siti yusni binti azmi - unimas institutional repository reka bentuk troli di lapangan... · adalah...
TRANSCRIPT
i
KAJIAN REKA BENTUK TROLI DI LAPANGAN TERBANG
ANTARABANGSA KUCHING
SITI YUSNI BINTI AZMI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian ( Seni Reka Perindustrian )
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Catatan : * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Muda
* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis / lsporsn ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT
atau TERHAD.
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN
KAJIAN REKA BENTUK TROLI DI LAPANGAN TERBANG
KAJIAN KES: TROLI DI LAPANGAN T
ERBANG ANTARABANGSA KUCHING
SESI PENGAJIAN : 2004 / 2007
Saya SITI YUSNI BINTI AZMI________________
mengaku membenarkan tesis / laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat
salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. * sila tandakan
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
Kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
___________________ ____________________
Tarikh : Tarikh :
Alamat Tetap :
Kampung Kuala Janing,
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
iii
PENGESAHAN
Adalah dengan ini diakui kajian bertajuk “ Kajian Reka bentuk Troli Di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuching” disediakan dan dikemukakan oleh Siti Yusni Binti
Azmi sebagai sebahagian dengan keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
Dan Kreatif
( Kepujian ) dalam Program Seni Reka Perindustrian telah Diterima.
Disahkan oleh :
……………………..
En. Musdi Bin Hj Shanat
( Penyelia I )
………………………..
En Musdi Bin Hj Shanat
Ketua Program Teknologi Seni Reka
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak
…………………………
Prof. Madya Dr. Hj Khairul Aidil Azlin Bin Abd Rahman
Timbalan Dekan
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak
iv
PENGAKUAN
Saya mengakui bahawa tiada daripada bahagian penyelidikan yang dilaporkan dalam
tesis ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan
sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
……………………………..
Siti Yusni Binti Azmi
No. Matrik : 13022
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah , bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan lipah kurnianya
dapatlah saya menyiapkan buku penulisan ilmiah ini pada waktu yang telah
ditetapkan. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada dari segi pengetahuan, kewangan, masa dan kepakaran dalam
menyempurnakan penulisan buku ini.
Pertamanya, penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan kepada
pensyarah-pensyarah seni reka perindustrian dan juga semua staf di Fakulti Seni
Gunaan Dan Kreatif terutamanya kepada En.Firdaus b. Abong, En.Musdi b. Hj
Shanat dan Prof.Dr .Hj Khairul Aidil Azlin . Abd Rahman selaku penyelia saya
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta memberi idea-idea yang dan
pandangan beliau dalam membantu menyiapkan penulisan ilmiah ini.Tidak lupa
juga kepada semua responden terlibat kerana sudi memberikan kerjasama secara
langsung ataupun tidak langsung disepanjang pengkajian ini dilakukan. Penghargaan
ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan saya yang juga turut sama bersusah
payah membantu saya dalam menjalankan kajian serta berkongsi pendapat serta
maklumat.
Oleh yang demikian tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kakitangan-
kakitangan yang terlibat dalam sesi temubual untuk memberikankan sedikit sebanyak
maklumat yang boleh membantu dalam menjalankan kajian.Penghargaan terakhir
tidak lupa juga kepada ibu bapa saya, Azmi b Mahmud dan Siti Mariam bt Majid
vi
yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan kepada saya. Saya juga tidak
menafikan kemungkinan terdapatnya kekurangan dan kecacatan dalam penulisan
buku ini. Justeru itu segala kritikan dan teguran yang membina amatlah
diharapkan.Semoga teguran yang diberikan akan menyempurnakan lagi penulisan
buku ini bagi menjamin para pembaca agar mendapat manfaat yang maksima.
