yang mengukir nama
sebagai pembuka Kota Konstantinopal pada usia yang sangat
muda, dan juga yang paling utama Rasulullah s.a.w itu sendiri.
Pada diri baginda ada seri tauladan yang sempurna.
Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki, saya sangat
menggalakkan untuk anda menyertai Seminar Parenting Al Fateh!
Didalam seminar ini, akan diungkap segala rahsia yang membawa
kejayaan sepasang suami isteri membesarkan anak lelaki yang
hebat, menakluki Kota Konstantinopal pada usia 23 tahun.
Bayangkan setelah beberapa orang yang hebat termasuk
sahabat Rasulullah s.a.w yang lebih warak dan sangat
berpengalaman dalam medan perang cuba untuk membuka
kota tersebut, namun anak muda ini menjadi pilihan Allah.
Semuanya adalah kerana didikan dari kecil oleh ibu dan ayahnya.
Bermula dengan didikan al Quran kemudian banyak ilmu lain yang
dapat dihadamnya dengan cepat pada usia yang muda berkat
menguasai al Quran dahulu. Jika kita membaca buku dipasaran,
kebanyakkannya mengupas tentang siapa beliau dan apa
kehebatan beliau. Jarang sekali mereka menceritakan siapa dan
bagaimana dia dibesarkan hingga menjadi seorang yang hebat.
Jika adapun, ianya hanya sedikit diceritakan.
Untuk menjadikan anak kita bersemangat setinggi semangat al
Fateh, kita yang menjadi orang yang meniupkan semangat itu
kepada anak, perlulah bersemangat juga. Tidak kenal maka tidak
cinta. Tuntutlah ilmu dan naikkanlah semangat di seminar ini nanti.
57
58
KEPENTINGAN MOTIVASI MELALUI CERITA
1. Bercerita adalah media yang efektif untuk mengembangkan
minda anak kita dan membentuk corak pemikiran mereka
maka pilihlah cerita benar yang boleh dijadikan pengajaran.
2. Menyampaikan cerita bukan semata-mata untuk mereka
duduk diam dan ternganga tetapi ia harus dikaitkan dengan
pengajaran yang kita mahukan untuk diri anak-anak.
Contohnya supaya mereka menyintai al Quran.
3. Kata-kata yang dipilih haruslah tepat dan baik dan disusun
dengan ayat yang berkesan. Ini kerana anak-anak bukan
sahaja mencari pengajaran atau ‘ending of the story’ tetapi
juga turut memerhatikan kata-kata.
4. Kisah yang disampaikan harus memiliki cerita yang menarik
dan penuh dengan konflik ringan supaya dapat menarik
emosi anak-anak.
Mengenali Perbezaan Kanak-Kanak Ketika Belajar
59
MENGENALI PERBEZAAN KANAK-KANAK KETIKA BELAJAR
Aspek Kesihatan, Fizikal dan Stamina
Kita sahaja yang tahu samada anak kita mempunyai tahap
kesihatannya bagus atau tidak. Contohnya jika mereka
mempunyai penyakit masalah paru-paru, maka pernafasannya
mungkin perlu dilatih untuk memperkuatkan paru-parunya. Jika
membaca ayat yang agak panjang, nafasnya cepat putus.
Darwish mempunyai masalah paru-paru dimana sewaktu di
hospital dia pernah dimasukkan ke hospital dan duduk beberapa
hari kerana perlu mendapatkan bantuan pernafasan setiap satu
jam. Pembacaan al Qurannya selalu terputus-putus. Maka latihan
membaca al Quran sangat membantu memperbaiki
pernafasannya. Setiap ayat memerlukan dia menarik nafas
panjang supaya bacaannya tidak terputus menyebabkan paru-
parunya semakin kuat.
Latihan berenangnya juga menyebabkan paru-parunya
bertambah kuat. Berenang memerlukan pernafasan yang
terkawal kerana kita memang tidak boleh bernafas didalam air.
Alhamdulillah dia sudah menguasai keempat-empat strok acara
renang dan sekarang tiada lagi masalah itu.
Jika riadah renang sukar dilakukan, kita juga boleh berjogging di
taman-taman adalah digalakkan. Bina stamina mereka. Untuk
kanak-kanak 4-6 tahun, jarak 1.5 km seminggu sekali adalah
disarankan. Untuk kanak-kanak 6-9 tahun jarak 2 km.
60
Kesihatan badan dengan kelancaran aliran darah keseluruh
badan dan otak adalah penting untuk memastikan oksigen
dibekalkan dengan secukupnya. Bila otak mempunyai oksigen
yang mencukupi, ia akan menjalankan tugasnya dengan lebih
efisien.
Ini termasuklah kesihatan dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika
seorang anak mengalami masalah jangkitan kutu kepala, atau
jangkitan kulit yang menyebabkan kegatalan, adakah mereka
akan sama dengan anak yang tidak mempunyai masalah ini?
Tentunya sesi pembelajaran mereka akan terganggu dimana
mereka akan asyik tergaru-garu. Sudah tentu segala yang
memerlukan daya fokus sangat sukar untuk dilakukan dengan rasa
seronok.
61
Aspek Kognitif
Setiap individu berbeza keupayaan berfikir, belajar, mengingat
serta bakat-bakat yang lain. Keupayaan berfikir dan menaakul
serta menghafal meningkat seiring dengan peningkatan usia.
Contohnya seorang kanak-kanak sukar menghafal sebaris ayat al
Quran pada umurnya 3-4 tahun, tetapi dia mudah menghafal 1
mukasurat pada umurnya 7-8 tahun melalui latihan menghafal
secara konsisten setiap hari. Bermaksud usia dan usaha adalah
seiring dalam peningkatan aspek kognitif ini. Ia juga boleh
dikatakan bakat terpendam. Seperti yang kita sedia maklum,
bakat ini tidaklah akan terkeluar dari diri anak-anak kita tanpa
usaha dan tenaga menggali atau membongkarnya.
62
Aspek Emosi
Setiap anak menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang
sama. Bagi sebahagian kanak-kanak apabila mereka ditempat
kegagalan, mereka akan berputus asa. Mereka rasa kecewa dan
terus tidak mahu mengaji. Disini si ibu perlu memainkan peranan
sebagai pakar motivasi bagi si anak. Banyak video di youtube yang
boleh dijadikan sebagai pengajaran dimana manusia gagal,
hamper putus asa, mereka mengambil keputusan untuk cuba dan
cuba lagi dan akhirnya berjaya. Begitulah sepatutnya sikap orang
berjaya.
Setiap kejayaan oleh orang berjaya semuanya mempunyai
kesulitan sebelum kejayaan. Hanya orang yang tidak berhenti
mencuba sahaja yang akan berjaya. InsyaAllah, ini akan
membentuk emosi yang kukuh dengan kesedaran yang tinggi
bahawa hidup ini memang penuh dengan kesulitan yang perlu di
redah untuk mendapatkan kejayaannya. Tanpa sedar sebenarnya
kita telah mengajar mereka tentang kehidupan dalam usaha kita
mengajar al Quran.
