sosiologi pendidikan-ulasan buku

Upload: irwan-affendi

Post on 05-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    1/20

    SOSIOLOGI PENDIDIKAN

    GGGD6253

    ULASAN BUKU

    Bab Fungsi Pendidikan

    Disediakan oleh

    Zainal Bin JantanHaslina Muhammad Yunus

    Irwan Affendi Md Naim

    Disediakan untuk

    PM Dato Dr. Abdul Razaq Ahmad

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    2/20

    PENDAHULUAN

    Pendidikan di Malaysia telah melalui berbagai fasa sejak zaman sebelum kemerdekaan

    sehinggalah hari ini. Bermula dengan menjalankan fungsinya sebagai pembekal dan penyampai

    ilmu untuk kelangsungan hidup individu, pendidikan kini telah berubah fungsinya untuk

    memenuhi keperluan-keperluan khusus masyarakat dan negara. Seiring dengan kemajuan dan

    dinamisasi masyarakat, corak pendidikan di Malaysia terus memvariasikan fungsinya agar terus

    relevan dan menjadi tunjang kepada pembangunan insan, masyarakat dan negara yang

    bertamadun. Laporan ini akan membincangkan berkenaan fungsi pendidikan di Malaysia dan

    peranan yang dimainkannya sehingga kini.

    Fungsi pendidikan di Malaysia merujuk kepada pengkhususan dan pembahagian tugas

    serta keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi pada peringkat-peringkat tertentu dalam lapisan

    masyarakat di Malaysia. Sekolah dan sistem persekolahan merupakan satu wadah utama dalam

    menjalankan tanggungjawab mendukung fungsi pendidikan di negara ini. Tanggungjawab sistem

    pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan

    kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan

    pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.

    Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh,dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat

    hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama

    kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan

    atau cara hidup.

    Fungsi pendidikan di Malaysia juga tdak terkecuali daripada menerima angin perubahan,

    dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001), Kementerian Pelajaran

    Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga

    ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam

    penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan

    peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada

    masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    3/20

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    4/20

    bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

    Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam

    membawa perubahan pendidikan di Malaysia sejak sekian lama lagi. Misi Kementerian Pelajaran

    Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia, di samping

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Justeru adalah

    menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer

    menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Dalam pelaksanaan Pembangunan

    Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

    (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti

    untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang

    meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan

    akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah

    beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:

    Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

    Reformasi

    Pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telahmelancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP ) 2006-2010 yang bertujuan untuk

    melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej

    sistem pendidikan negara di mata dunia (http//www.mohe.gov.my, 19/2/2010). Melalui PIPP

    2006-2010 tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1) Membina negara-bangsa, (2)

    Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolah kebangsaan, (4) Merapatkan jurang

    pendidikan, (5) Memartabatkan profesyen perguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan

    institusi pendidikan.

    Jika dikaji secara teliti, ternyata enam strategik yang digariskan itu mampu untuk

    membawa perubahan kepada sistem persekolahan yang berperanan sebagai alat perpaduan. Pelan

    Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tidak hanya memberi fokus kepada satu jenis sekolah

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    5/20

    dan kaum tetapi ia untuk semua jenis aliran sekolah, termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina

    dan Tamil.

    Sekolah Wawasan merupakan merupakan antara percubaan yang dilakukan oleh kerajaan

    bagi membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara. Sekolah Wawasan bererti sekolah

    rendah yang berkonsepkan belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira

    kaum atau agama. Di bawah konsep ini, tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan

    ditempatkan dalam kawasan yang sama, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan

    Cina, dan Tamil. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

    disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (KPM, 2010a).

    Antara tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan ialah mewujudkan perpaduan di kalangan

    murid-murid yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi antara

    pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan

    persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, dan

    menggalakkan interaksi maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan

    sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah (KPM, 2010a).

    Kewujudan Sekolah Bestari dan Kluster juga menjadi perintis perubahan kepada sistem

    pendidikan di Malaysia. Mengikut perancangan kerajaan, Sekolah Bestari akan dilaksanakan diseluruh negara pada tahun 2010, namun begitu hasrat untuk melihat kejayaan pelaksanaan

    Sekolah Bestari di seluruh negara masih tidak kesampaian. Sama seperti Sekolah Kluster dan

    Sekolah Wawasan, ia hanya berjaya dilaksanakan di beberapa kawasan tertentu sahaja. Sekolah

    Bestari merupakan sekolah yang ditubuhkan dengan teknologi canggih, dengan pengubahsuaian

    kurikulum agar selari dengan perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi. Secara

    khususnya, objektif Sekolah Bestari ialah melatih pelajar-pelajar supaya cerdas dan pandai

    menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka yang bermatlamat

    menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan

    melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020.