vii
ISI KANDUNGAN HALAMAN
Boring pengesahan i
Pengesahan ii
Pengakuan iii
Penghargaan iv
Isi kandungan vii
Abstrak ix
Abstract x
BAB 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Permasalahan Kajian 2
1.4 Objektif Kajian 3
1.5 Hipotesis Kajian 4
1.6 Skop Kajian 4
1.7 Definisi Troli 5
BAB 2
2.1 Sumber Pengumpulan Data 6
2.1.1 Kajian Lepas 6
2.2 Kesimpulan 7
2.3 Metodologi Penyelidikan 8
2.3.1 Kaedah Pemerhatian 8
2.3.2 Kaedah Wawancara / Perbualan 8
viii
2.3.3 Kaedah Borang Kaji Selidik 9
2.4 Limitasi Kajian 9
BAB 3
3.1 Analisis Kajian 10
3.1.1 Soal Selidik 10
3.1.2 Data Analisis 11
3.12.1 Keputusan Analisis Kajian 12
4.1 Dapatan Hasil Kajian ( Hasil Soal Selidik ) 18
4.2 Dapatan Kajian ( Secara Visual ) 18
BAB 4
4.1 Cadangan Kajian 20
4.2 Cadangan Penyelesaian Masalah 20
4.2.1 Reka bentuk
4.2.1.1 Bentuk 20
4.2.1.2 Saiz 21
4.2.1.3 Ergonomik 21
4.2.2 Proses Reka bentuk 23
4.2.2.1 Lakaran Awal 23
4.2.2.1 Lakaran Akhir 24
4.2.2.3 Lukisan Perspektif 25
BAB 5
5.1 Kesimpulan 26
5.2 Lampiran
5.2.1 Borang Kaji Selidik 28
ix
ABSTRAK
Penyelidikan ini berkisarkan mengenai penggunaan troli di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching (KIA). Pengkajian terhadap reka bentuk troli di Lapangan
Terbang ini dijangka akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan
penggunaan troli. Selain itu memberitahu kepada pengguna bahawa reka bentuk
identiti korporat dan fungsi yang merupakan faktor utama yang harus diberikan
penekanan berbanding dengan nilai estetika. pengguna.
x
ABSTRAC
This research is about the using trolley at the KIA. By designing the new trolley,
it will help to solve the user problem. This research is focus on the corporate identity,
functions of the trolley and also the design of the trolley.
1
BAB 1
1.1 PENGENALAN
Penghasilan produk troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA)
adalah dikatakan sesuatu yang menakjubkan dalam penghasilan sesuatu produk yang
dijangka akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan penggunaan
troli, serta melengkapkan pemangkin produk troli di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching Antarabangsa Kuching (KIA). Selain memberitahu kepada
pengguna bahawa reka bentuk identiti korporat dan fugsi merupakan faktor utama
yang harus diberikan penekanan berbanding dengan nilai estetik pengguna. Troli
adalah dianggap salah satu benda salah satu benda yang amat berguna kepada
pengguna sebagai bahan untuk membantu mengurangkan beban untuk membantu
pengguna membawa barang-barang dan sebagainya.
Kebiasaannya troli digunakan di supermarket, pasar raya, kilang-kilang, di
hospital dan di Lapangan Terbang Antarabangsa, setiap troli adalah mengikut
kegunaan yang berbeza.
Di sini saya tekankan kepada troli di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching (KIA).Rekaan yang melibatkan troli hendaklah mempertimbangkan
bagaimana ia kelihatan dan dapatkan ia menimbulkan persekitaran seperti yang
diharapkan.
2
Ergonomik berkait rapat dengan pergerakan postur badan sewaktu melakukan
pergerakan tetapi apa yang menjadi isu utama dalam permasalahan yang melibatkan
ergonomik ialah pemegang troli dan ruangan muatan barangan.Rekaan troli yang
menepati spesifikasi dapat mengelakan permasalahan yang melibatkan keselamatan
barangan muatan. Untuk memperlihatkan rekaan yang lebih menarik, unik dan
menyelesaikan segala permasalahan yang melibatkan ergonomik, reka bentuk yang
berkonsepkan ringkas dan mesra pengguna telah diperkenalkan dalam rekaan ini.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH
Kajian ini mendalami aspek reka bentuk troli di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching. Bagaimanakah penerimaan pengguna tentang troli yang
sedia ada, dan mengkaji permasalahan yang timbul terutamanya yang melibatkan
reka bentuk, saiz, material dan ergonomik. Adakah ia mampu memenuhi keperluan
dan dapatkah ia berfungsi dengan baik. Selain itu menilai sejauh manakah tahap
keberkesanan troli yang sedia ada.