Katakan pada anak, kita hidup didunia ini adalah untuk bekerja
dan berusaha. Waktu rehat kita adalah ketika sudah mati nanti.
Dimana ketika itu waktu untuk kita bersenang senang dan rehat
sahaja. Tiada kerja yang perlu dikerjakan ketika itu.
63
Aspek Tingkah Laku
Perbezaan tingkah laku dapat dihayati dari segi pergaulan ,
interaksi dan aktiviti sosial anak kita dengan kawan-kawan. Kanak-
kanak kelihatan sama tetapi cara mereka membawa diri masing-
masing adalah berlainan antara satu sama lain. Cara berfikir,
kesukaan, dan cita-cita setiap anak adalah berlainan. Ada yang
yakin diri, bila membaca al Quran akan membaca dengan suara
yang kuat, ada yang rendah diri dan apabila membaca akan
membaca dengan suara yang rendah. Ada juga bila dirumah dia
membaca dengan kuat tetapi bila mengaji ke kelas mengaji akan
perlahan.
Bila suara mereka perlahan ketika membaca, katakanlah kepada
mereka bahawa malaikat sedang berhimpun untuk mendengar
suara mereka. Maka perkuatkanlah!. Bila kanak-kanak membaca
dengan suara yang kuat, otaknya mendapat pertolongan dari
deria telinganya melalui suaranya sendiri untuk membantunya
mengingat akan ayat yang dibacanya.
64
Aspek Rohani
Bagi pembaca yang membaca buku ini dengan tujuan mengajar
anak al Quran, insyaAllah semoga aspek rohani kemungkinan
besar juga telah diisi. Jangan hanya menyuruh anak
mempelajarinya tanpa menaikkan semangatnya kenapa dan
mengapa. Jika ada yang hanya menyuruh anak mempelajari al
Quran tanpa mengisi aspek rohani ini, diharap dengan membaca
catitat diatas akan sedar peri penting akannya.
Ceritakan pada anak :
1. Kelebihan penghafaz al Quran di dunia
2. Kelebihan penghafaz al Quran di akhirat
3. Kesan latihan menghafal al Quran pada perkembangan otak
Saya cadangkan untuk pembaca membaca buku “Kelebihan
Menghafaz Al Quran” yang disertakan di dalam Ebook 3 Langkah
Mudah yang di keluarkan oleh Ustaz Amri Nason dan Ustazah
Aishah Hashimee.
65
Ibubapa perlulah mengingat anak mana yang telah diceritakan
dan anak yang mana belum lagi diceritakan. Kadangkala seorang
anak bertanya sedikit soalan dan kita pun mula menjawab
dengan baik namun anak yang lagi satu sedang tidur ataupun dia
belum lagi di usia memahami cerita itu. Contohnya anak yang
bertanya adalah berumur 7 tahun dan anak yang lagi satu adalah
3 tahun. Sudah tentu anak 7 tahun lebih memahami tentang cerita
kita dari kanak-kanak 3-5 tahun. Di dalam kes ini, jangan kita jemu
bercerita benda yang sama berulangkali. Mereka memang
memerlukan pengulangan untuk menghadam dan mengingat
cerita itu. Jangan rasa selesai sudah aspek rohani dan
kepercayaan mereka dengan hanya sekali sahaja. Kepercayaan
pada benda yang ghaib ini perlu diisi ketika mereka masih kecil
lagi. Inilah yang membentuk aspek rohani dan menjadi pegangan
mereka nanti.
Nota Nasihat
Anak kita adalah ibarat kain putih yang menunggu untuk kita
ukirkan corak yang hebat keatas mereka. Beri ilmu, masa, motivasi
galakan dan peluang untuk mereka meneroka dan
mengeksploitasi diri mereka sepenuhnya.
66
MELETAKKAN MATLAMAT WAWASAN
Fikiran manusia dewasa iaitu kita, sering penuh dengan pelbagai
perkara dengan hutang bulanan yang perlu dibayar, bil-bil dan
barang keperluan yang perlu dibeli. Keserabutan memikirkan ini
beserta dengan tugasan pejabat atau urusan perniagaan yang
perlu difikirkan setiap hari menyebabkan perkara yang jauh lagi
untuk dilihat hasilnya iaitu anak kita, diletakkan keutamaannya
paling bawah. Mendidik anak untuk setengah jam rasanya sangat
sukar bila kita telah meletakkan yang lain diatas sebagai
keutamaan. Masa cepat berlalu. Tanpa kita sedar, anak kita sudah
dewasa dan kita pula sudah tua. Hidup meniti usia di kala senja,
tidak perlu berkejar atau sesibuk waktu muda. Di waktu ini,
InsyaAllah wang dan masa memang ada, tetapi janganlah pula
penyesalan terhadap apa yang kita tidak lakukan pada anak,
menjelma.
67
Meletakkan matlamat adalah penting. Seperti yang kita tahu,
kuasa matlamat yang akan membantu kita mencapai apa yang
kita mahu. Matlamat kita dalam meletakkan apa yang kita mahu
perlulah jelas. Jika tidak ia akan mudah tenggelam dalam riuh
rendah serabut didalam kepala, hilang dan kemudian kita
melupakannya terus.
Kita perlu jelas dengan apa yang kita mahu dan jadikannya
matlamat hidup kita. Kita juga perlu jelas dengan ‘berapa harga’
yang perlu dibayar untuk mencapai matlamat tersebut. Maksud
disini adalah untuk mencapai matlamat tersebut kita perlu
mengorbankan beberapa perkara untuk mencapainya.
Contohnya masa rehat kita. Wang ringgit kita untuk membeli
‘reward’ mereka dan sebagainya. Ini adalah pengorbanan yang
hanya akan dikeluarkan oleh seseorang yang mempunyai
matlamat yang kukuh dan jelas.
Matlamat kita perlu jelas dengan minda positif yang akan
mengeluarkan tindakan positif. InsyaAllah akhirnya akan
menghasilkan hasil yang positif.
Ada ibubapa yang mempunyai matlamat tetapi mindanya tidak
positif. Contohnya mahu anak menghafal al Quran tetapi ada
bisikan yang menyatakan.. bolehkah anak aku jadi penghafal al
Quran ni? Banyak nak hafal tu!.
Tiada guna punya matlamat tetapi minda adalah negatif. Sebab
itu kita perlu sentiasa dengan orang yang sentiasa positif dengan
matlamat yang sama. Cara mencari mereka yang positif di zaman
sekarang adalah mudah dengan adanya facebook. Juga dengan
berada di seminar-seminar yang berkaitan matlamat kita.
68
Contohnya “Seminar Menghafal Al Quran Dari Bayi Kaedah
DarwishDarwisya”
Dengan adanya matlamat dan juga minda yang positif kearah
matlamat itu kita akan
1. Bersemangat – Disebabkan ada perkara yang kita ingini,
maka kita akan bersungguh-sungguh untuk
mendapatkannya.