    Sekolah Kluster pula ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti

    cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    6/20

    Kewujudan Sekolah Kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem

    pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster

    yang sama (KPM, 2010b).

    Terkini, pada tahun 2010 pula, mengikut Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri

    Alimuddin Mohamad Dom, pihak kerajaan telah merangka kurikulum yang baru untuk

    diterapkan dalam sistem pembelajaran (Sunday Times, 3/1/2010). Pelaksanaan kurikulum yang

    baru ini akan dikuatkuasakan tidak lama lagi dan bertujuan untuk meningkatkan mutu

    pendidikan di Malaysia. Pelaksanaannya nanti diharapkan akan memberi keberhasilan yang

    positif kepada mutu pendidikan murid-murid dan menjadi pemangkin pengukuhan perpaduan

    negara Malaysia.

    Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring

    dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus

    permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem

    persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina,

    dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan sistem persekolahan

    dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi

    mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isuyang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang

    mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan

    kepentingan yang berbeza.

    Indoktrinasi, Meritokrasi, Kurikulum, Ko-kurikulum, Hubungan Etnik

    Pendidikan adalah alat indoktrinasi yang cukup berkesan dalam pembinaan individu dannegara yang mengikut acuan dan falsafahnya yg tersendiri. Dalam konteks Malaysia,

    indoktrinasi dilakukan dengan bertujuan melahirkan rakyat yang patuh dan cintakan negara

    seterusnya bekerja bersama-sama untuk membangunkannya. Nilai-nilai yang ingin diterapkan

    kepada rakyat dalam proses pembentukan negara ditanam melalui proses pendidikan dengan

    sekolah atau institusi pendidikan sebagai agen utamanya.

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    7/20

    Indoktrinasi yang dilakukan melalui pendidikan berubah mengikut zaman. Pada zaman

    kolonial British, sistem pendidikan yang memisahkan antara kaum tidak mengangkat tema

    perpaduan rakyat atau pembangunan negara. Pada zaman itu, pendidikan tidak lebih sekadar

    dilihat sebagai tanggungjawab sosial pemerintah untuk memudahkan urus tadbir rakyat melalui

    pengasingan kaum dan menghasilkan pekerja bawahan untuk kerajaan British. Nyanyian lagu

    God Save the Queen, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, dan pengenalan

    subjek-subjek yang terhad di sekolah Inggeris secara halus mendoktrinkan pelajar untuk

    mengagungkan penjajah dan melahirkan pekerja-pekerja yang menumpahkan ketaatan tanpa

    berbelah bagi. Selepas zaman British, indoktrinasi pendidikan digunakan untuk menangkis

    serangan komunis dan menerima sistem demokrasi moden. Pada masa ini juga, indoktrinasi

    pendidikan mula digunakan untuk menanam nilai-nilai perpaduan dan semangat cintakan negara

    yang baru memperoleh kemerdekaan. Peristiwa 13 Mei 1969 misalnya, meneguhkan lagi sebab-sebab untuk perpaduan kaum dijadikan nilai yang didoktrinkan melalui pendidikan khasnya di

    sekolah-sekolah.

    Hakikatnya, di sebalik berubahnya fungsi pendidikan abad ini kepada memenuhi

    keperluan guna tenaga negara, nilai perpaduan dan hubungan kaum masih lagi menjadi tumpuan

    utama indoktrinasi pendidikan di negara ini. Di sekolah, elemen-elemen ini diterapkan melalui

    ritual yang menjadi amalan guru dan pelajar. Penerapan akhlak, budaya dan nilai kesopananTimur dimodelkan oleh guru dan diperhatikan oleh pelajar. Upacara menaikkan bendera,

    nyanyian lagu patriotik dan penulisan semula buku teks menjadi instrumen yang menerapkan

    nilai-nilai ini kepada pelajar. Hal yang sama diteruskan di peringkat pengajian tinggi di mana

    mahasiswa masih lagi diwajibkan mengambil beberapa subjek teras kewarganegaraan seperti

    Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Bahasa Kebangsaan dan lain-lainnya.