1.3 PERMASALAHAN KAJIAN
Daripada pemerhatian yang dijalankan sering didengari rungutan yang
menyatakan Troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching juga telah
mendatangkan masalah kepada pengguna troli tersebut.Pertamanya sering dilihat
masalah yang timbul adalah dari segi saiz, Merujuk kepada penyesuaian keperluan,
saiz troli terlalu besar sehingga menimbulkan masalah apabila digunakan diruang
3
jualan. Selain itu ia juga tidak mempunyai sistem brek yang kurang menepati ciri-ciri
sesebuah rekaan yang berjaya kerana reka bentuk yang sedia ada tidak ergonomik.
Saiz rekaan yang terlalu besar ataupun kecil juga akan mendatangkan
pelbagai masalah kepada pengguna, iaitu seperti ketidakselesaan di kalangan
pengguna dan ini akan membuatkan mereka berasa tertekan dan menambahkan
penat.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Reka bentuk industri merujuk produk yang direka dalam sesuatu reka bentuk
untuk keperluan tertentu.Ia bertujuan menjadikan hidup kita lebih mudah dan selesa.
Reka bentuk industri merangkumi penghasilan seperti perabot, peralatan elektrik,
pengangkutan, permainan, perkakas rumah dan sebagainya. Penekanan kepada
bentuk ini adalah lebih kepada fungsi dan kegunaannya. Reka bentuk luaran dihasil
berdasarkan fungsi sama ada dengan mengambil kira atau tidak faktor estetik,
ergonomik, bentuk, warna, dan sebagainya.
Penumpuan dan penekanan diberikan kepada rupa bentuk suatu produk.
Kebiasaannya, fungsi produk itu tidak akan terjejas walaupun bentuknya
dipelbagaikan. Setiap objektif yang diperlukan dalam sesuatu reka bentuk produk
adalah penting untuk kita ketahui bahawa reka bentuk itu perlu berkait rapat dengan
fungsinya.selain itu rupa dan reka bentuk hendaklah menjadikan sesuatu produk itu
dapat berfungsi dengan baik. Setiap bahagian sesuatu produk itu mempunyai bentuk
yang perlu disesuaikan degan fungsi kecilnya. Ini akan memastikan reka bentuk
4
produk itu dihasilkan dengan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki berdasarkan
fungsi utamanya.
Oleh yang demikian objektif bagi produk troli yang akan saya reka ini pula
adalah untuk meningkatkan keupayaan penggunaan troli agar mudah digunakan.
Seterusnya mengkaji keberkesanan troli dari segi saiz, reka bentuk, keselamatan dan
kepenggunaan yang wajar dan tepat dan memastikan troli tersebut akan membantu
pengguna malah memudahkan penggunaannya. Selain itu juga adalah untuk
mengekalkan kualiti produk troli dalam jangka masa lama.
- Meningkatkan tahap penggunaa troli agar mampu bersaing dengan produk
troli lain
- Memperkenalkan reka bentuk baru troli yang lebih ringkas dan mesra
pengguna
- Mengekalkan kualiti produk troli dalam jangka masa yang lama, tidak
mudah berkarat dan tidak mudah lentur.
- Mengkaji keselamatan troli dari segi saiz, reka bentuk, keselamatan dan
kepenggunaannya.