2. Fokus – Kerana sudah ada matlamat dan semangat, kita
mudah untuk memfokuskan tenaga, fikiran dan masa yang
telah kita tetapkan
3. Bijak membahagikan masa – Jika dulu kita punya masa yang
diisi untuk menonton cerita sinetron, berchat di whatsapp,
berfacebook dan sebagainya, semenjak punya matlamat
kita akan lebih bijak membahagikan masa.
69
GERAK KERJA KEARAH MATLAMAT IBUBAPA
Tidak guna untuk meletakkan matlamat atau cita-cita tanpa
merancang gerak kerja ke arah matlamat itu.
1. Tetapkan dengan jelas apa yang perlu disisihkan untuk lebih
bijak membahagikan masa. Jika kita suka berfacebook,
bermain game clash of clan contohnya, berwhatsapp di
handphone, off kan handphone kita bila tiba dirumah. Kita
perlu sedar pencuri masa ini. Kita tidak terasa akan masa
yang di curi untuk melihat dan melayan perkara perkara ini
dalam sehari ketika berada dirumah, tetapi bila dikumpulkan,
ianya boleh jadi satu waktu sesi mengajar untuk anak-anak.
2. Bina imaginasi dan masukkan emosi dalam minda. Bila kita
melihat anak kecil kita dengan wajahnya yang
70
menenangkan, cubalah untuk membayangkan wajah
mereka ketika besar nanti dengan apakah pencapaian
mereka ketika itu. Lebih jelas kita menggambarkan kejayaan
mereka, lebih hebat minda kita akan berfungsi bagi
mencapai cita-cita itu. Oleh kerana yang kita bayangkan itu
adalah anak kita, maka kita tidak dapat lari akan emosi yang
akan terbentuk sambil tanpa sedar senyuman dibibir terukir
melihat bayangan dan pencapaian mereka ketika dewasa.
Imaginasi ini akan membentuk emosi dan perasaan. Emosi
dan perasaan ini akan menjadi magnet yang akan menjana
motivasi diri.
Lebih lama kita dapat menyimpan gambaran ini, lebih hebat
kesannya dalam diri kita. Setiap kali kita membayangkan
anak kita, cuba simpan gambaran itu selama beberapa
minit. Cara ini lebih dikenali sebagai NLP Neuro Linguistik
Programming. Ia banyak di gunakan oleh ahli sukan dan ahli
perniagaan yang berjaya. Ia juga boleh digunakan oleh
71
ibubapa untuk mencapai impian mereka terhadap anak
mereka.
3. Mulakan rancangan matlamat itu dengan segera. Jangan
bertangguh. Jangan menunggu kerana berfikir samada kita
sudah bersedia atau tidak. Atau mungkin kita berfikir samada
bayi atau anak kita sudah bersedia atau tidak.
Peribahasa Arab menyebut
“Sekiranya kamu tidak dapat melakukan kesemuanya,
janganlah kamu tinggal kesemuanya”
4. Tuliskan matlamat itu diatas kertas. Satu untuk kita dan satu
untuk anak. Baca kuat-kuat dan untuk anak bacakan
kepadanya juga. Jangan simpan matlamat itu untuk diri
sendiri. Kongsikan pada anak. Cara menulis matlamat untuk
anak adalah sedikit berlainan dari kita kerana bahasa yang
perlu digunakan untuk mereka perlu yang di fahami oleh
mereka.
72
GERAK KERJA KEARAH MATLAMAT ANAK
1. Jika kita perlu menghentikan pembaziran masa menonton
drama sinetron dan juga melayan facebook dan whatsapp
mereka juga perlu melakukan perkara yang sama.
Pembaziran masa menonton TV cerita kartun atau bermain
games di ipad atau handphone perlulah dihentikan atau
dikurangkan. Untuk aktiviti yang merehatkan, lebih baik
mereka ke taman dan berlari serta melompat dari melepak
dirumah tidak bergerak. Hadkan TV dan games sebagai
‘reward’ selepas belajar al Quran sahaja. Pastikan hanya TV
dan games yang bersesuaian dengan mereka dan yang
memberi manfaat.
2. Persekitaran Dan Jadual Harian. Mereka mungkin terlalu
muda untuk membuat jadual mereka sendiri. Tetapi kita
boleh melakukannya untuk mereka. Pastikan ketika membuat
jadual tersebut, anak terlibat sama. Mereka tahu sebelum
jadual itu dirangka. Ini mendedahkan mereka cara
merancang kehidupan harian mereka bila dewasa kelak. Ia
juga menyebabkan kanak-kanak sedia maklum sebelum rutin
harian mengikut jadual dimulakan.
Didalam jadual tersebut sebutkan juga tentang undang-
undang rumah secara keseluruhan seperti menonton TV dan
sebagainya. Secara kreatifnya terangkan pada mereka
kenapa jadual tersebut perlu seperti itu hingga mereka
bersetuju. Jangan menggunakan kuasa veto secara terus.
3. Walaupun jadual telah dirancang bersama, tidak semestinya
ia akan dituruti oleh anak kita. Mereka terlalu kecil untuk
73
mengikuti jadual harian tersebut. Kitalah yang perlu
mengingatkan mereka perkara yang perlu di lakukan pada
jam berapa hingga berapa. Dan apa pula selepas itu.
Samalah seperti menekan info di remote control astro yang
memberi maklumat, apa yang sedang ditayangkan dan apa
yang akan ditayangkan selepas itu. Kanak-kanak 4 tahun pun
pandai memaklumkan pada kita apa rancangan seterusnya.
Dimuka surat sebelah adalah contoh yang saya buat untuk
Darwish dan Darwisya. Ia adalah senarai juzuk berapa, surah
keberapa dan nama surah al Quran. Saya juga melakukan
perkara yang sama untuk ilmu lain. Contohnya Buku Bahasa
Inggeris. Setiap selesai sahaja mereka satu surah atau satu
buku, mereka akan mewarnakan petak di sebelahnya. Setiap
kotak kecil yang diwarnakan akan menuju ke kotak yang lebih
banyak. Letakkan hadiah untuk berapa kotak yang mereka
telah warnakan yang lebih besar dari hadiah kecil setiap hari
itu.
Contohnya, jika kotak kecil telah diwarnakan untuk
membentuk 1 juzuk, mereka akan mendapat RM50. Dalam
masa yang sama ajar mereka pengurusan kewangan ketika
memberi wang tersebut. Ajar mereka berapa untuk disimpan,
berapa untuk disedekah dan berapa untuk dibelanja.
74
75
KEPENTINGAN MENGAJAR ADAB BELAJAR
1. Kebersihan dan keselesaan
Banyak kelebihannya jika kita menjaga kebersihan dan
adab. Contohnya memastikan anak kita memberus gigi yang
berpudina (tidak semestinya ia perlu berflorida) sebelum
mempelajari al Quran dapat mengelakkan mereka dari rasa
mengantuk.
Jika mereka rasa mengantuk, jangan hanya menyuruh
mereka membasuh muka untuk menghilangkan mengantuk
itu, suruhlah mereka berwuduk kerana ia lebih bertahan lama
dari hanya membasuh muka. Suruh mereka berwuduk.
