sop nkea -19072011 (final)
DESCRIPTION
sop nkeaTRANSCRIPT
MANUAL PROSEDUR KERJA NKEA : EPP 4
MENINGKATKAN KADAR PERAHAN MINYAK OER 23 %
TAHUN 2020
Bahagian Pelesenan Dan Penguatkuasaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB )
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
[Tarikh: 1 Mac 2011]
MANUAL PROSEDUR KERJA NKEA : EPP 4
Pendahuluan
Manual ini disediakan untuk kegunaan Pegawai-pegawai di Bahagian Pelesenan
dan Penguatkuasaan dalam kerja-kerja penguatkuasaan di bawah Program EPP 4 –
Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER). Bagi memperjelaskan tugas Penolong
Pegawai Penguatkuasa (NKEA), Pegawai Penguatkuasa, Pegawai Penyelia dan
Jawatankuasa NKEA-EPP4 supaya program penguatkuasaan ini dapat berjalan
secara terancang dan berkesan.
Latarbelakang
Industri sawit telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai salah satu sumber ekonomi
yang berkeupayaan untuk menjana tambahan kepada pendapatan negara ke arah
ekonomi berpendapatan tinggi dengan pendapatan berkapita mencecah RM48,000
pada tahun 2020. Pendapatan daripada sektor kelapa sawit dijangka mencecah
RM178 bilion dimana sumbangan daripada EPP4 dianggarkan sebanyak RM13.7
bilion dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan.
EPP4 – Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (OER)
Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan telah diberi mandat untuk menjalankan
program meningkatkan kadar perahan minyak (OER) kepada 23% menjelang tahun
2020. Pada tahun 2011 sasaran OER nasional adalah 20.75% berbanding 20.45%
pencapaian OER pada tahun 2010.
Mukasurat: 1 / 32
Strategi Pelaksanaan EPP4
1. Meningkatkan kualiti BKS di pintu kilang dengan bantuan Pegawai MPOB
2. Menguatkuasakan penggredan keatas BKS yang diterima berdasarkan Garispanduan Penggredan Buah Kelapa Sawit MPOB
3. Kilang buah dan peniaga buah dimestikan melantik Penggred yang kompeten dan diiktiraf oleh MPOB.
4. Harga BKS hendaklah dibayar menurut kualiti BKS diterima.
5. Meningkatkan kecekapan proses mengilang.
Pelan Tindakan EPP4
1. Menempatkan seramai 100 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa (NKEA) di kilang kelapa sawit Kategori A : OER < 20% dan bekalan Luar > 50%
2. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori B1 : Kilang-kilang FELDA
3. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori B2 : OER > 20% ATAU bekalan Luar < 50%
4. Pemantauan prestasi OER kilang kelapa sawit kategori C : 100% bekalan sendiri
5. Membangunkan sistem pelaporan e-NKEA atau e-reporting, pemantau prestasi OER akan dipecahkan mengikut kluster, negeri dan wilayah.
Skop Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa (NKEA)