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
Dengan pengkajian terhadap reka bentuk troli di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching ini dijangka akan dapat menyelesaikan segala permasalahan
yang berkaitan dengan rekabentuk sekaligus dapat memperkenalkan produk yang
lebih efektif. Disamping dapat melahirkan imej yang tersendiri kepada syarikat-
syarikat yang terlibat. Memberitahu kepada pengguna bahawa reka bentuk identiti
5
korporat dan fungsi yang merupakan faktor utama yang harus diberikan penekanan
berbanding dengan nilai estetik. Memastikan tahap reka bentuk yang bakal
dikeluarkan mempunyai identiti yang tersendiri sekaligus menyelesaikan segala
permasalahan yang dikenal pasti.
1.6 SKOP KAJIAN
Kajian ini dibuat dalam skop mengenali reka bentuk industri dalam bentuk
produk yang dihasilkan. Hal ini memudahkan pengkaji mengkaji skop kajian yang
dijalankan. Dengan memahami keputusan bentuk berdasarkan keperluan, bentuk dan
fungsi, penampilan bahan serta reka bentuk.
Troli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ini adalah dikaji
hanya memfokuskan kepada keberkesanan kepenggunaanya serta meningkatkan
kualiti penampilan mengenai reka bentuk troli tersebut.
1.7 DEFINISI TROLI
Reka bentuk industri telah diperkenalkan oleh seorang pereka bentuk industri
dari Amerika Syarikat, iaitu Joseph Sinel pada tahun 1919 dengan skop awalnya
berkaitan dengan produk pengguna yang menggunakan mesin. Namun demikian troli
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) adalah salah satu reka bentuk
industri. Troli terdapat dalam pelbagai reka bentuk dan kegunaan yang berlainan
seperti troli di supermarket, troli di kilang-kilang, troli di lapangan terbang dan
sebagainya.
6
Troli di lapangan terbang kebiasaannya adalah digunakan untuk muatan kotak
dan barang-barang. Terdapat troli yang ringan dan terdapat troli yang agak berat ini
adalah disebabkan faktor material yang digunakan. Material yang kebiasaannya
digunakan adalah seperti stainless steel, aluminums, Steel, and chrome plate. Troli
terdapat dalam dua kategori iaitu kategori dua roda dan empat roda.
7
BAB 2
2.1 SUMBER PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data adalah hasil daripada kajian lepas oleh penyelidik-
penyelidik lain yang di perolehi daripada buku-buku, majalah, artikel dan internet.
Kajian lepas ini merujuk kepada kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini dan
kajian ini juga dilakukan adalah untuk memperlengkapkan pengkajian terhadap tajuk
tesis.
2.1.1 KAJIAN LEPAS
Laman web ini membincangkan dengan lebih terperinci tentang penggunaan
troli di Lapangan Terbang, serta fungsi-fungsi yang tersendiri. Laman web ini juga
memberikan gambaran jelas mengenai ukuran-ukuran yang ideal mengenai troli. ini
(http://www.carmeccanica.it/form.htm )
Laman web ini banyak menerangkan definisi produk di Hubei Sajiang, serta
memberi beberapa catalog mengenai troli yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri.
Pembungkusan troli juga telah diterangkan satu- persatu bagaimana ia akan dihantar
ke Lapangan Terbang. Didalam laman web ini juga telah menerang lebih lanjut
penggunaan roda troli yang bersesuai terhadap beberapa jenis troli yang sedia ada. (
http://www.sl-caster.com )
8
Terdapat juga rujukan lain yang lelah saya perolehi tajuk Design and
Aesthetics, Jerry Palmer and Mo Dodson ( 1980 ),terbitan Routledge , London
And New York. Ia menerangkan tentang nilai-nilai estetik dalam rekaan dan
pengkajian hubungan antara sejarah rekaan dengan teori estetik. Hasil maklumat
yang dimuatkan dalam buku ini adalah sumbangan dari pihak yang telah lama
menceburi bidang rekaan. Mereka berpendapat rekaan yang wujud sekarang banyak
menimbulkan kontroversi. Rekaan-rekaan di sini termasuklah rekaan dari segi,
perabot, pakaian , pembinaan dan lain-lain produk.
