sistem peredaran darah organisma multisel
DESCRIPTION
Biologi Tingkatan 5 bab 1TRANSCRIPT
Sistem peredaran darah organisma multisel
Perbandingan antara sistem peredaran darah ikan, amfibia dan manusia
Sifat Ikan Amfibia ManusiaJenis peredaran darah
tertutup, tunggal
tertutup, ganda dua,
tidak lengkap
tertutup, ganda dua,
lengkapBilangan ruang jantung
dua tiga empat
Pengaliran darah dalam salur
perlahan cepat cepat
Tekanan darah
rendah tinggi tinggi
Mekanisme Pembekuan Darah
Sistem Peredaran Darah Organisma Multisel
Sistem peredaran terbuka
Serangga- belalang
- lipas
Sistem peredaran tertutup
Peredaran tunggal
Ikan
Peredaran ganda dua
Tidak lengkap
Amfibia
Lengkap
BurungManusia &
mamalia lain
1. Pendarahan akan berlaku apabila salur darah tercedera. Bahagian salur darah yang tercedera akan merangsang mekanisma pembekuan darah.
2. Pembekuan darah diperlukan untuk:a) Mencegah kehilangan darah bagi individu yang tercederab)Mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteriac) Membolehkan luka sembuh dengan cepatd)Mencegah penurunan tekanan darah akibat kehilangan
terlalu banyak darahe)Mengekalkan peredaran darah dalam sistem peredaran
tertutup
a. Apabila kecederaan berlaku pada salur darah, platelet melekat pada tisu penghubung yang terdedah dan membebaskan faktor pembeku (clotting factors).
b. Penggumpalan platelet, faktor pembeku dan tisu yang rosak membentuk pengaktif iaitu trombokinase.
c. Trombokinase menukarkan protrombin (sejenis protein plasma yang tidak aktif) kepada trombin (protein aktif) dengan kehadiran vitamin K dan ion kalsium.
d. Thrombin bertindak balas (sebagai pemangkin) terhadap fibrinogen yang larut dan menukarkannya kepada fibrin yang tak larut.
e. Fibrin membentuk jaringan pada permukaan luka untuk memerangkap sel darah dan menghalangnya daripada keluar.
f. Darah membeku dan keruping terbentuk apabila terdedah kepada udara.
Kecacatan mekanisme pembekuan darah
1. Hemofilia Penyakit keturunan yang disebabkan oleg gen resesif
pada kromosom seks X. penghidap hemophilia
kekurangan satu gen yang menghasilkan faktor pembeku (faktor VIII).
Ketiadaan faktor pembeku menyebabkan pendarahan berlaku secara berlebihan walaupun berpunca daripada kecederaan yang kecil.
Hemophilia lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki.2. Trombosis
Merupakan pembentukan bekuan darah dalam salur darah yang tidak tercedera. Gumpalan ini dipanggil trombus.
Thrombus boleh bergerak dalam salur darah ke organ penting seperti otak dan jantung. Gumpalan thrombus yang bergerak ini dipanggil embolus.
Sekiranya penyumbatan berlaku di dalam arteri koronari (arteri yang membawa darah ke jantung), keadaan ini disebut trombosis koronari dan boleh menyebabkan serangan jantung.
Trombosis vena dalam ialah thrombosis pada vena kaki. Trombosis dalam otak boleh menyebabkan strok. Thrombosis juga boleh berlaku akibat aterosklerosis, iaitu
enapan lemak dan kolestrol pada dinding arteri. Keadaan ini menyebabkan lumen arteri menjadi semakin
sempit dan dinding arteri mengeras dan menjadi kurang kenyal.