1. Penguatkuasaan Larangan Menerima Buah Kelapa Sawit Muda.
2. Audit ke atas Pengiraan OER Kilang Kelapa Sawit.
3. Memberi khidmat nasihat kepada pembekal BKS.
4. Melaporkan pretasi OER harian, bulanan.dan lain-lain maklumat yang berkaitan melalui e-NKEA.
5. Menjalankan siasatan dan kerja-kerja penguatkuasaan yang diarah dari masa ke semasa.
6. Membantu kerja-kerja bancian yang dikuatkuasakan oleh MPOB
7. Membantu kerja-kerja pengawasan kehilangan minyak di kilang kelapa sawit.
8. Membantu kerja-kerja pengambilan sampel keluaran kelapa sawit untuk analisa kualiti.
Mukasurat: 2 / 32
AKTIVITI PENGUATKUASAAN DIBAWAH EPP4
1.0Penguatkuasaan Larangan Menerima Buah Kelapa Sawit Muda Keatas Kilang Kelapa Sawit Kategori A
1.1 Pemeriksaan Stok BKS Di Ramp
1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS Ditolak
1.3 Pemeriksaan Penerimaan BKS Diramp
1.4 Pemeriksaan BKS Muda Yang Diasingkan Untuk Pelupusan
1.5 Pemeriksaan Pelupusan Di Premis Pembekal
2.0 Audit OER Kilang Dan Pembekal BKS Kilang Kelapa Sawit Kategori A
2.1 Audit Ke Atas Pengiraan OER Kilang Sawit
2.2 Mengenalpasti Pembekal Yang Menghantar BKS Muda (5%).
2.3 Pemantauan Alih Hantar BKS Oleh Pembekal
3.0Peningkatan Kecekapan Pengilangan dan Pengurangan Kadar Kehilangan Minyak Sawit Semasa Pemprosesan
4.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori B1
5.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori B2
6.0 Pemantauan Prestasi OER Kilang Kelapa Sawit Kategori C
SINGKATAN :KP Ketua Pengarah
TKP Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
PBPP Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan
KUP Ketua Unit Penguatkuasaan
KW Ketua Wilayah
KC Ketua Cawangan
PP Pegawai Penguatkuasaan
PPPK Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan
PPP Penolong Pegawai Penguatkuasa
PMP Pembantu Penguatkuasa
PL Pemegang Lesen
IP Kertas Siasatan
OER Kadar Perahan Minyak Sawit
BKS Buah Kelapa Sawit
Mukasurat: 3 / 32
1. PENGUATKUASAAN LARANGAN MENERIMA BUAH KELAPA SAWIT MUDA KE ATAS KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A
OBJEKTIFMempastikan kerja-kerja penguatkuasaan larangan menerima buah kelapa sawit muda dapat dilaksanakan dengan berkesan.
SKOPPenguatkuasaan larangan menerima buah kelapa sawit muda keatas kilang Kategori A: 100 Kilang NKEA <20% OER dan >50% Bekalan Luar
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP NKEA 1.1 Pemeriksaan stok BKS di ramp - buat pemeriksan pada longgokan BKS sebelum kilang mula menerima BKS pada awal pagi. Jika ditemui BKS muda, lengkapkan Borang
Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Mengumpul bukti kes untuk kesalahan terima/beli BKS muda; gambar-gambar, tiket timbang, maklumat pembekal yang disyaki dan lain-lain yang berkaitan.
Dapatkan perakuan daripada Grader atau sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Asingkan BKS muda dan alih ketempat pelupusan.
Lapor hasil pemeriksaan melalui e-NKEA untuk tindakan penguatkuasaan Ketua Wilayah.
Mukasurat: 4 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP NKEA 1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS ditolak atau dipulang kepada pembekal melebihi 25 tandan muda (anggaran 500kg). TERHAD KEPADA KILANG YANG TIDAK PUNYAI TAPAK PELUPUSAN SAHAJA.Berdasarkan maklumat daripada Grader kilang:
Dapatkan salinan asal Borang Penggredan daripada Grader kilang
Pengesahan mengenai kualiti BKS yang ditolak oleh Grader kilang dan anggarkan peratusan BKS muda dalam konsignasi hantaran.
Lengkapkan Notis Pelupusan EU-FFB02 meliputi maklumat berikut; Nama pembekal, No. Tiket Timbang, No. Kenderaan, Nama Pemandu, Tarikh, Masa dan tempat pemeriksaan.
Mengambil gambar kenderaan dan muatan.
Beri salinan pendua kepada pemilik BKS melalui pemandu lori.
Hantar 1 salinan asal kepada Ketua Wilayah dan lapor melalui e-NKEA.
