skema percubaan sej 1 kedah 2012
DESCRIPTION
sej 1 kedahTRANSCRIPT
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
1
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
BAHAGIAN A1. Jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh ahli arkeologi untuk membezakan
corak kehidupan masyarakat pada zaman Paleolitik dan Neolitik.
A. Pendahuluan (3 markah)
1. Konsep Prasejarah- Frank Hole dan Robert F. Heizer dalam karya mereka yangbertajuk Prehistoric Archeology: A Brief Introduction mentakrifkan prasejarah sebagai
sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu
sebelum sejarah. Zaman yang belum wujud rekod-rekod bertulis. Bukti-bukti diperoleh
melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi.
2. Maksud Paleolitik dan Neolitik Paleolitik ialah zaman prasejarah awal ( 500,000 SMhingga 10,000 SM) manakala Neolitik pula ialah zaman prasejarah akhir ( 7,000 SM
hingga 3500 SM ).
3. Tokoh ahli arkeologi Golden Child dan Lernard Waalley.
4. Ahli arkeologi telah mengenal pasti beberapa tapak prasejarah di benua Afrika(kebudayaan Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan), kebudayaan Fauresmith di
Afrika Timur, Rhodesia, dan Afrika Selatan yang berlangsung sejak dua juta tahun yang
lalu, di Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu (Perancis dan Sepanyol
Utara), Asia sejak sejuta tahun lalu (Choukoutien, China Utara- Sinanthropus
Pekinensis) dan Jawa ( Pithecanthropus Erectus), Fontechevade di sebuah gua di
Charente, Perancis, di Lembah Neander(Homo Neanderthalensis) di Jerman, Cro-
Magnon di gua Cro-Magnon, Perancis, di Rusia sejak 100,000 tahun lalu, di Australia
sejak 40,000 tahun lalu, dan di Amerika Syarikat sejak 20,000 tahun lalu. Homo
sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi Pleistocene.
5. Penegasan soalan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
B. Isi-isi penting ( 5 isi x 4 markah = 20 markah )
1. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitikmelalui kaedah cari gali untuk mendapatkan maklumatkaedah cari gali dan kaedah mengesan usia secara radio carbon dating C14. Ahli
arkeologi mengkaji tapak ekskavasi yang telah ditemui di sesuatu tempat seperti di
benua Afrika, Jerman, Jawa, Perancis, Australia ,dan Amerika Syarikat. Fosil-fosil dan
artifak yang ditemui seperti batu, kayu, tulang haiwan, tembikar, alat perhiasan, senjata
,dan lain-lain akan diuji di makmal dengan bantuan ilmu sains iaitu kaedah mengesan
usia secara radio carbon dating - C14
2. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitikmelalui kaedah mengkaji petempatanPada zaman Paleolitik, manusia telah muncul sebagai parasit persekitaran.
Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan
bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka tinggal di dalam gua,
lubang bawah tanah, dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting
kayu. Sebagai contoh, petempatan masyarakat Paleolitik terletak di Gua Niah
(Sarawak), Kota Tampan (Perak), dan Gua Tingkayu (Sabah). Di Perancis dijumpai di
Gua Charente. Pada peringkat awal dikuasai persekitarannya tetapi pada tahap
Paleolitik akhir mulai mempelajari bagaimana menyesuaikan dirinya kepada
persekitarannya. Terbukti dengan munculnya alat-alat batu seperti pebble dan flaked
tools yang dibuat untuk memenuhi fungsi-fungsi ekonomi.
Sebaliknya, masyarakat Neolitik pula tinggal secara tetap (menetap) di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang subur dan menjalankan
aktiviti bercucuk tanam dan menternak binatang. Masyarakat zaman ini sudah pandai
membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu.
Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan. Sebagai contoh, Gua
Gomantung (Sabah), Jenderam Hilir (Selangor), Asia Barat seperti di Tepe Yahya(Iran),
Jarmo(Iraq), Jericho (Palestin), dan Hacilar(Turki), di Timur Laut China (Yungshao), di
Amerika Tengah dan Selatan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
3
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
3. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitikmelalui kaedah mengkaji peralatan atau penggunaan alat perkakasManusia pada zaman Paleolitik awal mempunyai kemahiran membuat pelbagai jenisalatan daripada batu, kayu, dan tulang haiwan. Alat-alat batu ini digunakan sebagai
senjata atau pun barang-barang perhiasan. Alat-alat batu yang digunakan kasar dari
segi pembuatannya. Hanya satu bahagian alat batu tersebut ditajamkan untuk tujuan
memotong. Alat-alat batu dipegang dengan tangan dan dikenali sebagai fist hatchet
atau kapak tangan yang digunakan untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai
gergaji, pisau, dan kapak. Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil
hutan, dan senjata serta mungkin untuk perhiasan. Kemunculan manusia Neanderthal
menyebabkan perubahan berlaku dalam penggunaan alat batu. Mereka meninggalkan
penggunaan kapak tangan dan menggunakan kaedah merepih batu untuk
menghasilkan alat-alat batu baru seperti anak panah, pisau, dan scrapper. Pada zaman
Paleolitik akhir, alatan selain batu digunakan dan lebih baik dihasilkan seperti tulang,
tanduk, dan gading binatang. Antara alatan yang dihasilkan ialah kail ikan,
tempuling(serampang/tombak), lembing, anak panah, dan jarum.
Sebaliknya peralatan masyarakat Neolitik telah mengalami perubahan yang ketara.Mereka telah mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan daripada batu yang lebih
halus dan kompleks. Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang
terdiri daripada sabit, cangkul, dan tenggala daripada batu yang mempunyai nilai-nilai
teknologi dan estetika yang lebih tinggi daripada zaman sebelumnya. Penciptaan roda
misalnya, telah meningkatkan pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan
harian. Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu perubahan baru
dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
makanan, air, dan memasak. Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah
menyebabkan aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan pesat.
4. Ahli arkeologi membezakan corak kehidupan masyarakat Paleolitik dan Neolitikmelalui kaedah mengkaji kegiatan ekonomi Masyarakat pada zaman Paleolitikialah pengguna kepada sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan
mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti
mengutip hasil hutan, memburu binatang, dan menangkap ikan. Mereka memburu
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
4
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
dalam kumpulan kecil dan hasil buruan akan dikongsi bersama-sama. Secara
umumnya, mereka merupakan parasit persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi
bercorak sara diri. Sebaliknya, dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitikpula telah mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan
masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna kepada alam
sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar makanan. Dalam hal ini, mereka telah
mula menjalankan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.
Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup secara menetap
di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai utama. Tercetusnya
revolusi pertanian telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian
dan ini telah menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang berkonsepkan sistem
barter. Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya hubungan
dengan masyarakat luar dan ini telah membawa kepada berlakunya pertukaran dan
perkembangan idea dan teknologi baru.
5. Kaedah mengkaji organisasi sosial - Masyarakat pada zaman Paleolitik belum lagimempunyai organisasi sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam
keadaan nomad dan mengembara. Bagi memenuhi keperluan ekonomi atau sumber
makanan, mereka berada dalam kelompok kecil yang terdiri daripada gabungan
beberapa keluarga asas. Masyarakat Paleolitik seperti Cro-Magnon tinggal dalam
kelompok kecil dalam gua. Mereka mempunyai struktur sosial yang lebih teratur
berbanding masyarakat sebelumnya. Sebaliknya, pada zaman Neolitik telah mulapembentukan organisasi sosial yang mudah. Kesan daripada Revolusi Pertanian telah
menyebabkan masyarakat zaman ini telah mula hidup secara menetap dan bilangan
penduduk di sesuatu kawasan semakin ramai. Dalam hal ini, telah wujud ketua
keluarga dalam setiap rumah dan di peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua
kampung yang berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian dan sebagainya.
Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan pembentukan
masyarakat kelas atasan dan bawahan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
5
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
6. Kaedah mengkaji kepercayaan dan agama Masyarakat berkebudayaan Paleolitikmempunyai dan mengamalkan kepercayaan berunsurkan animisme. Dalam hal ini,
mereka beranggapan bahawa semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai
kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut kepada petir dan kilat dan berpendapat
bahawa unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu,
mereka mula menyembah unsur-unsur alam dan cuba berdamai dengan unsur-unsur
animisme ini. Sebaliknya, Agama dan kepercayaan masyarakat Neolitik mula berubahdan berkembang maju. Dalam hal ini, masyarakat ini mula belajar untuk menguasai
alam sekeliling terutamanya unsur-unsur alam sekitar. Pelbagai amalan atau upacara
ritual telah diadakan dan yang pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam
sekitar bagi mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak
penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan dewa-dewi
bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan supaya hasil pertanian yang
mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda. Mereka mula mengetahui cara
untuk menguruskan mayat saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-
mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna. Hal ini
menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula maju dalam aspek
kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan kepada kepercayaan
zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politeisme.
7. Kaedah mengkaji kesenian kajian masyarakat zaman Paleolitik seterusnya ialahkesenian dan kebudayaan. Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian
bercorak realisme. Dalam hal ini, mereka mula mempunyai kemahiran melakar ukiran,
melukis, dan menghasilkan mural. Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di
dinding-dinding gua dan kulit-kulit pokok ialah gambar-gambar yang datangnya
daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau, dan gajah. Bentuk-
bentuk kesenian yang dihasilkan oleh masyarakat zaman ini berkaitan dengan
kehidupan mereka sehari-hari. Ringkasnya, seni Paleolitik berdasarkan realisme yang
mereka lihat dan alami sendiri. Sebaliknya, kesenian pada zaman Neolitik lebihbercorak simbolisme dan mempunyai unsur-unsur abstrak. Hal ini dapat dilihat dan
ditunjukkan di permukaan tembikar-tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik
dan simbolik dan ini menunjukkan bahawa satu perkembangan baharu yang
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
6
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
memperlihatkan pemikiran masyarakat ini semakin maju dan mula berfikir berdasarkan
pemikiran konseptual.
8. Kaedah mengkaji pengkhususan kerja penduduk Masyarakat zaman Paleolitiktidak mempunyai pengkhususan kerja mengikut gender. Semua pekerjaan dilakukan
sendiri secara bersama-sama dalam kumpulan kecil. Jumlah mereka yang sedikit dan
sering berpindah randah menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak
praktikal. Manakala, masyarakat zaman Neolitik telah mula mempunyai pengkhususankerja mengikut gender. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pengkhususan
pekerjaan berdasarkan perbezaan peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan
wanita. Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang kuat seperti
mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala golongan wanita menguruskan
urusan rumah tangga dan kerja-kerja yang mudah. Perkembangan revolusi pertanian
telah menyebabkan perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan iaitu telah
lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak
binatang serta golongan artisan yang mempunyai kemahiran membina rumah dan
membuat peralatan-peralatan senjata dan pertanian.
C. Kesimpulan ( 2 markah)
Apa-apa sahaja yang berkaitan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
7
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
2. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Octavius Augustus dalam usahamengukuhkan empayar Rom pada zaman Pax Romana.
A. Pengenalan : ( 3 markah )1. Augustus memerintah Rom dari tahun 27 SM sehingga 14 S.M. Pemerintahannya
berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom, Keamanan yang
wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun dan dikenali sebagai Pax
Romana. Permulaan era "Imperial Rome" ialah pada 27 SM. Sebenarnya, zaman
perluasan empayar ini telah mula sejak zaman republik. Zaman pemerintahan empayar
dimulai oleh Augustus (27 SM - 14 M). Pada zaman pemerintahan baginda, Rom
mencapai zaman kegemilangan dan digelar sebagai keamanan Rom (Pax Roman).
Zaman ini berlangsung selama 200 tahun iaitu dari 27 SM - 180 M.
2. Pada zaman pemerintahan Octavius Augustus, empayar Rom meliputi Afrika Utara,
Mesir, Asia Barat hingga Sungai Euphrates, Sepanyol, Gaul, kawasan Sungai Rhine
dan Danube. Dalam empayar itu, bilangan penduduk dianggarkan sebanyak
70,000,000 yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
3. Bermula dengan Octavius Augustus, sistem pemerintahan Rom telah berubah daripada
Republik kepada sistem Imperial atau empayar. Walaupun tradisi republik masih
dikekalkan, Maharaja sebenarnya adalah berkuasa mutlak dan bertanggungjawab
mengekalkan kestabilan empayarnya terutamanya sempadan-sempadan empayar itu.
4. Di samping pemerintah Rom menghadapi perang saudara dan pemberontakan tentera
Rom untuk merebut kuasa takhta, masalah terbesar yang mengancam kestabilan politik
Rom ialah serangan musuh dari luar sempadan empayar terutamanya puak-puak gasar
Jerman di bahagian Eropah Barat empayar Rom. Maka, maharaja-maharaja Rom
seringkali cuba mengambil inisiatif untuk membendung punca kekacauan ini.
5. Penegasan soalan
B. Isi isi Penting -Langkah-langkah ( 5 x4m = 20markah )
1. Menetapkan sempadan semula jadi
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
8
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Octavius Augustus, maharaja pertama, meluaskan empayarnya dengan tujuan
menetapkan sempadan yang dapat dipertahankan dengan lebih berkesan. Dasar itu
dilaksanakan dengan empayarnya dikelilingi oleh sempadan semula jadi seperti padang
pasir, lautan dan sungai yang lembahnya membolehkan perhubungan dan gerakan tentera
dengan mudah. Misalnya, di Eropah Barat, Augustus dapat melindungi Gaul daripada
serangan puak Jerman dengan meluaskan empayarnya ke Sungai Elbe. Di Eropah Tengah
dan Eropah Timur, Sungai Danube ditetapkan sebagai sempadan empayar Rom selepas
penaklukan Noricum dan Pannonia (Austria dan Hungary Barat).
2. Pembaharuan organisasi tentera.
Di bawah pemerintahan Octavius, berlakunya pembaharuan organisasi tentera untuk
memperkukuhkan empayar Rom. Buat pertama kali, rakyat Itali yang menetap di tanah
jajahan takluk seperti Sepanyol, Gaul Selatan direkrutkan untuk menjadi tentera simpanan
(auxiliary). Syarat-syarat perkhidmatan dan sistem pembayaran diperkemaskan. Demi
kepentingan keselamatan empayar Rom, sebahagian besar tentera Rom dipindah ke situ
untuk melindungi Sungai Rhine dan Danube. Di Sepanyol dan Mesir tentera garison
diperkukuhkan. Pembaharuan organisasi tentera adalah proses berterusan mengikut
perubahan keadaan dan keperluan baru. Misalnya, Maharaja Diocletian pada kurun ke-3
Tahun Masihi telah menggunakan penduduk Jerman untuk memperkuatkan tentera Rom di
sempadan Eropah Barat.
3. Penubuhan angkatan tentera laut
Walaupun Actium merupakan pertempuran laut terakhir, Octavius terus mengekalkan
angkatan laut di lautan Mediterranean untuk membendung kegiatan melanun dan
melindungi pengangkutan makanan bijirin dari Mesir. Kapal-kapal juga ditempatkan di
Sungai Rhine dan Danube untuk pengangkutan askar-askar dan bekalan makanan.
4. Dasar terhadap wilayah-wilayah empayar
Demi kepentingan keselamatan sempadan empayar, Octavius mengamalkan dasar
pengilhakkan negara naungan (annexation of dependent kingdoms) atau dasar
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
9
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
pemecahan wilayah yang sedia wujud. Dasar penglihatan terbukti dalam penubuhan
wilayah Mesir, Galatia dan Judaea manakala dasar pemecahan biasanya diamalkan di
Eropah Barat untuk memperketatkan pengawalan dan pentadbiran wilayh-wilayah di situ.
Kedua-dua dasar terhadap wilayah-wilayah empayar diteruskan oleh maharaja selepas
Octavius. Misalnya, Claudius mengilhakkan wilayah Mauretania di Afrika Barat dan Thrace
di kawasan Danube.
5. Rangkaian Jalan Raya
Maharaja-maharaja Rom juga memberatkan pembinaan jalan raya di seluruh empayar
yang bukan saja menjalinkan hubungan antara ibu kota Rom dengan wilayah-wilayah
tetapi juga dapat memperlicinkan pergerakan tentera untuk mempertahankan sempadan.
Maharaja Cladius meningkatkan sistem jalan raya di wilayah Danube dan Gaul untuk
tujuan pertahanan dengan membina menara pengawal untuk kegunaan tentera garrison.
6. Kubu dan Tembok
Maharaja Rom seperti Trajan mendirikan suatu rangkaian kubu di kawasan antara Sungai
Rhine dan Sungai Danube. Di bawah Maharaja Diocletian dan Constantine, kubu-kubu
didirikan di Rhine dan Danube. Di Britain yang menjadi jajahan takluk Rom, maharaja
Hadrian juga mendirikan suatu tembok yang menghubungkan Tyne dan Selway. Di
sepanjang tembok juga didirikan kubu-kubu. Tentera yang mengendalikan kubu-kubu itu
adalah direkrutkan dari Wales dan sempadannya.
7. Proses Romanisasi/asimilasiDemi kepentingan menjadikan penduduk wilayah-wilayah di bahagian Eropah empayar
Rom lebih bersetia kepada maharaja dan lebih bersemangat untuk mempertahankan
sempadannya, beberapa maharaja seperti Octavius, Trajan, dan Hadrian telah
melaksanakan dasar Romanisasi iaitu penyebaran budaya dan cara hidup Rom di
kalangan penduduk tempatan. Perancangan pusat bandar di wilayah Rhine dan Danube
dibuat mengikut corak institusi sosial dan politik ibu kota Rom. Pendidikan Latin dan
pemujaan maharaja di perkenalkan.
8. Penubuhan liga bandar-bandar.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
10
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
9. Perlaksanaan Undang-undang Rom :Perundangan Rom dan hak kerakyatan Rom diberikan kepada penduduk tempatan untuk
memupuk semangat taat setia. Rakyat bukan warganegara Rom diwujudkan undang-
undang.
10. Pengukuhan EkonomiDi Rom, perdagangan bertambah maju di bawah pemerintahan Maharaja Augustus.
Keadaan politik yang stabil telah menggalakkan perniagaan bebas antara Laut Hitam
dengan Sepanyol. Barang-barang niaga dibawa masuk ke dalam empayar melalui jalan
raya yang dibina. Bandar-bandar telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Syria,
Greek, Sepanyol dan Afrika. Laut Mediterranean menjadi lebuh raya penting
menghubungkan kawasan tengah Empayar Rom. Rom telah mengeksport gelas, kain linen
dan emas ke luar negara. Di sebaliknya, Rom mengimport sutera dan lada hitam dari
China, mutiara, minyak wangi dan tekstil dari India. Bagi bidang perindustrian, ia dijalankan
oleh beberapa orang artisan tempatan
C. Kesimpulan ( 2 markah )
Apa saja yang berkaitan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
11
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
3. Huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadunawal.
A. Pengenalan (3M)1. Strategi peperangan merupakan suatu kempen peperangan yang merangkumi konsep
perang, penggunaan kuasa tentera, alat-alat senjata, logistik serta membayangkan unsur
perancangan untuk pencapaian objektif atau sasaran peperangan dengan berkesan.
Strategi ialah satu seni dan sains peperangan yang menentukan bahawa kemenangan atau
kekalahan adalah bergantung kepada perlaksanaannya. Strategi akan menentukan taktik-
taktik peperangan yang digunakan seperti taktik pertahanan, perikatan tentera,
penyerangan, pengepungan, dan lain-lain.
2. Latar belakang Tamadun Awal.3.Prinsip-prinsip perancangan strategi pula merangkumi perkara-perkara berikut:Objektif perancangan strategi semestinya didasarkan kepada objektif-objektif peperangan.
Antaranya ialah mempertahankan sesuatu sasaran yang strategik, melambatkan kemaraan
tentera musuh, mengatasi sesuatu halangan atau memperkukuh kedudukannya. Strategisentiasa berubah mengikut perkembangan terkini, keadaan geografi, kekuatan dan saiztentera musuh, dan iklim. Strategi juga terdorong oleh keadaan musuh seperti semangatperjuangan musuh, kekuatan musuh, dan keupayaannya untuk meneruskan peperangan.
Strategi berdasarkan jangka masa sama ada jangka masa pendek atau jangka masapanjang dalam konteks perancangan keseluruhan. Strategi tertakluk kepada sokongan logistik
termasuklah bekalan peralatan, pengangkutan, kemudahan-kemudahan, dan perkhidmatan
personel.
4. Penegasan soalanB. Isi-isi Penting (5 isi x 4M =20Markah)1.Strategi pertahanan membina kubu. Strategi ini bertujuan mengekalkan status quo.
Mendirikan kubu bertujuan untuk mempertahankan sesuatu tempat yang strategik. Biasanya
kubu didirikan di bukit, lereng bukit atau batu besar seperti acropolis di Yunani. Selain itu,
pembinaan tembok besar bertujuan untuk melindungi sempadan daripada serangan musuh
seperti Tembok Besar China di China dan Tembok Hadrian di Britain pada zaman Empayar
Rom. Strategi pertahanan ini juga sering dirancangkan untuk memperkukuh kedudukan
supaya sasaran lebih mudah dicapai.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
12
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
2.Strategi menjalin perikatan tentera. Strategi ini dijalankan dengan negara jiran ataunegara-negara lain untuk membendung ancaman dan cabaran musuh-musuh. Contohnya, di
China pada zaman Dinasti Han, tentera Han telah menjalin hubungan rapat dengan Yueh-chi
untuk membendung musuh Hsiung-nu. Di Yunani pula, Athens telah membentuk Liga Delos
untuk menghadapi kuasa Parsi.
3.Strategi penyerangan secara terus untuk meluaskan sempadan-sempadan empayar ataupenaklukan demi kepentingan melindungi sempadan. Contohnya, penyerangan oleh Greco-
Roman membawa kepada perluasan empayar di Semenanjung Itali dan Lautan
Mediteranean. Tektik penyerangan juga melibatkan pemilihan sesuatu titik masa dan tempat
yang dianggap paling sesuai untuk menjamin kejayaannya.
4.Strategi pengepungan biasanya digunakan pada zaman feudal di Eropah Barat untuk
menghancurkan semangat dan kekuatan pertahanan musuh di sesuatu tempat yang
strategik. Strategi cohesion dan dispersion ialah tentera dalam kumpulan yang besar yang
digunakan di dalam suatu medan pertempuran kian diperluaskan. Strategi ini bertujuan
mengurangkan nyawa yang terkorban.
5.Strategi pembinaan bandar-bandar atau pusat-pusat tentera untuk mengekalkankawasan-kawasan yang telah ditakluki (Garrison). Misalnya, strategi yang digunakan oleh
Iskandar Zulkarnain.
6.Strategi menjadikan alam semulajadi sebagai sempadan wilayah. Contohnya, SungaiRhine, Sungai Danube, dan bukit sebagai sempadan.
7. Strategi penggunaan binatang Contohnya penggunaan gajah untuk memecahkantembok-tembok pertahanan. Penggunaan kuda untuk serangan mengejut. Penggunaan
burung merpati pula untuk tujuan komunikasi dan mendapatkan maklumat.
C. Kesimpulan (2M)Apa-apa sahaja yang berkaitan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
13
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
4. Huraikan peranan pelabuhan di Alam Melayu sehingga abad ke-16 Masihi.
A. Pendahuluan. ( 3 Markah)1. Alam Melayu terdiri daripada kerajaan-kerajaan maritim. Alam Melayu juga terletak
di tengah-tengah perjalanan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan
dunia barat dan dunia timur. Keadaan fizikal kepulauan ini menyebabkan kegiatan
perdagangan melalui jalan laut menjadi sangat penting.
2. Terdapat banyak pelabuhan atau pusat persinggahan pedagang di Alam Melayu.
Pelabuhan-pelabuhan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Antara
pelabuhan yang terkenal di Alam Melayu seperti pelabuhan Oc-eo di Funan,
pelabuhan Ko-ying di Sumatera, pelabuhan Lembah Bujang di Kedah. dan pelabuhan
Melaka
3. Penegasan soalan
B. ISI ISI PENTING. (7 isi X 3 markah =21Markah )PERANAN PELABUHAN DI ALAM MELAYU1. Pusat Persinggahan Jalan Perdagangan.
Pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat persinggahan. Parapedagang singgah untuk membaiki kapal, mendapatkan bekalan air, bekalan bahan
mentah dan barang dagangan serta mendalami ilmu agama. Misalnya, Srivijaya muncul
sebagai sebuah kerajaan maritim yang unggul dan menguasai perairan di Selat Melaka
dan Laut Sunda. Penguasaan jalan-jalan laut menyebabkan Srivijaya menjadi
pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapal dari Asia Barat, India, China dan Nusantara.
Kedudukan geografinya adalah strategik iaitu di tengah-tengah jalan perdagangan
antara timur dengan barat. Penguasaan laluan perdagangan telah menyebabkan
perkembangan pesat aktiviti perdagangan
Pelabuhan Melaka terletak di Selat Melaka yang menjadi laluan pedagang pedagang
antara Timur ( China ) dengan Barat ( India dan Eropah ).Pertemuan angin Monsun
Timur Laut dan Barat Daya menyebabkan pelabuhan ini menjadi tempat persinggahan
pedagang pedagang.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
14
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
2. Pusat Pengumpulan bahan Mentah.Pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat pengumpulan bahanmentah. Contohnya, Pelabuhan Melaka bertindak sebagai pusat pengumpulan
barangan. Para pedagang China yang singgah di Melaka membawa kain sutera, kain
satin, teh , benang emas, tembaga, kipas, pinggan mangkuk, pasu, dan barang
perhiasan, manakala pedagang India memperdagangkan barang-barang seperti batu
permata, gandum, minyak sapi, kain kasa, kaca, sutera, kayu jati, kapas, buah
pelaga, kayu manis, cendana dan pakaian. Para pedagang dari Timur Tengah dan
barat membawa barang-barang seperti gelas, tembikar, senjata, wain, kain bulu,
gandum, mutiara, kurma, badam, gading, emas dan hamba abdi.
Barang- barang tempatan pula terdiri daripada emas dan lada hitam dari
Sumatera, emas dan bijih timah dari Tanah Melayu. Dan rempah dari Kepulauan
Maluku.
Selain itu, Kerajaan Kedah Tua menjalankan kegiatan ekonominya melalui
pelabuhan di Lembah Bujang. Pelabuhan ini mengumpulkan barang dagangan
tempatan seperti hasil hutan, pertanian dan perlombongan .
3. Pelabuhan Entrepot.Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot
ini melibatkan kegiatan perdagangan yang lebih besar , muncul selepas abad pertama
Masihi sehingga abad ke 16 Masihi.
Srivijaya merupakan pusat pelabuhan entrepot yang terkenal abad ke-tujuh hingga
abad ke-13 Masihi. Srivijaya muncul sebagai emporium yang terkenal untuk barangan dari
India, negara China ,Asia Barat dan wilayah-wilayah di bawah takluknya. Ramai pedagang
dari negara China ,India dan Arab mengunjungi pelabuhan Srivijaya.
Melaka menjadi tumpuan pedagang Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat untuk
bertukar barang dagangan. Contohnya saudagar Arab membawa batu permata dan
wangian, saudagar China membawa teh dan sutera, saudagar India membawa kapas dan
sudagar Jawa membawa beras.
Pelabuhan Kedah Tua membeli barangan seramik dari China, gelas, kaca dan manik
dari Timur Tengah, Parsi dan India.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
15
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Selain itu pelabuhan Majapahit, semasa pemerintahan Hayam Wuruk, menjadi
negara yang kaya dan makmur berikutan ramai pedagang-pedagang dari Kemboja,
China, Campa dan lain-lain yang singgah di pelabuhannya
4. Pentadbiran dan Prasarana Pelabuhan
Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat pentadbiran dan prasarana
pelabuhan. Di bawah pentadbiran kesultanan Melayu Melaka, Penghulu Bendahari
bertanggungjawab ke atas pentadbiran pelabuhan. Beliau dibantu oleh Syahbandar.
Pelabuhan Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti tempat
penyimpanan bekalan air, tempat penginapan, tempat membaiki kapal, gudang, dan
kawasan berniaga. Pemerintah Melaka telah membina gudang-gudang di bawah tanah
dengan dikelilingi pagar kayu dan pintu-pintu berkunci. Selain dikawal rapi, para pengawal
akan membunyikan loceng sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti
kekecohan dan kecemasan.
Selain itu pentadbiran pelabuhan Srivijaya Berjaya mengawal orang laut menyebabkan
masalah lanun di selat Melaka dapat diatasi. Sementara itu pemerintah Srivijaya telah
menyediakan pelbagai kemudahan seperti stor,tempat penginapan sementara pedagang
dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan-kemudahan dan layanan yang baik
menyebabkan pelabuhan Srivijaya bertambah maju
5. Dasar Perdagangan.Dasar perdagangan bebas menyebabkan Pelabuhan Melaka terbuka kepada semua
pedagang untuk bertukar barang. Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan. Contohnya
sebanyak 3% cukai dikenakan kepada pedagang tempatan dan 6% kepada pedagang
asing. Terdapat pedagang yang dikecualikan cukai.
Kerajaan Srivijaya tidak membenarkan pedagang asing mengadakan hubungan
perdagangan secara langsung dengan kawasan pedalaman. Mereka hanya dibenarkan
membeli di pelabuhan-pelabuhan yang terletak di bawah penguasaan kerajaan pusat
Srivijaya sahaja. Pedagang-pedagang asing dikehendaki mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan pusat.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
16
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
6. Peranan pusat penyebaran agama serantau.Pelabuhan Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam menjelang abad ke-
15 Masihi. Negeri-negeri jajahan takluk Melaka turut memeluk agama Islam. Ramai
pedagang ke Melaka berpeluang melihat ajaran dan amalan agama Islam serta gelaran
baru yang digunakan oleh raja dan pembesar-pembesar Melaka. Sepanjang abad ke-
15 Masihi, Melaka muncul sebagai pusat agama Islam yang dicontohi oleh kerajaan
lain di Nusantara.
Pelabuhan Srivijaya juga terkenal kerana peranannya dalam bidang agama
khususnya sebagai pusat pengajian agama Buddha. Raja Srivijaya juga menjadi
penaung kepada perkembangan agama Buddha. Raja-raja menggunakan kekayaan
yang diperoleh melalui perdagangan untuk membiayai pengajian agama dan membina
yayasan-yayasan agama.
7. Hubungan diplomatik
Pelabuhan di Alam Melayu berperanan sebagai pusat hubungan diplomatik.
Srivijaya mengukuhkan hubungan diplomatik dengan menghantar duta ke negara
China menyebabkan Srivijaya mendapat perlindungan daripada negara tersebut. Hal
ini membawa kepada perkembangan perdagangan dan menjadikan pelabuhan
Srivijaya sebuah empayar yang kuat dan berpengaruh.
Pelabuhan Majapahit semasa pemerintahan Hayam Wuruk telah menjalinkan
hubungan yang erat dengan Negara China. Ini dapat membantu Majapahit
mengukuhkan kedudukan dan mengelak konflik dengan kuasa besar itu
Parameswara seorang pemimpin yang menitik beratkan keselamatan Melaka.
Beliau mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam. Langkah ini dapat
mengelakkan Melaka daripada diserang kerajaan Siam dan seterusnya mengiktiraf
kedaulatan Melaka. Parameswara juga memohon perlindungan daripada negara China
dengan menjadi negeri naungan dan bersetuju menghantar ufti. Hubungan dua hala
antara Melaka dengan kerajaan China menyebabkan Siam dan Majapahit tidak berani
lagi mengancam dan menyerang Melaka.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
17
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
C. KESIMPULAN. ( 1 Markah)1. Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 menyebabkan Pelabuhan
Melaka semakin merosot.
2. Kemunculan kerajaan-kerajaan baru seperti Melayu-Jambi telah menyebabkan
kerajaan Srivijaya lenyap pada abad ke-14 Masihi.
Apa-apa sahaja yang berkaitan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
18
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
5. Bincangkan matlamat pendidikan formal dalam tamadun manusia.
A Pendahuluan (3Markah )1.Konsep Pendidikan formal - Pendidikan berbentuk formal adalah berkait rapatdengan pembentukan masyarakat yang semakin kompleks. Pengajaran dan
pembelajaran berlaku di sekolah dan persekitaran sekolah dalam usaha
membentuk keupayaan, kebolehan dan sikap manusia supaya mencapai
kesempurnaan jasmani dan rohani. Pendidikan formal melibatkan kurikulum,
institusi, dan tenaga pengajar yang telah ditetapkan.
2. Latar belakang tamadun manusia
3. Institusi pendidikan formal ditubuhkan untuk memenuhi keperluanmasyarakat dan pemerintah. Antaranya ialah tempat ibadat, istana, rumah guru,
sekolah, kolej dan universiti. Walaupun terdapat perbezaan dari segi organisasi dan
pelaksanaannya tetapi kesemuanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk kebajikan
dan faedah manusia.
4. Penegasan soalan
B Isi Matlamat pendidikan formal ( 5 isi x 4Markah=20Markah)1. Keagamaan
Mesopotamia dan Mesir melahirkan pendeta, atau paderi. India pula melahirkan
golongan sami dan pemimpin agama. Mereka juga menetapkan kurikulum yang
membayangkan kepentingan upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada
zaman Vedic, Maurya dan Gupta, pendidikan formal adalah dikendalikan oleh
golongan berkasta tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan
doktrin-doktrin agama Brahmanisme. Doktrin ini membawa kepada sistem kasta
dan kelas. Selain itu, pendidikan di India adalah untuk menyediakan manusia ke
arah kehidupan selepas mati.
2 Birokrasi
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
19
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
China melahirkan golongan birokrasi dengan tujuan mengukuhkan kerajaan dan
mewujudkan keamanan. Ajaran dan kefahaman Confucius ditekankan dalam
pendidikan di China yang bertujuan menjalinkan hubungan persaudaraan dan sifat
kekeluargaan demi kepentingan masyarakat di China.
Pada zaman Dinasti Han, Maharaja Han Wu Ti mendirikan sebuah akademia
dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-karya falsafah
Confucius. Di bawah naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah mulai menjadi
ideologi rasmi negara China.
Pelajar-pelajar China dikehendaki menduduki peperiksaan berasaskan ajaran
Confucius untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ia bertujuan
melahirkan pegawai kerajaan yang bermoral dan bertanggungjawab.
3 Ketenteraan.Dalam tamadun Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal
pertahanan. Mengikut Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM,
manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri, bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Di Sparta, tujuan pemerintahan ialah menguatkan kerajaannya untuk mengawal
rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya
jika dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa
Helots mengancam mereka dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan
Sparta ialah bercorak ketenteraan iaitu setiap kanak-kanak Sparta dikenakan
latihan tentera serta disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang bertujuan
melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka
daripada serangan Helots. Pada keseluruhannya pendidikan di Sparta berkisar
kepada ketenteraan kerana golongan peer yang minoriti sentiasa menghadapi
serangan daripada Helots.
4. Pemupukan Kewarganegaraan/kemanusiaan dan tanggungjawab SivikKonsep dan amalan pemupukan kewarganegaraan dan tanggungjawab sivik jelas
dibuktikan di negara kota Athens yang pendidikan formalnya dilaksanakan dengan
tujuan menjadikan rakyat lelaki Athens lebih bersedia melibatkan diri mereka dalam
hal-ehwal semasa, perbincangan awam, pengurusan pentadbiran, perkhidmatan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
20
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
sebagai juri dalam mahkamah serta perkhidmatan tentera untuk mempertahankan
negara kota mereka.
Dengan perkembangan demokrasi yang memuncak semasa pemerintahan Pericles
pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah bertujuan mengeratkan
hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan), membolehkan
perkembangan keperibadian seseorang individu supaya ia lebih berperanan kepada
negara serta bersedia meningkatkan kecemerlangan Athens dalam alam Yunani.
Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar Rom yang akibat
penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka, pendidikan
formal adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni seperti virtus
(kelakuan baik) dan pictus (obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar dan
meningkatkan semangat patriotisme.
5. Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan
Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan.
Matlamatnya ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah. Maka, boleh
dikatakan bahawa pendidikan formal itu merupakan suatu proses sosialisasi untuk
membina pemikiran rakyat, khususnya, para pegawai birokrat supaya mereka
memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal biasanya
dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat propaganda
adalah jelas dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran Confucius. Ajaran
Confucius dianggap sesuai bagi tujuan memupuk kesetiaan rakyat dan para
pegawai kerana Confucianisme memberatkan keharmonian sosial dan
ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara.
Dengan objektif itu, pemerintah-pemerintah China sejak Dinasti Han telah
menjadikan ajaran Confucius sebagai teras, sistem pendidikan formal di peringkat
daerah, wilayah dan ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya
kerajaan China telah menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan
menghasilkan segolongan cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai
birokrat di ibu kota dan wilayah. Akhirnya, boleh dikatakan bahawa fahaman
Confucius merupakan suatu teras perpaduan masyarakat dan negara China.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
21
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
6. KeintelektualanSelain itu matlamat pendidikan formal tamadun awal manusia ialah melahirkan
tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti phytagoras, dan ahli
falsafah yang seperti Socrates, Plato, dan Aristotle.
Pendidikan formal telah menyebabkan lahirnya tokoh-tokoh yang menolak agama
sebagai asas pemikiran. Akibatnya ilmuan di Rom dan Yunani mula mengubah
pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos ( alam sekeliling ) dan
humanisme.
Jelasnya, matlamat pendidikan tamadun Yunani dan Rom ingin melahirkan
warganegara yang berfikiran tajam dan kreatif berdasarkan kebebasan intelektual
manusia.
7. Melahirkan golongan scribes dan membasmi buta huruf.Pengenalan sistem tulisan di setiap tamadun bertujuan melahirkan rakyat yang
boleh menulis dan membaca. Di Mesopotamia dan Mesir golongan scribes
berfungsi jurutulis dalam bidang pemerintahan, keagamaan dan ekonomi.
C. Kesimpulan (2Markah)Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam
tamadun awal dapat berkembang dengan matlamat agama, kerajaan, pertahanan,
dan humanisma. Matlamat tersebut menjadi prinsip sejagat yang mempengaruhi
perkembangan institusi pendidikan tamadun awal.
Apa-apa saja yang berkaitan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
22
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
6 Huraikan perkembangan falsafah dan pemikiran dalam peradaban Melayusebelum dan selepas kedatangan Islam.
A. Pendahuluan ( 3 markah )
1. Latar belakang peradaban Melayu
2. Perkembangan falsafah di Alam Melayu dipengaruhi oleh ilmu agama.
3. Sebelum kedatangan Islam, falsafah di kawasan Alam Melayu dipengaruhi oleh agama
Hindu-Buddha.
4. Selepas kedatangan Islam, lahir ilmu tasawuf hasil daripada kegiatan dakwah oleh ahli-
ahli sufi.
5. Penegasan soalan.
B. Isi isi pentingi) Perkembangan Falsafah sebelum Kedatangan Islam( 5 isi x 2 markah = 10 markah )1. Kepercayaan dan agama masyarakat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.
2. Terdapat banyak karya kesusasteraan Jawa Kuno yang mengandungi unsur-unsur
falsafah seperti Arjunawiwaha, Bharatayayudda, Hariwangsa, Smaradahanan, dan
Samanasantaka.
3. Terdapat lebih 1000 rahib Buddha mempelajari teknologi dan falsafah agama
Buddha di Sumatera.
4. Terdapat tokoh-tokoh falsafah terkenal seperti pendeta Dharmakirti yang mengajar
ilmu agama di Sumatera.
5. Sumatera melahirkan ramai ahli falsafah seperti Atisa yang membawa gerakan
pembaharuan dalam agama Buddha di Tibet.
6. Namun begitu, falsafah Hindu-Buddha tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat
Alam Melayu kerana agama Hindu-Buddha tidak mempengaruhi rakyat jelata
kerana terpengaruh dengan unsur-unsur animisme dan demonisme serta golongan
bangsawan atau pemerintah tidak memahami ajaran falsafah Hindu walaupun
prinsip-prinsip ajaran Hindu mempengaruhi konsep berkerajaan (devaraja).
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
23
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
7. Aspek amalan ritual, bahasa, dan seni lebih mempengaruhi kehidupan masyarakat
di Alam Melayu.
ii) Perkembangan Falsafah Selepas Kedatangan Islam( 5 isi x 2 markah = 10 markah )
1. Selepas kedatangan Islam, pemikiran dan falsafah peradaban Melayu dipengaruhi
oleh agama Islam.
2 Perkembangan pemikiran dan falsafah di Alam Melayu bermula dengan pengislaman
Pasai dan Melaka. Terdapat kitab-kitab agama dari Arab yang dibawa oleh para
ulama seperti kitab Darul Mazlum.
3. Bidang tasawuf berkembang hasil daripada kegiatan dakwah yang dijalankan oleh
tokoh-tokoh sufi.
4. Terdapat dua bentuk ajaran tasawuf iaitu tasawuf falsafah dan tasawuf akhlak.
Tarikat tasawuf juga berkembang.
5. Ajaran tasawuf dipengaruhi oleh kitab Ihya Ulumuddin.
6. Ilmu tasawuf mencapai kemuncak perkembangannya pada zaman Acheh dengan
kemunculan tokoh-tokoh seperti Hamzah Fansuri ( Syair Perahu ), Shamsuddin al-
Sumatrani ( al- Shiratul- Mustaqim ), dan Nurudin al- Raniri (Bustanul Salatin).
7. Tasawuf akhlak disebarkan melalui sastera hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad,
Qisasul Anbiya, dan Hikayat Nabi bercukur.
8. Tarekat-tarekat yang berkembang ialah Qadariah, Rifaiyah, dan Satariyyah.
9. Wujudnya polemik pemikiran antara Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
24
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
10. Perkembangan pemikiran dan falsafah terbantut pada abad ke-17 apabila golongan
fuqaha (ahli fekah) mempengaruhi golongan pemerintahan. Hasil penulisan
Wahdatul Wujud dimusnahkan ( dibakar ).
C. Kesimpulan ( 2 markah )
Falsafah di alam Melayu pada zaman sebelum dan selepas kedatangan Islam dipengaruhi
oleh agama. Sebelum kedatangan Islam, falsafah dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha.
Pengaruh falsafah ini terhad kepada kepada golongan atasan sahaja. Selepas kedatangan
Islam, ilmu falsafah dikembangkan oleh mubaligh Sufi. Pengaruh agama dalam falsafah di
alam Melayu tidak dapat dinafikan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
25
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
7. Usaha-usaha pelayaran yang dilakukan oleh kuasa Barat sejak abad ke-15M telahmeninggalkan kesan yang besar dalam tamadun manusia . Bincangkan.
A. Pendahuluan (3 Markah)1. Konsep penjelajahan dan penerokaan.
2. Latar belakang penerokaan dan penjelajahan Eropah.
Zaman penemuan dalam Sejarah Eropah Barat menyifatkan kegiatan peneroka
Eropah yang berjaya memperluaskan pengetahuan geografi tentang dunia di luar
Eropah dan Lautan Mediterranean. Negeri negeri Iberia, iaitu Sepanyol dan Portugal
telah mengambil inisiatif untuk menerokai pantai Benua Afrika pada kurun ke-15M.
Menjelang 1450M peneroka-peneroka Portugal telah bertapak di Azores, sampai ke
Cape Verde dan Senegal dan mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1498M
Vasco da Gama juga berjaya belayar ke Calicut di India Barat. Di lautan Atlantik,
Christopher Columbus telah menyeberangi lautan itu pada tahun 1492 M dan
menemui Hispanola ( Cuba ). Pada 1502M Amerigo Vespucci telah sampai ke Brazil
dan Sungai Plate. Penemuan penemuan itu menunjukkan bahawa suatu benua
terletak di selatan Wilayah Carribean yang pada ketika itu dinamakan Amerika. Pada
keseluruhannya, Sepanyol dan Portugal berjaya memperkenalkan suatu era baru
dalam sejarah manusia dalam erti kata bahawa mereka telah dapat memperluaskan
pengaruh Eropah ke seluruh dunia.
3. Zaman Renaissans yang bermula pada kurun ke 13 T.M. menggalakkan munculnyasemangat inquiri atau ingin tahu terutamanya tentang wujudnya hal tanah tanah diluar Eropah yang belum diketahui. Semangat Renaissans juga mengubah pandangan
dunia (world view) orang orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka
adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah tertumpu pada Jerusalem dan Lautan
Mediterranean. Dunia pada masa itu, dianggap terdiri daripada Asia, Eropah dan Afrika
yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui
Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
26
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
B. Isi-isi pentingKesan-kesan pelayaran kuasa barat sejak abad ke-15M terhadap tamadun manusia
(7 isi X 3M = 21M)1- Memperluaskan tanah jajahan.
Buat pertama kali kuasa kuasa Eropah telah berjaya memperluaskan tanah
jajahannya di luar Eropah. Di benua Asia, Portugal telah menubuh empayar maritim
yang menguasai jalan laut di Lautan India, Asia Tenggara sehingga negeri China.
2- Perdagangan di Asia.Perdagangan di Asia telah didominasikan oleh Portugal melalui penubuhan satu
jalinan pusat kuasa dan perdagangan di pelabuhan pelabuhan strategik seperti
Socotra, Hormuz, Aden, Goa, Melaka, Moluccas, dan Macao. Pada kurun ke-16,
Portugal telah muncul sebagai kuasa perdagangan yang dominan di Asia
Tenggara. Portugal merapatkan hubungan dengan Burma, Siam, dan Kepulauan
Asia Tenggara, di Timur Jauh dengan Jepun dan China, dan di Eropah berjaya
mengganti peranan Venice sebagai kuasa perdagangan.
3- Perkembangan agama Kristian di luar EropahDari pusat pusat itu, agama Kristian juga tersebar terutamanya oleh golongan
Franciscian. Penaklukan dan pemerintahan diikuti dengan penyebaran agama
Kristian. Melalui gereja Katholik, unsur unsur kebudayaan Sepanyol seperti
bahasa dan cara kehidupan telah diperkenalkan kepada orang-orang tempatan.
4- Pengaliran kekayaan ke EropahBerikutan daripada penjelajahan Columbus, orang orang Sepanyol mulai
menduduki beberapa kawasan di India Barat, iaitu Hispanola dan Cuba dengan
bermotifkan memperolehi tanah untuk pertanian dan emas. Hernan Cortes
merampas Mexico daripada Aztec. Dataran Tinggi Mexico kaya dengan emas dan
sesuai sekali pertanian perladangan. Pada tahun 1531, Pizarro menakluki Peru
yang lombong peraknya di Potosi adalah sumber kekayaan kepada Eropah selama
tiga kurun. Menjelang 1700 T.M. tiga kawasan telah diduduki : Mexico, Peru, dan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
27
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Kepulauan Carribean dan pengendalian ekonominya tertakluk pada kepentingan
Sepanyol.
5- Perpindahan pusat perdagangan ke Eropah BaratKesan kesan ke atas Eropah boleh dilihat daripada beberapa sudut. Pusat
pusat perdagangan di Eropah yang dulunya bertapak di Eropah Selatan mulai
berpindah ke Eropah Barat, iaitu Lisbon, Bordeux, Liverpool, Bristol, dan
Amsterdam. Antara barang barang import ialah makanan dari Amerika Selatan
yang dapat menyumbang kepada pertambahan bilangan penduduk di Eropah.
6- Kelahiran ekonomi kapitalisme.Kekayaan dari koloni koloni yang mengalir ke Eropah akhirnya memberi suatu asas
yang kukuh untuk kelahiran ekonomi kapitalisme. Kapitalisme bermula dengan
revolusi komersil yang menitikberatkan pasaran eksport, modal persendirian,
keuntungan, dan penindasan tenaga buruh murah. Pada jangka masa panjang,
penjelajahan dan penerokaan menandakan titik perubahan daripada ekonomi feudal
kepada ekonomi kapitalisme.
7- Kesan sosial ke atas Masyarakat Eropah dan Koloni.Penjelajahan membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat Eropah dan
koloni. Di Eropah, kekayaan baru kian meningkatkan kadar kos kehidupan dengan
kenaikan barang barang keperluan. Selain itu, penjelajahan dapat menyebabkan
jurang perbezaan sosial memperketatkan stratifikasi masyarakat mengikut
kekayaan. Di koloni, kedatangan orang orang Eropah telah memperkenalkan
penyakit penyakit baru yang membawa kepada kenaikan kadar kematian orang
tempatan.
8- Mempercepat kemerosotan pengaruh pedagang Islam.Penguasaan perdagangan di Laut Mediterranean dan Lautan Hindi oleh pedagang
Islam telah merosot kesan daripada penerokaan kuasa Eropah terutamanya
Portugis.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
28
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
9- Perubahan ekologiDari segi flora dan fauna, beberapa jenis pokok dan binatang dari Asia dan Eropah
diperkenalkan ke Amerika Utara dan Selatan dan sebaliknya. Misalnya jagung,
tomato, ubi kentang, dan ayam.
10- Asimilasi antara penjajah dengan penduduk tempatan.Berlakunya kahwin campur antara penjajah dengan penduduk tempatan seperti di
Amerika Selatan dan Filipina. Bahasa Sepanyol mempengaruhi bahasa tempatan.
11- Perkembangan ilmu pengetahuan dan ilmu pelayaran.Maklumat baru tentang geografi di luar Eropah serta peta-peta yang lebih saintifik.Maklumat baru misalnya didapati daripada The Travels of Marco Polo. Buku itu
diterjemahkan dalam beberapa bahasa seperti Latin, Sepanyol, German, dan
Inggeris. Columbus sendiri memperoleh buku itu yang memberi perangsang
kepadanya untuk menjelajahi Lautan Atlantik pada tahun 1492 T.M. Terdapat
penyelidikan dalam bidang geografi dan pelayaran ditaja oleh raja raja yang
mementingkan penerokaan maritim. Munculnya segolongan ahli ahli kartografi
dan hidrografi yang menghasilkan peta-peta yang jauh lebih tepat daripada peta
Ptolemy.
C. KESIMPULAN (1 Markah)Apa sahaja berkaitan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
29
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
8. Jelaskan perkembangan teknologi dalam tamadun Mesopotamia
A. Pendahuluan (3M)1. Latar belakang tamadun Mesopotamia
2. Konsep teknologi
3. Penegasan soalan
B. Isi (Perkembangan teknologi)(7isi X3 Markah)
1. Teknologi pertanianDengan terciptanya peralatan, aktiviti pertanian dapat dijalankan dalam bentuk
skala yang lebih besar.Contohnya, terusan dibina untuk mengairi sawah.Dalam bidang
pertanian, orang Sumeria mencipta bajak dan alat menabur mempercepat kerja
pertanian.Teknologi pengairan dalam Tamadun Mesopotamia menghasilkan surplus dalam
hasil pertanian dan penternakan yang mendorong kepada pembinaan bandar. Kincir air
mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.Terusan- terusan
dibina menghubungkan sungai nil ke kawasan pertanian
2. Teknologi ketahanan dan pertahananPembinaan kubu-kubu pertahanan dan tembok berfungsi sebagai pertahanan
semasa peperangan. dalam Tamadun Mesopotamia tembok-tembok pertahanan menjadi
sempadan antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam bidang persenjataan tamadun
Mesopotamia menggunakan peralatan ketenteraan seperti wagon, armor,busur, kasut but
bertali, baju besi dan lain-lain.
3. Teknologi membina kemudahan asasPembinaan kolam dalam tamadun Mesopotamia dilengkapi dengan tangga yang menuju
ke bahagian dasar kolam yang dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan
bitumen. Air kolam ini diperoleh daripada sebuah perigi yang terletak berhampiran kolam
tersebut. Salah satu keistimewaan kolam ini ialah kolam ini boleh dikosongkan dan diisi
semula.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
30
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Pembinaan jalan raya juga menjadi satu kemudahan asas kepada penduduk pada
zaman tamadun awal. , Dalam Tamadun Mesopotamia jalan raya dibina untuk
menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat-tempat lain di dalam bandar.
Pembinaan pintu gerbang Ishtar dan Taman Tergantung Babylon menggambarkan
ketinggian teknologi senibina tamadun Mesopotamia.
5. Teknologi membina rumah-rumah berhalaOrang Sumeria menganggap raja sebagai wakil Tuhan di dunia dan bukannya
sebagai Tuhan.Sebuah kuil telah dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-
7 tingkat yang dipanggil Ziggurat. Ziggurat yang termasyhur ialah The Towel of Babel.
Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di sini. Ziggurat pertama yang
dibina ialah Nippur (untuk Tuhan Enlil/angin).
6. Teknologi pengangkutan dan pelayaran
Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria akibat hubungan perdagangan mereka dengan
dunia luar. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
Pedagang-pedagang Mesopotamia menjalinkan hubungan perdagangan dengan tamadun
Indus. Orang-orang Sumeria dipercayai mula-mula mencipta roda. Pengetahuan membuat
roda membolehkan orang Sumeria menggunakan kereta kuda dan lembu serta
menggunakan pedati dalam peperangan.
7. Teknologi PerbandaranKemajuan dalam teknologi pengairan, penternakan dan pertukangan mendorong
kepada kemunculan bandar. Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam
bidang seni bina. Mereka merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu
dengan menggunakan batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan
menggunakan batu-bata. Bandar-bandar di Mesopotamia mempunyai pintu gerbang yang
melambangkan kekayaan sesebuah badar. Terdapat monumen yang diukir dan dihiasi
pada pintu gerbang.Di Babylon, terdapat lapan pintu gerbang yang dinamakan dengan
nama Tuhan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
31
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
8. IntelektualOrang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10
dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap
bulan mengandungi 30 hari. Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang
berdasarkan unit-unit 10 dan 60. Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada
12 bulan dan setiap bulan mengandungi 30 hari.
9. Tulisan- Mencipta tulisan pepaku
C. Kesimpulan- (1Markah)
Apa saja yang berkaitan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
32
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Bahagian B9. Bincangkan konsep manusia mengikut pandangan Islam dan Arab Jahiliyah.
A. Pengenalan (3 markah)
1. Pengertian jahiliyah
2. Pengertian manusia. Dalam bahasa latin manusia dipanggil sebagai homospiens.
Manusia adalah sejenis haiwan mamalia yang boleh berfikir dan berkata-kata. Mengikut
kajian arkeologi, manusia sudah pun wujud sejak 500,000 tahun dahulu, iaitu pada zaman
Air Batu.
3. Pengertian Islam
4, Penegasan soalan
B. Isi-isi penting (20 markah)
i) Konsep manusia menurut Islam (5 isi x 2 markah=10 markah)
1. Pengertian manusia dari segi bahasa mengikut perspektif Islam.
i. Pengertian manusia dari segi bahasa.
ii. Pengertian dari segi Istilah.
2. Manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-
Baqarah ayat 30 yang bermaksud: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para
malaikat (sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
3. Di samping itu, manusia diciptakan oleh Allah s.w.t untuk mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t agar menjadi seorang hamba yang soleh. Dalam hubungan itu, Allah s.w.t telah
menjelaskan matlamat penciptaan manusia melalui firmanNya: dalam surah al-Zaariyat
ayat 56 yang bermaksud: Dan aku ciptakan jin dan manusia melainkan beribadah
kepadaKu.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
33
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
4. Agama Islam juga menyarankan kepada manusia agar membangunkan unsur unsur
rohani dan jasmani demi mencapai keseimbangan dalam diri manusia. Keseimbangan di
antara fizikal dan spiritual ini penting demi mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
5. Kedudukan manusia di sisi Allah s.w.t juga dikira sama tarafnya tanpa mengira warna,
kulit, keturunan, pangkat, dan lain-lain. Islam melarang perhambaan di kalangan manusia.
6. Manusia dicipta sebaik baik kejadian. Bagi membolehkan manusia yang begitu
sempurna penciptaannya agar hidup aman bahagia serta selamat sejahtera, Allah s.w.t
telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia.
7. Manusia yang paling mulia ialah manusia yang bertakwa.
8. Manusia sebagai pemegang amanah.
9. Semua manusia dari keturunan Adam dan manusia dijadikan dari tanah.
10. Manusia terdiri daripada 5 komponen: jasad, roh, akal, nafsu, dan hati/jiwa.
11. Akal membezakan manusia dengan makhluk makhluk lain.
12. Manusia dijadikan dalam keadaan fitrah.
ii) Konsep manusia menurut Jahiliah. (5 isi X 2markah=10markah)
1.Manusia tidak bersifat abadi dan akan terhapus setelah berlakunya kematian dan tidak
mempercayai adanya Hari Akhirat and Hari Pembalasan. Dengan sebab itulah kehidupan
manusia pada zaman berkenaan penuh dengan kemaksiatan.
2.Di samping itu, manusia menurut pandangan Jahiliah lagi menjadikan hawa nafsu
sebagai panduan bagi kehidupan mereka di dunia ini. Sehubungan dengan ini, berjudi,
minum arak, dan makan riba dianggap sebagai satu jalan mencari rezeki yang baik dan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
34
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
mudah. Oleh itu, mereka melakukannya. Minum arak pula dianggap satu perbuatan yang
baik dan mulia.
3.Status mereka dalam masyarakat bergantung kepada keturunan dan kabilah. Sekiranya
kabilah itu kaya, dan berpengaruh maka seseorang anggota kabilah itu dipandang mulia.
Begitulah sebaliknya.
4. Menghargai dan mendewakan kuasa alam sekeliling.
5. Mempercayai adanya tuhan tetapi tidak beriman kepada satu tuhan.
6. Mereka tidak tahu asal usul kejadian manusia
7. Mereka melihat manusia dari sudut jasadiah semata-mata.
C.Kesimpulan (2 markah)Manusia menurut pandangan Islam adalah untuk melaksanakan perintah perintah Allah
s.w.t bagi mendapatkan keredhaannya dan kemuncaknya mencapai kebahagiaan di dunia
serta akhirat. Sementara manusia menurut pandangan Jahiliah pula mengikut telunjuk
hawa nafsu dengan mengenepikan soal akhirat.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
35
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
10 Nilaikan dasar Muawiyah bin Abu Sufyan dalam pemerintahan Bani Umayyah.
A. Pendahuluan ( 3 markah )
1. Latar belakang kerajaan Bani Umayyah Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh
Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H. Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umayyah
bukan secara demokrasi tetapi secara monarki. Nama Umayyah diambil sempena
dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umayyah bin Abd. Manaf. Kerajaan Bani
Umayyah memerintah selama 91 tahun ( 41H-132H) oleh dua keturunan, iaitu
keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu al-As.
2. Latar belakang Muawiyah bin Abu Sufyan Beliau dilahirkan kira-kira 5 tahunsebelum Nabi SAW menjadi Rasul. Ayahnya, Abu Sufyan ialah seorang pemimpin
Quraisy yang terkenal dan berpengaruh. Beliau memeluk Islam ketika berumur 25
tahun iaitu ketika Kota Mekah dibuka oleh tentera Islam pada tahun 8 H. Beliau dilantik
sebagai penulis wahyu pada zaman Rasulullah SAW dan banyak meriwayatkan hadis.
Pernah menjawat jawatan Ketua pasukan tentera khas pada zaman Abu Bakar as-
Siddiq. Beliau menjadi gabenor di Jordan dan Syam. Pada tahun 41 H beliau dilantik
menjadi Khalifah dan memerintah selama 20 tahun dan wafat pada tahun 60 H.
3. Penegasan soalan Muawiyah melaksanakan dasar-dasar tertentu semasapemerintahannya sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan lain-lain.
B. Isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah )
1. Dasar pelantikan khalifah Beliau melaksanakan dasar pelantikan khalifah secarawarisan. Pemerintah terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umayyah. Khalifah
melantik putera mahkota untuk mewarisi jawatan ketua negara. Contohnya, Muawiyah
telah melantik anaknya Yazid sebagai penggantinya.
2. Dasar pemerintahan- Beliau banyak meniru sistem pentadbiran dan pemerintahanParsi dan Byzantine. Oleh itu, ada sarjana sejarah yang mengatakan bahawa
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
36
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
pemerintahan dan pentadbirannya bercorak secular walaupun unsur-unsur agama
tetap dikekalkan. Asas pemerintahan dan pentadbirannya terletak di atas bahu
tenteranya yang kuat dan cekap. Beliau telah memindahkan pusat pemerintahan
negara Islam ke Kota Damsyik.
3. Dasar terhadap rakyat- Muawiyah dan kebanyakan khalifah Bani Umaiyyahmelaksanakan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang
Arab terutama keturunan Bani Umayyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam
bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting
dan dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan Bani
Abbasiyah mengadakan gerakan sulit menentang Bani Umayyah.
4. Dasar protokol khalifah- Pentadbiran Muawiyah banyak dipengaruhi olehpemerintahan Rom. Khalifah mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah.
Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal
rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara untuk
kemewahan pemerintah dan keluarganya.
5. Dasar pelantikan/kedudukan pegawai kerajaan Pegawai tinggi kerajaan dantentera dilantik dalam kalangan keluarga Bani Umayyah dan golongan yang
menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat. Setiap gabenor yang dilantik di
setiap daerah hanyalah mempunyai kuasa ketenteraan dan urusan yang bersangkutan
dengan politik sahaja. Urusan yang berkaitan dengan pungutan cukai-cukai di daerah-
daerah itu adalah di tangan Sahibul-Kharaj. Pegawai ini dilantik terus oleh khalifah.
Oleh itu, pegawai ini bebas daripada kuasa gabenor. Malahan gabenor sendiri terpaksa
bergantung kepada Sahibul-Kharaj ini dalam masalah kewangan. Tegasnya, Muawiyah
telah berjaya meletakkan pentadbiran negaranya dalam satu bentuk dan corak yang
tersendiri. Asas asas pentadbiran inilah yang diwarisi oleh khalifah Bani Umayyah
kemudiaanya.
6. Dasar peluasan wilayah- Muawiyah berjaya menubuhkan pasukan tentera darat danlaut. Oleh itu, beliau Berjaya mengekalkan keamanan di dalam negaranya. Di samping
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
37
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
itu, beliau telah berjaya menawan daerah-daerah lain. Di sebelah Timur, tenteranya di
bawah pimpinan panglima Abdullah bin al-Sawwar dan kemudiannya Muhallab bin Abi
Sofrah telah berjaya menawan kawasan-kawasan itu sampai ke Qabul dan kawasan-
kawasan yang berhampiran dengan Khurasan. Beliau menggunakan Majlis Syura untuk
menyelesaikan urusan pentadbirannya. Seluruh negara Islam dibahagi-bahagikan
kepada daerah-daerah tertentu dengan melantik seorang gabenor bagi satu daerah.
Beliau telah melantik Amru bin al-As sebagai gabenor bagi seluruh Afrika dan Ziyad bin
Abih sebagai gabenor di seluruh Timur.
7. Dasar terhadap golongan yang menentang khalifah- Khalifah Muawiyah mengambiltindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umayyah
terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah. Beliau telah mengambil tindakan
ketenteraan terhadap golongan penentangnya. Angkatan tentera Muawiyah di bawah
pimpinan al-Mughirah bin Syukbah telah berjaya menentang gerakan puak Syiah yang
berpusat di Kufah. Beliau membawa pemimpin puak Syiah, Hujr bin Adi dan 12 orang
penyokongnya ke Syam dan mereka dibunuh di Damsyik.
8. Dasar ekonomi dasar ekonomi turut berubah iaitu Muawiyah telah melantik pegawaikhas untuk menguruskan pungutan cukai. Sahibul Kharaj ditugaskan memungut cukai
di daerah-daerah dan bertanggungjawab terus kepada Khalifah. Dasar pemungutan
cukainya dikatakan secara berlebihan dan berlaku penyalahgunaan wang Baitulmal
dan berlaku pemborosan.
C. Kesimpulan ( 1 markah )
Apa-apa yang berkaitan.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
38
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
11. Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Bani Umayyah bagimeningkatkan kekuatan ketenteraannya.
A. Pendahuluan (3 markah)1. Latar belakang kerajaan Bani Umayyah
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 41H.
Sejarah kelahiran kerajaan Bani Umayyah bukan secara demokrasi tetapi secara monarki.
Nama Umayyah diambil sempena dengan nama pembesar Quraisy iaitu Umayyah bin
Abd. Manaf. Kerajaan Bani Umayyah memerintah selama 91 tahun ( 41H-132H) oleh dua
keturunan, iaitu keturunan Harb bin Umayyah dan keturunan Abu al-As.
2. Konsep ketenteraan
3. Penegasan soalan
B. Isi (5 isi X4 markah=20markah)
1. Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera Parsi
Membahagikan tentera kerajaan Umayyah kepada 5 pasukan :
Pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri, pasukan hadapan, dan
pasukan barisan belakang
2. Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapi dengan peralatan perang
moden. Angkatan tentera juga terdiri dari pasukan berkuda, pasukan
berkenderaan, dan pasukan pejalan kaki
3. Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
4. Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta
pengklan tentera laut yang berpusat di Tunisa, Syria & Iskandariah Tentera laut terbahagi
kepada dua bahagian iaitu tentera Laut Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal
besar berpaku dan Laut Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
39
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
besi dan berpaku. Bani Umayyah pada zaman pemerintahan Muawiyah yang telah
melancarkan ekspedisi ketenteraan laut menentang Byzantine dan Constantinople pada
54H.
5 Pada awalnya pemilihan anggota tentera secara suka rela kemudian bertukar menjadi
kerahan bagi yang memenuhi syarat
6 Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan Antara
tokoh terkemuka ialah Tariq bin Ziyad ( membuka Andalus )
7.Bani Umaiyyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun termasuk elaun keluarga dan elaun
tambahan pada zaman pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.
8. Penubuhan bandar-bandar tentera, - Qairawan di Afrika Utara, Basrah, Kufah
C. Kesimpulan- 2MApa sahaja yang berkaitan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
40
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
12. Bincangkan peranan dan pelaksanaan zakat pada zaman Khulafa Al Rasyidin
A Pendahuluan ( 3 Markah)
1. Konsep zakatZakat berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada kata dasar zaka yang bererti
penambahan atau persucian. Dari segi bahasa zakat bermaksud kesuburan,
kesucian, keberkatan dan kedamaian. Dari segi syarak pula zakat merupakan pembayaran
atau cukai ke atas harta apabila sudah sampai nisabnya dan genap setahun (haul) dan ia
akan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Zakat dapat membersih jiwa dan
hati daripada perasaan tamak serta dapat membawa kesuburan harta. Zakat merupakan
rukun Islam yang ketiga dan wajib dilaksanakan mengikut Al-Quran dan Sunnah
2. Sejarah pelaksanaan zakatZakat difardukan ke atas umat Islam pada tahun kedua hijrah(632M)
3. Latar belakang khalifah Al-Rasyidin
4. Penegasan soalan
B. ISI ISI PENTING.
i) Peranan zakat: (5 isi X 2M=10M)
1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan umat Islam. Pada zaman Abu Bakar AlSiddiq , zakat berperanan sebagai ujian terhadap keimanan dan ketaqwaan umat
Islam kepada Allah. Beliau berjaya menangani golongan yang enggan membayar
zakat dan mengisytiharkan perang ke atas umat Islam yang enggan membayar
zakat.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
41
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
2. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala. Orang yang menunaikanzakat mendekatkan diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara
yang diredhai oleh Allah.
3. Membasmi kemiskinan. Peranan zakat juga ialah membantu golongan yang layak
menerima zakat seperti fakir dan miskin.
4. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.
5. Mendamaikan atau mewujudkan kedamaian ( al salah ).
6. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.
7. Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.
8. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.
9. Membuktikan semangat sifat mentaati hukum & perintah Allah.
10. Memperolehi keberkatan.
ii) . Pelaksanaan institusi zakat pada zaman khulafa al-Rasyidin(5 isi X 2Markah=10Markah)
1. Penubuhan institusi Baitulmal. Zakat menjadi sumber pendapatan negara dandisimpan di Baitulmal pada zaman Khalifah Umar al- Khattab.
2. Perlantikan Amil yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakatdaripada pihak yang layak berzakat mengikut haul dan nisab tertentu (tempoh dan
kadar).
3. Membahagikan jenis zakat kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
42
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap
tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari
pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.Kadar zakat fitrah
ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan
asasi penduduk.
Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta
tertentu dengan haul dan nisab yang telah ditetapkan oleh syarak . Contohnya,
hasil tanaman dan buah-buahan jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya1/10 dan jika diusahakan sendiri 1/20. Zakat binatang ternakan seperti kambing,
unta dan lembu.Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup haul nisab, tidak
digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri. Zakat emas dan perak
dikenakan sebanyak 2.5%.Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan
tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5% Barang-barang perniagaan-2.5%
4. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukumIslam.
5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layakmenerima antaranya:
a. Fakir
b. Miskin
c. Amil.
d. Muallaf
e. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.
f. Orang yang berhutang
g. Orang yang berjihad (fi sabilillah)
h. Orang yang merantau ( musafir ) dan kehabisan wangnya semasa dalam
perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasuk
mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu )
6. Kutipan zakat bertambah semasa pemerintahan Umar Al Khattab kerana beliau
banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
43
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
7. Kutipan zakat pada zaman khalifah Usman bin Affan semakin bertambah
kerana peluasan wilayah Islam hingga ke Afrika, Asia dan Eropah. Walau
bagaimanapun, pada akhir zaman pemerintahannya berlaku pemberontakan
sehingga beliau terbunuh dan kutipan zakat menghadapi masalah.
8. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pungutan zakat diteruskan. Namun,
hasilnya semakin berkurangan kerana beliau berhadapan dengan masalah
pemberontakan.
C. Kesimpulan: (2markah)
Perlaksanaan institusi zakat pada zaman Khalifah Umar Al Khattab menjadi asas
dalam perlaksanaan dan pentadbiran zakat hingga ke hari ini. Perlaksanaannya yang
diuruskan secara terpimpin akan membawa kemakmuran
-Apa-apa saja yang berkaitan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
44
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
13.Huraikan pengaruh sistem pendidikan Islam di Timur Tengah terhadap pendidikanIslam di Alam Melayu.
A. Pendahuluan (3Markah)1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan
budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat.
2. Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan
generasi Islam yang akan datang.
3. Institusi pendidikan Islam bermula di rumah dan masjid masjid pada awal Islam.
Kemudian ditubuhkan Baitul-ilm, al-Madrasah al-Baihaqiyyah di Naisabur dan
Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada tahun 1067 M sebagai institusi pengajian
tinggi Islam. Kemuncak perkembangan institusi pendidikan Islam ialah dengan
tertubuhnya Universiti al-Azhar pada tahun 259 H (970 M)
4. Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian berbentuk
halaqah, pondok, dan pesantren lahir di Alam Melayu.
5. Penegasan soalan
B.Isi-isi penting. (5 isi X 4 markah=20 markah)1. Pengaruh terhadap matlamat pendidikan. Menurut Ibn Khaldun, antara matlamat
pendidikan Islam ialah:
(a) Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya
syiar-syiar agama menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Melalui kaedah
sedemikian potensi iman dan dapat diperkuatkan, sebagaiman hanya
dengan potensi potensi lain sekiranya telah menjadi darah daging ia
boleh menjadi fitnah.
(b) Memperlengkapkan akhlak manusia.
(c) Memperlengkapkan sosio-budaya manusia.
(d) Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran professional
atau perkerjaan.
(e) Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap
pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai bagai
pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
45
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
(f) Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenian, termasuk muzik,
syair, khat, seni bina dan lain-lain lagi.
2. Pengaruh terhadap prinsip-prinsip pendidikan. Antara prinsip-prinsippendidikan Islam ialah untuk:
(a) Memahami penciptaan manusia dan makhluk seluruhnya, iaitu
mengenal Allah sebagai pencipta dan lain semuanya adalah makhluk
Allah.
(b) Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.
(c) Memahami martabat dalam Islam.
(d) Menjurus kepada pembinaan tiga fakulti manusia, iaitu akal (minda), roh
(kerohanian), dan jasad(jasmani) dalam pengisian ilmu.
(e) Memiliki dan mengembangkan ilmu berdasarkan kepada tauhid.
3. Pengaruh terhadap struktur kurikulum dan institusi pengajian Islam.
Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan
pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut. Perkembangan institusi
pendidikan Islam di rumah, masjid, Kuttab (pondok), dan sekolah telah
tersebar ke seluruh dunia Islam bersama-sama dengan perkembangan
agama Islam di kawasan-kawasan berkenaan. Perkembangan sistem
pendidikan ini telah menjalar sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu.
Struktur kurikulum pengajian Islam dan institusi-institusinya yang ada di
kawasan-kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negeri negeri
Arab di Timur Tengah.
4. Pengaruh sistem pendidikan di Jawa dan Sumatera Di Jawa, strukturpengajian Islam seperti ini wujud sejak zaman awal kedatangan Islam lagi.
Antara pelopor pengajian Islam ini ialah Wali Songo, dan para ulama lain.
Menurut kebiasaan kaum Muslimin apabila anak-anak mereka mencapai
umur tujuh tahun, mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al-Quran,
ibadat, tauhid, dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di
Acheh apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam (T.M 1607- T.M 1636) menyusun sistem pendidikan secara
lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang untuk pelajar-
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
46
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur-Rahman sebagai sebuah
universiti yang setaraf dengan universiti yang setaraf dengan universiti-
universiti di Timur Tengah.
5. Di Filipina, kanak-kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun
mula belajar membaca dan menghafaz Al-Quran di rumah guru yang
diadakan di sebelah pagi setiap hari. Pembelajaran sedemikian wujud
sehingga sekarang.
6. Di Brunei, sistem pengajian tradisi oral Islam juga wujud sebelum
penjajahan British. Sistem persekolahan hanya diperkenalkan pada awal
tahun 1950-an.
7. Di Semenanjung Tanah Melayu pendidikan tradisional Islam juga wujud
sehingga diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908.
Struktur pendidikan tradisional Islam juga wujud sejak agama Islam
bertapak di sini, sebagaimana yang disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalam
Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.
C. Kesimpulan (2markah)Apa sahaja yang bersesuaian.
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
47
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
14 Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdadsebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyah.
Pendahuluan ( 3 markah )
1. Latar belakang kerajaan Bani Abbasiyah Kerajaan Bani Abbasiyah berkuasaselama lima kurun (132 H hingga 565 H / 750 M hingga 1258 M ) dan diperintah oleh
37 orang khalifah bermula dengan Khalifah Abu Abbas as-Saffah hingga Khalifah al-
Mutasim al- Mastansir yang dibunuh oleh tentera Moghul pada tahun 565 H/ 1258 M.
Zaman kekuasaannya hamper mencakupi seluruh zaman kemasan Islam kerana
zaman kemasan Islam bermula dari abad ke-7 M hingga abad ke-13 M. Pada zaman
Abbasiyah ini, tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat gemilang sekali.
2. Latar belakang Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual Baghdad ialah
ciptaan Khalifah Abbasiyah. Khalifah Jaafar al-Mansur pada tahun 762 M telah
mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya. Baghdad terletak antara Sungai Tigris
dan Euphrates. Baghdad terletak di tempat yang strategik dan dalam masa yang
singkat telah menjadi pusat kegiatan ekonomi dan politik yang setanding dengan
Konstantinople. Perkembangan Baghdad terdedah kepada pengaruh kebudayaan dan
unsur-unsur politik Parsi. Institusi khalifah yang berbentuk despotisme membayangkan
pengaruh konsep kerajaan Sasanid Parsi. Keseluruhannya, pendedahan sistem politik
Abbasiyah kepada pengaruh politik Parsi menyediakan satu asas untuk perkembangan
satu zaman baharu yang memuncak dengan kegiatan intelektual yang pesat pada
zaman pemerintahan Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.
3. Penegasan soalan pelbagai factor yang menyumbang kepada kegemilanganBaghdad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyah.
Isi ( 7 isi x 3 markah = 21 markah )
1. Peranan Bahasa Arab berbanding dengan Bani Umayyah, Kerajaan Abbasiyahterdiri daripada pelbagai bangsa, adat resam, dan kebudayaan. Walaupun masyarakat
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
48
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
Abbasiyah di Baghdad bersifat kosmopolitan tetapi pada keseluruhannya wujud
perpaduan yang berasaskan agama Islam dan Bahasa Arab. Bahasa Arab dijadikan
bahasa rasmi pemerintahan Abbasiyah.
2. Peranan Pemerintah Naungan politik mendorong perkembangan ilmu di Baghdad.
Sikap kecintaan para pemerintah Abbasiyah terhadap ilmu telah menggalakkan para
cendiakawan berkumpul di kota Baghdad. Khalifah al-Mansur merupakan perintis
dalam usahanya menaungi dan mempelopori kegiatan intelektual. Harun al-Rasyid
telah menarik ramai penuntut ilmu kerana Baghdad dikenali sebagai pusat ilmu
terpenting dalam dunia pada ketika itu. Sifat kepelbagaian bangsa dan kebudayaan
dalam masyarakat majmuk Abbasiyah dan sifat keterbukaan pemerintahnya terhadap
aliran-aliran pemikiran yang berlainan telah menjadikan kota Baghdad terkemuka di
dunia pada masa itu. Jelas bahawa penyerapan berbagai-bagai unsur daripada
kebudayaan Parsi, Syria, dan Yunani telah memperkayakan pemikiran intelektual
dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyah.
3. Sistem Pendidikan perkembangan ilmu digalakkan lagi dengan penubuhan danperluasan suatu rangka institusi pendidikan awam. Setakat itu, institusi pendidikan
awam berkisar kepada masjid sahaja dan kurikulumnya hanya merangkumi membaca,
menulis, dan mengira. Tetapi pada zamanal-Mamun, pendidikan ditingkatkan lagi
dengan mendirikan pelbagai akademi termasuklah institusi perundangan dan institusi
sains yang dilengkapi dengan perpustakaan dan makmal-makmal. Buat pertama kali
pendidikan awam dibiayai oleh kerajaan.
4. Kegiatan Penterjemahan karya-karya Yunani terutama dalam bidang perubatan dansains diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Contohnya, karya-karya Galen,
Hippocrates, dan Diescarides telah diterjemahkan. Dalam bidang falsafah, karya-karya
Plato dan Aristotle seperti Republic, Categories, Physics, dan Magna Moralia
diterjemahkan. Al-Fazani juga menterjemahkan karya-karya Sanskrit dalam bidang
matematik. Al-Mamun telah mengutuskan wakilnya menemui Maharaja Byzantium
untuk mendapatkan naskah-naskah ahli falsafah dan sains bagi untuk diterjemahkan
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
49
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com
oleh para penterjemah di Bayt al-Hikmah. Pada keseluruhannya, penterjemahan telah
memperkayakan khazanah budaya ilmu Islam.
5. Peranan Tokoh-tokoh Terkenal dan Cendikiawan Islam zaman penterjemahandiikuti dengan sumbangan asal orang-orang Islam dalam bidang sains dan
kesusasteraan. Bahasa Arab yang dahulunya digunakan dalam bidang puisi dan
agama sahaja sudah menjadi alat untuk melahirkan pemikiran saintifik dan idea-idea
falsafah. Sumbangan asal dalam Bahasa Arab adalah nyata dalam bidang perubatan.
Al-Khawarizmi memberikan sumbangan dalam bidang astronomi. Dalam bidang Kimia
pula, nama terkenal ialah Jabir ibn Hayyan yang Berjaya memajukan pengetahuan
dalam teori dan amalan kimia. Dalam kesusasteraan, keadaan di istana Harun al-
Rasyid di Baghdad memang mengilhamkan penghasilan karya yang terkenal hingga
hari ini iaitu karya alfu lailah wa- Lailah atau dalam bahasa Inggeris A Thousand and
One Nights ( Arabian Nights ) . Tokoh lain ialah Al-Khindi dan Al-Farabi.
6. Perdagangan Antarabangsa pedagang Islam telah berdagang ke Timur Jauh.Mereka telah membawa balik hasil dagangan dan ilmu-ilmu seperti teknologi
perkapalan, astronomi, geografi, dan pelayaran. Mereka melalui dua jalan iaitu jalan
darat dan jalan laut. Pada zaman Khalifah Jaafar al-Mansur, kemajuan perdagangan di
Kota Baghdad telah mempengaruhi kemajuan ekonomi di seluruh negara. Tegasnya,
perniagaan dan perusahaan menjadi maju pada zamannya.
7. Peranan Bayt al-Hikmah- Kegiatan penterjemahan berlaku dengan pesat apabilaHarun al-Rasyid mendirikan Bayt al- Hikmah sebagai pusat penterjemahan dan
penyelidikan ilmiah. Bayt al- Hikmah boleh dianggap university pertama di dunia islam
yang merupakan kesinambungan daripada Museum Iskandariah. Al-Mamun telah
melantik Munaya bin Ishaq untuk mengetuai Bayt al- Hikmah. Munaya ialah seorang
ahli perubatan berketurunan Nestorian Kristian yang menguasai bahasa Assyrian dan
Arab. Perkembangan ilmu lebih pesat lagi apabila tertubuhnya badan Bayt al- Hikmah
yang khusus untuk kegiatan perbahasan dan penyelidikan. Para pemerintah telah
meletakkan suatu asas yang kukuh bagi kelahiran para ilmuan dan saintis Muslim.
Pemerintah juga berperanan menghimpunkan kitab-kitab dari seluruh dunia Islam. Para
-
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 NEGERI KEDAH
50
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahst