soalan midsem
TRANSCRIPT
DIPLOMA KEJURURAWATAN
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
SEMESTER 3
________________________________________________________________
Kumpulan : 12 B/ 2009
Kod Subjek NURS 3073
Subjek : PERAWATAN PESAKIT DENGAN GANGGUAN SISTEM
KARDIOVASKULAR
Tarikh :
Masa : (… minit)
ARAHAN KEPADA CALON:
1. KERTAS INI MENGANDUNGI 30 SOALAN ANEKA PILIHAN YANG MEMBERI 30 MARKAH DAN 1 SOALAN SHORT ANSWER QUESTION YANG MEMBERI 10 MARKAH.
2. JAWAB SEMUA SOALAN DI KERTAS JAWAPAN YANG DISEDIAKAN.
3. BULATKAN JAWAPAN YANG PALING TEPAT MENGGUNAKAN PENSIL 2B UNTUK SOALAN ANEKA PILIHAN, DAN GUNAKAN BALLPOINT DAKWAT HITAM UNTUK SOALAN SHORT ANSWER QUESTION.
JANGAN BUKA KERTAS INI SEBELUM DIARAHKAN.
Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat yang telah dicetak.
1. Depolarisasi atrium diwakili oleh...............semasa perakaman ECG
A) QRS complex
B) T wave
C) P wave
D) P R segment
2. Lokasi lead V5 semasa perakaman ECG terletak di
A) di ruang interkostal ke 5 garisan mid-aksila kiri
B) di ruang interkostal ke 5 pada garis mid-klavikular kiri
C) di bahagian tengah antara V4 & V6
D) di ruang interkostal ke 5 pada garisan anterior anterior-aksila
kiri
3. Pengaruh dari sistem simpatetik pada jantung
A) mengurangi kekuatan kontrak jantung
B) memperlambat kadar degupan jantung
C) mempercepat kadar degupan jantung
D) mempercepat hantaran elektrik jantung
4. Berikut ini adalah corak ECG: sinus rhythm.
A)
B)
C)
D)
5. Pengaruh dari sistem simpatetik pada jantung
A) mengurangi kekuatan kontrak jantung
B) memperlambat kadar degupan jantung
C) mempercepat kadar degupan jantung
D) mempercepat hantaran elektrik jantung
6. Pesakit penyakit kardiovaskular hilang kesedaran diri bagi tempoh
sementara (syncope) disebabkan
A) sakit dada yang teruk
B) debaran jantung yang kuat
C) kekurangan edaran darah ke otak
D) kesesakan paru-paru
7. Pesakit dengan postural hypotension dinasihatkan untuk
A) Kerap melakukan senaman.
B) Elak bangun secara tiba-tiba.
C) Ambil minuman glucose sebelum bangun
D) Ambil ubat anti-hipertensif sebelum bangun
8. Intervensi kejururawatan yang pertama bagi pesakit yang mengalami
myocardial infarct ialah
A) Memberi terapi oksigen.
B) Memberi suntikan morphine.
C) Melakukan electrocardiogram.
D) Memberi sublingual nitroglycerin.
9. Morphine sulphate adalah analgesia pilihan untuk merawat myocardial
infarction kerana ia
A) Melambatkan kadar denyutan jantung
B) Mengurangkan beban kerja kardiak
C) Mengurangkan pain threshold
D) Menindas pusat pernafasan
10. Bacaan tekanan darah pesakit yang baru didiagnos mengalami hipertensi
selepas mengamal modifkasi diet dan senaman selama 12 bulan ialah
160/100 mmHg. Apakah nasihat yang patut diberi?
A) Rawatan ubat diperlukan
B) Tingkatkan intensiti senaman
C) Ambil makanan kurang garam dan kalori
D) Teruskan pemantauan tekanan darah setiap 3-6 bulan
11. Klien dengan kegagalan jantung terjaga dari tidur dan memanggil
jururawat mengadu sesak nafas. Apakah tindakan segera jururawat?
A) Lakukan sedutan pada klien
B) Bertenang dan beri oksigen
C) Naikkan kepala katil
D) Beritahu doktor
12. Seorang klien dewasa yang mempunyai sejarah penyakit jantung
koronari dan angina pectoris. Selepas berjalan ke bilik air, beliau
mengadu sakit bahagian substernal yang menjalar ke bahu kiri.