PPP NKEA 1.3 Pemeriksaan penerimaan BKS diramp – membuat pemeriksaan selepas BKS selesai digred oleh Penggred Kilang (sebelum buah kelapa sawit dimasuk ke dalam hopper) seperti berikut:
Lengkapkan Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03 dengan maklumat berikut:-Nama Pembekal, No. Lori, Bil. BKS muda dan cara pelupusan.
Lakukan pemeriksaan semula dan asingkan BKS muda yang dijumpai untuk pelupusan.
Lengkapkan Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Mengumpul bukti kes untuk kesalahan terima/beli BKS muda; antaranya gambar BKS muda dan longgokan, tiket timbang dan lain-lain yang berkaitan.
Dapatkan perakuan daripada Grader atau sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Pemeriksaan BKS Muda EU-FFB01.
Lapor hasil pemeriksaan melalui e-NKEA untuk tindakan penguatkuasaan Ketua Wilayah.
Mukasurat: 5 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP NKEA 1.4 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan (Dilakukan selepas semua kerja pengasingan BKS muda selesai pada setiap hari).
Memeriksa BKS muda yang diasingkan oleh kilang untuk pelupusan.
Lengkapkan Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03 dengan maklumat berikut; Nama Pembekal, No. Lori, Bil. BKS muda dan cara pelupusan.
Mengambil gambar longgokan BKS muda.
Mengira anggaran keseluruhan berat BKS muda untuk pelupusan secara harian.
Pastikan BKS muda yang diasingkan dihantar ke tempat pelupusan milik kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari Jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03 .
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.
PPP WILAYAH 1.5 Pemeriksaan pelupusan di premis pembekal terhadap BKS muda yang dipulangkan untuk dilupuskan.
Berdasarkan laporan Pengawai NKEA dalam Notis Pelupusan EU-FFB02 dalam sistem e-NKEA buat lawatan keatas premis yang diadu.
Dipremis diadu dapatkan salinan Notis Pelupusan EU-FFB02 dari peniaga.
Membuat pemeriksaan atas BKS muda yang dipulangkan jika ada.
Ambil gambar dan bukti pelupusan.
Lengkapkan ruangan tindakan penguatkuasaan pada Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03.
Jika BKS muda belum dilupuskan, lakukan tindakan pemeriksaan seperti prosidur yang dinyatakan di para 1.3.
Lapor melalui e-NKEA dan ambil tindakan penguatkuasaan yang berkaitan dengan kesalahan.
Mukasurat: 6 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PENGUATKUASAAN LARANGAN MENERIMA BUAH KELAPA SAWIT MUDA KEATAS KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A
Mukasurat: 7 / 32
BKS muda
PPP NKEA Lengkapkan EU- FFB01Ambil gambarAsingkan BKS muda untuk pelupusane-NKEA
Pengred memeriksa konsignasi BKS masuk ke ramp.
Konsignasi diterima
Pemeriksaan stok BKS di ramp sebelum kilang mula menerima BKS pada awal pagi.
1.2 Pemeriksaan Konsignasi BKS ditolak atau dipulangkan melebihi 25 tandan muda (500kg) kepada pembekal; TERHAD KEPADA KILANG YANG TIDAK PUNYAI TAPAK PELUPUSAN SAHAJA. Berdasarkan maklumat daripada Grader kilang
Lengkapkan EU-FFB02
Ambil gambar 1.3 Pemeriksaan penerimaan BKS diramp – membuat pemeriksaan selepas BKS selesai digred oleh Penggred Kilang
Tidak/ditolak
BKS muda
PPP NKEA Lengkapkan EU-FFB01Ambil gambarAsingkan BKS muda untuk pelupusanE-NKEA
Ada
Ada
Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan (Dilakukan selepas semua kerja pengasingan BKS muda selesai pada setiap hari. (PPP NKEA)
Tiada
Ya
Tiada
1.5 Pemeriksaan pelupusan di premis pembekal terhadap BKS muda yang dipulangkan untuk dilupuskan. (PPP Wilayah)
2. AUDIT KE ATAS PENGIRAAN OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI A
2.1 Audit ke atas Pengiraan OER Kilang Sawit
OBJEKTIFMemastikan OER yang dilaporkan kepada MPOB adalah tepat dan menepati kaedah pengiraan yang ditetapkan oleh Lambaga.
SKOPManual audit keatas pengiraan OER kilang buah sawit pada setiap 1hb.
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (NKEA)Buat pemeriksaan pada setiap 1hb atau dalam apa-apa keadaan sepertimana diarah oleh Ketua Wilayah.
1. Pemeriksaan fizikal stok CPO
Pastikan peralatan pengukuran ; pita pengukur, jangka suhu berfungsi dan tepat.
Menyaksikan dan mengesahkan kerja-kerja pengukuran stok CPO yang dilakukan oleh Pembantu Makmal /pihak kilang di tangki pengeluaran dan simpanan sebelum kilang mula beroperasi.
Rekod maklumat pengukuran stok.
2. Pemeriksaan fizikal stok BKS
Menyaksi dan mengesahkan kerja-kerja pengiraan stok BKS diramp, hopper dan cages yang dilakukan oleh Pembantu Makmal /pihak kilang dan rekod maklumat pengiraan.
3. Pemeriksaan Rekod-Rekod
Kuantiti BKS diterima
Kuantiti stok awal BKS
Kuantiti stok akhir BKS
Kuantiti stok awal CPO
Kuantiti stok akhir CPO
Kuantiti hantaran atau jualan CPO
Mukasurat: 8 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
4. Pengiraan OER
Pengiraan OER berpandukan maklumat berikut:-
a. Kuantiti BKS diproses
= BKS Terima + Stok Awal – Stok Akhir
b. Kuantiti pengeluaran CPO
= Stok Akhir + Hantaran (pembeli ) – Stok Awal
c. OER (%)
= Kuantiti pengeluaran CPO x 100 %
Kuantiti BKS diproses
Sekiranya OER dicapai meningkat/menurun secara mendadak (±0.5%), buat pengesahan maklumat serta kira semula pengiraan kuantiti stok CPO untuk setiap tangki simpanan, kuantiti minyak di oil room dan purata berat BKS/Cages.
5. Laporan
Lapor kepada Ketua Wilayah melalui e-NKEA.
Mukasurat: 9 / 32
2.2 Pemantauan Pembekal Yang Menghantar BKS Muda > 5% Kilang Kelapa Sawit Kategori A
OBJEKTIFMempastikan penguatkuasaan keatas pembekal BKS yang menghantar BKS muda melebihi 5% dapat dilaksakan dengan berkesan.
SKOP Manual penguatkuasaan keatas pembekal BKS yang menghantar BKS muda melebihi 5%.
Pegawai Yang Meluluskan/dirujuk
Proses Kerja
PPP (NKEA)
KW
PPP
(Wilayah)
1. Analisa Maklumat Pembekal BKS
Berpandukan kepada rekod penolakan BKS muda oleh kilang dan borang EU-ST03 yang dikemaskini oleh PPP NKEA. Kenalpasti pembekal yang menghantar BKS yang mengandungi melebihi 5 % BKS muda setiap minggu.
2. Tindakan Pemantauan:
Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal yang dikenalpasti.
Mengeluarkan senarai pembekal yang menghantar BKS yang mengandungi melebihi 5% BKS muda kepada Ketua Wilayah.
3. Arahan Penguatkuasaan
Ketua Wilayah mengeluarkan arahan supaya pemeriksaan Zero Tolerance dilakukan ke atas pembekal.
4. Penguatkuasaan Keatas Pembekal BKS
Peniaga BKS (DF) - Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.
Estet (ET) - Kenal pasti masalah dan beri khidmat nasihat atau surat amaran.
Pekebun Kecil (SH) - Rujuk kepada IRED (TUNAS) untuk khidmat nasihat.