2.2 KESIMPULAN
Berdasarkan kajian lepas yang telah dibuat, disini dapat disimpulkan bahawa
kewujudan troli di lapangan terbang adalah sangat penting memandangkan kepada
fungsinya. Kewujudan troli yang memenuhi keperluan pengguna, ia akan
menyakinkan pengguna dalam penggunaan troli di lapangan terbang. Kriteria-kriteria
yang harus diambil perhatian terhadap troli ini adalah dari segi saiz, ia haruslah
besesuaian dengan penggunaannya. Sesebuah troli mestilah mempunyai sistem brek
yang berkesan bagi mengelakan sebarang kemalangan apabila troli sedang
digunakan. Selain itu faktor keselesaan juga harus diberi keutamaan, pastikan
pengguna berasa selesa dan tidak kekok semasa mengenakan barang ke atas troli.
Begitu juga ruangan muatan juga harus dititikberatkan terhadap troli agar
keselamatan barangan terjamin daripada terjatuh dan sebagainya.
9
2.3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Bab ini akan memberi huraian yang lebih terperinci mengenai metodologi
penyelidikan yang digunakan iaitu soal selidik termasuklah data analisis serta analisa
keputusan. Ini dilakukan bagi mengetahui kesedaran pihak umum tentang
permasalahan kajian, pemahaman serta pendapat mereka terhadap penyelidikan ini.
Metodologi ini bergantung kepada kesesuaian kajian yang dilakukan oleh penyelidik.
Metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah secara
pemerhatian, wawancara / perbualan dengan penggunatroli da Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching, borang kaji selidik, dan melayari internet. Kaedah-kaedah ini
dipilih adalah kerana yakin maklum balas yang bakal diterima adalah tepat,
menjimatkan masa dan tidak membebankan mana-mana pihak yang terlibat.
2.3.1 KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah ini dibuat secara rawak di Lpangan Terbang Antarabangsa Kuching
(KIA ), ( KLIA ) dan ( LCCT ). Selain itu, kaedah secara teori juga diaplikasikan
dengan kaedah menyelidik, kaedah pemerhatian, dan kaedah tinjauan.
2.3.2 KAEDAH WAWANCARA/PERBUALAN :
Oleh yang demikian, kaedah lain yang digunakan adalah mewawancara atau
menemubual secara terbuka dengan pengguna troli di Lapangan Terbang
Abntarabangsa Kuching (KIA). Proses menemubual ini dilakukan terhadap pengguna
di bahagian perlepasan dan ketibaan.
10
2.3.3 KAEDAH BORANG KAJIAN SELIDIK:
Kaedah ini dilakukan dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada pihak
umum iaitu kepada semua pengguna troli di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching. Kaedah ini terpaksa mengambil masa beberapa minit bagi setiap yang
mengisi, sambil menjalankan pengisian boring kaji selidik dapat juga menemuramah
beberapa orang umum mengenai beberapa soalan umum yang berkaitan. Borang-
borang kaji selidik diperlukan adalah untuk penganalisaan iaitu untuk mengetahui
graf sebenar permasalahan tentang pengkajian yang dibuat oleh penyelidik.
Soal selidik menggunakan kaedah ini merupakan nadi kajian kepada
penyelidik dalam usaha untuk mengetahui pendapat serta maklum balas daripada
orang awam secara terus. Soal selidik ini dibentuk dengan teratur dan teliti agar
penyelidik dapat menonjolkan idea keperluan dan tinjauan penyelidikan yang
dijalankan.
2.4 LIMITASI KAJIAN
Penyelidikan terhadap tajuk tesis ini tidak dapat diteruskan kerana beberapa
faktor yang tidak dapat dielakan :
1 ) sikap responden yang kurang serius dalam menjawab soalan yang diajukan
seterusnya menyukarkan penyelidik untuk membuat rumusan terhadap soal selidik
yang dilakukan.
2 ) Masa yang agak terhad dimana boring kaji selidik tidak dapat dikumpul semula.
3 ) Tidak mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat.