Jika kita mengajar dirumah, pakaikan mereka pakaian yang
selesa. Seluar yang tidak ketat atau kasar. Contohnya
memakaikan kanak-kanak seluar jeans. Memang kanak-
kanak nampak bergaya dengan seluar jeans tetapi jika ia
ketat menyebabkan mereka kurang selesa terutama kondisi
belajar memerlukan mereka duduk bersila.
2. Ajar mereka untuk mengawal emosi
Ada kanak-kanak yang cepat marah jika mereka tidak dapat
menghabiskan pelajaran yang diserahkan pada mereka.
Contohnya mereka perlu menghabis membaca dengan
lanccar 1 muka surat Buku al Furqan setiap hari. Jika mereka
membaca dan kita menegur kesalahan mereka
76
menyebabkan mereka kena mengulangnya sekali lagi, ianya
akan menimbulkan kemarahan mereka. Kanak-kanak seperti
ini perlu diberi ilmu tentang api kemarahan yang sengaja
ditiup oleh syaitan. Maklumkan pada mereka musuh manusia
yang nyata yang sengaja ingin mematikan semangat dan
membenci apa sahaja ilmu yang cuba dipelajari oleh orang
Islam.
3. Mengamalkan cara hidup sihat
Hindarkan dari segala yang tidak baik. Jangan merokok dan
hindarkan mereka dari orang, jiran atau saudara kita yang
merokok. Perokok sekunder (anak kita) mempunyai serapan
nikotin lebih besar dari mereka yang dewasa. Lebih lebih lagi
dalam keadaan paru-paru mereka yang sangat muda dan
sensitif dari kita. Jauhkan berada di tempat yang mempunyai
banyak asap kenderaan dan lain-lain pencemaran udara
termasuk penyembur serangga atau nyamuk yang kita
semburkan dirumah. Jika mahu membuat semburan, pastikan
ketika mereka sudah tiada dirumah.
77
4. Sentiasa ingatkan mereka dengan matlamat mereka
Jangan rasa cukup apabila membincangkan tentang
matlamat anda sekali semasa mula-mula meletakkannya
dulu. Ianya seperti kita mahu mandi setiap hari supaya badan
merasa segar setiap kali mandi. Begitulah juga dengan
matlamat. Ia perlu diulang dan diingatkan seberapa banyak
kali yang boleh. Panggillah anak kita dengan nama dan
belakangnya al hafiz atau hafizah dan sebelum itu
maklumkan apa maksud sambungan nama itu. Supaya
mereka diperingatkan tentang matlamat mereka dengan
cara tak langsung.
78
KOMUNIKASI BERKESAN – KENALI WAJAH NEGATIF DAN POSITIF
Bahasa tubuh dan riak wajah anak
Belajar dan kenalpasti apakah ciri-ciri imej positif dan negatif.
Apakah ciri-ciri yang akan dikeluarkan oleh mereka ketika amuk
atau marah. Kita boleh mengagak samada mereka bosan, jemu
atau marah dengan riak wajah dan bahasa tubuh yang berubah-
ubah.
Kita juga boleh mengetahui jika mereka dengan senang hati dan
gembira ketika belajar.
Bahasa tubuh dan riak wajah ibu
Beri reaksi dengan apa yang mereka lakukan. Jangan seperti tiada
rasa atau perasaan ketika mengajar. Mengajar dengan tegas dan
kasih sayang lebih berkesan dari mengajar tanpanya. Bermakna,
jika anak menunjukkan reaksi gembira ketika belajar, beri reaksi
wajah kita yang penuh senyuman dan gembira. Cukup dengan
senyum dan anggukan diwajah kita membuat mereka senang dan
tenang untuk meneruskan pembacaan mereka dan menerima
ilmu darinya (menghafalnya).
Jika anak menunjukkan riak wajah bosan atau jemu, tegakkan
badan dan bermuka tegas dengan pandangan yang tepat pada
arah mata mereka.
79
Bahasa lisan anak
Anak mungkin seronok dan akan meluahkannya dengan kata-
kata. Atau jika mereka tidak suka, mereka akan juga meluahkan
kebosanan itu dengan kata-kata. Ada juga kanak-kanak yang
kurang verbal yang akan hanya mendengus atau menangis
marah.
Ceritakan pada mereka marah itu adalah sifat Syaitan. Lagi kuat
kita marah, lagi rapat kita berkawan dengan syaitan. Untuk
menghindarnya, Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan,
“Apabila kamu berdiri ketika marah, duduklah. Jika kamu sedang
duduk ketika sedang marah, baringlah. Dan jika marah itu masih
tidak hilang, kamu berwuduklah. Sesungguhnya perasaan marah
itu berasal dari api. Maka air wuduk itu akan menghapuskan api
itu”.
Di barat, proses ini dipanggil interruption. Kita mengganggu
perasaan marah itu daripada lebih meluap dan mematikannya
dengan tindakan lain.
Bukan sahaja hadis ini ditujukan untuk anak yang sedang marah,
malah lebih utama lagi bagi ibubapa yang mengajar anak yang
cepat naik darah. Bersyukurlah mereka mahu belajar. Jika
80
pencapaian mereka perlahan, bukanlah itu kemahuan mereka
dan sepatutnya usaha mereka itu tidak patut untuk dimarah.
Bahasa lisan ibubapa
Mulut kita jangan kering dari memuji jika mereka menunjukkan
sikap suka berusaha. Puji usaha mereka walaupun ianya tidak
berhasil lagi. Kanak-kanak yang berusaha walaupun lambat akan
segera menjadi cerdik mengalahkan kanak-kanak cerdik yang
tidak di galakkan untuk berusaha memperbaiki bacaan atau
hafalan.
Bila mereka melakukan sebaliknya kita juga perlu mengeluarkan
kata-kata yang bersesuaian dengan tindakan mereka. Contohnya
jika mereka marah dan sengaja melambatkan proses untuk
belajar, kita dengan tegas mengatakan bahawa jika lambat,
maka kita akan habis lambat dan lambatlah mereka akan dapat
bermain nanti. Ini merupakan lisan yang mengingatkan hukuman.
Iaitu tidak boleh bermain. Ingat.. menyatakan pada kanak-kanak
tidak boleh bermain adalah sama dengan menyatakan kepada
orang dewasa bahawa mereka akan duduk di penjara dan tidak
boleh kemana-mana. Perlu ditegaskan bahawa kata-kata kita ini
akan diambil serius oleh anak jika kita selalu mengotakan janji
dengan kata-kata itu.
Contohnya, jika kita bersungguh dalam mengatakan mereka tidak
boleh bermain sehingga mereka menyelesaikan pelajaran hari ini,
kita mengotakannya, maka kita akan diingat orang yang boleh
dipegang kata-katanya. Tiada kompromi. Tetapi jika mudah
kasihan dan hanya mengatakannya dan jika anak itu menangis
81
dan mengamuk, kita pula mengalah, maka kita akan diingat
sebagai orang yang boleh dibawa berunding dengan cara
mereka sendiri.
Jika teguran perlu diberi, tidak perlu meninggikan suara. Cuma
terangkan sebabnya dengan jelas kenapa mereka dimarahi.