Melapor melalui e-NKEA.
Mukasurat: 10 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PEMBEKAL YANG MENGHANTAR BKS MUDA > 5%
Mukasurat: 11 / 32
4. Penguatkuasaan keatas pembekal BKS oleh PPP WilayahDF - Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan
penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.
ET - Kenal pasti masalah dan beri khidmat nasihat atau surat amaran.
SH - Rujuk kepada IRED (TUNAS) untuk khidmat nasihat.Melapor melalui e-NKEA.
3. Arahan Penguatkuasaan oleh Ketua Wilayah Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan Zero Tolerance ke atas pembekal.
2. Tindakan Pemantauan PPP NKEA:
Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal yang dikenalpasti.
Mengeluarkan senarai pembekal yang menghantar buah kelapa sawit yang mengandungi melebihi 5 % BKS muda kepada Ketua Wilayah.
1. Analisa Maklumat Pembekal BKS oleh PPP NKEABerpandukan kepada rekod penolakan BKS muda oleh kilang dan borang EU-ST03 yang dikemaskini oleh PPP NKEA. Kenalpasti pembekal yang menghantar BKS yang mengandungi melebihi 5 % BKS muda setiap minggu.
2.3 Pemantauan dan Penguatkuasaan Alih Hantar BKS Oleh Pembekal
OBJEKTIFMempastikan penguatkuasaan keatas pembekal alih hantar BKS dapat dilaksanakan dengan berkesan.
SKOPManual pemantauan dan penguatkuasaan keatas pembekal yang alih hantar BKS.
Pegawai Yang
Meluluskan/dirujukProses Kerja
PPP (NKEA)
KW
PPP
(Wilayah)
1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan
Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya, kenalpasti pembekal berikut:-
Pembekal BKS baru
Pembekal yang hantarannya meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.
Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk tindakan PPP Wilayah.
2. Tindakan Pemantauan
Pantau penerimaan BKS 100% kepada pembekal baru.
3. Tindakan Ketua Wilayah
Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan ke atas pembekal.
Memaklumkan kepada Ketua Wilayah lain untuk tindakan jika BKS dialih hantar ke Wilayah lain atau sebaliknya.
4. Lawatan Penguatkuasaan
Membuat pemeriksaan kepada pembekal BKS dan melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.
Mukasurat: 12 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN ALIH HANTAR BKS OLEH PEMBEKAL
Mukasurat: 13 / 32
Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan
Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya, kenalpasti pembekal berikut:-Pembekal BKS baruPembekal yang hantarannya meningkat atau menuru
sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.
Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk tindakan PPP Wilayah.
4. Penguatkuasaan keatas pembekal BKS oleh PPP Wilayah
Membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan Zero Tolerance dan pematuhan Garispanduan Amalan Perniagaan Buah Kelapa Sawit.
Lapor melalui e-NKEA
3. Arahan Penguatkuasaan oleh Ketua Wilayah
Ketua Wilayah mengeluarkan arahan pemeriksaan Zero Tolerance ke atas pembekal.
2. Tindakan Pemantauan oleh PPP NKEA
Membuat pemeriksaan BKS 100% kepada pembekal yang dikenalpasti.
3. PENINGKATAN KECEKAPAN PENGILANGAN DAN PENGURANGAN KADAR KEHILANGAN MINYAK SAWIT SEMASA PEMPROSESAN
OBJEKTIFMeningkatkan kadar perahan minyak sawit (OER) dan kecekapan pengilangan.
SASARANMemeriksa dan memantau kecekapan pengilangan ke atas kilang Kategori A: 100 Kilang NKEA <20% OER dan >50% Bekalan Luar
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
1. Pemeriksaan dan pemantauan ke atas stesen yang berpotensi berlaku kehilangan minyak.
a. Stesen kehilangan minyak.
