soalan akhir tahun kajian tempatan 2014 baru
DESCRIPTION
kajian tempatanTRANSCRIPT
1
BAHAGIAN A : Pilih satu jawapan yang betul dan hitamkan jawapan dalam kertas OMR.
1. Bahan bakar yang digunakan untuk menggerakkan kereta dan motosikal ialah….
A Asid
B Nafta
C Arang batu
D Minyak petrol
2. Di antara yang berikut, barang manakah yang dihasilkan oleh industri ringan?
A Kasut
B Kain batik
C Kain songket
D Keropok lekor
3. Antara yang berikut, yang manakah sumber mineral bahan api?I EmasII Gas asliIII PetroleumIV Bijih timah
A. I dan IIB. II dan IIIC. III dan IVD. I dan IV
4. Manakah sumber alam berikut yang tidak boleh diperbaharui?
A. Air
B. Gas asli
C. Hasil laut
D. Tanah-tanih
2
Soalan 5 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
5. Pekerjaan dalam Gambar 1 merujuk kepada pekerjaan dalam bidang…
A Pertanian
B Pembinaan
C Perkhidmatan
D Perlombongan
6. Gamat adalah sejenis sumber
A Hutan
B Laut
C Sungai
D Mineral
7. Yang berikut merupakan jenis sumber mineral, kecuali
A Emas
B Gas asli
C Mutiara
D Petroleum
3
8. Yang manakah merupakan kegunaan hasil laut?
i. Tikar
ii. Sumber protein
iii. Perhiasan rumah
iv. Ubat-ubatan
A i, ii dan iii
B I,ii dan iv
C i,iii dan iv
D ii,iii dan iv
9. Kegiatan ekonomi yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan
terhadap alam sekitar kecuali…
A Pencemaran
B Perubahan landskap
C Pertambahan penduduk
D Kepupusan flora dan fauna
10. Antara yang berikut, yang manakah merupakan langkah-langkah pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar?
I Mengawal pencemaran
II Mewartakan kawasan hutan dan hidupan liar
III Menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar
IV Memberi kelonggaran terhadap aktiviti penerokaan sumber alam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
Membuat labu sayong Menganyam tikar Mengecap batik
4
11. Apakah jenis industri yang dikaitkan dengan aktiviti di atas?
A Industri ringan
B Industri berat
C Industri desa
D Industri pemprosesan
Soalan 12 dan 13 berdasarkan rajah di bawah ini.
Gambar 2
12. Apakah hasil laut yang lazimnya digunakan untuk menghasilkan benda dalam rajah di
atas.
A Tiram
B Gamat
C Mutiara
D Batu karang
13. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan hasil laut di atas ?
5
A. Menggunakan cangkuk
B. Memancing di laut dalam
C. Menyelam
D. Menggunakan bubu lipat
Gambar 3
14. Hasil pertanian yang menghasilkan barangan di atas ialah…
A. Getah
B. koko
C. Kelapa sawit
D. lada hitam
Soalan 15 dan 16 berdasarkan peta di bawah
Gambar 4
6
15. Tanaman yang ditanam di kawasan ditunjukkan oleh anak panah termasuklah…
I teh
II sayur-sayuran
III bunga-bungaan
IV buah-buahan tempatan
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV
16. Kaum Melayu, Cina dan India telah bersetuju menjadikan ______________
sebagai bahasa perhubungan antara kaum.
A Bahasa Cina
B Bahasa Tamil
C Bahasa Melayu
D Bahasa Inggeris
17. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1956) telah meletakkan bahasa
Melayu sebagai..
A Bahasa kedua
B Bahasa istana
C Bahasa daerah
D Bahasa Kebangsaan
7
18. Bagi menghadapi pilihan raya 1955, parti UMNO, MCA dan MIC telah bersatu
dan membentuk ______________.
