sistem reka bentuk pengajaran kolaboratifasiemodel.net/helpfile/cids konsep booklet.pdf ·...
TRANSCRIPT
1
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Buku Panduan
SISTEM
REKA BENTUK PENGAJARAN
KOLABORATIF
Ismail Md. Zain, PhD. © Dynamic Global Vision, 2018
2
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Buku Panduan
SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF:
KERANGKA DAN KONSEP
Satu dimensi baharu guru mereka bentuk pengajaran secara kolaboratif, sistematik dan profesional untuk Pembelajaran Abad Ke-21 masa kini
dan keperluan pendidikan masa depan.
Ismail Md. Zain, PhD.
© Dynamic Global Vision:
Ipoh, Perak, Malaysia.
2018.
3
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
REFLEKSI
Malaysia perlu melaksanakan perubahan
besar terhadap keseluruhan sistem
pendidikan semasa untuk melonjakkan
pencapaian semua murid. Tidak dinafikan
bahawa proses pelaksanaan transformasi
pendidikan memerlukan pendekatan dan
strategi baharu agar setiap murid mampu
memiliki dan menguasai kemahiran yang
diperlukan dalam Abad ke-21. Oleh yang
demikian, transformasi pendidikan bukan
sekadar menambah bilangan kakitangan dan
kemudahan, malah perlu menjurus kepada
usaha untuk memahami dan menambah
baik proses pengajaran dan
pembelajaran…. “ (Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025)
4
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
PENGENALAN
Penekanan yang serius dalam aspek perancangan pengajaran guru yang diberikan oleh negara
luar seperti Finland adalah bertujuan untuk mewujudkan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan yang berkualiti tinggi, efektif, sistematik dan profesional sebagai amalan terbaik
dalam proses pembelajaran.
Cabaran ini harus dihadapi dan dipikul kerana penekanan persekitaran pendidikan masa kini
adalah ke arah membina perwatakan insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi dalam aspek pemikiran, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti (4C) tetapi juga dapat
mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat yang silang budaya. Kewujudan insan yang
mempunyai ciri-ciri daya saing di peringkat global (globally competitive learner) yang sihat dan
“towering personality” yang konsisten dan relevan dengan keperluan kebolehpasaran kerja
dalam era Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) serta kebolehsuaian diri dalam kemuncualan Masyarakat
Pintar 5.0 (Society 5.0) pada masa hadapan adalah menjadi agenda utama dalam pendidikan
masa kini.
Dalam hal ini konsep dan model reka bentuk pengajaran (instructional design) memerlukan
anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional
tetapi perlulah menjurus kepada perkembangan profil pelajar bersesuaian dengan pendekatan
pemusatan murid (learner centered) dan kaitannya ke arah mencipta pengalaman pembelajaran,
kemahiran dan pengetahuan melalui situasi pembelajaran di bilik darjah, di luar bilik darjah atau
dalam talian.
Bagi tujuan ini Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (The Collaborative Instructional
Design System – CIDS) melalui Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang telah
melalui proses ujian rintis di peringkat negara dan di luar negara merupakan satu mekanisme
perancangan pembelajaran (instructional planning mechanism). Model ASIE ini memberi
panduan yang mudah, komprehensif serta menggalakkan kreativiti guru dalam mencadangkan
perancangan pengajaran di peringkat makro (mingguan) dan mikro (RPH) mengikut keperluan
sendiri. Manakala pelajar diberi peluang memilih dan menentukan kaedah dan aktiviti yang
sesuai dan menarik minat mereka. Sistem ini juga memberi opsyen kepada guru, murid dan
masyarakat berkolaborasi dan berkomunikasi untuk berkongsi maklumat, ilmu, kemahiran dan
pengalaman secara bersemuka atau maya melalui program Komuniti Pembelajaran Profesional
dalam menyediakan situasi pembelajaran yang lebih bermakna dan terkini bagi memenuhi
kehendak persekitaran pembelajaran semasa.
5
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM
(CIDS)
A. PENGENALAN - APA ITU SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN
KOLABORATIF? - Collaborative Instructional Design System (CIDS)
Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaborasi (CIDS) adalah satu sistem yang memberi opsyen
kepada guru dalam mereka bentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran semasa. Guru
menyusun strategi pengajaran meliputi pendekatan, kaedah dan aktiviti untuk pelajar
menentukan pilihan. Ia bertujuan supaya pelajar lebih berinspirasi melibatkan diri dengan aktiviti
pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Ia adalah alat perancangan yang mudah, pantas dan praktikal yang memenuhi ciri-ciri pendidikan
hari ini dan masa hadapan sambil mengekalkan ciri-ciri profesionalisme guru dalam prosedur
pembelajaran dan pemudahcaraan.
Laman utama Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif
(https://asiemodel.net/ms)
• Terangkum di dalamnya ialah Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE, (Ismail
Md Zain, Balakrishnan M., 2014) merupakan alat perancangan pengajaran yang
memberi keutamaan dan penekanan kepada ciri-ciri atau atribut pelajar. Manakala
pengisian aktiviti Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) diperluaskan
konsep dan skopnya. Mereka terdiri daripada golongan pelajar, guru dan pelbagai
peringkat komuniti untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat.
6
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL
ASIE
KOMUNITI PEMBELAJARAN
PROFESIONAL (PLC)
PLC
SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
(CIDS)
7
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Program Komuniti Pembelajaran Profesional
• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE ialah Model Reka Bentuk Pengajaran yang
telah melalui proses transformasi bagi memenuhi persekitaran pembelajaran masa kini.
Model ini merupakan satu aliran prosedur perancangan pengajaran yang mudah,
fleksibel, konstruktif dan mesra pengguna. Ia menyediakan pengamal dalam
pendidikan suatu alat atau mekanisme perancangan pengajaran mengikut keperluan
pelajar berdasarkan ciri-ciri atau atribut profil pelajar. Pelajar diberi peluang memilih
pelbagai kaedah, aktiviti dan resos yang dicadangkan untuk dialami dalam persekitaran
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menarik dan menyeronokkan. Model in
mempunyai perspektif yang luas dan berharga ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran
dan pemudahcaraan serta latihan.
• Model ini memberi impak yang tinggi kepada guru dan murid dalam proses pembelajaran
melalui opsyen yang ada pada ruang dan peluang untuk mereka berbincang serta
berkongsi bahan, pengalaman dan kreativiti dengan rakan-rakan yang lain di seluruh
negara ke arah mewujudkan pendekatan strategi pembelajaran yang berkauliti tinggi
memenuhi kehendak pendidikan semasa.
8
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
• CIDS menyediakan peluang kepada individu dari komuniti yang berbeza, untuk
menyumbang dan berkongsi idea, kemahiran, strategi dan pengetahuan, untuk
mempertingkatkan, dan mengekalkan, kualiti pendidikan terutamanya dalam menangani
isu kebolehpasaran pelajar pada masa hadapan.
• Bagi tujuan ini individu adalah dijemput atau secara sukarela menyertai program ini
dengan cara berdaftar sebagai ahli Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Mereka
boleh memilih untuk menjadi ahli dalam kumpulan komuniti tertentu iaitu komuniti
pendidik, komuniti pentadbir, komuniti guru, komuniti profesional, komuniti pelajar dan
komuniti persendirian. Sebagai ahli PLC, butir-butir mereka, boleh didapati di dalam
laman web CIDS dan boleh diakses oleh pelbagai golongan komuniti di seluruh negara
untuk tujuan pendidikan.
• Pengguna boleh berbincang secara maya dengan ahli-ahli PLC untuk mendapat nasihat,
sumbangan dan perkongsian idea-idea dalam memenuhi keperluan kemahiran belajar. Ini
adalah satu pendekatan baharu dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR)
yang bukan berbentuk kewangan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat
khususnya golongan pelajar dalam dunia pendidikan.
•
B. KERANGKA TEORI DAN KONSEP SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN
KOLABORATIF
Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE secara asasnya merangkumi sifat falsafah
metafizik, epistemologi, aksiologi, etika, dan logik (philosophical attributes of metaphysics,
epistemology, axiology, ethics and logic). Ini dapat dilihat pada item-item perancangan yang
fleksibel yang banyak bergantung kepada kreativiti guru dan pelajar.
Sifat Falsafah Huraian /Definisi
metafizik falsafah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip
terhadap sesuatu perkara, termasuk konsep
yang abstrak seperti, mengetahui, identiti,
masa, dan ruang
epistemologi teori pengetahuan, terutamanya berkaitan
dengan kaedah, kesahihan, dan skopnya, dan
perbezaan antara kepercayaan dan pendapat
yang wajar.
aksiologi kajian tentang sifat, jenis, dan kriteria nilai dan
penghakiman nilai terutama dalam etika
etika prinsip moral yang mengawal tingkah laku
seseorang atau menjalankan sesuatu aktiviti
logik penaakulan yang dilakukan atau dinilai
berdasarkan prinsip yang sah.
