skema pa2 daerah

Upload: syuhada-hasan

Post on 08-Apr-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    1/14

    BAHAGIAN A

    1. Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks seperti kes bunuh dan rasuah di Malaysia

    semakin meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan punca fenomenaini semakin meningkat dan kesannya kepada Negara.

    Pengenalan : Jenayah indeks seperti jenayah dan rogol dan rogol dan bukan indeksseperti rasuah merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan menjadi isu socialyang amat membimbangkan. Gejala ini member banyak kesan terutama kepadakesejahteraan hidup.

    Idea Huraian

    A. Punca

    1. Pengaruh media

    Filem bercorak ganas,seks ( 3S = sadis,seks dan seram )

    Mempengaruhi minda dan emosi individuMenjadi ikutan golongan yang mudah dipengaruhiMudah melakukan jenayah atas desakan dan tindakan tidakwaras

    2. Tekanan dan gaya

    hidup

    Kegawatan ekonomi mendorong individu melakukan jenayah.Memenuhi kehendak dan keperluan hidup desakan hidupmemaksa individu melakukan jenayah seperti merompak danmembunuh. Pengaruh kebendaan dan kemewahan ingincepat kaya dengan member atau mengambil rasuah

    3. Kurang didikan

    agama dan moral

    Tiada pedoman hidup/lemah jati diri melakukan rasuah

    Gagal mengawal nafsu syahwatnya mrogol dan membunuhHilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan membunuh

    4. Kemajuan teknologi Banyak maklumat yang tidak bermoral diperoleh daripada mediaIndividu dapat mempelajari selok-belok melakukan jenayah,rasuah dan jenayah siber . Kemajuan teknologi akanmemudahkan individu mengetahui tindakan pihak berkuasa kegiatan cetak rompak terlepas daripada tangkapan pihakberkuasa kerana pesalah mempunyai peralatan mengesanpihak berkuasa

    5. Kepincangan

    keluarga

    Individu daripada keluarga yang bermasalahPengalaman silam / sejarah hidup yang bermasalahIbu bapa terlibat dengan penagih dadah,arak dll

    B. Kesan kepada

    Negara

    Masalah dalam projek jika wujud amalan rasuahPembangunan lambat, terbengkalai atau tidak berkualitiKeadaan tidak selamat untuk membangunkan sesuatu kawasancth kawasan yang banyak berlaku berlaku jenayah seperti

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    2/14

    1. Menjejaskan

    pembangunan dan

    kemajuan

    rompakan dan pembunuhanKegiatan ekonomi dan social terbatas kerana masalahkeselamatan cth peniaga berasa takut akan dirompak ataudibunuh

    2. Kos meningkat Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyakuntuk memulihkan dan membendung kes jenayah sepertimembina banyak penjara, pusat pemulihan akhlak, pusat serentidllMelatih dan menggaji kakitangan, membayar kepakaran yangmelibatkan kes jenayah yang rumit

    3. Imej Negara Pelancong akan menganggap Negara kita tidak selamatdikunjungiWujud status Negara tidak selamat dikunjungi kemungkinanNegara akan menjadi lokasi penjenayah dan pengganasserantau atau antarabangsa.

    Kesimpulan.

    Kehendak soalan: Punca dan kesan jenayah.Kombinasi jawapan : 2 + 2 (Pilih 2 punca dan 2 kesan)

    2. Perpaduan rakyat teras pembangunan Negara. Negara yang rakyatnyaberpecah belah sukar mencapai keharmonian sosial.Huraikan kepentinganperpaduan rakyat dan langkah untuk mencapai perpaduan

    PengenalanPenduduk Malaysia pelbagai kaumDalam konteks ini perpaduan rakyat sememangnya sangat penting.

    Idea HuraianA kepentingan

    1. Perpaduanmembolehkan rakyathidup dalam keadaanaman

    - cth rusuhan kaum di Selatan Thai menjejaskankeamanan. Di Indonesia, rakyat pelbagai kaumbermusuhan.

