slaid sejarah ting 5 bab 3
TRANSCRIPT
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
SEJARAH TINGKATAN 5BAB 3
LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Kerajaan Melayu tradisional wujud kerana adanya
raja. Raja bertanggungjawab memberi perlindungan
politik kepada rakyat. Sebagai balasannya, rakyat akan mengakui
kekuasaan Raja. Kesetiaan rakyat terhadap Raja menjadi penentu
sempadan negeri raja. Kerajaan yang kuat akan menaungi Negara yang
lemah. Penjajahan British menukar konsep kerajaan Melayu
Tradisional kepada konsep negeri.
LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA British menentukan sempadan negeri dan
pengenalan Malayan Union 1946 mengubah kerajaan kepada negara bangsa.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan Malayan Union menggabungkan negeri kepada sebuah kerajaan pusat.
31 Ogos 1957, negara merdeka dan status raja bertukar kepada raja berperlembagaan.
Konsep negara dan bangsa yang merdeka daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Konsep negara bangsa merujuk kepada
pembentukan negara bangsa moden di Eropah. Ia tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18
dan ke-19 ekoran Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
Ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan Negara bangsa moden.
Pembentukan sebuah negara moden berdasarkan sempadan rumpun negara.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Sejak zaman moden awal abad ke-16, persamaan
rumpun bangsa dan Bahasa telah menjadi isu membebaskan diri daripada empayar.
Gerakan nasionalisme di Eropah membangkitkan isu tersebut untuk menyatukan wilayah-wilayah berdasarkan bangsa.
Perjanjian Damai Paris 1918 (Perancis) berakhir dengan persetujuan Deklarasi Empat Belas Woodrow Wilson.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Deklarasi menekankan nasib sesebuah negara
ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Akibatnya, empayar Turki dan Austria-Hungary
dibahagi berdasarkan bangsa. Muncul 7 negara bangsa baru yang merdeka
seperti Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland, dan Yugoslavia.
Itali dan Jerman, negara bangsa yang dibentuk sebelum Perang Dunia Pertama.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Count Camillo Benso di Cavour bercita-cita
menggabungkan seluruh Itali menggunakan konsep realpolitik.
Konsep realpolitik membenarkan pemimpin melakukan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan, dan peperangan untuk mencapai matlamat politik.
Beliau berjaya menyemarakkan sentiment anti-Austria.
1860, beliau berjaya mengambil wilayah-wilayah yang dikuasai Austria dengan bantuan Perancis.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA 1866, wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali
sebagai balasan membantu Prusia menewaskan Austria.
1870, pengunduran Perancis daripada Rom telah digunakan sebaiknya oleh Count Camillo Benso di Cavour dengan menggabungkan Rom dengan wilayah-wilayah lain untuk membentuk Negara bangsa Itali.
Jerman wujud hasil penyatuan wilayah-wilayah bangsa Jerman oleh Otto Eduard Von Bismarck, 1871.
Beliau menggunakan konsep realpolitik ditambah dengan politik darah dan besi untuk mencapai cita-citanya menyatukan Jerman.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Penyatuan Jerman melibatkan peperangan
dengan Denmark, Austria dan Perancis. Selain itu, kewujudan kerajaan Madinah
merupakan pembinaan negara mengikut prinsip agama Islam.
Pemimpinnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah menggubal Perlembagaan Madinah untuk membentuk sebuah kerajaan Islam.
Penyatuan pelbagai kaum seperti orang Arab dan Yahudi dibuat secara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA Ciri-ciri negara dan bangsa terbahagi empat iaitu
negara, perlembagaan, bangsa dan kerajaan. NEGARA
Negara merupakan wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan kawasan yang jelas, dan pemerintah yang berwibawa.
Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Negara kita mempunyai institusi pemerintahan yang menggubal dan melaksanakan sistem politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA KERAJAAN
Kerajaan merupakan institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.
Sesebuah kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.
Kerajaan bertindak sebagai pengaman dan penentu arah kehidupan bermasyarakat sebuah negara.
Di Malaysia, terdapat 3 buah badan yang menentukan hala tuju kerajaan kita iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan Badan Kehakiman.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA BANGSA
Bangsa merupakan sekumpulan manusia yang mendiami sebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah.
Idea bangsa sering digunakan untuk melahirkan perasaan bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum demi membentuk bangsa Malaysia yang kukuh.
CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan atau panduan bagi mentadbir atau memerintah sesebuah negara.
Di Malaysia, ia adalah peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.
Tujuan perlembagaan digubal adalah untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat negara ini.
KESULTANAN MELAYU MELAKA – ASAS
PEMBENTUKA N NEGARA & BANGSA
PENGENALAN
Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka yang bermula sejak awal abad ke-15.
Kesultanan Melayu Melaka pernah mencapai tahap peradaban dan kenegaraan yang tinggi sehingga menjadi empayar terkuat, pusat perdagangan yang penting, pusat kebudayaan dan pusat penyebaran Islam.
Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan warisan dalam pelbagai aspek dan menjadi contoh kepada kerajaan-kerajaan Melayu selepasnya.
WILAYAH PENGARUH Kawasan tempat tinggal rakyat. Sempadannya diterima umum. Kawsan yang rakyatnya menerima dan
memperakuai pemerintahan seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan
pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan.
Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
CIRI CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
KEDAULATAN Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat
sesebuah wilayah. Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak. Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh
sesebuah Negara atau pemerintah. Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap
rakyatnya. Negera itu bebas daripada campur tangan, paksaan,
taklukan atau perintah kuasa asing. Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk
terus kepada raja yang memerintah.