9
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Dasar-dasar falsafah ini memperkuat keperluan untuk golongan pendidik profesional
terutamanya guru kelas untuk melaksanakan model ini dalam usaha melaksanakan pembelajaran
harian mereka. Ia dapat dilihat melalui pelbagai perspektif, konsep dan teori-teori seperti huraian
berikutnya.
• CIDS dapat dilihat dalam pelbagai perspektif di mana sistem ini mampu
berkolaborasi dengan pelbagai elemen perancangan pengajaran dan memenuhi
pelbagai konsep serta memenuhi prinsip-prinsip dan teori-teori pembelajaran.
• Bersesuaian dengan nama model yang terangkum dalam CIDS ini iaitu Model Reka
Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang bersifat integral (kesepaduan), maka ianya
mempunyai ciri-ciri IHE (integratif, hibrid, eklektik)
• Item-item yang terdapat dalam model ini bersifat integral kerana diintegrasikan
dengan pelbagai elemen asas dalam ilmu pendidikan iaitu merangkumi ilmu
teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan (TPACK) (Mishra, P., & Koehler,
M.J. (2006) secara komprehensif untuk memenuhi situasi pembelajaran masa kini.
Malah ia melibatkan pelbagai komuniti dan sarana komuniti yang menyumbang ke
arah perkembangan ilmu, kemahiran dan perwatakan pelajar.
• Melihat kepada ciri-ciri pada komponen dan item Model ASIE ini, ia juga dapat
digolongkan dalam kategori Model Reka Bentuk Pengajaran Hibrid (Hybrid
Instructional Design System) walaupun pada asasnya ia adalah model reka bentuk
pengajaran berasas bilik darjah (classroom-based ID model) tetapi ruang lingkupnya
adalah lebih luas menjangkau bilik darjah hinggalah meliputi persekitaran maya
(virtual). Ini merupakan di antara aspek ciri-ciri perbezaan Model Reka Bentuk
Pengajaran Integral ASIE dengan model-model konvensional yang lain.
• Dari segi toerinya pula model ini mengikut aliran pendekatan eklektik dalam bidang
reka bentuk pengajaran (an eclectic approach to the instructional design) di mana
seseorang pereka bentuk pengajaran boleh menggabungkan idea dari pelbagai teori
pembelajaran untuk membina pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan
daripada hanya tertumpu pada satu pengaruh teori sahaja
• Oleh itu, paradigm behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, dan konektiviti
dipertimbangkan dan digunakan dalam pelbagai prosedur perancangan pengajaran,
yang berpusatkan murid, tidak seperti beberapa model konvensional yang pada
mulanya bertujuan untuk Pembangunan Sistem Pengajaran (ISD) (Seel, N.M 1997,
Gustafson K.L, Branch R.M, (2002).
10
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Ciri-Ciri Model Reka Bentuk
Pengajaran Integral ASIE
Huraian
Integral • pengintegrasian pelbagai elemen asas dalam ilmu
pendidikan iaitu ilmu teknologi, pedagogi dan
pengetahuan kandungan (TPACK)
• diintegrasi secara komprehensif untuk memenuhi
situasi dan ciri-ciri pembelajaran masa kini.
• melibatkan pelbagai komuniti dan sarana
komuniti yang menyumbang ke arah
perkembangan ilmu, kemahiran dan perwatakan
pelajar.
Hibrid • pada asasnya ia adalah model reka bentuk
pengajaran berasas bilik darjah (classroom-based
ID model)
• ruang lingkupnya adalah lebih luas menjangkau
bilik darjah hinggalah meliputi persekitaran maya
(virtual).
Eklektik • menggabungkan idea dari pelbagai teori
pembelajaran.
• bertujuan membina pengalaman pembelajaran
yang lebih berkesan daripada hanya tertumpu
pada satu pengaruh teori sahaja.
• Teori behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme adalah tiga teori pembelajaran
yang paling sering digunakan dalam penciptaan persekitaran pengajaran. Walau
bagaimanapun teori-teori ini telah dibangunkan dalam masa teknologi tidak memberi
kesan kepada pembelajaran. Selama dua puluh tahun yang lalu, teknologi telah
menyusun semula bagaimana kita hidup, bagaimana kita berkomunikasi, dan
bagaimana kita belajar.
• Teknologi baru memaksa pelajar abad ke-21 untuk memproses dan menggunakan
maklumat dengan cara dan kadar yang sangat cepat. Ini membawa kepada
kemunculan teori konektivisme.
• Menurut Siemens, (2005) konektiviti didorong oleh pemahaman bahawa keputusan
dibuat berdasarkan kepada dasar yang cepat mengalami perubahan. Maklumat baru
terus diperoleh, dan keupayaan untuk memberi perhatian terhadap perbezaan antara
maklumat penting dan tidak penting merupakan satu keutamaan yang amat
diperlukan.
• Bartlett (1932) seperti yang dilaporkan oleh Good & Brophy, 1990 pada awalnya
merintis apa yang mewujudkan pendekatan konstruktivis. Konstruktivis percaya
bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau sekurang-kurangnya
menafsirkannya berdasarkan persepsi mereka terhadap pengalaman, sehingga
pengetahuan individu adalah fungsi pengalaman terdahulu, struktur mental, dan
11
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
kepercayaan yang digunakan untuk menafsirkan objek dan peristiwa. Apa yang
diketahui oleh seseorang adalah berdasarkan persepsi tentang pengalaman fizikal dan
sosial yang difahami oleh fikiran (Jonassen, 1991).
• Hasil daripada teori-teori di atas maka pelbagai model pembelajaran/pengajaran
(learning/teaching models) memperkenalkan kaedah dan teknik untuk dijadikan
modul berbentuk cadangan aktiviti untuk diaplikasikan oleh guru dan murid dalam
situasi pembelajaran. Kesemuanya elemen-elemen ini boleh diintegrasikan dalam
prosedur perancangan guru melalui model ASIE ini mengikut kreativiti masing-
masing.
• Manakala penyesuaian terhadap prinsip-prinsip asas reka bentuk pengajaran serta
model-model reka bentuk pengajaran yang lain seperti Model Dick & Reisar, Model
Dick & Carey, Model ASSURE, Model ARCS, Model ADDIE serta model-model
lain yang dikemukan oleh beberapa tokoh bidang ini diberi perhatian dalam
membentuk model ini.
• Pada asasnya apa yang membezakan antara model Reka Bentuk Pengajaran Integral
ASIE dengan model-model reka bentuk konvensional ialah dari segi tujuan ke arah
menepati konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Kebanyakan model-model lain
membawa persoalan “Apakah elemen-elemen perlu ditentukan oleh guru untuk
membina sesuatu situasi pembelajaran bagi pelajar-pelajar” – lebih bersifat
pembelajaran berpusatkan guru kerana guru menentukan proses merancang
pengajaran.
• Manakala bagi Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE pula ia membawa
persoalan “Bagaimanakah caranya guru menyusun strategi pembelajaran dalam
membina situasi pembelajaran yang fleksibel mengikut keperluan pelajar” – lebih
bersifat pembelajaran berpusatkan pelajar kerana guru hanya mencadangkan pelbagai
elemen-elemen yang difikirkan sesuai untuk diberi penekanan terhadap penyusunan
strategi pembelajaran (strategize) sementara pelajar diberi peluang melaksanakan
aktiviti-aktiviti tersebut mengikut bersesuaian dan minat mereka dalam memenuhi
situasi pendidikan semasa.
• Sebagai contoh daripada cadangan strategi yang disusun oleh guru untuk sesi
penyelesaian masalah, sekumpulan murid mungkin memilih peta minda untuk
dibincang dan dipersembahkan bersama rakan-rakan, manakala sekumpulan pelajar
lain mungkin berminat untuk mencari klip video yang sesuai untuk dipersembahkan.
• Dalama hal ini penumpuan harus diberi terhadap ciri-ciri profil pelajar, kesediaan
pelajar, ciri-ciri media yang hendak digunakan, aras pemikiran yang ingin dikuasai
oleh pelajar dan aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan semua pelajar berdasarkan
pembelajaran terbeza (differentiated learning) serta kaitannya antara prinsip dan teori
yang diajar dengan alam pekerjaan yang akan ditempuhi dalam era Industri Revolusi
4.0 dan kedudukan dan peranan mereka dalam pembentukan masyarakat pintar 5.0
(Society 5.0) di masa yang akan datang.
12
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
• Ini adalah penting untuk mewujudkan pelajar berfikir di luar koak yang sentiasa
relevan dengan perkembangan semasa di peringkat lokal dan global.
• Begitu juga dengan elemen-elemen penting dalam kerangka pembelajaran terkini
seperti Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21, (2002), Four Dimensional Learning,
2015 dan Kerangka PAK21, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2017), yang
mempunyai korelasi yang hampir sama di antara satu sama lain. Elemen-elemen ini
juga dijadikan sebahagian daripada item-item perancangan dalam model ini untuk
memastikan ianya juga relevan dengan situasi pembelajaran masa kini.