Pensterilan - air buangan pensteril
Peleraian - tandan kosong
tandan tak lerai
Pemerahan - serabut sawit
Pemisah enapcemar - air buangan enapcemar
Campuran air buangan pensteril dan enapcemar
b. Pemantauan kaedah persampelan di setiap stesen yang berpotensi berlaku kehilangan minyak.
Pemeriksaan menggunakan Borang Kecekapan Kilang ME-1.0.
Memastikan teknik persampelan adalah seperti di dalam protokol yang diberi.
Pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya setiap empat (4) jam (dua (2) kali sehari) sepanjang shif siang.
Diperakui oleh pengurus/penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang ME-1.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-1.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.
Mengisi maklumat yang diperlukan melalui e-NKEA.
Laporan pemeriksaan harian dan bulanan (e-NKEA).
Mukasurat: 14 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
c. Mengumpul data kehilangan minyak bagi setiap stesen.
Pemeriksaan menggunakan Borang Kecekapan Kilang ME-2.0.
Memastikan teknik analisis adalah seperti di dalam protokol yang diberi.
Pemeriksaan dilakukan sekurang-kurangnya setiap empat (4) jam (dua (2) kali sehari).
Diperakui oleh pengurus/penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang ME-2.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-2.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.
Melaporkan melalui e-NKEA.
2. Laporan kualiti minyak.
a. Data kualiti minyak yang dihasilkan.
- Asid Lemak Bebas (FFA)
- Indeks Kemerosotan Pelunturan (DOBI)
- Kekotoran (Dirt)
- Kelembapan (Moisture)
Pemeriksaan dilakukan pada hari Khamis setiap minggu.
Diperakui oleh pengurus / penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberi kuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Kecekapan Kilang ME-3.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-3.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.
Melaporkan melalui e-NKEA.
b. Pengambilan minyak dari stesen pengutipan
Mukasurat: 15 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
semula.
i) Sampel minyak (Jika ada)- Minyak dari tandan kosong.- Minyak dari air buangan pensteril.- Minyak dari air buangan enapcemar.- Minyak dari campuran air buangan pensteril dan
enapcemar. - Minyak dari fiber sawit.
ii) Data kualiti minyak dari pengutipan semula.- Asid Lemak Bebas (FFA)- Indeks Kemerosotan Pelunturan (DOBI)- Kekotoran (Dirt)- Kelembapan (Moisture)
Pemeriksaan dilakukan pada hari Khamis setiap minggu.
Diperakui oleh pengurus/ penolong pengurus ataupun sesiapa yang diberikuasa oleh kilang dengan menandatangani Borang Kecekapan Kilang ME-4.0.
Pegawai MPOB menandatangani Borang ME-4.0 dan menyerahkan satu salinan kepada pengurusan kilang.
Salinan perlu discan dan dihantar melalui e-NKEA ke Bahagian Kejuruteraan dan Pemprosesan untuk rekod.
Melaporkan melalui e-NKEA.
3. Laporan
Memaklumkan kepada Pengurusan Kilang mengenai kerja-kerja tindakan yang telah diambil.
4. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B1
Mukasurat: 16 / 32
OBJEKTIF Meningkatkan OER Kilang-kilang FELDA
SASARAN Kategori B1: Kilang-Kilang FELDA
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (Wilayah)
Ketua Wilayah
PPP (Wilayah)
1. Laporan Prestasi OERMengumpulkan maklumat berkaitan dengan kilang:
Prestasi OER bulanan dan tahunan
Maklumat pembekal BKS luar dan dalam; Nama Pembekal, kuantiti dan rekod penolakan BKS muda.
Kenalpasti pembekal BKS luar yang menghantar BKS muda.
2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA (Pengerusi bersama oleh Ketua Wilayah / ED FELDA dan MPOB sebagai sekateriat).
a. Keanggotaan terdiri dari Pengurus Besar & Pengurus-pengurus Kilang.
b. TOR Merangka strategi meningkatkan OER. Menyediakan laporan prestasi OER secara
bulanan. Melaporkan kepada Pengurusan MPOB dan
FELDA setiap 3 bulan.