A Parti Buruh
B Parti Perikataan
C Parti Demokrasi
D Parti Sosialis
19. Peristiwa penurunan bendera Union Jack dan bendera Persekutuan Tanah
Melayu dinaikkan berlaku di
A Stadium Negara
B Stadium Merdeka
C Stadium Bukit Jalil
D Padang Kelab Selangor
20. Tokoh yang digelar “Bapa Kemerdekaan” merujuk kepada…..
A Tunku Abdul Rahman
B Tun Abdul Razak
C Dato’ Onn bin Ja’afar
D Tun Tan Cheng Lock
21. Penemuaan barang-barang bersejarah dalam Rajah 2 merupakan penemuan
berbentuk
A Artifak
B Dokumen
C Senjata purba
D Bangunan bersejarah
8
22. Binaan Kota A Famosa di Melaka dikaitkan dengan penjajah
A British
B Belanda
C Perancis
D Portugis
23. Antara yang berikut, pasangan yang manakah benar?
24. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan ______________ berparlimen dan
raja berperlembagaan
A Autokrasi
B Demokrasi
C Animisme
D Komunisme
25. Di antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa kerajaan negeri?
A Pertahanan
B Pendidikan
C Keselamatan
D Lesen hiburan
Kaum Seni Pertahankan Diri
A Sikh Judo
B Melayu Karate
C India Silat
D Cina Wushu
9
Soalan 26 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
26. Gambar 2 di atas menunjukkan kebebasan yang diberikan kepada individu dari
segi ……….
A Keagamaan dan kepercayaan
B Berani mengeluarkan pendapat
C Mengundi wakil untuk memimpin rakyat
D Menyertai mana-mana parti politik yang disukai
27. Pilihan raya akan diadakan setiap
A. 2 tahun sekali
B. 3 tahun sekali
C. 4 tahun sekali
D. tahun sekali
28. Sistem pengangkutan moden seperti monorel dan komuter dapat…
A Menjimatkan masa perjalanan
B Mengurangkan pengangguran
C Meningkatkan pencemaran udara
D Meningkatkan penggunaan kenderaan di jalan raya
10
29. Antara berikut, yang manakah merupakan alat telekomunikasi?
i. Radio
ii. Telefon
iii. Komputer
iv. Kapal Selam
A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv
30. Antara yang berikut, manakah dapat dikitar semula untuk menghasilkan
barangan baru ?
I surat khabar II botol kaca III tin aluminium IV perabot lama
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas
( 30 markah )
11
BAHAGIAN B: Jawab semua soalan. Jawapan hendaklah ditulis dalam ruang yang
disediakan.
1. Suaikan aktiviti berikut dengan kesannya terhadap alam sekitar
Aktiviti Ekonomi Kesan
1 Cari gali petroleum di Laut
China Selatan.
2 Pembakaran hutan untuk
pertanian
3 Pembalakkan di kawasan
tanah tinggi
4 Semburan racun
serangga dan baja kimia
di kebun sayur-sayuran
a) Kepupusan flora dan fauna
semakin terancam.
d) Habuk dan debu
berterbangan
mengakibatkan pencemaran
udara
b) Air laut tercemar dan
kepupusan hidupan akuatik.
c) Pencemaran air sungai yang
serius.
( 4 Markah )
12
2. Isi ruang kosong di bawah ini dengan berpandukan jawapan yang diberikan dalam kotak
Pilihan raya adalah suatu proses memilih (1) ___________________ untuk
memerintah sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya penting
diadakan bagi menjamin (2) __________________. Rakyat berhak memilih wakil
yang dianggap layak (3) __________________ negara. Melalui pilihan raya,
rakyat akan (4) __________________ dengan calon-calon yang (5)
________________ kerana undian dilakukan secara (6) _______________.
kesejahteraan negara wakil rakyat
berpuas hati menangmemimpin
adil dan telus
( 6 Markah )
13
3. Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan gambar yang diberi.
1. Apakah peristiwa yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
________________________________________________________________
2. Bilakah tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
________________________________________________________________
3. Di manakah berlangsungnya upacara di atas?
________________________________________________________________
4. Siapakah yang membacakan perisytiharan kemerdekaan?
________________________________________________________________
5. Mengapakah rakyat di negara kita berasa bangga dengan peristiwa di atas?
________________________________________________________________
---------------------------------------------- kertas soalan tamat -------------------------------------------
( 10 Markah )