• Secara praktiknya berdasarkan huraian teori di atas guru-guru memerlukan
berkemahiran dalam bidang pedagogi, teknologi dan bidang pengetahun dan
kemahiran kandungan bidang pembelajaran (technological knowledge, pedagogical
knowledge, content knowledge - TPACK ) yang diajar (Mishra, P., & Koehler, M.J.
2006). Ia harus dilaksanakan bukan secara terpisah tetapi harus mengintegrasikannya
dalam PdPc.
• Satu Kerangka Struktur Pembelajaran Strategik dibina untuk memperjelaskan
bagaimana komponen-komponen perancangan pembelajaran dalam Model Reka
Bentuk Pengajaran Integral ASIE ini dibentuk berdasarkan bidang-bidang yang
terdapat dalam model kerangka Model TPACK.
13
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
ASPEK PERBEZAAN ANTARA MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL
ASIE DENGAN MODEL-MODEL LAIN
Aspek Model Reka Bentuk Pengajaran Integral
ASIE
Model-model Reka Bentuk
Pengajaran konvensional
Bidang fokus Pemusatan khusus kepada pembelajaran pelajar dalam situasi amalan pembelajaran dan pemudahcaraan masa kini
Penumpuan yang bercampur-campur. Contoh: Model ADDIE – tumpuan kepada pembinaan produk, Model ASSURE – tumpuan kepada pemilihan media dalam pembelajaran Model ARCS – tumpuan kepada unsur motivasi dalam perancangan pengajaran. Model Dick & Reiser – tumpuan kepada amalan di bilik darjah secara umum.
Strategi
perancangan • Item-item perancangan yang
fleksible yang boleh ditambah dan
diubahsuai (customized) sendiri
• Lebih bersifat cadangan penyusunan
strategi berdasarkan profil pelajar
• Memberi kebebasan kepada pelajar
memilih kaedah, aktiviti dan strategi
sendiri
• Item-item adalah rigid
• Lebih bersifat membina strategi
pembelajaran di mana guru
menentukan kaedah yang perlu
diaplikasikan oleh murid
Media
perancangan • Melalui aplikasi dalam talian
(online)
• Khusus pada perancangan
pengajaran berasaskan konsep
bidang reka bentuk pengajaran
• Pembentuk Komuniti Pembelajaran
Profesional sebagai nilai tambah
pada model ini
• Tidak melalui dalam talian.
• Terdapat banyak perancangan
pengajaran yang menggunakan
aplikasi berbentuk templat
untuk merancang sesuatu kursus
atau pengajaran. Contoh:
Google classroom
• Terdapat juga aplikasi yang
hanya menyediakan ruang untuk
berkongsi pelbagai sumber
rancangan pengajaran: Contoh
Edmodo
14
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Pengintegrasian bidang teknologi, pedagogi & pengetahuan bidang pelajaran dalam Model
TPACK (Mishra, P., & Koehler, M.J. 2006)
Penjelasan ringkas kerangka Model TPACK
• Pengetahuan teknologi (TK) – guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas strategi
mengintegrasikan pelbagai teknologi yang sedia ada mengikut kemampuan dan kemudahan untuk
memberi memberi peluang kepada pelajar mengakses maklumat dengan cara yang lebih mudah,
efekif dan praktikal.
• Pengetahuan pedagogi (PK) – pengetahuan dalam bidang ini amat diperlukan agar guru mampu
menyusun strategi dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk membentuk
aktiviti pembelajaran dalam kalangan pelajar.
• Pengetahuan bidang kandungan pelajaran (CK) – guru harus mahir dalam bidang pengetahuan
yang diajar. Pengetahuan yang mendalam, luas dan komprehensif menjadi satu keperluan dalam
proses PdPc.
• TPACK (kombinasi ketiga-tiga bidang) – untuk melahirkan keberkesanan pengajaran, guru
seharusnya menggandingkan ketiga-tiga bidang dalam sesi pengajarannya bukan hanya mahir
dalam bidang-bidang tertentu sahaja.
15
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Ubahsuaian Kerangka Struktur Pembelajaran Strategik (Ismail Zain, 2014)
16
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Penjelasan Kerangka Struktur Pembelajaran Strategik
• STANDARD PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (Learning & Facilitating Standard)
Butiran standard tentang bidang pembelajaran dan pemudahcaraan yang menjadi fokus utama sebagai
keperluan dan panduan dalam PdPc guru. Ianya dapat diklasifikasikan mengikut kerangka model TPACK
iaitu pengetahuan dalam Kandungan Pembelajaran (content knowledge), pengetahuan dalam Pedagogi
(pedagogical knowledge) dan pengetahuan dalam teknologi (technological knowledge). Item-item ini
membentuk Komponen Pembelajaran Strategik (strategical learning component).
▪ Kandungan Pembelajaran (content knowledge) – ianya dirujukkan kepada struktur pembelajaran –
topik pembelajaran, objektif & hasil pembelajaran/kriteria kejayaan (learning topic, learning
objectives & learning outcomes etc.), dan profil perbezaan individu. Ketiga-tiga ini harus mempunyai
kaitan yang rapat dalam menentukan hala tuju pembelajaran.
o struktur pembelajaran – item-item yang diperlukan bagi merangka pembelajaran seperti yang
terdapat dalam HSP atau DSKP.
o objektif & hasil pembelajaran/kriteria kejayaan – pernyataan tentang pengetahuan dan kemahiran
yang perlu dicapai atau ditunjukkan oleh pelajar secara umum atau khusus.
o profil perbezaan individu – merujuk kepada ciri-ciri atau atribut pelajar yang dipamerkan melalui
ujian-ujian psikometrik atau yang berkaitan dengannya untuk menentukan pernyataan
objektif/kriteria kejayaan pelajar.
▪ Pengetahuan Pedagogi – pelbagai pendekatan dan tema pembelajaran, teknik, kaedah, alat berfikir
dan aktiviti pembelajaran, kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai yang harus dikuasai oleh pelajar untuk
dintegrasikan dalam PdPc.
o pendekatan dan tema pembelajaran – pelbagai pendekatan boleh cadangakan dan digunakan
mengikut kreativiti dan kesesuaian pelajar dan guru. Manakala pelbagai tema pembelajaran
terutamanya tema pembelajaran masa kini (PAK21) boleh dikaitan dengan topik pembelajaran.
o teknik, kaedah, alat berfikir – pelbagai teknik, kaedah dan alat berfikir boleh dicadangkan oleh guru
mengikut kesuaian atau mengikut pemilihan pelajar sendiri dalam menyelesaikan masalah yang
diberikan dalam PdPc.
o kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai – pelbagai kemahiran dan nilai-nilai yang sesuai dengan aliran
persekitaran pembelajaran masa kini harus dibina dan diterapkan dalam melaksanakan aktiviti PdPc.
▪ Pengetahuan Teknologi – segala resos, alatan dan aplikasi yang berbentuk digital atau bukan digital
boleh digunakan mengikut kesesuaian dan kesukaan pelajar dalam mengakses maklumat.
o resos – teks, video, audio, grafik dan sumber-sumber dalam pelbagai bentuk yang mampu dan
sesuai digunakan dalam PdPc
o alatan dan aplikasi – pelbagai alatan termsuk komputer, projektor, telefon bimbit atau bahan
maujud; begitu juga pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma perlu diketahui dan
digunakan dalam PdPc.
o prosedur pengaplikasian – pengetahuan juga perlu ada dari aspek prosedur pengaplikasiannya
termasuk kaitan fitur-fitur (features) tersebut dengan topik yang dipelajari agar resos, alatan dan
aplikasi ini tidak disalahgunakan.
Kesemua item dalam kompenen di atas membentuk Alat Pembelajaran Strategik (strategical learning
tools)
• STANDARD PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN (Learning Assessment Standard)
Ke semua butiran dalam Standard Pembelajaran dan Pemudahcaraan dijadikan panduan dan kriteria
membentuk Standard Pentaksiran Pembelajaran bagi menentukan pencapaian ilmu, kemahiran dan
perwatakan pelajar mengikut kesesuaian aliran persekitaran pembelajaran masa kini bagi memenuhi dan
kaitannya dengan peluang kesinambungan kehidupannya dalam pelajaran atau bidang pekerjaan masa
hadapan.
17
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Komponen TPACK membentuk perancangan peringkat makro (mingguan)
( Lembaran Integrasi Pelbagai - MIW)
Dalam Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE
Pengetahuan Kandungan Pembelajaran
Pengetahuan Teknologi
Pengetahuan Pedagogi
18
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Ubahsuaian Cadangan Kerangka Pembelajaran Abad ke-21 oleh 21st Century Partnership (2007)
Ubahsuaian cadangan ciri-ciri pelajar Abad
Ke-21 dalam Four Dimensional Education
oleh Centre for Curricullum Redesign, (2015
Ubahsuaian cadangan ciri-ciri pelajar dalam
persekitaran pembelajaran masa kini oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017
19
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Korelasi antara elemen-eleman pada kerangka-kerangka pembelajaran dalam situasi
pembelajaran masa kini
Elemen-elemen dalam ketiga-tiga kerangka ini dijadikan asas ke arah pembinaan item-item
Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE.
