soalan oum 2011

Upload: salina-md-saad

Post on 20-Jul-2015

632 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

HBEF 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN PEPERIKSAAN AKHIR SEM. SEPTEMBER 2011 BAHAGIAN A ( 5 SOALAN JAWAB SEMUA) 1. Dengan menggunakan perspektif behavioris, senaraikan dan jelaskan EMPAT elemen asas berkaitan pembelajaran manusia. 4 elemen asas perespektif behavioris berkaitan pembelajaran manusia i)Pendekatan ini member tumpuan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. ii) Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur dalaman. iii) Tingkah laku adalah satu gerak balas yang berlaku dengan wujudnya ransangan. iv) Ganjaran mendorong seseorang mengulang sesutau tingkah laku manakala dendaan menyekat tingkah laku daripada berlaku.

2.Jelaskan DUA faktor eksogen yang mempunyai kesan kepada perkembangan kepada perkembangan kognitif manusia. Faktor eksogen ialah faktor yang datang dari luar diri seseorang individu. i) Pemakanan Pemakanan yang berkhasiat amat penting bagi pertumbuhan dan tumbesaran seseorang kanakkanak. Susu ibu amat sesuai untuk pertumbuhan dan tumbesaran bayi. ii) Keluarga Keluarga juga berperanan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ibu bapa mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka. 3. Kenal pasti dan bincang dengan menggunakan contoh , DUA kategori pengayaan yang dilaksanakan dalam bilik darjah. 2 kategori pengayaan i ) Pengayaan secara mendatar merupakan aktiviti pengayaan yang dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan. ii) Pengayaan secara menegak pula merupakan aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas sahaja.

4. Jelaskan DUA cara bagaimana kita dapat menyediakan SCAFFOLDING yang berkesan kepada muridmurid. Scaffolding ialah idea dalam teori perkembanagn Kognitif Vygotsky yang digunakan dalam pembelajaran secara koperatif. 2 cara dalam menyediakan scaffolding yang berkesan. i ) Setiap kumpulan dikehendaki bertanding dengan kumpulan lain. Dengan cara ini semangat bekerjasama dikalangan ahli kumpulan menjadi semakin tinggi. ii) Pelajar cerdas akan membimbung pelajar lambat dalam zon proksimal. Cara ini dapat memastikan matlamat dan objektif pembelajaran tercapai iaitu memastikan kesemua ahli kumpulan mempelajari bahan pembelajaran. 5. Nyatakan EMPAT faktor penyumbang kepada motivasi pelajar. i ) Keupayaan: ii) Kesukaran tugasan iii) Usaha iv) Nasib

BAHAGIAN B ( 3 SOALAN JAWAB DUA SAHAJA) SOALAN 1 a)Jelaskan konsep skema dan peranannya dalam proses manusia untuk mengetahui. Skema/skemata adalah struktur kognitif yang dengannya seseorang beradaptasi dan terus mengalami perkembangan mental dalam interaksinya dengan lingkungan. Skema juga berfungsi sebagai kategorikategori untuk mengidentifikasikan rangsangan yang datang, dan terus berkembang. b) Kenal pasti 4 peringkat perkembanagn kognitif kanak-kanak dan bincangkan perbezaan utama yang terdapat pada setiap peringkat perkembangan. Umur 0-2 tahun Peringkat Deria motor Cara berfikir Kanak-kanak menggunakan deria motor untuk meninjau dan memahami dunia mereka. Kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi tidak mengikut logik.

2-7 tahun

Pra operasi

7-11 tahun

Operasi konkrit

12 tahun ke atas

Operasi formal

Kanak-kanak berfikir secara logik dan konkrit juga menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Remaja berfikir secara abstrak dan dapat memikirkan akibat sesuatu perkara dalam jangka panjang.

