sistem suria

9
SISTEM SURIA Sistem Suria dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai 'Solar System'. Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planet yang mempunyai orbit berbentuk bujur. Sistem Suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yang lain kecuali planet Pluto. Sistem suria dikekalkan oleh daya graviti matahari dan sempadan sistem suria, yang mempunyai garis pusat setahun kelajuan cahaya, ditanda oleh taburan komet yang dipanggil awan Oort. Terdapat satu lagi awan Oort berbentuk piring dibahagian dalam sistem suria yang dikenali sebagai awan Oort dalam. Disebabkan oleh orbit planet yang membujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah

Upload: julaynah

Post on 23-Jun-2015

900 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem suria

SISTEM SURIA

Sistem Suria dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai 'Solar System'.

Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu

bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planet

yang mempunyai orbit berbentuk bujur. Sistem Suria dipercayai terbentuk

sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di

angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yang

lain kecuali planet Pluto. Sistem suria dikekalkan oleh daya graviti matahari

dan sempadan sistem suria, yang mempunyai garis pusat setahun kelajuan

cahaya, ditanda oleh taburan komet yang dipanggil awan Oort. Terdapat

satu lagi awan Oort berbentuk piring dibahagian dalam sistem suria yang

dikenali sebagai awan Oort dalam. Disebabkan oleh orbit planet yang

membujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari

berubah mengikut kedudukan planet di orbit. Mustyari adalah planet kelima

daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet

dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan

Matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-

57.9 juta kilometer ke Utarid,

108.2 juta kilometer ke Zuhrah,

Page 2: Sistem suria

149.6 juta kilometer ke Bumi,

227.9 juta kilometer ke Marikh,

778.3 juta kilometer ke Musytari,

1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,

2,871.0 juta kilometer ke Uranus,

4,497.0 juta kilometer ke Neptun,

5,913.5 juta kilometer ke Pluto.

         Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi

matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh

putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap

planet dan bintang.

        Empat planet di dalam sistem suria dinamakan sempena nama nama

tuhan Rom iaitu Pluto, Neptun, Uranus dan Marikh. Manakala, nama bulan

pula diambil daripada watak watak mitodologi klasik atau drama pentas

Shakespeare. Planet di dalam Sistem Suria dibahagikan kepada tiga

kumpulan, iaitu:

Page 3: Sistem suria

Jirim berbatu: Planet planet ini terdiri daripada batu batu dan logam.

Contoh planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh. Planet planet ini

wujud berhampiran dengan matahari, dan berada di dalam Lingkaran

Asteroid. Planet planet ini juga dikenali sebagai Planet Kerdil.

Jirim Bergas: Terbentuk daripada gas gas. Contoh planet ialah Musytari,

Zuhal, Uranus, dan Neptun. Zuhal dan Uranus mempunyai gegelang ais

dan batu. Kumpulan planet ini turut dikenali sebagai Planet Gergasi.

Jirim berais: Terdiri daripada ais, contohnya Pluto. Ini disebabkan

kedudukannya yang agak jauh daripada Matahari. Kumpulan yang ketiga

ini terletak didalam Lingkaran Kuiper. Beberapa objek baru seperti Sedna

turut berada dalam kelas yang sama.

Matahari dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Sun'. Matahari

merupakan bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata

149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah

planet membentuk sistem suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980

kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.

Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada

matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahaya

Page 4: Sistem suria

matahari yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang

terus kepada matahari, menjadi buta.

         Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas

menukar jisim hidrogen kepada jisim helium melalui tindak balas gabungan

nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim

setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.

Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga

matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai konstant solar

menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

         Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai

graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang

boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan

matahari 'sun flare' ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti

radio, tv dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelite atau stesyen

angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang

radio, gelombang ultra-lembayung, sinar infra-merah, sinar-X, dan angin

suria yang merebak keseluruh sistem suria.

         Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi,

sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultra-

Page 5: Sistem suria

lembayung dan sinar infra-merah. Terdapat tompokan hitam yang wujud

dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan

suhu dipermukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan

yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan

melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi

menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu

mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari

yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu,

asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali

sebagai planetoid.

         Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang

tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu.

Sesetengah asteroid mempunyai bulan. Kebanyakan asteroid berada di

gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.

Definisi

         Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet

minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau

Page 6: Sistem suria

kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak

semua planet minor boleh digelar asteroid.

         Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek.

Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz

melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang

selalunya bersaiz lebih kecil.

         Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya

selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula

selalunya berkecai di atmosfera Bumi.

         Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz

lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.

Klasifikasi asteroid

Asteroid selalunya dibahagi kepada kumpulan berdasarkan sifat sifat orbit

dan spektrum cahaya yang dipantulkan.