1 2 3
4
4
Kerangka PAK21 - KPM, 2017
Kerangka PAK21 – 21st Century Partnership, (2002)
Four Dimensional Learning (2015)
20
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
KOMPONEN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ASIE
Fungsi tunjuk arah
Aliran prosedur: Memberi panduan kepada guru langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam
perancangan mengikut komponen.
Interaksi antara komponen: Aliran prosedur ini bukannya berbentuk sehala tetapi guru boleh
berinteraksi semula dengan komponen sebelum dan selepas perancangan. Tujuannya ialah supaya item-
item yang dipilih atau perancangan yang dibuat dan aktiviti yang distrategikan untuk murid perlulah
sesuai dan saling berkaitan antara semua aspek yang terdapat antara satu komponen dengan komponen
yang lain.
Integrasi komponen: Maklumat perancangan diintegrasikan dalam Lembaran Integrasi Pelbagai – MIW
(Multiple Integration Worksheet).
Kitaran refleksi: Guru harus membuat refleksi terhadap keseluruhan perancangan yang terdapat pada
semua komponen supaya ia bersifat penyepaduan“integrated” alam memenuhi hasil pembelajaran.
Menganalisismaklumat persediaan
perancangan pengajaran peringkat makro (mingguan)
Menyusun strategi pengajaran peringkat makro (mingguan) melalui penginterasian pelbagai item mengikut aliran perkembangan pembelajaran masa kini untuk pilihan pelajar
Melaksana
pengajaran peringkat
mikro (pengajaran harian)
melalui pembentukan
RPH
Pemantauan, Penilaian, Refleksi
untuk penambahbaikan
PdPc
Pemusatan perancangann
21
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
KOMPONEN, ASPEK & ITEM MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
INTEGRAL ASIE
KOMPONEN ASPEK ITEM MIW
A
ANALYZE (Analisis)
• profil pembelajaran
o subjek, tema, bidang pembelajaran, tajuk/topik dan item-item lain
o objekti pembelajaran, hasil pembelajaran, kriteria kejayaan dan item-item lain yang relevan
Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet (MIW) merupakan:
• mekanisme pemusatan strategi perancangan atau kerangka perancangan keseluruhan untuk dipilih oleh pelajar ke arah pengintegrasian dalam proses PdP
• bertindak sebagai paparan memudahkan guru menzahirkan perancangan pengajaran secara kreatif hasil cantuman idea berdasarkan aspek-aspek dan item-item komponen dalam model ini
• bertindak sebagai satu senarai semak kepada guru terhadap ciri-ciri/fitur-fitur pembelajaran masa kini
• perancangan sentiasa terkini (up to date), memenuhi keperluan pendidikan di peringkat lokal dan global
• aktiviti yang direka bentuk dikaitkan dengan keperluan perkembangan penjanaan kemahiran berfikir dan kreativiti pelajar
• memudahkan guru secara kreatif menentukan corak pentaksiran untuk mencungkil potensi pelajar
• profil pelajar
o kesediaan pelajar menghadapi pembelajaran o gaya belajar, o pelbagai profil psikometrik atau profil lain yang
berkaitan dengan atribut pelajar ke arah perkembangan diri dan perwatakan pelajar.
• profil media pengajaran
o pemilihan media pengajaran yang bersesuaian
dengan profil-profil di atas seperti:
• jenis media • elemen • komposisi dan lain-lain item yang sesuai
S
STRATEGIZE (Menyusun
Strategi)
• mengintegrasi
o catatan ringkas bagaimana media pengajaran di atas
dapat diintegrasikan dan PdPc
o EMK – elemen merentasi kurikulum yang relevan
atau item-item lain yang sesuai
• menyesuai - kemahiran
o kemahiran belajar termasuk kemahiran belajar Abad
Ke-21 atau kemahiran kemahiran lain yang relevan
o Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan aras
pemikiran yang lain serta item-item lain yang relevan
• mengaplikasi - alat
o pengaplikasian pelbagai alat berfikir o pengaplikasian pelbagai alat pengajaran—kaedah,
teknik, aktiviti dan alat-alat pengajaran yang lain
serta item-item yang lain mengikut kreativiti masing-
masing
• menerap - nilai
o pelbagai item nilai moral dan nilai yang lain
• membentuk – soalan pengajaran
o pernyataan utama dalam topik pembelajaran
berdasarkan KBAR dan KBAT
o corak atau jenis pentaksiran untuk mendapat
maklumat perkembangan minda dan potensi pelajar
I
IMPLEMENT (Melaksana)
• mengadaptasi
o mengadaptasi perancangan pengajaran untuk
pembentukan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
• mengaplikasi
o mengaplikasi perancangan pengajaran (RPH) dalam
proses amalan terbaik pembelajaran dan
pemudahcaraan
E
EVALUATE (Menilai)
• maklum balas
o tindakan terhadap maklum balas
• mengkaji semula
o mengkaji keberkesanan strategi perancangan
pengajaran
o refleksi/impak
• menyemak semula
o menilai strategi perancangan pengajaran untuk
peluang mereka bentuk semula pengajaran pada
masa hadapan
22
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Pengguna boleh lalukan tetikus (mouse over) ke atas teks dalam komponen model untuk
membaca preskripsi setiap aspek dalam komponen model atau pada arah aliran. Berikut adalah
beberapa contoh:
23
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE – KOMPONEN,
ASPEK & ITEM
Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Ismail Zain, Balakrishnan, M. 2104)
merupakan pendekatan bersepadu dalam merancang prosedur strategi pengajaran yang biasa
dilaksanakan untuk keperluan pelajar dalam persekitaran pembelajaran & pengajaran masa kini.
• ASIE ialah akronim bagi komponen A – Analyze (Analisis) S – Strategize (menyusun
strategi) I – Implement (melaksana) E – Evaluate (menilai). Kesemua komponen
bertindak sebagai prosedur merangka perancangan pengajaran (instructional
planning procedures) di peringkat makro secara bersistematik dan profesional untuk
diaplikasikan di peringkat mikro iaitu pembentukan beberapa rancangan pelajaran
harian (RPH) yang mengandungi item-item aktiviti pembelajaran yang boleh dipilih
mengikut kesesuaian pelajar sendiri. Ia juga dibina berlandaskan pendekatan eklektif di
mana prinsip dan cantuman teori reka bentuk pengajaran (principles of instructional
design theories) dan teori pembelajaran yang berfokuskan mazhab kognitif, konektivis
dan konstruktivis diberi penekanan.
• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE memberi opsyen kepada guru bagi
membolehkan mereka merancang pengajaran secara lebih efisyen melalui aplikasi dalam
talian (online application). Terdapat beberapa aspek dan item dalam komponen model ini
yang boleh diubah suai (customized) atau membuat penambahbaikan atau mengubah
tetapan (setting) yang disediakan mengikut keperluan kurikulum, situasi amalan
perancangan sesebuah sekolah, keperluan pelajar dan kreativiti guru.
• Model ini bersifat interaktif, integratif, preskriptif, dan konstruktif.
Interaktif: Memudahkan pengguna berinteraksi dengan pengisian item yang
disediakan dengan opsyen memilih, menampal dan menulis mengikut prosedur
yang disediakan.
Integratif: Memudahkan guru mengintegrasikan item-item perancangan yang
disediakan atau menambah item-item mengikut keperluan, dalam proses
penyediaan perancangan.
Preskriptif: Memudahkan guru memahami kandungan dalam model ini dimana
bagi setiap komponen, aspek dan item yang tertentu disediakan penerangan
ringkas untuk pemahaman kendiri (self-prescriptive).
Konstruktif: Penyusunan perancangan yang padu, lengkap dan komprehensif.
24
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
• Untuk memudahkan pengguna, model ini menyediakan manual pengguna, bahan rujukan,
bahan informasi dan bimbingan video untuk memahami dan memudahkan pengaplikasian
dan pengoperasian model ini.
Versi baharu 6.0 mempunyai pelbagai opsyen membolehkan guru mencipta rancangan pelajaran
harian (RPH) mengikut keperluan dan kreativiti masing-masing secara profesional serta
mencipta Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk membina watak dan mencungkil
kreativiti murid.
Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integraton Worksheet - MIW)
Model ini memaparkan Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet
– MIW) iaitu paparan pemusatan strategi atau kerangka perancangan yang dibuat melalui
pelbagai aspek dan item yang dipilih di peringkat makro (boleh berbentuk minggu) untuk
membentuk perancangan amalan terbaik di peringkat mikro (RPH) untuk pelajar ke arah
pengintegrasian dalam PdP. Ia merupakan hasil daripada cadangan penyusunan strategi
perancangan guru melalui kitaran refleksi dan penilaian bagi setiap komponen dalam model
yang dilalui untuk keperluan dan pemilihan pelajar.
• MIW dan RPH ini boleh diakses, dikongsi atau disunting bersama mengikut situasi
kesesuaian sebagai nilai tambah dalam pemantapan ilmu dan kemahiran dalam profesion
perguruan.