3. Pemantauan Penerimaan BKS Memantau penerimaan BKS bulanan berpandukan senarai penerimaan BKS rujuk maklumat: Nama Pembekal, Bilangan BKS muda dan kaedah pelupusan dan kenalpasti perkara berikut: Senarai pembekal yang menghantar BKS muda >
5%. Senarai pembekal BKS baru. Senarai pembekal yang hantarannya meningkat/
menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.
PP (Wilayah) 4. Penguatkuasaan Larangan Penerimaan BKS Muda
Sekiranya didapati kilang menerima banyak BKS muda.
Mukasurat: 17 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (Wilayah)
PPP (Wilayah)
Lakukan penguatkuasaan buah muda dipremis kilang dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.
Buat pemeriksaan di premis pembekal untuk penguatkuasaan larangan menerima BKS muda dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.
Pastikan pihak kilang menahan BKS muda untuk pelupusan.
Melaporkan kepada Ketua Wilayah dan Lapor melalui e-NKEA.
5. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.
Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/ penolakan BKS kilang.
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.
6. Menyediakan laporan prestasi OER kilang-kilang dalam kluster kepada Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA.
Mukasurat: 18 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B1
Mukasurat: 19 / 32
Laporan Prestasi OER oleh PPP Wilayah
2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA oleh Ketua Wilayah
Pemantauan Penerimaan BKSMemantau penerimaan BKS bulanan berpandukan senarai penerimaan BKS
Senarai pembekal yang menghantar BKS muda > 5%.Senarai pembekal BKS baru.Senarai pembekal yang hantarannya meningkat/menurun sebanyak 25 % berbanding bulan sebelumnya.
4 Penguatkuasaan Penerimaan BKS MudaBuat pemeriksaan di premis pembekal untuk
kuatkuasa larangan menerima BKS muda.Melaporkan kepada Ketua Wilayah dan Lapor
melalui e-NKEA.
5 Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.
6 Menyediakan laporan prestasi kepada Jawatankuasa Bersama Meningkatkan OER Bersama MPOB / FELDA
5. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI B2
OBJEKTIF Meningkat OER kilang kategori B2.
SASARAN Kategori B2: OER <20% dan >50% BKS Luar
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (Wilayah)
Ketua Wilayah
PPP (Wilayah)
1. Analisa Maklumat Penerimaan BKS bulanan
Berdasarkan kepada rekod penerimaan BKS bulanan kilang, jika didapati kuantiti penerimaan BKS meningkat atau menurun sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya kenalpasti pembekal berikut:-
Pembekal BKS baru
Pembekal yang hantarannya meningkat atau menuru sebanyak 25% berbanding bulan sebelumnya.
Kemukakan senarai diatas kepada Ketua Wilayah untuk tindakan PPP Wilayah.
2. Arahan Ketua Wilayah
Ketua Wilayah mengeluarkan arahan penguatkuasaan larangan penerimaan BKS muda di premis kilang dan premis pembekal.
Memaklumkan kepada Ketua Wilayah lain untuk tindakan jika BKS dialih hantar ke Wilayah lain atau sebaliknya.
3. Penguatkuasaan Larangan Menerima BKS Muda.
Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.
Membuat pemeriksaan kepada pembekal BKS dan dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.
Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.
Mukasurat: 20 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (Wilayah)
Ketua Wilayah
4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.
Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.
5. Menyediakan laporan prestasi OER kilang-kilang dalam kluster.
Mukasurat: 21 / 32
6. PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG KELAPA SAWIT KATEGORI C
OBJEKTIF Meningkatkan OER Kilang 100 % Bekalan Sendiri
SASARAN Kategori C: Kilang-Kilang 100 % Bekalan Sendiri
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (Wilayah)
Ketua Wilayah
PPP (Wilayah)
1. Laporan Prestasi OER
Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan kilang:-
Prestasi OER bulanan dan tahunan
Maklumat pembekal BKS ; Nama dan kuantiti
2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB (Pengerusi oleh Ketua Wilayah dan MPOB sebagai sekateriat).