c ) Jelaskan DUA perubahan signifikan dalam kemahiran berfikir kanak-kanak apbila beralih dari peringkat pra operasi kepada operasi konkrit. i ) Perubahan dari pemikiran secara tidak logik kepada pemikiran secara logik. ii) Cara menyelesaikan masalah dari cara simbolik kepada kaedah cuba jaya. SOALAN 2 a ) Jelaskan maksud pembelajaran masteri Pembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar jelas dalam masa yang mencukupi. b ) Bincangkan peranan guru dalam pendekatan pembelajaran masteri Guru berperanan menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil. Bagi melaksanakannya, guru boleh meminta bantuan daripada rakan pelajar dari kelas yang sama atau berlainan kelas atau ahli-ahli lain dalam kumpulan pembelajaran kooperatif. Sekiranya terdapat kekangan masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh menguji kefahaman pelajar mengenai tajuk kecil dan pelajar yang telah menguasai tahap masteri bolehlah diberi latihan pengayaan berupa tugasan simulasi komputer, projek kajian dan sebagainya. c ) Bincangkan 4 ciri utama dalam pembelajaran masteri. i ) Guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran kepada beberapa tajuk-tajuk kecil dan setiap tajuk-tajuk kecil ini mengandungi beberapa objektif khusus. ii) Pelajar perlu memperolehi skor 80% dan ke atas dalam ujian bagi mencapai tahap kemahiran masteri bagi setiap objektif yang ditetapkan. iii) Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektif-objektif dan kriteria untk mencapai objektif-objektif tersebut. iv) Pelajar yang tidak mencapai tahap minimum dalam ujian atau yang mencapai skor minimum, tetapi masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya, mereka bolehlah mengulang semula tajuk kecil tersebut sebelum beralih kepada tajuk kecil yang lain.

SOALAN 3 a ) Jelaskan maksud konsep pemikiran secara kritis Pemikiran secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea. Kemahiran yang terdapat dalam pemikiran kritis ialah mencirikan, membanding beza, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan kecondongan, menilai dan membuat kesimpulan. b ) Bincangkan 4 kelebihan penggunaan peta minda sebagai alat pemikiran. 1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan. 2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis). 3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja. 4. Fokus kepada isu sebenar meningkat. 5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna. 6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat. c )Berikan 4 sebab mengapa guru perlu menyelitkan unsur kemahiran berfikir dalam PNP i ) Menentukan sama ada seseorang pelajar itu belajat secara efektif atau tidak ii) Memebolehkan seseorang pelajar mengurskan kehidupannya secara lebih efektif. iii) Membolehkan seseorang pelajar menghadapi sebarang masalah dengan keyakinan yang tinggi iv) Memebolehkan seseorang pelajar membuat keputusan dengan tepat.

BAHAGIAN C (2 SOALAN JAWAB 1) SOALAN 1 Bezakan 4 ciri pelajar gaya kognitif medan bebas dan bersandar. Untuk setiap gaya kognitif, bincangkan strategi pengajaran yang sesuai untuk menampng perbezaaan pelajar-pelajar tersebut. Pelajar Gaya Kognitif Bebas Medan Suka mata pelajaran Sains dan Matematik Suka bertanding dan kerja bersendirian Suka berinteraksi secara formal dengan guru Pelajar Gaya Kognitif Bersandar medan Suka mata pelajaran Sejarah dan Sastera Suka bekerjasama dan suka bekerja dalam kumpulan Berinteraksi secara informal dengan guru

Suka merancang sendiri cara pembelajaran Mengamati konsep secara analitikal dan melihat komponen-komponen konsep.

Suka pembelajaran terncang dan berstruktur Melihat konsep secara global.

Pelajar Gaya Kognitif Bebas Medan Guru perlu berinteraksi secara formal. Guru perlu menyediakan anugerah motivasi social berupa bintang atau anugerah pelajar atau gred atau sebagainya. Guru hanya berperanan selaku fasilitator Gunakan strategi pembelajaran individu seperti pembelajaran masteri dan pembelajaran kendiri.

Pelajar Gaya Kognitif Bersandar Medan Grur perlu menggunakan pendekatan mesra dalam interaksi . Guru hanya perlu member motivasi social yang konkrit seperti pujian atau hadiah. Guru perlu berperanan sebagai pengajar, penunjuk cara dan pemberi markah. Gunakan strategi pembelajaran berkumpulan seperti pembelajaran kooperatif.

SOALAN 2 Bincangkan kelebihan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Apakah kekangan-kekangan yang mungkin dihadapi oleh guru dalam proses pengintegrasian TMK dalam PNP? Kelebihan Pintegrasian TMK dalam PNP 1. Guru dapat mencurahkan ilmu dan kemahiran dengan lebih mudah dalam subjek masing-masing. 2. Kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan. 3.Pengajaran lebih menarik dan pembelajaran lebih efektif.

Kekangan-kekangan guru dalam mengintegrasikan TMK dalam PNP 1.Kekangan masa dalam menyediakan bahan mengajar kerana guru perlu mendapatkan bahan yang sesuai dari sumbernya seperti internet. Juga kekangan dari segi masa untuk set up computer dan perlatan yang berkaitan. Ini memandangkan masa mengajar guru banyak. 2. Guru perlu teliti di dalm menghasilkan bahan-bahan agar sesuai untuk tahap pelajar-pelajarnya. 3. Guru perlu mahir di dalam pengoperasian TMK.