25
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
• Bimbingan dan pengesahan boleh dilaksanakan oleh penilai atau pemantau secara
profesional.
Kekuatan Dan Kemampuan Model Integral ASIE
Secara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:
• Mereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.
• Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikut
keperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru
dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.
• Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi “Lesson Study” program PLC.
• Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.
• Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.
• Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi
kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan
mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.
PROSEDUR PENGAPLIKASIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
INTEGRAL ASIE
Model ini bermula dengan komponen pertama iaitu:
KOMPONEN 1: ANALISIS (Analyze)
(i) Profil pembelajaran (learning profiles) - meliputi item seperti kelas yang
diajar, subjek, tema, bidang pembelajaran, topik/tajuk, objekti
pembelajaran, hasil pembelajaran berdasarkan huraian sukatan pelajaran
(HSP) atau Dokumen Standard Kualiti Pembelajaran (DSKP) yang
dikeluarkan oleh KPM. Guru boleh juga menambah item-item yang lain
Aspek yang dianalisis:
(i) Profil pembelajaran
(ii) Profil pelajar
(iii) Profil media pengajaran
26
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
yang bersesuaian dengan amalan guru tersebut. Pengguna diberi pilihan
sama ada memilih kandungan yang disediakan atau mencatat dan
menambah kandungan mengikut keperluan sendiri.
Tujuan: Oleh kerana model ini berkonsepkan pembelajaran berasaskan
hasil pembelajaran (outcome-based learning), guru harus mengetahui
apakah yang sebenarnya hasil pembelajaran yang ingin dicapai (Intended
learning outcomes – ILO) serta kemahiran atau pengetahuan yang perlu
diperoleh serta kemahiran-kemahiran yang bersifat multi disciplinary, atau
kemahiran generik mengikut keperluan semasa.
(ii) Profil pelajar (learners’ profiles) – termasuk item gaya belajar (learning styles)
jika perlu, atau item-item pada ujian psikometrik yang dilaksanakan di sekolah
atau ujian-ujian lain yang dapat menunjukkan ciri-ciri pelajar (learners’
attributes). Guru boleh menambah profil pelajar yang lain jika perlu.
Tujuan: Oleh kerana model ini bercirikan pemusatan murid (student centered)
yang menjadi pegangan utama dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan
dalam persekitaran pembelajaran masa kini, adalah wajar bagi guru-guru
mengetahui profil pelajar mereka secara umum dalam kelas yang berkaitan untuk
memudahkan pemilihan bahan, strategi pengajaran dan pembentukan aktiviti
pembelajaran terbeza (differentiated learning) yang sesuai dengan pelajar-pelajar
mereka. Contoh:
• jika ramai bilangan atau peratusan pelajar dalam kelas mereka yang bercirikan visual dalam ujian Kecerdasan Pelbagai (IKP), maka sudah tentu guru mungkin menggunakan kaedah yang sesuai dengan ciri-ciri ini (seperti tayangan video, aktiviti mengesan gambar dan aktivtiti-aktiviti lain) tanpa mengabaikan kaedah-keadah lain untuk mewujudkan keseimbangan dalam pertumbuhan pelbagai aspek diri dan perwatakan pelajar.
27
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Untuk tujuan ini model ini menyediakan opsyen kaedah yang mudah dan ringkas
untuk mengisi skor ujian kelas secara kolektif pada ruang-ruang yang disediakan
dengan kerjasama pihak guru bimbingan dan kaunseling bagi memudahkan guru
melihat profil pelajar mereka.
28
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
(iii) Profil media pengajaran (instructional media profiles) – senarai pelbagai bahan
media pengajaraan berbentuk digital dan bukan digital untuk aktiviti
pembelajaran. Guru juga diberi opsyen untuk menambah sendiri media yang
difikirkan sesuai sesi pengajaran mereka.
Tujuan: Pemilihan media pengajaran (pelbagai jenis dan klasifikasi media) boleh
dibuat berdasarkan ciri-cirinya/atribut profil pelajar dan kesesuaiannya dengan
kandungan subjek. Opsyen diberi kepada guru untuk menganalisis pada item
elemen iaitu pelbagai aspek atau ciri-ciri media seperti teks, grafik, animasi,
video, audio, atau sebagainya yang tergabung membentuk produk media tersebut
untuk dipilih dalam proses PdPc mereka. Contoh: - dalam tayangan klip video ada juga:-
• teks -sama ada dipaparkan dalam klip video tersebut (contoh isi-isi penting) atau dalam bentuk bacaaan skrip ,
• grafik – (contoh: ilustrasi, carta, atau gambar yang tidak bergerak dll) • audio - contoh musik latar, kesan bunyi seperti guruh, suara orang
minta tolong dsb (dilihat dan didengar).Ada juga unsur audio yang tidak dapat didengar tetapi ada bahan bukti yang dapat dilihat - contoh dalam gambar foto - diperlihatkan banjir dengan awam tebal –jika kita hendak tumpukan pada elemen audio guru boleh menyuruh murid bagi pendapat apa mungkin murid akan dengar berdasarkan bukti yang ada di dalamnya atau jika dia berada ditempat itu.
Guru boleh menambah elemen lain yang relevan.
Guru juga diberi opsyen menganalisis item komposisi iaitu pelbagai item kecil
yang dipecahkan dari segi pelbagai aspek/sudut/perspekif. Contoh:
• objek ( flora –fauna - sungai , burung, gunung-ganang, awan dsb) • latar belakang (sawah padi, laut, awan dsb. sama ada dapat dilihat atau • tidak), • suasana (sepi, ceria, bising dsb) • perasaan (sedih, gembira, benci, takut dsb).
Komposisi juga boleh menggambarkan:- • kepentingannya (pusat pelancongan, tempat sejarah dll) • kekuatan (daya ketahanan, kemantapan dsb)
Item komposisinya boleh ditambah/direka oleh guru sendiri. Apa yang penting
ialah media itu dapat dipecahkan kepada item-item kecil (untuk dibuat analisis/
kalau dalam ayat dipanggil dicerakinkan).
Pengguna boleh menambah item lain yang relevan. Penganalisisan ini penting
untuk guru menggunakan sepenuhnya maklumat daripadaa profil pada media ini
29
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
untuk tujuan penjanaan minda pelajar terutama ke arah kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT).
30
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
KOMPONEN 2: MENYUSUN STRATEGI (Strategize)
Penyusunan strategi haruslah disesuaikan dengan aspek-aspek dan item-item yang ada pada
Komponen 1 – Analisis, agar terdapat kesinambungan dalam perancangan pengajaran.
(i) Mengintegrasi (integrating) - media pengajaran: Catatan ringkas bagaimana
media akan diintegrasikan oleh guru dan murid dalam PdPc.
Tujuan: Pemilihan media dapat diintegrasikan sewajarnya dalam PdPc untuk
dimanfatkan oleh murid dalam aktiviti PdPc yang selaras dengan objektif
pembelajaran yang dibina dan sesuai dengan profl pelajar melalui beberapa skor
ujian psikomerik bagi keseluruhan pelajar secara umum. Contoh:
• Murid menonton video untuk sesi perbincangan (jika memilih klip video) • Murid membaca skrip untuk memilih watak dalam lakonan (jika memilih bahan
cetakan).
Aspek untuk menyusun strategi:
(i) Mengintegrasi - media pengajaran
(ii) Menyesuai – kemahiran
(iii) Mengaplikasi – alat
(iv) Menerap – nilai
(v) Membentuk - soalan pengajaran
31
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
(ii) Menyesuai (accommodating) – kemahiran – Pemilihan item yang terdapat dalam
aspek ini oleh guru termasuk:
(a) tema – terutama bagai tema PAK21 iaitu literasi alam sekitar, literasi
kesedaran global, literasi kesihatan, Literasi kewangan, ekonomi,
perniagaan & keusahawanan, literasi sivik dan literasi-literasi lain.
(b) kemahiran belajar dan inovasi masa kini seperti kemahiran PAK21-
meliputi kemahiran dalam berkolaborasi, berkomunikasi, berfikir
secara kritis dan kreatif untuk disesuaikan dengan pengajarannya
(c) kemahiran hidup dan kerjaya - meliputi item kepimpinan &
tanggungjawab
(d) kemahiran maklumat media dan teknologi - meliputi bagaimana
maklumat yang diperoleh mampu menjana kemahiran berfikir aras
tinggi seperti model ubahsuaian taksonomi Bloom serta kemahiran-
kemahiran lain yang diperlukan.
Tujuan: Penyesuaian ini dibuat agar proses PdPc melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang oleh guru mampu mengikut aliran pendidikan masa kini dalam usaha
menjana minda ke arah persediaan murid yang bermaklumat, pengetahuan dan
kemahiran yang tinggi dan berkualiti serta mampu menyesuaikan kehidupan dalam
masyarakat majmuk yang silang budaya dalam pembinaan perwatakan murid yang
bersahsiah dan unggul.