Keanggotaan terdiri dari Pengurus Besar & Pengurus-pengurus Kilang.
TOR;
Merangka strategi meningkatkan OER.
Menyediakan laporan prestasi OER secara bulanan.
Melaporkan kepada Pengurusan MPOB setiap 3 bulan.
3. Penguatkuasaan Larangan Menerima BKS Muda.
Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.
Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.
Mukasurat: 22 / 32
Pegawai Yang Meluluskan/Dirujuk
Proses Kerja
PPP (Wilayah)
Ketua Wilayah
4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.
Periksa rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Buat pemeriksaan dan ambil gambar di tapak pelupusan pada setiap hari jumaat. Pastikan BKS muda yang dilupuskan seimbang dengan kuantiti pelupusan yang direkodkan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Sahkan pelupusan dalam rekod harian penerimaan/penolakan BKS kilang.
Lapor kepada Ketua Wilayah sekiranya ada keraguan berkaitan kuantiti pelupusan di tapak pelupusan.
Melapor melalui e-NKEA secara harian.
5. Menyediakan laporan prestasi OER kilang dan kluster kepada Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB.
Mukasurat: 23 / 32
CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN PRESTASI OER KILANG 100 % BEKALAN SENDIRI DI BAWAH
PROGRAM NKEA
Mukasurat: 24 / 32
1. Laporan Prestasi OER oleh PPP Wilayah
2. Tubuhkan Jawatankuasa Meningkatkan OER Bersama MPOB oleh Ketua Wilayah
3. Penguatkuasaan Larangan Penerimaan BKS Muda
Bagi kilang yang OER < 20% ; pantau penerimaan BKS muda. Sekiranya penerimaan buah muda didapati masih tinggi > 10% dalam tempuh pemantauan, kuatkuasa larangan penerimaan BKS muda secara intensif dan ambil tindakan mengikut arahan penguatkuasaan semasa.
Melaporkan hasil pemeriksaan kepada Ketua Willayah dan lapor melalui e-NKEA.
5. Menyediakan laporan prestasi kepada Jawatankuasa Bersama Meningkatkan OER Bersama MPOB
4. Pemeriksaan BKS muda yang telah diasingkan untuk pelupusan.
SENARAI BORANG
Bil. Perkara Kod
1 Borang Penguatkuasaan BKS Muda EU-FFB01
2 Notis Larangan Urusniaga BKS Muda EU-FFB02
3 Senarai BKS Muda Ditolak EU-ST03
4Borang Kecekapan Kilang – Pemantauan Kaedah Persampelan
ME-01
5Borang Kecekapan Kilang – Pemantauan Kaedah Analisis Pengiraan Kehilangan Minyak
ME-02
6Borang Kecekapan Kilang – Laporan Kualiti Minyak
ME-03
7Borang Kecekapan Kilang – Laporan Kualiti Pengambilan Semula Minyak
ME-04
Mukasurat: 25 / 32
Mukasurat: 26 / 32
Mukasurat: 27 / 32
EU-ST03
Pulang Lupus di
kilang
Bil Tandan Ditolak
1) Disah Lupus (sertakan gambar)2) Kompaun (Bagi kes buah muda di Ramp)
*Tindakan :
Nama Pegawai Ronda *Tindakan
SENARAI BKS MUDA DITOLAK
TARIKH : Catatan
Bil Pembekal Kategori Lesen
Daerah No. Lori
Mukasurat: 28 / 32
Mukasurat: 29 / 32
Mukasurat: 30 / 32
Mukasurat: 31 / 32
Mukasurat: 32 / 32