    Jika dilihat pada peta konsep di bawah, proses indoktrinasi pendidikan dilakukan dengan

    matlamat yang jauh, iaitu bertujuan untuk membolehkan kawalan sosial dilakukan dan

    memperoleh perpaduan etnik demi mencapai pembangunan negara dan terhasilnya kumpulan

    masyarakat yang patuh dan setia. Penyampaian nilai-nilai yang penting demi mencapai tujuan ini

    dibawa secara sistematik melalui instrumen kurikulum dan ditimbangtara oleh prinsip

    meritokrasi.

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    8/20

    Kurikulum melibatkan aspek-aspek perancangan dan penyampaian pelajaran secara

    formal (Amir Hassan Dawi 2009) dan disalur melalui institusi-institusi pendidikan. Razmah

    (2004) menyatakan definisi kurikulum sebagai sistem bermaksud kurikulum merupakan satu

    sistem dalam mana manusia dan proses atau organisasi kakitangan dan prosedur berinteraksi

    secara linear ataupun bukan linear. Definisi kurikulum sebagai pengalaman dapat dilihat apabila

    Caswell dan Campbell (1935) menyatakan bahawa kurikulum ialah kesemua pengalaman yang

    diperolehi di bawah panduan guru atau sekolah (Razmah 2004). Di Malaysia, bagi menjamin

    sekolah-sekolah membawa aspirasi yang sama dengan kerajaan dan memenuhi matlamat negara,

    kurikulum diselaraskan melalui pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Melalui penyelarasan kurikulum,

    penyerapan anasir-anasir yang dikhuatiri mengganggu-gugat usaha mencapai matlamat negara

    dapat ditapis dan dikawal. Penyenaraian matapelajaran pula dapat dilakukan berdasarkankeperluan negara untuk mempunyai tenaga kerja dalam bidang-bidang tertentu di samping

    memastikan pelajar-pelajar menjadi rakyat yang seimbang nilai intelektual, emosi dan

    sahsiahnya. Di setiap kandungan matapelajaran juga dipastikan terdapat nilai-nilai perpaduan

    dan akhlak mulia yang diterapkan. Misalnya, dalam mempelajari subjek Sains, pelajar diingatkan

    tentang kepentingan memulihara alam manakala dalam subjek Bahasa Melayu, pelajar

    menggunakan teks sastera yang menekankan tentang konsep toleransi dan bantu-membantu

    antara kaum. Penggunaan ilustrasi dan watak-watak dalam buku teks yang mewakili pelbagai

    kaum dan agama juga diharapkan mampu meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepelbagaian

    masyarakat di Malaysia seterusnya memupuk perpaduan etnik .

    Sementara itu, pengenalan komponen ko-kurikulum dianggap sebagai pelengkap atau

    pemberi nilai tambah kepada kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Pelajar-pelajar

    diwajibkan menyertai aktiviti ko-kurikulum sama ada dalam bentuk sukan dan permainan atau

    kelab dan persatuan yang dilakukan selepas waktu sekolah. Di sekolah, guru-guru berkhidmat

    sebagai komandan atau pegawai yang bertanggungjawab memastikan aktiviti ko-kurikulum di

    bawah seliaan mereka berjalan dan pelajar mendapat manfaatnya. Melalui aktiviti ko-kurikulum,

    bakat dan potensi pelajar di luar bidang akademik diteroka dan diasah. Sesetengah pelajar

    mungkin kurang cemerlang di sudut akademik tetapi mempunyai bakat dalam bidang sukan atau

    rekreasi. Di sini, aktiviti ko-kurikulum berperanan mencungkil potensi mereka yang mungkin

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    9/20

    tidak kelihatan di dalam bilik darjah. Sementara itu, aktiviti ko-kurikulum juga melatih

    kemahiran generik pelajar. Mereka dilatih bekerja secara berkumpulan, memimpin pasukan dan

    mempunyai kemahiran komunikasi. Kesemua kualiti ini adalah diperlukan apabila mereka

    melangkah ke alam pekerjaan dan berperanan dalam masyarakat.