11
BAB 3
3.1 ANALISIS KAJIAN
Analisis ini dibuat berdasarkan borang kaji selidik yang telah diedarkan
kepada sasaran pengguna. Peratusan dibuat hasil maklumbalas yang diterima
daripada setiap persoalan yang diajukan. Maklumat yang telah dikumpul ini
kemudiannya direkodkan dalam bentuk graf bagi memudahkan penyelidik untuk
mengenalpasti sagala data. Tujuan dan matlamat utama analisis ini dibuat adalah
untuk mengetahui tahap sebenar keberkesanan produk sedia ada dan juga untuk
mengenalpasti permasalahan-permasalahan lain yang dihadapi oleh pengguna.
3.1.1 Soal selidik
Borang soal selidik diedarkan kepada orang ramai yang terdiri daripada 100
orang responden. Kategori responden yang terlibat adalah pelajar universiti,
kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan orang perseorangan
(18%,28%,46%,8).yang berumur diantara 18 tahun hingga 30 tahun keatas.Kawasan
kajian adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
12
3.1.2 Data Analisis
Berikut adalah contoh borang soal selidik yang ditanda oleh salah seorang
responden. Bahagian C adalah menggunakan kaedah ‘Likert Scale’ iaitu setiap
pilihan jawapan diberi penilaian seperti:
MINIMA 1 2 3 4 6 MAKSIMA
_______________ ↓ ________________→
NEUTRAL
Jadual 3.1: untuk soalan bahagian C -a-h
1 2 3 4 5
Sangat penting Penting Tidak pasti/
neutral
Tidak penting Sangat tidak
penting
Jadual 3.2: untuk bahagian D- a-h
1 2 3 4 5
Sangat Tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti/
neutral
Setuju Sangat setuju
13
3.1.2.1 Keputusan Analisis Kajian
Soalan 1
Responden akan diberikan pilihan dari 1-5, & terpulang kepada responden itu sendiri
untuk memilih tahap kecenderungan bagi setiap soalan.
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
Jadual 1 peratusan maklumbalas respoden terhadap cadangan reka bentuk troli
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
% M
ak
lum
ba
las
Re
sp
on
de
n
keputusan responden
Cadangan Reka bentuk Troli
Mudah dibaw a dan digunakan
Mempunyai sistem brek
Ringan
Mudah dikaw al
Tangkai pemegang yang
selesa
Tahan lasak
Mudah disimpan
Tahap keselamatan muatan
14
Cadangan keputusan reka bentuk troli Jumlah responden
Mudah dibawa dan digunakan 4.0
Mempunyai sistem brek 2.6
Ringan 3.9
Mudah dikawal 3.6
Tangkai pemegang yang selesa 3.4
Tahan lasak 2.1
Mudah disimpan 3.1
Tahap keselamatan muatan 3.0
Graf di atas menunjukkan keputusan perbandingan analisis mengenai
cadangan reka bentuk troli oleh pengguna troli di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching. Hasil analisis mendapati 4.0 peratus responden bersetuju bahawa troli yang
mereka gunakan sekarang agar mudah di bawa dan mudah digunakan. Selain itu 3.9
peratus menunjukan jumlah kedua tertinggi responden yang bersetuju agar troli yang
akan direka itu lebih ringan. Tetapi apa yang kelihatan pada rajah di atas responden
yang sangat bersetuju dan setuju terhadap cadangan reka bentuk yang lebih mudah
dikawal iaitu 3.6 peratus. Secara keseluruhan keputusan responden mendapati
peratusan untuk setuju dan amat bersetuju adalah peratusan yang bersetuju untuk
semua cadangan yang telah diberikan. Manakala ada juga responden yang
menyatakan setuju dan sangat bersetuju terhadap cadangan pada reka bentuk troli
yang tahan lasak iaitu dengan cacatan 2.1 peratus. Oleh yang demikian secara
rasionalnya keempat-empat cadangan yang dinyatakan adalah akan dihasilkan dalam
rekaan troli baru pada masa akan datang.