Contoh: • Jika pemilihan Literasi Alam Sekitar dibuat pada item Tema, maka isu-isu yang
dibincangkan perlulah luas dan bersifat global disamping menumpukan perkaitannya dengan topik pembelajaran seperti isu banjir, pemuliharaan alam sekitar, wabak penyakit dan isu-isu lain yang relevan dengan topik perbincangan.
• Jika Kreativiti dipilih pada item Kemahiran Belajar & Inovasi, maka aktiviti yang dilaksanakan nanti perlulah mampu menjana kreativiti murid.
• Jika pemilihan Kepimpinan dan tanggungjawab dibuat pada item Kemahiran Hidup dan Kerjaya maka akitiviti yang dilaksanakan oleh murid perlulah mampu mempamerkan sifat kepimpinan dan ketanggungjawaban.
32
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
33
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
(iii) Mengaplikasi - alat (tools) – merujuk kepada pengaplikasian pelbagai jenis alat
berfikir seperti peta minda, pengurusan grafik, i-think, alat berfikir CoRT de Bono
dan alat berfikir yang lain. Item seperti kaedah, teknik dan aktiviti yang ingin
dilaksanakan seperti perbincangan, kuiz, pembelajaran koporatif & kolaborasi,
konstruktivisme dan sebagainya.
Tujuan: Aktiviti PdPc dalam dilaksanakan melalui pelbagai alat berfikir dan
pendekatan yang berbeza mengikut profil murid. Ini memberi peluang kepada
semua murid menyertai aktiviti yang sesuai dan diminati oleh mereka agar objektif
pembelajaran tercapai dengan jayanya.
Contoh:
• Jika Peta Minda dipilih pada item Alat Berfikir maka ianya harus digandingkan dengan item yang sesuai dengan kaedah, teknik dan pendekatan – seperti kaedah Sumbangsaran atau yang bersesuaian dengannya.
• Guru juga boleh menambah alat berfikir atau kaedah, teknik, pendekaan sendiri jika perlu.
34
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
(iv) Menerap (instilling) – nilai: Senarai nilai-nilai yang ingin diterap melalui
pengajaran.
Tujuan: Melalui aktiviti yang dilaksanakan murid dapat memahami dan
mempraktikkan nilai-nilai murni apabila berada dalam sesebuah komuniti untuk
kesejahteraan dalam kehidupan. Contoh:
• Jika nilai Berbudi bahasa dipilih maka dalam aktiviti tersebut guru harus menyusun aktiviti agar unsur nilai ini dapat diterap dan dipamerkan oleh murid.
• Guru boleh menambah nilai-nilai lain yang sesuai.
(v) Membentuk - soalan pengajaran (instructional questions) – catatan ringkas
kenyataan, bimbingan atau soalan asas (essential questions) untuk membantu
membentuk beberapa aktiviti perancangan pengajaran (Instructional planning)
iaitu beberapa rancangan pelajaran harian – RPH.
Guru juga diberi opsyen untuk menentukan jenis pentaksiran yang hendak
diadakan untuk melihat perkembangan ilmu dan kemahiran pelajar pada peringkat
dan masa yang tertentu.
Guru juga boleh menentukan sendiri langkah-langkah pengajaran (Adegan
Pengajaran – instructional events) yang sesuai untuk membentuk Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) dengan cara menukar tetapan langkah-langkah
pengajaran yang tersedia ada.
Tujuan: Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan nanti akan menepati objekftif
pembelajaran atau kriteria kejayaan yang berasaskan kepada kemahiran berfikir
yang dinyatakan (sama ada KBAR atau KBAT dalam aspek profil pembelajaran)
serta melihat perkembangan potensi pelajar. Contoh:
• Jika dalam objektif pembelajaran dinyatakan ….Pelajar boleh mengeluarkan pendapat…. Maka dalam soalan pengajaran catatan perlulah dibuat bahawa
35
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
dalam aktiviti PdPc ia akan memandu murid untuk mencipta idea tentang topik yang dipelajari.
36
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Komponen 3: Melaksana (Implement)
(i) Mengadaptasi (adaptating) – perancangan pengajaran – mengadaptasikan
perancangan yang dibentuk di peringkat makro ini untuk dijadikan sebagai
panduan dalam pembentukan rancangan pelajaran harian (RPH) – di peringkat
mikro
(ii) Mengaplikasi (applying) – perancangan pengajaran - rancangan pelajaran
harian yang dibentuk berdasarkan model ini akan dilaksanakan dalam proses
pembelajaran di bilik darjah.
Tujuan: Perancangan yang dibuat dan dipamerkan dalam Lembaran Integrasi Pelbagai (MIW)
boleh dipilih untuk membentuk dan mencipta beberapa RPH bagi semua kelas terlibat.
Komponen 4: Menilai (evaluate).
Aspek untuk melaksana:
Komponen ini mempunyai 2 aspek:
(i) Mengadaptasi perancangan
pengajaran
(ii) Mengaplikasi perancangan
pengajaran
Aspek untuk melaksana:
Komponen ini mempunyai 3 aspek:
(i) Bertindak terhadap maklum balas
(ii) Mengkaji semula perancangan
pengajaran
(iii) Menyemak semula perancangan
pengajaran
37
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Perancangan memerlukan penilaian sama ada pada peringkat pra-pengajaran iaitu melalui
perbincangan dengan rakan sejawat, rintis dengan pelajar atau peringkat pasca pengajaran iaitu
selepas proses pembelajaran & pengajaran.
Komponen ini mempunyai 3 aspek yang perlu dikaji:
(i) Bertindak terhadap maklum balas (responding) - membuat penyesuaian dan
penambahbaikan daripada tindak balas pelajar.
(ii) Mengkaji semula (reviewing) perancangan pengajaran – mengkaji kekuatan,
kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat.
(iii) Menyemak semula (revising) perancangan pengajaran – mengkaji keseluruhan
perancangan pengajaran dengan membuat penambahbaikan.
Tujuan: Penambahbaikan terhadap strategi yang dibangunkan untuk mereka bentuk semula
pengajaran masa depan dalam menghasilkan dan mengekalkan strategi perancangan pengajaran
yang berkualiti tinggi.
Jadual 2 memperlihatkan hurian dan hubungan antara komponen, aspek dan item.
Penyusunan maklumat
Maklumat yang dipilih atau ditulis dalam setiap komponen model untuk membina rancangan
pengajaran dikumpulan dalam Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (MIW) sepertimana yang
telah diperjelaskan.
• MIW boleh disunting untuk penambahbaikan.
• MIW mempamerkan perancangan yang dibuat mengikut topik pembelajaran
• Kandungan Item boleh dipilih untuk membentuk beberapa rancangan pengajaran harian
(RPH)
• MIW dan RPH boleh disimpan secara luar talian (off-line) menggunakan fail berformat
PDF.
38
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Paparan maklumat pada Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration
Worksheet – MIW)
Kemudahan pada MIW:
• Boleh disalin semula ke rekod yang lain
• Boleh dikongsi bersama dengan guru lain
• Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)
• Boleh menyimpan MIW dalam format pdf
• Boleh mencetak
• Boleh mencipta beberapa RPH untuk semua kelas
• Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru
Guru boleh memilih maklumat dalam setiap
ruangan untuk mencipta rancangan
pengajaran harian (RPH)
Senarai RPH
yang telah
dicipta.
Teks warna biru boleh disunting jika perlu
Klik
untuk
cetak
MIW
Klik untuk
mencipta
RPH)
Klik
untuk
simpan
dalam
format
fail PDF
Pengesahan
pihak
pemantau/
pentadbir/
penilai
Klik untuk muat
naik bahan
perkongsian
39
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
RPH yang telah dicipta
• Pengisian perancangan di atas berlaku berdasarkan pemilihan yang dibuat pada
MIW. Huraian aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dibuat pada helaian
Bahagian 2 seperti di bawah.
Kemudahan pada RPH:
• Boleh sunting, disalin dan dikongsi dan dicetak
• Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)
• Boleh memuat naik bahan refleksi
• Boleh mencari dan menyisip maklumat dari laman sesawang lain untuk menjana
pemikiran pelajar
• Boleh menyimpan dalam format pdf
• Boleh mencetak
• Boleh mencipta beberapa RPH lain untuk semua kelas
• Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru
Klik untuk mengisi
nama kelas, tarikh
dan masa.
40
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Huraian aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan
Catatan
huraian aktiviti
yang ingin
dilaksanakan
oleh guru
Catatan
huraian
aktiviti
penglibatan
pelajar
Senarai item yang telah
dipilih dipamerkan
semula secara
otomatik memudahkan
guru untuk
diintegrasikan dalam
perancangan
Catatan
lain yang
berkaitan
Klik untuk “muat
naik” bahan
perkongsian
pengajaran
Klik untuk
“Simpan” atau
“Hapus” RPH
Klik untuk melihat
bahan perkongsian.
Klik untuk
simpan
dalam
format fail
Klik untuk
kembali ke
komponen
model
Catatan
berdasarkan
maklumat
dari laman
sesawang
untuk tujuan
aktiviti
tambahan.
Membuka
minda
pelajar ke
arah
“berfikir di
luar kotak
Klik untuk “muat naik” bahan
refleksi, sebagai eviden untuk
tujuan penilaian kompetensi guru
Pengesahan
pentadbir
Langkah-langkah pengajaran yang boleh ditentukan oleh guru
Klik untuk melihat
bahan perkongsian.
Klik untuk muat naik bahan refleksi
41
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Impak
Pengaplikasian CIDS mampu membawa impak seperti berikut:
o Impak kepada guru
• Memudahkan guru merancang pengajaran secara lebih sistematik tanpa
sempadan
• Mengurangkan bebanan guru dalam proses merancang pengajaran sebab
CIDS mengamalkan prinsip perkongsian maklumat
• Membantu guru merancang pengajaran mengikut keperluan persekitaran
pembelajaran terkini
• Membantu guru merancang pengajaran terbeza melalui informasi pelbagai
profil pelajar
• Memantap dan menambahbaik pengetahuan dan kemahiran guru dan murid
dalam menentukan strategi pembelajaran yang berkesan
o Impak kepada pelajar
• Pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak
pembelajaran masa kini
• Pelajar mampu membentuk diri yang bersifat “a globalized personality”
melalui interaksi bersama guru dan dengan pelbagai komuniti yang
berbentuk silang budaya (cross culture) untuk mendapat maklumat yang
membantu mereka mengembangkan potensi dan menjana kreativit mengikut
kehendak pembelajaran masa kini ke arah masa depan yang lebih sejahtera
dan harmoni
• Pelajar lebih terangsang kerana mendapat maklumat yang lengkap kaitan
antara topik yang dipelajari, keadaan semasa dan dengan bidang minat
kerjaya masing-masing
o Impak kepada pentadbir
• Pengetua, guru besar dan pihak pentadbir PPD, JPN dan KPM boleh
membantu dan memberi input yang berguna terhadap perancangan guru
tanpa sempadan (bila-bila masa dan di mana sahaja) – time effective
• Boleh dijadikan bahan untuk membina kompetensi guru
• Boleh melihat aspek-aspek yang masih perlu dibuat penambahbaikan ke
atas guru untuk Latihan Dalam Perkhidmatan
• Mempunyia opsyen kepada pihak penilai jika perlu seperti pihak Nazir
untuk mendapat maklumat awal perancangan guru sebelum hadir ke
sekolah untuk proses pencerapan
• Mempunyai opsyen bagi membolehkan semua pihak pentadbir sekolah
hingga ke peringkat KPPM dan Menteri mengakses perancangan guru
untuk tujuan perkongsian dan beramah mesra bersama guru secara maya
dengan mudah dan pantas
42
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
o Impak kepada negara
• Menjimatkan kos pengendalian hampir RM6 juta setahun (menggantikan
cara amalan konvensional menulis dalam buku catatan guru)
• Mampu memenuhi hasrat dasar-dasar/ visi dan misi pendidikan negara.
• Mengintegrasikan semua elemen-elemen pedagogi, psikologi dan
teknologi yang dikeluarkan oleh KPM agar guru-guru boleh mereka
bentuk pengajaran melalui Model ASIE dan diaplikasi dalam PdPc secara
bersepadu dan sistematik mengikut kreativiti masing-masing.
• Menjadi di antara negara di dunia yang mencipta CIDS dan mendapat
pengiktirafan di peringkat global yang akan dicontohi oleh negara lain.
43
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
KOMUNIITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Pada asasnya Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community—
PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang
lebih baik.
http://edglossary.org/professional-learning-community/ .
Dalam CIDS, konsep PLC ini diperluaskan lagi kepada golongan di luar sekolah berkonsepkan
program sarana komuniti termasuk golongan profesional, golongan cendekiawan di pusat
pengajian tinggi, pelajar sekolah, golongan industri, korporat, agensi kerajaan dan swasta serta
orang perseorangan untuk berperanan sebagai Pakar Rujuk.
• PLC merupakan “hub” penghubung para profesional termasuk guru dan pelajar
berkolaboratif untuk terlibat dalam perkongsian maklumat secara maya melalui forum,
sembang video, sidang video dan fitur-fitur lain bagi membina generasi masa hadapan yang
berkualiti, memenuhi keperluan era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan persediaan diri dalam
Masyarakat pintar 5.0 (Society 5.0).
• Pelajar di sekolah merupakan modal insan yang perlu dibentuk secara bersama kerana pelajar
inilah yang bakal menjadi penawaran aset tenaga kerja ke pihak industri kelak. Adalah
diharapkan melalui program ini kedua-dua belah pihak boleh berkolaborasi melalui input
yang dikongsi bersama oleh guru ketika berinteraksi dalam talian secara maya. Usaha ini
mampu mempertingkatkan proses pembelajaran murid, terutamanya dalam isu
kebolehpasaran kerja untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.
• Di samping memberi sumbangan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dan kualiti
pendidikan negara, ia membantu melahirkan kemenjadian insan yang seimbang dan
berprestasi tinggi serta cintakan negara.
• Maklumat tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan, kejayaan-kejayaan
dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri boleh menimbulkan kesedaran dan
seterusnya memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memberi komitmen dengan
penuh keyakinan ke arah mengejar cita-cita mereka. Ianya juga merupakan langkah
persediaan bagi pelajar menghadapi Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) yang lebih mementingkan
automasi robot dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, dan teknologi komputasi
awan “cloud computing” http://canselori.umt.edu.my/?p=5137
Peranan ahli PLC
Ahli PLC memainkan peranan yang besar kerana mereka mampu menyumbang kepakaran,
pandangan, dan nasihat dalam bidang masing-masing melalui fitur-fitur komunikasi dalam CIDS
• kaedah pengajaran, strategi, atau inovasi dalam pembelajaran & amalan pengajaran.
• pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk peluang pekerjaan masa depan
pelajar.
• berkongsi bahan digital atau bukan digital untuk meningkatkan aktiviti bilik darjah
44
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
• berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru dan murid melalui kumpulan kecil yang
dicipta oleh mereka sendiri.
• maklumat mengenai produk / sifat kerja di tempat kerja / peluang kerjaya, yang berkaita
dengan prinsip-prinsip topik yang dipelajari di dalam kelas.
• mengukuhkan, memotivasi dan memberi inspirasi kepada peserta didik ke arah proses
pembelajaran dan pengajaran yang lebih dinamik.
• bantuan lain untuk meningkatkan perkembangan profesional guru dalam mencapai
keperluan pembelajaran abad ke-21 serta keperluan perindustrian yang membentuk
"personaliti global" di kalangan pelajar mereka.
45
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Komuniti PLC
Ciri-ciri PLC
Komunikasi dan kolaborasi dalam talian dapat dilakukan melalui fitur yang mesra pengguna
sama ada di halaman utama PLC atau di dalam setiap komuniti yang akan memberi inspirasi
kepada pelajar dalam proses mencari dan berkongsi maklumat.
a. Ciri utama Profil Saya - menyediakan ciri-ciri untuk tujuan komunikasi seperti yang
disenaraikan di bawah:
FITUR FUNGSI
Profil Papar profil, sunting profil, tukar gambar profil
Mesej Inbox, bertanda, hantar, karang
Komuniti Ahli Senarai keahlian, jemputan
Hantar Jemputan Jemput ahli baru, hantar jemputan
Buddy drive Kongsi bahan
Sembang Video Sembang video antara individu
Sidang Video Sidang video bersama rakan-rakan
Daftar masuk
PLC
Laman utama
PLC
46
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Beberapa fitur berfungsi sebagai alat berkomunikasi
Bilik sembang (Chat room) disediakan sepanjang masa
47
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
a. Fitur-fitur dalam komuniti
Terdapat banyak lagi fitur-fitur komunikasi dalam sesuatu komuniti CIDS. Sebagai
conoth dalam Komuniti Guru terdapat fitur-fitur seperti berikut:
FITUR FUNGSI
Forum komuniti Interaksi dalam talian antara ahli
Sidang video Sembang video dalam talian
Hantar jemputan Menghantar jemputan untuk menjadi keahlian
komuniti
48
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
RUMUSAN
CIDS terdiri daripada Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang lanjutan Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC).
• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE merupakan pendekatan strategik yang
bersepadu untuk merancang pengajaran dalam memenuhi keperluan pelajar dalam
persekitaran pembelajaran hari ini.
• Ia adalah alat perancangan yang mudah dan praktikal untuk membolehkan guru
merancang pendekatan, kaedah, dan aktiviti yang sesuai untuk dipilih oleh pelajar. Ini
akan memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran dengan lebih menyeronokkan di samping mengekalkan ciri-ciri
profesionalisme guru dalam prosedur pembelajaran dan pemudahcaraan.
• Ia bertindak balas terhadap cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 dan mungkin memberi
penyelesaian kepada guru untuk merancang pengajaran secara profesional, sistematik dan
berkesan.
• Model ini mempunyai keupayaan asas seperti berikut:
o Mereka bentuk pengajaran di peringkat makro dan mikro secara sistematik dan
profesional
o Membenarkan penyesuaian (customization) untuk memenuhi keperluan pengguna
o Berkongsi rekod pengajaran (RPH) di seluruh negara
o Salin rekod pengajaran
o Mencari rekod pengajaran
o Memuat naik semua jenis sumber pengajaran
o Mencari & memaparkan maklumat mengenai pembangunan global dan isu-isu yang
berkaitan dengan topik untuk aktiviti ko-akademik & ko-kurikulum pelajar.
o Panduan, bimbingan dan pengesahan perancangan pengajaran boleh dijalankan
secara profesional di semua peringkat pentadbiran.
• Sementara itu, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah "hub" yang
menghubungkan profesional daripada pelbagai bidang termasuk guru dan pelajar secara
bersama terlibat dalam perkongsian maklumat melalui forum maya, sembang video,
sidang video dan fitur-fitur komunikasi lain untuk membina generasi masa hadapan yang
berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan
kemunculan Masyarakat Pintar 5.0 (Society 5.0).
49
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
• PLC mempunyai keupayaan asas seperti berikut:
o Interacting, communicating and collaborating and sharing of information with
communities virtually through the forum, chatting, and video conferencing
enhancing and promoting the concept of thinking out of the box.
o Berinteraksi, berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat dengan
komuniti secara maya melalui forum, bersembang, dan persidangan video yang
mampy meningkatkan dan mempromosikan konsep berfikir di luar kotak.
o Mengundang peserta dari pelbagai komuniti lain, seperti profesional, sama ada
dalam sektor akademik atau korporat dari industri, usahawan, dan pentadbir untuk
bekerjasama - berkongsi dan menyumbang kepakaran, nasihat, pendapat,
pandangan dan cadangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, ke
arah memenuhi keperluan semasa dan keperluan dan cabaran pendidikan masa
hdapan, berkaitan dengan isu-isu pekerjaan.
• Untuk kemudahan pengguna, CIDS menyediakan manual pengguna, bahan rujukan,
bahan maklumat dan panduan video bagi memudahkan pemahaman aplikasi dan operasi
model ini
RUJUKAN
Anderson, J. and Glenn, A. (2003). Building Capacity of Teachers/Facilitators in Technology-
Pedagogy Integration for Improved Teaching and Learning. Bangkok, UNESCO Regional Office
for Education in Asia and the Pacific. http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/ict/e-
books/ ICT Building Capacity /BuildingCapacity.pdf (Accessed 6 January, 2012).
Andrews, D.H. & Goodson, L.A. (1981). A comparative analysis of models of instructional
design. In Anglin, G.J. (1981) (Ed.). Instructional Technology: Past, Present, and Future.
Englewood, Colorado: Libraries Unlimited, Inc.
Cox, M. J. and Abbott, C. (Eds.) (2004), ICT and Attainment – A Review of the Research
Literature. Coventry, Becta /London, DfES
Darling-Hammond, L. (2006), Powerful teacher education. San Francisco: Jossey-Bass.
Dick, W., and Carey, L. & Carey, J. (2004). The Systematic Design of Instruction. Allyn &
Bacon; (6th ed.)
Fadel., Bialik. M., Trilling B. (2015). Four-Dimensional Education: The Competencies Learners
Need to Succeed, Centre for Curriculum Redesign, 2015.
50
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Gustafson K.L., Branch R.M. (2002).What is Instructional Design?. In R. A. Reiser, J.V.
Dempsey (Eds.), Trends and Issues in Instructional Design and Technology. Upper Saddle River,
NJ: Merrill Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2001). Instructional media and
technologies for learning (7th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Ireland, T. (2007). Situating connectivism. Retrieved November 7, 2008, from
http://design.test.olt.ubc.ca/Situating_Connectivism
Ismail Md. Zain., M. Balakrishnan., Wahid Hashim. An Integral ASIE ID Model: The 21st
Century Instructional Design Model For Teachers. Universal Journal of Educational Research
4(3):547-554, 2016. DOI: 10.13189/ujer.2016.040311.
Ismail Md. Zain., M. Balakrishnan., Wahid Hashim. An Integral ASIE Instructional Design
Model: An Integrated Approach In Instructional Planning For The 21st Century Learning &
Teaching Environment. GSE E-Journal of Education. Vol. 3, 2015.
Ismail Md. Zain. Best Practices Of ICT Integration Strategies For Teaching And Learning. An
Approach to Generate Critical and Creative Minds. European Academic Conference &
Mediterranean Cruise Program 6-8 Jun, 2012. Journal of Teaching and Education, University
Publications.net.CD-ROM. ISSN: 2165-6266, 2(3):79–86, 2013.
Ismail Md. Zain. Instructional Media Integration Strategies for Basic Development of Human
Capital: An approach to generate critical and creative minds in teaching and learning process.
The Macrotheme Review 2(2) 55-64, Spring 2013.
Ismail Md. Zain, M. Balakrishnan. An Integral ASIE Instructional Design Model: Towards
Higher Order Thinking Skill in Designing Instruction, National Conference on the Development
of Higher Order Thinking Skill, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh Perak. Examination Council,
Malaysia Ministry of Education, 14-16, 2014.
Ismail Md. Zain, M. Balakrishnan. Ismail Md Zain and Balakrishnan M. (2016). ASIE
Instructional Design Model for the 21st Century Learning: An Integrated Approach in
Instructional Designing for Teachers, Saarbrucken, Deutschland, Germany, Scholar’s Press. Jefferson, J. C. (2007). Teaching in the 21st Century A Review of the Issues and Changing
Models in the Teaching Profession, County School District Colorado,
Keller, J. M. (2010). Motivational design for learning and performance: The ARCS model
approach. New York: Springer.
Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur, 2013.
51
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
Mehmet, C. S. (2009). Instructional design principles for 21st century learning skills. World
Conference on Educational Sciences 2009. Procedia Social and Behavioral Sciences 1 (2009)
1464–1468.
Mishra, P., & Koehler, M.J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A
framework for teacher knowledge. Teacher College Record, 108, 1017–1054.
Newby T.J., et al. (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning. New Jersey:
Prentice Hall.
Novak, J.D. (2010). Learning, Creating, and Using Knowledge: Concept Maps as Facilitative
tools in Schools and Corporations (2nd Ed.). New York: Routledge, Taylor-Francis.
Oblinger, D.G., Oblinger,J.L. (2005). Educating the Net Generation. Retrieved November,
2015 from: http://www.educause.edu/educatingthenetgen/
Partnership for 21st Century Skills (2008).
Resnick, L.B. (1989), Introduction. In L,B,Resnick (Ed.), Knowing, learning and instruction:
Essay in honor of Robert Glaser (pp. 1-24). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.
Reiser, R. A. & Dempsey, J. V. (2007). Trends and Issues in Instructional Design (2nd ed.).
Upper Saddle River, NJ: Pearson Education, Inc.
Richard D.F. (2004). What Is a Professional Learning Community? Schools as Learning
Communities Pages 6-11, May 2004 , Volume 61, Number 8.
Richey, R.C. and Klein, J.D. (2011). The instructional design knowledge base: Theory, research
and practice New York: Taylor and Francis Group
Safeer, Richard S. and Jann Keenan. “Health Literacy: The Gap Between Physicians and
Patients.” American Family Physician. 2005 Aug 1; 72(3): 463-468.
http://www.aafp.org/afp/2005/0801/p463.html
Siemens, G. (2005, January). Connectivism: A learning theory for the digital age. International
Journal of Instructional Technology & Distance Learning, Retrieved November 03, 2008, from
http://www.itdl.org/Journal/Jan_05/article01.htm
Seel,. N. M. (1997). Model of instructional design: introduction and overview. In R. D.
Tennyson, F. Schott, N. Seel, & S. Dijkstra (Eds.), Solving instructional design problems,
instructional design: International perspective Vol.1 (pp. 355-360). Mahwah, NJ: Lawrence
Erlbaum
Theroux, P, (2001). Comparing Traditional Teaching and Student-Centered, Collaborative
Learning
52
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017
UNESCO, (2014). UNESCO Education Strategy, 2014-2021. United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization: Place de Fontenoy, Paris, France.
UNESCO. 2010. ICT Transforming Education: Regional Guide (Editors J. Anderson).
UNESCO, Bangkok. [Online]. Available: http://unesdoc.unesco.org/images/ 0012/
001295/129538e.pdf (Accessed 1 January, 2012)
UNESCO. 2002. Information and Communication Technology in Education: A Curriculum for
Schools and Programme of Teacher Development (Editors J.
UNESCO. 2005. Regional Guidelines on Teacher Development for Pedagogy-Technology
Integration [Working Draft] (Editor Shyamal Majumdar). UNESCO, Bangkok
Wang, Q., & Woo, H. L.. (2007). Systematic Planning for ICT Integration in Topic Learning.
Educational Technology & Society, 10 (1), 148-156.