    Pendidikan di Malaysia menggalakkan persaingan dalam memperoleh pencapaian terbaik

    dalam peperiksaan. Keputusan peperiksaan dilihat sebagai indikator kebolehan pelajar selepas

    menamatkan sesuatu tahap pembelajaran. Peperiksaan juga dilihat sebagai penapis kepada

    kelompok pelajar yang terpilih daripada keseluruhan populasi pelajar yang asalnya mendapat

    peluang dan akses yang sama kepada pendidikan. Di sini, meritokrasi memainkan peranan

    dalam menentukan kelompok pelajar terbaik dan seterusnya mengalirkan mereka kepada

    peluang-peluang yang lebih baik berbanding pelajar-pelajar lain. Meritokrasi di peringkat mikro

    berlaku di sekolah apabila pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akan dikumpulkan

    di kelas pertama, diikuti kelompok pelajar sederhana di kelas kedua, dan seterusnya. Praktis ini

    lazim diamalkan di sekolah sejak sekolah rendah lagi. Selepas tamat UPSR, pelajar yang

    cemerlang berpeluang ditawarkan tempat ke Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai

    kelengkapan pembelajaran yang lebih baik dan guru-guru yang berpengalaman. Di sini, potensi

    pelajar dapat diteroka dan ditingkatkan lagi.

    Di sekolah menengah, meritokrasi mikro atau streaming ini digunakan juga untuk

    menentukan aliran pengkhususan yang akan diambil pelajar apabila mereka memasuki Tingkatan

    Empat. Pelajar dengan keputusan cemerlang lazimnya dimasukkan ke kelas aliran Sains Tulen

    diikuti oleh aliran Sastera dan Seni. Terdapat hujah yang mengatakan pelajar seharusnya

    dibenarkan memilih aliran yang akan diambil berdasarkan minat dan kecenderungan mereka dan

    bukan sekadar keputusan peperiksaan PMR. Keputusan peperiksaan semata-mata tidak

    menggambarkan kebolehan sebenar pelajar. Namun, amalan ini masih lagi digunakan di sekolah

    secara meluas.

    Apapun, isu meritokrasi akan lebih benar-benar dirasai apabila pelajar tamat menduduki

    peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mula mencongak peluang mereka ke institut

    pengajian tinggi. Di sini akan timbul isu kuota untuk pelajar Bumiputera di IPTA dan

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    10/20

    ketidakseimbangan pengambilan pelajar yang seharusnya dilakukan berdasarkan pencapaian dan

    bukan apa-apa status istimewa. Sebelum tahun 2003, dasar pengambilan pelajar ke IPTA adalah

    mengikut sistem kuota di mana 55% tempat adalah untuk pelajar Bumiputera manakala 45% lagi

    untuk pelajar bukan Bumiputera. Timbul polemik yang berpanjangan apabila kualiti pelajar

    Bumiputera yang diterima masuk ke IPTA adalah jauh lebih rendah berbanding rakan mereka

    dari kaum lain, disebabkan kurangnya bilangan pelajar Bumiputera yang benar-benar mencapai

    tahap yang ditentukan oleh IPTA. Pelajar-pelajar bukan Bumiputera yang jauh lebih cemerlang

    tetapi tidak mendapat tempat menuntut hak mereka dan ini juga disokong oleh pemimpin-

    pemimpin kaum mereka.

    Hasilnya, mulai tahun 2004, pengambilan pelajar ke IPTA menggunakan sistem

    meritokrasi di mana hanya pelajar-pelajar yang benar-benar cemerlang dan memenuhi kelayakan

    akan diterima tanpa mengira kaum. Penghapusan sistem kuota yang diwujudkan pada asasnya

    untuk melindungi kepentingan Bumiputera awalnya mendapat tentangan pemimpin-pemimpin

    Bumiputera. Ini didasarkan kepada bilangan tenaga profesional Bumiputera yang masih lagi

    tidak seimbang dengan kaum-kaum lain di negara ini. Dengan menjamin tempat kepada pelajar

    Bumiputera di IPTA, peluang untuk merapatkan jurang tenaga profesional dan kekayaan rakyat

    antara Bumiputera dan bukan Bumiputera dapat dihasilkan. Jelas dilihat di sini bahawa

    meritokrasi berpotensi menjadi punca kepada penyatuan dan pada masa yang sama, pergeseranantara etnik di negara ini. Apapun, tanggungjawab sebenar adalah terletak kepada masyarakat itu

    sendiri tanpa mengira kaum untuk berusaha memajukan pencapaian mereka. Selepas 45 tahun

    merdeka dan menikmati pelbagai keistimewaan, kaum Melayu seharusnya sudah mula

    memperlihatkan kematangan dan mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    11/20