    2. perpaduanmembolehkanpembangunan Negaraberjalan lancar

    Malaysia berlaku pembangunan pesat kerana wujudperpaduan kaum yg erat. Sebaliknya di Kembojapolitik tidak stabil. Para pelabur akan lari

    3. menjaminkedaulatan bangsa dannegara

    Dapat mengelak perpecahan antara kaum. Keharmonianantara kaum lambing kedaulatan bangsa & negara.

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    3/14

    B.Langkah-langkah1. Menghapuskan

    jurang ekonomi antarakaum

    Agihan ekonomi yang seimbang antara kaum. Galakkanpenyertaan pelbagai kaum dalam keg. Ekonomi. Rapatkan

    jurang ekonomi antara kaum. Perlu ada dasar kjaan.

    2. Sistem pendidikan Sukatan pelajaran yang menekankan perpaduan dan

    cintakan negara. Pendidikan Moral & Sivik Kewrganegaran.Aktiviti kokurikulum & program RIMUP

    .3. penggunaanbahasa yang sama

    Bahasa sebagai penghubung antara kaum. Penekanankepada bahasa melayu sebagi bahasa kebangsaan danalat perpaduan.

    Kesimpulan :

    Kehendak soalan : Kepentingan perpaduan dan langkah mencapai perpaduan.Kombinasi jawapan : 2 + 2

    BAHAGIAN B

    3. Pelancaran MEASAT-3 dan RAZAKSAT memudahkan komunikasi dan penyebaranmaklumat. Huraikan keistimewaan satelit kepada manusia sejagat..

    PendahuluanBaru-baru ini kerajaan telah melancarkan MAESAT-3 dan RAZAKSAT untukmeningkatkan kemudahan komunikasi dan penyebaran maklumat.

    Idea HuraianA:KOMUNIKASI1. Memudahkan sistemperhubungan

    Proses penghantaran maklumat lebih cepat dan mudah

    Merapatkan jurang perhubungan/tanpa sempadan

    Siaran/program TV dapat dipancarkan secara langsungseperti BBC, CNN dll

    2. Ilmu pelayaran Mengenal pasti kedudukan/lokasi sesebuah kapal di lautuntuk memudahkan pelayaran

    Mendapat maklumat awal berkaitan cuaca buruk-mudahmenghubungi pusat kawalan

    B:PENYEBARANMALKUMAT

    3. Mengesan pencemaran

    Mengumpul data/maklumat berkaitan kualiti udara

    Maklumat pencemaran udara dikaitkan dengan impak

    terhadap kehidupan Manusia akan memelihara alam sekitar demi masa

    depan

    4. Pengesanan bencanaalam/meteorologi-tsunami

    Maklumat bencana alam dapat dikesan dengan tepat

    Maklumat dapat disebar kepada negara yang terbabitdalam masa yang singkat

    Tindakan pencegahan akan dapat diambil untukmengurangkan kerosakan harta benda dan nyawa

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    4/14

    Mengesan dan meramal cuaca dunia5. Topografi Mengenal pasti bentuk mukabumi dan tahap kesuburan

    tanah (petatematik)

    Maklumat yang diperoleh boleh digunakan untukmengurus alam sekitar dengan baik

    6. Geologi / Remote sensing Mengesan sumber air dalam tanah untuk kegunaanhidupan dan tanaman

    Mengenal pasti lokasi dan volume secara tepat

    Bahan-bahan galian seperti petroleum, kobalt diperlukanuntuk proses pengeluaran dan aktiviti harian manusia.

    PenutupPerkembangan dunia tanpa sempadan hanya dapat direalisasikan dengan kerjasamasemua pihak. Manfaat yang diperoleh bergantung kepada kemampuan dankesungguhan rakyat untuk mengeksploitasinya.

    Kehendak Soalan : Keistimewaan Satelit dalam bidang komunikasi danPenyebaran Maklumat

    Kombinasi Jawapan : 2 + 2

    4. Udara bersih penting untuk kelangsungan hidup. Bincangkan punca dan kesanjerebu kepada hidupan.

    Skema jawapan

    PengenalanJerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-

    partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.Partikel-partikel ini mungkin wujud secara semulajadi atau pun kesan sampingan

    daripada aktiviti-aktiviti manusia. Jerebu menghalang pancaran cahaya matahari kebumi.

    Idea Huraian

    A. Punca1. Pembakaran secara terbuka /kebakaran hutan (kemarau)

    - Pembakaran secara terbuka telah membebaskanpartikal-partikal kecil ke atmosfera - gas berasid,bahan radioaktif, bakteria dan debu.

    - Melibatkan kitaran air di hidrosfera / hujan berupaya memindahkan bahan pencemar yangberada di atmosfera ke permukaan tanah,seterusnya ke sungai dan menyebabkan kualiti air

    merosot.

    2. Pelepasan asap dari kilang /kenderaan

    - Kebanyakan kilang tidak memasang cerobong /penapis asap.

    - Pengeluaran asap berlebihan yang mengandungibahan bertoksik akan mengganggu kualiti udara.

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    5/14

    3. Kuari (aktiviti pecah batu) - Kegiatan kuari seperti pemecahan batu,pemotongan marmar dan batu kapur akanmembebaskan partikel-partikel ke atmosfera.

    - Aktiviti ini menjejaskan kualiti udara danpersekitaran.

    B. Kesan4. Kesihatan / penyakit - Komponen-komponen yang terkandung dalam

    jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam. mengganggu sistem respirasi manusia danhidupan lain.

    - Menjejaskan kesihatan manusia terutamagolongan kanak-kanak, warga tua dan jugapesakit-pesakit asma, alahan, pneumonia (radangparu-paru. )

    5. Pemanasan global - Jerebu memerangkap gas-gas karbon dioksida,karbon monoksida dan plumbum di udara berlaku pulau haba dan kesan rumah hijau.

    - Hal ini akan memanaskan kawasan persekitaran sekiranya berlarutan / melampau akanmengancam nyawa hidupan.

    6. Menjejaskan tumbesarantumbuhan /pertanian

    - Jerebu menutupi stomata daun menyebabkancahaya matahari tidak dapat diserap .

    - Hal ini mengganggu proses fotosintesisakibatnya tumbesaran tumbuhan terbantut.

    Penutup

    Bagi mengelakkan fenomena jerebu menjadi semakin serius kerajaan perlumempraktikkan sistem pengurusan persekitaran yang cekap. Semua pihak perlubekerjasama untuk memastikan usaha murni ini dilaksanakan dengan jayanya.

    Kehendak soalan : Punca dan Kesan Jerebu kepada hidupanKombinasi Jawapan : 2+2

    BAHAGIAN C

    5a. Kajian oleh Kementerian Kesihatan membuktikan bahawa bilangan yangmembunuh diri dalam setahun di negara ini melebihi 2000 orang. Kebarangkalianmembunuh diri jauh lebih tinggi dalam kalangan manusia yang mengalamikecelaruan akal yang serius, contohnya kemurungan dan kecelaruan bipolar.Selain itu keinginan membunuh diri juga dikaitkan dengan masalah psikologiyang lain seperti mengambil arak, menagih dadah, skizofrenia, kecelaruanpersonaliti, antisosial dan sejarah keluarga yang pernah membunuh diri

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    6/14

    (Dipetik dan diubahsuai daripada Tan Cai Lian, Bunuh Diri - Dari Perspektif Psikologi,Dewan Masyarakat, Mac 2006)

    (i) Apakah yang menyebabkan manusia cenderung untuk membunuh diri?- mereka mengalami kecelaruan akal yang serius dan masalah psikologi.

    (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakanlangkah-langkah yang berkesan untuk menangani gejala bunuh diri.

    (a) Mendapat rawatan psikologi dan perubatan ubat antimurung danpenstabil

    (b) Mencari peluang berbual dengan orang lain untuk mencurahkanperasaan - merupakan ubat yang berkesan untuk menyembuhkan diri.

    (c) Mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam.

    (d) Berfikiran positif.

    Atau

    5b. Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan kadar tarif air sehingga100 peratus telah mendapat bantahan. Ramai yang merasakan kenaikan hargaair itu adalah tidak wajar. Bagaimanapun kerajaan negeri memberi alasanbahawa tujuan harga air dinaikkan adalah untuk mendidik para pengguna supayaberhemat dan berjimat menggunakan air

    (Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Mei 2001)

    (i) Mengapakah harga air perlu dinaikkan?- Untuk mendidik pengguna agar bijak menggunakan air.

    (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskanimpak kenaikan harga air.

    (a) mempengaruhi kenaikan harga keluaran sektor-sektor lain.(b) para peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga baranganserta makanan di premis masing-masing.(c) menyebabkan kos hidup rakyat meningkat.(d) meningkatkan kegiatan mencuri air.

    6 (a) ... Meningitis meningokokal adalah radang pada selaput sekeliling otak dansaraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan daraholeh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteriameningococcus Neisseria meningitides. Penyakit Meningokokal berjangkit secaralangsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yangdijangkiti. Penyakit ini kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah5 tahun. Ia juga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    7/14

    mempunyai tahap imuniti yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yangmelawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi ...

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada laman web myhealth.gov.my, Mac 2009)

    i. Apakah yang boleh mengakibatkan seseorang mengidap penyakit

    meningokokal?

    Bakteria meningococcus Neisseria meningitides yang berjangkitsecara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidungdan tekak orang yang dijangkiti.

    ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bagaimanakah

    cara untuk mengelakkan diri daripada penyakit meningokokal?

    Cara untuk mengelak penyakit meningokokal:

    1. Elakkan daripada melawat negara yang mempunyai risikotinggi penyakit Meningitis meningokokal.

    2. Mengelakkan berhubung secara rapat dengan pesakitMeningitis meningokokal.

    3. Mengamalkan Cara hidup yang sihat.

    4. Mengambil suntikan vaksin.

    Nota : Mana-mana 2 isi

    BAHAGIAN D

    7.: Graf Garisan Komponen

    Jadual:

    Malaysia : Komposisi Jumlah Perbelanjaan Mengurus Kerajaandari Tahun 2001 hingga Tahun 2005

    KategoriTahun

    2001(RM juta) 2002(RM juta) 2003(RM juta) 2004(RM Juta) 2005(RM Juta)

    Gaji 12 084 12 488 12 470 14 494 14 807

    Pencen dan ganjaran 2 127 2 355 2 413 3 864 3 515

    Khidmat bayaran & hutang 7 248 7 136 7 231 6 511 6 463

    Pemberian kepada 1 334 1 378 1 406 1 683 1 525

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    8/14

    Kerajaan Negeri

    Bekalan dan perkhidmatan 4 367 5 047 5 241 5 975 6 309

    Subsidi 576 548 660 708 934

    Perbelanjaan mengurus

    yang lain

    4 579 4 801 4 974 8 730 10 456

    Jumlah perbelanjaanmengurus

    32 315 33 753 34 395 41 965 44 009

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi2001-2005)

    Skala : 1cm = RM5,000 juta

    Nota :

    1. Graf Garis Komponen = 15 markah2. Graf Garis Kompaun = 04 markah (Media kurang tepat) 1/1/1/13. Media-media lain = 01 markah (Media menyeleweng)

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    9/14

    Malaysia: Komposisi Jumlah Perbelanjaan Mengurus Kerajaandari Tahun 2001 hingga Tahun 2005

    0

    5,000

    10,000

    15,000

    20,000

    25,000

    30,000

    35,000

    40,000

    45,000

    50,000

    2001 2002 2003 2004 2005

    Tahun

    Gaji

    Pencen dan ganjaran

    Khidmat bayaran hutang

    Pemberian kepada Kerajaan Negeri

    Bekalan dan perkhidmatan

    Subsidi

    Perbelanjaan mengurusyang lain

    Skala: 1 cm = RM5000 juta

    Petunjuk:

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripada

    Laporan Ekonomi 2001-2005)

    Jumlah perbelanjaan mengurus(RM juta)

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    10/14

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    11/14

    BAHAGIAN E

    Soalan 9

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    12/14

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    13/14

  • 8/7/2019 SKEMA PA2 DAERAH

    14/14

    Soalan 10

    Nota:Idea (IU) : 1 x 3m = 3mHuraian : 3 x 3m = 9mBahasa : 1m = 1mKesimpulan : 2m

    Jumlah : 15m