Jangan menganggap mereka akan faham kenapa tiba-tiba kita
mengamuk atau marah-marah. Tanya semula adakah mereka
tahu kenapa mereka dimarahi supaya mesej yang ingin di
sampaikan itu jelas. Bercakaplah mengikut kemampuan otak
sesuai dengan usia mereka itu.
Jangan terlalu emosi hingga mengungkit perkara yang mereka
tidak faham. Ibubapa yang seperti ini mungkin terbawa-bawa
dengan masalah pejabat atau masalah rumah tangga
menyebabkan mereka kemudian menyesal kerana memarahi
anak sedemikian rupa. Kita perlu jelas dengan matlamat iaitu
mahu menegur kesalahan anak.
82
Jangan sekali-kali melabel anak dengan gelaran yang negatif
ketika marah kerana seorang ibu yang berdoa dengan penuh
perasaan seperti ini (penuh perasaan marah), mudah
dimakbulkan. Ia juga membuatkan mereka merasa rendah diri dan
kurang yakin pada diri sendiri mengikut label yang telah diberikan
kepada mereka. Jadi, elakkanlah dan benar-benar jauhkanlah
dari melabelkan anak dengan yang tidak baik. Rasulullah s.a.w
bersabda,
“Jagalah lisanmu kecuali dalam kebaikkan”
Hadis riwayat Ahmad
Jika kita adalah jenis yang tidak boleh mengawal mulut kalau
memarahi anak, lebih baik kita diam, keluar daripada bilik
mengajar dan pergi melakukan perkara lain seolah kita tidak
mengajar tadi. Rasulullah s.a.w :
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari kiamat,
maka berkatalah yang baik-baik, atau diam”
Riwayat Bukhari dan Muslim
83
KOMUNIKASI DUA HALA YANG BERKESAN
Untuk memastikan kita mempunyai komunikasi yang berkesan
dengan anak, pastikan kita juga memberi ruang dan peluang
untuk mereka. Beri masa dan bersabar untuk mendengar rungutan
mereka dan apakah masalah mereka. Analisa dan cuba
fahamkan apa yang mereka ingin sampaikan. Mendengarlah
secara aktif. Pandang mata mereka ketika mereka bercakap.
Ambil serius bila mereka bercakap sebagaimana kita mendengar
bos bercakap. Dengar apa kata mereka dengan teliti. Jangan
terus menggunakan kuasa veto kita sahaja tanpa memberi
peluang untuk mereka bersuara.
Komunikasi dari persekitaran
Ketika mereka masih kanak-kanak, persekitaran mereka masih
boleh dikawal. Kitalah orang yang mempunyai serba sedikit kuasa
untuk mengawal persekitaran mereka. Biar mereka berkawan
dengan orang yang baik-baik yang mempunyai matlamat yang
sama. Atau sekurang-kurangnya ibubapa yang mempunyai
matlamat yang sama seperti kita dan sedang berusaha kearah
yang sama dengan kita. InsyaAllah mereka akan bermain dalam
keadaan selamat. Mengeluarkan cerita yang sama. Bayangkan
jika seorang kanak-kanak terlupa dan minum berdiri dan seorang
lagi kanak-kanak menegur perbuatan itu tidak baik. Mereka akan
saling tegur menegur dan merujuk perbuatan tersebut kepada
perbuatan Rasulullah s.a.w.
84
Komunikasi tegas beserta kasih sayang
Tegas adalah apabila mereka memberi alasan yang tidak
munasabah untuk tidak belajar tetapi bila mereka menunjukkan
sikap mahu belajar, sambutlah ia dengan penuh kasih sayang.
Lupakan perangai tidak baik mereka sebelum ini yang banyak
memberi alasan setelah mereka berubah. Jangan di ungkit kerana
mereka juga punya perasaan malu.
Komunikasi dari tempat belajar
Tempat belajar perlulah bersih dan teratur. Tidak perlu cantik.
Asalkan ianya teratur dan tidak kelihatan mainan mereka
disekitarnya. Jangan berfikir untuk memujuk anak mengaji dengan
membenarkan anak membawa barang permainan mereka ke
tempat belajar. Perbuatan ini akan mengurangkan fokus mereka
ketika belajar. Ketepikan barang mainan dan jadikan ia sebagai
85
umpan supaya mereka segera menghabiskan pelajaran tersebut
untuk mendapatkan barang permainan mereka semula.
PERKARA YANG MENGGALAKKAN PENGAJARAN BERKESAN
Jika anak kita kelihatan resah dari gerak tubuh mereka semasa
belajar, berilah waktu rehat 5-15 minit untuk mereka. Ianya adalah
tindakan bijak kerana ia akan mengembalikan senyuman di wajah
mereka selepas waktu rehat yang menandakan otak mereka
sudah kembali segar. Ianya dapat memulihkan mereka untuk
pelajaran selanjutnya.
Melakukan perkara nakal ketika belajar
Jika mereka melakukan kenakalan, ibubapa harus bersabar dan
biar atau tidak endahkan sahaja mereka. Kenakalan itu dilakukan
untuk mendapatkan perhatian. Jika kenakalan mereka itu tidak
endahkan, tetapi bila mereka berkelakuan baik kita puji dan beri
ganjaran, mereka akan ingat didalam minda mereka bahawa
untuk mendapat perhatian adalah dengan berkelakuan baik dan
bukannya berkelakuan nakal.
Apa lagi yang boleh dilakukan jika anak nakal yang tidak mahu
mengikut sesi mempelajari al Quran bersama kita?
1. Bercerita
Ceritakan kepada mereka dengan penuh kasih sayang
tentang betapa pentingnya al Quran. Jika mati, kita akan
duduk ditempat yang gelap seorang diri. Badan makin
mereput dan ulat akan memakan daging. Hanya dengan
86
kita memelihara al Quran semasa hidup maka Allah akan
memelihara tubuh kita ketika mati. Bukan itu sahaja, al Quran
akan menjelma menjadi sahabat yang akan menemani kita
nanti dan menyebabkan kubur kita terang tidak gelap seperti
orang lain.
2. Dengan sekali sekali berleter berserta suara yang hampa
Dengan muka yang kecewa, dan nada yang berlainan dari
percakapan biasa, luahkan perasaan kita kepada mereka
walaupun mereka masih kecil lagi. Layanlah mereka seperti
orang yang matang dimana kita boleh berkongsi
kekecewaan kita kepada mereka. Sebagai contoh katakan
kepada mereka
“mak sudah cuba buat semuanya untuk Adi sayangkan al
Quran, supaya Allah dan Rasul sayang pada kita, jika Adi
sayangkan al Quran, apa lagi yang perlu mak buat? Mak
rasa sedih tak tau nak buat apa lagi..”
3. Jangan berleter seperti makcik-makcik dimana didalamnya
cuma kemarahan dan sindiran yang panjang tanpa tanda
noktah. Dari Aisyah r.a. berkata :
Rasulullah s.a.w tidak berbicara seperti kalian berbicara. Baginda
berbicara dengan ucapan yang terdapat jeda didalamnya.
Sehingga orang yang duduk didalamnya akan dapat mengingati
ucapan baginda.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
87
4. Merayu dan Menangis.
Ini selalunya mudah jika kita sudah melakukan yang pertama,
kedua dan ketiga sebelum ini. Jika dibawa diskusi yang
panjang, insyaAllah akan menyebabkan keluar air mata.
Berceritalah dengan penuh emosi wawasan, harapan dan
matlamat kita terhadapnya. Keluarkanlah airmata itu di dua
tempat. Pada Allah untuk mengadu kepadanya, dan pada
anak untuk melembutkan hatinya.
88
MEMBERI DORONGAN
Dorongan Luaran
Dorongan luaran adalah dorongan yang datang bukan dari diri
mereka sendiri. Orang itu boleh jadi diri kita atau guru mereka yang
akan memberi kata-kata semangat atau berjanji memberi hadiah
jika melakukan sesuatu. Contohnya jika mereka dapat menghafal
satu surah, hadiahnya adalah aiskrim kegemaran mereka.
Dorangan Dalaman
Dorongan dalaman adalah dorongan yang datang dari diri
mereka sendiri. Dorongan ini datang dari kebiasaan yang
menyebabkan timbulnya minat. Contohnya Darwish dan Darwisya
89
sudah terbiasa menghafal surah al Quran. Bila kami ke mana-
mana untuk perjalanan yang jauh, kami akan pasangkan CD al
Quran sepanjang perjalanan tersebut. Mereka akan mengikut
membacanya tanpa disuruh atau diberi janji akan ganjaran
hinggalah mereka tertidur dengan sendirinya.
Teknik Ganjaran
Siapa yang tidak suka dengan hadiah dan ganjaran. Terutama
anak-anak kecil. Mereka sangat gembira walaupun menerima
sebiji gula-gula. Hadkan ganjaran apabila mereka melakukan apa
yang kita suruh. Contohnya gula-gula yang nak dijadikan ganjaran
tidak boleh menjadi sesuatu yang boleh diambil pada bila-bila
masa. Jika tidak, ianya tidak menimbulkan keseronokan
menerimanya kerana ianya adalah perkara biasa yang boleh
didapati tanpa bersusah payah.
Anak yang mendapat hadiah bukan sahaja seronok dan gembira,
malah mereka akan termotivasi atau mudah untuk melakukan
perkara yang sama pada masa akan datang.
90
Dalam sebuah riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, dari Abdullah
Ibnul Harits, beliau berkata :
“Rasulullah s.a.w. pernah membariskan Andullah, Ubaidullah dan
sebahagian besar bani Abbad. Kemudian Rasulullah s.a.w
bersabda: "Siapa yang lebih cepat sampai kepadaku, maka
baginya ini dan itu.” Abdullah kembali berkata, “Lalu mereka pun
berlumba dan mengejar dan memeluk pinggang dan dada
Rasulullah. Lalu baginda mencium mereka dan memberi hadiah
kepada mereka”
Disini dapat kita jadikan pengajaran bahawa, memberi ganjaran
bukan hanya memberi sesuatu yang berbentuk ganjaran material,
malah ia lebih bagus lagi jika ganjaran perhatian, pujian dan
sebagainya. Tidak sukar untuk melakukannya tetapi jika ibubapa
tidak diingatkan, mereka kebanyakkannya tidak perasan akan
kepentingan ganjaran yang bukan material ini.
Letak tanda aras dalam memberi ganjaran
Jika mereka tidak ‘good boy’ atau ‘good girl’ semasa belajar,
jangan beri ganjaran ekstra iaitu perhatian ini. Cukup ganjaran
material sahaja kerana menghabiskan sesi pelajaran mereka
dengan kita bersusah payah.
91
MAKANAN, ISTIREHAT DAN TIDUR YANG CUKUP
1. Badan yang sihat akan membawa kepada otak yang sihat.
Biasakan dengan sarapan pagi dengan makanan yang tidak
terlalu berat tetapi cukup berkhasiat. Jaga berat badan anak
supaya tidak terlalu gemuk. Kita tentu tahu bahawa
kegemukkan boleh menyumbat pembuluh otak.
Pengambilan gula juga jangan terlalu berlebihan, agar tidak
menghalang penyerapan protin dan gizi dalam makanan.
Jaga adab makan supaya mereka tidak minum dan makan
berselang seli. Dilarang keras untuk tidur selepas makan
kerana ini akan membuatkan hati keras.
Pastikan kesihatan mereka terjaga. Perhatikan penyakit yang
tidak kelihatan ‘sakit’nya pada anak-anak seperti penyakit
kurang darah dan kecacingan. Masalah penyakit ini adalah
tanpa rasa sakit tetapi ia cukup menganggu kesihatan yang
akan menyebabkan gangguan dalam menerima pelajaran.
Juga berhati-hati dengan ubat-ubatan. Contohnya ubat anti
histamine (ubat allergy) yang diberikan pada kanak-kanak
yang mudah allergy, akan menurunkan potensi ingatan.
2. Menjaga kebersihan dan kesihatan diri
92
Rajin mandi dan menggosok gigi setiap pagi adalah amalan
yang baik dalam memastikan badan sentiasa segar. Jika
badan mereka segar, insyaAllah mereka tidak mengantuk
dan dapat menerima pelajaran dengan lebih efektif.
Melakukan sebarang aktiviti sukan dapat membantu
melancarkan pengaliran darah dari jantung ke seluruh tubuh
termasuk otak. Dengan itu, nutrisi dan oksigen akan lancar
masuk ke bahagian penting tubuh. Ingat, hanya dengan
putusnya oksigen selama 10 saat, manusia akan jadi tidak
sedarkan diri. Jika hal ini terjadi beberapa minit, maka
kemungkinan besar akan rosak kekal.
3. Istirehat dan tidur yang cukup juga adalah penting
Semua makhluk yang hidup memerlukan istirehat dan tidur
setelah melakukan aktiviti seharian. Rehat dan tidur adalah
bertujuan untuk memperbaiki semua kerosakan yang terjadi
semasa tubuh melakukan aktiviti. Ketika tidur, tubuh
menggantikan sel-sel yang rosak dengan yang baru dan juga
berlakunya proses detoksifikasi organ dalaman seperti hati,
limpa, ginjal dan lain-lain. Ikut Sunnah untuk menetapkan
waktu tidur, iaitu seawal selepas Isyak supaya anak dan diri
kita boleh bangun sebelum azan Subuh. Bukannya bangun
hampir habis Subuh disebabkan menonton TV hingga lewat
malam.
Otak yang cukup rehatnya akan bekerja dengan lebih efektif
dan lebih efisien.
93
ADAKAH ANDA JENIS CEPAT MARAH?
1. Adakah anda sering marah? Adakah semasa anda marah,
anda dapat merasakan tekanan darah anda meningkat?
2. Adakah kemarahan anda dalam jangka masa yang lama? jika
anak anda tumpahkan susu di meja makan ketika sarapan,
adakah anda masih mengungkit tentang hal itu apabila anda
menjemputnya dari sekolah?