Jururawat perlu
A) Membantu beliau untuk baring dan meninggikan kaki
B) Memberi dos PRN nitroglycerin sublingual
C) Menggunakan bantal untuk menyokong dan imobilisasikan bahu
D) Memberi dos PRN aspirin
13. Bila ventricular fibrillation berlaku kepada pesakit, intervensi
kejururawatan utama adalah
A) Memberi oksigen
B) Defirillate pesakit
C) Lakukan ”precardial thump”
D) Cardiovesion unsynchronized
14. Semasa melakukan Elektrokardiografi ke atas seorang pesakit, grafnya
menunjukkan ST elevation. Apakah interpretasi anda daripada
penemuan tersebut?
A) Atrial fluttter
B) Myocardial infarction
C) Ventricular fibrillation
D) Premature ventricular contraction
15. Puan R didiagnos menhidap congestive cardiac failure. Beliau dirawat
dengan Lanoxin (digoxin) dan Frusemide (lasix). Yang manakah di antara
elektrolit berikut mesti dipantau untuk mengelak cardiac arrythmias?
A) Sodium
B) Potassium
C) Chloride
D) Calcium
16. Aduan utama pesakit yang mengalami edema pulmonari akut ialah
A) Sakit dada
B) Pening kepala
C) Sukar bernafas
D) Hilang selera makan
17. Posisi manakah boleh memastikan keselesaan bagi pesakit yang
mengalami edema pulmonari akut?
A) Rekumben
B) Lateral
C) Semi fowler
D) High fowler
18. Apakah tujuan CRIB bagi pesakit yang mengalami infarksi miokardium
akut?
A) Menenangkan pesakit
B) Meningkatkan keselesaan pesakit
C) Mengurangkan keperluan oksigen
D) Memudahkan pemerhatian rapi
19. Berikut ini adalah sifat / ciri kesakitan angina pectoris, KECUALI
A) mencengkam, pedih, ketat, menekan dada, melemaskan
B) Sakit dirasa di substernal/precordial ataupun sedikit ke kiri sternum.
C) Lamanya (durasi) biasanya lebih dari 20 minit
D) Serangan angina kerap dilega dengan pengambilan GTN dan rehat
20. Berikut ini adalah ajar cara penggunaan ubatan dan mengekalkan kesan
ubat dengan tepat, KECUALI
A) Bawa ubat GTN ke mana sahaja
B) Simpan ubat GTN di dalam botol kaca yang gelap dan tempat kering
C) Letakkan ubat GTN sublingual untuk kurangkan kesakitan.
D) Selepas makan GTN boleh lanjutkan aktiviti kembali.
21. Semasa kemasukan ke wad, pesakit di rehatkan 15 minit sebelum
tekanan darah diperiksa sebab
A) Aktiviti mempengaruhi tekanan darah
B) Pesakit boleh merasa tenang dan selesa
C) Memudahkan bacaan tekanan darah
D) Memberi pesakit masa bersedia
22. Apakah penyebab berlakunya essential primary hypertension
A) Berlaku tumor di buah pinggang
B) Keadaan penyempitan semulajadi di sesuatu bahagian aorta
C) Obesiti
D) Tokisemia kehamilan
23. Tujuan memberi makanan lembut kepada pengidap acute myocardial
infarction adalah untuk
A) Mengelakkan muntah
B) Melawaskan pembuangan najis
C) Mempercepat penghadaman
D) Mengurangkan beban kepada jantung
24. Faktor-faktor risiko boleh berubah (modifiable) yang menyebabkan
penyakit jantung koronari adalah
i. obesiti
ii. jantina
iii merokok
iv keturunan
A) i & iii
B) ii & iv
C) i, ii, iii
D) Semua diatas
25. Seorang klien yang mengalami kegagalan jantung kongestif balik ke
rumah dengan bekalan ubat digoxin. Apakah arahan yang paling utama
yang perlu diberikan oleh jururawat bagi klien ini?
A) Ambil ubat selepas makan
B) Jikalau termuntah selepas mengambil ubat, ulang dos ubat
C) Tidak boleh mengambil digoxin bersama dengan ubat lain
D) Mengira nadi sebelum mengambil ubat
26. Seorang jururawat sedang mengumpul data klien yang dimasukkan
dengan kegagalan jantung sebelah kanan. Jururawat menjangka klien ini
akan mengalami simptom
A) Dispnea
B) Batuk
C) Edema pada kaki
D) Pink frothy sputum
27. Tujuan Complete Rest In Bed (CRIB) bagi pesakit yang mengalami acute
myocardial infarction ialah untuk
A menenangkan pesakit
B memudahkan pemerhatian rapi
C meningkatkan keselesaan pesakit
D mengurangkan keperluan oksigen
28. Pesakit yang didiagnos dengan left sided heart failure akan mengadu batuk
dan kahak yang
A rusty purulent
B mucopurulent
C pink and frothy
D whitish and frothy
29. Tindakan segera sebelum memulakan CPR adalah
A) Ases tahap kesedaran
B) Lakukan tekanan dada
C) Berikan bantuan pernafasan
D) Posisi mangsa dalam baringan supine
30. Seorang pesakit tiba-tiba rebah dan memerlukan resusitasi
kardiopulmonari. Apakah intervensi kejururawatan seterusnya selepas
memposisikan pesakit dengan betul?
A) Memberi 2 ventilasi
B) Meninggikan sedikit kepala
C) Membuka salur pernafasan
D) Melakukan kompresi dada sebanyak 30 kali
SHORT ANSWER QUESTION.
1. Puan Hindun seorang suri rumah berusia 65 tahun dimasukkan ke wad dengan
diagnosis congestive cardiac failure.
a. Beri definisi congestive cardiac failure. (2 markah)
b. Senaraikan enam ( 6 ) manifestasi klinikal congestive
cardiac failure.
(3 markah)
Selepas melakukan asesmen doktor mengarahkan pemberian ubat tablet
digoxin 0.2 mcg daily kepada Puan Hindun.
d. Nyatakan tanggungjawab anda dalam pemberian ubat
tersebut.
(5 markah)
SENARAI JAWAPAN
1 a. Definisi congestive cardiac failure:
• ialah satu sindrom klinikal disebabkan oleh ketidakupayaan
jantung mengepam darah dengan secukupnya untuk
memenuhi keperluan metabolik badan.
• Ialah suatu sindrom yang disebabkan oleh kegagalan jantung
dengan kesesakan diperedaran darah pulmonari atau di
peredaran sistemik (vena-vena sistemik) atau kedua-duanya
sekali.
b. Enam ( 6 ) manifestasi klinikal congestive cardiac failure.
1. paroxysmal nocturnal dyspnea atau orthopnea akibat
peningkatan venous return ke jantung semasa berbaring.
2. batuk berkahak pink frothy sputum yang disebabkan berlaku
iritasi pada dinding kapilari arteri di pulmonary akibat
peningkatan tekanan intravascular.
3. letih lesu
4. dyspnea / SOB
5. orthopnea
6. bengkak kaki-edema
7. kerap kencing malam (nocturia)
8. berat badan bertambah
9. ascites
10. nausea
11. anorexia
c. tanggungjawab jururawat dalam pemberian ubat tablet digoxin 0.2
mcg.
i. Beritahu pesakit tujuan pemberian tablet digoxin untuk:
Memperkuatkan kontraksi jantung (inotropic action) dan
meninggikan stroke volume maka cardiac output juga
meningkat
Melambatkan conduction melalui AV node dalam
myocardium
Melambatkan / slow kadar denyutan jantung
ii. Amalkan prinsip 6 R, iaitu:
Right patient - puan Nisi
Right drug - digoxin untuk
Right dose - 0.25 mcg elak
Right route - oral kesilapan
Right time - daily
Right documentation - medication chart
iii. Ambil apex beat sebelum pengambilan ubat. Jika denyutan
jantung kurang dari 60bpm beritahu doctor untuk penangguhan
ubat. Catat dalam carta pemerhatian.
iv. Periksa untuk tanda-tanda kesan sampingan ubat:
Kekeliruan
Loya muntah
Pening
Bradikardia
SOALAN TAMAT