LAMBANG-LAMBANG Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti
sesebuah Negara. Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan
lambing penyatuan Negara dan bangsa. Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga
dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.
UNDANG-UNDANG Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan
yang telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memelihara
keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur
kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat.
Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa. Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta
pantang larang dikalangan anggota masyarakat. Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang-
uandang keluarga dan lainlain. Undang-undang Laut Melaka Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan
tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.
RAKYAT Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah. Mereka terikat kepada undang-undang dan
peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah.
KERAJAAN Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran,
jaga keamanan , pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana.
WARISAN NEGERI-NEGERI MELAYU.
PENGENALAN
Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan warisan kepada negeri-negeri Melayu seperti sistem pemerintahan, adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu.
Sebahagian daripada kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu adalah di bawah empayar Kesultanan Melayu Melaka, contohnya kerajaan Johor, Perak, dan Pahang telah diasaskan oleh kerabat diraja Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan-kerajaan tersebut telah mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka.
Gelaran Sultan dan pewaris takhta mengikut jurai keturunan bapa menjadi ikutan kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu.
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR Unsur asas pembinaan sebuah negara dan bangsa
ialah perlembagaan bertulis. 1895, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar. Tujuannya adalah untuk memodenkan dan
memantapkan sistem pentadbiran Johor supaya dapat menghalang British menguasai negeri tersebut.
Antara perkara yang terdapat di dalamnya ialah: Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta. Pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor. Agama Islam sebagai agama negeri.
Perlembagaannya mengikut Perlembagaan Barat.
Menurut undang-undang tersebut: Raja hendaklah berbangsa Melayu. Lelaki Beragama Islam Waris pemerintah Johor. Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang
menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.
Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.
Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagi 2: Majlis Negeri
Dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua.
Berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat (Fasal 49).
Jemaah Menteri Terdiri daripada 8-12 orang pegawai kanan
kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka berbangsa Melayu dan merupakan rakyat
Johor.
Setiap pegawai yang dilantik mesti mengangkat sumpah dan memberi taat setia kepada raja dan kerajaan.
Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki Raja atau Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan 3 orang ahli Jemaah Menteri.
Penggubalan perlembagaan didorong oleh keinginan pemerintah untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
KELANTAN: SISTEM JEMAAH MENTERI Sistem Jemaah Menteri telah diamalkan sejak
pemerintahan Sultan Muhammad I (1801-1836). Baginda telah melantik beberapa orang pembesar
untuk membantu pentadbiran baginda. Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem
Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbiran Kelantan. 8 badan Jemaah Menteri, setiap satu dianggotai 4 orang
pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas
masing-masing. Sejak 1842, berlaku perubahan dalam struktur
pentadbiran Kelantan.
Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
Golongan ini membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II dengan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada baginda.
Antara jawatan dan tugas yang diamanahkan kepada Jemaah Menteri ialah:
TERENGGANU: UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU
Sultan Zainal Abidin III ( 1881 -1918 ) memerintah selepas kebangkitan Sultan Ahmad Shah.
1911, Sultan Zainal Abidin meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (Ittiqan - ilmuluk bi-ta’dil il-suluk) bermaksud keyakinan kepada pemerintah berdasarkan keadilan.
Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Tujuan - menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya di Terengganu.
Undang- undang ini : Mengekalkan amalan sistem monarki. Agama Islam, agama negeri. Pemerintahan raja berperlembagaan. Raja beragama Islam, Melayu, lelaki dan waris
Sultan yang memerintah. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Menteri. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan
mestilah beragama Islam, Melayu, rakyat Terengganu dan mengaku taat setia.
Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai Menteri Besar yang dilantik Sultan.
Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan Sultan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.
Perlembagaan bertulis menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai tulang belakang untuk mengekalkan kedaulatan Terengganu.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu mengandungi: Pelantikan Raja Syarat menjadi Raja Waris takhta Tertib Raja Zuriat Sultan Raja yang belum cukup umur Tegahan kepada Raja Sara hidup kerabat diRaja
Menteri: Bilangan Menteri Kesetiaan Menteri Pelantikan menteri
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Tanggungjawab pembesar Kedudukan agama Islam Ketaatan kepada pemerintah Kesalahan khianat kepada negeri Pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar Kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan Mengadakan perjanjian Hubungan kerajaan dengan kerajaan lain.
NEGERI SEMBILAN – PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN Negeri Sembilan merupakan gabungansembilan
buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.
Abad ke-18, mempunyai raja sendiri iaitu Raja Melewar dan diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti.
Negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip kerajaan pesekutuan sebelum terbentuknya negeri-negeri Melayu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British.
Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
Pelantikan pembesar dilakukan oleh Undang, Lembaga, Buapak, dan Anak Buah.
Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan Baginda dengan Undang.
Negeri Sembilan dibahagi kepada 4 luak utama (daerah): Rembau Sungai Ujong Jelebu Johol
Ketua setiap luak ialah Undang dan dipilih oleh Lembaga.
Undang melantik Yang diPertuan Besar. Lembaga dilantik Buapak dan merupakan ketua
suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku
masing-masing. Buapak merupakan Ketua Perut dan setiap
anggota Perut dikenali Anak Buah.
Buapak tempat merujuk setiap masalah terutamanya yang berkaitan dengan adat.
Sistem ini menunjukkan unsur demokrasi di mana kuasa diagihkan kepada individu mengikut peringkat.
Sistem ini melahirkan peraturan hidup, mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku.
TAMATTERIMA KASIH