3. Apabila bos ditempat kerja memberi tekanan dan membuatkan
anda marah, adakah anda terbawa-bawa kemarahan anda ke
rumah dan melepaskannya pada suami atau anak anda pada
malam itu?
4. Adakah perkara yang kecil seperti anda tidak tahu di mana
stokin anak anda berada selepas anda sediakannya malam tadi
membuatkan anda marah?
94
5. Adakah anda rasa diri anda selalu dikritik? Orang yang berfikir
diri mereka selalu dikritik mungkin susah melihat perkara dalam
hidupnya sebagai positif. Jika seseorang ingin menasihatinya, dia
tidak menerimanya sebagai nasihat, tetapi baginya ia satu
kritikan. Maka jika anda rasa semua mengkritik anda, mungkin
cara pandang anda pada kehidupan mempunyai masalah.
Cuba tukar jadi positif!
6. Adakah anda membenarkan kemarahan mengawal kehidupan
anda? Bermaksud, jika anda marahkan suami, anda teruskan
dengan merajuk untuk menunjukkan anda marah. Dengan
demonstrasi seperti ini seluruh isi keluarga merasai ketegangan
dalam rumah termasuk anak anda.
7. Adakah anda marah dalam senyap dan panjang? Anda fokus
untuk membuktikan kepada seseorang bahawa anda adalah
benar hingga anda ketepikan keutamaan dalam hidup anda.
8. Adakah anda menjadi agresif dan ganas bila marah? Adakah
anda salah seorang yang akan mencederakan diri sendiri atau
membaling barangan rumah?
Jika anda menjawab ya kepada mana-mana soalan di atas, anda
mungkin mempunyai masalah dalam mengawal kemarahan
anda. Mungkin anda tidak perasan kerana anda berpegang
kepada jika marah jangan disimpan didalam, nanti meletup! Maka
keluarkanlah! Sebenarnya ada cara lain untuk meluahkan
kemarahan anda.
Saya kongsikan sedikit bagaimana menguruskan kemarahan
tanpa memberi kesan kepada orang yang kita sayang iaitu suami
dan anak-anak kita. Tidak salah untuk rasa marah asalkan kita tahu
dan belajar cara yang lebih produktif untuk menguruskan
kemarahan itu apabila ia berlaku.
95
Masalah kewangan adalah punca kemarahan yang paling tinggi
direkodkan. Tekanan yang disebabkan oleh kekurangan wang
menyebabkan ianya meleret-leret dan menjadikan sekecil-kecil
perkara pun akan meletus tindakan agresif mereka.
Anda pernah mendengar “Shaken Baby Syndrom”? Ia adalah
kejadian dimana ibubapa yang sedang dalam keadaan stress,
tidak tahan dengan anak mereka yang membuat perangai, akan
menggoncang anak mereka. Selalunya bayi hingga umur kanak-
kanak 4 tahun, sangat terdedah kepada bahaya jika ibubapa
menggeram dan menggoncang anak mereka dengan kuat.
96
Mungkin mereka memilih untuk mengoncang anak daripada
memukulnya kerana takut kelihataan kesan penderaan pada
anak mereka. Goncangan ini ada yang membawa maut dan ada
juga menyebabkan kecederaan otak, tengkuk dan sebagainya.
Bagaimanalah jika ibubapa yang mempunyai masalah
menguruskan kemarahan ini boleh mengajar anak? Sebelum anak
yang akan diajar itu tercedera kerana sikap cepat marah
ibubapa, baiklah kita selesaikan dahulu masalah dalaman
ibubapa ini.
97
7 CARA MENANGANI KEMARAHAN
1. Ambil nafas panjang. Setiap kali anda rasa ingin marah, paksa
diri anda untuk berhenti dan bernafas panjang sebanyak 3
kali. Selalunya bila dalam keadaan marah, kita akan
mempercepatkan percakapan, mencapai sesuatu dan
akhirnya melepaskan kemarahan dengan memukul anak
kerana kadar adrenalin yang banyak dan menyebabkan
jantung juga berdegup cepat. Bernafas melalui hidung dan
hembus melalui mulut. Oksigen lebih banyak diambil kedalam
tubuh dan disampaikan ke otak. Semoga dengan latihan
pernafasan ini, anda akan mengeluarkan kata-kata dengan
berfikir dahulu sebelum mengeluarkannya...
2. Sedar bahawa tindakan ketika marah selalunya akan
disesali. Bergegas bertindak dengan respon marah hanya
akan meningkatkan konflik dan mencetuskan ketakutan dan
dendam pada anak jika ianya keterlaluan. Biarlah mereka
menyuarakan pendapat mereka dan cuba untuk memahami
kenapa mereka berbuat begitu. Kadang-kala punca marah
disebabkan kita tidak tahu apa dalam fikiran mereka dan apa
yang mereka cuba lakukan. Mungkin ada kesalahfahaman
yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan penjelasan.
3. Kadang-kala, apa yang anda perlukan adalah keluar dari
tempat yang 'akan meletup' itu. Luahkan pada anak anda
bahawa anda sudah tidak tahan dengan mereka. Kemudian
keluar. Mereka akan terdiam dan tidak tahu untuk berbuat
apa. Dalam 5-10 minit masuk semula.
4. Cuba ingat kembali bagaimana anda boleh rasa marah. Siapa
yang menjadi punca? Adakah anda dimarahi ditempat kerja
98
dan rasa tertekan dan mahu meletuskannya pada anak?
Atau anda bergaduh dengan sesiapa? Jika anda dapat
jawapannya, mungkin anda akan mula sedar anda berlaku
tidak adil pada anak dengan melepaskan geram pada
mereka.
5. Berbual dengan rakan anda didalam talian, atau cuba layari
facebook, layan whatssapp atau apa sahaja yang akan
melekakan anda. Kemarahan anda akan mulai reda. Anda
juga boleh bertanya kepada mereka mengenai masalah
anak yang menyebabkan anda marah. Membaca komen
dan cadangan orang lain mungkin dapat membantu anda
menyelesaikan masalah anda.
6. Cuba tuliskan punca kemarahan anda itu diatas kertas dan
kemudian keronyokkan ia dan buang ke dalam tong sampah.
Aksi ini dapat membuatkan kita membuang rasa marah dan
menggunakan fikiran kita untuk berfikir bagaimana hendak
menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.
7. Bercakap dengan diri sendiri. Beritahu pada diri anda yang
anda adalah seorang ibu yang bijak. "Aku adalah ibu yang
bijak".."Anak aku juga adalah anak yang bijak". Hanya orang
yang tiada jalan penyelesaian sahaja yang akan terus marah
marah. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
8. Ketika marah, darah akan mengepam laju. Jika anda
mempunyai tekanan darah tinggi, mungkin tekanan darah
anda akan naik. Cuba untuk lakukan sesuatu yang
membolehkan tekanan darah itu turun. Contohnya anda
masuk ke tandas dan membasuh tandas dengan cepat, atau
anda masuk ke bilik dan kemas bilik dengan cepat.
Pergerakan cepat memerlukan anda fokus kepada apa yang
hendak dibuat contohnya ambil sabun dan gosok lantai
99
daripada memikirkan kemarahan anda dan
membuatkannya semakin meluap.
9. Akhir sekali jika ia benar-benar tidak dapat dibendung.
Mandilah, dan kemudian berwuduk. Anda akan rasa segar
kerana air itu benar-benar menyejukkan tubuh dan perasaan
anda.
100
KANAK-KANAK MENGAMUK
Kanak-kanak yang suka marah dan mengamuk memang satu
masalah yang memeningnkan bagi ibubapa. Selalunya ibubapa
akan bertindak seperti ‘boss’ maka mereka sahajalah yang
menang dengan memarahi balik atau memukul anak itu. Tetapi
adakah ianya selesai dengan begitu sahaja? Kita akan rasa teruk
bila kita memarahi mereka hanya berpunca dari perkara kecil.
Contohnya mereka marah kerana tidak boleh mengikat tali kasut.
Sebenarnya ia timbul dari perasaan mereka yang ingin
menyelesaikannya, tetapi tidak dapat diselesaikan yang
menyebabkan mereka marah. Ini lebih baik daripada kanak-kanak
yang jenis cepat menyerah kalah dan tidak kisah jika mereka tidak
dapat menyelesaikannya. Bersyukurlah kerana mereka
mempunyai perasaan itu.
Perkara pertama yang kita perlu buat adalah berfikir bahawa
mereka juga mempunyai perasaan. Mereka juga ada sebab untuk
marah. Masalahnya, seperti sebahagian orang dewasa juga,
mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kemarahan itu.
101
Masalah ini juga disebabkan cara kita hanya memberi perhatian
kepada kesalahan dan tidak kisah langsung jika mereka
melakukan sesuatu yang baik.
Contohnya.. Setiap kali mereka melakukan kebaikkan kita seperti
biarkannya berlalu tanpa pengukuhan. Tunjukkan bahawa anda
memberi perhatian kepada perkara yang baik apabila mereka
melakukannya. Contohnya,
“Alhamdulillah anak mama pandainya kemas barang mainan
masuk dalam kotak bila dah habis main!. Senang hati mama
tengok rumah kita kemas”
“Alhamdulillah mama tahu adik nak cakap dengan mama, tapi
tadi ada orang telefon mama, adik sabar tunggu mama habis
cakap baru adik bercakap. Bagusnya anak mama ni. Penyabar
orangnya! Apa anak mama nak cakap tadi?”
“Alhamdulillah anak mama ni anak yang baikla. Bila mama kata
jom kita belajar mengaji, terus je datang. Tak tunggu2. Tau tak di
luar sana ramai yang tak suka belajar. Anak mama suka belajar.
Syukur ya Allah.”
Kanak-kanak sukakan perhatian. Mereka cuba mendapatkan
perhatian samada dengan membuat kesalahan supaya anda
boleh menegur kesalahan mereka atau membuat kebaikkan
supaya anda boleh memuji mereka. Pilihlah mereka berebut untuk
mendapatkan perhatian kita dengan melakukan apa yang kita
suka. Ini boleh digalakkan dengan sentiasa memuji perkara baik
yang mereka lakukan. Ini akan membuatkan mereka sentiasa
ingat bila belajar akan mendapat perhatian yang istimewa. Maka,
mudah untuk menyuruh mereka belajar.
102
Jangan lupa ikuti kata-kata diatas dengan sebuah pelukkan
istimewa anda. Ini akan menambahkan ingatan dan menyentuh
emosi mereka kepada perkara baik yang mendapat perhatian
anda itu.
Kemarahan kanak-kanak juga boleh disebabkan oleh perkara lain
iaitu mungkin kerana mereka malu, kesunyian, cemburu dan lain-
lain sebab. Adalah lebih baik jika kita menyelesaikannya dengan
fikiran terbuka. Bertanya kepada mereka secara terus apa yang
menyebabkan mereka marah dari terus menggunakan kuasa veto
iaitu terus memarahi mereka balik.
Jangan lupa untuk ajar anak anda dari usia yang sangat muda
bagaimana untuk mengendalikan kemarahannya dan mereka
akan lebih bersedia untuk mengharungi masa depan dengan lebih
bijak.
103
Sikap Ibubapa Dalam Meletakkan Had
Perlu diingat bahawa ada sebahagian marah anak atau marah
kita ini yang tidak boleh diselesaikan dengan cara ini. Ianya tidak
bersangkut paut dengan masalah yang dibincangkan seperti
diatas. Ia lebih kepada sikap ibubapa yang tidak meletakkan apa
yang boleh dan apa yang tidak boleh. Ini menyebabkan anak
yang tahu tentang had mereka.
Ibubapa perlu ada undang-undang kecil dirumah yang dibincang
bersama dengan anak ketika waktu tenang. Terangkan kenapa
perlu adanya undang-undang itu dan dapatkan persetujuan
mereka. Juga, bincang hukuman yang akan mereka terima
sekiranya mereka melanggar undang-undang itu ketika
perbincangan dan bukan ketika marah sudah meletup!.
Yang menjadi kesalahan adalah ibubapa tidak berbincang
dengan anak. Mereka hanya memberi arahan dan mahu
anak ikut tunduk tanpa ada sesi perbincangan kenapa perlu
belajar al Quran dan sebagainya.
Yang menjadi kesalahan adalah undang-undang tersebut
dimaklumkan ketika marah ibu meletup. Dimana ianya
dimaklumkan dalam leteran mereka.
Yang menjadi kesalahan adalah tidak melakukan hukuman
yang telah dipersetujui bila undang-undang atau ketetapan
yang telah ditetapkan, dilanggar oleh anak.
Yang menjadi kesalahan, kita pula tidak melakukannya
dengan konsisten. Contohnya, hari ini kita marah mereka
tidak mengaji, esok oleh kerana tidak berkesempatan, tiada
sesi pembelajaran. Sekejap ada, sekejap tiada seperti ini
menyebabkan sesuatu perkara sukar untuk menjadi rutin.
104
Penutup
Sebenarnya apa yang ada diebook ini cuma asas sahaja. Dunia
kanak-kanak adalah mudah tetapi sukar jika kita menutup minda
kita untuk memahami mereka. Cara mengaplikasikan apa yang
dikongsikan dalam ebook ini terpulang kepada ibubapa untuk
mengolahnya dan menjadikannya lebih kreatif. InsyaAllah sama-
sama kita menjadikan anak kita sukakan ilmu hingga dia kelak
menjadi tempat rujukan ramai orang kerana ilmunya. Bermulalah
awal dan insyaAllah mereka akan jadi lebih yakin dengan potensi
dan kebolehan diri mereka sendiri.
Saya doakan semoga kita semua dikuatkan semangat dan
dipermudahkan Allah dalam usaha mendidik anak kita
mempelajari, membaca dan menghafal kalamNya dan ilmuNya
yang lain, yang umpama lautan yang tidak bertepi ini. Semoga kita
dan anak-anak kita berjaya didunia dan diakhirat nanti. Amiin
Semoga berjaya!
Lina Karim
www.islamicparentingnetwork.net