    Hubungan antara Konsep

    Kurikulum Tersembunyi

    Kurikulum tersembunyi merupakan segala pembelajaran tidak formal yang berlaku di

    sekolah. Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak dirancangkan dan tidak di ajarkan

    secara langsung oleh para guru. Ia diterima secara implicit oleh murid-murid. Murid-murid pada

    kebiasaannya lebih menerima pengalaman-pengalaman sosial yang diperoleh secara tidak

    langsung atau tidak sedar untuk ditiru dalam interaksi masing-masing (Amir Hasan Dawi, 2009)

    Kurikulum tersembunyi adalah lanjutan atau tambahan daripada generalisasi kepada norma-

    norma masyarakat. Menurut James (1968), kurikulum tersembunyi lahir daripada sekolah

    sebagai satu organisasi, iaitu apa sahaja pelajaran di sekolah yang diterima oleh pelajar di luar

    kurikulum yang nyata. Sockket (1976) menyatakan terdapat perbezaan antara apa yang diajar

    oleh guru dengan apa yang sebenarnya dipelajari oleh pelajar. Kurikulum tersembunyi juga tidak

    menunjukkan sikap secara terus terang, tetapi pemindahan sikapnya akan berlaku apabila ia

    memberi contoh-contoh yang memperkecilkan orang lain. Terdapat bermacam-macam cara

    kurikulum tersembunyi tersampai kepada murid. Ini termasuklah melalui iklim sekolah,

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    12/20

    peraturan-peraturan dan rutin sekolah, keadaan bangunan, susun atur bilik darjah, gaya guru,

    struktur hierarki sekolah dan sebagainya. Pandangan teori konflik selalu menunjukkan kurikulum

    tersembunyi adalah untuk memindahkan nilai-nilai masyarakat kapitalis kepada murid-murid.

    Murid-murid dikatakan dilatih untuk menerima peraturan, mematuhi autoriti, diregimenkan dan

    menerima ketidaksamaan. Mereka mengatakan kurikulum tersembunyi secara tidak langsung

    mengukuhkan bentuk kelas sosial, identiti etnik, gender, dan mencorakkan kedudukan seseorang

    dalam hierarki pekerjaan. Murid-murid mempelajari melalui pengalaman dan pemerhatian

    mereka kepada sistem persekolahan yang mempunyai yang mempunyai hierarki, peraturan dan

    perbezaan peranan berkenaan

    Di Malaysia, konsep kurikulum tersembunyi memainkan peranan yang penting. Secara

    umumnya kurikulum tersembunyi tidak dianggap sesuatu yang negatif. Kurikulum tersembunyi

    mempunyai fungsi untuk mencapai kestabilan dalam masyarakat. Misalnya usaha-usaha yang

    dilakukan dalam menceriakan persekitaran sekolah, mencantikkan bangunan, mengadakan hari

    terbuka, guru-guru berpakaian kemas dan sebagainya merupakan aspek yang mempengaruhi

    terhadap kurikulum tersembunyi. Kurikulum tersembunyi boleh menjadi negatif sekiranya tidak

    ditangani dengan baik. Sikap guru yang autokratik misalnya, akan membentuk murid yang

    mungkin penakut. Begitu juga sekolah yang mempunyai persekitaran tidak terurus dengan tahap

    disiplin murid yang rendah akan melahirkan murid yang nakal dan mempunyai pengurusan diriyang lemah.

    Birokrasi

    Perkataan birokrasi sebenarnya berasal daripada perkataan biro yang telah diguna

    pakai pada awal abad ke-18 di Eropah Barat. Ia merujuk kepada maksud pejabat, iaitu tempat

    bekerja. Dalam bahasa Perancis pula, maksud asal bagi perkataan biro ialah baize yang

    digunakan untuk melitupi meja- meja. Istilah birokrasi mula digunakan sebelum revolusi

    Perancis pada tahun 1789. Sejak itu, ia tersebar dengan pantas ke negara-negara yang lain.

    Perkataan birokrasi iaitu krasi dalam bahasa Greek kratia atau kratos yang membawa maksud

    kuasa atau pemerintah. Oleh itu, birokrasi pada asalnya bermaksud kuasa pejabat atau

    pemerintah pejabat, iaitu pemerintahan golongan pegawai.

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    13/20

    Birokrasi merupakan sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara

    bagaimana pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara

    sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang

    formal, hierarki dan hubungan yang bukan peribadi. Ianya terdapat dalam masyarakat moden dan

    merupakan fenomena penting warisan kapitalisme. Di antara contoh birokrasi-birokrasi harian

    termasuk kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamah, kementerian dan

    sekolah.

    Menurut Waber (1924), birokrasi ialah struktur sosial yang mempunyai hierarki, peranan-

    peranan dan status yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan atau prosedur yang eksplisit

    berdasarkan pembahagian fungsi dan autoriti. Organisasi kementerian adalah bertepatan dengan

    ciri-ciri birokrasi moden yang dinyatakan oleh Weber iaitu antaranya merupakan organisasi

    formal, mempunyai hirarki autoriti yang jelas, mempunyai peraturan-peraturan dan mempunyai

    pegawai-pegawai yang tetap dan dibayar gaji ( Amir Hassan Dawi, 2006).

    Umumnya sekolah dianggap sebagai suatu birokrasi kerana kakitangan, guru dan

    pentadbiran mengamalkan pengkhususan. Ini dapat dilihat di mana terdapat pelbagai subjek atau

    mata pelajaran yang diajar di sekolah dan setiap satunya diajar oleh ramai guru yang berbeza-

    beza mengikut bidang kemahiran dan kepakarannya. Begitu juga dengan pentadbir yang manaterdapat pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid dan penolong

    kanan kokurikulum yang menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang telah

    dikhususkan. Apabila seseorang pentadbir atau guru tiada di sekolah maka pihak sekolah akan

    berhadapan dengan masalah sekiranya pihak ketiga ingin mendapatkan maklumat atau berurusan

    dengan perkara-perkara yang di bawah bidang kuasanya.

    Sungguhpun birokrasi sangat penting dalam konteks masyarakat moden terutamanya

    kerana mengefisenkan perjalanan organisasi yang besar, terdapat juga pandangan negatif

    mengenainya. Birokrasi juga sering dikaitkan dengan pelbagai karenah atau red-tape . Birokrasi

    melibatkan peraturan-peraturan pihak atasan yang membuat keputusan tanpa banyak merujuk

    kepada pihak yang terlibat kerana keputusan itu (Giddens 1993)

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    14/20

    Budaya

    Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh

    sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi, 2002). Menurut

    tafsiran kalsik oleh Tylor (1871), Budaya adalah sebagai keseluruhan yang kompleks yang

    mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan

    sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli

    masyarakat. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial di mana budaya dan

    struktur sosial adalah saling berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri

    individu hasil daripada pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling. Berikut

    merupakan pendefinisian budaya menurut pandangan ahli sosiologi barat yang lain.

    Budaya bermaksud kesemua ciptaan manusia meliputi peralatan dan teknologi, bahasa,

    kesusasteraan, muzik dan seni, sains, matematik, tingkah laku dan nilai.

    . . . Lawton D. (1989)

    Budaya juga bermaksud jumlah keseluruhan pengetahuan, tingkah laku dan pola kebiasaan

    perlakuan yang dikongsi dan disampaikan oleh di kalangan ahli masyarakat.

    . . . Linton (1940)

    Masyarakat Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dengan mencapai 60%

    daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu adalah beragama islam, berbahasa

    melayu dan amat sinonim dengan politik Negara. Kaum kedua terbesar ialah kaum Cina yang

    mewakili 25% masyarakat di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha,

    Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih

    dominan dalam bidang ekonomi. Kaum India membentuk 7% hingga 10% daripada populasi

    masyarakat Malaysia. Kebanyakan mereka beragama Hindu dan Kristian, berbahasa Tamil,

    Malayam dan Hindu dan menerokai bidang perguaman.

    Ahli Sosiologi melihat budaya dari dua sudut yang berbeza iaitu budaya bukan material

    dan budaya material. Budaya bukan material ialah budaya yang mencerminkan aspek intangible

    atau idea abstrak iaitu idea yang dibentuk oleh ahli dalam masyarakat. Manakala budaya

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    15/20

    material ialah bahan-bahan artifak yang dicipta oleh masyarakat. Budaya di sekolah merupakan

    sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya

    sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. Pelajar-pelajar sejak mula masuk ke sekolah

    terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa depan

    mereka. Pendidikan nilai amat diutamakan untuk menerapkan niali-nilai material dan bukan

    material di kalangan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya. Multibudaya

    adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk menggambarkan kehidupan masyarakat

    di Malaysia yang berbilang budaya.

    Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah:

    Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu. Budaya sekolah

    biasanya wujud melalui lima faktor. Faktor pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya

    sekolah ialah sekolah sebagai sebuah institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan

    peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-

    undang. Faktor kedua, Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah

    bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat

    akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda. Faktor ketiga, Sekolah juga merupakan institusi

    yang di gred mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkan mengikut umur dan sesetengahnyamengikut kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas.

    Di negara kita , seseorang pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh

    sembilan tahun persekolahan.

    Faktor keempat, Upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan

    sekolah , upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu

    sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari

    ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta

    dan persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang

    membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi

    simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher,

    warna sekolah dan sebagainya. Manakala faktor kelima, dalam konteks yang lebih luas, budaya

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    16/20

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    17/20

    Budaya Instrumental:

    Tujuannya ialah pengumpulan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di

    dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna.

    Dalam erti kata yang lain ialah, budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar.

    Budaya Ekspresif:

    Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar . Aktiviti diadakan

    untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan

    daripada kakitangan sekolah. Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik

    mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Tidak terdapat sebarang sekolah di

    Malaysia yang menekankan budaya ekspresif ini, tetapi terdapat beberapa buah sekolah di

    Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya.

    Budaya Moral:

    Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan

    tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah menghukum setiap

    kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik.

    Aspek Budaya Sekolah:

    Dahlke(1958) membezakan tiga aspek yang luas dalam budaya sekolah. Tiga aspek

    tersebut ialah Peralatan (Instrumental) Dari aspek ini manusia membuat pilihan terhadap teknik

    melakukan sesuatu. Ia adalah alat untuk memperoleh objektifnya. Peraturan (Regulative) Aspek

    ini merujuk kepada tindakan manusia dan penggunaan peralatan yang tertakluk kepada peraturan

    dan undang-undang. Mereka akan memberitahu apa yang harus dilakukan atu mesti

    dilakukan.Peraturan sekolah adalah ketentuan atau garis panduan yang dikenakan oleh pihak

    sekolah untuk mewujudkan disiplin di kalangan pelajar.

    Sejak 1956, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai

    peraturan yang perlu dilaksanakan di sekolah yang meliputi peraturan pakaian seragam,

    potongan rambut, larangan merokok, lawatan sekolah, pembuangan murid daripada sekolah,

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    18/20

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    19/20

    Ringkasnya , sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya

    berbeza daripada budaya institusi yang lain seperti institusi penjara atau hospital sakit jiwa. Ini

    kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan

    pelajar. Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu

    pengetahuan. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya

    sekolah. Dalam erti kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada

    interaksi di antara guru-guru dan pelajar-pelajarnya.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, perubahan zaman memperlihatkan perubahan keperluan dan matlamat yang

    ingin dicapai oleh negara. Seiring dengan ini, pendidikan terus memikul tugas menjayakan

    agenda negara dengan bertindak sebagai agen perubahan kepada masyarakat. Pendidikan yang

    dinamik mengambil kira keperluan dan aspirasi masyarakat serta berusaha memenuhinya melalui

    agenda peningkatan martabat keilmuan masyarakat secara tersusun dan berhikmah. Yang nyata,

    perkara-perkara pokok bagi negara seperti perpaduan kaum, keharmonian dan usaha

    pembangunan insan yang selari dengan perlembagaan negara akan terus dipertahankan.

    BIBLIOGRAFI

    Amir Hasan Dawi, 2006, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Edisi Ketiga, Quantum Books,

    Tanjong Malim.

    Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

    KPM [Kementerian Pelajaran Malaysia]. (2010b). Sekolah Bestari dan Sekolah Kluster di Malaysia: Konsep, Cabaran, dan Pelaksanaan . Putra Jaya: KPM.

    Kamaruddin Haji Husin, 1995. Dinamika sekolah dan bilik darjah . Kuala Lumpur: Utusan

    Publication & Distributions Sdn.Bhd.

  • 7/31/2019 Sosiologi Pendidikan-ulasan Buku

    20/20

    Razmah Man. 2004. Modul Pedagogi Pendidikan . Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan

    Idris.

    Shahril @ Charil Marzuki,1999,I su Pendidikan Di Malaysia , Kuala Lumpur. Utusan

    Publications.

    Ting Chew Peh, 1997, Konsep Asas Sosiologi, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka.