sivik band 6 kekitaan s#@t

Download Sivik Band 6 Kekitaan S#@t

If you can't read please download the document

Upload: dhiraj-singh

Post on 12-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dddd

TRANSCRIPT

Kepentingan Semangat Kekitaan

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun ada lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kekitaanan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Sebenarnya semangat kekitaan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kekitaan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu semangat kekitaan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara keranamemudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.

Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

Cara-cara Memupuk Semangat Kekitaan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, iaitu Melayu, Cina dan India. Rentatan itu, semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat adalah amat mustahak. Walau bagaimanpun, kita mendapati semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin merosot dari semasa ke semasa. Apakah langkah yang efektif perlu kita lakukan untuk menanam semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak?Langkah yang berkesan untuk menyemai semangat kekitaan dalam jitu anak-anak ialah mulakannya dari rumah. Dari segi ini, ibu bapa memainkan karakter yang sangat penting. Ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan dengan jiran tetangga sejak kecil-kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu bertegur sapa dengan jiran tetangga pada pertemuan setiap kali. Sehubungan itu, sekiranya jiran kita mengalami apa-apa masalah, sebagai seorang role model, ibu bapa harus menghulurkan tangan kepada jiran tetangga dengan hati yang ikhlas.Di samping itu, ibu bapa perlu megajak anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk bersama-sama menyambut perayaan kaum dan agama. Janganlah ibu bapa meninggalkan anak-anak di rumah, hal ini akan menyebabkan anak-anak terlalu bergantung kepada rumah. Sekiranya anak-anak berkunjung ke rumah jiran tetangga dan meraikan perayaan bersama-sama dengan jiran, hubungan silaturahim akan menjadi erat dan juga dapat memulihkan semangat kekitaan yang semakin merosot.Sejajar dengan itu, ibu bapa perlu memberi dorongan kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Contoh aktiviti ialah program PLKN dan RIMUP yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam proses program-program ini, anak-anak dapat berinteraksi dengan pelajar-pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum. Anak-anak juga dapat berkenal dengan kawan baharu dalam program-program tersebut.Demi menyemai semangat kekitaan dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang scenario masyarakat majmuk di Malaysia dan juga bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak. Ibu bapa harus bercerita tentang bagaimana tokoh-tokoh Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dapat memperjuangkan kemerdekaan bersama-sama dan juga semua warganegara bercita-cita mencapai Wawasan 2020.Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak menonton filem dan drama yang bertema perpaduan antara kaum. Selain itu, ibu bapa juga perlu menemani anak-anak menonton filem tersebut kerana ibu bapa dapat menerangkan kepentingan semangat kekitaan kepada anak-anak. Selain daripada filem, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan perpaduan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu menjelaskan makna yang didapati dalam lagu tersebut supaya anak-anak dapat mengetahui kepentingan semangat kekitaan.Usaha menyemai semangat kekitaan yang jitu dalam diri anak-anak yang bermula dari rumah, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab ini. Sekiranya anak-anak dapat menggembleng tenaga dengan ibu bapa, semangat kekitaan dalam diri anak-anak mesti dapat dipupukkan. Boleh ibu bapa lakukan? Tepuk dada Tanya selera.

Salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan perlaksanaan aktiviti kokurikulum dimana ianya merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat.Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.